cabaran wanita bekerjaya dalam · pdf filefakulti tamadun islam dan fakulti pendidikan yang...

24
CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM MENGURUSKAN RUMAHTANGGA: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN STAF FAKULTI PENDIDIKAN UTM SITI HASIMAH BINTI BAKERI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: votram

Post on 08-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM MENGURUSKAN

RUMAHTANGGA: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN STAF

FAKULTI PENDIDIKAN UTM

SITI HASIMAH BINTI BAKERI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP AMALAN

MEWASIATKAN HARTA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya SITI HASIMAH BINTI BAKERI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia:

LOT 1666, KG TOK MATANG,

BERIS KUBUR BESAR, PM DR AZHAR MUHAMMAD

16050 BACHOK, KELANTAN

TEL: 013-9425079

Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan :………………………………………

Nama Penyelia : PM DR AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 4: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM MENGURUSKAN RUMAH

TANGGA: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN STAF FAKULTI

PENDIDIKAN UTM

SITI HASIMAH BINTI BAKERI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :……………………………………

Nama Penulis: SITI HASIMAH BINTI BAKERI

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 6: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

iii

Dedikasi Syukur tidak terhingga kepada Mu Ya Allah, kerana Engkau masih mengurniakan nikmat buat ku.

Selawat dan Salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat sekalian alam.

Teristimewa buat ayah & bonda tersayang,

Bakeri bin Mat Jusoh dan Rahani binti Mohamad

Dua insan yang tidak jemu mendoakan & sentiasa memberi dorongan motivasi…

Kasih sayang dan pengorbanan mu akan ku kenang sampai akhir hayat…

Setiap titik peluh keringat yang pernah menitis itu tidak ternilai harganya…

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan buatku dua insan yang bergelar, ayah dan bonda.

Khas buat barisan pengikat kasih, penyambung zuriat ayah dan bonda,

Muhammad Haniff, Nur Hakima, Nur Hafidzah, Nur Hafidzan, Muhammad Hafidzul Hakim, Nur

Hanani Husna, Muhammad Halimi Zuhdi dan Muhammad Hassanul ‘Arif,

Penguat semangat ku untuk terus berjaya,

Pahatlah di ingatan sebuah memori di waktu susah itu, semoga setiap satunya memberikan inspirasi

buatmu dalam meniti hari-hari mendatang…

Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah buat ayah dan bonda.

Jutaan terima kasih buat barisan pensyarah,

Terutamanya, khas buat penyelia yang disanjungi, PM Dr. Azhar Muhammad yang telah banyak

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Buat penasihat akademik, Dr. Othman Napiah, nasihat dan

teguran akan ku jadikan pedoman buat bekalan hidup, dan tidak lupa juga kepada pensyarah di

Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai

sebuah impian.

Buat sahabat seperjuangan,

Terima kasih atas segala nasihat dan dorongan. Ku tahu, sepanjang kita menempuh kehidupan di

alam kampus, hadirnya diri mu dalam hidup ini amat ku hargai. Suka duka yang dilalui akan ku

bingkaikan dalam diari hati ini. Semoga kejayaan milik kita semua. InsyaAllah...

Page 7: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

iv

PENGHARGAAN

Syukur tidak terhingga kepada-Nya kerana akhirnya saya dapat menyelesaikan

Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan tempoh masa yang telah ditetapkan. Jutaan

penghargaan kepada penyelia, PM Dr Azhar bin Muhammad dan juga penasihat

akademik Dr. Othman bin Napiah yang telah banyak memberi dorongan, nasihat dan

buah fikiran yang berguna untuk saya.

Sekalung tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu dan ayah yang

telah banyak berkorban segala-galanya. Doa dan restu dari mereka amat bernilai untuk

saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada adik-adik yang sentiasa mendoakan

dan memberikan kata-kata semangat untuk saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan

yang telah banyak memberikan dorongan semangat sepanjang proses menyiap dan

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Kenangan suka duka antara kita akan

sentiasa terpahat di ingatan.

Akhirnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Projek Sarjana Muda ini. Semoga

Allah SWT memberkati dan memberikan yang terbaik dalam setiap gerak langkah kalian

semua. InsyaAllah. Amin.

