kajian pembentukan dan penilaian kesesuaian … · instructional module (sim) entitled “ diode”...

30

Upload: phungkhanh

Post on 22-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved
Page 2: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved
Page 3: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL

PENGAJARAN KENDIRI DIOD BAGI PERINGKAT

TINGKATAN EMPAT

MOHD HELMI BIN MEHAT

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved
Page 5: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

DEDIKASI

Pensyarah

Jutaan Terima kasih diatas bimbingan yang telah diberikan.

En. Shahrin B. Hashim (Penyelia)

Pfor Madya Dr Shaharom B.Nordin (Pembimbing)

serta Pensyarah-pensyarah yang memberi sumbangan idea dan rujukan

dan siapa juga yang terlibat dalam menjayakan kajian yang dilakukan ini.

Ayah dan ibu

Terima kasih atas doa dan sokongan mu

Adik-adik

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada adik-adik ku

di masa hadapan.

Buat Rakan-Rakan

Terima Kasih atas sokongan yang diberi.

Buat insan yang dikenang

NURUL IZA BT. LEMAN

Terima kasih atas penghargaan dan harapan darimu

Buat insan yang Tersayang

*****

Page 6: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

ii

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah

S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En.Shahrin Bin

Hashim yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa

jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah

Menengah Teknik Johor Bharu. dan Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium Alor Star

serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 7: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

iii

ABSTRAK

Bahan pengajaran yang dihasilkan dengan terancang dan sistematik adalah

pilihan sebagai bahan pengajaran yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah.

Pemilihan bahan pengajaran yang menepati kehendak sukatan mata pelajaran dan

memenuhi keperluan setiap pelajar adalah diantara faktor yang mempengaruhi

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah Pengajaran

Bermodul (PB) terutamanya penggunaan MPK merupakan satu alternatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membentuk dan

menilai kesesuaian tiga MPK Diod yang digunakan dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tingkatan empat. Seramai 14 orang guru PKEE

terlibat dalam kajian ini. Kesesuaian MPK yang dihasilkan ditentukan dengan

menggunakan penilaian formatif pada dua peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Satu kajian rintis

telah dijalankan sebelum melakukan penilaian sebenar. Satu set soal selidik digunakan

sebagai alat kajian dan dapatan data dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif.

Keputusan penilaian kesesuaian terhadap MPK yang dihasilkan adalah amat sesuai

digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada peringkat Tingkatan Empat.

Page 8: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

iv

ABSTRACT

Teaching materials, which were designed by systematically and well organized,

would be the most suitable selection of teaching materials in classroom. Selection of

teaching materials which occupy the needs syllabus and fulfill the needs of very

different level of individual were the main factors that would dominant the effectiveness

of learning and teaching process. The use Module Instruction (MI) especially with Self-

Instruction Module (SIM) was an alternative in our teaching and learning process. The

purpose of this research were to produce and evaluates the suitability of the three Self-

Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject.

Fourteen teachers specialized in PKEE were involved in the formative evaluation and

the small group formative evaluation .Instrument used in this study cases was a set of

questionnaire entitled “Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran

(Guru)(Shaharom,1994) and descriptive statistics was used to analyzed the data. Result

reviewed that SIMs were most suitable to be used in PKEE subject as teaching and

learning materials in secondary form four level.

Page 9: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

v

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENSYARAH iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

Page 10: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

vi

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Bahan pembelajaran 6

1.2.2 Kualiti bahan Pembelajaran 7

1.2.3 Persembahan Dan Kandungan Modul 7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 11

1.7 Objektif Penggunaan MPK 14

1.8 Ciri-Ciri Modul Pengajaran Kendiri 15

1.9 Model Teras-Cabang Shaharom 16

1.10 Rasional Penggunaan Medel Teras-Cabang Shaharom 18

1.11 Penilaian Formatif 19

1.12 Kepentingan Kajian 20

1.13 Skop Kajian 21

1.14 Terminologi 22

1.15 Ringkasan 24

1.16 Kepentingan Kajian 10

Page 11: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

vii

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULIS

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 25

2.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) Dalam Pengajian Kejuruteraan

