tingkatan 4 ekonomi -...

15
SPMSureSkor.com 1 TINGKATAN 4 BAB 2: PASARAN KONSEP PASARAN - Pasaran bermaksud keadaan yang membolehkan pembeli dan penjual bertemu secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga. - Pembeli dan penjual boleh bertemu secara langsung di pasaran melalui kedai runcit, pasar tani dan sebagainya. - Pembeli boleh bertemu secara tidak langsung seperti melalui penggunaan telefon, internet dan sebagainya. - Pasaran terdiri daripada pasaran barang dan perkhidmatan (seperti buku dan perkhidmatan telekomunikasi dijual beli) dan pasaran faktor (faktor pengeluaran seperti buruh dan modal dijual beli). PERMINTAAN 1. Hukum permintaan ialah berkadar songsang / negatif antara harga dan kuantiti barang diminta. Keluk cerun ke bawah. - Harga , Kuantiti diminta - Harga , Kuantiti diminta a. Menurut hukum permintaan: - Apabila tingkat harga bagi sesuatu barangan meningkat, maka kuantiti diminta bagi barangan tersebut akan berkurangan dengan andaian ceteris paribus. - Apabila tingkat harga bagi sesuatu barangan menurun, maka kuantiti diminta bagi barangan tersebut akan meningkat dengan andaian ceteris paribus. b. Ciri-ciri permintaan: - keinginan, kemampuan dan kesanggupan pengguna - kuantiti barangan yang dibeli - tingkat harga tertentu - jangka masa tertentu Permintaan Pasaran a. Jadual di bawah menunjukkan permintaan sejenis barang dalam pasaran yang terdiri daripada dua orang pengguna. Harga (RM) Kuantiti diminta oleh Amin (kg) Kuantiti diminta oleh Bardul (kg) 5 3 6 10 2 4 15 1 2

Upload: ngodang

Post on 02-Mar-2019

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SPMSureSkor.com 1

TINGKATAN 4 BAB 2: PASARAN KONSEP PASARAN - Pasaran bermaksud keadaan yang membolehkan pembeli dan penjual bertemu secara

langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga. - Pembeli dan penjual boleh bertemu secara langsung di pasaran melalui kedai runcit, pasar tani

dan sebagainya. - Pembeli boleh bertemu secara tidak langsung seperti melalui penggunaan telefon, internet dan

sebagainya. - Pasaran terdiri daripada pasaran barang dan perkhidmatan (seperti buku dan perkhidmatan

telekomunikasi dijual beli) dan pasaran faktor (faktor pengeluaran seperti buruh dan modal dijual beli).

PERMINTAAN 1. Hukum permintaan ialah berkadar songsang / negatif antara harga dan kuantiti barang

diminta.

Keluk cerun ke bawah.

- Harga , Kuantiti diminta

- Harga , Kuantiti diminta

a. Menurut hukum permintaan: - Apabila tingkat harga bagi sesuatu barangan

meningkat, maka kuantiti diminta bagi barangan tersebut akan berkurangan dengan andaian ceteris paribus.

- Apabila tingkat harga bagi sesuatu barangan menurun, maka kuantiti diminta bagi barangan tersebut akan meningkat dengan andaian ceteris paribus.

b. Ciri-ciri permintaan: - keinginan, kemampuan dan

kesanggupan pengguna - kuantiti barangan yang dibeli - tingkat harga tertentu - jangka masa tertentu

Permintaan Pasaran a. Jadual di bawah menunjukkan permintaan sejenis barang dalam pasaran yang terdiri

daripada dua orang pengguna.

Harga (RM) Kuantiti diminta oleh Amin (kg) Kuantiti diminta oleh Bardul (kg)

5 3 6

10 2 4

15 1 2

SPMSureSkor.com 2

b. Kuantiti permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta oleh Amin dan Bardul.

Harga (RM) Permintaan pasaran (kg)

5 3 + 6 = 9

10 2 + 4 = 6

15 1 + 2 = 3

c. Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kesemua keluk permintaan individu secara mendatar dalam pasaran.

