teacherandmusic.files.wordpress.com  · web viewsebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami...

17
PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha lagi Maha Penyayang selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan saya kesihatan, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Asas Teori Muzik II ini dalam bentuk sebegini rupa. Sekalung penghargaan buat pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti internet access , pusat sumber dan sebagainya untuk saya membuat rujukan dalam mencari bahan-bahan demi menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hal ini telah memudahkan kerja saya dan syukur alhamdulillah pada akhirnya tugasan ini telah dapat disiapkan juga. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kursus Asas Teori Muzik II, Puan Ching Ing Hoe di atas bantuan dan bimbingan yang telah beliau berikan yang sangat berguna dan banyak membantu saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Dengan adanya sumbangan dan jasa beliau, akhirnya tugasan ini telah dapat disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan. Tidak dilupakan jutaan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada teman sekelas yang banyak memberi sokongan dan dorongan baik dari aspek mental mahupun fizikal kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sesungguhnya mereka langsung tidak lokek ilmu untuk berkongsi dengan saya apabila saya bertanyakan sesuatu hal yang tidak begitu jelas atau tidak saya fahami. Tanpa bantuan mereka semua saya pasti dan percaya tugasan ini tidak dapat saya sempurnakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan sekali lagi. Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak menabur bukti dan membantu saya khususnya dalam aspek kewangan. Walaupun mereka berada nun jauh di Kelantan, namun saya tetap bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan adanya sokongan dan kata-kata pendorong serta doa daripada mereka. Sesungguhnya keberkatan seorang anak itu datangnya daripada keredhaan ibu bapa mereka. Akhirnya, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian. 1

Upload: others

Post on 19-Jun-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha lagi Maha Penyayang selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat

baginda sekalian. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Syukur

Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan saya kesihatan, masa

dan kematangan fikiran untuk menyiapkan tugasan kerja kursus “Asas Teori Muzik II”

ini dalam bentuk sebegini rupa.

Sekalung penghargaan buat pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti ‘internet

access’, pusat sumber dan sebagainya untuk saya membuat rujukan dalam mencari

bahan-bahan demi menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hal ini telah memudahkan

kerja saya dan syukur alhamdulillah pada akhirnya tugasan ini telah dapat disiapkan

juga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada

pensyarah kursus Asas Teori Muzik II, Puan Ching Ing Hoe di atas bantuan dan

bimbingan yang telah beliau berikan yang sangat berguna dan banyak membantu

saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Dengan adanya sumbangan dan jasa beliau,

akhirnya tugasan ini telah dapat disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada teman

sekelas yang banyak memberi sokongan dan dorongan baik dari aspek mental

mahupun fizikal kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sesungguhnya mereka langsung tidak lokek ilmu untuk berkongsi dengan saya

apabila saya bertanyakan sesuatu hal yang tidak begitu jelas atau tidak saya fahami.

Tanpa bantuan mereka semua saya pasti dan percaya tugasan ini tidak dapat saya

sempurnakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan sekali lagi.

Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya

yang banyak menabur bukti dan membantu saya khususnya dalam aspek kewangan.

Walaupun mereka berada nun jauh di Kelantan, namun saya tetap bersemangat

untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan adanya sokongan dan kata-kata

pendorong serta doa daripada mereka. Sesungguhnya keberkatan seorang anak itu

datangnya daripada keredhaan ibu bapa mereka. Akhirnya, terima kasih sekali lagi

kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak. Hanya Allah

sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian.

1

Page 2: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Tugasan I

Sebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor

ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan sedikit masa mengkaji

skor lagu yang diberi, akhirnya kelapan-lapan bar dalam skor ini telah berjaya

dianalisis dan diinterpretasi. Klef yang digunakan dalam skor lagu ini ialah klef treble

dan klef bes. Setelah diteliti skor tersebut, saya mendapati bahawa nada yang telah

digunakan dalam skor ialah G major. Nada G major ini mempunyai tanda kromat

dengan satu syap, iaitu F syap (F#).

Selain itu juga saya dapati skor lagu ini menggunakan kord sekunder. Kord

sekunder adalah sebagai pilihan bagi menambahkan variasi harmoni kepada

sesebuah lagu. Kord sekunder untuk lagu yang bernada major ialah kord ii, iii, vi dan

vii dalam skel. Beberapa kord sekunder boleh didapati dalam skor lagu ini namun

kord-kord tersebut tidak berada pada kedudukan yang sama. Kord-kord tersebut

berada pada kedudukan samaada kedudukan perdu (root position) atau kedudukan

pembalikan pertama (first inversion).

