borang pengesahan status tesis · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses...

21
PSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN SAINS SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN DI SEKOLAH BERTARI. SESI PENGAJIAN : 2004/2005 SHAIDA ISMA BINTI ZAINAL ABIDIN (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. NOOR AZLAN B. AHMAD ZANZALI Nama Penyelia Tarikh : 21 OKTOBER 2004 (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 3149/1 QRTS PUSAT LATIHAN PERTANIAN SUNGAI UDANG, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA. Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Upload: nguyencong

Post on 03-Aug-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN SAINS SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN DI SEKOLAH BERTARI.

SESI PENGAJIAN : 2004/2005 SHAIDA ISMA BINTI ZAINAL ABIDIN

(HURUF BESAR)

Saya

mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR. NOOR AZLAN B. AHMAD ZANZALI

Nama Penyelia

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 3149/1 QRTS PUSAT LATIHAN PERTANIAN SUNGAI UDANG, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA. Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN SAINS

SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN

DI SEKOLAH BESTARI

SHAIDA ISMA BINTI ZAINAL ABIDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SHAIDA ISMA BT. ZAINAL ABIDIN

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

iii

DEDIKASI

Kurangkum syukur kehadrat-Mu Yang Maha Esa di atas anugerah dan limpah

rahmat-Mu kerana mengurniakan kemudahan bagiku

dalam setiap urusanku,

Hormat dan sekalung terima kasih buat Bonda dan Ayahanda tercinta

kerana kasih sayang dan pengorbanan yang tidak

berbelah bagi untukku,

Adindaku sekalian, kalian amat besar ertinya

dalam hidupku,

Di dasar ingatan kusimpan budimu guru-guru sekalian, jasamu akan

ku kenang hingga ke akhir hayat,

Cebisan kenangan dikala kita bersama mengutip ilmu wahai sahabat

pasti akan terus menjadi memori indah buatku..

terima kasih sahabat,

Semoga kalian sentiasa dirahmati serta diredhai Illahi

dunia dan akhirat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

iv

PENGHARGAAN

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera…

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

dan izin-Nya projek sarjana muda ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali, pensyarah Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia selaku penyelia projek sarjana muda di

atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses menyiapkan

projek ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada warga sekolah yang terlibat, kakitangan

Perpustakaan Sultan Zanariah, pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan

individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana sudi

meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek

ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan yang

dihulurkan.

Akhir sekali, penghargaan juga dirakamkan buat keluarga tercinta

terutamanya kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anakanda dan atas

dorongan yang tidak berbelah bagi kepada anakanda. Sesungguhnya jasamu amat

dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita semua

selama ini. Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kekerapan penggunaan aplikasi

Internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah pengetahuan

pelajar, kemahiran, masa, atau kemudahan penggunaan menjadi masalah kepada

pelajar dalam menggunakan Internet di sekolah. Kajian ini dijalankan khusus ke atas

pelajar tingkatan dua dalam pembelajaran Sains di Sekolah Bestari. Sampel kajian

ini terdiri daripada 119 orang pelajar tingkatan dua dari dua buah Sekolah Bestari di

negeri Melaka. Instrumen kajian, merupakan set soal selidik yang mengandungi 40

soalan. Hasil analisis kajian mendapati hanya tiga aplikasi Internet berada pada

tahap penggunaan yang kerap digunakan, di mana, yang paling kerap ialah World

Wide Web (WWW), diikuti dengan Elektronik mail (e-mail) dan Protokol

pemindahan fail (Download). Sementara itu, dua lagi aplikasi Internet berada pada

tahap penggunaan yang tidak kerap. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar

menghadapi masalah masa dan kemudahan penggunaan Internet di sekolah.

Sebaliknya pula, pelajar tidak menunjukkan sebarang masalah dalam pengetahuan

atau kemahiran penggunaan Internet di sekolah. Di akhir kajian, telah diutarakan

beberapa cadangan kepada sekolah, guru dan pelajar untuk mempertingkatkan tahap

penggunaan aplikasi Internet dalam pembelajaran Sains di sekolah. Beberapa kaedah

turut dicadangkan untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

vi

ABSTRACT The purpose of this study is to investigate student level of frequency of the

use of the Internet applications. In addition, the study also examined other problem,

such as knowledge, skills, time or facilities faced by students in Internet usage. The

sample of this study was 119 form two students from two Smart Schools in Malacca.

