sample of descriptive writings karang kutu ·  · 2014-06-24contoh karangan deskriptif 1...

26
c O Level http://karangkutu.wordpress.com Sampel Karangan Deskriptif Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU 1

Upload: dangthuy

Post on 02-May-2018

282 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

c

O Level

http://karangkutu.wordpress.com

Sampel Karangan Deskriptif Sample of Descriptive Writings

KARANG KUTU 1

Page 2: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

© Karang Kutu 2014

First published 2014

All rights reserved. No part of this work may be reproduced or transmitted in any form or

by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without

written approval from the author. Please contact the author at [email protected] for

bulk purchase at a discounted price for students.

Page 3: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Kandungan Content

Contoh Karangan Deskriptif 1

Descriptive Writing Example 1

Setahun yang lalu, kamu mempunyai anggapan yang salah

terhadap seorang teman sekelas kamu. Kini, dia menjadi salah

seorang teman baik kamu. Gambarkan perkara-perkara yang

membuat teman sekelas kamu itu menjadi teman baik kamu.

Tema: Integrasi Pendatang Asing

Theme: Integration of Foreign Migrants

5

Contoh Karangan Deskriptif 2

Descriptive Writing Example 2

Kamu telah menonton sebuah filem baru-baru ini. Gambarkan

kesan filem itu terhadap diri kamu dan perasaan kamu setelah

menonton filem tersebut.

Tema: Mensyukuri Nikmat

Theme: Gratitude

10

Contoh Karangan Deskriptif 3

Descriptive Writing Example 3

Seorang yang kamu kenali telah terlepas satu peluang keemasan

kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Gambarkan

peristiwa itu dan pengajaran yang diperolehinya melalui

peristiwa tersebut.

Tema: Tanggungjawab Seorang Ayah

Theme: A Father’s Responsibility

15

Page 4: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Contoh Karangan Deskriptif 4

Descriptive Writing Example 4

Kamu telah dilantik untuk menjadi ketua kelas. Sebagai ketua

kelas, kamu prihatin bahawa terdapat beberapa orang rakan

sekelas kamu yang tidak memberikan kerjasama. Gambarkan

pengalaman kamu mengatasi cabaran untuk menyatupadukan

rakan sekelas kamu.

Tema: Penyelesaian yang Memenangkan Semua Pihak

Theme: A Win-Win Solution

20

Contoh Karangan Deskriptif 5

Descriptive Writing Example 5

Kamu telah melakukan sesuatu yang dianggap sangat mulia oleh

keluarga kamu. Gambarkan peristiwa itu dan perasaan kamu

terhadap peristiwa itu.

Tema: Penerimaan dan Kemaafan

Theme: Acceptance and Forgiveness

26

Contoh Karangan Deskriptif 6

Descriptive Writing Example 6

Kamu berhadapan dengan satu keadaan yang memerlukan kamu

membuat satu keputusan yang penting. Gambarkan peristiwa itu

dan perasaan kamu terhadap peristiwa itu.

Tema: Penceraian dan Peleraian

Theme: Divorce and Separation

32

Contoh Karangan Deskriptif 7

Descriptive Writing Example 7

Baru-baru ini, kamu telah mengetahui tentang seorang rakan

kamu yang sering bermurung kerana sikapnya yang cepat

berputus asa. Gambarkan pengalaman dan perasaan kamu

membantu rakan kamu itu mengatasi kemurungannya.

Tema: Mengatasi Kemurungan

Theme: Overcoming Depression

38

Page 5: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Contoh Karangan Deskriptif 8

Descriptive Writing Example 8

Kamu diberikan peluang untuk merancang dan melaksanakan

program kebudayaan untuk sekolah kamu. Gambarkan persiapan

yang dibuat, pengalaman dan pengajaran yang kamu raih

menerusi kegiatan tersebut.

Tema: Budaya Melayu

Theme: Malay Culture

42

Contoh Karangan Deskriptif 9

Descriptive Writing Example 9

Kamu telah menghadapi cabaran melakukan sesuatu buat

pertama kali dalam hidup kamu. Gambarkan pengalaman,

perasaan dan masalah yang kamu hadapi ketika melakukannya.

Tema: Berucap Di Khalayak Ramai

Theme: Public Speaking

46

Contoh Karangan Deskriptif 10

Descriptive Writing Example 10

Ceritakan suatu peristiwa di mana kamu perlu membuat pilihan

antara cita-cita dan keluarga serta keputusan yang kamu ambil.

Tema: Memburu Cita-Cita

Theme: Chasing Dreams

50

Penolakan:

Disclaimer:

Tidak semua soalan di atas adalah dari kertas peperiksaan peringkat O yang

lalu. Namun, soalan-soalan ini dipilih kerana ia memenuhi spesifikasi soalan

peringkat O.

Not all the questions above are from past O level examination papers. However, these

questions are chosen because they fulfill the specifications of O level question.

Page 6: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Deskriptif Descriptive Writing

Contoh 1 Example 1

5

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Person

Presenting the

Person

• Unravelling

the Mystery

• Background

Information

Kegelisahan terpancar1 jelas pada wajah seorang gadis asal Vietnam

yang berusia lima belas tahun. Dia menanti ketibaan bas. Setiap bas

yang datang ditahannya. Apabila pintu bas dibuka, dia bertanyakan jika

bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris, pekat2 dengan

loghat3 Vietnam sehingga kurang difahami oleh sesiapa. Setiap pemandu

bas hanya menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak faham maksud

pertanyaannya. Dia cuba bertanyakan mereka yang turut menantikan

bas bersamanya di perhentian itu. Namun, mereka juga tidak berupaya

memahami apa yang ditanyakannya. Sudah hampir sejam dia menunggu

bas tanpa seseorang pun yang cuba membantunya. Wajahnya menjadi

semakin pucat. Sesekali ada beberapa orang pelajar yang tiba di

perhentian itu. Walaupun mereka belajar di sekolah yang sama dengan

gadis itu, malangnya tiada di kalangan mereka yang bersedia untuk

membantunya. Di antara mereka adalah seorang teman sekelasnya.

