no. kandungan m/s

13
PERLEMBAGAAN PUMM 1 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012 NO. KANDUNGAN M/S 1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 2 2. BENDERA DAN LAMBANG 2 3. OBJEKTIF – OBJEKTIF 2 4. KEAHLIAN 3 5. YURAN – YURAN & BAYARAN LAIN 3 6. PEMBERITAHUAN & PEMECATAN AHLI 4 7. PERSATUAN BUKAN BADAN POLITIK 4 8. MESYUARAT AGUNG 4 - 6 9. JAWATANKUASA PUSAT 6 - 9 10. KEWAJIPAN – KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT 9 - 10 11. KEWANGAN 10 -11 12. PEMERIKSA KIRA-KIRA 11 13. PENTADBIR HARTA 11 14. PILIHANRAYA JAWATANKUASA PUSAT 12 15. TAFSIRAN UNDANG – UNDANG 12 16. PENASIHAT / PENAUNG 12 17. LARANGAN 12 - 13 18. PINDAAN PERLEMBAGAAN 13 19. PEMBUBARAN 13

Upload: vonhi

Post on 28-Jan-2017

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

1 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

NO. KANDUNGAN M/S

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 2

2. BENDERA DAN LAMBANG 2

3. OBJEKTIF – OBJEKTIF 2

4. KEAHLIAN 3

5. YURAN – YURAN & BAYARAN LAIN 3

6. PEMBERITAHUAN & PEMECATAN AHLI 4

7. PERSATUAN BUKAN BADAN POLITIK 4

8. MESYUARAT AGUNG 4 - 6

9. JAWATANKUASA PUSAT 6 - 9

10. KEWAJIPAN – KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT 9 - 10

11. KEWANGAN 10 -11

12. PEMERIKSA KIRA-KIRA 11

13. PENTADBIR HARTA 11

14. PILIHANRAYA JAWATANKUASA PUSAT 12

15. TAFSIRAN UNDANG – UNDANG 12

16. PENASIHAT / PENAUNG 12

17. LARANGAN 12 - 13

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN 13

19. PEMBUBARAN 13

Page 2: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

2 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN

1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan

Inggeris “Malaysian Entrepreneurs’ Development Association”. Selepas ini disebut “Persatuan”.

1.2 Alamat berdaftar ialah No.2-2, 2nd Floor, Dinasti Sentral, Jalan Kuchai Maju 19 off Jalan Kuchai Lama. 58200, Kuala Lumpur.; atau di tempat – tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke masa oleh Jawatankuasa Pusat; dan alamat untuk surat-menyurat ialah No.2-2, 2nd Floor, Dinasti Sentral, Jalan Kuchai Maju 19 off Jalan Kuchai Lama. 58200, Kuala Lumpur. Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2. BENDERA DAN LAMBANG PERSATUAN

2.1 Anak panah melambangkan semangat keusahawanan yang gigih dan agresif serta keinginan mara ke arah

kejayaan. 2.2 Perkataan “PUMM” yang dihitamkan melambangkan kemajuan dan ketabahan para usahawan.

2.3 Perkataan “PUMM” yang dicondongkan melambangkan kesungguhan ahli – ahli persatuan dalam

membangunkan ekonomi negara. 2.4 Warna merah melambangkan usahawan yang sentiasa segar dan dinamik. 2.5 Warna perak melambangkan keunggulan persatuan dalam menghala ke era informasi teknologi yang

bertaraf antarabangsa.

2.6 Nama persatuan ditulis dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Malaysia (Persatuan Usahawan Maju

Malaysia), Bahasa Cina (马来西亚创业促进会) dan Bahasa Inggeris (Malaysia Entrepreneurs’

Development Association)

3. OBJEKTIF – OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan usahasama antara usahawan Malaysia pelbagai kaum. 3.2 Membantu ahli yang ingin menceburi atau sedang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. 3.3 Memupuk budaya keusahawanan yang positif, bermoral tinggi dan beretikal. 3.4 Mengukuhkan kedudukan ekonomi dan mempertingkatkan taraf kedudukan usahawan Malaysia. 3.5 Memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. 3.6 Memberi sumbangan kepada perhubungan dan pembangunan ekonomi antarabangsa.

Page 3: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

3 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

4. KEAHLIAN

4.1 Warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh memohon menjadi ahli.

4.2 Tiap–tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar

kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Pusat untuk diluluskan. Pemohon, Pencadang dan Penyokong hendaklah seboleh–bolehnya terdiri daripada kaum yang berlainan. Jawatankuasa Pusat boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab – sebabnya.