Contohnya, daripada skor lagu tersebut, saya dapati kord sekunder yang ada

pada bar kedua ialah kord ii. Kord ini berada dalam kedudukan perdu. Bar yang

seterusnya iaitu bar keempat, kord sekundernya ialah kord vi. Kord ini berada pada

kedudukan pembalikan pertama. Dalam kedudukan perdu, dua kord sekunder iaitu

kord vi dan kord iii telah saya dapati pada bar yang kelima. Seterusnya, pada bar

keenam terdapat kord vi pada kedudukan perdu. Kord sekunder yang terakhir ialah

kord vi pada bar ketujuh dalam kedudukan perdu.

Aspek yang telah saya kaji seterusnya adalah tentang pergerakan kord.

Secara amnya, pergerakan kord boleh didefinisikan sebagai pondasi dari

terbentuknya sesebuah lagu. Berdasarkan skor yang diberi, saya telah mengkaji

pergerakan kord dalam lagu pendendek iaitu sepanjang 8 bar telah. Kord yang boleh

didapati dalam skor yang diberi ialah kord I, ii, iii, IV, V dan iv. Kord tonik telah

digunakan pada awa dan akhir skor lagu itu. Berikut adalah pergerakan kord dari

bar 1 hingga bar 8 sebagaimana yang saya kaji.

I – IV – | ii – V Ib | IV – V – | V – vib – |Ic V vi iii | vi – V – | Ic – Vb vi | IVb – I – ||

2

Page 3: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Seterusnya, aspek lain yang telah saya kaji juga melalui skor yang diberikan

ialah aspek kaden. Kaden boleh diibaratkan sebagai tanda bacaan dalam sebuah

ayat. Mengikut istilah muzik pula, kaden merupakan tanda baca dalam sebuah lagu.

Misalnya, dalam sesebuah lagu terdapat beberapa frasa. Setiap frasa itu adalah

ayat-ayat dalam lagu. Setiap akhir frasa sesebuah lagu itu mestilah mempunyai

tanda baca yang dipanggil “kaden” mengikut istilah muzik. Kaden memainkan

peranan sebagai membawa sesebuah muzik kepada satu penutupan. Kaden ini

terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

KADEN PERFEK KADEN IMPERFEK (kord V→I) (kord I→V, ii→V, IV→V)

KADEN

KADEN PLAGAL KADEN MELENCONG (kord IV→I) (kord V→VI)

Kaden-kaden tersebut adalah kaden yang biasa digunakan dalam sesebuah

lagu. Bagi memudahkan proses untuk mencari kaden, satu frasa telah dilukis pada

skor tersebut. Frasa yang dilukis adalah frasa empat bar iaitu terdapat 4 bar dalam

ssetiap frasa. Kaden yang pertama yang terdapat pada bar 4 ialah kaden

melencong. Kaden ini menamatkan frasanya dengan kord V - vib. Kaden yang kedua

boleh didapati pada bar 8 lagu ini, iaitu bar terakhir. Nama kaden pada bar tersebut

ialah kaden plagal yang mengakhiri frasa dengan kord IVb – I.

Setelah kesemua aspek yang diperlukan telah saya kaji dan nilai, saya

akhirnya berjaya menyiapkan tugasan satu kerja kursus ini.

3

Page 4: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Tugasan II

Seterusya, untuk memenuhi tugasan kedua kerja kursus ini, secara individu

juga, kami dikehendaki untuk menghuraikan beberapa ciri-ciri ciptaan yang terdapat

dalam sesebuah lagu. Bagi mengukuhkan ciri-ciri ciptaan yang diberi, kami diminta

untuk mengemukakan contoh yang bersesuaian dengan setiap ciri-ciri ciptaan yang

telah dinyatakan itu.

MOTIF

Ciri-ciri ciptaan yang saya kaji yang pertama ialah motif. Motif dalam muzik

adalah melodi atau corak irama yang diulang-ulang dan dikembangkan tanpa

mengubah frasa muzik yang asal. Motif boleh mencipta corak irama dan melodi

dalam dengan menggunakan alat perkusi. Berasal dari  istilah Perancis, motif

diterjemahkan kepada "motif" atau "corak" dalam bahasa Inggeris.

Motif merupakan idea awal dan idea yang paling utama dalam pembentukan

sesebuah lagu atau melodi. Melodi yang terhasil akan sentiasa memperdengarkan

corak irama yang pendek dan berulang-ulang dari awal hingga akhir sesebuah lagu.

