borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan...

28
i PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA UNTUK TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 251 TAMAN BINTANG 34900 PANTAI REMIS PM. DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN PERAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia Tarikh: 11 MAC 2004 Tarikh: _12 MAC 2004 PHUA YEN CHYN CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

i

PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA UNTUK TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Al2534PE Ta

PHUA YEN CHYN

CATA

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

amat Tetap: 1 TAMAN BINTANG

900 PANTAI REMIS PM. DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN RAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia

rikh: 11 MAC 2004 Tarikh: _12 MAC 2004

TAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

ii

�Saya/ Kami* akui bahawa saya/ kami* telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya/ kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)�.

Tandatangan :

Nama Penyelia I : PM. DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN

Tarikh : 5 Mac 2004

Tandatangan** : ���������������.

Nama Penyelia II :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

** Sila penuhkan jika berkaitan

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

iii

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN

MODUL PENGAJARAN KENDIRI TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA

UNTUK TINGKATAN EMPAT

PHUA YEN CHYN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

5 MAC 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

iv

�Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya�.

Tandatangan :

Nama Penulis : PHUA YEN CHYN

Tarikh : 5 Mac 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

v

Untuk ibu bapa yang dikasihi

Phua Ah Peng dan Lee Siew Ting

Doa kalian amat kuhargai.

Kepada rakan-rakan seperjuanganku

Perhatian dan tunjuk ajar sekalian

Akan ku kenang sepanjang hayatku.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

vi

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Hj. Shaharom bin

Noordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Bimbingan dan pandangan

beliau banyak membantu saya dalam sepanjang masa penghasilan Projek Sarjana

Muda ini.

Perhargaan yang setinggi-tingginya juga tidak lupa ditujukan kepada ibu bapa

saya yang memberi sokongan moral kepada selama ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

sudi memberikan kerjasama dan pandangan yang amat berharga dalam kajian yang

dibuat.

Ucapan terima kasih kepada staf Fakulti Pendidikan, UTM dan pihak

sekolah-sekolah menengah di sekitar Skudai dan di Pantai Remis atas kerjasama dan

bantuan yang diberi.

Akhir sekali sukalah saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan

individu yang telah sama-sama memberi sokongan dan bantuan dalam apa juga

bentuk sehingga sempurna Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

vii

ABSTRAK

Pembinaan bahan modul pengajaran kendiri (MPK) bukanlah suatu proses

yang mudah. Ianya terpaksa melalui beberapa peringkat perancangan yang sistematik

bagi menjamin MPK yang terhasil adalah memenuhi keperluan semasa. Jadi, MPK

yang dibina patut melalui proses Penilaian Formatif secara empiris agar dapat

bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan

penglibatan pelajar.

Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian

ketiga-tiga MPK Sains KBSM Tingkatan Empat yang bertajuk Tenaga dan

Perubahan Kimia (Aplikasi Siri Kereaktifan Logam, Elektrolisis, Penghasilan

Tenaga Elektrik Dalam Sel Kimia).

Pembinaan MPK ini menggunakan Model Teras-Cabang Shaharom

(Shaharom, 1994). Kesesuaian MPK ini dinilai dengan Penilaian Formatif. Seramai

14 orang guru sains terlibat dalam Penilaian Formatif yang dijalankan iaitu Penilaian

Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

Penilaian Formatif dijalankan merentasi satu pemboleh ubah bebas iaitu tempoh

mengajar.

Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)

(Shaharom, 1994) digunakan sebagai alat kajian dan data dianalisis secara statistik

deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min.

Hasil kajian mengesahkan MPK Tenaga dan Perubahan Kimia yang dibina

adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

untuk pelajar Tingkatan Empat Sains.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

viii

ABSTRACT

The designing of Self-Instructional Modules (SIMs) is not an easy process. It

should be gone through some systematic step. An empirical Formative Evaluation is

required, so that the built up SIMs is suitable with the curriculum and the syllabus as

well as to enhance students� involvement in classroom teaching.

