borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · descriptive statistical analysis in the form of mean...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGINFERENS DAN MEMPROSES DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya: NURUL AINI BINTI RASHID (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh : (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 56, JALAN BALAI PENGHULU, KAMPUNG PAYA KEMUDI, 23000 DUNGUN, TERENGGANU PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGINFERENS DAN

MEMPROSES DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya: NURUL AINI BINTI RASHID

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 56, JALAN BALAI PENGHULU, KAMPUNG PAYA KEMUDI, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGINFERENS DAN MEMPROSES DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

NURUL AINI BINTI RASHID

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL AINI BINTI RASHID

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

iii

DEDIKASI

Ditujukan khas buat abah, En. Rashid Bin Mohd dan

mama, Pn. Ruslina Binti Sulaiman yang banyak memberikan dorongan untuk terus

tabah dalam mengharungi cabaran hidup.

Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia, hanya ALLAH

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Segala pengorbananmu yang dicurahkan untuk kejayaan anakmu ini akan tetap

kukenang dan kubalas

Sehingga akhir hayatku…

Untuk adik-adikku, Nur Husna Binti Rashid dan Ahmad Fahmi Bin Rashid

Teruskan perjuanganmu dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu

untuk terus cemerlang di masa hadapan…

Dan untuk rakan-rakanku, terutamanya 4 SPF

Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat

sepanjang persahabatan kita.

Akan ku kenang kenangan kita bersama…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka

dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi

penghargaan ditujukan kepada Penyelia Projek, Prof. Madya Dr. Hj Shaharom Bin

Noordin di atas bimbingan dan dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini.

Kesanggupan beliau meluangkan masa untuk berbincang dan memberi kritikan

membina sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada saya untuk menyempurnakan

kajian ini dengan sepenuh hati.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda

Prof. Madya Aziz Bin Nordin dan En.Abdul Halim Bin Abdullah di atas kerjasama

dan komen yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik

yang sudi memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang penyelidikan dijalankan.

Kerjasama, idea dan ransangan yang diberikan semasa saya menjalankan

penyelidikan ini akan dikenang sepanjang hayat.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi

memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan

kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

v

ABSTRAK

Penguasaan kemahiran saintifik yang lemah dalam kalangan pelajar telah

menarik perhatian penyelidik. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji tahap

kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar Tahun Dua program

Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebelum dan selepas

mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Penyelidikan ini hanya melibatkan dua

kemahiran saintifik sahaja iaitu kemahiran menginferens dan kemahiran memproses

data. Seramai 36 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program

pengajian terlibat sebagai responden penyelidikan ini. Reka bentuk penyelidikan

adalah Reka Bentuk Ujian Sebelum-Ujian Selepas Satu Kelompok (One Group

Pretest-Posttest Design) dengan kursus Pendidikan Amali Fizik I sebagai rawatan

(treatment). Dua pembolehubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu program

pengajian dan jantina. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap

Kefahaman Kemahiran Menginferens dan Memproses Data. Ia mengandungi 40 item

berbentuk soalan objektif dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, α = .88. Analisis

statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim akan digunakan. Soal Jawab

Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan Memproses Data turut

digunakan. Ia mengandungi 9 item dan dianalisis secara kualitatif. Secara

keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran menginferens

dan memproses data sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I

adalah sederhana. Bagi program pengajian dan jantina, tidak terdapat perbezaan

tahap kefahaman sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I.

Kedua-dua program pengajian dan jantina mendapat tahap sederhana sebelum

mengikuti kursus tersebut dan baik selepas mengikuti kursus tersebut. Ini

menunjukkan usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman kemahiran saintifik perlu

dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang bersedia menceburi bidang Sains dan

Teknologi untuk pembangunan negara.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

vi

ABSTRACT

The low level of understanding in scientific skills among students has created

interest of the researcher. This research was carried out to study the level of

understanding in scientific skills among Second Year Physics Education programme

students at Univesiti Teknolologi Malaysia, Skudai before and after taking

Pendidikan Amali Fizik I. This research only involved two scientific skills which are

making inferences skill and data processing skill. Thirty six students, male and

female from two different programme were involved in this study. The design of this

study is One Group Pretest-Posttest Design with Pendidikan Amali Fizik I as a

treatment. There are two independent variables in this study, that are the gender and

programme of study. The instrument used was Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman

Kemahiran Menginferens dan Memproses Data which contained 40 multiple choice

items. The realibilty of this instrument was tested with the alpha cronbach, (α)=.88.

Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used.

Another instrument used was Soal Jawab Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran

Menginferens dan Memproses Data. It contained nine items and were analized in

qualitative. The results of this study showed that the level of understanding for both

skills before and after taking Pendidikan Amali Fizik I was moderate. There is no

difference in level of understanding before and after taking Pendidikan Amali Fizik I

for programme of study and gender. Both programme of study and gender have at

moderate level before taking this course and at good level after taking this course.

This showed that the effort to increase the level of understanding in scientific skills

must be done to produce generations that are ready to involve in the area of science

and technology in developing the country.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Penguasaan Pelajar Yang Lemah 4

Dalam Kemahiran

Saintifik

1.2.2 Penguasaan Kemahiran Saintifik 5

Yang Lemah dalam Kalangan Guru dan

Bakal Guru

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

viii

1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Yang Kurang 6

Sesuai

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rangka Kerja Konsep 8

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Andaian Kajian 12

1.10 Batasan Kajian 13

1.11 Takrifan 14

1.11.1 Tahap Kefahaman 14

1.11.2 Program 15

1.11.3 Menginferens 15

1.11.4 Memproses Data 16

1.12 Rumusan 17

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 18

2.2 Teori-teori tentang Kemahiran Menginferens 18

2.2.1 Kepentingan Kemahiran Menginferens 21

2.2.2 Langkah Penguasaan Kemahiran 21

Menginferens

2.3 Teori-teori tentang Kemahiran Memproses 24

Data

2.3.1 Kepentingan Kemahiran Memproses 26

Data

2.3.2 Langkah Penguasaan Kemahiran 27

Memproses Data

2.4 Kajian Berkenaan Kemahiran Menginferens 29

dan Memproses Data Dalam Negara

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

ix

2.4.1 Kajian Berkenaan Kemahiran 30

Menginferens dan Memproses

Data Dalam Negara Peringkat Sekolah

2.4.2 Kajian Berkenaan Kemahiran 32

Menginferens dan Memproses

Data Dalam Negara Peringkat Maktab

Perguruan

2.4.3 Kajian Berkenaan Kemahiran 34

Menginferens dan Memproses

Data Dalam Negara Peringkat Institusi

Pengajian Tinggi

2.4.4 Kajian Berkenaan Kemahiran 34

Menginferens dan Memproses

Data Dalam Negara Peringkat

Profesion Perguruan

2.5 Kajian Berkenaan Kemahiran Menginferens 35

dan Memproses Data Luar Negara

2.5.1 Kajian Berkenaan Kemahiran 36

Menginferens dan Memproses

Data Luar Negara Peringkat Sekolah

2.5.2 Kajian Berkenaan Kemahiran 36

Menginferens dan Memproses

Data Luar Negara Peringkat Institusi

Pengajian Tinggi

2.5.3 Kajian Berkenaan Kemahiran 38

Menginferens dan Memproses

Data Luar Negara Peringkat

Profesion Perguruan

2.6 Rumusan 38

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

x3 PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 39

3.2 Reka bentuk Kajian 39

3.3 Subjek Kajian 40

3.4 Alat Kajian 41

3.5 Tatacara Kajian 43

3.5.1 Kajian Sebenar 44

3.6 Analisis Data 45

3.7 Rumusan 48

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 49

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan 50

Memproses Data

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan 59

Memproses Data Merentas Program Pengajian

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan 64

Memproses Data Merentas Jantina

4.5 Rumusan 68

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Ringkasan Kajian 69

5.3 Kesimpulan Kajian 71

5.4 Perbincangan Kajian 72

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens 73

dan Memproses Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens 80

dan Memproses Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentas Program Pengajian

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

xi

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens 84

dan Memproses Data Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentas Jantina

5.5 Implikasi Kajian 87

5.5.1 Pelajar-pelajar Tahun Dua Program Pendidikan 87

Fizik

5.5.2 Pensyarah kursus Pendidikan Amali Fizik I 88

5.5.3 Fakulti Pendidikan 90

5.5.4 Universiti Teknologi Malaysia 91

5.6 Cadangan Kajian 91

5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 94

5.8 Rumusan 95

RUJUKAN 96

LAMPIRAN 101

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis Peperiksaan SPM Bagi Mata Pelajaran 3