4.3 Tiap – tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah

membayar yuran pendaftaran dan yuran ahli tahunan atau seumur hidup menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia

telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

4.5 Mereka yang muflis, tidak siuman dan pernah dihukum oleh mahkamah (penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM 2,000.00) tidak akan diterima menjadi ahli Persatuan.

5. YURAN – YURAN DAN BAYARAN LAIN

5.1 Yuran keahlian dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

YURAN JUMLAH

Yuran Pendaftaran RM 100.00 Yuran Ahli Tahunan RM 200.00 Yuran Ahli Seumur RM2,000.00 Hidup

5.2 Yuran Ahli tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu dalam masa 30 hari

pada setiap awal tahun. Untuk ahli yang keahliannya bermula sebelum 1hb Januari, ahli tersebut hendaklah membayar yuran ahli tahunan mengikut kiraan / nisbah purata setahun (kiraan bulan terdekat).

5.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya tertunggak lebih daripada dua (2) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung, dan hak – hak sebagai ahli persatuan akan digantung sehingga hutangnya telah dibayar.

5.4 Ahli yang membiarkan hutangnya tertunggak selama lebih dari tiga bulan pada tahun tersebut dengan

sendirinya terlucut daripada menjadi ahli persatuan, dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya.

5.5 Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa untuk menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah

membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 5.6 Yuran–yuran khas atau kutipan wang daripada ahli–ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan

dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli–ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

Page 4: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

4 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

6. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

6.1 Keahlian Persatuan akan terlucut secara automatik sekiranya mereka menjadi muflis, tidak siuman atau

dihukum oleh mahkamah (penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM 2,000.00).

6.2 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan yang bertulis

dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung dan membayar segala hutang–hutangnya. 6.3 Ahli yang membawa hal–hal Persatuan ke mahkamah akan terlucut menjadi ahli Persatuan secara

automatik. 6.4 Mana–mana ahli yang gagal mematuhi undang–undang Persatuan atau bertindak dalam cara yang

mencemarkan nama baik Persatuan bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya untuk sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat. Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendak diberitahu akan sebab–sebab bagi pemecatan atau pergantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan dari ahli tersebut.

7. PERSATUAN BUKAN BADAN POLITIK

7.1 Persatuan ini bukanlah badan politik dan tidak akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan

kegiatan politik atau parti politik.

7.2 Ahli yang bertanggungjawab membawa Persatuan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik atau parti politik adalah ditaksir sebagai gagal mematuhi Perlembagaan Persatuan dan tindakan akan diambil mengikut fasal 6.4 Perlembagaan ini.

8. MESYUARAT AGUNG

8.1 Kuasa tertinggi dalam Persatuan adalah pada ahli–ahli dalam Mesyuarat Agung. Keputusan atau resolusi

yang diputuskan oleh ahli–ahli dalam Mesyuarat Agung adalah muktamat dan menjadi dasar kepada pentadbiran dan pengurusan Persatuan.

8.2 Pengelolaan Pesatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli - ahli. Sekurang–kurangnya satu perdua

daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipilih dalam Mesyuarat Agung, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

8.3 Jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat

itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli–ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah Perlembagaan Persatuan atau membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

Page 5: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

5 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

8.4 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir

tahun kewangan tetapi tidak lewat dari 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja – kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: a. Menerima laporan tahunan Jawatankuasa Pusat berkenaan kerja – kerja Persatuan di dalam tahun

lalu; b. Menerima laporan tahunan Bendahari Kehormat dan penyata kira– kira yang telah diaudit; c. Jika bersesuaian memilih ahli – ahli Jawatankuasa Pusat dan pemeriksa kira- kira (bagi tempoh 2

(dua) tahun); d. Menguruskan perkara–perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

8.5 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap–tiap ahli notis Mesyuarat Agung sekurang– kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung.

8.6 Pencalonan–pencalonan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat dan usul–usul secara bertulis untuk

dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.

8.7 Notis Mesyuarat Agung tersebut semestinya mengandungi satu agenda termasuk salinan–salinan

peringatan mesyuarat dan laporan–laporan, cadangan–cadangan dan pencalonan–pencalonan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (untuk tahun pilihanraya sahaja) berserta dengan penyata kira–kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat–surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli–ahli di alamat berdaftar atau pejabat urusan Persatuan.

