borang pengesahan status tesis · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek...

23
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL BAGI GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NORHAYATI BINTI RAHMAT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan (√ ) Disahkan oleh _________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.10,LORONG 5, JALAN CEMPAKA, MAJIDI BARU, PROF.MADYA DR. ZAIDATUN BINTI TASIR 81100 JOHOR BAHRU, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009 SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 16-Nov-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN RUANG VISUAL BAGI GARIS DAN SATAH

DALAM TIGA MATRA TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NORHAYATI BINTI RAHMAT (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan (√ )

Disahkan oleh

_________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.10,LORONG 5,

JALAN CEMPAKA,

MAJIDI BARU, PROF.MADYA DR. ZAIDATUN BINTI TASIR

81100 JOHOR BAHRU, Nama Penyelia

JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF.MADYA DR ZAIDATUN BINTI TASIR

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN

RUANG VISUAL BAGI GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA

TINGKATAN EMPAT

NORHAYATI BINTI RAHMAT

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ......................................................

Nama Penulis : NORHAYATI BINTI RAHMAT

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan bonda yang sangat kukasihi,

Encik Rahmat Bin Bidin dan Puan Raja Khadijah Binti Raja Abdul Ghani

Semoga berbahagia disamping anakanda-anakandamu..

Buat kekandaku,

Noridah Binti Rahmat

Tidak dilupakan insan tersayang,

Khairuddin Md Salleh

Kaulah sumber inspirasiku, terima kasih kerana banyak memberi dorongan...

Jutaan penghargaan kepada penyelia tersayang yang sungguh profesional,

Prof. Madya Dr. Zaidatun Tasir

Terlalu banyak pengorbanan yang dikau hulurkan..

Terima kasih atas segalanya..

Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah,

Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang..

Terima kasih atas segalanya..

Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini, saya banyak berhubung dengan ramai orang. Mereka telah memberikan banyak

ilmu dan bantuan. Paling utama, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada

penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Profesor Madya Dr. Zaidatun Binti Tasir di

atas segala tunjuk ajar, galakan, dan kritikan yang membina kepada saya selama ini.

Tanpa bimbingan yang beliau berikan, mustahil saya dapat menyediakan sebuah projek

yang memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa serta

keluarga yang telah banyak memberikan perangsang dan nasihat yang membina kepada

saya. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua rakan-rakan kursus Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) dan rakan-rakan lain yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar, kritikan dan sokongan dalam membangunkan projek

ini. Persahabatan yang dijalin selama hampir empat tahun di UTM akan saya kenang

sampai bila-bila.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan

ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan faedah dan

kebaikan kepada semua, insyaAllah. Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

ABSTRAK

Reformasi sistem pendidikan di Malaysia telah melahirkan Sekolah Bestari yang

menekankan pembelajaran elektronik. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Garis dan Satah Dalam Tiga

Matra, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan 4 telah dibangunkan. Pembelajaran

berbantukan Komputer (PBK) telah terbukti berupaya menghasilkan satu proses

pembelajaran yang menarik dan efektif. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang

berbeza mengikut teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983). Kajian ini

bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia yang berasaskan kepada

kecerdasan ruang visual, iaitu satu daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh

Howard Gardner (1983). Tajuk perisian multimedia yang telah dibangunkan ialah Garis

dan Satah Dalam Tiga Matra Tingkatan Empat. Kelebihan utama perisian berasaskan

kecerdasan ruang visual ini ialah ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar melalui

grafik dan imej yang disediakan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan dalam

perisian ini ialah penggunaan elemen visual sebagai media penyampaian maklumat dan

beberapa aktiviti pembelajaran yang berasaskan visual. Perisian multimedia ini

dibangunkan dengan menggunakan Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan

disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash

MX dan Sound Forge 6.0. Diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memanfaatkan

perisian multimedia ini dengan sepenuhnya bagi menyokong pembelajaran bersepadu

dan menyeluruh, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ABSTRACT

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

The reformation in Malaysia education system has formed Smart Schools,

which are forced on electronic learning. Hence, Computer Based Learning (CBL)

courseware entitled Lines and Planes in Three Dimensions, which is one of the topics in

