cabaran membina kerjaya keusahawanan indutsri jualan langsung

Upload: khairi-arahman

Post on 30-May-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    1/30

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    2/30

    PelanPemasaran

    2005 2006 2007 2008

    MLM 16 5 4 11

    SLM 15 11 10 1MO - 1 - -

    SL&MO - 1 - -

    Jumlah 31 18 14 12

    BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKANDI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA

    DISEMBER 2008)

    BERBILANG TINGKAT MLM 427

    SATU TINGKAT SLM 174

    PESANAN POS MO 37

    SATU TINGKAT & PESANAN POS SL/MO 32

    JUMLAH

    JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    3/30

    Pemasaran 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008

    MLM 314 316 446 427 213 230 359 304 342 394 418 427

    SLM 436 349 205 199 117 124 128 149 158 162 164 174

    MO - - 82 69 31 28 38 37 37 36 37 37

    SL&MO - - 32 17 24 31 29 31 32 30 31 32

    Jumlah 750 665 765 712 385 413 554 521 569 622 650 670

    BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAHTAHUN 1997- 2008

    PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNANMENGIKUT PELAN PEMASARAN

    Jenis Pelan2003

    RM(juta)2004

    RM(juta)2005

    RM(juta)2006

    RM(juta)

    2007RM(juta)

    Berbilang Tingkat (MLM)

    3,023.9

    3,934.5

    3,853.9 5,211.2 3,838.3Satu Tingkat (SL)

    523.9745.3

    795.4 718.0 728.4

    Satu Tingkat & Pesanan Pos(SL/MO)

    1,288.1 626.5 1,966.7 2,107.71,064.6

    Jumlah 4,835.9

    5,306.3 6,616.0

    8,036.9 5,630.3

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    4/30

    Di dalam industri MLM, untuk berjaya sebenarnyatidaklah sesukar seperti yang anda sangkakan."Orang yang berjaya ada caranya & orang yang

    GAGAL ada sebabnya!".

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    5/30

    Saya pasti apabila perkataan MLM dan Network Marketingdisebut ramai orang yang akan mengeluh dan mencebik.Ayat-ayat seperti ini sudah biasa kedengaran:

    Ala MLM lagi ker? Aku tak minat langsung laMLM? Ini bisnes penipu ni!

    Aku malas buat Meeting Lewat Malam ni, tak ada masala, lagi baik aku tidur jeAku tak pandai la nak cari orang, tak tahu nak cakapmacam mana

    Malah terus terang saya kata kan saya juga mempunyaipandangan yang negatif terhadap MLM satu masa dahulu.

    Kenapa Kebanyakan Masyarakat PandangSerong Terhadap Perniagaan MLM?

    Potensi jualan langsung amat memberang-sangkan. Jumlah jualanindustri jualan langsung sedunia kini melebihi USD80 bilion.

    Manakala di Malaysia pula, jumlah jualan industri jualanlangsung melebihi RM4 bilion. Angka ini memberikan satu

    petanda yang positif bahawa sudah tiba masanya MLM(Multilevel Marketing / pemasaran pelbagai peringkat / jualan

    langsung) menjadi sebuah industri yang terhebat di dunia.Abad ke-21 adalah milik MLM.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    6/30

    Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawanAmerika terlibat dalam bisnes MLM. Manakala 35peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM.

    Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam

    bisnes MLM.

    Mengikut kajian, MLM adalah satu industri yang tidak terjejas dikalakemelesetan ekonomi dunia. Di Malaysia, MLM menyumbang

    sekurang-kurangnya 2.5% KDNK negara iaitu lebih kurang 7-8 Bilion

    setahun.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    7/30

    KONSEP INDUSTRI MLM.

    1...Trend masa kini2...No.1 di dunia

    3...Industri tidak mudah terjejas meskipun

    kegawatan ekonomi

    4...Modal kecil untung besar5...Bos sendiri

    6...Pendapatan tanpa had

    7...Kebebasan masa

    8...Membantu orang ramai berniaga

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    8/30

    SISTEM PENGEDARAN1...Menggunakan kaedah membina Rangkaian-Niaga sehinggamaksima 16 tangga.2...Pengedar di jadikan pengguna utama.

