bobbit latest

13
Pengenalan Perkembangan teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada sejarah perkembangannya. Perkembangan kurikulum telah bermula sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan McMurry, tetapi definisinya dimulakan oleh Franklin Bobbit pada tahun 1918. John Franklin Bobbit dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis perkembangan kurikulum. Bobbit juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan manusia sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbit, inti pati teori kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan manusia. Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya tetapi mempunyai persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang sempurna berupaya menyediakan manusia kepada kebolehan yang lebih sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus dikuasai agar dapat memenuhi keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan pengetahuan, keterampilan,sikap, kebiasaan dan apresiasi tertentu. Hal-hal ini merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum. Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan melalui proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan menyusun sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan keperluan pada masa ini dan akan datang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak dan disusun semula demi perkembangan ilmu pengetahuan. Kegiatan pengembangan kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah-sekolah serta penilaian . Memahami sejarah perkembangan kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan dan baik merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi. Perubahan tetap berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun apabila sahaja perubahan tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya berlaku apabila kurikulum dianggap tidak seiring dengan keperluan kehidupan dan masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin terjadi setiap saat. 1

Upload: izzatykhalil

Post on 01-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

jii

TRANSCRIPT

PengenalanPerkembangan teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada sejarah perkembangannya. Perkembangan kurikulum telah bermula sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan McMurry, tetapi definisinya dimulakan oleh Franklin Bobbit pada tahun 1918. John Franklin Bobbit dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis perkembangan kurikulum. Bobbit juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan manusia sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbit, inti pati teori kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan manusia. Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya tetapi mempunyai persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang sempurna berupaya menyediakan manusia kepada kebolehan yang lebih sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus dikuasai agar dapat memenuhi keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan pengetahuan, keterampilan,sikap, kebiasaan dan apresiasi tertentu. Hal-hal ini merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum.Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan melalui proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan menyusun sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan keperluan pada masa ini dan akan datang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak dan disusun semula demi perkembangan ilmu pengetahuan. Kegiatan pengembangan kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah-sekolah serta penilaian .Memahami sejarah perkembangan kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan dan baik merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi. Perubahan tetap berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun apabila sahaja perubahan tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya berlaku apabila kurikulum dianggap tidak seiring dengan keperluan kehidupan dan masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin terjadi setiap saat.