- Pada tingkat harga RM5,kuantiti diminta oleh Amin ialah 3kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 6kg, maka permintaan pasaran ialah 9kg (ditunjukkan oleh titik a).

- Pada tingkat harga RM10, kuantiti diminta oleh Amin ialah 2kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 4kg, maka permintaan pasaran ialah 6kg (ditunjukkan oleh titik b).

- Pada tingkat harga RM15, kuantiti diminta oleh Amin ialah 1kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 2kg, maka permintaan pasaran ialah 3kg (ditunjukkan oleh titik c).

- Apabila titik a, b dan c disambungkan, maka terbentuklah keluk permintaan

pasaran (DP

DP

). Keluk ini mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan

harga barang dan kuantiti diminta adalah berhubung secara negatif. Penentu permintaan 1. Harga barang itu

Kesan perubahan faktor harga terhadap

permintaan

- Apabila tingkat harga sesuatu barangan menurun, kuantiti diminta untuk barangan itu akan bertambah dengan andaian faktor-faktor lain adalah tetap, dan sebaliknya

- Faktor harga barang itu sendiri hanya menyebabkan pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang sama.

2. Faktor Bukan Harga Barang itu

- Perubahan permintaan adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain selain dari harga barang itu sendiri.

SPMSureSkor.com 3

- Pada tingkat harga yang sama iaitu 0P ,

pertambahan permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke

kanan dari 00 DD ke 11DD . Sebaliknya,

pengurangan permintaan menyebabkan

keluk permintaan beralih ke kiri dari 00 DD

ke 22 DD .

a. Harga barang lain

i. Harga barang pengganti (barang yang menggantikan barang lain) naik, permintaan barang itu naik dan sebaliknya. Apabila harga barang pengganti (Coca-cola) meningkat, Permintaan barang pengganti (Pepsi) juga meningkat. Sebaliknya, apabila harga barang pengganti (Coca-cola) menurun, permintaan barang pengganti menurun. Hubungan di antara harga dan permintaan barang pengganti adalah positif / berkadar langsung.

ii. Harga barang penggenap (barang digunakan secara bersama dengan barang lain) naik, permitaan barang itu berkurangan dan sebaliknya. Contohnya kereta dan minyak petrol, pen dan dakwat. Hubungan di antara harga dan permintaan barang penggenap adalah negatif / berkadar songsang.

b. Cita rasa - citarasa individu dipengaruhi oleh iklan

dan fesyen. Ini meningkatkan permintaan.

c. Pendapatan - pendapatan meningkat, kuasa beli

meningkat, permintaan meningkat.

d. Musim

- pada musim perayaan / cuaca panas / musim persekolahan, permintaan terhadap barang tertentu meningkat.

e. Jangkaan harga masa depan

- jika harga dijangka meningkat masa depan, permintaan akan meningkat masa kini.

f. Dasar Kerajaan - Perubahan dasar kerajaan melalui

sistem cukai pendapatan dan bantuan kewangan akan mempengaruhi permimaan individu terhadap barang dan perkhidmatan secara keseluruhan.

- Contohnya, penurunan cukai pendapatan perseorangan dan Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) oleh kerajaan akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli seseorang individu.

- Kenaikan kuasa beli akan meningkatkan permintaan individu terhadap barang secara keseluruhan.

SPMSureSkor.com 4

Perubahan kuantiti diminta Perubahan permintaan

a. Berlaku disebabkan oleh perubahan

harga barang itu sendiri. b. Dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik

di sepanjang keluk permintaan yang sama.

c. Apabila harga suatu barang meningkat, kuantiti diminta barang tersebut akan berkurangan. Keadaan ini dinamakan penguncupan permintaan.

d. Sebaliknya, apabila harga suatu barang menurun,.kuantiti diminta barang tersebut akan meningkat. Keadaan ini dinamakan pengembangan permintaan.

a. Berlaku disebabkan oleh faktor selain daripada perubahan faktor harga barang itu sendiri.

b. Dapat ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri.

c. Apabila cita rasa pengguna terhadap sesuatu barang meningkat dengan andaian ceteris paribus, permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat, maka keluk permintaan beralih ke kanan. Ia dinamakan penambahan permintaan.

d. Sebaliknya, apabila cita rasa pengguna terhadap sesuatu barang menurun dengan andaian ceteris paribus, permintaan terhadap barang tersebut akan menurun, maka keluk permintaan beralih ke kiri. Ia dinamakan pengurangan permintaan.