Akan tetapi, temannya langsung tidak memperdulikannya dan melangkah

masuk ke dalam bas, tidak menghiraukan panggilannya. Apabila bas

bergerak dan si teman mendapatkan tempat duduk, dia langsung tidak

melihat ke arah gadis itu yang mula menitiskan air mata. Masa terus

berdetik lalu dan gadis itu masih menantikan bas untuk pulang [PERSON].

Gadis itu adalah Le Ha Thanh Mai. Le Ha adalah seorang pelajar

dari Vietnam yang mendapat biasiswa4 pemerintah Singapura untuk

belajar di sini. Dia tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik

menjadikan usahanya mendekati teman-teman sekolahnya sukar. Ini

kerana biasanya mereka kurang sabar untuk memahami apa yang

diucapkannya. Hari itu adalah hari Isnin, minggu kedua dia belajar di

Singapura. Sepanjang minggu pertama ayahnya yang akan menbawanya

pulang. Mulai minggu kedua, ayahnya ingin dia biasakan diri pulang

sendiri. Sepatutnya dia sudah biasa akan bas nombor berapa

Setahun yang lalu, kamu mempunyai anggapan yang salah terhadap

seorang teman sekelas kamu. Kini, dia menjadi salah seorang teman baik

kamu. Gambarkan perkara-perkara yang membuat teman sekelas kamu itu

menjadi teman baik kamu. [Person]

Tema: Integrasi Pendatang Asing | Theme: Integration of Foreign Migrants

Page 7: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

9

1. terpancar

dapat dilihat: can be seen

2. pekat

tebal: thick

3. loghat

bahasa atau dialek: dialect

4. biasiswa

wang bantuan bagi pelajar: scholarship

5. melambung

naik: sky-rocket

6. keluhan

rintihan: sigh

7. mengandingkan

menjadikan pasangan: to pair up

8. jawatankuasa

komite: committee

9. kebetulan

dengan tidak sengaja: coincidence

10. menemuramah

temu duga: to interview

11. tersentuh

terkesan emosi: emotionally touched

12. dipupuk

dibangunkan: to develop

13. rukun

harmoni: peacefully

14. peka

sensitif: to be mindful

15. majmuk

berbilang: pluralistic

16. iltizam

komitmen: commitment

17. kosmetik

bersifat luaran: superficial

18. lumrah

biasa berlaku: normally

19. menilai kembali

memikirkan semula: to reevaluate

20. hati budi

keperibadian: personality

21. diwarisi

diperolehi: inherited

22. menyemarakkan

menjadikan lebih besar: to intensify

23. meneroka

menyelidik: to explore

24. luang

lapang: free

25. wujud

ada: to exist

26. pemangkin

pencetus: catalyst

27. terhutang budi

menerima kebaikan tetapi belum

dibalas: to be indebted

28. kecapi

perolehi: to obtain

29. ketepikan

tidak hiraukan: to put aside

Kosa Kata: Vocabulary

Page 8: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Deskriptif Descriptive Writing

Contoh 2 Example 2

10

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Object

Malam rasanya berlalu dengan cepat apabila terlihat gelagat para

kakitangan sebuah restauran makanan segera. Mereka kelihatannya

tergesa-gesa membersihkan restauran tersebut kerana ingin bergegas

pulang. Kehadiran seorang lelaki berseluar pendek dan berkemeja-T

lengan panjang mengayuh becanya menuju ke restauran itu tidak

menimbulkan sebarang keraguan pada awalnya. Di dalam becanya

terdapat sebuah tong sampah kosong berwarna hitam. Lelaki itu

menghentikan becanya di hadapan restauran tersebut yang kini sudah

kosong dengan pelanggan. Dia membawa masuk tong sampahnya ke

dalam restauran itu dan langsung menuju ke arah dapur. Pergerakannya

yang tidak dihalang oleh kakitangan restauran itu menimbulkan

pertanyaan. Siapakah sebenarnya dia? Adakah dia seorang pengutip

sampah? Rasanya begitu apabila dia mencapai tong sampah hitam milik

restauran yang sarat1 diisi dengan sebuah beg plastik yang dipenuhi

dengan sisa-sisa2 makanan. Plastik sampah tersebut dialihkan

3 dengan

hati-hati ke dalam tong sampah yang dibawanya. Para kakitangan

restauran tidak menghiraukan kehadiran lelaki tersebut, seolah-olah dia

tiada di situ. Lelaki itu meneruskan langkahnya mencapai sebuah bakul

sampah kecil yang juga dipenuhi dengan sisa-sisa makanan. Kali ini sisa-

sisa makanan itu diperiksa satu persatu. Raut wajahnya terpancar

kegembiraan apabila terlihat olehnya sisa-sisa makanan yang sebahagian

besarnya masih utuh4 lagi. Dengan segera dia memasukkannya ke dalam

sebuah beg plastik kecil yang dibawanya bersama. Lelaki itu tidak

mengambil masa yang lama untuk mencapai tujuan kedatangannya.

Dengan sekilas, dia mula mengayuh basikalnya membelah kesunyian

malam. Hatinya berbetik riang melihat muatan yang dibawa bersamanya.

Semalaman mengayuh basikal untuk sampai ke destinasinya tidak terasa

penat olehnya. Apabila fajar menyising, barulah dia tiba di kampung

halamannya dengan disambut riang oleh kanak-kanak kampung yang

sudah menantikan kedatangannya [OBJECT].