Sains Elektif (Fizik)

3.1 Bilangan Responden Mengikut Program dan Jantina 41

3.2 Item-item kemahiran membuat inferens dan 43

kemahiran memproses data mengikut aspek yang dinilai

3.3 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran 46

Menginferens dan Memproses Data

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Satu Kemahiran 46

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 50

Menginferens dan Memproses Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 51

Menginferens dan Memproses Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 60

Menginferens dan Memproses Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I Merentas

Program Pengajian

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

xiii

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 62

Menginferens dan Memproses Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I Merentas

Program Pengajian

4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 64

Menginferens dan Memproses Data Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentas Jantina

4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 66

Menginferens dan Memproses Data Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentas Jantina

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 9

3.1 Reka bentuk kajian yang digunakan 39

3.2 Aspek-aspek kemahiran menginferens 42

yang dinilai

3.3 Aspek-aspek kemahiran memproses 42

data yang dinilai

3.4 Rumus bagi min markah responden 46

3.5 Rumus sisihan lazim menggunakan nilai min 47

3.6 Rumus sisihan lazim menggunakan markah mentah 47

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

xv

SENARAI SINGKATAN

KS - Kemahiran Saintifik

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

PEKA - Pentaksiran Kerja Amali

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Fizik)

SJTTKKID - Soal Jawab Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran

Menginferens Dan Memproses Data

UPTKKID - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Menginferens Dan Memproses Data

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Bidang Sains dan Teknologi kini menjadi salah satu bidang yang penting

dalam usaha untuk menjayakan misi Wawasan 2020. Menyedari akan kepentingan

bidang ini terhadap masa depan negara, kerajaan telah merancang dan juga

melaksanakan pelbagai cara untuk membolehkan bidang ini dikuasai oleh semua

rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk menjayakan misi Wawasan 2020.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menjadikan sekolah sebagai salah satu pusat

untuk memperkenalkan dan membudayakan bidang Sains dan Teknologi ini dalam

kalangan pelajar-pelajar. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan

bidang Sains dan Teknologi sebagai bidang yang mampu membina sebuah bangsa

yang maju. Oleh itu, bersesuaian dengan hasrat pendidikan di Malaysia yang

termaktub dalam Falsafah Pendidikan Sains Negara iaitu:

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di

Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi

tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

keterampilan teknologi.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003 : ix)

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

2 “Dalam usaha untuk membudayakan bidang Sains dan Teknologi , mata

pelajaran Fizik dilihat berupaya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang celik sains,

inovatif dan juga menyediakan pelajar-pelajar yang bersedia untuk menceburi bidang

Sains dan Teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).” Pelajar-pelajar ini

akan menggunakan segala kemahiran dan juga ilmu yang diperolehi semasa

pembelajaran Fizik untuk menyumbangkan tenaga dan juga idea ke arah kemajuan

dan kesejahteraan negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, untuk

mencapai kejayaan ini, salah satu perkara yang perlu dilihat adalah penguasaan

kemahiran saintifik (KS).

“KS merupakan kemahiran yang penting digunakan dalam aktiviti yang

melibatkan kaedah saintifik seperti kaedah uji kaji. Ia terdiri daripada kemahiran

proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM) (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2003).” Dalam erti kata lain, penguasaan KS dalam kalangan pelajar-

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Fizik perlu diambil kira.

Ini kerana, kemahiran ini didapati digunakan secara meluas dalam segala aktiviti yang

melibatkan penyiasatan sains dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga digunakan oleh

para saintis. Oleh itu, penguasaan KS ini mampu memberi kesan kepada dapatan

kajian yang dibuat sama ada oleh pelajar-pelajar atau para saintis. Sekiranya mereka

tidak berjaya menguasai KS ini dengan baik, hasil yang mereka perolehi daripada

kajian atau uji kaji mungkin tidak tepat dan tidak memuaskan. Ini menjadikan usaha

yang mereka lakukan adalah sia-sia dan langsung tidak memberi sumbangan terhadap

diri mereka. Jika keadaan ini berterusan, akhirnya mereka tidak mampu menyumbang

idea dan tenaga kepada negara dalam bidang Sains dan Teknologi.

Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan

penguasaan KS terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Maka, guru perlu

terlebih dahulu untuk menguasai KS ini bagi memastikan hasrat ini tercapai.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

31.2 Latar Belakang Masalah

Ilmu pengetahuan dalam bidang Sains didapati sedikit sebanyak boleh

membantu pelajar-pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah sama ada semasa

sesi pembelajaran atau dalam kehidupan mereka sendiri. Melalui mata pelajaran-mata

pelajaran sains, KS dapat diterapkan dan ini merupakan kemahiran yang penting

dalam penguasaan bidang Sains. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar-pelajar

dalam mata pelajaran-mata pelajaran sains terutamanya Fizik dilihat semakin merosot

walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan

pencapaian pelajar terutamanya dalam bidang Sains. Ini dapat dilihat berdasarkan

kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sebuah negeri pada tahun 2005

dan 2006.

Jadual 1.1: Analisis Peperiksaan SPM Bagi Mata Pelajaran Sains Elektif (Fizik)

Tahun

2005 2006 Gred

BIL % BIL %

1A 599 8.77 431 6.38

2A 549 8.04 438 6.48

3B 570 8.35 561 8.30

4B 652 9.55 603 8.93

5C 773 11.32 683 10.11

6C 621 9.09 870 12.88

7D 1583 23.18 1595 23.61

8E 1077 15.77 1263 18.69

9G 205 3.00 311 4.60

Jumlah 6629 100.00% 6072 100.00%

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah (2007)

Berdasarkan kepada Jadual 1.1, didapati bilangan pelajar yang memperolehi

keputusan 1A adalah kurang berbanding bilangan pelajar yang memperolehi

keputusan 9G bagi kedua-dua tahun. Ini menunjukkan satu perbezaan yang amat

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

4 ketara dan jelas sekali menunjukkan masih ramai pelajar yang lemah dalam mata

pelajaran Fizik. Kerajaan telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi membolehkan

pelajar-pelajar mempelajari dan mendalami ilmu Sains dengan mudah dari segi

peralatan dan kemudahan dalam makmal. Namun, didapati usaha kerajaan ini kurang

membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar ini dalam mata pelajaran Fizik.

Jika dibandingkan dengan keadaan dahulu, pelajar-pelajar pada waktu sekarang

mempunyai banyak kemudahan untuk menguasai dan mempelajari mata pelajaran

Fizik. Sepatutnya masalah ini tidak timbul dengan adanya pelbagai kemudahan yang

disediakan. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, KS juga tidak dapat diterapkan

dalam diri pelajar-pelajar dan ini bermulanya masalah kepada penguasaan KS yang

lemah.

Beberapa faktor telah dikenal pasti menjadi punca berlakunya situasi

penguasaan KS yang lemah ini. Terdapat tiga faktor yang dikenal pasti menjadi

punca kepada masalah ini iaitu penguasaan pelajar yang lemah dalam KS, penguasaan

KS yang lemah dalam kalangan guru dan bakal guru dan cara pembelajaran Fizik

yang kurang sesuai.

1.2.1 Penguasaan Pelajar Yang Lemah Dalam Kemahiran Saintifik (KS)

Kebanyakan pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Fizik

menghadapi masalah dalam memahami KS semasa sesi P&P dan sewaktu menjawab

soalan peperiksaan. Ini merupakan salah satu punca ramai pelajar lemah dalam mata

pelajaran Fizik. “Sebagai contoh, pelajar-pelajar didapati menghadapi masalah untuk

mentafsirkan graf bagi menjawab soalan-soalan fizik walaupun mereka boleh

melakarkan graf. Ini adalah disebabkan mereka tidak boleh menghubungkan graf

yang dihasilkan dengan konsep Fizik yang telah dipelajari (Lilia et al., 2002).”

Berdasarkan kepada situasi ini, mentafsir graf merupakan salah satu daripada KS.

Sekiranya pelajar-pelajar gagal dalam mencari hubungan konsep Fizik berdasarkan

maklumat daripada graf yang diberikan, mereka tidak boleh memberi jawapan yang

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

5 betul bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran mentafsir graf. Ini

menunjukkan wujudnya masalah penguasaan KS yang lemah dalam diri pelajar-

pelajar sains. Oleh sebab itu, kelemahan mereka dalam menguasai KS boleh memberi

kesan kepada penguasaan konsep fizik mereka.