8.8 Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan:

a. Bila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Pusat, atau b. Atas permintaan beramai–ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah

ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan–tujuan dan sebab–sebab mengadakannya. Permintaan itu hendak dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan.

8.9 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli–ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh

satu bulan tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

8.10 Notis dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang–kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8.11 Fasal 8.2 dan 8.3 di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung

Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas satu jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli–ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli–ahli dengan tujuan sama tidaklah boleh diadakan. 8.11A a) Semua Mesyuarat Agung hendaklah dipengerusikan oleh seorang Pengerusi Mesyuarat

Agung yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pusat Pengerusi Mesyuarat Agung tidak mempunyai undi pemutus sama ada beliau Ahli Persatuan atau tidak.

8.12 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap–tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap–tiap

Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

Page 6: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

6 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

8.13 Semua dokumen yang berkaitan yang dihantar melalui pos biasa juga boleh dihantar melalui media

elektronik / e-mail. Dokumen–dokumen yang dihantar melalui media elektronik / e-mail tersebut dikira sah sepertimana penghantaran melalui pos konvesional.

9. JAWATANKUASA PUSAT

9.1 Satu Ahli Jawatankuasa Pusat yang memegang jawatan selama dua (2) tahun [satu (1) penggal] adalah

terdiri daripada:-

a) Yang dipilih dalam Mesyuarat Agung: - Presiden : Seorang (1) - Timbalan Presiden : Seorang (1) - Naib Presiden : Tiga orang (3) - Ahli Jawatankuasa Pusat : lima belas orang (15) orang

b) Yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Ahli JawatankuasaPusat :

- Naib Presiden : dua orang (2) - Setiausaha Agung : Seorang (1) - Penolong Setiausaha Agung : Seorang (1) - Bendahari Kehormat : Seorang (1) - Ahli Jawatankuasa Pusat Biasa : lima orang (5) - Wakil Jawatankuasa Perhubungan Negeri : dua orang (2) dari setiap negeri

9.2 Pencalonan untuk jawatan – jawatan di fasal 9.1. (a) mestilah dicadangkan dan disokong oleh Ahli-

ahli yang sah. Pemilihan perlu dijalankan dengan cara undi secara sulit oleh Ahli-ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

9.3 Pemilihan atau perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a. Melainkan dihalang oleh mana-mana satu daripada Fasal 9.3 (b), (c) dan (d) di bawah, semua Ahli Jawatankuasa Pusat boleh dipilih atau dilantik semula apabila tamatnya tempoh dua (2) tahun perkhidmatan [satu (1) penggal].

b. Seorang Presiden tidak boleh memegang jawatan melebihi tiga (3) penggal [enam (6) tahun] secara berterusan.

c. Hanya Ahli persatuan yang mempunyai keahlian melebihi dua belas (12) bulan sebelum tarikh

Mesyuarat Agung Tahunan diadakan layak dipilih.

d. Kesemua jawatan (sama ada terpilih ataupun terlantik) dalam semua peringkat organisasi Persatuan hendaklah dipegang oleh Ahli Seumur Hidup sahaja.

9.3(A) a) Tertakluk kepada Fasal 9.3 (b) di atas dan Fasal 9.3A (b) yang berikut, calon untuk jawatan

Presiden Terpilih hanya untuk Ahli-Ahli yang telah memegang mana-mana jawatan di Jawatankuasa Pusat (kecuali Wakil Negeri) sekurang-kurangnya satu (1) penggal dalam empat (4) tahun [dua (2) penggal} yang terdahulu sebelum pencalonan tersebut.

Page 7: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

7 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

b) Jawatan tersebut mestilah satu jawatan yang telah dipegang oleh seseorang calon secara

berterusan dari tarikh beliau dipilih atau dilantik sehinggalah tarikh bersara Jawatankuasa Pusat bagi penggal yang berkenaan.

9.3(B) Tertakluk kepada Fasal 9.1 (b), Presiden dengan persetujuan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat berhak

melantik jawatan-jawatan berikut:-

a) Naib Presiden daripada kalangan Ahli-Ahli Seumur Hidup.

b) Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat daripada kalangan Ahli-Ahli Terpilih Jawatankuasa Pusat. Kekosongan dua (2) jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat Terpilih yang diakibatnya oleh perlantikan tersebut boleh dipenuhi oleh Jawatankuasa Pusat daripada Ahli-Ahli Seumur Hidup menurut Fasal 9.8 di bawah ini pada bila-bila masa.

c) Penolong Setiausaha Agung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat daripada kalangan Ahli-Ahli

Seumur Hidup. d) Wakil Jawatankuasa Perhubungan Negeri daripada kalangan Ahli-Ahli Seumur Hidup dari

negeri berkenaan.

