proposal kn khas pop up

64
MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA NAMA KHAS MENGGUNAKAN KAMUS ‘POP- UP’ BERGAMBAR BAGI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN TAHUN 3 AHMAD SYAMIL BIN AZIZ INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR. 0

Upload: syamil-aziz

Post on 13-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA NAMA KHAS MENGGUNAKAN KAMUS POP-UP BERGAMBAR BAGI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN TAHUN 3

AHMAD SYAMIL BIN AZIZ

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR.

2015

1.0 PendahuluanKajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kata nama khas, khususnya penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas bagi murid bermasalah pendengaran Tahun 3 menggunakan kamus pop-up bergambar. Penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar ini melibatkan kombinasi antara gambar timbul dan ejaan perkataan dengan gambar berisyarat sebagai bahan bantu pengajaran dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran.

1.1 Pengenalan Pendidikan yang berkualiti dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi, budaya, politik dan sosial sesebuah negara dan masyarakat itu sendiri. Pendidikan itu sendiri dapat mengubah kehidupan seseorang itu sendiri ke arah taraf hidup yang lebih baik dan boleh mengubah masa depan dalam sekelip mata.Menurut Mok Soon Sang (1991), pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Selain menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Di samping itu, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.Seseorang yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami pelbagai masalah terutamanya dalam konteks bahasa. Berdasarkan kajian Moog dan Geers (1979), didapati kanak-kanak bermasalah pendengaran berumur lima hingga sembilan tahun mengalami perkembangan bahasa yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak biasa yang berumur empat tahun. Hal ini disebabkan halangan yang utama bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak memperoleh bahasa atau perbendaharaan kata yang sepatutnya sejak dari usia yang sangat muda sebelum melangkah ke alam persekolahan. Ketidakupayaan ini akan membawa pelbagai impak dalam kebolehan berbahasa seiring dengan peningkatan usia mereka. Mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dengan baik apabila memulakan sesi persekolahan. Selain itu, mereka juga sukar memahami perkataan, ayat mudah atau teks yang dibaca dan tidak dapat memahami hukum-hukum tatabahasa dalam Bahasa Malaysia (BM). Sehubungan itu, pengkaji telah membuat hipotesis awal mengenai penggunaan kamus pop-up bergambar di mana penggunaannya adalah sebagai salah satu Bahan Bantu Belajar (BBB) yang membantu guru dalam menjayakan proses pengajaran dan (PdP) di dalam kelas. Subjek Bahasa Malaysia khususnya adalah subjek yang sukar bagi murid-murid bermasalah pendengaran kerana terdapat terlalu banyak hukum-hukum tatabahasa yang perlu difahami dan dikuasai. Sebagai topik asas dalam pembelajaran tatabahasa BM adalah kata nama khas. Penggunaan kamus ini melibatkan kombinasi antara imej timbul, ejaan perkataan dengan gambar berisyarat. Menurut Mok Soon Sang (2001), penggunaan strategi pemusatan bahan pelajaran membolehkan guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Manakala murid-murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.Murid bermasalah pendengaran adalah individu yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang menyebabkan mereka tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa (Safani, 2006). Antara ciri-ciri murid bermasalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian, sukar mengikut arahan, selalu berkhayal dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan (Safani, 2006). Jadi, dengan penggunaan kamus pop-up bergambar ini, sedikit sebanyak mampu untuk menarik minat murid dalam menumpukan perhatian terhadap pembelajaran serta dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran khususnya penggunaan kata nama khas.

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dilakukan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pendengaran, guru sering berdepan dengan situasi murid yang tidak dapat menulis pangkal perkataan bagi kata nama khas dengan betul. Murid-murid selalunya akan tertukar fungsi huruf besar pada pangkal kata nama khas. Perkara ini dapat dibuktikan lagi apabila pengkaji sendiri telah menjalani praktikum fasa 3 di sebuah sekolah pendidikan khas di Kuala Lumpur. Pengkaji diminta untuk mengajar Bahasa Melayu bagi murid Tahun 3. Permulaan bagi tercetusnya idea untuk memilih tajuk kajian ini adalah semasa pengkaji meminta murid untuk menulis nama-nama untuk hari pada papan putih. Melalui aktiviti itu, pengkaji dapati ada dalam kalangan murid tidak menulis pangkal perkataan tersebut dengan huruf besar. Berdasarkan Jurnal Bahasa yang ditulis oleh Abdullah bin Yusoff dan Che Rabiaah binti Mohamed (2004) mengenai Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Pekak : Suatu Sorotan Dari Perspektif Linguistik, kesukaran kanak-kanak pekak ini diketahui oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak pekak dan guru yang mengajar murid pekak. Kebanyakan guru dan ibu bapa tidak memahami punca kesukaran ini berlaku. Oleh itu, mereka tidak dapat mengatur strategi yang berkesan bagi membantu murid pekak secara maksimum untuk mempelajari BM.Oleh yang demikian, kajian penyelidikan tindakan yang akan pengkaji jalankan adalah menggunakan kamus pop-up bergambar semasa PdP BM bagi membantu murid-murid bermasalah pendengaran meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dan penggunaan huruf besar pada pangkal perkataan dalam konteks kata nama khas. Kamus ini akan membantu mereka dengan menjadi bahan rujukan kerana mempunyai imej timbul dan isyarat yang menarik perhatian. Berdasarkan pengalaman pengkaji, murid-murid bermasalah pendengaran lebih tertarik dan menggemari belajar melalui imej atau gambar yang berwarna. Tambahan lagi, imej di dalam kamus ini adalah imej timbul yang jarang digunakan dalam sesi PdP. Murid-murid akan teruja apabila menemui sesuatu yang menarik perhatian mereka.