Form Four Mathematics had been developed aligned with the aim. Computer assisted

learning (CAL) has proven to be capable of producing an attractive and effective

process of learning. According to Multiple Intelligence Theory by Howard Gardner

(1983), each individual has different intelligences. The purpose of this study was to

develop the multimedia software based on visual spatial intelligence, which is also one

of the eight intelligences suggested by Howard Gardner (1983). The main advantage of

this visual spatial courseware was its ability to attract students’ interests and attention

through given graphic images. Learning approaches used in this software were the used

of visual elements as the media and some learning activities based on visual. This

software was developed by using Authorware 7.0 as main software and supported by

other software such as Adobe Photoshop CS2, Flash MX, and Sound Forge 6.0. It is

hoped that, those who involved would fully used the courseware as to support integrated

and comprehensive learning in line with the National Education Philosophy.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

1.6.3 Ibu Bapa 9

1.6.4 Sekolah 9

1.6.5 Kementerian Pelajaran 10

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Perisian Multimedia 11

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK) 11

1.8.3 Gaya Pembelajaran 12

1.8.4 Kecerdasan Pelbagai 12

1.8.5 Kecerdasan Ruang Visual 13

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Perkembangan Komputer dalam Pengajaran 16

dan Pembelajaran

2.3 Penggunaan Perisian dalam P&P 17

2.4 Penggunaan Perisian dalam P&P Matematik 19

2.5 Keberkesanan Penggunaan Komputer dan 20

Perisian dalam P&P dan Pembelajaran Matematik

2.6 Strategi Pengajaran dalam Perisian Multimedia 24

2.6.1 Latih Tubi 24

2.6.2 Tutorial 25

2.6.3 Simulasi 25

2.6.4 Permainan 26

2.7 Teori Pembelajaran 26

2.7.1 Teori Tingkahlaku 26

2.7.2 Teori Konstrutivisme 27

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

2.7.3 Teori Kognitivisme 28

2.8 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai 28

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.9 Pengaplikasian Kecerdasan Pelbagai Dalam Perisian 32