9.3(C) Tertakluk kepada Fasal 9.3C (b) di bawah, kedudukan dan kuasa semua pemegang jawatan-jawatan terlantik adalah setaraf dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat yang terpilih. Walau bagaimanapun, mereka yang memegang sebarang jawatan terlantik boleh dilucutkan dari jawatan tersebut tertakluk kepada peruntukan yang berikut, iaitu:-

a) Mereka yang dilantik oleh Presiden boleh dilucutkan oleh Presiden tertakluk kepada

persetujuan daripada Jawatankuasa Pusat.

b) Perlucutan seseorang daripada suatu jawatan terlantik tidak akan menjejaskan jawatan terpilih yang sedang dipegang oleh orang yang sama.

c) Sebarang keputusan yang dibuat untuk melucutkan seseorang daripada jawatannya

sepertimana yang diperuntukkan dalam dan 9.3C (b) di atas adalah muktamad dan tiada rayuan boleh dibuat mengenainya kepada mana-mana pihak.

9.3(D) a) Jawatankuasa Pusat perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Disiplin yang mengandungi

lima (5) orang ahli termasuk seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan tiga (3) orang Ahli-Ahli Biasa.

b) Jawatankuasa Kecil Disiplin berhak bertindak dengan sendirinya, dan/atau setelah menerima

aduan secara bertulis dari mana-mana kalangan dan/atau atas arahan daripada Jawatankuasa Pusat supaya menjalankan siasatan ke atas sebarang perkara yang berkaitan dengan disiplin demi menjaga dan mempertahankan nama baik dan kreditibiliti Persatuan.

c) Apabila siasatan sudah selesai, Jawatankuasa Kecil Disiplin hendaklah mengemukakan laporan

bertulis dan cadangan-cadangannya kepada Jawatankuasa Pusat untuk tindakan lanjut.

9.3(E) a) Jawatankuasa Pusat boleh mewujudkan satu Jawatankuasa Perhubungan Negeri di sesuatu negeri pada bila-bila masa jika difikirkan sesuai atau perlu.

Page 8: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

8 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

b) Seseorang Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang dilantik oleh Jawatankuasa Pusat

boleh dilucutkan jawatannya dengan persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa Pusat yang melantiknya.

c) Jawatankuasa Pusat berhak membeku segala kegiatan Jawatankuasa Perhubungan Negeri atau

membubarkan Jawatankuasa Perhubungan Negeri jika diperlukan.

d) Segala urusan Jawatankuasa Perhubungan Negeri adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berkenaan yang digubal dan/atau dipinda dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat.

e) Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah dilantik oleh Presiden daripada

kalangan Ahli-Ahli Seumur Hidup dan beliau akan menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat secara automatik.

f) Berikutan dari perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Ahli-Ahli Jawatankuasa

Perhubungan Negeri yang lain bolehlah dilantik oleh Jawatankuasa Pusat atas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

g) Setiap Jawatankuasa Perhubungan Negeri berhak menghantar tidak lebih daripada dua (2)

orang Wakil-Wakil Negeri ke mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan membuat penukaran wakil pada bila-bila masa jikalau difikirkan sesuai atau perlu.

h) Wakil-Wakil Negeri mempunyai hak untuk mengucap bagi pihak Jawatankuasa Perhubungan

Negeri yang diwakilinya semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat diadakan tetapi mereka tidak berhak untuk mengundi.

9.4 Tanggungjawab Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja–kerja harian Persatuan dan

membuat keputusan atas perkara–perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari Perlembagaan ini dan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu mendapat mandat daripadanya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Pusat hendaklah memberi laporan tahunan berkenaan kegiatan – kegiatannya kepada tiap – tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

9.5 Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang – kurangnya sekali di dalam tiga bulan. Notis bagi

tiap–tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 10 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama–sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat pada bila–bila masa. Sekurang–kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

9.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Ahli Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat

Ahli Jawatankuasa Pusat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli–ahli Jawatankuasa Pusat melalui surat pekeliling. Syarat–syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Ahli Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima;

a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan jelas di dalam surat pekeliling yang

dihantar kepada tiap–tiap Ahli Jawatankuasa Pusat.