PENAWARAN Konsep penwaran merujuk kepada kuantiti barang yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh firma pada suatu tingkat harga tertentu dan pada satu tempoh masa tertentu. 1. Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga, semakin banyak barang

ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga, semakin kurang barang ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. - Hubungan antara harga (P) dengan kuantiti barang yang ditawarkan (Q) adalah langsung

atau positif. - Hubungan antara tingkat harga barang dengan kuantiti barang yang ditawarkan dapat

ditunjukkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran - Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti penawaran terhadap barang itu akan

bertambah. Sebaliknya, apabila harga barang itu turun , kuantiti penawaran terhadap barang itu akan berkurangan.

3. Jadual penawaran digunakan untuk menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan.

4. Keluk penawaran individu:

Graf yang menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh firma tertentu dalam tempoh tertentu.

SPMSureSkor.com 5

- perubahan dalam kuantiti ditawarkan disebabkan oleh faktor perubahan harga barang itu sendiri.

Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit)

2 10

4 20

6 30

Pembentukan Keluk Penawaran - Keluk penawaran suatu barang dibentuk

berdasarkan koordinat titik-titik kombinasi kuantiti penwaran pada setiap tingkat harga tertentu.

- Tandakan titik koordinat pertama berdasarkan harga RM2 dan kuantiti ditawar adalah 10 unit.

- Tandakan titik koordinat kedua berdasarkan harga RM4 dan kuantiti ditawar adalah 20 unit.

- Tandakan titik koordinat ketiga berdasarkan harga RM6 dan kuantiti ditawar adalah 30 unit.

- Sambungkan ketiga-tiga titik koordinat tersebut membentuk satu garisan.

- Labelkan garisan tersebut sebagai keluk penwaran, S.

Penawaran Pasaran a. Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran bagi firma A dan firma B.

b. Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran

SPMSureSkor.com 6

c. Keluk penawaran ialah satu keluk yang menunjukkan jumlah kuantiti suatu barang

atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

- Pada tingkat harga RM20, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 2 unit dan firma B ialah 4 unit, maka penawaran pasaran ialah 6 unit (ditunjukkan oleh titik A).

- Pada tingkat harga RM30, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 4 unit dan firma B ialah 6 unit, maka penawaran pasaran ialah 10 unit (ditunjukkan oleh titik B).

- Pada tingkat harga RM40, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 6 unit dan firma B ialah 8 unit, maka penawaran pasaran ialah 14 unit (ditunjukkan oleh titik C).

- Pada tingkat harga RM50, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 10 unit dan firma B ialah 10 unit, maka penawaran pasaran ialah 20 unit (ditunjukkan oleh titik D).

- Apabila titik A, B, C dan D disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran

pasaran (SP

SP

). Keluk ini mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan

harga barang dan kuantiti ditawar adalah berhubung secara positif. Penentu Penawaran 1. Harga barang itu

Kesan perubahan faktor harga terhadap penawaran

- Hukum penawaran menyatakan bahawa

apabila tingkat harga sesuatu barangan meningkat, kuantiti yang ditawar untuk barangan itu akan bertambah.

- Sebaliknya, apabila tingkat harga sesuatu barangan menurun, kuantiti yang ditawar untuk barangan itu akan berkurangan dengan andaian faktor-faktor lain adalah tetap.

SPMSureSkor.com 7

- Hubungan antara harga barangan dengan kuantiti ditawar barangan itu berkadar langsung.

