bora ng pengesah an status tesis - fp.utm.my fileii “saya ak. u adalah me. m i bahawa s. a adai...

25
UN NIVERSITI I TEKNOL LOGI MALA AYSIA CATA JUDUL: Saya: mengaku m Teknologi M 1. 2. 3. 4. __________ (TANDATA Alamat tetap NO 8, JALA 81200, JOH JOHOR DA Tarikh : 15 ATAN: * ** BORA KESAN L PEMAIN membenarkan te Malaysia denga Tesis adalah h Perpustakaan sahaja. Perpustakaan tinggi. ** Sila tandak SULI TERH TIDA ____________ ANGAN PENU p: AN 4/5, TAM HOR BAHRU ARUL TAKZ 5 MEI 2011 ANG PEN LATIHAN ’SH FUTSAL UN SESI MOHD esis (PSM/Sarj an syarat-ayara hakmilik Univers Universiti Tekn dibenarkan mem kan () IT (Men kepe RAH HAD (Men orga AK TERHAD _______ ULIS) MAN BUKIT K , ZIM. Potong yang ti * Jika tesis ini S berkuasa/organ tesis ini perlu d Tesis dimaksud penyelidikan , atau Laporan NGESAHA HADOW PLA NIVERSITI TE I PENGAJIAN SHAHRIL (HURUF BE ana/Doktor Fa at kegunaan sep siti Teknologi M nologi Malaysia mbuat salinan te ngandungi m entingan Mala HSIA RASMI ngandungi ma anisasi/badan d _ ( N KEMPAS P T AN STATU AY’ TERHAD EKNOLOGI M N: 2010/2011 BIN IBRAH ESAR) alsafah )* ini dis perti berikut: Malaysia. dibenarkan mem esis ini sebagai maklumat yan aysia seperti y 1972) aklumat TERH di mana penyeli Disahk ____________ (TANDATANG Nama Penyelia PM. DR. ZAIN Tarikh: 15 MEI US TESIS DAP TAHAP K MALAYSIA, HIM simpan di Perp mbuat salinan u pertukaran anta ng berdarjah yang termaktub HAD yang tel idikan dijalank kan oleh, _____________ GAN PENYEL a: NAL ABIDIN I 2011 SKETANGKA SKUDAI JOH pustakaan Univ untuk tujuan pen ara institusi pen keselamatan b di dalam A lah ditentukan kan) ___________ LIA) BIN ZAINUD ASAN HOR versiti ngajian ngajian atau AKTA n oleh DDIN idak berkenaan. ULIT atau TER nisasi berkenaan RHAD, sila lampi dikelaskan sebag dkan sebagai tes atau disertasi ba Projek Sarjana M n dengan menyat irkan surat darip gai SULIT atau takan sekali seba pada pihak ab dan tempoh is bagi Ijazah Do TERHAD. agi pengajian sec oktor Falsafah d Muda (PSM). cara kerja kursu dan Sarjana secar s dan penyelidik ra kan,

Upload: trinhtuyen

Post on 17-May-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNNIVERSITII TEKNOLLOGI MALAAYSIA

CATA

JUDUL:

Saya:

mengaku mTeknologi M

1. 2.

3.

4.

__________ (TANDATAAlamat tetapNO 8, JALA81200, JOHJOHOR DATarikh : 15

ATAN: * ** ♦

BORA

KESAN L PEMAIN

membenarkan teMalaysia denga

Tesis adalah hPerpustakaan sahaja. Perpustakaan tinggi. ** Sila tandak

SULI

TERH

TIDA

____________

ANGAN PENUp: AN 4/5, TAM

HOR BAHRUARUL TAKZ5 MEI 2011

ANG PEN

LATIHAN ’SHFUTSAL UN

SESI

MOHD

esis (PSM/Sarjan syarat-ayara

hakmilik UniversUniversiti Tekn

dibenarkan mem

kan (√)

IT (MenkepeRAH

HAD (Menorga

AK TERHAD

_______

ULIS)

MAN BUKIT K,

ZIM.