Kamu telah menonton sebuah filem baru-baru ini. Gambarkan kesan filem

itu terhadap diri kamu dan perasaan kamu setelah menonton filem

tersebut. [Object]

Tema: Mensyukuri Nikmat | Theme: Gratitute

Page 9: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

14

1. sarat

terlalu banyak berisi: heavily laden

2. sisa-sisa

saki-baki: left over

3. dialihkan

dipindahkan: to transfer

4. utuh

dalam keadaan sempurna: intact

5. sedutan

babak: scene

6. dinobatkan

diiktiraf: crowned

7. ketara

terang kelihatan: noticeable

8. kelu

tidak dapat berkata-kata: speechless

9. santapan

makanan: food

10. menjamah

makan: to eat

11. dianjurkan

digalakkan: encourage

12. kekerutan

lipatan kulit: wrinkle

13. jati diri

identiti: identity

14. janggal

tidak selesa: awkward

Kosa Kata: Vocabulary

Page 10: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Deskriptif Descriptive Writing

Contoh 3 Example 3

15

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Person

Presenting the

Person

• Unravelling

the Mystery

• Background

Information

Seorang lelaki sedang duduk menghirup teh di sebuah restauran

makanan segera McDonald. Pagi itu redup sekali dengan sang suria

seakan-akan bersembunyi di sebalik gerombolan1 awan hitam

menantikan turunnya hujan. Namun, wajah lelaki itu bersinar dengan

harapan, tidak terjejas dengan cuaca muram di luar restauran

[PERSON]. Di sebelahnya duduk seorang wanita dalam lingkungan usia

tiga puluhan tahun bersama dengan tiga orang anaknya yang masih

kecil lagi. Wajah wanita itu resah sejak dari tadi. Sudah lebih setengah

jam mereka menunggu kedatangan seseorang yang tidak muncul tiba.

Sesekali wanita itu mengingatkan lelaki itu tentang masa. Malangnya,

lelaki itu tidak memperdulikannya dan terus memerhatikan pintu

restauran setiap kali ianya dibuka pelanggan yang kunjung tiba. Bagi

lelaki itu, hari itu merupakan peluang keemasan untuk dia bertemu

kembali dengan orang yang dikasihinya. Sudah lama dia menantikan

saat itu. Apalah menunggu untuk setengah jam lagi jika selama ini dia

sanggup bersabar bertahun-tahun lamanya untuk berjumpa dengan

orang yang dikasihinya itu.

Lelaki itu adalah ayah kepada seorang teman baikku yang

bernama Hakim [PERSON]. Si Ayah sedang bersama dengan isteri

barunya menantikan Hakim yang belum diketemuinya sejak tiga tahun

yang lalu. Oleh itu, peluang untuk bertemu dengan Hakim saat itu

merupakan peluang keemasan baginya. [Start background] Daripada

cerita Hakim, si Ayah merupakan seorang yang bertanggungjawab.

Namun, segala-galanya berubah apabila dia mula rapat dengan

seorang janda muda beranak tiga di tempat kerjanya. Pada awalnya, si

Ayah berasa simpati dengan keadaan janda tersebut yang kematian

suami dalam kemalangan jalan raya. Malangnya, rasa simpati itu

akhirnya bertukar menjadi cinta. Keadaan menjadi melarat2 apabila

tingkah laku si Ayah tidak diketahui oleh isterinya kerana beliau juga

sibuk bekerja. Isterinya terpaksa bekerja untuk menampung

Seorang yang kamu kenali telah terlepas satu peluang keemasan kerana

sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Gambarkan peristiwa itu dan

pengajaran yang diperolehi melalui peristiwa tersebut. [Person & Incident]

Tema: Tanggungjawab Seorang Ayah | Theme: A Father’s Responsibility

Page 11: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

19

sikap tidak mementingkan diri sendiri.

1. gerombolan

kelompok: cluster

2. melarat

bertambah teruk: to deteriorate

3. melafazkan

memberitahu: to inform

4. bermadu

(bagi wanita) mempunyai suami yang

mempunyai isteri lain: (for a woman)

having a husband who is married to

another woman

5. pudar

menjadi kurang: to diminish

6. keretakan

kehancuran: broken

7. diberatkan

diberi penekanan: to place importance

8. muslihat

tipu daya: trick

9. insaf

sedar: realize

10. menebus

berusaha untuk memperbaiki

kesalahan lalu: to redeem

11. berganjak

berubah: to change

12. tersengih tawar

tersenyum yang dibuat-buat: fake grin

13. terjerat

terperangkap: trapped

14. muhrim

orang-orang yang sekeluarga dekat

sehingga terlarang untuk berkahwin

dengan mereka: closed family members

where marriage with them is prohibited

15. peka

prihatin: to be mindful

16. tidak diendahkan

diabaikan: ignored

17. penderaan

penyeksaan: abuse

18. dirundung kemurungan

ditimpa kesedihan: plagued by

depression

19. berlapang dada

berasa senang dan lega: to be open-

minded

20. arif

pandai: discerning

21. asas

dasar: basic

Kosa Kata: Vocabulary

Page 12: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Deskriptif Descriptive Writing

Contoh 4 Example 4

20

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Person &

Incident

Suasana di dalam kelas mula menjadi hingar-bingar1. Apa yang

pada awalnya merupakan satu tugasan pertama yang mudah bagi

seorang pelajar setelah dilantik menjadi ketua kelas, berubah menjadi

satu cabaran besar. Seminggu sebelumnya, ketua kelas itu telah

mengendalikan undian di dalam lelaman Facebook kelasnya untuk

memilih reka bentuk bagi kemeja-T kelasnya. Beberapa buah reka

bentuk dengan kombinasi dua warna hasil daripada usaha beberapa

orang rakan sekelasnya telah dibentangkan di dalam lelaman

Facebook. Undian telah dijalankan dan reka bentuk yang menjadi

kegemaran ramai telah diketahui. Pada hari itu, ketua kelas tersebut

diminta oleh guru kelasnya untuk menggunakan masa lima belas minit

terakhir sebelum sekolah tamat bagi menerangkan kepada kelasnya

kelebihan reka bentuk dan kombinasi dua warna yang telah dipilih.

Tujuan si guru agar pelajar yang masih ragu-ragu dengan reka bentuk

pilihan ramai teruja2 untuk juga memilih reka bentuk tersebut.

Dengan demikian, si guru harapkan semua pelajar bersedia untuk

membeli kemeja-T kelas bila tempahan3 dibuat nanti. Malangnya,

ketika ketua kelas itu sedang memberikan penerangan, sekumpulan

pelajar yang duduk di sebelah kanan kelas telah berdiri dan

memperkenalkan reka bentuk mereka kepada sekalian pelajar.

