projek multimedia contoh (papan cerita)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualkk18p2/6-papan...

3
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018 922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 (KERJA KURSUS) PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA) Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan episod “Kisah Bermula di Bukit Si Guntang” seperti yang termuat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003), selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Upload: truongdiep

Post on 02-Feb-2018

1.001 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/6-PAPAN CERIT… · PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA) Hasilkan satu persembahan multimedia

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

(KERJA KURSUS)

PROJEK MULTIMEDIA CONTOH

(PAPAN CERITA)

Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan episod “Kisah Bermula di Bukit Si Guntang” seperti yang termuat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003), selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 2: PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/6-PAPAN CERIT… · PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA) Hasilkan satu persembahan multimedia

BINGKAI 1

TEKS Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang - Font : Arial Black Saiz : 12 Bold Warna Kuning Outline Putih - Warna kuning menjelaskan simbol kedaulatan raja - Untuk menyatakan tajuk dan memberi kesan penghayatan terhadap audiens AUDIO VISUAL - Menggunakan Instrumental Muzik Asli Damak - Muzik ini dipilih untuk mewujudkan suasana mendamaikan seiring dengan imej alam yang menghijau dan luas - Supaya menimbulkan kesan emosi dalam penghayatan audiens.

DESKRIPSI / HURAIAN - Bingkai ini memaparkan imej kehijauan pemandangan di sebuah bukit dan terdapat sungai di bawahnya - Pemandangan ini menjelaskan tentang tanaman padi huma yang luas menghijau yang diusahakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini serta Sungai Muara Tatang seperti yang digambarkan dalam Kisah Bermula di Bukit Si Guntang - Paparan ini menggabungkan elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio visual dan animasi untuk menimbulkan kesan apresiasi terhadap teks sastera yang dimultimediakan.

GRAFIK - Grafik yang dipilih ialah sebuah bukit dan sungai yang mengalir. - Grafik ini dipilih untuk disesuaikan dengan latar tempat yang digambarkan dalam cerita - Supaya audiens dapat menjiwai gambaran suasana yang dipaparkan. ANIMASI - Pergerakan pada teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan secara Rectangle 17 Medium manakala pergerakan grafik pula secara Fly In From Bottom - Animasi yang digunakan adalah untuk menjelaskan info yang disampaikan melalui gabungan teknik penyampaian yang dikenalpasti dan untuk menarik perhatian audiens.

!!

Page 3: PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/6-PAPAN CERIT… · PROJEK MULTIMEDIA CONTOH (PAPAN CERITA) Hasilkan satu persembahan multimedia

BINGKAI 2 !

TEKS Wan Empuk Wan Malini dua bersaudara, Bertanam padi luas tak terkira; Bukit Si Guntang tempat tinggalnya, Cantik dipandang aman sentosa. - Font : Arial Rounded MT Bold Saiz : 14 Bold Warna Hitam - Teks yang dipilih ialah bahasa berirama yang menjelaskan tentang padi huma yang ditanam oleh Wan Empuk dan Wan Malini . Terdapat penggunaan unsur bunyi rima akhir a, a, b, c. - Untuk menepati skema rima, keseragaman bunyi dan menimbulkan nada kemerduan AUDIO VISUAL - Menggunakan Instrumental bunyi seruling - Muzik ini digunakan untuk disesuaikan dengan latar zaman feudal - Menimbulkan kesan penghayatan yang lebih mendalam

DESKRIPSI / HURAIAN - Bingkai ini memaparkan gambaran kawasan penanaman padi huma yang luas yang ditanam oleh Wan Empuk dan Wan Malini di Bukit Si Guntang - Paparan ini menggabungkan elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio visual dan animasi untuk menimbulkan kesan apresiasi terhadap teks sastera yang dimultimediakan.

GRAFIK - Memaparkan kawasan padi huma yang luas di Bukit Si Guntang - Grafik ini dipilih untuk menjelaskan latar tempat seperti yang digambarkan dalam Kisah di Bukit Si Guntang - Menggerakkan daya imaginasi audiens tentang keluasan kawasan penanaman padi huma di situ ANIMASI - Pergerakan pada teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan secara Dissolve manakala pergerakan grafik pula adalah secara Zoom Out - Menimbulkan kesan penghayatan dan menarik minat audiens