Elektrik. 26

2.3 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian

Modulpengajaran Kendiri (MPK) Dalam Pengajian Kemahiran

Hidup 30

2.4 Model-Model Pengajaran Kendiri 32

2.4.1 Model Burns 33

2.4.2 Model Klingstedt 34

2.4.3 Model Eijl 26

2.4.4 Model Meyer 37

2.5 Ringkasan 39

Page 12: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

viii

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Modul-Modul Pengajian Kendiri 41

3.4 Subjek Kajian 42

3.5 Alat Kajian 43

3.5.1 Kajian Tahap Satu: Merekabentuk Modul

Pengajaran Kendiri 47

3.5.2 Kajian Tahap Dua : Kajian Rintis Dan

Penilaian Formatif 47

3.5.3 Kajian Tahap Tiga : Analisis Data dan

Maklumat 49

3.6 Tempat Kajian 52

3.7 Kajian rintis 52

3.8 Andaian 53

3.9 Ringkasan 54

Page 13: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

ix

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 55

4.2 Hasil Kajian Rintis 56

4.3 Penilaian Formatif Terhadap Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 56

4.3.1 Persoalan Kajian 1 57

Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh

guru ke atas MPK Diod yang dihasilkan sesuai sebagai bahan

P&P untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?

4.3.2 Persoalan Kajian 2 59

Adakah Penilaian Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas

MPK Diod yang dihasilkan sesuai sebagai bahan P&P

untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?

4.4 Pernilaian Formatif Merentas Jantina 61

4.4.1 Persoalan Kajian 3 61

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod

yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS) oleh guru merentasi jantina?

4.4.2 Persoalan Kajian 4 63

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod

yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK) oleh guru merentasi jantina?

Page 14: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

x

4.5 Penilaian Formatif Merentasi Lulusan Akademik 65

4.5.1 Persoalan Kajian 5 65

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod

yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS) oleh guru merentasi lulusan akademik?

4.5.2 Persoalan Kajian 6 68

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang

dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

oleh guru pakar merentasi lulusan akademik?

4.6 Penilaian Formatif Merentasi Tempoh Mengajar 70

4.6.1 Persoalan Kajian 7 70

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod

yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS) oleh guru merentasi tempoh mengajar?

4.6.2 Persolaan Kajian 8 72

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod

yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK) oleh guru merentasi tempoh mengajar?

4.7 Ringkasan 74

Page 15: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

xi

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 76

5.2 Ringkasan Dan Perbincangan 77

5.3 Kesimpulan 81

5.4 Implikasi 84

5.5 Cadangan 85

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 87

5.7 Ringkasan 88

Page 16: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

xii

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

RANGKA KERJA KAJIAN KESELURUHAN 45

RANGKA KERJA PEMBINAAN MPK 46

RANGKA KERJA KAJIAN RINTIS 48

RANGKA KERJA PENILAIAN FORMATIF 49

SKALA PEMERINGKATAN SOAL SELIDIK (GURU) 51

SENARAI DOKUMEN BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN A-E 91

Page 17: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 58

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 60

4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru

merentasi jantina 62

4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru

merentasi jantina 63

4.5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentasi

lulusan akademik 67

4.6 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentasi

lulusan akademik 68

4.7 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentasi

tempoh mengajar 71

4.8 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentasi

tempoh mengajar 73

Page 18: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

xiv

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PKE - Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Educational Planning and Research Department

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JPT - Jabatan Pendidikan Teknik

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PB - Pengajaran Bermodul

SPM (T) - Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Teknik)

SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

S - Sisihan min

X - Nilai min

Xi - Setiap Markat

% - Peratus

n - Jumlah Bilangan Markat

Σ - Perjumlahan / Hasil Tambahan

< - Lebih Kecil

> - Lebih Besar

Page 19: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Pengesahan Bahan Kajian

B Pengesahan Pakar Bidang

C Soal Selidik

E Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk Guru

Page 20: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Guru-guru merupakan penggerak utama kepada penjanaan Pendidikan Negara.

Guru-guru sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan , kemahiran,

pengalaman kreativiti dan komitmen untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-

sungguh. Tanggapan bahawa cabaran dalam bidang pendidikan akan semakin

berkurangan di negara ini adalah salah.