    3...Mensyaratkan pembelian ulangan untuk pelbagai kelayakan.

    PRODUK EDARAN1...Buatan sendiri2...Mendapat Hak Mengedar dari Syarikat pembuat yang lain.3...Tidak boleh di jual di pasaran terbuka

    HARGA JUALAN PRODUK1...Kebiasaan nya harga di naikkan sebanyak 300% dari hargaKilang (minima) sehingga ke paras 1000% (maksima) menurutkesesuaian sesuatu produk.2...Ketentuan Harga ini bagi menampung segala

    KOMISEN..BONUS..IMBUHAN yang di sediakan oleh syarikatkepada SETIAP RAKAN-NIAGA mengikut Pangkat yang merekasandang.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    9/30

    BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)

    Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untukmengedar barangan syarikat;Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline)bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Prosespengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkatyang munasabah. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus /insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah

    rangkaiannya (over-riding bonus).

    SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayargaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; danWakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja

    wakil jualan/ejen jualan lain.

    JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama adasendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    10/30

    ASPEK MLM KONVENSIONAL e-MLM

    Geografi Setempat (localised) Tanpa sempadan (borderless)

    Hubungan Perjumpaan secara bersemuka Menggunakan komputer (e-mail dan

    Internet)Latihan Latihan melalui perjumpaan yang diatur

    oleh pihak pengurusan (seminggu sekali,sebulan sekali dan sebagainya)

    Latihan atas talian (online)menggunakan e-mail dan forum(Internet newsletter) oleh pihakpengurusan ataupun sesama ahli

    Kos Banyak kos operasi yang tersembunyiseperti masa yang diperlukan untukperjumpaan, perjalanan, kesesakan lalu

    lintas, telefon dan kesesuaian masa untukberjumpa

    Kos operasi yang minimal (kossambungan Internet)

    Semakan Semakan dibuat secara manual danmengambil masa

    Semakan rangkaian perniagaanmudah dibuat

    Teknologi Proses perniagaan secara konvensional Peluang melibatkan diri dengan e-dagang/e-perniagaan

    Jualan Jualan kepada pihak ketiga yang

    memerlukannya

    Memperkenalkan konsep penggunaan

    sendiri (anda beli barang untukkegunaan sendiri/keluarga)

    PembinaanRangkaian

    Pembinaan rangkaianperniagaan/pemasaran yang agak lambatdengan dihadkan oleh masa, sumberkewangan dan tenaga

    Pembinaan rangkaianperniagaan/pemasaran dengan lebihcepat tanpa mengira masa dantempat (program berjalan secaraautomatik 24 jam)

    CABARAN KEUSAHAWANAN MLM

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    11/30

    13 Ciri-ciri Dan Kelebihan MLM Yang ANDA Perlu Ketahui

    Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan kelebihan MLM yang ANDA perlu ketahui :

    Jumlah pelaburan yang rendah - Kebanyakan syarikat MLM hanya mengenakan caj

    yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30 hingga RM520.

    Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang

    besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain

    seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.

    Sebagai pekerjaan sampingan - Apakah yang lebih baik daripada memulakan

    perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?

    Masa yang fleksibel - Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari

    mengikut pilihan anda sendiri.

    Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus - Seseorang

    yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaanjuga mampu berjaya sebagai usahawan MLM.

    Bekerja Dari rumah - Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh

    mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    12/30

    Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.

    Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau

    berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.

    Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jikamereka benar-benar inginkannya.

    Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh

    tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti

    berjaya dalam masa yang singkat.

    Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya

    anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.

    MLM berteraskan sistem latihan yang komprehensif- Sistem latihan yang merangkumi

    pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan

    diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal

    diperolehi.

    Hubungan persahabatan yang berkekalan - Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yangberterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.

    Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja - Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa

    bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa

    perlu memohon cuti daripada majikan.