Memang tidak dinafikan reka bentuk mereka menarik sekali

berbanding dengan semua reka bentuk yang telah dikongsi dalam

lelaman Facebook. Persoalannya adalah kenapa mereka tidak

memberikan kerjasama dengan membentangkan reka bentuk mereka

awal-awal lagi di lelaman Facebook. Perbuatan mereka seolah-olah

telah dirancang tetapi tidak dapat dipastikan tujuan mereka berbuat

demikian [INCIDENT]. Dengan sekelip mata, ramai pelajar menjadi

tertarik dengan reka bentuk mereka dan mula mendesak supaya

undian dijalankan semula. Sebahagian kecil pelajar yang lain pula

Kamu telah dilantik untuk menjadi ketua kelas. Sebagai ketua kelas, kamu

prihatin bahawa terdapat beberapa orang rakan sekelas kamu yang tidak

memberikan kerjasama. Gambarkan pengalaman kamu mengatasi cabaran

untuk menyatukan rakan sekelas kamu. [Person & Incident]

Tema: Penyelesaian yang Memenangkan Semua Pihak | Theme: A Win-Win Solution

Page 13: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

25

1. hingar-bingar

suasana bising: noisy

2. teruja

timbul keinginan terhadap sesuatu:

emotionally aroused for something

3. tempahan

pesanan: order

4. lantang

kuat: loud

5. meleraikan perbalahan

menghentikan pertengkaran: to resolve

a dispute

6. meninjau

memerhatikan: to observe

7. meredakan

mengurangkan: to ease

8. menyatupadukan

bersatu: to unite

9. angkara

perbuatan kejam: cruel act

10. menyandang

memegang (jawatan): to hold (a

position)

11. berdasarkan

berlandaskan: based on

12. batu loncatan

sesuatu yang digunakan untuk

mencapai sesuatu yang lain:

springboard

13. berwawasan

mempunyai pandangan jauh tentang

kemajuan sesuatu: visionary

14. berarah

mempunyai tujuan: to have a direction

15. perangsang

galakan: encouragement

16. samar-samar

tidak jelas: uncertain

17. merangkumi

melingkungi: to cover

18. maklum balas

maklumat yang diperolehi melalui

tinjauan: feedback

19. saksama

tidak berat sebelah: fair

20. dihadkan

dibataskan: to limit

21. berbekalkan

mempunyai sesuatu untuk digunakan:

to be equipped with

Kosa Kata: Vocabulary

Page 14: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Deskriptif Descriptive Writing

Contoh 5 Example 5

26

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Incident

Presenting the

Incident

Seorang wanita yang sedang mengandung dua bulan melangkah

keluar dengan perlahan dari bilik doktor pakar di Hospital Mount

Alvernia. Wajahnya muram sekali. Di belakang wanita itu kelihatan

suaminya yang diiringi oleh doktor pakar yang bertugas. Doktor pakar

itu menjabat tangan si Suami dan menepuk bahunnya beberapa kali

sambil menguntumkan senyuman – seolah-olah memberikan

perangsang supaya pasangan itu bersabar dan berlapang dada untuk

memilih jalan yang terbaik dalam mengharungi badai1 yang

menghempas bahtera perkahwinan2 mereka. Si Suami hanya mampu

menguntumkan senyuman tawar kembali. Dengan perlahan pasangan

itu berjalan mencari ruang kosong untuk mereka duduk seketika

sebelum berangkat meninggalkan hospital itu. Beban berita yang baru

disampaikan oleh doktor pakar itu terlalu berat untuk mereka pikul

pulang. Ada beberapa tindakan yang boleh mereka ambil untuk

mengurangkan bebanan tersebut. Apa-apapun keputusan mereka,

persoalan yang pertama dan utama adalah adakah si Isteri akan

meneruskan kehamilannya. Si Suami terus menunjukkan riak wajah3

yang tenang supaya tidak kelihatan oleh si Isteri akan tekanan yang

dihadapinya. Bagi si Suami, penting sekali untuk si Isteri mempunyai

perasaan yang dia tidak persalahkan dalam hal ini dan si Suami tidak

akan meninggalkannya. Bagi si Isteri pula, ingin sekali dia supaya

kandungannya dipisahkan jauh sekali daripadanya. Dia tidak redha

yang makhluk di dalam tubuhnya itu mengambil manfaat daripadanya

untuk membesar. Dia tidak menghalalkannya. Malangnya, suaminya

membuat keputusan untuknya meneruskan kehamilannya. Dia cuba

membantah dengan memberikan pelbagai alasan dan andaian.

Namun, si Suami tetap dengan pendiriannya. Keputusannya adalah

muktamad [INCIDENT].

Si Suami itu adalah aku dan aku baru sahaja mendapat berita

yang hampir-hampir sahaja menyentap4 jantungku daripada

Kamu telah melakukan sesuatu yang dianggap sangat mulia oleh keluarga

kamu. Gambarkan peristiwa itu dan perasaan kamu terhadap peristiwa itu.

[Incident]

Tema: Penerimaan and Kemaafan | Theme: Acceptance and Forgiveness

Page 15: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

31

1. badai

angin ribut: storm

2. menghempas bahtera perkahwinan

menjejas kebahagiaan rumahtanggga:

to disrupt a marriage bliss

3. riak wajah

ekspresi muka: facial expression

4. menyentap

menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba: to

snap

5. zuriat

anak: children

6. mentakdirkan

menentukan terlebih dahulu:

predetermine

7. diperkenankan

dipersetujui: granted

8. benih

sperma: sperm

9. diperkosa

dirogol: rape

10. menggugurkan

mengeluarkan anak sebelum cukup

bulan (dengan sengaja): to abort (a

pregnancy)

11. pemerkosa

perogol: rapist

12. cekal

tetap teguh hati: to remain resolute

13. bergelut

cuba mengatasi: to overcome

14. dugaan Ilahi

cubaan Tuhan: Divine challenge

15. berbekas

memberi kesan: to affect

16. ketetapan

sesuatu yang sudah diputuskan:

something that has already been

decided

17. durjana

jahat: evil

18. mengheret

menarik: to drag

19. bertandang

hadir: to appear

20. membantutkan

menghalang: to stunt

21. setakat

sehingga: so far

22. meragut

merampas: to snatch

Kosa Kata: Vocabulary

Page 16: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Naratif Narrative Writing