Pengakuan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammad dalam

perutusan tahun baru 2002,menyatakan bahawa bahawa “(Sistem pendidikan yang kita

amalkan selama ini mendukung dasar wawasan negara)”jelas menggambarkan fungsi

dan peranan bidang pendidikan dalam pembangunan negara. Diperakui juga bahawa

“Pendidikan adalah penting bagi membangunkan kemampuan untuk

mencipta,menyesuaikan dan menyebarkan pengetahuan baru.Pendidikan asas yang

kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat,berkemahiran ,dan pintar

Page 21: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

2

yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya dipasaran dunia.” (buku Rangka

Rancangan jangka panjang ketiga 2001-2010;m.s. 168). Jesteru itu, Sistem pendidikan

dalam penyampaian dan pengajaran perlu dikembangkan ,dimodenkan ,dan direkayasa

secara berterusan bagi memainkan fungsi dan menunaikan peranan yang diperakukan itu

dengan cekap dan berkesan.

Guru sebagai golongan pendidik yang terlatih dan berwibawa, seharusnya lebih

peka kepada perubahan zaman dan kehendak semasa. Mereka sewajarnya berganding

bahu memikirkan sumbangan yang boleh diberikan ke arah pencapaian matlamat dan

hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang murni ini. Dalam hal ini, mengembangkan

potensi pelajar, merupakan hasrat yang murni dan seharusnya diberikan sokongan.

Proses ini akan mengalami perubahan yang pesat terutama sekali menerusi penggunaan

teknologi maklumat yang sedang berkembang di negara kita. Ia akan lebih bersifat

individu dan menekankan pada pembelajaran mampu diri. (Tengku Mohd. Azman,

1991, dalam Shaharom, 1991, halaman 89).

Bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas bagi

sesebuah mata pelajaran yang diajar di sekolah, sebuah modul pengajaran yang lengkap

dan mantap harus diterbitkan bagi membantu proses P&P di dalam kelas. Disini

difokuskan kepada mata pelajaran aliran teknikal yang diajar disekolah-sekolah

menengah teknik di Malaysia yang menwarkan kursus berkenaan. Mata pelajaran ini

ialah mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE). Fokus

mudul ini pada Bab 8 didalam silibus PKEE iaitu Diod. Pembinaan modul ini adalah

bertujuan bagi membantu guru dan pelajar bagi memlancarkan dan mempercepatkan

serta memantapkan lagi daya pemahaman dan penguasaan terhadap sesuatu bab.

Page 22: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

3

Menurut G. Rex Meyer (1988), Modul Pembelajaran adalah satu bahan

pengajaran yang menitik beratkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira

perbezaan latar belakang, minat, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain.Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) telah terbukti mempunyai kebaikan dan kekuatan. Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) adalah satu pakej pembelajaran yang lebih bersifat individu

dan menekankan pada pembelajaran mampu diri (Self-paced learning)

(Shaharom & Yap, 1992)

Guru perlu merekayasa kaedah dan pendekatan proses P&P yang dilaksanakan

supaya lebih berkesan , tetapi juga memastikan ilmu pengetahuan dan maklumat yang

dibekalkan kepada pelajar adalah pelbagai,berkualiti,tepat,relevan dan boleh digunakan

sebagai “bahan mentah” kepada usaha menghasilkan produk dan perkhidmatan baru.

Guru berkualiti aspirasi negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah

sebuah negara yang maju setanding dengan negara maju yang lain. Untuk berdiri sama

tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju lain Malaysia perlulah mengorak

langkah dan melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan hasrat ini. Bagi

merealisasikan hasrat ini guru-guru juga telibat secara langsung dan bertanggungjawab

terhadapnya kerana guru merupakan penjana utama dalam pendidikan. negara yang

memerlukan tenaga mahir dan terlatih serta pakar di dalam bidang sains dan teknologi

untuk memajukan negara seterusnya menjayakan matlamat ini.

Page 23: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

4

Justeru itu, untuk mencapai hasrat ini, maka Kerajaan Malaysia melalui

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menaikkan taraf Sekolah Menengah

Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1998. Apa yang diharapkan

agar dapat menampung keperluan tenaga mahir yang terlatih seperti mana yang

diperlukan oleh negara.