Page 9: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

9 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

b) Sekurang–kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan

persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

9.7 Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut – turut

tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

9.8 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah ini, jika seseorang yang memegang sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat:- a) meningal dunia; b) meletakkan jawatan atau disifatkan sebegitu; c) disabit kesalahan melanggar piawaian disiplin yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; d) dilantik untuk menjawat jawatan Naib Presiden Terlantik, Setiausaha Agung, Bendahari

Kehormat atau Penolong Setiausaha Agung; atau e) dilucutkan hak beliau melalui kesahihan atau operasi undang-undang; maka Presiden berkuasa melantik Ahli Persatuan yang lain untuk mengisi kekosongan tersebut dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9.9 Jawatankuasa Pusat boleh melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan perlu. Ia boleh

menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Ahli Jawatankuasa Pusat, atau kerana sebab–sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

9.10 Jawatankuasa Pusat ini boleh menubuhkan jawatankuasa–jawatankuasa kecil jika difikirkan perlu dan memberikan kewajipan–kewajiapan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

9.11 Jawatankuasa Pusat berkuasa untuk mengubah undang–undang kecil dan peraturan–peraturan yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persatuan.

9.12 Ahli Jawatankuasa Pusat adalah warganegara Malaysia.

10. KEWAJIPAN – KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT

10.1 Sepanjang tempoh jawatannya, seorang Presiden hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat

Jawatankuasa Pusat dan hendaklah menandatangani semua minit mesyuarat. Beliau atau Setiausaha Agung hendaklah menandatangani cek Persatuan bersama–sama dengan Bendahari Kehormat.

10.2 Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya. 10.3 Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden yang dipersetujui oleh mesyuarat

Jawatankuasa Pusat akan menjalankan tugas Presiden.

Page 10: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

10 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

10.4 Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja–kerja pentadbiran Persatuan mengikuti undang–undang

dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat–mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pusat. Ia bertanggungjawab menguruskan hal–hal surat–menyurat dan menyimpan semua dokumen kecuali kira–kira dan buku–buku kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir–butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap–tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan–catatan mesyuarat. Ia atau Presiden hendaklah menandatangani cek Persatuan bersama–sama dengan Bendahari Kehormat. Setiausaha Agung hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan Penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1996.

10.5 Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja–kerjanya dan

memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung. 10.6 Bendahari Kehormat bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah

membuat dan menyimpan kira – kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama – sama dengan Presiden atau Setiausaha Agung.

10.7 Kewajipan-kewajipan ahli Jawatankuasa Pusat yang lain hendaklah dinyatakan dalam mesyuarat Ahli

Jawatankuasa Pusat.

11. KEWANGAN 11.1 Disyaratkan kepada peruntukan–peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Persatuan ini boleh

digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan–tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai–pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira–kira tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

11.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 2,000.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa Pusat. Kira – kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

11.3 a) Dalam keadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahari Kehormat tidak mampu menjalankan tugas mereka maka Jawatankuasa Pusat berhak melantik pengganti sementara di antara mereka untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

b) Tambahan lagi dan tanpa menjejaskan peruntukan dalam Fasal 11.3 (a) di atas, Jawatankuasa Pusat

berhak untuk melantik dan memberi mandat kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk menandatangi cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang akaun bank yang khususnya untuk kegiatan Jawatankuasa Perhubungan Negeri dengan syarat-syarat berikut: -

(i) Wang yang tidak melebihi RM10,000.00 ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha /

Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

Page 11: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

11 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

(ii) Wang yang melebihi RM10,000.00 ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha / Bendahari

Jawatankuasa Perhubungan Negeri bersama dengan Bendahari Kehormat dan Presiden / Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat.

c) Menurut peruntukan dalam Fasal 11.3 (b) di atas, Jawatankuasa Pusat berhak mengenakan syarat-

syarat dan sekatan-sekatan tertentu berkenaan dengan pengelolaan akaun bank tersebut.

11.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang berjumlah RM 50,000.00 atau kurang daripadanya bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.

11.5 Penyata kewangan yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira – kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa kira – kira yang dilantik mengikut fasal 12, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira – kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan – salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Persatuan.

11.6 Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap- tiap tahun.