The purpose of this study is to design and evaluate the suitability status of

three SIMs for Form Four KBSM Science subject entitled Tenaga dan Perubahan

Kimia (Aplikasi Siri Kereaktifan Logam, Elektrolisis, Penghasilan Tenaga Elektrik

Dalam Sel Kimia).

This SIMs were developed based on Shaharom�s Core-Branch Model

(Shaharom, 1994). The suitability of SIMs was evaluated through Formative

Evaluation. There were 12 Science teachers were involved in two level of Formative

Evaluation: One-to-One Formative Evaluation and Small Group Formative

Evaluation. The Formative Evaluation was based on an independent variables,

teaching duration.

The research instrument used was the questionnaire namely Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) designed by Shaharom

(Shaharom, 1994). Data obtained was analysed using descriptive statistics in the

form of mean and mean deviation.

Results showed that the Tenaga dan Perubahan Kimia SIMs are suitable as

teaching and learning materials for Form Four Science students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/ ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum 3

1.1.2 Teks Yang Kurang Melibatkan Pelajar 4

1.1.3 Gambarajah Yang Kurang Melibatkan 6

Pelajar

1.1.4 Aktiviti Yang Kurang Melibatkan Pelajar 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

x

1.1.5 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang 8

Melibatkan Pelajar

1.1.6 Ringkasan Bab Yang Kurang Melibatkan 9

Pelajar

1.2 Pernyataan Masalah 11

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Persoalan Kajian 12

1.5 Rangka Kerja Konsep 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.6.1 Kepentingan Kajian Kepada Pelajar 15

1.6.2 Kepentingan Kajian Kepada Guru 17

1.6.3 Kepentingan Kajian Kepada Penggubal 17

Kurikulum

1.6.4 Kepentingan Kajian Kepada Institusi 18

Pendidikan

1.7 Skop Kajian 19

1.8 Takrifan Kajian 19

1.8.1 Bahan Pembelajaran 20

1.8.2 Guru 20

1.8.3 Kesesuaian 20

1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 20

1.8.5 Penilaian Formatif 21

1.8.6 Tempoh Mengajar 21

1.9 Rumusan 22

II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 23

2.1 Strategi Pembelajaran Penguasaan 24

(Mastery Learning)

2.2 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan dan 25

Penilaian MPK

2.2.1 Penilaian Formatif 25

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xi

2.2.1.1 Penilaian Formatif Satu 26

Dengan Satu (PFSS)

2.2.1.2 Penilaian Formatif Kelompok 27

Kecil (PFKK)