1.3 Refleksi Nilai PendidikanPenggunaan kamus pop-up bergambar akan membantu murid-murid bermasalah pendengaran Tahun 3 untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata serta penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan dijadikan sebagai bahan rujukan. Pengkaji telah mengenal pasti teori yang berkaitan iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Teori Proses Pembelajaran Gagne.Sepertimana yang telah pengkaji pelajari, Teori perkembangan kognitif Piaget adalah gambaran bagaimana manusia memahami dunia persekitarannya dengan cara mengumpul serta mengatur maklumat yang diterima. Menurut Piaget, kanak-kanak sukar untuk melihat sesuatu dari perspektif yang pelbagai, ini bermaksud seorang kanak-kanak yang masih kecil sebenarnya masih belum sepenuhnya memanfaatkan keupayaan kesemua deria yang dimiliki untuk memahami suatu konsep. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, perbezaannya adalah mereka kekurangan satu deria untuk memahami sesuatu maklumat atau imej. Oleh yang demikian, kanak-kanak bermasalah pendengaran mengambil masa yang lebih panjang untuk memahami sesuatu maklumat atau imej daripada kanak-kanak normal yang sebaya mereka. Oleh yang demikian, bagi memahami tatabahasa dalam BM, mereka memerlukan masa yang lebih dan bahan seperti kamus bergambar untuk memahami sesuatu maklumat atau imej. Kamus ini akan memudahkan murid untuk mengingati ejaan dan dapat berisyarat dengan lebih cepat.Selain itu, teori pemprosesan maklumat Gagne berdasarkan buku Essentials Of Learning For Instruction 2nd Edition (1988) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Deria-deria manusia dalam sistem saraf akan menerima rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar. Menurut teori tersebut, untuk memudahkan proses pembelajaran baharu berlaku, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkan dengan pengalaman-pengalaman baharu.

2.0 FOKUS KAJIAN Menurut Altrichter et al. (1993), fokus kajian secara amnya adalah mana-mana keadaan yang profesional tentang guru atau selainnya yang mahu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan yang mereka mahu ubah adalah berpotensi untuk dijadikan sebagai titik permulaan kajian. Dalam fokus kajian ini, pengkaji akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang isu kajian dan tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian dengan kupasan terperinci sama ada kajian dalam atau luar negara. Aspek yang akan dikaji adalah kelemahan penguasaan kategori kata nama khas dan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam Bahasa Malaysia bagi tahun 3. Tinjauan literatur pula akan memberi gambaran serta rujukan yang lebih jelas mengenai permasalahan dalam kajian ini.2.1 Isu KajianKajian ini berfokuskan kepada penggunaan kamus pop-up bergambar untuk murid-murid bermasalah pendengaran. Penggunaan kamus bergambar merupakan salah satu kaedah visual yang dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran memahami sesuatu maklumat dengan lebih cepat dalam PdP BM. Pengkaji akan menggunakan kaedah visual dalam kajian ini untuk menilai keberkesanan penggunaan kamus pop-up bergambar dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran untuk mengatasi kelemahan serta mempertingkatkan tahap penguasaan perbendaharaan kata mereka khususnya kata nama khas.

Penguasaan bahasa dalam kalangan murid bermasalah pendengaran adalah agak sukar berbanding murid normal lain. Murid bermasalah pendengaran seringkali ketinggalan dalam bidang akademik terutamanya dalam bidang bahasa (Suhaiza Osman, 2014). Bagi murid normal pula, kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan bunyi bahasa serta mendapat makna bunyi daripada bahasa. Pengecaman bunyi bahasa merujuk pengecam arah dan bentuk bunyi bahasa. Oleh yang demikian, apabila penguasaan murid bermasalah pendengaran dalam kemahiran berbahasa adalah lemah maka ianya memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa. Ia merupakan satu kemahiran yang tinggi dan sukar dalam kemahiran bahasa dan dinilai tahap keupayaan murid berbahasa.

Seperti yang telah sedia maklum, secara umumnya bahasa dapat dikaji melalui tiga bentuk. Bentuk yang dimaksudkan adalah pertuturan (spoken language), bahasa tulisan (written language) dan bahasa isyarat (sign language). Ketiga- tiga bentuk bahasa ini mempunyai saluran penyampaian yang berbeza bagi setiap individu. Bagi kanak- kanak bermasalah pendengaran, pemerolehan bahasa merupakan aspek yang penting dalam komunikasi. Bahasa isyarat merupakan bahasa komunikasi bagi golongan ini di mana isyarat yang disampaikan adalah dengan isyarat tangan dan diterima melalui penglihatan. Menurut Abdullah Yusof (1995) menegaskan penggunaan bahasa isyarat ini adalah antara kaedah tertua digunakan bagi mereka yang bermasalah pendengaran (Hasuria Che Omar, Haslina Haroon dan Aniswal Abd, Ghani, 2009).