Contoh 6 Example 6

32

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Incident

Presenting the

Incident

Suasana tegang di dewan rumah seolah-olah akan meretakkan

gelas-gelas minuman yang dihidangkan untuk tetamu yang

bertandang1. Bukannya kata-kata punca ketegangan itu Akan tetapi,

suasana tidak selesa yang tiba-tiba menyelimuti semua yang hadir

menyebabkan lidah mereka kelu tidak terkata. Inilah yang selalu

terjadi apabila si ayah datang dengan isteri keduanya setiap kali hari

raya. Kehadiran mereka sepertinya tidak disenangi oleh si ibu dan si

datuk. Seperti biasa, si anak akan dijemput oleh si ayah untuk

bersama keluarga barunya pada hujung minggu pertama dan kedua

hari raya, sedangkan bahagian si ibu bersama anaknya pula hanya

pada hujung minggu ketiga dan terakhir bulan syawal. Rasanya tidak

adil pembahagian masa bagi si ibu. Alasan si ayah mudah – si anak

pilih untuk tinggal dengan ibu dan datuknya dan oleh itu, si ibu boleh

membawa si anak jalan raya pada hari-hari biasa. Malangnya, peluang

itu tidak pernah muncul tiba kerana si ibu sibuk bekerja setelah

diceraikan oleh si ayah. Lazimnya2, si anak tidak pernah mengomel

3.

Malah, dia terus memainkan peranan melayankan sahaja kerenah4

kedua-dua orang ibu bapanya. Sayangnya karenah mereka tidak

berakhir di situ sahaja. Setiap kali bersama mereka, telinga si anak

akan diisi dengan tomahan-tomahan5 keluarga. Si ayah akan

memburuk-burukkan keluarga sebelah si ibu yang dituduhnya menjadi

punca penceraian mereka. Ini dia lakukan supaya si anak tidak mahu

menziarahi keluarga sebelah si ibu. Si ibu pula akan melakukan

perkara yang sama juga. Namun, hari raya kali ini berputik6 semacam

kesedaran dalam diri si anak yang menginginkan perubahan. Dia

sedar yang dia harus mengambil satu keputusan penting untuk

merealisasikan perubahan yang didambakan7nya itu [INCIDENT].

Si anak adalah aku dan tahun itu sudah masuk tahun keempat

ibu dan ayahku berpisah. Aku adalah satu-satunya anak mereka.

Setiap kali Syawal tiba, begitulah cara aku menyambut bulan yang

Kamu berhadapan dengan satu keadaan yang memerlukan kamu

membuat satu keputusan yang penting. Gambarkan peristiwa itu dan

perasaan kamu terhadap peristiwa itu. [Incident]

Tema: Penceraian dan Peleraian | Theme: Divorce and Separation

Page 17: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

37

1. bertandang

datang: come to visit

2. lazimnya

biasanya: usually

3. mengomel

bersungut: to complain

4. kerenah

tingkah laku: behaviour

5. tomahan-tomahan

tuduhan-tuduhan yang melulu: reckless

accusations

6. berputik

menampakkan tanda-tanda: to show

sign

7. didambakan

diinginkan: to yearn

8. meluat

tidak suka pada sesuatu: disgusted

9. mematangkan

berfikiran lebih dewasa: to become

matured

10. mengeruhkan

menjadi tidak aman: to cause strain

11. menimbangkan hujah-hujah

meneliti pendapat berserta alasan: to

consider arguments

12. bibit-bibit

tanda-tanda permulaan sesuatu: initial

sign of something that may develop

13. syak wasangka

rasa tidak percaya: suspicion

14. mempertaruhkan

mengambil risiko: to take a risk

15. terbuku

tersimpan: stored

16. bersemuka

berhadapan: to face

17. nostalgia

kerinduan pada sesuatu yang pernah

dialami: wistful longing for something

in the past

18. kesyahduan

keadaan yang mendamaikan hati:

peaceful moment

19. berutusan

saling kirim-mengirim sesuatu antara

satu sama lain: to exchange something

with each other

20. terluput

hilang: to vanish

Kosa Kata: Vocabulary

Page 18: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Naratif Narrative Writing

Contoh 7 Example 7

38

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Elements

Person &

Incident

Presenting the

Person & Incident

• Unravelling the

Mystery

• Background

Information

Matanya memerhatikan dengan teliti isi kandungan nota yang

diberikan oleh guru kelasnya [PERSON]. Setiap perenggan dibacanya

dua kali untuk memastikan kandungannya. Peluh dingin mula berputik

pada dahinya dan mengalir ke bawah merentasi1 wajahnya. Dahinya

mula berkerut. Dia mengeluh sambil mengeluarkan sapu tangan untuk

mengesat peluh pada mukanya. Hilangnya peluh tidak pula

menghilangkan rasa gelisah yang mula bersarang2 di dadanya. Dia

menjadi buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Nampaknya

apa yang diinginkannya sukar untuk dia perolehi. Bibirnya mula

terketar-ketar. Biasanya ini berlaku apabila dia mula dilanda

kemurungan [INCIDENT].