Ia digunakan untuk membentuk frasa yang lebih panjang dan seterusnya

digabungkan menjadi sebuah melodi penuh. Hasil gabungan daripada satu motif dan

beberapa jenis motif yang lain dalam melodi, maka pembentukan sesebuah melodi

itu akan menjadi lebih menarik dan teratur. Berikut adalah salah satu jenis motif

dalam sebuah melodi:

Contoh Motif

4

Page 5: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Motif juga boleh didapati dalam beberapa jenis yang berbeza-beza. Penghasilan

motif yang baik dapat menjadikan sesebuah melodi atau lagu itu sedap untuk

didengar dan tidak membosankan. Antara contoh motif yang biasa didapati dalam

lagu ialah:

a) Motif yang dipanjangkan atau diterbalikkan

b) Motif dengan not berulang-ulang

c) Motif “ step-wise”

d) Motif dengan gabungan skel dan kord

e) Motif pergerakan melompat satu oktaf

5

Page 6: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

FRASA

Ciri-ciri ciptaan yang kedua ialah frasa. Frasa ialah sekumpulan not yang

membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau sebuah keratan lagu.

Melodi dibahagikan kepada beberapa bahagian oleh rehat atau berhenti sekejap.

Bahagian-bahagian yang terdapat dalam melodi ini dipanggil frasa. Mengikut

istilah muzik, frasa adalah sepotong ayat dan frasa ini akan berakhir dengan tanda

baca atau kaden. Setiap frasa mempunyai motif apabila ia digabungkan dan akan

membentuk bahagian muzik yang lebih panjang dan menarik.

Simbol Frasa

Contoh Frasa

6

Page 7: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Selain daripada itu, frasa ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa

regular dan frasa tak regular.

a) Frasa regular

Frasa regular ialah frasa yang mempunyai bilangan bar yang tetap dan

konsisten dalam sesebuah lagu. Frasa empat bar merupakan frasa

yang paling kerap digunakan dalam penulisan muzik.

b) Frasa tak regular

Frasa tak regular adalah frasa yang tidak mempunyai bilangan bar yang

tetap dan tidak konsisten. Misalnya frasa ini bermula dari bar 1 hingga

bar 4. Kemudian frasa yang seterusnya tidak mengandungi empat bar

tetapi lebih banyak bar yang terdapat dalam frasa itu. Untuk

pemahaman yang lebih jelas, lihat contoh dibawah.

7

Page 8: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

ULANGAN

Ciri-ciri ciptaan yang ketiga ialah ulangan. Ulangan merupakan pengulangan

corak irama dan not-not dengan tepat. Ciri ciptaan ulangan ini seringkali digunakan

dalam ciptaan lagu-lagu. Ulangan penting menarik perhatian pendengar. Namun

sekiranya terlalu banyak ulangan akan menjadikan sesebuah lagu itu bosan.

Ulangan juga bertujuan untuk mengikat atau menyalut ciptaan tersebut.

Dengan adanya ulangan, para pendengar dapat mengingati melodi yang dimainkan

dengan lebih senang berbanding dengan lagu yang tiada ulangan. Selain itu, setiap

ciptaan lagu akan dapat diseimbangkan oleh ulangan.

Contoh Ulangan

8

Page 9: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

VARIASI MOTIF

Ciri-ciri ciptaan yang seterusnya ialah variasi motif. Bagi menghasilkan

kelainan atau variasi dalam muzik, biasanya sesetengah idea dibiarkan tetap dan

ada pula yang diubah. Hal inilah yang dikatakan variasi. Variasi ialah pengulangan

yang sama atau hampir sama kerana terdapat sedikit perubahan kecil. Perubahan

yang dilakukan boleh menjadi banyak atau sedikit. Ini bergantung kepada seseorang

pengubah lagu itu bagaimana beliau ingin menghasilkan variasi dalam lagunya.

Contohnya mudah ialah melodi sesebuah lagu itu dikekalkan tetapi iringan

yang mengiringi lagu itu berbeza-beza. Selain itu, pic dalam sesebuah melodi

dikekalkan namun corak iramanya ditukar bagi menghasilkan variasi. Sesebuah

ciptaan melodi boleh terdiri daripada satu idea utama tetapi idea ini divariasikan

kepada pelbagai cara supaya lagu tersebut menjadi lebih menarik.

Contoh Variasi Motif

9

Page 10: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

SEKUEN

Ciri-ciri ciptaan yang terakhir yang telah saya kaji ialah sekuen. Sekuen boleh

dikatakan sebagai satu teknik ciptaan dimana idea corak irama dan melodi diulang

tetapi pada aras pic yang berbeza dari sebelumnya. Sekuen boleh didapati dalam

keadaan menaik atau menurun.