Page 8: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

wanita bekerjaya di Fakulti Pendidikan UTM dalam menguruskan rumah tangga. Ia

juga bertujuan mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi cabaran wanita bekerjaya

dalam menguruskan rumah tangga. Satu set soal selidik yang mengandungi 51 item

soalan telah diedarkan kepada 23 responden daripada keseluruhan populasi 77 orang staf

wanita. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS) versi 14.0 for window. Nilai kepercayaan soal selidik ialah α =

0.889. Nilai min bagi objektif pertama dan kedua iaitu ialah 2.78 dan 4.46. Data yang

diperolehi dijelaskan dalam bentuk jadual.Min keseluruhan ialah sebanyak 3.53. Kajian

ini diakhiri dengan beberapa cadangan daripada penyelidik kepada wanita yang

bekerjaya agar dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan urusan rumah tangga dengan

baik. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk penyelidikan pada masa yang akan datang.

Page 9: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

vi

Abstract

This study aimed to identify the challenges faced by career woman in Faculty of

Education, UTM in managing the household. It also seeks to identify ways to overcome

the challenges of career women in the household. A set of questionnaire containing 51

items was distributed to 23 respondent from the 77 women staff member in total

population. Data were analyzed descriptively to get the frequencies, percentages, and

mean using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows.

The reliability value of the questionnaire was α= 0.889. The average mean for objective

number one and two is 2.784 and 4.4674. The data of the findings were elaborated in

table form. The overall mean was 3.532. This study concluded with several

recommendations from the researcher to career women to strike a balance between

career and home affairs well. Further studies are also proposed for further research in the

future.

Page 10: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1

2

Page 11: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

viii

1.3 Pernyataan masalah

1.4 Objektif kajian

1.5 Persoalan kajian

1.6 Kepentingan kajian

1.7 Skop kajian

1.8 Istilah/ takrif

1.9 Kesimpulan

3

4

4

5

5

5

7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Peranan Wanita

2.2.1 Sebagai isteri

2.2.2 Sebagai Ibu

2.2.3 Peranan wanita dalam masyarakat

2.3 Dalil yang mengharuskan wanita bekerjaya

2.4 Peranan wanita bekerjaya dalam pembentukan

keluarga harmoni

2.5 Cabaran wanita bekerjaya dalam menguruskan

rumah tangga

2.6 Keperluan yang mendorong wanita bekerjaya

8

9

12

13

15

16

17

18

26

Page 12: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

ix

2.7 Cara-cara mengatasi cabaran wanita bekerjaya

dalam menguruskan rumah tangga

2.7.1 Wanita perlu berusaha membahagikan

masa dengan baik

2.7.2 Wanita perlu menjaga etika kerjayanya

2.7.3 Wanita bekerjaya perlu meningkatkan

kepakaran sebagai ibu yang menjadi

contoh kepada anak-anak

2.7.4 Memainkan peranan sebagai ahli

masyarakat

2.8 Kajian Lepas

2.9 Kesimpulan

26

27

27

28

32

32

35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

36

37

38

38

39

Page 13: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

x

3.5.1 Pengumpulan Data Primer

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

3.6 Tatacara Kajian

3.6.1 Kajian Rintis

3.6.2 Kajian Sebenar

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Jangka Masa Kajian

3.10 Kesimpulan

40

42

43

43

44

44

46

47

47

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data (Bahagian A)

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Umur

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Bilangan Anak

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Jabatan

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Tertinggi

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Jumlah

48

49

49

50

50

51

52

Page 14: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xi

Pendapatan Isteri

4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut

Jumlah Pendapatan Suami

4.3 Analisis Data (Bahagian B)

4.3.1 Analisis Data Bahagian 1 :

Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita

Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumahtangga

4.3.2 Analisis Data Bahagian 2 :

Cara-Cara Untuk Mengatasi Cabaran Yang

Dihadapi Oleh Wanita Bekerjaya Dalam

Menguruskan Rumahtangga

4.4 Analisis Keseluruhan

4.5 Kesimpulan

53

54

55

69

80

85

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Mengenai

Latar Belakang Responden

5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Mengenai

Cabaran-cabaran Wanita Bekerjaya

Dalam Menguruskan Rumah Tangga

Dan Cara Mengatasi Cabaran Tersebut

5.2.2.1 Bahagian Satu : Analisis Deskriptif Terhadap

Cabaran-cabaran Wanita Bekerjaya Dalam

86

87

90

90

Page 15: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xii

Menguruskan Rumah Tangga.

5.2.2.2 Bahagian Dua: Analisis Deskriptif Terhadap

Cara-cara Mengatasi Cabaran Wanita Bekerjaya

Dalam Menguruskan Rumah Tangga.