Antara kelemahan murid bermasalah pendengaran adalah kekangan terhadap penguasaan perbendaharaan kata yang sangat terhad. Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Bahasa isyarat ini juga terhad dan hanya diperoleh daripada beberapa buah buku rujukan seperti Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) serta Sign Exact English (SEE).

Terdapat lima komponen bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak pada asasnya iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Namun begitu, murid-murid bermasalah pendengaran pada kebiasaannya akan menghadapi pelbagai masalah untuk menguasai komponen-komponen ini.

Fonologi merupakan penggunaan bunyi- bunyi untuk menghasilkan suku kata dan perkataan. Morfologi pula merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas. Komponen bahasa sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat manakala semantik ialah peraturan- peraturan yang menentukan makna dalam komunikasi dan pragmatik adalah penggunaan kemahiran komunikasi dalam konteks sosial atau cara bahasa digunakan.

Pengkaji mengesan pelbagai masalah yang dihadapi oleh 2 orang murid di dalam kelas semasa sesi PdP. Oleh yang demikian, pengkaji hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan perbendaharaan kata nama khas yang sangat terhad. Mereka tidak mampu mengklasifikasikan kata nama khas dan menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama tersebut. Menurut Salmiah binti Sidek (2004), kesilapan yang sering dilakukan murid-murid bermasalah pendengaran adalah:

Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi.

2.1.1 Tinjauan AwalPengkaji telah memilih kaedah ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual semasa melaksanakan proses tinjauan awal ini.

i. PemerhatianAntara kaedah yang pengkaji gunakan adalah kaedah pemerhatian kategori pemerhati-peserta. Pemerhati-peserta adalah suatu situasi di mana pengkaji melibatkan diri dalam aktiviti yang dikaji dan pada masa yang sama menjadi pemerhati. Sebagai contohnya, aktiviti semasa PdP, pengkaji membimbing murid-murid sambil menjadi pemerhati tanpa pengetahuan mereka. Pemerhatian terbahagi kepada dua situasi iaitu pemerhatian persekitaran fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal adalah pemerhatian di dalam kelas, padang, kantin, pusat sumber dan lain-lain tempat di sekolah. Persekitaran sosial pula, merangkumi konteks mengenai tempat sesuatu situasi terjadi, orang-orang yang terlibat, waktu sesuatu situasi berlaku dan interaksi sosial termasuk komunikasi menggunakan bahasa bukan verbal.

Instrumen yang digunakan pengkaji semasa menjalankan kaedah ini adalah borang pemerhatian dan senarai semak. Borang pemerhatian adalah satu dokumen yang disediakan untuk proses merekod perkara yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Menurut Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat dan Badrul Hisham Alang Osman (2012), borang senarai semak pemerhatian merupakan borang pemerhatian atau satu dokumen yang digunakan untuk merekod apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Senarai semak juga adalah petunjuk yang tepat atau bukti yang tepat untuk mengukur tingkah laku, kebolehan, kefahaman, pencapaian dan kemahiran murid. Pengkaji memilih kaedah ini kerana senarai semak dapat membantu pengkaji menyemak dan mengesan kemahiran yang ada pada murid secara teratur dan sistematik mengikut fokus dan tujuan kajian.

Pengkaji menggunakan borang senarai semak skala berkadar (rating scale checklist) sebanyak lima skala bermula dengan skala 1 sangat tidak memuaskan, skala 2 tidak memuaskan, skala 3 memuaskan, skala 4 baik dan skala 5 sangat baik. Terdapat enam item iaitu mengeja dan berisyarat menggunakan KTBM, mengeja menggunakan jari, menulis perkataan dengan betul, berminat dan memberi tumpuan pada pengajaran guru, memberi tumpuan kepada aktiviti semasa PdP dan item yang terakhir adalah respon pada arahan dan pertanyaan guru.

ii. Temu BualKaedah yang kedua yang digunakan pengkaji adalah temu bual. Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Menurut Kartini et al. (2012), protokol temu bual digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan sesi temu bual dengan responden untuk memahami persoalan, proses dan situasi yang diselidiki.

Temu bual melibatkan satu situasi penemu bual iaitu pengkaji bertanya soalan kepada seseorang atau lebih responden secara bersemuka untuk mendapatkan maklumat secara langsung dan mendalam. Responden bagi pengkaji dalam kajian ini adalah guru mata pelajaran BM yang merupakan guru kelas. Jenis temu bual yang digunakan adalah temu bual semi berstruktur yang mempunyai tata cara hampir sama dengan tata cara berstruktur iaitu pengkaji perlu membina soalan yang hendak diajukan terlebih dahulu. Namun turutan soalan, cara soalan diajukan, bentuk soalan boleh diubah kerana kaedah ini lebih fleksibel bergantung kepada respons, kesediaan, tindak balas yang diberikan oleh responden bersesuaian kepada keadaan dan masa temu bual diadakan. Pengkaji telah menyediakan satu borang temu bual yang memuatkan soalan berkaitan dan faktor yang dijadikan persoalan dalam sesi temu bual yang dijalankan.iii. Ujian DiagnostikUjian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti darjah kelemahan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran secara mendalam. Di samping itu, ujian diagnostik juga membolehkan guru merancang dan membina satu program dan bahan yang bersesuaian dengan kelemahan yang dikesan. Sebagai proses awal dalam melaksanakan ujian diagnostik ini, pengkaji telah merancang ujian diagnostik yang terdiri daripada tiga kemahiran iaitu lisan, bacaan dan tulisan. Ujian ini mengandungi lima bahagian iaitu :a) Bahagian A : (Lisan) Mengisyaratkan kod isyarat berdasarkan gambar.b) Bahagian B : (Bacaan) Mengisyaratkan perkataan yang ditunjukkan.c) Bahagian C : (Tulisan) Susun perkataan dengan betul.d) Bahagian D : (Tulisan) Melengkapkan ayat dengan perkataan.e) Bahagian E : (Tulisan) Membina ayat berdasarkan gambar.