Potong yang ti* Jika tesis ini S berkuasa/organ tesis ini perlu d Tesis dimaksud penyelidikan , atau Laporan

NGESAHA

HADOW PLANIVERSITI TE

I PENGAJIAN

SHAHRIL

(HURUF BE

ana/Doktor Fa

at kegunaan sep

siti Teknologi Mnologi Malaysia

mbuat salinan te

ngandungi mentingan MalaHSIA RASMI

ngandungi maanisasi/badan d

_

( N

KEMPAS P

T

AN STATU

AY’ TERHADEKNOLOGI M

N: 2010/2011

BIN IBRAH

ESAR)

alsafah)* ini disperti berikut:

Malaysia. dibenarkan mem

esis ini sebagai

maklumat yanaysia seperti y1972)

aklumat TERHdi mana penyeli

Disahk

____________

(TANDATANGNama PenyeliaPM. DR. ZAIN

Tarikh: 15 MEI

US TESIS

DAP TAHAP KMALAYSIA,

HIM

simpan di Perp

mbuat salinan u

pertukaran anta

ng berdarjah yang termaktub

HAD yang telidikan dijalank

kan oleh,

_____________

GAN PENYELa: NAL ABIDIN

I 2011

S♦

KETANGKASKUDAI JOH

pustakaan Univ

untuk tujuan pen

ara institusi pen

keselamatan b di dalam A

lah ditentukankan)

___________

LIA)

BIN ZAINUD

ASAN HOR

versiti

ngajian

ngajian

atau AKTA

n oleh

DDIN

idak berkenaan.ULIT atau TERnisasi berkenaan

RHAD, sila lampi

dikelaskan sebagdkan sebagai tesatau disertasi baProjek Sarjana M

n dengan menyatirkan surat darip

gai SULIT atau takan sekali seba

pada pihak ab dan tempoh

is bagi Ijazah DoTERHAD.

agi pengajian secoktor Falsafah d

Muda (PSM). cara kerja kursu

dan Sarjana secars dan penyelidik

ra kan,

ii

“Saya aku

adalah mem

ui bahawa sa

madai dari se

Mu

aya telah mem

egi skop dan

uda Sains Se

mbaca karya

n kualiti untu

erta Pendidik

a ini dan pad

uk tujuan pen

kan ( Sains

da pandangan

nganugeraha

Sukan )

n saya karya

an Ijazah Sar

a ini

rjana

Tandatangan Nama Penye Tarikh

n :

elia :

:

_____

PM. D

__________

DR. ZAINAL

___________

L ABIDIN B

15 MEI 201

___________

BIN ZAINU

11

______

UDDIN

.

iii

KESAN LATIHAN ‘SHADOW PLAY’ TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN FUTSAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR

MOHD SHAHRIL BIN IBRAHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________ Nama Pelajar : MOHD SHAHRIL BIN IBRAHIM Tarikh : 15 MEI 2011 .

v

DEDIKASI Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Bersyukur

saya ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan semangat

kental untuk saya menyempurnakan kajian ini.

Istimewa buat Ayahanda yang dikasihi Ibrahim Bin Abdul Kadir serta Bonda

Zakiah Binti Daud. Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan

dorongan selama ini.

Buat adik-adik Noor Shahkirah, Nurul Akmalriza, Nurul Fazlin, Mohd Amir

Farhan dan Siti Naziha. Terima kasih atas dorongan dan kerjasama yang kalian

hulurkan.

Serta tidak lupa buat teman-teman seperjuangan 4SPS dan seluruh warga SPS.

Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan

Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

vi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada

pembimbing saya iaitu Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin di atas

kerjasama yang sepenuhnya. Segala bimbingan dan bantuan beliau dalam proses saya

menyiapkan PSM ini amat saya hargai.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang membantu dan

memberikan dorongan dalam bersama-sama menyelesaikan projek ini khususnya buat

rakan- rakan sekelas, pensyarah- pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan dan rakan-

rakan SPS semua. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.