Dia yang dimaksudkan di atas adalah Syakir, teman sekelasku

[PERSON]. Kami telah diberikan penerangan oleh guru kelas kami

tentang proses permohonan untuk Latihan Kemasukan Langsung ke

Politeknik (DPA). Latihan ini merupakan satu-satunya peluang untuk

pelajar sekolah menengah mendapatkan tempat untuk belajar dalam

kursus tertentu di politeknik pilihan mereka berdasarkan minat mereka

dalam sesuatu bidang. Pelajar yang berjaya mendapatkan tempat

melalui DPA hanya perlu memenuhi kelayakan minimum ke polyteknik

agregat keputusan peperiksaan peringkat O untuk menjamin tempat

mereka. Ini berbeza dengan proses permohonan biasa di mana hanya

pelajar yang mempunyai agregat kompetitif sahaja yang berpeluang

mendapat tempat dalam kursus popular di politeknik. Melalui DPA,

pelajar yang mempunyai minat yang kuat tetapi tidak berjaya

mendapatkan keputusan peperiksaan peringkat O yang cemerlang

masih berpeluang untuk belajar dalam kursus idaman3 mereka. Seperti

biasanya, Syakir mudah ditimpa kemurungan kerana sikapnya yang

cepat berputus asa. Syarat-syarat yang dikenakan dalam DPA agak

Baru-baru ini, kamu telah mengetahui tentang seorang rakan kamu yang

sering bermurung kerana sikapnya yang cepat berputus asa. Gambarkan

pengalaman dan perasaan kamu membantu rakan kamu itu mengatasi

kemurungannya. [Person & Incident]

Tema: Mengatasi Kemurungan | Theme: Overcoming Depression

Page 19: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

41

Conclusion

Consequence of

the Story

• Lesson

Bantuan yang aku hulurkan kepada Syakir untuk mengatasi

kemurungannya nampaknya telah memberikannya kesedaran baru.

[Consequence 1] Kini dia kelihatan lebih tenang dan bersedia untuk

mengatasi cabaran. Jarang sekali aku lihat dia kemurungan. [Lesson 1]

Bila aku tegur perubahan pada dirinya, dia mengakui bahawa ketiga-

tiga strategi yang aku ajarkan kepadanya – membahagikan masalah

kepada masalah-masalah kecil yang mudah diatasi, menyelesaikan

masalah kecil yang paling mudah dahulu, dan mendapatkan bantuan

orang lain – telah banyak membantunya. [Consequence 2] Aku

gembira apabila mengetahui yang permohonan Syakir diterima dan dia

dipanggil untuk sesi temuduga. Sungguhpun dia ada meminta

nasihatku bagaimana untuk menyiapkan diri untuk sesi tersebut, aku

dapati kali ini dia lebih yakin dan banyak bergantung dengan inisiatifnya

sendiri. [Lesson 2] Aku sedar bahawa kemurungan bukannya masalah

yang tidak boleh diubati. Apa yang penting adalah untuk mengenal

pasti punca kemurungan tersebut dan melaksanakan strategi-strategi

yang boleh mengatasinya. [Consequence 3] Kini Syakir adalah pelajar

tahun akhir di Politeknik Temasek dalam bidang kursus yang minati.

Aku senang kerana telah membantunya berubah menjadi seorang yang

lebih yakin diri dan tidak mudah menyerah kalah. [Lesson 3] Aku sedar

bawasa setiap di antara kita berpontensi untuk mencorak perubahan

dalam hidup orang lain jika kita gunakan pengaruh kita dengan positif.

1. merentasi

bergerak melalui sesuatu kawasan: to

pass across

2. bersarang

bertambah: to increase

3. idaman

keinginan: desired

4. jalan pintas

solusi mudah dan cepat: easy and quick

solution

5. sandaran

sumber bantuan: source of help

6. jatuh bangun

Kegagalan dan kejayaan: rise and fall

7. sepakat

setuju: to agree

Kosa Kata: Vocabulary

Page 20: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Naratif Narrative Writing

Contoh 8 Example 8

42

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Incident

Presenting the

Incident

• Unravelling the

Mystery

• Background

Information

Suasana hiruk-pikuk1 menyelubungi petang itu. Pengunjung

berduyun-duyun2 datang untuk memenuhi hajat mereka. Sepertinya,

tekad mereka bulat3 kerana kekhusyukan

4 mereka berbelanja tanpa

menghiraukan kehausan dalam bahang kepanasan suasana berasak-

asak. Sekumpulan pelajar yang hadir untuk meninjau5 suasana

kelihatan seronok memetik gambar. Mereka juga terkesan dengan

suasana membeli di sekeliling mereka sehingga tidak mahu

melepaskan peluang membeli juadah-juadah6 tradisional untuk

berbuka puasa. Memang tidak syak lagi di sinilah nadi kegiatan7 orang

Melayu, lebih-lebih lagi dalam persiapan mereka menyambut ketibaan

Hari Raya tidak lama lagi. Sungguh tepat tempat ini dijadikan pilihan

untuk aktiviti pelajar [INCIDENT].

Aktiviti pelajar yang dimaksudkan di atas adalah lawatan ke

pasar Geylang Serai. Ia merupakan salah satu aktiviti kebudayaan

dalam program Dwiminggu dan Perkhemahan Bahasa yang dianjurkan

tahun lepas [INCIDENT]. Beberapa aktiviti kebudayaan yang

dianjurkan dalam tempoh dua minggu itu bertujuan memberi peluang

kepada para pelajar untuk mengenali dan menghargai kebudayaan

dalam persekitaran yang kondusif. [Start background] Sebagai salah

seorang ketua pelajar yang senior, aku telah diberikan tugas oleh

guruku untuk bekerjasama dengan empat orang rakan ketua pelajar

lain dari menengah tiga untuk melakarkan kegiatan pelajaran yang

boleh dilakukan dalam lawatan itu. Kumpulan yang terlibat dalam

lawatan tersebut adalah pelajar menengah dua seramai dua-puluh

orang. Matlamat lawatan adalah untuk memberi peluang kepada

pelajar mengenali dan menghargai aspek-aspek tertentu kebudayaan

orang Melayu. Kami dipilih kerana kami pernah mengikuti lawatan

serupa sewaktu kami di menengah dua dahulu. Cikgu Mardiah ingin

kami menggunakan pengalaman tersebut untuk meperbaiki lagi

Kamu diberikan peluang untuk merancang dan melaksanakan program

kebudayaan untuk sekolah kamu. Gambarkan persiapan yang dibuat,

pengalaman dan pengajaran yang kamu raih menerusi kegiatan tersebut.