2.1.2 Analisis Tinjauan AwalPengkaji telah membuat tinjauan awal berdasarkan instrumen yang telah dipilih iaitu ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual bersama guru kelas Tahun 2. Menerusi analisis yang dibuat, pengkaji dapat mengenal pasti sama ada murid-murid mengalami masalah berkaitan dengan masalah yang ingin dikaji atau sebaliknya. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti kawasan kelemahan murid-murid untuk merangka intervensi bagi masalah penguasaan perbendaharaan kata dan penggunaan huruf besar pada pangkal perkataan bagi kata nama khas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

i. PemerhatianPengkaji menggunakan instrumen pemerhatian iaitu borang senarai semak pemerhatian. Kriteria yang dimuatkan adalah berdasarkan tingkah laku yang sering dilakukan murid semasa aktiviti PdP berlangsung, semasa menjawab soalan dan lembaran kerja yang diberikan. Pemerhatian ini juga dijalankan berdasarkan pengalaman pengkaji mengajar murid-murid di dalam kelas tahun 3 menggunakan borang senarai semak skala berkadar (rating scale checklist). Jadual 2 menunjukkan dapatan senarai semak skala berkadar semasa ujian diagnostik yang dijalankan selama satu jam.

Murid A menunjukkan kelemahan dalam aspek yang melibatkan penggunaan isyarat dan ejaan jari kerana kurang serius dalam PdP. Murid B juga menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam aspek penggunaan isyarat dan ejaan. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, murid-murid ini memang memerlukan suatu aktiviti yang akan merangsang minat, tumpuan dan aktiviti yang melibatkan pergerakan supaya mereka tidak bosan dan tidak mengganggu kawan sewaktu PdP berlangsung. Jadual 1Rekod dapatan senarai semak skala berkadar semasa Ujian DiagnostikMuridKriteria Tingkah LakuJumlah Kekerapan

Murid AMurid B

a) Mengeja dan berisyarat menggunakan KTBM.

1211

b) Mengeja menggunakan jari.

108

c) Menulis perkataan dengan betul.

86

d) Berminat dan memberi tumpuan pada pengajaran guru.

Memberi perhatianKurang memberi perhatian

e) Memberi tumpuan kepada aktiviti semasa PdP.

Melibatkan diri tetapi tidak seriusMelibatkan diri tetapi kurang serius dan mengganggu kawan

f) Respon pada arahan dan pertanyaan guru. 86

ii. Temu BualPengkaji telah menjalankan temu bual dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia merangkap Guru Kelas Tahun 3 iaitu Puan Farrah Binti Mohd Haslam Marippan. Pengkaji telah menggunakan temu bual separa berstruktur iaitu hanya mengemukakan soalan utama sahaja. Soalan susulan pula akan diajukan berdasarkan jawapan informan.

Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual selama lima belas minit bersama-sama guru mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu Puan Farrah Binti Mohd Haslam Marippan yang merupakan pelajar tahun akhir Program Pensiswazahan Guru (PPG) dari Institut Pendidikan Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dan berpengalaman selama lebih kurang 10 tahun mengajar murid-murid pendidikan khas. Temu bual dijalankan berdasarkan beberapa kriteria tahap pencapaian murid dalam penguasaan perbendaharaan kata, masalah yang dihadapi murid, punca mengalami masalah tersebut, teknik atau kaedah yang digunakan semasa PdP mata pelajaran BM dan pendapatnya mengenai penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, Puan Farrah menyatakan bahawa murid-murid A dan B memang lemah dalam penguasaan perbendaharaan kata nama khas dan menyebabkan mereka menghadapi pelbagai kesilapan dalam ejaan terutamanya bagi aktiviti penulisan.

iii. Ujian DiagnostikUjian diagnostik digunakan sebagai instrumen tinjauan awal untuk mengemukakan bukti jelas tentang kelemahan murid-murid dalam masalah penguasaan perbendaharaan kata bagi kata nama khas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Jadual 2 menunjukkan bilangan jawapan yang betul, peratus dan tahap pencapaian manakala Carta 1 menunjukkan peratusan markah yang diperoleh oleh kedua-dua orang murid tersebut.

Jadual 2Markah Ujian DiagnostikSubjekKajianBilangan jawapan yang betulPeratusTahap pencapaian

A3/54/52/52/51/548%Kurang memuaskan

B3/54/52/52/50/544%Kurang memuaskan

Rajah 1. Peratusan Markah Ujian DiagnostikUjian diagnostik digunakan sebagai instrumen tinjauan awal untuk mengemukakan bukti yang jelas tentang kelemahan murid dalam penguasaan kata nama khas mata pelajaran Bahasa Malaysia. Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan markah yang diperoleh murid-murid. Berdasarkan kepada ujian diagnostik ini, pencapaian murid masih lemah dan memerlukan bantuan supaya mereka dapat menguasai lebih banyak perbendaharaan kata dan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus KajianPengkaji telah menilai pemilihan fokus kajian berpandukan enam kriteria. Kriteria yang dipilih adalah kepentingan, kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.i. KebolehtadbiranKebolehtadbiran boleh diukur berdasarkan tempoh pelaksanaan kajian iaitu kesesuaian untuk melaksanakan kajian sama ada dapat dijalankan dalam tempoh perancangan atau tidak. Hal ini disebabkan terdapat dua kitaran yang perlu dijalankan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi melengkapkan pelaksanaan kajian. Pengkaji mendapati kamus pop-up bergambar dapat digunakan di dalam kelas sepanjang PdP. Kajian ini akan dijalankan sewaktu pengkaji masuk mengajar subjek Bahasa Malaysia. Di samping itu, pengkaji juga memperoleh sedikit pengetahuan dalam menggunakan kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian dan temu bual serta yakin bahawa murid-murid ini akan menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan kata nama khas. Kajian ini hanya melibatkan dua orang murid yang bermasalah berada di dalam kelas pengkaji. Oleh itu, kajian mampu dipraktikkan di sekolah.ii. KepentinganKriteria kepentingan merupakan kriteria kedua bagi fokus kajian yang dipilih oleh pengkaji. Manfaat yang boleh diperoleh menerusi pemilihan fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata nama khas. Kajian ini juga akan dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran di dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Guru juga dapat memperbaiki kelemahan dalam perancangan PdP dan dalam pelaksanaan perancangan yang telah ddilaksanakan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu sekiranya murid-murid masih lemah dalam menguasai perbendaharaan kata, baik kata nama am ataupun kata nama khas. Hal ini kerana kedua-dua jenis golongan kata ini merupakan asas kepada kemahiran bahasa.

iii. KebolehgunaanKriteria kebolehgunaan adalah penting untuk diambil kira. Pengkaji perlu memastikan teknik atau instrumen yang digunakan berkesan dan memberikan faedah kepada pengkaji, murid-murid dan pihak lain. Kebolehgunaan kajian ini dapat membantu guru meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam kelas. Kamus ini dapat digunakan bagi subjek yang melibatkan penggunaan perbendaharaan kata seperti Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral, Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK), Pendidikan Seni Visual dan lain-lain subjek. Di samping itu, kamjs ini juga membantu guru dalam mempercepatkan pemahaman sesuatu konsep atau maklumat kepada murid-murid. Sekiranya teknik yang dipilih ini berjaya, ia boleh diaplikasikan dan diinovasikan oleh guru-guru mata pelajaran lain dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam PdP. iv. Kawalan Kriteria yang keempat adalah kawalan terhadap kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan dua orang murid pengkaji sendiri. Seterusnya dari segi aspek masa, pengkaji menggunakan masa mata pelajaran pengkaji sendiri iaitu Bahasa Malaysia untuk menjalankan intervensi tanpa mengganggu waktu guru lain bersama murid. Selain itu, tempat kajian adalah di dalam kelas Tahun 3 Perdana tanpa menggunakan kelas atau tempat lain. Akhir sekali adalah isu kajian di mana pengkaji dapat mengawalnya dengan intervensi yang dijalankan pengkaji melalui 1 kitaran. Kamus pop-up bergambar ini mampu dijalankan pengkaji kerana tidak melibatkan kos yang tinggi dan menggunakan masa yang singkat. v. Kolaboratif Kriteria yang seterusnya adalah kolaboratif. Hal ini berkenaan kerjasama yang dijalankan pengkaji dengan semua pihak di sekolah iaitu pengkaji mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Pengkaji telah mendapatkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, pengkaji juga meminta bantuan daripada guru cemerlang Bahasa Malaysia dan guru berpengalaman sebagai rujukan dan penambahbaikan dalam melaksanakan kajian ini. Pengkaji turut bergerak secara kolaboratif dengan guru pembimbing yang juga merupakan guru mata pelajaran ketika menjalankan intervensi di dalam kelas. vi. Kerelevanan kepada sekolahKriteria kerelevanan merupakan kriteria yang terakhir yang pengkaji pilih. Antara kerelevanan kajian ini kepada sekolah adalah dapat memberi manfaat terutamanya dalam PdP Bahasa Malaysia. Kajian ini akan membantu guru untuk mencapai hasil pembelajaran dengan lebih baik. Penggunaan kamus pop-up bergambar ini adalah sepanjang masa dan boleh digunakan oleh setiap guru sebagai BBB dan rujukan murid.