2.10 Poses Pembangunan Perisian 37

2.10.1 Fasa Analisis Keperluan 37

2.10.2 Fasa Rekabentuk 38

2.10.3 Fasa Pembangunan dan Pengulangan 38

2.10.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 38

2.11 Penutup 39

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang Digunakan 41

dalam Pembangunan perisian Multimedia

3.3 Model RekaBentuk Instruksi Bersistem Hannafin 42

dan Peck

3.3.1 Fasa Analisa Keperluan 42

3.3.1.1 Analisis Pengguna 43

3.3.1.2 Menganalisa Maklumat dan Isi

Pelajaran 43

3.3.2 Fasa Reka Bentuk 44

3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 46

3.3.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 46

3.4 Carta Alir 46

3.5 Reka Bentuk Perisian yang Dibangunkan 49

3.5.1 Strategi Pembelajaran 49

3.5.2 Rekabentuk Antaramuka dan Skrin 50

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

3.5.2.1 Konsep dan Latar Belakang Skrin 51

3.5.2.2 Butang dan Kawalan 51

3.6 Pemilihan Perisian Untuk Membangunka Perisian

Multimedia 51

3.6.1 Macromedia Authoreware 7.0 52

3.6.2 Adobe Photoshop CS2 52

3.6.3 Macromedia Flash MX 52

3.6.4 Sony Sound Forge 6.0 53

3.7 Penyebaran Perisian 53

3.8 Penutup 53

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Cara Penggunaan Perisian 55

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 55

4.4 Reka Bentuk Skrin 56

4.5 Muka Depan Perisian 57

4.6 Menu Utama Perisian 58

4.6.1 Planes 60

4.6.1.1 Let’s Learn

60

4.6.1.2 Mind Teaser 62

4.6.1.3 Activity 64

4.6.2 Normal 64

4.6.2.1 Let’s Learn 64

4.6.2.2 Mind Teaser 65

4.6.2.3 Activity 66

4.6.3 Orthogonal Projection 67

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

4.6.3.1 Let’s Learn 67

4.6.3.2 Mind Teaser 68

4.6.3.3 Activity 69

4.6.4 Extra 70

4.6.5 Glossary 72

4.6.6 User Guide 72

4.6.7 Exit 73

4.7 Penutup 74

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 75

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan 75

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa

pembangunan Perisian 77

5.3.1 Kekurangan Masa 77

5.3.2 Kekurangan Kepakaran 77

5.3.3 Kekurangan Panduan 78

5.4 Kelebihan Perisian 78

5.5 Kelemahan Perisian 79

5.6 Cadangan 80

5.7 Komen terhadap perisian 81

5.8 Kesimpulan 81

5.9 Penutup 82

BIBLIOGRAFI 83

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem 37

Hannafin dan Peck

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem 42

Hannafin dan Peck

3.2 Carta Alir Perisian 47

4.1 Persembahan Montaj 57

4.2 Paparan pendaftaran pengguna 58

4.3 Paparan menu utama 59

4.4 Paparan Objektif Pembelajaran Plane 60

4.5 Paparan set induksi bagi topik Plane 61

4.6 Penggunaan strategi penyelesaian masalah 62

berunsur visual

4.7 Paparan arahan bagi menjawab soalan 62

4.8 Paparan Maklum Balas Jawapan Salah 63

4.9 Paparan Maklum Balas Jawapan Betul 63

4.10 Paparan aktiviti mewarna permukaan satah 64

4.11 Penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan 65

visual gambar

4.12 Maklum Balas Jawapan Salah bagi Soalan Subjektif 66

4.13 Maklum Balas Jawapan Betul bagi Soalan Subjektif 66

4.14 Paparan aktiviti melibatkan drag and drop 67

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

4.15 Paparan strategi pembelajaran berasaskan peta minda 68

4.16 Paparan strategi pembelajaran berasaskan peta minda 68

4.17 Paparan soalan aneka pilihan 69

4.18 Paparan soalan mengisi ruangan kosong 69

4.19 Paparan aktiviti mengira bilangan bulatan 70

mengikut warna

4.20 Paparan Extra 71

4.21 Paparan Video 71

4.22 Paparan Games 71

4.23 Paparan Glossary 72

4.24 Paparan panduan pengguna 73

4.25 Paparan pengesahan keluar 73

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan

bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembinaan dan pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu.

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan Negara.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000)

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia

yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara

melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam

aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,

keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.

Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) mulai tahun 1983.

Kurikulum Matematik KBSM merupakan pengisian pelajaran yang saling

berkait daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Kandungan kurikulum ini

diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk & Ruang dan

Perkaitan. Bagi masalah matematik, kebanyakan pelajar kurang memahami konsep

sesuatu topik dan kehendak sesuatu soalan. Walau bagaimanapun adakalanya

kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar yang ingin

disampaikan oleh guru. Terdapat pelbagai strategi yang disarankan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk membantu pelajar dalam penguasaan

pengetahuan konsep, algorithma dan Matematik. Antara strategi yang disarankan dalam

KBSM ialah kepelbagaian kaedah P&P untuk mencapai hasil pembelajaran yang

dihasratkan dengan memberi penekanan kepada pembelajaran berfikrah mrnggunakan

pelbagai pendekatan seperti inkuiri, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, masteri

dan pembelajaran bermakna (Kementerian Pendidikan, 2001). Walau bagaimanapun,

masih terdapat proses P&P yang masih berpusatkan guru walaupun strategi di atas

digunakan.

Proses P&P Matematik seharusnya mengambil kira kesemua kecerdasan yang

ada dalam diri pelajar agar mereka dapat memahami konsep Matematik mengikut

kecerdasan masing-masing. Dengan perkembangan era teknologi maklumat, sudah tentu

komputer dapat digunakan dengan mudah untuk menyampaikan sesuatu konsep yang

abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan lebih mudah difahami (Rio Sumarni

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

Sharifuddin, 1996). Keadaan ini mungkin dapat diperbaiki jika proses P&P

menggunakan pelbagai media terutamanya media elektronik seperti radio, televisyen

dan juga teknologi terutamanya penggunaan komputer bersama teknologi multimedia

iaitu perisian. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam

pengajaran Matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran Matematik

malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam

silibus Matematik.