2.2.1.3 Ujian Lapangan 28

2.2.2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 29

2.2.2.1 Model Burns 29

2.2.2.2 Model Klingstedt 31

2.2.2.3 Model Eijl 32

2.2.2.4 Model De Vito 33

2.2.2.5 Model Meyer 34

2.2.2.6 Model Teras-Cabang Shaharom 36

2.2.2.7 Rasional Penggunaan Model 43

Teras-Cabang Shaharom

2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan 44

Dan Penilaian MPK

2.3.1 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian 44

Kesesuaian MPK Dalam Bidang Sains Di

UTM

2.3.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 50

Kesesuaian MPK Di Luar Negara

2.4 Rumusan 52

III PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan 54

3.1 Reka Bentuk Kajian 54

3.2 Model MPK 55

3.3 Subjek Kajian 55

3.4 Alat Kajian 56

3.5 Tatacara Kajian 57

3.5.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK 60

3.5.2 Kajian Tahap Kedua: Kajian Rintis Dan 62

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xii

Penilaian Formatif

3.5.2.1 Kajian Rintis 62

3.5.2.2 Penilaian Formatif 63

3.5.3 Kajian Tahap Ketiga: Analisis Data Dan 65

Maklumat

3.6 Andaian Kajian 66

3.7 Batasan Kajian 66

3.8 Rumusan 67

IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 69

4.1 Kajian Rintis 70

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK 71

4.2.1 Persoalan Kajian 1 71

4.2.2 Persoalan Kajian 2 72

4.3 Penilaian Formatif Merentasi Tempoh Mengajar 74

4.3.1 Persoalan Kajian 3 74

4.3.2 Persoalan Kajian 4 76

4.4 Rumusan 77

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 79

5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 79

5.2 Kesimpulan 83

5.3 Implikasi 84

5.4 Cadangan 85

5.5 Cadangan Penyelidik Masa Depan 86

5.6 Rumusan 88

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xiii

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN

A: Borang Pengesahan Pakar Bidang 94

B: Borang Pengesahan MPK 95

C: Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran 97

Kendiri (MPK) (Guru)

D: Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK 102

Untuk Guru

E: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Bawah KPM 103

F: Surat Akuan Diri 104

G: Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 105

Empat (Bab 6)

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

4.1

4.2

4.3

4.4

5.1

Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru

Terhadap Kesesuaian MPK

Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru

Terhadap Kesesuaian MPK

Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Merentasi

Tempoh Mengajar Oleh Guru

Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentasi

Tempoh Mengajar Oleh Guru

Analisis PFSS dan PFKK Penyelidik Dengan

Pemboleh Ubah Bebas

71

73

74

76

81

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

1.1

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6 Rangka Kerja Penilaian Formatif

Rangka Kerja Konsep

(Ubahsuai Sumber: Salohi, 1999)

Model Teras-Cabang

(Sumber: Shaharom, 1994)

Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Bermodul

(Sumber: Shaharom, 1994)

Rangka Kerja Kajian Keseluruhan

(Sumber: Salohi, 1999)

Rangka Kerja Keseluruhan

(Ubahsuai Sumber: Shaharom, 1994)

Rangka Kerja Tahap Satu

(Ubahsuai Sumber: Salohi, 1999)

Rangka Kerja Pembinaan MPK

(Sumber: Shaharom, 1994)

Rangka Kerja Kajian Rintis

(Sumber: Salohi)

(Sumber: Salohi, 1999)

13

41

42

58

59

60

61

62

64

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xvi

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/ ISTILAH

AS

BMMK

FPK

HSP

JPK

PPK

KPM

MPK

P&P

PB

PFSS

PFKK

SP

x

XI

n

>

%

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Amat Sesuai

Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Huraian Sukatan Pelajaran

Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK (Guru)

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

Modul Pengajaran Kendiri

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran Bermodul

Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

Penilaian Formatif Kelompok Kecil

Sukatan Pelajaran

Min atau Purata

Setiap Markat Subjek

Bilangan Markat

Kurang atau Sama Dengan

Melebihi

Peratus

Jumlah

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

B

C

D

E

F

G

Pengesahan Pakar Bidang

(Sumber: Shaharom, 1994)

Pengesahan Bahan Kajian

(Sumber: Shaharom, 1994)

Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) (Guru)

(Sumber: Shaharom, 1994)

Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK

Untuk Guru

(Sumber: Shaharom, 1994)

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Surat Akuan Diri

Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSM

Tingkatan Empat (Bab 6)

94

95

97

102

103

104

105

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan merupakan

satu usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah mengorak langkah baru untuk melahirkan generasi masa depan yang

berpengetahuan, berfikiran tinggi, kreatif, berteknologi dan penyayang. Bagi

menyumbang kearah pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pelbagai pihak

memainkan peranan seperti memajukan sumber maklumat yang dapat digunakan oleh

generasi masa depan iaitu pelajar hari ini. Para pendidik sentiasa berusaha untuk

memperbaiki kaedah pengajaran yang digunakan dari semasa ke semasa. Salah satu

caranya adalah membina modul pengajaran kendiri.