Sekian, terima kasih semua.

vii

ABSTRAK

Ketangkasan fizikal sangat penting dalam permainan futsal kerana permainan ini memerlukan setiap pemain bergerak dalam pelbagai arah yang berbeza dengan pantas dan tepat. Kajian berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain futsal Universiti Teknologi Malaysia selepas menjalani latihan ‘Shadow Play’. Kumpulan kawalan akan menjalani latihan rutin seperti biasa tanpa diberi program latihan tambahan dalam aktiviti mereka. Subjek terdiri daripada 12 orang pemain Futsal UTM dalam lingkungan umur 19 tahun hingga 26 tahun. Seterusnya, tahap ketangkasan pra dan pos diuji dengan menggunakan Ujian Ketangkasan SEMO, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Kepantasan ‘Shuttle Run’. Latihan ’Shadow Play’ selama 5 minggu yang melibatkan empat stesen dengan lakuan berlari pecut ke hadapan, berlari sisi dan mengundur telah diberikan, di mana pada setiap stesen subjek perlu melakukan kemahiran yang berbeza di kon seperti lari lutut tinggi ke hadapan, lari lutut tinggi ke sisi kanan, lari lutut tinggi ke sisi kiri, membuat ‘zig- zag’ ke hadapan, membuat ‘zig- zag’ ke belakang dan lompat hadapan lutut tinggi ke dada. Data pre dan pasca yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007. Keputusan yang diperoleh menolak hipotesis (Ho). Dapatan kajian ini menunjukkan bagi ujian Illinois terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.99 , p < 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.01 , p < 0.05. Bagi ujian SEMO, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.31, p < 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.00, p < 0.05. Bagi ujian ‘Shuttle Run’ pula, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre dan ujian pasca diantara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.87 , p < 0.05 bagi ujian pre dan p = 0.33, p < 0.05 bagi ujian pasca. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan ‘Shadow Play’ berpotensi dalam membantu meningkatkan ketangkasan fizikal pemain futsal. Justeru itu, diharapkan latihan ‘Shadow Play’ ini dapat dijadikan sebagai vii alternatif baru untuk mempelbagaikan kaedah latihan futsal dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan ketangkasan pada tahap yang maksimum.

viii

ABSTRACT

Agility is very important in futsal game as this game requires every player to move to different direction quickly and accurately. The rationale of this experimental research is to measure the changes of agility level among Universiti Teknologi Malaysia futsal players after following Shadow Play training. The control group will undergo routine training as usual without additional training given in their activity. The subjects for this study comprises of 12 UTM futsal players aged between 19 and 25 years old. The pre and post agility level were tested using SEMO Agility Test, Illinois Agility Test and ‘Shuttle Run’ Test. Five weeks of Shadow Play training that involved four stations with speed to in front, running to side and running back and forth were assigned, where every subjects were required to doing an cone activity like high knee running forward, running high knees to the right side, running high knees to the left side, a 'zig-zag' forward, 'zig-zag' back and skip forward knee high to chest . The pre and post data gained were analyzed by using Microsoft Excel 2007 software. The result obtained are against the hypotheses (Ho). The findings of this research indicated that there were no significant differences between the treatment group subjects and the subjects in the control group for pre-test p = 0.99 , p < 0.05, while the post- test there were significant differences between the treatment and control groups p = 0.01, p < 0.05. For SEMO test, the study found that there were no significant differences between the treatment group and the control group for pre- test p = 0.31, p < 0.05, while the post- test there were significant differences between the treatment and control groups p = 0.00, p < 0.05. For Shuttle Run test, the study showed no significant difference between pre- test and psot- test between treatment groups and control groups p = 0.87, p < 0.05 for pre- test and p = 0.33 , p < 0.05 for post- test. This data show that Shadow Play training is important in increasing the physical agility among the futsal players. Hence, it is hoped that Shadow Play training can be exploited as an alternative in varying the futsal training approach in effort to maintain their agility at the maximum level.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 8