Latar Belakang TokohJohn Franklin Bobbit dilahirkan di Inggeris, Indiana pada 16 Februari 1876. Beliau merupakan anak kepada pasangan James dan Martha Bobbit. Merupakan seorang yang amat percaya bahawa kerja keras, sentiasa berpegang teguh kepada disiplin diri, meningkatkan dan menimba sebanyak mungkin ilmu, berpengetahuan dan kepatuhan agama yang tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan ini. Sebagai seorang pemikir ulung, beliau mengkhusus kepada bidang kurikulum. Selain bertugas sebagai seorang profesor pentadbiran pendidikan di Universiti Chicago, Franklin Bobbit juga merupakan seorang penulis. Beliau juga memainkan peranan penting dalam tempoh tiga dekad pertama abad ke-20 dalam membangunkan kurikulum sebagai satu bidang pengkhususan dalam disiplin pendidikan. Bobbit melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Indiana sebelum menimba berpengalaman mengajar di Philippine Normal School di Manila dari tahun 1903 hingga 1907. Selepas menerima doktor falsafah di Universiti Clark pada tahun 1909, beliau menyertai fakulti University of Chicago sehinggalah beliau bersara pada tahun 1941.Bobbit dilihat sebagai bapa kurikulum kerana beliau merupakan profesor kurikulum pertama di Amerika Syarikat (Smiley,1902; Winfield,2004). Kedua-dua datuknya dan bapanya bekerja sebagai seorang guru dan menteri dan dicta agama mereka mempengaruhi hasil kerja Bobbit. Oleh itu, beliau amat menekankan kepentingan disiplin, kepercayaan agama dan keperluan sosial dari sudut kurikulum (Smiley,1992). Bobbit melihat kurikulum sebagai satu cara untuk persediaan pelajar mengetahui peranan mereka dalam masyarakat perindustrian yang sedang berkembang ketika itu. Beliau juga percaya, melalui kurikulum, mata pelajaran konvensional perlu diganti dengan mengajar mata pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan sosial. Hasil kerja Bobbit mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan kurikulum di mana beliau memberi penekanan yang khusus kepada keperluan sosial semasa berbanding pengajaran semata-mata.Menurut Bobbit, kurikulum boleh dihuraikan sebagai alat untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa bagi membolehkan pelajar memainkan peranan penting dalam masyarakat perindustrian. Bobbit juga percaya pengisian kurikulum perlu mengandungi matlamat tingkah laku yang dapat membantu untuk menjadi pelajar bagaimana untuk mendapatkan kehidupan yang baik. Selain itu, Bobbit juga percaya bahar prosedur untuk perancangan kurikulum harus dilihat sebagai analisis kerja yang boleh memberi manfaat untuk menentukan aktiviti tertentu yang berguna untuk peranan sosial mereka seperti ahli keluarga, pekerja dan kewarganegaraan.Pada tahun 1918, Bobbit menghasilkan sebuah buku bertajuk The Curriculum. Buku tulisan Bobbit ini merupakan sebuah buku pertama yang memberi tumpuan khusus kepada teori pembentukan kurikulum. Buku ini diiktiraf oleh ramai sarjana sebagai sebuah buku yang mempunyai kurikulum berstruktur. Walaupun begitu, Bobbit sedar bahawa buku ini tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah kurikulum yang baru. Beliau melihat bahawa terdapat keperluan untuk mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana sesuatu kurikulum yang baik perlu dibangunkan. Pembinaan kurikulum ini hanya terhasil melalui pengalaman yang luas dalam bidang ini. Kaji selidik beliau yang paling terkenal ialah kajian berkaitan penilaian pada tahun 1914 di San Antonio Public Schools dan kajian mengenai kurikulum di Los Angeles City Schools.Melalui bukunya, Bobbit menyatakan bahawa, melalui pengalamannya, beliau melihat kurikulum dari sudut keperluan sosial dan bukannya kajian akademik semata-mata. Ketika awal pendudukan Amerika, beliau telah dihantar ke Filipina sebagai ahli jawatankuasa merangka kurikulum sekolah rendah untuk kepulauan Filipina. Jawatankuasa ini diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan syor bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Jawatankuasa ini juga diberi kuasa untuk mengekalkan kurikulum asal dengan membuat pindaan serta membangunkan semula kurikulum sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Apabila melihat idea mereka tidak relevan dengan realiti masyarakat setempat, Bobbit dan jawatankuasanya beralih kepada kerangka lain iaitu untuk membantu meningkatkan mutu kesihatan dan mata pencarian. Bobbit percaya bahawa terdapat penyelesaian yang lebih baik untuk membentuk kurikulum berbanding hanya berbekalkan kepercayaan tradisional.Pada peringkat awal, Bobbit dan ahli-ahli jawatan kuasanya hanya bertemu dan mengumpulkan buku-buku teks Amerika untuk dibaca. Antaranya buku-buku seperti aritmetik, geografi, sejarah Amerika Syarikat, dan mata pelajaran lain yang biasa diajar di Amerika. Tanpa disedari, perjumpaan tersebut telah bertukar menjadi kursus asas pengajian gred lapan.