A set of questionnaire consisting of 40 questions was used as a instrument in this

study. The data collected was analyzed using Statistical Package for Social Sciences

Windows version 10.0 and Microsoft Excel software. The results showed that only

three of the Internet applications were used at a high frequency level. The most

frequently used application was World Wide Web (WWW), followed by Electronic

mail (e-mail) and File Transfer Protocol (Download). The other two of Internet

applications were rated at a low level. Results also showed that most of the students

had problems in term of using Internet and in term of facilities when using the

Internet. Students have adequate knowledge and skills to use the Internet. At the

end of the report, suggestions were made to schools, teachers and students to

improve the level of usage of the Internet applications in science lessons at school.

Several suggestions were also made to enhance usage of Internet applications in

school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

vii

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Lampiran xiii

Senarai Singkatan xiv

BAB I PENDAHULUAN 1 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Terminologi 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN 10 2.0 Pengenalan 10

2.1 Internet 11

2.2 Aplikasi-Aplikasi Internet 12

2.2.1 World Wide Web 12

2.2.2 Mel Elektronik 13

2.2.3 Sembang Berganti-ganti Internet 13

2.2.4 Protokol Pemindahan Fail 14

2.2.5 Log Masuk Jarak Jauh 14

2.2.6 Perbincangan Dalam Kumpulan 14

2.2.7 Mailing List 15

2.3 Keberkesanan Penggunaan Internet 16

2.4 Masalah Dalam Penggunaan Internet 18

2.5 Sekolah Bestari 20

2.6 Konsep Pengajaran & Pembelajaran 21

Sekolah Bestari

2.6.1 Kurikulum 21

2.6.2 Pedagogi 22

2.6.3 Penilaian 22

2.6.4 Bahan Pengajaran &

Pembelajaran 23

2.7 Kesimpulan 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN 24 3.0 Pengenalan 24

3.1 Rekabentuk Kajian 24

3.2 Sampel Kajian 25

3.3 Instrumen Kajian 26

3.4 Prosedur Kajian 28

3.5 Kajian Rintis 29

3.6 Analisis Data 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

ix

3.7 Kesimpulan 31

BAB IV ANALISIS DATA 32 4.0 Pengenalan. 32

4.1 Ciri-Ciri Demografi. 32

4.1.1 Jantina. 33

4.1.2 Pendapatan Ibubapa/ penjaga. 34

4.1.3 Pengalaman Menggunakan Internet. 35

4.2 Kemudahan Internet Responden. 35

4.2.1 Kemudahan Pusat Yang

Menyediakan Internet di rumah. 36

4.2.2 Kemudahan Internet di rumah. 36

4.2.3 Sambungan Internet di rumah. 37

4.3 Analisis Statistik Berkaitan Masalah

Penggunaan Internet. 37

4.3.1 Pengetahuan. 38

4.3.2 Kemahiran. 40

4.3.3 Masa. 42

4.3.4 Kemudahan. 44

4.3.5 Perbandingan Nilai Purata dan Peratus

Keseluruhan Masalah Penggunaan

Internet dalam Pembelajaran Sains

di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. 46

4.4 Analisis Statistik Berkaitan Kekerapan

Penggunaan Internet. 47

4.5 Kesimpulan. 51 BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 52 5.0 Pengenalan. 52

5.1 Perbincangan. 53

5.1.1 Apakah pelajar menghadapi

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

x

masalah pengetahuan

dalam menggunakan Internet? 53

5.1.2 Apakah pelajar menghadapai

masalah kemahiran dalam

menggunakan Internet? 53

5.1.3 Apakah pelajar menghadapi

masalah masa dalam

menggunakan Internet? 54

5.1.4 Apakah pelajar menghadapi

masalah kemudahan penggunaan

dalam menggunakan Internet? 54

5.1.5 Apakah kekerapan penggunaan

aplikasi Internet dalam

proses pembelajaran? 55

5.2 Kesimpulan. 56

5.3 Cadangan. 56

5.3.1 Peranan Sekolah Untuk

Meningkatkan Penggunaan Internet

Dalam Sesi Pembelajaran

Sains di Sekolah. 56

5.3.2 Peranan Guru Untuk Meningkatkan

Penggunaan Internet Dalam Sesi

Pembelajaran Sains di Sekolah. 59

5.3.3 Peranan Pelajar Untuk Meningkatkan

Penggunaan Internet Dalam Sesi

Pembelajaran Sains di Sekolah. 60

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan. 61

5.5 Kesimpulan. 62 RUJUKAN 63 LAMPIRAN A-E 67

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

xi

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Taburan Sampel di Kedua-dua Buah Sekolah. 25