Menurut Shaharom (2000:2):

�Penyediaan bahan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran yang

bersesuaian, cekap dan berkesan yang menekankan ke atas penglibatan para pelajar

dalam proses P&P adalah penting demi mengembangkan potensi individu pelajar dan

ia merupakan hasrat murni yang seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya.�

Fahaman konstruktivisme merupakan pendekatan yang semakin diterima oleh

ahli penyelidik dan pendidik sains tentang cara atau kaedah pelajar mempelajari sains

pada hari ini. Pendekatan konstruktivisme menekankan sekali pun mereka belum

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

2

pernah memperlajari sains secara formal ataupun konsep itu sebelum lagi dipelajari

di bilik darjah, mereka telah pun sedia membina idea-idea mengenai konsep tersebut

(Meor, 2001/2002). Ini menunjukkan adalah penting untuk menyediakan pelajar

dengan bahan pembelajaran yang bermutu untuk mengelakkan salah tanggap pada diri

pelajar itu sendiri. Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan-bahan

yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), dan juga penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.

Dari sudut penglibatan pelajar ini, mereka tidak hanya didedahkan kepada sumber-

sumber maklumat yang melibatkan hafalan semata-mata, tetapi sumber-sumber yang

manggalakkan dan melibatkan proses pemikiran pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dijalankan supaya mereka dapat mengkonsepsikan,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Selaras dengan perkembangkan teknologi maklumat dan wawasan negara

kearah Malaysia yang berdaya saing dan maju dari segi sains dan teknologi,

penyelidik memikirkan betapa perlunya pembinaan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) dalam usaha menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu. Diharapkan ia

dapat membantu pelajar semasa proses pembelajaran agar pembelajaran yang dilalui

akan memberikan makna pada diri pelajar dan seterusnya membantu dalam

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1.1 Latar Belakang Masalah

Bahan pembelajaran yang kurang bermutu atau tidak bersesuaian akan

menyebabkan pelajar mengalami masalah dalam mengaplikasikan pembelajaran

mereka ke dalam situasi yang sebenar. Pelajar tidak dapat melihat hala tuju proses

P&P yang dilalui menyebabkan pelajar kurang berminat untuk berfikir dan

meneruskan proses pembelajaran mereka. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi

mutu bahan pembelajaran adalah seperti bahasa, teks, gambarajah, aktiviti, soalan di

akhir bab dan ringkasan bab.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

3

1.1.1 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum (BMMK)

Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum (BMMK) memberi penekanan kepada

penguasaan bahasa bukan sahaja diperoleh melalui pengajaran bahasa Melayu

semata-mata tetapi dapat dikuasai melalui semua mata pelajaran (Nawi, 1995).

Dengan perkataan yang lain, guru mata pelajaran bukan bahasa tidak seharusnya

memfokuskan isi mata pelajaran semata-mata, tetapi proses P&P hendaklah

dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan bahasa baku.

Meskipun perkara ini diakui ramai, namun dari segi kenyataan,

pelaksanaannya di sekolah adalah sangat minimum. Kebanyakan guru mata pelajaran

bukan bahasa menyampaikan isi, fakta atau istilah yang berkaitan dengan sesuatu

perkara dengan mengetepikan langsung soal-soal kebahasaan. Maklamat mereka

adalah setakat untuk membolehkan pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan baik

sahaja.

Gejala ini turut berlaku dalam proses P&P mata pelajaran Sains. Istilah sains

merupakan masalah yang paling sukar untuk difahami oleh murid (Abd. Rashid,

1981). Guru sains jarang mengambil berat untuk mentakrifkan atau menjelaskan

istilah kerana beranggapan pelajar telah mengetahui istilah tersebut terlebih dahulu

kerana ia dinyatakan dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa contoh kesalahan

penggunaan istilah sains yang sering dilakukan oleh pelajar dan cara penggunaan

yang betul dinyatakan dalam jadual di bawah.