12. PEMERIKSA KIRA – KIRA 12.1 Sebuah firma / perbadanan pemeriksa akaun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan

sebagai Pemeriksa Akaun Persatuan. Mereka tidak boleh menjadi Pemeriksa Akaun Persatuan melebihi tiga (3) penggal [enam (6) tahun] secara berterusan. Firma / perbadanan yang mempunyai ahli Persatuan yang menjadi pemegang saham atau kakitangannya tidak layak menjadi pemeriksa akaun.

12.2 Pemeriksa kira–kira adalah dikehendaki memeriksa kira–kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan

atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Ia / mereka harus juga dikehendaki pada bila–bila masa oleh Presiden, memeriksa kira–kira Persatuan bagi mana–mana masa di dalam tempoh jawatan ia / mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat.

13. PENTADBIR HARTA

13.1 Mengikut peruntukkan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966, Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari

Kehormat adalah Pegawai Pentadbir Harta Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Ikatan Amanah.

13.2 Pentadbir Harta hendaklah mengurus harta tetap Persatuan dan hendaklah menandatangani semua dokumen yang berkaitan dengan jual, beli, pindah milik, caj atau pelupusan harta Persatuan. Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, menarik, memajak, atau menukar milik harta kepunyaan persatuan tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyarat Agung Persatuan. Tempoh perkhidmatan mereka tertakluk kepada tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Pusat Persatuan. Mereka secara automatik dilucutkan jawatan setelah tempoh perkhidmatan mereka dalam Jawatankuasa Pusat Persatuan tamat.

Page 12: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

12 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

14. PILIHANRAYA JAWATANKUASA PUSAT

14.1 Satu Jawatankuasa Kecil Pilihanraya perlu ditubuhkan empat bulan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan

(Untuk Tahun Pilihanraya sahaja).

14.2 Tanggungjawab mereka adalah terdiri daripada: -

a) Mengelolakan dan mengawasi Pilihanraya Persatuan. b) Menentukan semua syarat – syarat Pilihanraya Persatuan dipatuhi oleh calon – calon yang

bertanding. c) Mempastikan semua borang – borang pencalonan diisi dengan betul dan memenuhi syarat – syarat

peraturan Pilihanraya Persatuan. d) Mempastikan hanya ahli Persatuan yang sah boleh mengundi dan menjadi calon atau menjadi

pencalon dan pencadang kepada calon – calon. e) Mengira dan mengumumkan keputusan Pilihanraya Persatuan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

15. TAFSIRAN UNDANG – UNDANG

15.1 Semasa penangguhan Mesyuarat – Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya

kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat boleh memutuskan perkara – perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.

15.2 Kecuali perkara – perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam

Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa Pusat terhadap ahli – ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

16. PENASIHAT / PENAUNG

16.1 Jawatankuasa Pusat Persatuan ini boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi

Penasihat / Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik memberi persetujuan.

16.2 Bekas Presiden akan menjadi penasihat Persatuan secara automatik.

17. LARANGAN 17.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto,

Fan Tan, video games, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata – mata kepada nasib.

17.2 Persatuan atau ahli–ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu

perniagaan atau harga barang–barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

Page 13: NO. KANDUNGAN M/S

PERLEMBAGAAN – PUMM

13 Diluluskan oleh ROS pada 26 Jul 2012

17.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan kegiatan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli–ahli atau tidak, atas

nama Persatuan atau atas nama Ahli Jawatankuasa Pusat atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

17.4 Faedah–faedah seperti yang diterangkan di bawah Bahagian 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh

diberikan oleh Persatuan kepada mana–mana ahli Persatuan.

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN 18.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.

Permohonan untuk perubahan–perubahan atau pindaan–pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan–perubahan dan pindaan–pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

18.2 Notis bertulis selama dua bulan perlu dihantar kepada semua ahli sekiranya hendak meminda sebarang

fasal yang terkandung di dalam Perlembagaan ini.

18.3 Pindaan Perlembagaan perlu mendapat sokongan dari dua per tiga ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Khas untuk pindaan Perlembagaan.

19. PEMBUBARAN

19.1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima

daripada jumlah ahli yang berhak menerima notis mengundi dalam satu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

19.2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan

tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang – undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam Mesyuarat Agung.

19.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam

masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

__________________________ ______________________________

Roy Wong Fook Lai Dato’ Dr. How Kok Choong,JP

Setiausaha Agung Presiden