Guru-guru perlu melaksanakan proses P&P yang tersusun bersistematik dan

mampu menarik minat pelajar dan seterusnya mampu menarik perhatian serta

memudahkan daya pemahaman pelajar. Oleh itu guru seharusnya mencari satu

pendekatan yang membolehkan proses P&P itu berjalan dengan lancar serta tahap

pemahaman pelajar berada pada paras maksima.Pengajaran yang menarik serta berkesan

perlu mengambil kira aspek-aspek seperti penentuan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan menarik. Pemeringkatan isi kandungan dari yang

mudah kepada yang kompleks, pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

dapat meransangkan pelajar untuk terus belajar. (Ee Ah Meng, 1988),

Modul-modul yang diterbitkan adalah untuk membantu guru dan pelajar untuk

memudahkan proses P&P berlangsung. Modul ini mampu menjadikan proses P&P lebih

berkesan. ( Peterline 1967, dalam: Mohd Faudzi, 1989), berpendapat bahawa besar

kemungkinan penggunaan buku teks terancang jenis modul akan merupakan satu usaha

yang paling berkesan dalam pengajaran terancang. (Lange 1967, dalam: Mohd Faudzi,

1989) menegaskan bahawa terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan modul yang

berkesan dan boleh digunakan untuk tujuan dan keadaan khusus tanpa mencetuskan satu

revolusi kecil ataupun besar.Oleh yang demikian, guru-guru sewajarnya menerbitkan

lebih banyak modul pengajaran bagi mata pelajaran tertentu melalui bab-bab yang

tertentu disekolah untuk memastikan proses P&P dan tahap pengetahuan pelajar adalah

tinggi disamping pengguasan terhadap teknologi maklumat pada tahap optium.

Page 24: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

5

Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti

pelajar serta penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar di dalam kelas semakin kurang

diamalkan oleh guru-guru (Asiah, 1990). Dalam kajian oleh (UNESCO, 1990),

kebanyakan negara dirantau ini termasuk negara Malaysia, masih menggunakan kaedah

pengajaran guru yang autokratik, formal dan tradisional. Guru masih lagi menggunakan

kaedah, guru bercakap dan murid mendengar. Interaksi dua hala tidak wujud disini dan

pertukaran idea atau pandangan tidak berlaku dan pemikiran tidak akan berkembang.

Pembelajaran berorentasikan modul ini bertujuan untuk membolehkan para

pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar sendiri

(Shaharom dan Yap, 1991). Pembelajaran bermodul dapat meringankan beban tugas

guru dalam persediaan mengajar dan persediaan bahan bantuan mengajar. Meringankan

beban disini tidak bermaksud guru itu inginkan kerja yang mudah ataupun tidak

mencabar, tetapi ia adalah sebagai pelancar untuk mencepatkan lagi proses P&P.

Dengan ini faktor masa dapat ditadbir dengan baik.Bagi merealisasikan hasrat dan cita-

cita Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaan modul ini adalah wajar dilaksanakan

dengan bersistematik dan terancang bagi memenuhi kehendak semua pihak sama ada

pihak pelajar mahupun guru.

Page 25: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

6

1.2.1 Bahan Pembelajaran

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan bahan pembelajaran bermodul

yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri. Ia berbeza dari segi panjang,

kandungan serta formatnya (Shaharom & Yap, 1992). Daripada pemerhatian dan

tinjauan yang dibuat oleh penyelidik mendapati, bahan pembelajaran bermodul bagi

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) tidak terdapat di

pasaran. Kekurangan bahan pengajaran ini boleh menyukarkan pembelajaran pelajar

untuk memantapkan lagi daya pemahaman dan pengetahuan di dalam mata pelajaran ini.

Mereka hanya bergantung kepada buku teks dan nota yang telah disampaikan oleh guru

di dalam kelas sahaja.

Bahan pembelajaran bermodul ini bukan sahaja merupakan bahan pembelajaran

yang boleh digunakan pada semua mata pelajaran, malahan di semua peringkat dari

sekolah rendah hingalah ke peringkat universiti (Shaharom & Yap, 1992). Bahan

pembelajaran bermodul ini dapat membantu pelajar memahami serta menambahkan lagi

penguasaan terhadap sesuatu topik yang terdapat di dalam modul ini. Pelajar juga

berpeluang meneroka terlebih dahulu kandungan pelajaran yang terdapat sebelum guru

menyampaikannya di dalam kelas.