    Tabung persaraan - Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan

    seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    13/30

    Cabaran dan Persiapan :

    Setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Bahagian ini memberi

    panduan bagaimana menghadapi cabaran dalam MLM dan persiapan yang perlu

    anda lakukan. Apa yang perlu dibuat apabila pelanggan menolak dan persediaanemosi dan sikap.

    1. Rintangan yang Bakal Anda Hadapi2. Mudahkah Menjalankan MLM?3. Tugas Anda sebagai usahawam MLM4. Bersedia Alam Emosi dan Sikap5. Rahsia Memikat Hati Pelanggan6. Apabila Pelanggan Berkata Tidak7. Perlukah Anda Menjadi Super Salesman?8. Kemahiran Menaja Dalam MLM.

    9. Ciri-ciri Orang Berjaya dalam MLM

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    14/30

    Motivasi MLM KaedahMempertingkatkan Kejayaan

    Usahaniaga MLM

    4 Ketakutan

    Jadikan Perniagaan MLM Anda LebihPentingMengapa Downline Tidak Aktif?

    Apa Itu Service?Teknik Kuasa Minda.Bina Impian

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    15/30

    Ini adalah kekeliruan yang banyak berlaku kepada pengedar MLM. Mereka tidak

    tahu membezakan antara salesman dengan pengedar MLM. Salesman perlu

    menjual seberapa banyak barangan mereka. Melalui jualan ini, mereka

    mendapat komisen. Tetapi, ini berbeza dengan MLM. Dalam MLM, anda tidak

    perlu menjual dengan banyak. Anda hanya perlu membina rangkaian

    perniagaan melalui penajaan. Anda hanya perlu jual antara RM100 hingga

    RM300 sahaja. Jadi, mampukah anda menjual sehingga RM30 ribu?

    Dalam perniagaan MLM ini, anda mampu menjual melebihi RM30 ribu tetapi

    bukan dengan cara menjadi super salesman. Anda hanya perlu membina

    rangkaian dan rangkaian anda juga membina rangkaian. Jualan anda sedikit

    demi sedikit mencecah lebih RM30 ribu.

    Fokuskan kepada pembinaan rangkaian yang mantap. Apabila anda bekerja

    seorang, anda perlu jual sampai RM30 ribu. Sebagai contoh, apabila anda

    bekerja dalam rangkaian, anda sudah ada sehingga 3000 rangkaian. Hanya

    dengan menjual ataupun mengguna RM100 seorang, seolah-olah anda menjual

    RM30 ribu (RM100 x 3000 orang).

    Salesman perlu menjual seberapa banyakproduk mereka, tetapi ini berbeza denganMLM. Mengapa?

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    16/30

    Betulkah Jualan Langsung MampuLahirkan Banyak Jutawan?.

    Oleh: Abdullah Hafiz (Ruangan Forum MS 12Utusan Malaysia, 5 September 2006)

    Pada saya, ini adalah soalan yang datangnya daripada mereka yang kurang

    arif tentang industri jualan langsung atau datang daripada mereka yang gagal

    dan kecewa. Rata-rata telah mengakui bahawa MLM adalah industri yangmampu melahirkan jutawan, di Amerika Syarikat jutawan yang lahir daripada

    industri ini terlalu ramai dan di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Lantaran

    daripada itu, jika yang menulis artikel tersebut benar-benar mengikuti

    perkembangan industri jualan langsung, saya percaya beliau tidak akan

    mempersoalkannya.

    Sepatutnya beliau bertanya, Mengapa Aku Tidak Menjadi Jutawan MLM. Pada

    saya, apabila berlaku kegagalan ataupun kekecewaan, terlalu sedikit yang akan

    mengakui bahawa, kegagalan itu adalah berpunca daripada diri mereka sendiri.

    Akibatnya industri yang baik menjadi tidak baik pada pandangan mereka dan

    juga pada masyarakat yang tidak mengenali industri jualan langsung.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    17/30

    1. Pastikan ada lesen AJL.

    2. Pastikan jika ada kemusykilan berhubung hukum hakam

    agama (Islam), rujuk dahulu dengan mereka yang arif

    (pandai).