Penggunaan Istilah Sains Yang Salah Penggunaan Istilah Sains Yang Betul

berkeladak terjadi ada mendakan terhasil

terdapat satu letupan ada kedengaran bunyi �pop�

Apabila magnesium bercampur dengan

oksigen, magnesium oksida terhasil

apabila magnesium terbakar di dalam

oksigen, magnesium terhasil

Selain daripada itu, budaya me�melayu�kan istilah bahasa Inggeris semakin

menular walaupun sudah terdapat perkataan Melayu yang mampu menjelaskan istilah

yang ingin diungkapkan (Nawi, 1995). Sebagai contoh di dalam bahan pembelajaran

Fokus Ungu SPM Sains (Chong et al, 2002:114) adalah �prosedur� yang berasalkan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

4

daripada perkataan �procedure� yang membawa maksud �tatacara�, �eksperimen�

daripada perkataan �experiment� yang membawa maksud �uji kaji�. Antara contoh

yang lain dalam bahan pembelajaran Kimia SPM (Ooi et al, 1997:41) adalah seperti

�konfigurasi elektron� yang berasalkan daripada perkataan �electron configuration�

yang membawa maksud �susunan elektron�.

Mengapakah berlaku perkara sedemikian? Adakah bahasa Melayu tidak

berkemampuan berfungsi sebagai bahasa ilmu dan hanya bahasa Inggeris sahaja yang

berkemampuan sebagai bahasa ilmu? Benarkah bahasa Inggeris sahaja yang dapat

memajukan negara dan menjadikan bangsa itu kaya? Sebenarnya kita mendapati

bahawa banyak negara yang menggunakan bahasa Inggeris tetapi negara itu tidak

maju dan rakyatnya sangat miskin. Sebaliknya, negara Jepun dan Korea tidak

menggunakan bahasa Inggeris tetapi menggunakan bahasa kebangsaan masing-

masing dan didapati bahawa negara ini tetap maju dan rakyatnya sangat kaya.

Keadaan sedemikian bermakna bahawa bahasa Inggeris bukanlah faktor yang

menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau kaya. Yang

manjadikan faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi pada azam dan

kesungguhan sesuatu bangsa tersebut.

1.1.2 Teks Yang Kurang Melibatkan Penglibatan Pelajar

Hampir keseluruhan bahan pembelajaran menggunakan teks untuk beberapa

tujuan sahaja, misalnya hanya memberi kenyataan fakta, kesimpulan atau generalisasi

dan takrifan yang tidak perlu penglibatan pelajar atau menggunakan kemahiran

saintifik. Kenyataan fakta ditakrifkan sebagai kenyataan mudah yang menyampaikan

data atau permerhatian yang dibuat oleh orang lain (Romey, 1968).

Sebenarnya bahan pembelajaran yang bermutu menggunakan teks untuk

kegunaan dalam P&P yang berorientasi penyiasatan. Contohnya teks turut digunakan

untuk kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri, arahan

yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau

kenyataan yang berbentuk masalah yang akan diselasaikan oleh pelajar, soalan yang

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

5

dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera

dalam teks (Romey, 1968).

Noor Hayati (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan 1 (Bah

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah

0.59.

Teyew (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks (Sains)

tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Tiga (Choong et al, 1990). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah 0.02.

Winnie (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks Sains

Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah

0.10.

Husna (2001) telah membuat laporan teknik Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima

(Tan et al, 1996). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks

adalah 0.07.

Khamawiyah (2000) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima (Tan et al, 1992). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah 0.24.

Hanafi (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains/Rujukan Sains tentang buku Fizik Tingkatan Empat (Poh et al, 2001). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah 0.31.