x

2 SOROTAN KAJIAN 10

2.0 Pengenalan 10

2.1 Konsep 10

2.2 ‘Shadow Play’ 11

2.3 Kajian Lepas 11

2.4 Rumusan 14

3 METODOLOGI 15

3.0 Pengenalan 15

3.1 Rekabentuk Kajian 15

3.2 Tempat Kajian 16

3.3 Populasi Dan Persampelan 16

3.4 Intrumen Kajian 17

3.5 Prosedur Kajian 17

3.6 Prosedeur Latihan ‘Shadow Play’ 18

3.7 Program Latihan ‘Shadow Play’ 20

3.8 Program Latihan Futsal 24

3.9 Pentadbiran Ujian 27

3.9.1 Penyediaan Peralatan 27

3.9.2 Tempat Pengujian 28

3.9.3 Tarikh dan Masa Pengujian 28

3.9.4 Penerangan 28

3.10 Ujian Ketangkasan 28

3.10.1 Ujian Ketangkasan Illinois 29

3.10.2 Ujian Ketangkasan SEMO 30

3.10.3 Ujian Ketangkasan Shuttle Run 32

xi

3.11 Kajian Rintis 33

3.12 Pengumpulan Data 36

3.1.3 Penganalisaan Data 36

4 ANALISIS DATA 37

4.0 Pengenalan 37

4.1 Analisa Deskriptif 37

4.1.1 Latar Belakang Subjek Rawatan 38

4.1.2 Latar Belakang Subjek Kawalan 39

4.2 Analisis Skor Keseluruhan 39

4.2.1 Kumpulan Rawatan 40

4.2.2 Kumpulan Kawalan 44

4.3 Perbezaan Peningkatan Tahap Ketangkasan 48

4.3.1 Ujian Illinois 48

4.3.2 Ujian SEMO 50

4.3.3 Ujian Shuttle Run 52

4.4 Perbandingan Purata Setiap Ujian Antara Kumpulan

Rawatan Dan Kumpulan Kawalan 54

4.4.1 Ujian Illinois 55

4.4.2 Ujian SEMO 56

4.4.3 Ujian Shuttle Run 57

4.5 Kesimpulan 58

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 59

5.0 Pengenalan 59

5.1 Ringkasan Kajian 60

xii

5.2 Perbincangan 61

5.3 Persoalan Kajian 64

5.3.1 Persoalan Kajian 1 64

5.3.2 Persoalan Kajian 2 64

5.3.3 Persoalan Kajian 3 65

5.4 Masalah Yang Dihadapi 66

5.4.1 Persampelan 66

5.4.2 Kelengkapan Diri Subjek 67

5.4.3 Kondisi Lokasi Kajian 67

5.4.4 Cuaca 67

5.5 Cadangan 68

5.5.1 Persampelan 68

5.5.2 Kelengkapan Diri Subjek 68

5.5.3 Kondisi Lokasi Kajian 69

5.5.4 Corak Latihan Yang Dijalankan Dan Ujian

Ketangkasan Yang Dipilih 69

5.5.5 Pengawalan Pemboleh Ubah 69

5.7 Kesimpulan 70

RUJUKAN 71- 73

LAMPIRAN 74-77

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.7.1 Program Latihan ‘Shadow Play’ Selama 5 Minggu 21

3.8.1 Program Latihan Futsal Selama 5 Minggu 24

3.11.1 Masa Larian Latihan ‘Shadow Play’ Kajian Rintis 31

4.1.1 Taburan Bilangan Subjek Rawatan Mengikut Umur, Berat

Dan Tinggi. 38

4.1.2 Taburan Bilangan Subjek Kawalan Mengikut Umur, Berat

Dan Tinggi 39

4.2.1 Skor Purata Dan Sisihan Piawai Serta Perbezaan Bagi Setiap Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan 40

4.2.2 Skor Purata Dan Sisihan Piawai Serta Perbezaan Bagi Setiap Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan 41 5.2.1 Skor Independent Sample T-Test setiap ujian ketangkasan serta perbezaan ujian – t bagi ujian pre dan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. 61

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Latihan ‘Shadow Play’ 20

2 Ujian Ketangkasan Illinois 30  

3 Ujian Ketangkasan SEMO 31

4 Ujian Ketangkasan Shuttle Run 33

5 Latihan ‘Shadow Play’ Bagi Subjek Kajian Rintis 35

6 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Illinois

Bagi Subjek Rawatan 41

7 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian SEMO

Bagi Subjek Rawatan 42

8 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Shuttle Run Bagi Subjek Rawatan 43 9 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Illinois Bagi Subjek Kawalan 45 10 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian SEMO Bagi Subjek Kawalan 46

xv

11 Perbandingan Masa Pre Dan Masa Pasca Ujian Shuttle Run

Bagi Subjek Kawalan 47

12 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan

Bagi Ujian Illinois 49  

13 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Kawalan

Bagi Ujian Illinois 50

14 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan

Bagi Ujian SEMO 51

15 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Kawalan Bagi Ujian SEMO 52