Page 26: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

7

1.2.2 Kualiti Bahan Pembelajaran.

Bahan pembelajaran yang terdapat dipasaran sekarang khususnya kepada mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tidak begitu berkualiti atau

memenuhi standart atau piawai yang ditetapkan mengikut huraian sukatan mata

pelajaran (PKEE). Selain itu, bahan pembelajaran ini kebanyakkan ditulis didalam

bahasa inggeris. Ini kerana bahan pembelajaran ini diimport dari luar dan tidak mengikut

huraian sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000).

Jika tidak diwujudkan suatu bahan pembelajaran atau modul ini di dalam bahasa

melayu dan mengikut huraian sukatan mata pelajaran yang ditetapkan, pelajar akan

menghadapi masalah dalam menyelaraskan pembelajaran yang telah dipelajarinya

dengan apa yang dirujuk. Kesinambungan terhadap apa yang diajar oleh guru dengan

apa yang dirujuk daripada bahan pembelajaran ada penting bagi mengelakkan

berlakunya kekeliruan dan salah faham.

1.2.3 Persembahan Dan Kandungan Modul.

Modul Pengajaran Kendiri adalah bahan untuk membolehkan pelajar itu

meneroka dan belajar secara individu. Modul yang dihasilkan mestilah menarik minat

pelajar untuk belajar dengan sendiri. Modul yang dihasilkan juga mestilah mengandungi

isi pelajaran yang padat dan tepat. Skop yang dibuat mestilah bertepatan. Pembelajaran

berorentasikan modul ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar meneruskan proses

pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar sendiri (Shaharom dan Yap, 1991).

Page 27: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

8

Modul yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas masih lagi tidak wujud di pasaran.

Modul yang dimaksudkan ialah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini adalah untuk menentukan kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) bagi topik Diod yang dibina untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pelajar

tingkatan empat yang mengikuti aliran teknikal yang mengambil jurusan Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik di peringkat Sekolah Menengah Teknik (SMT).

1.4 Objektif Kajian

Objektif Kajian ini ialah:

1.4.1 Membina tiga MPK bagi topik Diod untuk mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) mengikut huraian Sukatan

Pelajaran Tingkatan Empat ( Kementerian Pendidikan, 2000)

1. MPK 1 : Diod (binaan)

a. Modul Pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang binaan diod, jenis

diod, simbol dan kendalian.

Page 28: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

9

2. MPK 2 : Diod ( Lengkung ciri I-V)

a. Modul Pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang lengkung ciri I-V

Diod, perhitungan litar asas diod dan lain-lain diod.

3. MPK 3 : Diod (Kendalian)

a. Modul pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang penggunaan diod

dalam litar elektronik sebagai penerus voltan dan pengatur voltan.

1.4.2 Menilai status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan

Pelajaran pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi

Tingkatan Empat.

1.4.3 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi

Tingkatan Empat merentas jantina.

1.4.4 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi

Tingkatan Empat merentas kelulusan akademik.

1.4.5 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi

Tingkatan Empat merentas tempoh mengajar.

Page 29: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

10

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian:-

Dalam kajian ini terdapat lapan persoalan kajian telah diutarakan didalam kajian

ini. Kelapan-lapan persoalan kajian ini dipecahkan kepada dua penilaian iaitu dengan

menggunakan kaedah penilaian formatif analisis diskriptif yang dibahagi kepada dua

penilaian iaitu yang pertama Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan yang

kedua Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)..

Persoalan Kajian (PFSS):

1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru keatas

tiga MPK Diod yang telah dibina menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran

PKEE Tingkatan Empat?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas

jantina?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas

akdemik?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas

tempoh mengajar ?.

Page 30: KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN … · Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject. Fourteen teachers specialized in PKEE were involved

11

Persoalan Kajian (PFKK)

1.5.5 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas

tiga MPK Diod yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai

bahan P&P untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentas

jantina?

1.5.7 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentas

akademik?

1.5.8 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFKK) oleh guru merentas

tempoh mengajar?

1.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Modul Pengajaran Kendiri diwujudkan untuk membantu pelajar dalam

memahami serta menambah pengetahuan pelajar dalam proses pembelajaran. Modul

yang dihasilkan dapat memudahkan pelajar untuk menggunakannya kerana ia dibina

mengikut teras cabang yang mudahkan pelajar untuk meneroka dan mengikut langkah

yang telah disediakan. Ini membolehkan pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan