bmm esok kn htr

11
ISI KANDUNGAN Bi l PERKARA Muka Surat Pengakuan Pelajar Penghargaan 1.0 Pendahuluan 2.0 Pengertian dan Konsep 2.1 pentaksiran 2.2 pengujian 2.3 penilaian 2.4 perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 2.5 Rumusan 3.0 Analisis Soalan 3.1 Pengertian dan Konsep Analisis Soalan 3.2 Analisis 3.3 Rumusan 4.0 Jadual Spesifikaasi Ujian 4.1 Definisi 4.2 Maklumat Dalam JSU 4.3 Pembinaan dan Penggunaan JSU 4.4 Rumusan 5.0 Pembinaan Ujian 5.1 Taksonomi Bloom 5.2 Bentuk Soalan Ujian - Objektif - Esei 5.3 Rumusan 6.0 Kesimpulan 6.1 Rumusan Keseluruhan 6.2 Refleksi 6.3 Penutup Rujukan Lampiran 1.0 PENGENALAN

Upload: tayep1234

Post on 01-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fuhhh

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANBilPERKARAMuka Surat

Pengakuan Pelajar

Penghargaan

1.0Pendahuluan

2.0Pengertian dan Konsep

2.1 pentaksiran

2.2 pengujian

2.3 penilaian

2.4 perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

2.5 Rumusan

3.0Analisis Soalan

3.1 Pengertian dan Konsep Analisis Soalan

3.2 Analisis

3.3 Rumusan

4.0Jadual Spesifikaasi Ujian

4.1 Definisi

4.2 Maklumat Dalam JSU

4.3 Pembinaan dan Penggunaan JSU

4.4 Rumusan

5.0Pembinaan Ujian

5.1 Taksonomi Bloom

5.2 Bentuk Soalan Ujian - Objektif - Esei

5.3 Rumusan

6.0Kesimpulan

6.1 Rumusan Keseluruhan

6.2 Refleksi

6.3 Penutup

Rujukan

Lampiran

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pentaksiran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi ini disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Domain Krathwolh juga digunakan dalam penilaian pendidikan yang khusus untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid.

2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP

2.1PentaksiranPentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperoleh seseorang individu. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut termasuk hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan. pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan, kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah, kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian serta menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan pentaksir dan skor.Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional dan portfolio. Pentaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

2.2PengujianSeterusnya, pengujian merujuk kepada satu teknik yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang murid terhadap pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, 1986: 360). Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.Terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran serta ujian diagnostik akan menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu dapat membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan. Terdapat enam jenis ujian yang boleh dijalankan oleh guru, iaitu ujian pencapaian, kecerdasan, prestasi, diagnostik, bakat dan personaliti.Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.Terdapat empat jenis ujian, iaitu Ujian Kemajuan, Ujian Pencapaian, Ujian Kemahairan dan Ujian Bakat. Ujian Kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah dan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkarayang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian Pencapian pula lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti UPSR.Ujian Kemahiran dijalankan untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat UPSR, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar dalam pertuturan. Seterusnya, Ujian Bakat merupakan ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Hal ini disebabkan bukan semua orang mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3PenilaianDari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas (Ee Ah Meng, 1994: 202). Penilaian merupakan proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah. Terdapat beberapa tujuan penilaian di dalam bilik darjah, iaitu diagnosis, pencapaian, pemilihan dan penempatan serta bimbingan dan kaunseling. Bagi tujuan diagnosis, penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.Seterusnya, bagi tujuan pencapaian pula, penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.Bagi tujuan pemilihan dan penempatan, penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.Tujuan bimbingan dan kaunseling pula, penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.Tujuan lain penilaian ialah membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar, membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan, membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran, membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka, melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka serta pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan dan kemahiran serta kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan dijalankan semasa guru berada di bilik darjah. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta-merta. Penilaian mengesan kemajuan pula dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah diajar. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Penilaian mengesan pencapaian dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dijalankan dalam tempoh satu penggal. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam sesuatu kumpulan.Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran bagi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Justeru, pelbagai kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik digunakan. Terdapat dua jenis penilaian, termasuklah penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. Penilaian sumatif pula sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. Tujuan utama penilaian ini dilaksanakan adalah bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.Penilaian yang digunakan juga adalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh pelajar. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian jenis ini.Penilaian rujukan norma digunakan untuk membandingkan pretasi murid dengan prestasi murid lain. Melalui penilaian ini, guru boleh mentafsir kemajuan prestasi murid dalam satu-satu ujian dan ia berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan murid terhadap satu kelas ataupun kumpulan. Kaedah ini sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperoleh oleh murid dalam satu-satu ujian. Penilaian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan murid dengan kriteria tertentu. Penilaian ini digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid-murid. Keputusan yang diperolehi tidak akan dibandingkan dengan prestasi murid-murid lain. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temu bual.

Penilaian

Pengujian Pentaksiran

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, dan pentaksiran adalah di dalam penilaian. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep penilaian, pemahaman konsep pengujian, dan pentaksiran adalah amat penting sekali. Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 2 berikut.

Rajah 2: Prosedur PenilaianBerdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.