[Incident]

Tema: Budaya Melayu | Theme: Malay Culture

Page 21: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

45

[Consequence 3] Bagi pelajar asing yang terut serta dalam lawatan itu,

mereka kini lebih berminat untuk mengetahui lebih mendalam aspek

kebudayaan orang Melayu yang lain. Ramai di antara mereka dapat

melihat persamaan sesetengah budaya orang Melayu dengan budaya

masyarakat mereka. [Lesson 3] Daripada pengalaman mereka aku

pelajari bahawa dengan mengenali budaya orang lain akan terbuka

pintu12 untuk kita merenung akan budaya masyarakat kita sendiri. Aku

berasa puas kerana sumbangan dan penglibatanku dapat membantu

pihak sekolah dalam menjalankan program Dwiminggu dan

Perkhemahan Bahasa tahun tersebut dengan jayanya.

2. hiruk-pikuk

sibuk dan bising: busy and noisy

3. berduyun-duyun

datang beramai-ramai dan putus-putus:

to come in uninterrupted large number

4. tekad (mereka) bulat

azam yang kuat: uncompromising will

5. kekhusyukan

tumpuan yang tidak berbelah bahagi:

undivided focus

6. meninjau

memerhatikan sesuatu: to look around

7. juadah-juadah

makanan: food

1. nadi kegiatan

pusat aktiviti: hub

8. pertembungan

pertentangan: clash

9. busana

pakaian: clothing

10. mengusulkan

mencadangkan: to suggest

11. memperuntukkan

menyediakan: to make provision

12. terbuka pintu

memberi peluang: to provide

opportunity

Kosa Kata: Vocabulary

Page 22: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Naratif Narrative Writing

Contoh 9 Example 9

46

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Incident

Presenting the

Incident

• Unravelling the

Mystery

• Background

Information

Tepukan hadirin menyambut kemunculan seorang bekas pelajar

di pentas dewan sekolah mulai reda1. Rasa tidak sabar mereka untuk

mendengar ucapan bekas pelajar itu menjadikan suasana dewan sunyi

dan sepi; sepertinya jika sepucuk jarum jatuh ke lantai dewan, pasti

kedengaran bunyinya. Peluh dingin mula mengalir turun di belakang

tengkok bekas pelajar itu. Dia memperbetulkan posisinya di pentas

berucap sebelum memulakan ucapannya. Sebaik sahaja dia merasa

tenang, dia mendongakkan kepalanya ke hadapan untuk melihat para

hadirin yang hadir. Rasanya seperti lautan mata sedang memerhatikan

setiap gerak-gerinya, ingin mencari kesilapannya. Dia mula rasa

gementar. Bulu badannya mula meremang2. Tidak pernah sebelum

ini dia memberikan ucapan di hadapan begitu ramai orang. Dia cuba

memulakan ucapannya. Rasanya seperti ada seketul batu besar

tersangkut pada tekaknya menghalang dia daripada mengeluarkan

kata-kata. Dia menjadi semakin cemas. Dia langsung memejamkan

matanya. Oh Tuhan, ampunilah aku dan bantulah aku mengharungi

keadaan yang mencemaskan ini [INCIDENT].

Bekas pelajar itu adalah aku. Aku telah dinobatkan sebagai

pelajar cemerlang pada tahun itu kerana pencapaianku dalam bidang

akademik dan kegiatan ko-kurikulum sepanjang lima tahun

pengajianku di sekolah itu. Kemuncak kecemerlanganku dalam bidang

akademik adalah apabila aku mendapat keputusan cemerlang dalam

peperiksaan peringkat O dengan mendapat kepujian dalam lapan mata

pelajaran. Oleh itu aku telah dijemput kembali ke sekolah

menengahku untuk menerima anugerah dan memberikan ucapan

dalam majlis ulang tahun dan penyampaian hadiah yang diadakan

setiap tahun [INCIDENT]. [Start background] Memberikan ucapan di

hadapan hadirin yang dianggarkan3 seramai tiga ratus orang dalam

majlis itu merupakan pengalaman pertama bagiku. Berucap di

khalayak yang ramai memang bukan kekuatanku sama sekali. Ini

Kamu telah menghadapi cabaran melakukan sesuatu buat pertama kali

dalam hidup kamu. Gambarkan pengalaman, perasaan dan masalah yang

kamu hadapi ketika melakukannya. [Incident]

Tema: Berucap Di Khalayak Ramai | Theme: Public Speaking

Page 23: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

49

Consequence of

the Story

• Lesson

kelasku dan beberapa orang guru yang ada di belakang pentas

langsung menepuk bahuku sambil memujiku. Tidak pernah kami

dengar ucapan sebegitu hebat sekali, kata mereka. Sepertinya

ucapanku telah menyentuh hati mereka. [Lesson 1] Aku kini sedar

sebaik-baik persiapan adalah memohon pertolongan Tuhan. Namun,

ini bukan bermakna kita tidak harus membuat sebarang persiapan.

Persiapan yang terbaik adalah membuat latihan dengan gigih di

samping berdoa meminta pertolongan Ilahi. [Consequence 2]

Daripada pengalaman tersebut, aku kini lebih memberikan perhatian

kepada doa-doa yang diajarkan sewaktu kelas agama hujung minggu.

[Lesson 2] Aku lebih menghargainya dan mengamalkannya dalam

kehidupan seharianku. Bagiku doa-doa ini merupakan cara untuk aku

menarik pertolongan Tuhan untuk menolak bala8 dan mengatasi setiap

rintangan. [Consequence 3] Aku tidak lagi menolak apabila diminta

untuk membuat ucapan di khalayak ramai. Bukannya aku tidak lagi

rasa gugup ataupun masalah gagapku sudah hilang. Akan tetapi aku

rasa lebih yakin diri apabila berucap. Malah, aku mula rapat dengan

kelab berpidato di maktab rendahku dan sekarang kami sedang

membuat persiapan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan

bahas peringkat nasional. [Lesson 3] Aku mendapati tiada gunanya

untuk aku membebankan diriku dengan jangkaan orang lain

terhadapku. Yang penting, aku membuat persiapan dengan gigih dan

berdoa kepada Tuhan untuk membantuku. Apa sahaja keputusanNya

pasti adalah yang terbaik untukku. Itu, aku yakin sama sekali.