2. Faktor Bukan Harga Barang itu

- Perubahan permintaan adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain selain dari harga barang itu sendiri.

- Pada tingkat harga yang sama iaitu 0P ,

pertambahan penawaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih

ke kanan dari 00 SS ke 11SS . Sebaliknya,

pengurangan penawaran menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari

00 DD ke 22SS .

a. Harga barang lain

i. Penawaran bersama - Hubungan antara tingkat harga

sesuatu barang dengan penawaran bersamanya adalah positif.

- Contohnya, daging biri-biri dan bulu biri-biri, daging lembu dan kulit lembu.

- Jika harga daging biri-biri meningkat, pengeluar akan menambahkan kuantiti jualan daging biri-biri.

- Semakin banyak biri-biri disembelih, maka semakin banyak bekalan bulu biri-biri ditawarkan.

- Apabila harga daging biri-biri meningkat, penawaran bulu biri-biri akan meningkat walaupun harga bulu biri-biri tetap.

ii. Penawaran bertanding - Hubungan antara tingkat harga

sesuatu barang dengan penawaran bertandingnya adalah negatif.

- Contohnya, daging lembu dengan susu lembu, kayu getah dengan susu

getah, serta daging ayam dengan telur ayam.

- Jika harga daging lembu meningkat, pengeluar akan menambahkan kuantiti jualan daging lembu.

- Semakin banyak lembu disembelih, maka semakin kurang bekalan susu lembu ditawarkan.

- Oleh itu, apabila harga daging lembu meningkat, penawaran susu lembu akan berkurangan walaupun harga susu lembu tetap.

b. Harga faktor pengeluaran

- Perubahan harga faktor pengeluaran akan menyebabkan perubahan dalam kos pengeluaran firma dan seterusnya mernpengaruhi penawaran bagi sesuatu barang atau perkhidmatan.

- Contoh bayaran firma atas faltor pengeluaran ialah upah buruh, sewa, faedah bagi mmodal dan kos bahan mentah.

- Penurunan dalam kos pengeluaran akan mendorong firma menambahkan penawaran sesuatu barang pada setiap tingkat harga yang asal kerana keuntungan firma akan meningkat.

- Hubungan antara harga faktor pengeluaran dengan penawaran sesuatu barangan adalah negatif.

c. Cuaca - Musim panas, kuantiti penawaran

kipas / penghawa dingin akan bertambah.

- Cuaca yang baik, membolehkan pengeluaran bertambah seperti sayuran dan ikan

- Musin tengkujuh / angin kencang, penwaran hasil tangkapanlaut akan berkurang.

- Hubungan antara faktor cuaca dengan penawaran sesuatu barangan adalah positif..

d. Tingkat teknologi

- Kemajuan teknologi seperti teknik pengeluaran yang lebih cekap akan membantu meningkatkan daya pengeluaran / dapat mengurangkan kos pengeluaran firma

e. Jangkaan harga masa depan

SPMSureSkor.com 8

- jika harga barang dijangka meningkat masa depan, penawaran akan menurun pada masa kini supaya dapat memperoleh keuntungan yang lebih banyak pada masa depan.

f. Dasar Kerajaan

- Dasar kerajaan memberikan subsidi / mengurangkan cukai bahan mentah / menurunkan kadar faedah pinjaman.

- Ini dapat membantu merendahkan kos pengeluaran firma. Oleh itu, penawaran dapat ditingkatkan

g. Matlamat pengeluar - Sekiranya firma bermatlamatkan output

yang maksimum, penawaran barang akan ditambahkan supaya mencapai tujuan seperti memperkenalkan barang baru, meluaskan pasaran atau menguasai pasaran.