Murid akan lebih fokus dan berminat dengan PdP. Selain itu, masalah disiplin juga dapat dikurangkan kerana guru dapat mengawal kelas dengan baik. Apabila murid-murid fokus, hasil PdP bertambah baik. Selain itu, justifikasi kajian ini kepada sekolah adalah dapat meningkatkan prestasi sekolah sejajar dengan Pelan Pembagunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memaksimumkan keberhasilan murid.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu KajianKegagalan di peringkat persekolahan dalam menguasai kemahiran asas seperti kata nama am, kata nama khas, kata sendi dan sebagainya boleh menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran yang lebih kompleks dan sukar. Kesannya, murid gagal menguasai kemahiran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Setiap murid memerlukan banyak pengalaman pembelajaran untuk memperkembangkan tahap kefahaman dan penguasaan mereka mengenai sesuatu konsep kemahiran. Ini menunjukkan betapa pentingnya sesuatu kemahiran tatabahasa dalam melahirkan pemahaman dan penguasaan yang baik terhadap murid. 2.2.1 Teori berkaitan Teori KognitifTeori perkembangan kognitif Piaget berkait rapat dengan pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran yang menggunakan deria mereka untuk memahami sesuatu konsep dalam PdP. Murid-murid ini akan menggunakan deria penglihatan, sentuhan hidu, dan rasa untuk mengumpul maklumat. Contohnya, semasa penggunaan kamus bergambar dalam PdP, murid-murid akan menggunakan deria penglihatan untuk melihat imej atau gambar dan menggunakan deria sentuhan semasa menyentuh imej timbul di dalam kamus tersebut.

Teori Pemprosesan MaklumatPersekitaranRangsangan - rangsanganRakaman deriaStor ingatan jangka pendekPelaksanaan Penggerak tindak balasStor ingatan jangka panjang

Rajah 2. Teori proses pembelajaran Gagne

Teori pemprosesan maklumat Gagne melibatkan fasa-fasa yang sangat berkait rapat dengan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran. Terdapat lapan fasa yang dikenal pasti dan disarankan dalam suatu proses pembelajaran iaitu fasa motivasi (jangkaan), fasa kefahaman (tanggapan), fasa penyimpanan (pemerolehan), fasa penahanan (stor ingatan), fasa ingatan kembali (mencari), fasa generalisasi (pindahan), fasa prestasi (gerak balas) dan fasa maklum balas (peneguhan).

Fasa motivasi (jangkaan) adalah fasa pertama dalam suatu proses pembelajaran. Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat (2010), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Pada kebiasaannya, manusia perlu dorongan untuk berbuat sesuatu. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, mereka juga berkeinginan untuk berjaya dalam akademik seterusnya mendapat pencapaian yang cemerlang. Fasa kedua adalah fasa tanggapan (kefahaman) melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Murid bermasalah pendengaran akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan dengan memilih serta membezakan rangsangan seperti gambar melalui organ derianya. Fasa ketiga adalah fasa penyimpanan (pemerolehan) terhadap rangsangan yang telah diterima. Rangsangan yang relevan akan dibawa oleh sistem saraf untuk disimpan dalam stor ingatan jangka pendek secara kod.Fasa penahanan (stor ingatan) adalah yang fasa keempat selepas rangsangan yang dipilih atau dikodkan, ia akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasikan serta disusun semula dengan satu sistem lebih kekal dalam ingatan supaya lebih mudah dikeluarkan. Fasa seterusnya, fasa mengingat kembali iaitu tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Murid-murid akan mengingat kembali pembelajaran lepas seperti gambar-gambar yang ditunjukkan guru. Fasa keenam adalah generalisasi (pindahan) atau aplikasi. Murid akan mengingat kembali gambar-gambar yang telah ditunjukkan dan diaplikasikan kepada situasi yang berlainan seperti dalam mata pelajaran lain. Fasa ketujuh adalah prestasi (gerak balas) yang boleh diukur daripada perubahan tingkah laku murid dalam PdP. Murid akan dapat menjawab soalan guru secara lisan dengan mengisyaratkan jawapan. Fasa yang terakhir adalah maklum balas (peneguhan). Apabila seseorang murid dapat menjawab dengan segera dan tepat, guru akan memberi pujian. Maka murid tersebut akan berusaha terus untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan.2.2.2 Kajian lepas yang berkaitanBerdasarkan beberapa pembacaan jurnal dan kajian yang telah pengkaji lakukan, pengkaji mendapati kajian yang dijalankan adalah bersesuaian dan sangat penting dalam proses pembelajaran Bahasa Malaysia. Menurut Pasukan Penyelidik (2013), tinjauan literatur atau ulasan karya adalah ringkasan artikel bersumberkan jurnal, buku-buku dan dokumen berkaitan maklumat masa lalu dan kini (Creswell, 2005: Johnson, 2005). Berdasarkan dapatan hasil kajian-kajian lepas, pengkaji mendapat maklumat berkaitan penguasaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Malaysia.Kajian oleh Khairol Asraf bin Norkhairi (2011) menggunakan Kaedah Bergambar bagi meningkatkan perbendaharaan KTBM dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran. Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat orang murid iaitu dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang mengalami masalah pendengaran. Tinjauan awal yang telah digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengkaji menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diagnostik. Hasil tinjauan tersebut mendapati murid hanya memperoleh gred C dalam ujian dalam ujian awal yang diberikan. Ujian Pra yang telah dilakukan oleh pengkaji menunjukkan subjek kajian lemah. Buktinya, murid 1 mendapat 40%, murid 2 mendapat 50%, murid 3 mendapat 50% markah dan murid 4 mendapat 55% markah. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan Kaedah Bergambar bagi membantu murid masalah pendengaran meningkatkan perbendaharaan KTBM. Selepas penggunaan Kaedah Bergambar, pencapaian murid telah dapat ditingkatkan. Buktinya, melalui ujian Pos yang telah dilakukan guru, murid 1 mendapat 85% markah, murid 2 mendapat 85%, murid 3 mendapat 90% dan murid 4 mendapat 70%. Keputusan kajian yang diperoleh ini menunjukkan bahawa Kaedah Bergambar yang digunakan dapat membantu dalam meningkatkan penggunaan KTBM dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran.