    3. Pastikan latar-belakang pengurusan syarikat.

    4. Pastikan tiada masalah pembayaran bonus atau komisen.

    5. Pastikan pelan pemasaran diluluskan oleh KPDN&HEP.

    6. Pastikan produk mendapat kelulusan daripada pihak yangberkuasa.

    7. Pastikan syarikat ada menyediakan bengkel latihan kepada

    pengedar.

    8. Pastikan ada pengedar-pengedar yang sudah berjaya.

    9. Pastikan sistem yang diguna-pakai, telus atau tidak.10. Pastikan keberkesanan sistem menyokong kepada

    perkembangan perniagaan.

    11. Pastikan perniagaan mampu menerokai pasaran global.

    TIP MEMILIH SYARIKAT MLM:-

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    18/30

    Punca Gagal Dalam Bisnes Networking dan Bag.

    1. Semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati perniagaan bersifat

    networking tetapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Inisatu fenomena yang menakutkan tetapi sebenarnya ia tidaklahsampai boleh membunuh industri networking di negera ini.

    2. Sebenarnya dalam apa juga bidang perniagaan, lebih ramai yanggagal daripada mereka yang berjaya. Ini kenyataan dan juga

    fakta. Kita perlu sedar bahawa 95% daripada manusia di atas mukabumi ini adalah tergolong dalam orang-orang yang GAGAL dalamkehidupan dan hanya 5% sahaja yang BERJAYA. Jadi kita tidakperlu berasa hairan! Cuma, kita yang perlu letakkan diri kitadimana: 95% atau 5% ?

    3. Networking adalah suatu bentuk perniagaan yang mempunyaipotensi besar untuk pergi jauh. Ada pemimpin negara kitaberpendapat dan berpandangan bahawa industri networkingakan menguasai dunia dan amat malang sekali jika ada yangberpendapat industri ini tidak akan sampai ke mana, senang cakaptak boleh pergi jauh.

    http://infoniaga.wordpress.com/2008/11/06/punca-gagal-dalam-bisnes-networking-dan-bagaimana-mengatasi-kegagalan-2/http://infoniaga.wordpress.com/2008/11/06/punca-gagal-dalam-bisnes-networking-dan-bagaimana-mengatasi-kegagalan-2/
  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    19/30

    ANTARA PUNCA-PUNCA KEGAGALAN

    1. Sikap Individu - Ingin lekas kaya dalamsekelip mata, bila tidak dapat, kecewa.

    2. Sikap Malas ,Kurang ilmu dan

    pengetahuan.

    3. Jadi ahli Pak Turut. Ikut apa orang

    cakap tanpa rujuk.

    4. Salah memilih syarikat. Tanpa selidik

    terlebih dahulu.5. Tanpa melakukan apa-apa, harap duit

    datang ke riba

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    20/30

    Bukan Senang Untuk Berjaya DalamPerniagaan Jualan Langsung MLM.

    Saya berikan 8 asas kejayaan dalam jualan langsung MLMkepada anda iaitu:

    1.Kejayaan adalah pilihan yang anda buat.2.Cari apa sebab mengapa anda melibatkan diri.

    3.Katakan YA kepada penolakan.4.Dalam kamus kejayaan, kegagalan bermakna andasemakin hampir dengan kejayaan.5.Tabiat, membantu atau menjadi beban kepada anda.6.Kekuatan bercerita.7.Kekuatan menceritakan secara keseluruhan.8.Kesediaan memberi lebih dari biasa

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    21/30

    CIPTAKAN MASA DEPAN ANDA Cipta Semula Diri Anda - Ramai orang yang menyertaijualan langsung tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah

    maksudnya?

    Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam ituialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya merekasahaja yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerimateguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang egoanda. Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biarpun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orangyang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan "ciptasemula (recreate)".