Bobbit merumuskan lima langkah dalam pembinaan kurikulum iaitu:a. Analisis pengalaman manusiab. Analisis kerjac. Mendapatkan objektifd. Memilih objektife. Perancangan secara terperinciLangkah pertama ialah mengasingkan pelbagai jenis pengalaman manusia kepada beberapa bidang utama. Kemudian, diikuti langkah kedua iaitu menganalis kepada bidang yang lebih khusus. Seterusnya, langkah ketiga iaitu membentuk objektif pelajaran berdasarkan kebolehan untuk melaksanakan aktiviti. Langkah keempat ialah memilih objektif untuk merancang aktiviti pengajaran. Langkah terakhir ialah menyusun atur aktiviti, pengalaman dan peluang untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Melalui bukunya Curriculum of Modern Education, selepas tiga dekad dalam bidang kurikulum, Bobbit akhirnya berjaya mengubah pandangan tentang kurikulum sekitar 1940-an. Bobbit menyedari bahawa di dalam silibus yang diajar, terlalu banyak mata pelajaran seperti kewarganegaraan, kesihatan, bahasa dan sebagainya yang tidak mempunyai matlamat jelas. Ini merupakan sebab mengapa kurikulum dengan beberapa mata pelajaran tertentu yang dipelajari tidak mencukupi sebagai hasil sosialisasi biasa, maka mata pelajaran tersebut dianggap lemah.Pandangan Terhadap Kurikulum Secara etimologi, kurikulum berasal dari perkataan Bahasa Latin "curir" yang membawa maksud pelari, dan "curere" yang membawa maksud "tempat berlari". Dengan kata lain, ia membawa pengertian suatu jarak yang harus ditempuh oleh seseorang pelari bermula daripada garisan permulaan hinggalah ke garisan penamat. Istilah kurikulum pada awalnya berasal dari dunia olahraga pada zaman Rumawi Kuno di Yunani, dan kemudian diterima pakai ke dalam dunia pendidikan. Pengertian tersebut kemudian digunakan dalam dunia pendidikan, dengan membawa maksud cakupan dan aturan tentang sejumlah mata pelajaran yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar dalam menempuh alam pendidikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan.John Franklin Bobbit menerusi bukunya The Curriculum, yang diterbitkan pada tahun 1918, menyatakan bahawacurriculum, as an idea, has its roots in the Latin word for race-course, explaining the curriculum as the course of deeds and experiences through which children become the adults they should be, for success in adult society. Furthermore, the curriculum encompasses the entire scope of formative deed and experience occurring in and out of school, and not experiences occurring in school; experiences that are unplanned and undirected, and experiences intentionally directed for the purposeful formation of adult members of society.(www.wikipedia.com).Kurikulum merupakan keseluruhan kegiatan dan pengalaman yang diperoleh di dalam dan di luar sekolah. Ia merupakan pengalaman yang disusun secara sistematik untuk mencapai tujuan ke arah pembentukan perubahan tingkah laku dan persediaan ke alam dewasa. Secara terminologinya, istilah kurikulum yang digunakan dalam dunia pendidikan mengandungi pengertian sebagai sejumlah pengetahuan atau mata pelajaran yang harus ditempuh untuk mencapai satu tujuan pendidikan atau kompetensi yang telah ditetapkan.Franklin Bobbit (1918) , Bapa Kurikulum melihat kurikulum dari dua perspektif iaitu:i. Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi fokus kepada perkembangan individu secara menyeluruh.ii. Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara sedar terhadap murid.