Haslia binti Arshad (2010) dalam kajiannya menggunakan Kad Gambar dalam meningkatkan perbendaharaan kata dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran bagi murid tahun 4 Khas. Kajian telah dijalankan kepada tiga orang murid iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Semasa tinjauan awal yang dilaksanakan, pengkaji telah menggunakan pemerhatian, ujian diagnostik dan hasil kerja murid. Berdasarkan tinjauan awal tersebut, pengkaji telah mendapati bahawa secara puratanya semua subjek kajian berada pada gred D bagi kemahiran ejaan murid dan berada pada tahap yang lemah. Penggunaan Kad Gambar yang digunakan dalam kajian telah meningkatkan perbendaharaan murid. Buktinya, dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos. berdasarkan ujian pra yang dilakukan menunjukkan Murid 1 mendapat 70%, 50% bagi Murid 2 dan Murid 3 30%. Namun selepas penggunaan Kad Gambar, pengkaji mendapati peningkatan dalam perbendaharaan kata murid-murid. Buktinya, melalui ujian pos yang telah dijalankan mendapati Murid 1 90%, Murid 2 70% manakala Murid 3 50%. Keputusan ujian yang dilaksanakan dengan penggunaan Kad Gambar dapat meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid bermasalah pendengaran.Kajian seterusnya telah dilakukan oleh Nurhafizan binti Md. Fadzil (2013) menggunakan Kamus Mini untuk membantu meningkatkan kemahiran ejaan dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran. Kamus Mini yang digunakan melibatkan gambar, gambar isyarat dan ejaan yang bertujuan agar murid mengenal, mengeja, mengisyaratkan dan menulis perkataan. Kajian dijalankan kepada seorang murid masalah pendengaran bagi Tahun Pengukuhan. Pengkaji menjalankan tinjauan awal melalui analisis dokumen, pemerhatian dan ujian diagnostik. Dapatan hasil tinjauan awal adalah prestasi murid sangat lemah dalam mengeja perkataan. Buktinya, melalui ujian pra menunjukkan murid tersebut mendapat 40% markah sahaja. Namun, selepas penggunaan Kamus Mini yang melibatkan deria penglihatan kemahiran mengeja murid telah dapat dipertingkatkan. Pencapaian murid selepas intervensi dapat dilihat melalui markah yang diperoleh oleh subjek kajian semasa ujian pra dan ujian pasca. Perbezaan markah daripada ujian tersebut sangat tinggi. Buktinya, markah ujian pasca yang diperoleh murid ialah sebanyak 80%. Berdasarkan hasil kajian tersebut, penggunaan Kamus Mini yang melibatkan ciri-ciri grafik seperti gambar memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran ejaan murid-murid masalah pendengaran.Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Suzi Jinau (2012) yang bertajuk Penggunaan Imej Visual Secara Ansur Maju Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Kata Nama Bahasa Melayu Murid Tahun Empat menunjukkan hasil yang positif dalam kajiannya yang melibatkan dua orang murid lelaki. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen sebagai proses tinjauan awal terhadap subjek kajian. Hasil dari tinjauan tersebut menunjukkan murid-murid banyak membuat kesalahan dalam ejaan kata nama khas iaitu tidak menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kerana keliru dengan kata nama am. Setelah melaksanakan PdP yang menggunakan imej visual secara ansur maju, didapati bahawa subjek kajian amat tertarik dan mudah memahami perbezaan kata nama khas dengan kata nama am.Kajian Norhayati binti Zakaria (2013) yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengeja Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pendengaran Dengan Menggunakan Poket Mini. Kajian yang melibatkan tiga orang murid iaitu seorang murid lelaki dan dua orang perempuan. Tinjauan awal yang dijalankan pengkaji menggunakan ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil daripada tinjauan awal tersebut menunjukkan murid sering melakukan kesalahan ejaan pada lembaran kerja dan semasa aktiviti PdP dijalankan. Poket Mini yang digunakan melibatkan penggunaan gambar, gambar isyarat dan ejaan perkataan. Setiap kali PdP dijalankan, murid akan menggunakan Poket Mini sebagai BBB. Hasil tinjauan awal melalui ujian pra yang dilaksanakan, murid 1 mendapat 30%, murid 2 mendapat 20% manakala murid 3 mendapat 10%. Namun, selepas melakukan tiga kali ujian pencapaian murid masih lemah. Oleh itu, pengkaji menambah baik aktiviti PdP yang melibatkan pengajaran individu. Peningkatan daripada Poket Mini dan aktiviti yang dirancang dapat dilihat dalam ujian pasca yang telah dijalankan. Murid 1 mendapat 80%, murid 2 mendapat 60% dan murid 3 mendapat 70% markah. Hasil ujian ini telah menunjukkan objektif pengkaji dalam meningkatkan kemahiran mengeja tercapai. Malah, penggunaan gambar yang digunakan sangat membantu murid-murid masalah pendengaran dalam memahami dan mengingat ejaan bagi sesuatu perkataan yang dipelajarinya.