- Sebaliknya, jika firma bermatlamatkan keuntungan yang maksimum, penawaran barang akan cuba dikurangkan supaya dapat meningkatkan harga jualan barang dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

Perubahan kuantiti ditawar Perubahan penawaran

a. Berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri.

b. Dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran yang sama.

c. Apabila harga suatu barang meningkat, kuantiti ditawar barang tersebut akan meninkat. Keadaan ini dinamakan pengembangan penawaran.

d. Sebaliknya, apabila harga suatu barang menurun,.kuantiti ditawar barang tersebut akan menurun. Keadaan ini dinamakan penguncupan penawaran.

a. Berlaku disebabkan oleh faktor selain daripada perubahan faktor harga barang itu sendiri.

b. Dapat ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri.

c. Apabila harga faktor pengeluaran terhadap sesuatu barang meningkat dengan andaian ceteris paribus, kos pengeluaran akan meningkat, maka pengeluar akan mengurangkan keluaran. Jadi, keluk penawaran bergerak ke kiri. Ia dinamakan pengurangan penawaran.

d. Sebaliknya, apabila harga faktor pengeluaran terhadap sesuatu barang menurun dengan andaian ceteris paribus, kos pengeluaran akan menurun, maka pengeluar akan meningkatkan keluaran. Jadi, keluk penawaran bergerak ke kanan. Ia dinamakan penambahan penawaran.

SPMSureSkor.com 9

Keseimbangan Pasaran a. keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti diminta dengan kuantiti ditawar adalah sama

pada suatu tingkat harga tertentu. b. Titik persilangan keluk permintaan pasaran dengan keluk penawaran pasaran

(DP

DP

= SP

SP

).

c. Kaedah jadual

Harga (RM)

Kuantiti (unit) Keadaan pasaran

Tindak balas harga

Kesan Diminta Ditawar

10 15 10 sd QQ

Lebihan permintaan Kurangan penawaran

Harga naik Permintaan

Penawaran

30 9 9 sd QQ

Keseimbangan Harga tetap Tiada

50 3 15 sd QQ

Lebihan penawaran Kurangan permintaan

Harga turun Permintaan

Penawaran

d. Kaedah rajah

Rajah keseimbangan pasaran bagi seluar sukan

- Berdasarkan rajah di atas, pada tingkat harga RM50, kuantiti diminta oleh para pengguna hanya 3 helai dan kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar ialah 15 helai. Berlaku lebihan penawaran sebanyak 12 helai. Keadaan ini menyebabkan harga menurun. Kesannya, kuantiti permintaan akan bertambah manakala kuantiti penawaran seluar sukan akan jatuh.

- Pada tingkat harga RM10, didapati kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah sebanyak 15 helai tetapi kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar hanya 3 helai. Berlaku lebihan permintaan sebanyak 12 helai di pasaran. Keadaan ini menyebabkan harga meningkat. Apabila harga meningkat, permintaan akan jatuh manakala penawaran akan meningkat.

- Pada tingkat harga RM30, harga tidak berkecenderungan untuk berubah kerana keseimbangan telah dicapai. Pada tingkat harga ini, kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawarkan,iaitu sebanyak 9 helai.

SPMSureSkor.com 10

Proses Penyesuaian semasa Ketidakseimbangan Pasaran

Ketidakseimbangan Pasaran

Lebihan permintaan

Tingkat harga akan naik

Kuantiti permintaan akan menurun

Kuantiti penawaran akan meningkat

Lebihan penawaran

Tingkat harga akan turun

Kuantiti permintaan akan meningkat

Kuantiti penawaran akan menurun

Keseimbangan pasaran dicapai

Perubahan keseimbangan - Perubahan pada penentu permintaan atau penawaran bukan harga boleh menyebabkan keluk

permintaan atau keluk penawaran bergerak ke kanan atau ke kiri dan mengakibatkan perubahan keseimbangan pasaran.

- Harga dan kuantiti keseimbangan akan berubah sekiranya berlaku perubahan permintaan atau perubahan penawaran.

Perubahan Permintaan Perubahan Penawaran

- Keseimbangan pasaran yang asal dicapai pada titik E apabila keluk DD bersilang

dengan keluk SS. Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P dan Q.

Apabila penawaran tetap, maka berlaku hal berikut.: 1. Kenaikan permintaan menyebabkan

kenaikan harga dan jumlah keseimbangan serta keluk permintaan beralih ke kanan.