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    22/30

    Membuat Servis - Ramai pengedar beranggapan bahawa servistidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka,

    pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana

    servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyenatau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam

    televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan

    Langsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan servis, anda telah

    menunjukkan kesungguhan anda terhadap perniagaan ini dan komitmen anda

    untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuat servis, anda

    tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah

    menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada

    pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak

    bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti.

    Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan

    anda tidak membuat servis, anda telah kehilangan peluang keemasanuntuk memperkenalkan barangan lain dalam senarai produk syarikat

    MLM anda.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    23/30

    Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini - Ramaipengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menajakerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini? Memangbenar terlalu banyak pengedar dalam sesebuah syarikat MLMtetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benarserius melakukan perniagaan ini.

    Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah"tidur". Jika anda pengedar yang masih aktif, ini peluang andauntuk mendapatkan jualan dan tajaan yang sepatutnya menjadijualan dan tajaan pengedar yang "tidur" itu.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    24/30

    Mampukah Saya Memimpin Downline Saya? - Perkataan"memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh

    membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur,membantu anak-anak menyelesaikan masalah kerja sekolah,membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah,sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah punterlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru

    bagaimana upline anda membantu anda dahulu. Itulah caramudah untuk membantu downline anda.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    25/30

    Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM? -Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membinabangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum anda membangunkan

    dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat dapat dibina, barulahanda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuahbangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lamaamat diperlukan.

    Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalanasasnya ialah mahu buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atautidak dalam perniagaan ini. Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jikamahu menjadi kaya, berniagalah!" Peniaga-peniaga yang menjadikaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates "mencipta

    keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan orangramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produkkeluarannya akan dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannyakerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluanorang ramai pada masa akan datang.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    26/30

    Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda.

    Dalam MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripadakulitnya" adalah tidak benar. Orang ramai akan menilai kandungan

    buku daripada kulitnya. Bagaimana pelanggan hendak membeliproduk minyak wangi anda sedangkan anda datang kepadanya dalamkeadaan berbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabuncuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan mereka baju andacomot/kotor?

    Dalam MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu.Penampilan anda adalah "jualan pertama" anda sebelum anda menjualproduk anda.

    Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau menawarkanpeluang perniagaan ini kepada prospek anda, ingatilah

    5 HURUF - S.E.B.A.B.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    27/30

    Mulakan Langkah MeN...

    Ada usahawan yang berjaya memberikan jawapan secara berseloroh apabila saya tanya

    tentang apakah maksud MLM? Mereka mengatakan bahawa MLM ialah singkatan

    (akronim) "MULAKAN LANGKAH MEN-". Ada juga yang berkata, MLM ialah MEETINGLARUT MALAM. Seloroh yang kedua akan memberikan imej tidak sihat pada industri

    jualan langsung seolah-olah memberikan gambaran bahawa apabila menjalankan

    perniagaan ini, kita perlu bekerja keras sampai larut malam.

    M pertama = Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM ini

    M kedua = Memperkenalkan produk kepada orang terdekat/dikenaliM ketiga = Menaja pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu

    M keempat = Memberikan servis kepada pelanggan/downline

    M kelima = Membantu/Memimpin downline

    M keenam = Membuat mesyuarat kumpulan

    M ketujuh = Meniru teknik, kaedah, dan strategi upline

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    28/30

    Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

    Beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.

    1.Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itumungkin ada permata berharga.

    2.Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama

    dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil

    mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda

    berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah,

    berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau sayamembantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.

    3.Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi

    panduan dan amalan kumpulan anda.

    4.Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan

    anda itu.

    5.Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada

    mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    29/30

    6. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan.7. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang

    dapat menjayakan perniagaan anda.8. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap

    ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabilabergaul dengan anda.

    9. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga keranamengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan

    datang bergolek.10.Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat.Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.

    11.Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupunanda telah berjaya.

    12.Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda

    apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkinberupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.13.Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi

    kejayaan usahawan MLM.14.Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

  • 8/14/2019 Cabaran Membina Kerjaya Keusahawanan Indutsri Jualan Langsung

    30/30

    Sekianterima kasih