Contoh Sekuen

Sekuen Menaik

Sekuen Menurun

10

Page 11: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinnya

saya telah diberi peluang dan ruang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini

bertepatan dengan masa yang telah diberikan. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini

ialah “Asas Teori Muzik II”. Sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini,

pelbagai cabaran dan kekangan telah saya hadapi. Namun saya bersyukur kerana

pada akhirnya tugasan ini dapat juga dilaksanakan dengan jayanya.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang terbit dan

berlegar di fikiran saya ialah mampukah  saya menyempurnakan tugasan kerja

kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja

kursus yang lain perlu saya siapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit

sebanyak telah memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan

tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah

memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang

telah diberikan.

Sebaliknya, saya menyahut cabaran dengan melakukan tugasan ini mengikut

arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan

tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar kerana saya dan rakan-rakan yang lain

dikehendaki untuk menganalisis skor lagu yang telah diberi bagi melengkapkan

tugasan satu dalam kerja kursus ini. Seterusya, untuk tugasan kedua, kami diminta

untuk menghuraikan beberapa ciri ciptaan. Antaranya ialah motif, frasa, ulangan,

variasi motif dan juga sekuen.

            Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah

mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk

menempuh cabaran pendidikan yang akan mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan

menganalisis skor lagu dalam subjek Asas Teori Muzik II ini, saya mempelajari

bahawa seseorang guru haruslah mengetahui tentang ciri-ciri ciptaan dalam

sesebuah skor lagu seperti motif, frasa, ulangan, variasi motif dan juga sekuen. Hal

ini kerana, sebagai seorang guru muzik kita akan menjadi tenaga pengajar

seterusnya kepada generasi yang akan datang. Kita juga haruslah mempunyai

pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan muzik bagi memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kelak. Jika seseorang guru boleh

menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti

dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

11

Page 12: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah

bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk

sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat

penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran

yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin

digunakan mestilah dapat menarik perhatian murid-murid. Namun begitu, bahan

yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran

itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut

haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti

pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan

dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam

melaksanakan tugasan ini. Maksudnya, sesudah mendapat soalan tugasan daripada

pensyarah, saya haruslah bertindak proaktif dengan melaksanakan tugasan ini

dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan

ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada

saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar

berkualiti menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang

sama, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya

mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat dan sebagainya hanya

semata-mata untuk bersengkang mata menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek teori saya masih lagi pada

tahap yang lemah namun ia tidaklah terlalu ketara sekali. Tapi saya akan tetap

belajar bagi menambah lagi ilmu pengetahuan saya. Dengan yang demikian, saya

akan menjadi lebih bersedia dan sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri

apabila ditanya dan diminta untuk mengajar orang lain suatu hari nanti.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan oleh para pensyarah. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang

telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini seperti mengetahui

beberapa ciri ciptaan seperti motif, frasa, ulangan, variasi motif dan juga sekuen

sudah pasti menjadi nilai tambah dan perkara yang paling berharga untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

12

Page 13: teacherandmusic.files.wordpress.com  · Web viewSebagai permulaan untuk kerja kursus ini, kami telah diberi sebuah skor ringkas untuk dianalisa secara individu. Setelah meluangkan

RUJUKAN

Aspek-aspek melodi. (2013, October 24). Retrieved from

http://www.docstoc.com/docs/162928500/Aspek-aspek-melodi

Zainal, S. (2011, September 27). Tajuk 9-Pengharmonian Melodi- Pergerakan

Kaden. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/66535041/Tajuk-9-

Pengharmonian-Melodi-Pergerakan-Kaden#scribd

Lang, N. B. (2012, October 6). Pendidikan Muzik : Ng Bee Lang UPSI AMB

FEB2011/2012 [Web log post]. Retrieved from

http://ngbeelang.blogspot.com/2012/10/pendidikan-muzik.html

Zulfa, E. (11, December 23). Variasi Muzik mewarnai kehidupan [Web log post].

Retrieved from http://cikgu-effa.blogspot.com/

SMP, M. Z. (2009, July 1). Ciri-Ciri Asas Mencipta Lagu [Web log post]. Retrieved

from http://smpmz1108ipgmktar.blogspot.com/2009/07/ciri-ciri-asas-

mencipta-lagu.html

Solehah, A. (2013, October 28). Asas muzik. Retrieved from

http://www.slideshare.net/AeynSolehah/asas-muzik

Motif (muzik) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2013). In Wikipedia,

ensiklopedia bebas. Retrieved February 28, 2015, from

http://ms.wikipedia.org/wiki/Motif_(muzik)

Kheng, L. P. (1991). A hand book of Music Theory. Penang, Malaysia: Rhythm MP

Sdn. Bhd.

13