5.3 Rumusan

5.3.1 Rumusan Cabaran-cabaran Wanita

Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumah

Tangga

5.3.2 Rumusan Cara-cara Mengatasi Cabaran

Wanita Bekerjaya Dalam Menguruskan

Rumah Tangga.

5.4 Cadangan

5.4.1 Wanita

5.4.2 Suami/ Lelaki

5.4.3 Media massa

5.4.4 Kerajaan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

93

99

100

101

101

102

103

103

104

104

BIBLIOGRAFI 106

LAMPIRAN

Page 16: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xiii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

3.1 Pengelasan Skala Likert 41

3.2 Nilai Skor Min 41

3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis

Konstruk Dan Bilangan Item

42

3.4 Tahap Persetujuan 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Anak

50

4.3 Taburan Responden Mengikut Jabatan 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Tertinggi

52

4.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Pendapatan Isteri

53

4.6 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Pendapatan Suami

54

4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 55

4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 56

4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 56

4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 57

Page 17: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xiv

4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 57

4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 58

4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 58

4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 59

4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 59

4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 60

4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 60

4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 61

4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 61

4. 20 Taburan Skor Bagi Item 14 62

4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 63

4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 63

4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 64

4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 64

4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 65

4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 66

4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 66

4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 67

4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 67

4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 68

4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 68

4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 69

4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 70

4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 70

4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 71

4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 71

4.37 Taburan Skor Bagi Item 31 72

4.38 Taburan Skor Bagi Item 32 72

4.39 Taburan Skor Bagi Item 33 73

4.40 Taburan Skor Bagi Item 34 73

4.41 Taburan Skor Bagi Item 35 74

Page 18: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xv

4.42 Taburan Skor Bagi Item 36 74

4.43 Taburan Skor Bagi Item 37 75

4.44 Taburan Skor Bagi Item 38 75

4.45 Taburan Skor Bagi Item 39 76

4.46 Taburan Skor Bagi Item 40 76

4.47 Taburan Skor Bagi Item 41 77

4.48 Taburan Skor Bagi Item 42 78

4.49 Taburan Skor Bagi Item 43 78

4.50 Taburan Skor Bagi Item 44 79

4.51 Taburan Skor Bagi Item 45 79

4.52 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal

Pasti Cabaran Cabaran Yang Dihadapi

Oleh Wanita Bekerjaya Dalam

Menguruskan Rumah Tangga.

80

4.53 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal

Pasti Cara-Cara Untuk Mengatasi

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita

Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumah

Tangga.

83

Page 19: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xvi

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

KS - Kurang Setuju

N - Jumlah Responden (Sampel)

Ph. D - Doctor of Philosophy

r.a - Radhiallahu anhu

S - Setuju

SAW - Sallallahu Alaihi Wasallam

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

SWT - Subhanahu Wa Taala

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

α - Alpha

Page 20: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik

B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat

C Borang Penggunaan Tesis dan Disertasi (1)

D Borang Penggunaan Tesis dan Disertasi (2)

Page 21: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini, perkembangan ilmu pengetahuan semakin meningkat dan terus maju

dari semasa ke semasa. Perkembangan ilmu ini membawa kepada meluasnya pelbagai

bidang tugas dan peranan yang telah diceburi oleh setiap lapisan masyarakat tidak

mengira status, jantina dan sebagainya. Golongan wanita juga tidak terkecuali dalam

menceburkan diri dalam bidang tugas ini. Penglibatan golongan wanita pada hari ini

menunjukkan pada dunia bahawa wanita adalah salah satu golongan yang memberikan

sumbangan yang besar kepada perkembangan dan kemajuan pada masa kini. Golongan

wanita pada zaman globalisasi telah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam

kehidupan dan kerjaya masing-masing. Ini kerana penciptaan wanita itu amat hebat dan

wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri. Oleh itu peranannya bukan sahaja di

rumah sebagai ibu, isteri malah peranannya sekarang lebih meluas sehingga merangkumi

pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, politik dan ekonomi.