Nilai-nilai indeks ini menunjukkan teks yang dianalisis bersifat autoritarian

dan kurang mencabar. Teks ini hanya memberi fokus kepada penyampaian

pengetahuan kepada pelajar sahaja. Dengan perkataan yang lain teks ini hanya

melibatkan aras bawah taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan dan aras kefahaman

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

6

sahaja. Kesimpulannya, teks dalam bahan pembelajaran yang berkenaan kurang

melibatkan pelajar dalam proses P&P.

1.1.3 Gambarajah Yang Kurang Melibatkan Pelajar

Kebanyakan kita berpendapat bahawa gambarajah hanya digunakan untuk

tujuan memberi penerangan sahaja. Sebenarnya, bahan pembelajaran yang bermutu

akan mendorong pelajar mengaplikasikan gambarajah (Romey, 1968). Misalnya

pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data untuk membuat suatu

kesimpulan dengan berdasarkan gambarajah.

Noor Hayati (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Satu

(Bah et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk

gambarajah adalah 0.40.

Teyew (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks (Sains)

tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Tiga (Choong et al, 1990). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah adalah 0.31.

Winnie (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks Sains

Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah

adalah 0.23.

Husna (2001) telah membuat laporan teknik Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima

(Tan et al, 1996). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk

gambarajah adalah 0.10.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

7

Khamawiyah (2000) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima (Tan et al, 1992). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah adalah 0.25.

Nilai-nilai indeks ini menunjukkan gambarajah yang disediakan dalam bahan

pembelajaran yang dianalisis kurang mencabar dan hanya memberi fokus kepada

memberi penerangan sahaja. Kesimpulannya, gambarajah dalam bahan pembelajaran

yang berkenaan kurang melibatkan pelajar dalam proses P&P.

1.1.4 Aktiviti Yang Kurang Melibatkan Pelajar

Apabila kita menyebut aktiviti sains, kebanyakan kita akan berpendapat

bahawa aktiviti tersebut adalah uji kaji (eksperimen) yang dijalankan dalam makmal

sahaja. Sebenarnya dalam bahan pembelajaran yang bermutu, aktiviti yang disediakan

haruslah meliputi aktiviti yang dijalankan di luar daripada kelas dan makmal (Romey,

1968). Misalnya mencari maklumat yang berkaitan daripada internet, menerokai ilmu

sains melalui pemerhatian alam sekitar dan sebagainya.

Teyew (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks (Sains)

tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Tiga (Choong et al, 1990). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti adalah 0.64.

Winnie (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks Sains

Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti

adalah 0.37.

Husna (2001) telah membuat laporan teknik Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima

(Tan et al, 1996). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti

adalah 0.33.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

8

Nilai-nilai indeks ini menunjukkan aktiviti yang disediakan dalam bahan

pembelajaran yang dianalisis bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Aktiviti ini

hanya memberi fokus kepada aktiviti dalam kelas dan eksperimen yang hanya

mengikuti tatacara yang ditetapkan tanpa penglibatan aktif pelajar. Kesimpulannya,

aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam bahan pembelajaran yang berkenaan kurang

melibatkan pelajar dalam proses P&P.

1.1.5 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Melibatkan Pelajar

Secara umumnya, kebanyakan soalan yang disediakan di akhir bab adalah

dalam bentuk takrifan dan jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks. Bagi

bahan pembelajaran yang bermutu, selain daripada memiliki ciri-ciri di atas, ia turut

harus mengandungi soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya

daripada bab berkenaan ke situasi baharu dan soalan yang memerlukan pelajar

menyelesaikan masalah (Romey, 1968).

Noor Hayati (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Satu

(Bah et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk soalan

di akhir bab adalah 1.29.

Teyew (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks (Sains)

tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Tiga (Choong et al, 1990). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab adalah 0.47.

Winnie (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks Sains

Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk soalan di

akhir bab adalah 0.72.

Husna binti Abd Hadi (2001) telah membuat laporan teknik Penilaian

Kuantitatif Buku Teks Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

9

Sains Tingkatan Lima (Tan et al, 1996). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan

pelajar untuk soalan di akhir bab adalah 1.19.