1.2.2 Penguasaan Kemahiran Saintifik Yang Lemah dalam Kalangan Guru

dan Bakal Guru

“Sebuah kurikulum sains dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya

mempunyai tenaga pengajar sains yang telah dilatih merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran berfokuskan pemerolehan pengetahuan sains, penguasaan KS serta

pemupukan sikap saintifik dan nilai murni (Tan, 2001).” Ini menunjukkan sudah pun

terdapat usaha untuk menerapkan KS dalam kalangan bakal guru. Namun, bakal guru

seolah-olah tidak sedar akan kepentingan KS ini dan menyebabkan ramai guru dan

juga bakal guru masih menghadapi masalah dalam penguasaan KS. Oleh sebab itu,

bakal guru perlu sedar dan berusaha untuk menguasai KS agar proses P&P yang

dirancang dapat mencapai matlamat terutamanya dalam penguasaan KS. Selain itu,

masalah penguasaan KS yang lemah turut berlaku disebabkan oleh guru yang bukan

pengkhususan Fizik mengajar mata pelajaran Fizik. Mereka mungkin tidak

didedahkan dengan penerapan KS sebelum mereka mengajar mata pelajaran Fizik

disebabkan pengkhususan yang mereka ambil tidak menekankan penguasaan KS.

“Kebanyakan mereka cenderung untuk mengajar secara kuliah bagi pembelajaran

yang berkaitan dengan kerja amali dan menjadikan pelajar hanya belajar berdasarkan

fakta (Lilia et al., 2002)”. Ini menunjukkan guru tersebut tidak menekankan

penguasaan KS semasa proses P&P. Mungkin mereka tidak sedar akan keperluan

tersebut atau mereka sendiri menghadapi masalah dalam penguasaan KS. Masalah ini

akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Jika perkara ini tidak dipandang serius,

sejauh manakah penguasaan KS dalam kalangan pelajar dapat dipupuk?

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

61.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Yang Kurang Sesuai

“Pelajar-pelajar biasanya lebih gemar mengamalkan cara pembelajaran Fizik

dengan menggunakan pendekatan secara hafalan (Lilia et al.,2002)”. Ini merupakan

salah satu teknik belajar yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar dalam

pembelajaran Fizik. Mereka gemar menggunakan teknik belajar ini kerana bagi

mereka teknik ini memudahkan mereka mengingati rumus, konsep, prinsip, hukum-

hukum atau teori Fizik yang dipelajari dengan tepat tanpa memahaminya. Cara ini

membolehkan mereka mengingati apa sahaja yang dipelajari dengan tepat walaupun

mereka sendiri tidak faham apa yang mereka ingat itu. Mereka tidak sedar bahawa

mereka sebenarnya boleh mengaitkan konsep-konsep Fizik tersebut dengan

pengetahuan lepas mereka serta mengaplikasikannya dalam pengetahuan yang telah

dipelajari. Sebagai contoh, dalam memahami konsep tekanan, mereka mungkin

pernah menghadapi situasi memakai kasut tinggi yang dilihat kurang stabil

berbanding memakai kasut sukan. Jadi, berdasarkan daripada apa yang mereka

pelajari daripada konsep tersebut, mereka boleh melihat dengan jelas apa yang

dimaksudkan dengan tekanan dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun,

pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan cara pembelajaran yang sesuai seperti

yang dijelaskan dalam contoh. Situasi pembelajaran seperti ini menunjukkan

kegagalan dalam pemupukan penguasaan KS semasa P&P Fizik berjalan.

1.3 Pernyataan Masalah

Tahap kefahaman terhadap KS dalam kalangan guru perlu dipandang serius

oleh semua bakal guru. Ini kerana mereka perlu menerapkan kemahiran ini kepada

pelajar-pelajar sewaktu di sekolah nanti.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were used. Another instrument used was Soal Jawab Terbuka

7 1.4 Objektif Kajian

Penyelidik menetapkan tiga objektif dalam menjalankan penyelidikan ini

iaitu:

1. Menilai tahap kefahaman kemahiran menginferens dan memproses data dalam

kalangan pelajar-pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik, UTM Skudai

sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I.

2. Menilai sama ada terdapat perbezaan terhadap tahap kemahiran menginferens

dan memproses data merentas program pengajian dalam kalangan pelajar-

pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik, UTM Skudai sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I.

3. Menilai sama ada terdapat perbezaan terhadap tahap kefahaman kemahiran

menginferens dan memproses data merentas jantina dalam kalangan pelajar-

pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik, UTM Skudai sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I.