16 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan

Bagi Ujian Shuttle Run 53

17 Perbezaan Tahap Ketangkasan Subjek Kumpulan Rawatan

Bagi Ujian Shuttle Run 54

18 Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian Illinois Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan 55 19 Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian SEMO Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan 56 20 Perbandingan Purata Antara Ujian Pre Dan Ujian Pasca Bagi Ujian Shuttle Run Antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan 57

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Perlantikan Subjek 73

B Surat Perjanjian 74

C Butiran Peribadi Dan Borang Skor Subjek 75

D Maklumat Demografi Subjek 72

1  

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah

naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah

FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang

dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal

permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos

Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA.

Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas, hantaran

tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar

bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan

Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan

dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan

hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.

Komponen kecergasan pula adalah amat penting dalam sukan futsal terutamanya

aspek kecergasan yang berasaskan perlakuan motor seperti kepantasan, koordinasi dan

keseimbangan. Sekiranya seseorang atlet itu mempunyai ketiga- tiga aspek kecergasan

berasaskan perlakuan motor tersebut, sudah pasti atlet tersebut mampu menunjukkan

prestasi yang baik. Keadaan ini menunjukkan ketangkasannya mengubah kedudukan dan

2  

arah pergerakannya dengan pantas dan licin serta tindakan atau tingkah laku yang

normal seseorang terhadap kebolehan tubuh badannya bertindak sebaik sahaja menerima

sebarang rangsangan luar. Bagi membina tahap ketangkasan yang maksimum kepada

atlet futsal, program latihan yang khusus haruslah dibina seperti program latihan

‘agility’ (ketangkasan).

Terdapat pelbagai definisi ketangkasan yang telah diberikan oleh penyelidik

yang telah melakukan kajian tentang ketangkasan antaranya ialah Thomas dan Nelson

(1990), menegaskan bahawa ketangkasan melibatkan ketepatan dan kelajuan mengubah

arah badan ketika bergerak. Manakala Clake (1976) pula mendefinisikan ketangkasan

sebagai kelajuan menukar arah atau kedudukan badan dan Wilmore (1990) juga

mendefinisikan ketangkasan sebagai keupayaan atau kebolehan bergerak dan menukar

arah kedudukan badan dengan tepat tanpa kehilangan imbangan dan kelajuan.

Ketangkasan merupakan kebolehan seseorang mengubah arah atau kedudukan

badannya untuk meneruskan pergerakkan lain yang selanjutnya, Schurr (1980).

Manakala Johnson & Nelson (1986), menyatakan bahawa ketangkasan sebagai

kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara

cepat dan tepat. Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor

daripada koordinasi otot-saraf atau “neuromuscular coordination” selain daripada unsur

faktor fisiomotor yang lain iaitu keseimbangan, kepantasan, masa reaksi, kuasa dan

kinestetik.

Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam fisiomotor daripada koordinasi

otot-saraf (neuromuscular coordination). Selain daripada unsur fisiomotor yang lain iaitu

keseimbangan, kepantasan, masa reaksi, kuasa dan kinestatik. Anarino, (1976).

Koordinasi otot-saraf yang melibatkan kepantasan dan ketepatan adalah diperolehi

daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk

menghasilkan pergerakan yang diingini. Oleh itu, keadaan ini mesti dilakukan pada

masa, darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai.