Teori Kurikulum- Franklin BobbitMelalui teori kurikulum, Franklin Bobbit mendesak rakan-rakannya agar sentiasa menggunakan teknologi baru sebagai panduan untuk fungsi pendidikan. Prinsip pengurusan dan aplikasi teori dapat membantu pendidik agar lebih cekap dalam pengurusan bidang masing-masing. Bobbit dan Charters sering mengaitkan idea analisis aktiviti dalam membentuk kurikulum. Idea-idea yang dihasilkan menghubungkan objektif mata pelajaran dengan aktiviti di mana ia penting untuk menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.Sebagai seorang ahli teori yang penting dalam pembinaan kurikulum sekolah di Amerika Syarikat, Bobbit banyak menekankan betapa pentingnya menjaga dan memelihara identiti budaya sesuatu kaum dan agama. Beliau mengambil ideologi eugenik dan disiplin mental adalah asas teori yang utama. Karya terawal beliau berdasarkan pandangan esentialist. Bagaimanapun, Bobbit mendakwa kurikulum harus berpaksikan kenyataan khusus. Beliau juga dengan tegas mencadangkan agar anak-anak harus meneruskan pendidikan mereka sehingga mereka berusia 18 hingga 20 tahun. Bobbit juga menyokong pengurusan kurikulum saintifik dan berasaskan kecekapan. Oleh itu, teori fungsionalis adalah asas kepada kajian yang dilakukan. Dalam kajian yang dijalankan, Bobbit menekankan kepada perkembangan pembentukan tingkah laku kanak-kanak.Selain itu, Bobbit juga memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan am dan pembangunan intelek. Dalam karya-karyanya yang kemudian, Bobbit menganjurkan satu siri ujian yang didorong oleh kurikulum dan pengajaran yang berasaskan kompetensi. Null (1999) menyatakan empat komponen asas yang dianjurkan oleh Bobbit iaitu :i. Penekanan terhadap kepentingan pendidikan umumii. Ketidakupayaan untuk kehidupan masa depan menentukan peranan pelajariii. Keperluan untuk membangunkan intelek pelajariv. Penghormatan kepada kebanyakan pengarang yang menghasilkan karya-karya agungKarya-karya dan hasil kerja Bobbit banyak membawa pembangunan dan perubahan dalam bidang kurikulum dalam abad ke-20. Beliau merupakan salah seorang ahli teori yang pertama membuat kurikulum dengan memberi penekanan kepada mengenal pasti objektif. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan persediaan merupakan elemen yang amat penting dalam pembentukan kurikulum. Aktiviti-aktiviti dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar. Bobbit juga melihat amat penting dalam menentukan prinsip pengurusan saintifik. Bobbit berusaha keras bagi memastikan bidang kurikulum diterima dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum.Bersama-sama dengan penyelidik lain seperti W. W. Charters, Ross L. Finney, Charles C. Peters dan David Snedden, pada sekitar awal abad ke-20, teori kecekapan Bobbit memberi perubahan dan sinar dalam pendidikan. Sekolah-sekolah telah menjadi institusi utama dalam kehidupan di Amerika. Objektif pendidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa dan pekerjaan kelak. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memenuhi tujuan sosial ini.Pembelajaran adalah suatu proses yang dirancang dan dibimbing. Kita perlu menyatakan terlebih dahulu apa yang kita cari untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran dan bagaimana cara untuk kita mencapainya. Pembelajaran merujuk kepadabagaimana teori dan amalan kurikulum dilaksanakan di sekolah dan berhubung dengan idea-idea persekolahan lain seperti subjek diajar dan pengajaran.Bobbit menyatakan terdapat empat cara mendekati teori dan amalan kurikulum iaitu melalui:1. Kurikulum sebagai sebuah badan pengetahuan untuk memindahkan maklumat2. Kurikulum sebagai satu usaha untuk mencapai tujuan tertentu3. Kurikulum sebagai satu proses4. Kurikulum sebagai satu praktisSumbangan dalam perkembangan teori kurikulumJohn Franklin Bobbit merupakan seorang sarjana yang sangat dikenali menerusi dua buah buku tulisannya iaitu The Curriculum yang diterbitkan pada tahun 1918 dan How To Make Curriculum yang diterbitkan pada tahun 1924. Melalui tulisannya, Bobbit telah mengembangkan suatu teori pembangunan kurikulum yang diilhamkan daripada prinsip-prinsip pengurusan saintifik .Di dalam bukunya The Curriculum, Bobbit menyatakan bahawa teori kurikulum adalah sesuatu yang mudah. Kehidupan manusia walaupun sentiasa berubah-ubah, tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Pendidikan merupakan keperluan seumur hidup di mana manusia perlu mengetahui dan mencari maklumat lengkap mengenainya. Maklumat ini merangkumi kebolehan, sikap, tabiat dan pengetahuan yang perlu ada bagi menjadi objektif dalam pembentukan dan pembinaan kurikulum. John Franklin Bobbit menyatakan bahawa kurikulum adalah kejuruteraan arena sosial yang beranggapan bahawa dalam budaya dan definisi sosial, penggubalan kurikulum mempunyai dua ciri ketara ialah:ii. Pakar-pakar ilmiah yang terbaik akan memenuhi syarat untuk layak dan wajar dalam merancang bentuk kurikulum berdasarkan pengetahuan akan menghasilkan kualiti dalam kurikulum yang dibinaiii. kurikulum ditakrifkan sebagai perbuatan dan pengalaman pelajar yang sepatutnya ada untuk menjadi dewasa