Page 22: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

2

Semenjak kedatangan Islam, kedudukan wanita dipandang tinggi oleh

masyarakat berbanding dengan keadaan wanita pada zaman jahiliyyah. Ini kerana pada

zaman jahiliyyah mereka yang mempunyai anak perempuan akan terasa terhina dan

masyarakat pada zaman tersebut memandang rendah terhadap mereka. Kini, melalui

dasar-dasar yang telah dibawa oleh Islam, wanita tidak lagi diketepikan dan tidak lagi

menjadi suatu penghinaan dan mereka telah diberikan pelbagai peluang untuk

memajukan kehidupan diri dan keluarga mereka dengan segala kemudahan seperti

peluang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Penglibatan wanita terhadap bidang kerjaya telah menunjukkan bahawa wanita

pada zaman kini telah mengorak langkah menuju ke arah suatu perubahan yang berbeza

berbanding wanita pada zaman dahulu. Kini kedudukan wanita yang bekerjaya tidak

hanya sekadar berada di rumah malah mereka telah mencapai suatu pencapaian yang

membanggakan semua pihak. Tapi sejauh mana persediaan wanita bekerjaya ini dalam

menempuhi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam memastikan

peranannya dalam institusi kekeluargaan dan alam kerjayanya tidak terjejas. Melalui

cabaran-cabaran itulah yang menjadi penggerak untuk meneruskan apa yang telah

diceburi oleh mereka.

Cabaran-cabaran ini telah menimbulkan pelbagai implikasi kepada diri mereka

dan orang yang berada di sekeliling mereka. Antaranya ialah kegagalan menjalankan

tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga, pergaulan bebas di tempat kerja dan

mereka terpaksa menghadapi tanggapan negatif daripada golongan lelaki terhadap

kebolehan wanita yang bekerja. Secara umumnya cabaran yang terbesar ialah

pengurusan masa antara dua perkara iaitu masa terhadap keluarga dan kerjaya. Kesemua

cabaran ini akan dapat diatasi dengan mengambil kira segala apa yang telah digariskan

Page 23: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

3

oleh ajaran Islam berkaitan dengan etika dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh

wanita yang bekerjaya. Ini kerana Islam telah menetapkan yang terbaik kepada umatnya.

Sememangnya Islam tidak pernah melarang wanita itu melibatkan diri mereka

dengan pekerjaan. Pekerjaan merupakan satu ibadah kepada Allah SWT dan dalam

menjalankan ibadah itu Allah SWT tidak mengira sama ada lelaki atau wanita asalkan

pekerjaan yang dilakukan itu bertetapan dengan kehendak Islam dan tidak melanggar

syariat yang digariskan bagi menjamin keredaan-Nya dalam setiap apa yang dilakukan.

Keberkatan dalam pekerjaan akan terserlah sekiranya pekerjaan itu dilakukan ikhlas

semata-mata kerana-Nya.

1.2 Pernyataan masalah

Melihat pada kemajuan semasa dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada

masa kini, ramai golongan wanita yang melibatkan diri dengan alam pekerjaan. Bagi

wanita yang telah berkeluarga misalnya, mungkin dengan cara melibatkan diri mereka

dengan pekerjaan akan dapat meringankan beban suami masing-masing dalam mencari

nafkah dengan tujuan dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka.

Penglibatan wanita yang telah berumah tangga dalam bidang pekerjaan telah

mengundang pelbagai konflik dan cabaran yang terpaksa ditempuhinya. Cabaran ini

dapat dilihat apabila terdapat segelintir wanita yang mengabaikan tanggungjawabnya

terhadap keluarga mereka demi menjaga kepentingan kerjayanya sehingga secara tidak

langsung telah menyebabkan timbulnya krisis dalam menguruskan rumah tangga.

Page 24: CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM  · PDF fileFakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai sebuah impian. Buat sahabat seperjuangan,

4

Dengan ini, amatlah wajar bagi penulis membuat kajian yang lebih terperinci

tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita yang bekerjaya dalam

menguruskan rumah tangga bagi melihat sejauh manakah cabaran ini memberikan kesan

kepada pengurusan dalam rumah tangga. Selain itu juga, kajian ini juga dilakukan bagi

mendapatkan langkah-langkah yang dapat membantu wanita yang bekerjaya

menghadapi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.

1.3 Objektif kajian

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:

1.3.1 Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerjaya

dalam menguruskan rumah tangga.

1.3.2 Mengenal pasti cara-cara mengatasi cabaran yang dihadapi oleh

wanita yang bekerja dalam menguruskan rumah tangga.

1.4 Persoalan kajian

1.4.1 Apakah cabaran-cabaran yang dilalui oleh wanita bekerjaya dalam

menguruskan rumah tangga.

1.4.2 Apakah cara-cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh

wanita yang bekerjaya dalam menguruskan rumah tangga.