Khamawiyah binti Suradi (2000) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif

Buku Teks Sains tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima (Tan et al, 1992).

Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab adalah

0.40.

Hanafi (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains/Rujukan Sains tentang buku Fizik Tingkatan Empat (Poh et al, 2001). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab adalah 5.48.

Nilai-niali indeks ini menunjukkan terdapat soalan-soalan yang dikemukakan

di akhir bahagian bab yang memerlukan pelajar berfikir iaitu mengaplikasi dan

menyelesaikan masalah. Namun demikian, soalan-soalan sedemikian masih belum

mencukupi untuk membuat pelajar berfikir secara optimum. Kesimpulannya, soalan-

soalan yang disediakan di akhir bab bahan pembelajaran yang berkenaan kurang

melibatkan pelajar dalam proses P&P.

1.1.6 Ringkasan Bab yang Kurang Melibatkan Pelajar

Kebanyakan ringkasan bab bahan pembelajaran hanya mengulangkan

kesimpulan bab sahaja tanpa mengemukakan soalan-soalan baru yang mendorong

pelajar memikir. Sebenarnya bagi bahan pembelajaran yang bermutu, ia haruslah

mengemukakan soalan-soalan yang baru di mana jawapannya tidak terdapat dalam

teks (Romey, 1968).

Noor Hayati (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Satu

(Bah et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk rinkasan

bab adalah 0.00.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

10

Teyew (2002) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks (Sains)

tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Tiga (Choong et al, 1990). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab adalah 0.00.

Winnie (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks Sains

Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong

et al, 2001). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab

adalah 0.00.

Husna (2001) telah membuat laporan teknik Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains Ke Atas Penglibatan Pelajar tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima

(Tan et al, 1996). Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk

ringkasan bab adalah 0.00.

Khamawiyah (2000) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku Teks

Sains tentang buku teks KBSM Sains Tingkatan Lima (Tan et al, 1992). Beliau

mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab adalah 0.00.

Hanafi bin Jasman (2003) telah membuat laporan Penilaian Kuantitatif Buku

Teks Sains/Rujukan Sains tentang buku Fizik Tingkatan Empat (Poh et al, 2001).

Beliau mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab adalah 0.44.

Nilai-nilai indeks ini menunjukkan bahawa keseluruhan ringkasan bab yang

terdapat dalam bahan pembelajaran yang dianalisis hanyalah mengulang isi-isi

penting kandungan teks dan tanpa penglibatan pelajar. Ini merupakan kelemahan yang

amat ketara kerana pelajar hanya belajar secara hafalan. Kesimpulannya, ringkasan

bab yang disediakan dalam bahan pembelajaran yang berkenaan kurang melibatkan

pelajar dalam proses P&P.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filebersesuaian dengan keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran yang menekankan penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

11

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana Penilaian Formatif guru

ke atas MPK yang dibina bagi mata pelajaran Sains KBSM Tingkatan Empat di

bawah tajuk Tenaga dan Perubahan Kimia sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi

sekolah menengah pada peringkat tingkatan empat.

1.3 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini adalah:

1. Membina tiga MPK Tenaga dan Perubahan Kimia bagi mata pelajaran Sains

Tingkatan Empat mengikuti Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains KBSM

Tingkatan Empat (PPK, 2001) iaitu:

MPK 1: Aplikasi Siri Kereaktifan Logam

MPK 2: Elektrolisis

MPK 3: Penghasilan Tenaga Elektrik Dalam Sel Kimia

2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar tingkatan empat sama ada

ia memenuhi keperluan HSP Sains Tingkatan Empat dan memberi penekanan

ke atas penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.

3. Menilai tahap kesesuaian MPK Tenaga dan Perubahan Kimia merentasi

tempoh mengajar di kalangan guru sains.