Bobbit dan Ralph W. Tyler berkongsi pandangan tentang hubungan teori kurikulum berdasarkan empat soalan asas iaitu :a. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh pihak sekolah?b. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan oleh pihak sekolah untuk mencapai tujuan pendidikan?c. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dilaksanakan?d. Bagaimanakah cara untuk mengetahui tujuan pendidikan ini tercapai?Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan pemikiran yang produktif seperti yang dinyatakan di bawah ini iaitu:Langkah 1 : Diagnosis of needLangkah 2 : Formulation of objectivesLangkah 3 : Selection of contentLangkah 4 : Organization of contentLangkah 5 : Selection of learning experiencesLangkah 6 : Organization of learning experiencesLangkah 7: Determination of what to evaluate and of the ways and means of doing itSesuatu yang menarik tentang teori kurikulum dan praktis ini adalah ia lebih sistematik ke arah pembentukan objektif tingkah laku serta memberikan tanggapan yang jelas tentang dapatan bagi membolehkan kandungan dan metod yang diperoleh diguna tadbir sebaik mungkin serta keputusannya dapat dinilai. Legasi Bobbit dapat dibahagikan kepada empat bidang. Bidang pertama ialah beliau merupakan salah seorang pendidik warga Amerika yang pertama mengenal pasti objektif sebagai titik permulaan untuk pembentukan kurikulum. Bersama-sama pengarang The National Education Associations Cardinal Principles of Secondary Education, Bobbit turut memberi pandangan tentang kandungan kurikulum yang tidak jelas dalam kurikulum tradisional tetapi diperoleh daripada objektif yang mempunyai peranan dan fungsi dalam menyediakan seseorang ke alam dewasa dan kewarganegaraan. Pendidikan bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi ia lebih kepada penyediaan ke alam kehidupan alam dewasa. Bidang kedua ialah pendekatan saintifik untuk membentuk kurikulum sebagai suatu cara atau kaedah bagi para pendidik dalam membentuk dan membangunkan kurikulum.Bidang ketiga ialah Bobbit bersama-sama pembentuk kurikulum yang berorientasikan kecekapan berpendapat bahawa kurikulum patut dibezakan dalam daripada pelbagai program yang lain di mana para pelajar diberi pendidikan sama ada vokasional atau teknikal sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. Seterusnya, hasil kerja mereka ini dapat digunakan selaras dengan kehendak kurikulum vokasional. Bidang keempat ialah Bobbit merupakan salah seorang warga pendidik Amerika yang memberi takrifan kurikulum sebagai alat kawalan sosial atau peraturan yang dibentuk untuk menangani masalah-masalah masyarakat moden. Beliau melihat tugas-tugas di sekolah adalah seperti memupuk kemahiran dalam kalangan belia, memberi pengetahuan dan kepercayaan bahawa khidmat dan fungsi mereka dalam masyarakat serta pembangunan industri sangat diperlukan.Idea dan pandangan dalam kurikulum dan pengajaranSebagai seorang yang dikenali sebagai Bapa Kurikulum, tidak dapat dinafikan peranan Bobbit dalam pembentukan kurikulum sangat penting. Bobbit menyatakan, dalam prosedur bagi perancangan kurikulum, segala aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa dalam memenuhi pelbagai pekerjaan, kewarganegaraan dan kekeluargaan serta peranan sosial yang dimainkan menjadi objektif kurikulum. Bobbit juga menyatakan bahawa kurikulum itu sendiri terdiri daripada pengalaman yang dibina oleh pendidik itu sendiri dan bersifat umum serta mewakili pengetahuan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara sebagaimana orang dewasa yang lain. Dengan kata lain, kanak-kanak diajar dan dididik bahawa dengan pengetahuan dan pendidikan, kanak-kanak mempunyai peranan tertentu yang lebih khusus dalam menyumbang kemahiran dalam masyarakat.Bobbit juga percaya bahawa sekolah-sekolah perlu menyediakan kandungan kurikulum yang sesuai berdasarkan kebolehan intelektual kanak-kanak agar apa yang dihajatkan atau diimpikan menjadi kenyataan. Dengan kata lain, sekolah atau institusi pendidikan berperanan menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan. Bobbit turut mentakrifkan kurikulum sebagai sesuatu yang ideal yang merupakan perbuatan dan pengalaman yang dapat membentuk seseorang untuk menjadi apa yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun, pandangan Bobbit tentang ciri-ciri kurikulum ini ditolak oleh pandangan kontemporari. Bobbit tetap dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa penyertaan individu dalam kumpulan dapat membentuk individu untuk masa hadapan.