3  

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam permainan futsal, dari segi penguasaan bola yang lama adalah salah satu

faktor dalam menjamin sesebuah pasukan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu

perlawanan. Dengan itu, menjadi keperluan bagi setiap pemain untuk bergerak ke

seluruh bahagian gelanggang bagi meningkatkan dari segi penguasaan bola. Pergerakan

setiap pemain dalam gelanggang tidak terbatas dan statik. Ia melibatkan pergerakan

yang bervariasi dan dinamik seperti pergerakan lari ulang-alik, pergerakan yang

memerlukan pemain menukar arah lariannya dan sebagainya. Bellos dan Alex (2002),

menyatakan bahawa seseorang pemain itu perlu bersedia dari segi fizikal dalam konteks

pergerakan tubuh badannya. Dengan itu, ia merangkumi aspek- aspek kepantasan dan

ketangkasan seseorang pemain, maka penekanan utama untuk persediaan fizikal adalah

berkhususkan pada ketangkasan dan kepantasan. Oleh itu, jika seseorang pemain futsal

berhasrat untuk menjadi pemain yang mempunyai kemampuan untuk bergerak

khususnya mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke pelbagai arah ketika

bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap ketangkasan pergerakannya.

Secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemampuan seseorang pemain itu dari segi

kemahiran, kawalan, hantaran dan penguasaan gelanggang. Kemudian, jika seseorang

pemain ingin mengekalkan konsistensi dalam permainannya serta membolehkan

seseorang pemain bersaing dalam permainan pantas ini, dia perlulah mempunyai tahap

kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa, daya tahan otot, daya tahan

kardiovaskular, fleksibiliti, koordinasi dan ketangkasan khususnya.

Seseorang pemain yang tidak mempunyai ketangkasan dalam pergerakkannya

ketika di dalam gelanggang akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bola sama

ada untuk menjaringkan gol atau menyelamatkan bola daripada dijaring oleh pihak

lawan. Semua pemain di setiap posisi perlu mempunyai ketangkasan untuk bergerak dan

menukar arah kedudukan badan dengan cepat dan tepat sama ada ketika mengejar,

membawa, menghantar bola dan melakukan rembatan ke arah gol lawan. Kemungkinan

besar aspek ini akan menjadi punca utama kekalahan setiap pasukan sekiranya jurulatih

4  

tidak memberikan penekanan utama dalam melatih pemain- pemainnya. Oleh itu

ketangkasan setiap pemain perlu diberi perhatian yang serius bagi mencapai keputusan

yang baik dalam sesuatu perlawanan.

Masalah ini harus ditinjau dari peringkat awal dan bergantung kepada kepada

jenis atau kaedah latihan yang diberikan. Kajian ini dijalankan bertepatan dengan

permasalahan setiap pemain kerana setiap pemain mempunyai tahap ketangkasan yang

berbeza selepas menjalani program latihan yang sama. Keadaan ini berlaku disebabkan

oleh faktor baka atau bentuk fisiologi tubuh setiap pemain adalah bebrbeza antara satu

sama lain.

Disebabkan fenomena ini, daripada latar belakang kajian, pengkaji berhasrat

melihat ‘shadow play’ sebagai salah satu latihan ketangkasan dalam permainan futsal.

Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan ‘shadow play’ sebagai

latihan alternatif untuk mempelbagaikan kaedah latihan ketangkasan dalam permainan

futsal.

1.2 Pernyataan masalah Selain daripada teknik dan taktik permainan, salah satu elemen yang penting

untuk menentukan kejayaan sesebuah pasukan dalam permainan futsal ialah tahap

ketangkasan para pemainnya. Apabila kita berbincang tentang ketangkasan pasti

melibatkan lakuan motor seperti kemampuan untuk berhenti, bergerak dan menukar arah

pergerakan badan atau dengan pantas dalam pelbagai gaya lakuan. Seseorang pemain

yang tangkas dianggap mempunyai kelebihan berbanding pemain yang kurang pantas.

Jika pemain tersebut tangkas adalah mudah bagi pemain itu untuk mengekang serangan

dari pihak musuh serta pemain tidak akan menghadapi masalah untuk menerima dan

menghantar bola sewaktu melakukan serangan. Jika aspek ketangkasan ini diabaikan,

pemain akan sukar atau gagal untuk bergerak pantas terhadap sebarang rangsangan yang

5  

dijangka mahupun yang tidak dijangka, malahan keadaan akan bertambah buruk lagi

jika pasukan mengalami kekalahan. Sehubungan itu, alternatif latihan yang efektif

perlulah dirancang. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana

seseorang atlet mampu meningkatkan ketangkasan pergerakannya menerusi latihan

‘shadow play’ yang dijalankan terhadap pemain futsal Universiti Teknologi Malaysia

dalam tempoh menjalani latihan selama 5 minggu.