3.2 Bahagian-bahagian Dalam Soal

Selidik Mengikut Item. 27

3.3 Skala ala Likert Untuk Item Soalan

Dalam Bahagian C. 27

3.4 Skala ala Likert Untuk Item Soalan

Dalam Bahagian D. 28

3.5 Skala ala Likert Menunjukkan Kecenderungan

Memusat Analisis Data Bahagain C. 30

3.6 Skala ala Likert Menunjukkan Tahap

Kekerapan Penggunaan Item Bahagian D. 31

3.7 Darjah Penilaian Terhadap Responden. 31

4.1 Taburan Jantina Pelajar. (N=119). 33

4.2 Taburan Pendapatan Ibubapa/penjaga Pelajar

Sebulan (N=119). 34

4.3 Taburan Pengalaman Pelajar Menggunakan

Internet (N=119). 35

4.4 Taburan Pelajar yang Mempunyai Kemudahan

Pusat (N=119).yang Menyediakan Akses

Internet di Kawasan Rumah (N=119). 36

4.5 Taburan Pelajar yang Mempunyai

Kemudahan Mengakses Internet

di Rumah (N=119). 36

4.6 Taburan Jenis Sambungan Internet

di Rumah Pelajar (N=68). 37

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

xii

4.7 Masalah Pengetahuan Penggunaan Internet

Responden dan Taburannya. (N=119). 38

4.8 Masalah Kemahiran Penggunaan Internet

Responden dan Taburannya. (N=119). 40

4.9 Masalah Masa Penggunaan Internet

Responden dan Taburannya. (N=119). 42

4.10 Masalah Kemudahan Penggunaan Internet

Responden dan Taburannya. (N=119). 44

4.11 Perbandingan Nilai Purata Min dan Peratus

Keseluruhan Masalah 46

4.12 Taburan Aplikasi Internet yang Sering

digunakan Pelajar Semasa Sesi

Pembelajaran di Sekolah. (N=119). 47

4.13 Tahap Penggunaan Aplikasi Internet

Berdasarkan Purata. 48

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set Soal Selidik yang Di gunakan Dalam Kajian. 67-72 B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia. 73-74

C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan

Sampel Kajian di Sekolah-Sekolah di Bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia Daripada

Jabatan Pendidikan Melaka. 75-76

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah

Menengah Daripada Jabatan Pendidikan Melaka. 77

E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. 78

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

xiv

SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistic Package for Social Science

N - Jumlah Responden

Bil - Bilangan

LAN - Local Area Network

ARPANET - Agensi Projek Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat

NSFNET - National Science Foundation Network

Tmnet - Telekom Malaysia

JARING - Joint Advanced Research Intergrated Networking

E-mail - Electronic mail

IRC - Internet Relay Chat

FTP - File Transfer Protocol

WWW - World Wide Web

HTTP - Hiperteks Transfer Protocol

BBS - Bulletin Board Service

MSC - Multimedia Super Corridor

IT - Information Technology

RM - Ringgit Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Perdana Menteri Malaysia dalam satu petikan menyatakan bahawa kerajaan

telah merancang dan akan melaksanakan kemudahan komputer di semua sekolah.

Semua sekolah akan di rangkaikan melalui Internet dalam menghadapi era teknologi

maklumat. Perancangan penggunaan Internet dalam pendidikan telah dimulakan

seawal tahun 1997. Perubahan yang berlaku dalam teknologi komputer seperti

penurunan kos komputer, keupayaan kelajuan komputer mikro yang semakin

meningkat, peningkatan penggunaan sistem rangkaian setempat Local Area Network

(LAN), perolehan perisian yang lebih userinterface, kemudahan globalisasi melalui

Internet, World Wide Web dan kemudahan penyimpanan dan capaian maklumat

secara mudah merupakan antara faktor yang menyebabkan ledakan yang pantas

dalam era teknologi maklumat (Wan Salihin, Mohd Yusof, 1995).