Karya-karya John Franklin BobbitSebagai seorang Bapa Kurikulum, tulisan-tulisan dan karya Bobbit sering diangkat dan diiktiraf dalam dunia pendidikan. Antara karya Bobbit yang terkenal ialah:1. The Curriculum .1918. Houghton Miffin Company, Boston, New York.2. How to make a curriculum. 1924. Houghton Miffin Company, Boston, New York.3. Curriculum making in Los Angeles. 1922. University of Chicago Press, Chicago.4. The San Antonio Public School System: A survey conducted by J.F.Bobbitjanuary,1915.5. The curriculum of modern education. 1941. Mcgraw Hill Book Company.inc,New York.6. The Growth of Philippine Children (1909)7. Curriculum Principles (1922)8. Sir John Franklin's journals and correspondence: the first Arctic land expedition, 1819-1822, Volume 1:Publications of the Champlain Society.1995. University of Michigan.KesimpulanKurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses merupakan putaran asas yang mengandungi beberapa peringkat iaitu menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Memetik kata-kata tentang John Franklin Bobbit dalam wikipedia,... he said in regards to students, They should only learn those skills which were necessary to fulfill their personal tasks and he believed girls had a very different future than boys, so they did not need the same sort of education. He said, Educate the individual according to his capabilities.This requires that the material of the curriculum be sufficient various to meet the needs of every class of individuals in the community and that the course of training and study be sufficiently flexible that the individual can be given just the things that he needs. I think of this as NOT being individualized/differentiated instruction in the way we mayhthink of it but, as it says in his quote, teach just what someone needsno more. To me that means do not further the capacity of their minds, bringing about a Prussian ideal of teaching just what that person will need to know- not what they want to know- to ensure they are not intelligent enough to cause a ruckus or be too educated.(www.wikipedia.com).

Rujukan1.http://education.stateuniversity.com/pages/1794/Bobbitt-Franklin-1876-1956.html#ixzz1t6F1e8KF2.www.5003summer2011.wikispaces.com/John+Franklin+Bobbitt3.www.3rseduc.blogspot.com/2011/03/eugenics-etc-html4.www.blogspot.ubc.ca/ewayne/files/2009/02/schwab_001.pdf5.http://www.clarku.edu/micro/freudcennial/history/1909childwelfare.cfm6.www.authorstream.com7.www.en.wikipedia.org/wiki/John_Franklin_Bobbitt8.www.blog.elearning.unesa.ac.id/.../definisi-perkembangan9.www.sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/pelaksanaan-dan-pembentukan-kurikulum.html10.www.philpapers.org/rec/BOBTCO11.www.uthedza.blogspot.com/12.www.id.shvoong.com13.www.fiboarseta.blogspot.com/14.www.iliskhoeriyah.wordpress.com/15.www.wikipedia.com.

1