2. Penurunan permintaan menyebabkan penurunan harga dan jumlah keseimbangan serta keluk permintaan beralih ke kiri.

Apabila permintaan tetap, maka berlaku hal berikut. 1. Kenaikan penawaran menyebabkan

penurunan harga dan kenaikan jumlah keseimbangan, keluk penawaran beralih ke kanan.

2. Penurunan penawaran menyebabkan kenaikan harga dan penurunan jumlah keseimbangan, keluk penawaran beralih ke kiri.

SPMSureSkor.com 11

KEANJALAN HARGA KEANJALAN HARGA PERMINTAAN 1. Maksud: Peratus perubahann dalam kuantiti diminta akibat peratus perubahan dalam harga

barang itu 2. Ed = bermaksud kesan perubahan kuantiti diminta akibat perubahan

Formula Ed: HargaPerubahan %

Diminta KuantitiPerubahan %Ed

Anjal Tidak / Kurang anjal Anjal Satu

- kecerunan keluk DD lebih landai.

- kuantiti barang yang diminta berubah dengan kadar peratusan yang lebih besar daripada kadar peratusan perubahan dalam harga /pekali keanjalannya bernilai lebih daripada satu

- kecerunan keluk DD lebih curam

- kuantiti barang yang diminta berubah dengan kadar peratusan yang lebih kecil daripada kadar peratusan perubahan dalam harga / pekali keanjalannya bernilai kurang daripada satu

- peratus perubahan kuantiti barang yang diminta berubah pada kadar yang sama dengan peratus perubahan dalam harga barang tersebut / pekali keanjalannya bernilai sama dengan satu

• Nilai Ed>l • Contoh barang mewah

(kereta mewah, barang kemas)

• Nilai Ed < 1

• Contoh barang mesti (tepung, gula, garam dan barang keperluan yang lain)

• Nilai Ed = 1 • Contoh barang seramik

Penentu Keanjalan Harga Permintaan 1. Barang pengganti

- Semakin banyak barang pengganti, semakin anjal permintaan barang tersebut.

- Perubahan harga yang kecil akan memberi perubahan besar ke atas permintaanya.

- Dan juga sebaliknya. 2. Nisbah perbelanjaan daripada

pendapatan pengguna

- Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan ke atas sesuatu barang, semakin anjal permintaan.

- Contohnya, kereta yang memerlukan nisbah perbelanjaan yang besar.

- Perubahan harga yang sedikit akan memberi pengaruh yang besar terhadap permintaanya.

- Dan juga sebaliknya. 3. Kegunaan barang tersebut

SPMSureSkor.com 12

- Barang yang banyak kegunaanya seperti komputer mempunyai anjal permintaan.

- Jika harga komputer turun, banyak orang akan membelinya.

- Jika harga komputer naik, orang akan kurang membelinya.

- Sebaliknya orang ramai akan membeli barang yang mempunyai fungsi komputer tertentu seperti mesin taip untuk tujuan menaip.

4. Kepentingan barang tersebut - Barang yang sangat penting seperti

elektrik, dan beras mempunyai permintaan tak anjal.

- Peningkatan harga barang yang banyak hanya akan mengurangkan sedikit permintaan.

- Dan juga sebaliknya. 5. Jangka Masa

- Permintaan jangka masa pendek adalah tidak anjal.

- Ini kerana barang pengganti sukar dicari walaupun harga barang itu meningkat.

- Permintaan jangka masa panjang pula adalah anjal.

- Kerana pengguna sempat mencari barang pengganti jika harga sesuatu barang itu naik.

6. Jenama - Jika pengguna taksub kepada sesebuah

jenama, maka ia tak anjal permintaan, - Apabila harga naik, permintaan akan

berkurang dengan sedikit.

Perhubungan Antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil - Secara ringkasnya, perubahan harga memberikan kesan yang berikut terhadap jumlah hasil.