Melalui pembelajaran secara tradisional pelajar memainkan peranan pasif

sebagai penerima ilmu manakala guru sebagai sumber dan penyampai maklumat dan

tidak berlaku unsur interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Berdasarkan unsur

pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran sains, pelajar sebenarnya telah

mempunyai idea awal tentang sesuatu fenomena berkaitan sains berdasarkan

pengalaman harian. Melalui pendekatan konstruktivisme, konsep atau idea pelajar

ini cuba diselaraskan dengan konsep sains sebenar mengikut konsep sains oleh

tokoh- tokoh sains sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran sains harus dilihat

sebagai pencetusan idea pelajar dan penstrukturan semula idea-idea atau konsep oleh

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

2

guru yang bertindak sebagai fasilitator bagi membantu perubahan minda pelajar

(Wan Salihin, Mohd Yusof, 1995).

Tiga tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari ialah

akses kendiri, kadar kendiri, dan terarah kendiri. Akses kendiri merujuk kepada

proses pelajar mendapatkan maklumat dengan meneroka sendiri tajuk melalui

kemudahan teknologi maklumat atau Internet. Manakala terarah kendiri pula

memberikan alternatif kepada pelajar untuk meneroka tajuk tanpa terikat dengan

kurikulum yang rigid dan bantuan guru. Di sini peranan guru adalah sebagai

fasilitator dan bukan lagi sumber maklumat yang utama.

1.1 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di negara kita telah

dimulakan pada tahun 1969 di institusi–institusi pengajian tinggi. Manakala di

peringkat sekolah pula penggunaannya telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan

terdapat 70 buah sekolah dalam bandar yang mula menggunakan komputer

(Zulkifli,1995). Kos yang tinggi untuk membeli dan membina kelengkapan

komputer pada sekitar tahun 80-an menyebabkan penempatannya di sekolah terhad.

Namun kini dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 buah komputer beroperasi di

sekolah-sekolah seluruh Malaysia (Zulkifli, 1995).

Walaubagaimanapun anggaran ini tidak releven lagi kini kerana jumlah

komputer di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sudah dipertingkatkan bilangannya.

Perubahan ini berikutan penurunan kos komputer. Ini bermakna pelajar telah melalui

pendedahan dunia pengkomputeran lima belas tahun yang lalu. Pendedahan

penggunaan ini mula dititikberatkan oleh kerajaan apabila Perdana Menteri

menyarankan pemilikan satu komputer di setiap rumah.

Walupun begitu, penggunaan komputer kini bukan lagi sekadar alat

pemprosesan maklumat. Ia telah berubah kepada sebuah sistem rangkaian yang

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

3

mampu menghubungkan dunia. Ini dapat dilakukan dengan Internet atau perkataan

asalnya Internetworking. Internet merupakan sebuah kombinasi teknologi komputer

dan telekomunikasi melalui talian telefon. Sejarah Internet bermula seawal tahun

1969 apabila Agensi Projek Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membangunkan

ARPANET, yang merupakan sebuah rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat

(Norazah, 1998). Namun penggunaannya di peringkat antarabangsa dibuka oleh

National Science Foundation Network (NSFNET) pada tahun 1990.

Sistem capaian maklumat secara global ini cuba diserapkan dalam sistem

pendidikan negara. Secara langsung ia mempengaruhi sistem pendidikan melalui

usaha kerajaan dalam projek Multimedia Super Corridor (MSC). Melalui projek ini,

pendedahan penggunaan Internet mula diperkenalkan di sekolah kira-kira tujuh tahun

lalu.

Pada Disember 1996, bilangan pengguna Internet di Malaysia berbanding

populasi penduduk dianggarkan diantara 200,000 hingga 250,000 orang seperti yang

dilaporkan oleh Telekom Malaysia (TM net) dan Joint Advanced Research

Integrated Networking (JARING) (New Straits Times, Jan 6,1997). Nisbah ini jauh

lebih rendah berbanding bilangan 20 juta populasi penduduk Malaysia. Kenyataan

ini membuktikan bahawa hanya sebilangan kecil daripada penduduk Malaysia yang

menggunakan teknologi maklumat tanpa sempadan ini.