Menurut Gan Siowck Lee (1996), penghasilan perisian-perisian pembelajaran

yang berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan dan berkualiti adalah sangat-sangat

diperlukan dan merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan

pendekatan baru pendidikan masa kini dan masa depan. Melalui penggunaan perisian

pembelajaran seumpama ini, pelajar akan memperoleh pelbagai pengalaman

pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi mereka untuk meneruskan sesi

pembelajaran. Pelajar juga dapat mengawal perisian sepenuhnya mengikut citarasa

selain perisian mudah digunakan dan tidak membosankan kerana perisian turut

menyediakan ruangan rekreasi supaya pelajar dapat belajar sambil bermain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik sangat berguna untuk masa depan seorang pelajar. Tetapi, pelajar

sering mengaitkan pembelajaran Matematik adalah suatu perkara yang sukar.

Pembelajaran Matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah bercorak

pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep Matematik yang abstrak,

kebanyakan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan dalam

kehidupan seharian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikan

sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar (Lim,

Fatimah dan Munirah, 2003).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

Menurut Lim, Fatimah dan Munirah (2003) pula, salah konsep atau

misconception dalam Matematik sering berlaku apabila kanak-kanak tidak menguasai

konsep-konsep Matematik asas dengan kukuh.

Selain itu, kebanyakan pelajar mempunyai masalah yang serius dalam

memahami konsep asas Matematik iaitu operasi nombor yang melibatkan penambahan,

penolakan, pendaraban dan pembahagian. Menurut Douglas dan Rock (2006), masalah

ini timbul kerana pelajar menggunakan kaedah atau algorithma yang salah untuk

menyelesaikan operasi yang terlibat.

Pembelajaran adalah sebarang tingkah laku yang kekal akibat daripada

pengalaman yang diperolehi atau latihan yang dijalankan (Morgan, 1979). Pendekatan

teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan

keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui proses-proses

tersebut.

Menurut Lee (1996), pembelajaran adalah satu proses dalaman yang

menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Kedua-proses dua definisi ini

menyarankan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dalam diri seseorang dan

kepentingan perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan pada diri seseorang itu

selepas melalui proses pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat

kerana ia berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.

Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan

memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke

21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan

pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga

bersesuaian dengan prinsip mastery learning yang mana pelajar boleh belajar tanpa

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

bimbingan guru. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya

mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai

sesuatu objektif yang ditentukan. Menurut Tengku Zawawi (2001), pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari.

Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan

rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat,

memproses maklumat dan menghubungkan dapatan, merujuk ensaiklopedia eletronik,

belajar dari koswer eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan

kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu,

aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk

mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk

mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

Teori kecerdasan pelbagai menghuraikan manusia mempunyai cara tertentu

untuk menerima dan memahami sesuatu ilmu. Kecerdasan pelbagai dipelopori oleh

Howard Gardner (1983) dan menurut beliau terdapat lapan jenis kecerdasan yang

dimiliki oleh manusia. Bagi perisian ini, pembangun hanya menggunakan satu Teori

Kecerdasan iaitu Kecerdasan Ruang Visual. Perisian ini memfokuskan tajuk Matematik

Tingkatan 4 iaitu Garis dan Satah Dalam Tiga Matra kerana topik itu merupakan satu

topik yang abstrak dan sukar dibayangkan oleh pelajar. Oleh itu, perisian yang

dibangunkan mengaplikasikan teori kecerdasan ruang visual melalui penggunaan

elemen visual, imej dan gambar sebagai media penyampai isi pelajaran bagi mengatasi

masalah visualisasi pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Seorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan

sesuatu maklumat secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami isi

pelajaran dan seterusnya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan jangka masa

panjang. Proses P&P memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan supaya objektif

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

yang dirancang tercapai. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan

berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru

hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung

tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja

dan tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran

ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh

di luar konteks sebenar.

Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada

peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara

kritikal, menganalisa maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan

masalah dalam pelbagai konteks. Suasana pembelajaran di dalam kelas yang dapat

memenuhi kecerdasan setiap pelajar sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat ramai

pelajar yang rata-rata mempunyai pelbagai aras kecerdasan.

Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat menghasilkan satu perisian multimedia

Matematik bagi tingkatan empat bagi tajuk garis dan satah dalam tiga matra yang

menggunakan gaya pembelajaran berasaskan Teori Kecerdasan Ruang Visual. Pelajar

sering menghadapi masalah pembelajaran bagi topik ini kerana topik ini merupakan

satu topik yang abstrak dan sukar dibayangkan pelajar. Mereka tidak mampu

menggambarkan satah-satah objek tiga matra serta tidak mampu menentukan normal

kepada satah. Kaedah pembelajaran tradisional iaitu berbentuk hafalan hanya

melahirkan pelajar yang menghafal fakta tanpa memahami serta tidak mampu

mengaplikasikan pengetahuan mereka ke dalam kehidupan harian. Oleh itu pengkaji

ingin menghasilkan satu perisian multimedia yang menekankan kecerdasan visual bagi

tajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra kerana persembahan isi pelajarannya yang

menggunakan elemen-elemen visual, imej dan gambar mampu meningkatkan motivasi

dan pemahaman pelajar yang mempunyai kecerdasan visual dalam memahami sesuatu

isi pelajaran.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif pembinaan perisian ini adalah untuk:

i. Merekabentuk dan membangunkan perisian multimedia Matematik bagi tajuk

Garis dan Satah Dalam Tiga Matra bagi Tingkatan Empat yang mengikut

sukatan pelajaran di Malaysia.

ii. Membangunkan perisian multimedia yang mengaplikasikan pendekatan

Kecerdasan Ruang Visual

1.5 Rasional Kajian

Topik Garis dan Satah Dalam Tiga Matra adalah merupakan satu topik dalam

sukatan mata pelajaran matematik KBSM Tingkatan Empat dan ia merupakan salah

satu topik yang penting dan terdapat banyak konsep-konsep dalam topik ini

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan pembinaan perisian multimedia ini,

diharapkan pelajar memperoleh satu gambaran yang jelas dan kukuh mengenai konsep

satah, normal dan unjuran ortogon kerana perisian ini mengaitkan setiap contoh, latihan

dan aktiviti dengan kehidupan seharian di samping meningkatkan Kecerdasan Ruang

Visual.

Selain itu, perisian ini juga akan menyediakan satu koleksi sumber perisian

multimedia yang dapat memudahkan proses P&P. Ini kerana tajuk Garis dan Satah

Dalam Tiga Matra merupakan satu topik pembelajaran yang abstrak dan sukar

dibayangkan oleh para pelajar. Ini seterusnya menyebabkan pelajar sering salah konsep

dan mengakibatkan berlakunya kesalahan yang berulang-ulang. Keadaan ini seterusnya

mencerminkan kegagalan penyampaian proses P&P.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Di kesempatan ini juga, saya berharap agar projek yang dihasilkan dapat memberikan

Bagi mengatasi masalah ini, pembangun bercadang membangunkan satu

perisian multimedia yang bertajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra berasaskan

Pendekatan Kecerdasan Ruang Visual. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer (PBK) membolehkan pelajar mendapatkan latihan secara kreatif dan kritis,

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan menghasilkan idea atau ciptaan yang

kreatif dan inovatif. Romiszowski (1988) menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat

kira-kira 20% daripada apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa yang didengar, dan

kira-kira 60% daripada apa yang dibuat. Oleh sebab perisian mutimedia mampu

megintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya

amat berguna dalam pembelajaran Matematik.

Pendekatan Kecerdasan Visual ini dipilih kerana konsep gaya pembelajaran

Kecerdasan Visual yang menggunakan elemen visual, imej dan gambar sebagai media

penyampai isi pelajaran. Ini dapat membantu pelajar memahami konsep garis dan satah

dalam tiga matra dengan lebih efektif kerana isi pelajaran bagi topik ini memerlukan

penerangan konsep dan contoh-contoh yang banyak dalam bentuk visual dan gambar.

Adalah diharapkan pendedahan gaya pembelajaran ini dapat meningkatkan

keberkesanan proses P&P di kalangan pelajar serta meningkatkan minat, motivasi serta

kefahaman pelajar dalam mempelajari topik ini.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan kepentingan kepada golongan-golongan yang terlibat

dalam sistem pendidikan itu sendiri iaitu pelajar, guru, ibu bapa serta pihak

Kementerian Pendidikan.