Jenis Keanjalan

Strategi Jumlah Hasil (TR) %

Anjal

Meningkat

Merosot

Menurunkan harga

Menaikkan harga

SPMSureSkor.com 13

Tidak anjal

Merosot

Meningkat

Anjal satu Menunmkan harga Tidak berubah

Menaikkan harga

Keanjalan Harga Penawaran - Tindak balas kuantiti sesuatu barang yang ditawar akibat perubahan harga barang itu. - Peratus perubahan dalam kuantiti ditawar akibat peratus perubahan dalam harga barang itu. - Rumus untuk mengira keanjalan harga penawaran:

Menurunkan harga

Menaikkan harga

SPMSureSkor.com 14

Keanjalan Harga Penawaran Anjal (Nilai Es>l)

Keanjalan Harga Penawaran Tidak/Kurang anjal (Es < 1)

- kuantiti barang yang ditawar berubah

dengan kadar peratusan yang lebih besar daripada kadar peratusan perubahan dalam harga

- pekali keanjalannya bernilai lebih daripada satu

- kuantiti barang yang ditawar berubah dengan kadar peratusan yang lebih kecil daripada kadar peratusan perubahan dalam harga

- pekali keanjalannya bernilai kurang daripada satu

- Nilai Es>l

- Contoh barang mewah, barang perkilangan

- Penawarannya sukar ditambah dalam jangka pendek.

- Nilai Es < 1

- Contoh barang mesti seperti barang pertanian, beras, gula

- Penawarannya sukar ditambah dalam jangka pendek.

Anjal Satu (Es = 1)

- peratus perubahan kuantiti barang yang ditawar berubah pada kadar yang sama dengan peratus perubahan dalam harga barang tersebut / pekali keanjalannya bernilai sama dengan satu

• Nilai Es = 1 • Contoh barang seramik

Penentu keanjalan harga penawaran 1. Penggantian faktor pengeluaran

- Jika faktor pengeluaran yang digunakan mempunyai banyak faktor pengganti, maka penawaranya adalah lebih anjal.

- Dan sebaliknya juga benar.

SPMSureSkor.com 15

2. Kos pengeluaran tambahan - Penawaran tidak anjal sekiranya kos

pengeluaran tambahan besar. - Penawaran anjal jika kos pengeluaran

tambahan kecil. 3. Faktor jangka masa - Dalam jangka masa pendek, pengeluaran

tidak boleh ditambah. Dan penambahan pengeluaran adalah terhad.

- Maka penawaran dalam jangka masa pendek adalah tidak anjal.

- Dalam jangka masa panjang, penawaran adalah anjal. Kerana semua faktor pengeluaran boleh diubah dengan mudah.

4. Bilangan firma dalam pasaram - Jika bilangan firma yang terdapat dalam

pasaran adalah banyak, jumlah kuantiti barang yang ditawarkan di pasaran akan bertambah. Maka penawaran barang tersebut lebih anjal.

- Jika bilangan firma dalam pasaran adalah sedikit, jumlah kuantiti barang yang ditawarkan juga sedikit. Maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

5. Teknologi - Perkembangan terknologi dapat

meningkatkan daya pengeluaran. - Ini menyebabkan penawaran sesuatu

barang semakin anjal. - Apabila berlakunya kenaikan harga yang

kecil, kuantiti barang ditawarkan dapat bertambah dengan banyaknya.

6. Jenis barang - Penawaran barang pertanian adalah kurang

anjal berbanding dengan barang kilang. - Kerana barang pertanian tidak tahan lama. - Maka barang pertanian mempunyai

penawaran tidak anjal. 7. Mobiliti faktor pengeluaran - Jika sesuatu barang perlu menggunakan

faktor pengeluaran yang mempunyai tahap mobiliti yang tinggi, maka penawaran barang tersebut adalah lebih anjal.

- Sebaliknya faktor pengeluaran yang digunakan mempunyai tahap mobiliti yang rendah, pengeluar sukar memperoleh atau menambahkanya apabila hendak menaikkan keluaran.