Internet membekalkan beberapa kemudahan penting seperti e-mail, World

Wide Web, kumpulan perbincangan dan pertukaran fail. Aspek yang paling inovatif

berkaitan Internet ialah ia merupakan sebuah rangkaian sumber pengetahuan yang

sangat besar. Kajian telah menunjukkan bahawa Internet amat berguna dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains (Harris, 1993 dan 1995).

Sebagai contoh, pembelajaran dan pengajaran sains menerusi Internet boleh

berlaku dalam situasi seperti penukaran dan pengumpulan maklumat, penyelesaian

masalah secara kolaboratif dan sebagainya. Penggunaan Internet dalam pengajaran

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

4

dan pembelajaran sains secara sistematik mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti

pembelajaran jika ia diaplikasikan dengan baik.

1.2 Pernyataan Masalah Fokus baru pendekatan pembelajaran adalah melalui pengalaman,

pembelajaran secara bebas dan pembelajaran penjelajahan. Komputer boleh

memenuhi pendekatan ini dalam pelbagai cara dan kaedah. Salah satu kaedah yang

kini digunakan secara meluas ialah Internet. Penggunaan komputer berasaskan

teknologi Internet telah dilaksanakan di dalam sistem pendidikan negara, namun

bagaimanakah pelaksanaan dan penggunaannya di sekolah?

Pertambahan kemahiran komputer dan kebolehan menggunakannya untuk

peningkatan pembelajaran, produktiviti dan pelaksanaan, teknologi literasi, telah

menjadi asas dalam mengenalpasti kebolehan individu melayarinya dalam

masyarakat (Tie Fatt Hee, 1999). Namun bagaimanakah kemahiran penggunaan ini

dapat dicerap oleh pelajar-pelajar di sekolah? Mungkinkah kemahiran ini terbina

sendiri sekiranya pelajar kerap melayari dan menerokainya sendiri?

Menurut Menurut Serim dan Koch (1996), Internet sebagai sumber dan alat

komunikasi membolehkan pelajar mencari informasi terkini dan berkomunikasi

dengan pakar dan individu lain di seluruh dunia. Seperti yang telah dinyatakan

sebelum ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Internet sebagai alat

komunikasi secara global. Dalam dunia pendidikan negara ia cuba diaplikasikan,

tetapi apakah tedapat sebarang masalah dalam menggunakan Internet ? Adakah para

pelajar lebih cenderung menggunakan satu, dua atau semua kemudahan aplikasi yang

terdapat dalam Internet? Penyelidik cuba menyenaraikan dengan lebih jelas

berkaitan masalah kajian ini dalam persoalan kajian.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · meluangkan masa dan memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, 4SPN atas pertolongan

5

1.3 Persoalan Kajian

Oleh yang demikian penyelidik ingin melihat bagaimanakah penggunaan

Internet dalam mata pelajaran sains dilaksanakan di sekolah–sekolah sebagai sumber

pembelajaran bagi pelajar. Persoalan kajian adalah seperti berikut,

1.3.1 Apakah pelajar menghadapi masalah pengetahuan dalam menggunakan

Internet?

1.3.2 Apakah pelajar menghadapi masalah kemahiran dalam menggunakan

Internet?

1.3.3 Apakah pelajar menghadapi masalah masa dalam menggunakan Internet?

1.3.4 Apakah pelajar menghadapi masalah kemudahan menggunakan Internet?

1.3.5 Apakah tahap kekerapan penggunaan aplikasi Internet dalam proses

pembelajaran?

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat masalah

dalam penggunaan Internet oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dalam

aktiviti pembelajaran di sekolah. Berikut dinyatakan objektif kajian ini.

1.4.1 Mengenalpasti adakah pengetahuan merupakan masalah dalam menggunakan

Internet.

1.4.2 Mengenalpasti adakah kemahiran merupakan masalah dalam menggunakan

Internet.

1.4.3 Mengenalpasti adakah masa merupakan masalah dalam menggunakan

Internet.