1. reda

berkurangan: to subside

2. meremang

tegak berdiri: to stand on end

3. dianggarkan

perkiraan secara kasar: estimated

4. pemangkin

faktor yang menyebabkan perubahan

kepada sesuatu: catalyst

5. rapuh

mudah pecah: to become fragile

6. kekakuan

kegugupan: stiffness (as a result of

nervousness)

7. kelu

Tidak dapat berkata-kata: speechless

8. bala

musibah: misfortune

Kosa Kata: Vocabulary

Page 24: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

Karangan Naratif Narrative Writing

Contoh 10 Example 10

50

Introduction

Fly on a Wall

• Suspense

Element

Incident

Presenting the

Incident

• Unravelling the

Mystery

• Background

Information

Bilangan sanak saudara yang datang semakin ramai. Kereta Tuk

Kadi yang dinantikan oleh keluarga lelaki sudahpun tiba. Para hadirin

yang hadir sempat menoleh ke arah Tuk Kadi yang berjalan perlahan

mencari ruang untuk masuk ke dalam dewan rumah sebandung itu.

Suasana yang awalnya riuh dengan senda ketawa mengusik kedua

mempelai menjadi reda. Namun, senyum gurau masih jelas terpancar

pada wajah semua yang hadir. Pengantin perempuan sedang duduk

bersimpul di atas cadar yang disulami benang emas. Dia kelihatan

anggun sekali. Dia mengorakkan bibir merahnya sehingga timbulnya

sepasang lesung pipit pada kedua belah pipinya apabila pengantin

lelaki melirik memerhatikannya dengan senyuman. Tiada sesiapa yang

dapat menduga kepiluan yang bersarang dalam hati pengantin

perempuan di sebalik keriangan yang terpancar pada wajahnya.

Sesekali dia melihat ke luar tingkap. Malangnya, sekumplan orang

yang diharapnya hadir tidak muncul tiba. Hatinya menjadi semakin

sayu. Ini adalah pilihanku, dan pastinya ia adalah untuk kebaikanku

sendiri. Demi cita-cita aku sanggup korbankan orang-orang yang aku

sayangi. Hati kecilnya berbetik [INCIDENT].

Keputusanku untuk bernikah dengan Farid mendapat tantangan1

kuat daripada keluargaku. Mereka mengambil keputusan untuk

memulaukan2 majlis pernikahanku yang berlangsung di rumah

keluarga Farid [INCIDENT]. [Start background] Aku berhutang budi

dengan keluarga Farid kerana mereka menerimaku dengan senang hati

setelah ayah menghalauku keluar dari rumah apabila aku berkeras

untuk menerima lamaran Farid. Ibu tidak mampu mengeluarkan

sebarang kata-kata dan terpaksa mengikuti kehendak ayah yang panas

baran orangnya. Abangku memihak kepada ayah. Aku sedar

tantangan keluargaku sebenarnya bukan kerana aku menerima Farid

sebagai suami. Hakikatnya, mereka sukakan Farid. Farid adalah

seorang yang berpelajaran tinggi, berakhlak mulia dan menghormati

orang tua. Tantangan mereka sebenarnya adalah kerana keputusanku

Ceritakan sesuatu peristiwa di mana kamu perlu membuat pilihan antara

cita-cita dan keluarga serta keputusan yang kamu ambil. [Incident]

Tema: Memburu Cita-Cita | Theme: Chasing Dreams

Page 25: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

53

terhadapku masih belum reda. Enam bulan kemudian, aku

mengandung. Dengan kuasa Tuhan, paras wajah anakku saling tak

tumpah8 seperti paras wajah ayahku. Ini adalah suatu rahmat Tuhan.

Manakan tudak. [Consequence 3] Sejak ibu mengetahui yang aku

telah bersalin, dia mula menghubungiku lewat telefon secara

sembunyi daripada pengetahuan ayah. Bunyi tangisannya lewat

telefon ketika berbicara denganku menyedarkan aku beban yang dia

pikul kerana tidak dapat berjumpa denganku sekian lama. Memang

sudah lama dia ingin sekali berjumpa denganku tetapi dihalang oleh

ayah. Apabila aku dibenarkan keluar dari hospital, ibu dan abang

muncul di pintu wad. [Lesson 3] Aku sedar walaupun apa pertikaian

yang berlaku di antara kami sekeluarga, air dicincang tidak akan putus.

Abang yang masih belum berumahtangga ghairah ingin melihat anakku

apabila mengetahui wajahnya mirip ayah. Kini, enam bulan berlalu

setelah aku bersalin, luka dihatiku mula berhenti daripada menitiskan

darah kesedihan. Aku mendapat tahu daripada ibu yang ayah mula

bertanya mengenai perihalku sejak mengetahui berita yang wajah

anakku mirip wajahnya. Aku yakin suatu hari nanti dia akan

menerimaku kembali kepangkuannya. Aku terus memanjatkan doa ke

Ilahi.

1. tantangan

tentangan: opposition

2. memulaukan

memboikot: to boycott

3. dikemudikan

dipandu: to be steered

4. nakhoda

ketua kapal: captain

5. melayari

melalui: to live

6. pengertian

pemahaman: understanding

7. bersifat terbuka

mudah menerima (sesuatu pendapat):

open and non-judgemental

8. saling tak tumpah

serupa: look-alike

Kosa Kata: Vocabulary

Page 26: Sample of Descriptive Writings KARANG KUTU ·  · 2014-06-24Contoh Karangan Deskriptif 1 Descriptive Writing Example 1 ... bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris,

54

About Karang Kutu

Karang Kutu is an online store where you can purchase pieces of karangan at affordably

low price. Each karangan will only cost you SDG$1 (Singapore dollars). Every karangan is

written following a writing strategy specifically tailored-made for its respective genre –

narrative, descriptive and argumentative.

Teachers and students will find every karangan useful because it is annotated with side-

notes to show how various techniques are used in when writing it.

Although the questions are categorised into O and N level questions, not all of the

questions are from the past O and N level examination papers. However, these

questions are chosen because they fulfill the specifications of O and N Level questions

respectively.

We will be posting new karangan from time to time, if God’s will. Please follow us for

updates.