1.3 Objektif kajian Objektif kajian ialah bertujuan:

I. Mengukur sejauh mana latihan ‘shadow play’ terhadap ketangkasan pemain

futsal UTM, Skudai.

II. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap ketangkasan antara kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan.

1.4 Persoalan kajian

Beberapa persoalan kajian yang menjadi ke utamaan dalam kajian ini antaranya

ialah:

6  

1. Adakah latihan ‘shadow play’ dapat membentuk ketangkasan pemain futsal

UTM, Skudai?

2. Adakah latihan ‘shadow play’ mempunyai hubungan dengan ketangkasan

pemain futsal?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap ketangkasan antara kumpulan rawatan

dengan kumpulan kawalan?

1.5 Hipotesis kajian

Menurut Majid (2000), hipotesis boleh memberi sesuatu jangkaan penyelidikan

mengenai hubungan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain.

Berdasarkan jangkaan awal bagi penyelidik mengenai apa yang dilihat dan apa yang

dijangkakan di masa hadapan. Melihat kepada pembolehubah-pembolehubah, penyelidik

akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu diterima atau ditolak. Berdasarkan

batasan kajian ini, penyelidik menghipotesiskan bahawa:

Ha 1. Terdapat perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain selepas menjalani

latihan larian ‘shadow play’.

Ho 1. Tidak terdapat perbezaan tahap ketangkasan antara kumpulan rawatan

dan kumpulan kawalan.

7  

1.6 Kepentingan kajian

Hasil kajian penyelidikan ini akan dapat:

1. Hasil kajian yang diperolehi boleh digunakan sebagai rujukan atau panduan

untuk jurulatih, guru atau pemain futsal sendiri untuk meningkatkan lagi

prestasi sedia ada. Terutamanya dari aspek lakuan motor seperti ketangkasan

pemain futsal.

2. Mengenalpasti latihan ‘shadow play’ dapat membantu meningkatkan atau

membentuk ketangkasan seseorang pemain futsal serta meningkatkan

prestasi mereka.

3. Kajian ini boleh mengubah kaedah latihan yang lebih bersistematik dan

efisyen untuk meningkatkan pretasi pemain futsal sekaligus negara kita dapat

melahirkan atlet yang berkelayakan antarabangsa menyaingi negara-negara

maju yang lain.

1.7 Batasan kajian

Subjek yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada pemain futsal UTM, Skudai

seramai 14 orang. Dikalangan mereka berkemungkinan pernah bertanding dalam

kejohanan futsal di peringkat MASUM atau kebangsaan. Mereka yang merupakan atlet

dan pernah mewakili UTM pernah menjalankan latihan yang akan diberikan. Ini

mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian.

8  

1.8 Definisi operasional

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu didefinisikan agar dapat memberi

kefahaman yang lebih jelas lagi di sini.

1.8.1 Pemain

Pemain merupakan pelajar UTM, Skudai yang mewakili UTM dalam permainan

futsal dijadikan sebagai subjek dalam kajian ini seramai 12 orang yang terdiri daripada

lelaki.

1.8.2 Latihan

Latihan merupakan pelajaran atau didikan untuk memudahkan atau

membiasakan ajaran yang diterima.

1.8.3 ‘Shadow Play’

‘Shadow play’ merupakan permainan atau aktiviti bayangan yang mana

seseorang subjek akan melakukan kemahiran hanya menggunakan imaginasi tanpa

menggunakan sebarang peralatan.

9  

1.8.4 Ketangkasan

Bermaksud kebolehan seseorang mengubah arah atau kedudukan badannya

untuk meneruskan pergerakkan lain yang seterusnya. Skor ketangkasan diukur

menggunakan ujian lari ketangkasan Illinois, ujian ketangkasan SEMO dan ujian

kepantasan ‘Shuttle Run’.