Akhir sekali, kajian yang dijalankan Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan Murid Tahun Tiga Bestari oleh Siti Saadiah Othman (2012) mendapati setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah. Manakala terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah dalam menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, pengkaji mendapati berlaku peningkatan pencapaian pada keempat-empat responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap dua responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50 markah

2.3 Istilah Kajian

2.3.1 Murid-murid Masalah Pendengaran

K. A. Razhiyah (2006) menyatakan bahawa pada peringkat persekolahan, kanak-kanak istimewa dibahagikan kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Menurut Helen Bee dan Denise Boyd (2012) di dalam buku The Developing Child, kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini iaitu ujian Pure-tone Audiometry, Ujian Speech Audiometri dan lain-lain (Safani Bari, 2006).Seperti yang telah diketahui umum, murid bermasalah pendengaran tidak mempunyai keupayaan mendengar sepertimana murid-murid normal yang mendengar. Istilah bermasalah pendengaran digunakan bagi menggantikan perkataan pekak kerana pelabelan ini merupakan suatu kesalahan dan serba sedikit membawa stigma yang tidak baik (Ang Huat Bin, 1999). Di samping itu, tidak semua kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar sepenuhnya, sebaliknya setiap daripada mereka mengalami tahap kehilangan pendengaran yang berbeza sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk (K. A. Razhiyah, 2006).Menerusi bidang pendidikan dan perubatan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran. Ukuran kehilangan pendengaran ditentukan mengikut keupayaan individu mendengar kekuatan bunyi yang diukur mengikut unit desibel atau dB (William, 1991). Bagi memberikan kejelasan mengenai tahap kehilangan pendengaran, pengkaji telah menyediakan klasifikasi seperti jadual yang berikut.

Jadual 3 :Klasifikasi Tahap Kehilangan PendengaranKategoridBHuraian

Biasa (normal)20 dB ke bawah Darjah kehilangan pendengaran masih normal dan boleh mendengar semua bunyi. Dikategorikan sebagai biasa.

Ringan21 45 dB Kesukaran untuk mendengar bunyi perlahan atau terlalu jauh. Dikategorikan sebagai biasa. Tidak memberikan tindak balas terhadap bunyi yang perlahan. Boleh mendengar percakapan pada tahap kekuatan yang biasa tetapi berkemungkinan tidak dapat mendengar semua bunyi.

Sederhana46 70 dB Boleh mendengar bunyi dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter. Jika hendak berhubung dengan mereka, kita perlu bercakap dengan suara yang kuat. Kemungkinan kanak-kanak kategori ini biasanya tidak bertindak balas terhadap bunyi yang lebih kuat daripada percakapan tahap normal. Berkemungkinan boleh mendengar suara yang kuat.

Teruk71 90 dB Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan yang normal. Kanak-kanak di peringkat ini hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja. Mereka menghadapi masalah pertuturan yang teruk dan dikategorikan sebagai masalah pendengaran.

Sangat teruk91 dB ke atas Kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap sebarang bunyi. Tidak mendengar bunyi percakapan walaupun menggunakan suara yang kuat. Kanak-kanak peringkat ini terlalu sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat. Menghadapi masalah pertuturan yang teruk seterusnya sukar berinteraksi secara lisan. Dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran.

Menurut Hasnah Udin (1988), kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi secara langsung sama ada sebelum ataupun selepas kelahiran. Walaupun deria pendengaran mereka rosak, tetapi pendengaran mereka juga mungkin boleh berfungsi dengan baik sama ada menggunakan implan koklea atau alat bantu pendengaran.

Dari sudut bahasa, Asmah (1986) menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah individu yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang menyebabkan ia tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa. Di samping pertuturan yang kurang jelas semasa berkomunikasi, kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menunjukkan kelainan seperti kurang memberi perhatian terutamanya di dalam kelas, sukar mengikut sesuatu arahan yang kompleks, selalu berkhayal dan pasif dalam aktiviti perbincangan. Mereka sentiasa memerlukan bantuan ibu bapa atau ahli keluarga untuk menjalankan sebarang urusan dan sentiasa menghadapi masalah kesihatan.K. A Razhiyah (2006) menyatakan lagi bahawa murid bermasalah pendengaran atau lebih dikenali sebagai murid pekak biasanya sukar memahami pelajaran lantaran menghadapi kekurangan upaya dalam pendengaran. Masalah pendengaran terjadi disebabkan oleh genetik yang diwarisi oleh ibu bapa atau kecederaan pada bahagian telinga seperti terdedah kepada persekitaran bunyi yang terlalu kuat. Keterbatasan upaya pendengaran yang dimiliki menyebabkan mereka bergantung kepada anggota deria yang lain sepenuhnya terutama deria penglihatan untuk memahami sesuatu perkara.Sebab-sebab kecacatan adalah seperti sebelum kelahiran iaitu baka disebabkan genetik atau bukan baka disebabkan jangkitan semasa mengandung, pengambilan dadah, bahan kimia dan alkohol. Semasa kelahiran pula adalah disebabkan proses kelahiran yang berada terlalu lama mengakibatkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga, kelahiran tidak cukup bulan dan lain-lain faktor penyebab. Selepas kelahiran, boleh disebabkan kemalangan, terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dan jangkitan virus pada telinga.

2.3.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Murid-murid yang telah disahkan pegawai perubatan bahawa mereka adalah individu yang mengalami masalah pendengaran boleh ditempatkan di sekolah khas atau sekolah biasa bergantung kepada tahap masalah pendengaran yang dialami. Sekolah khas menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan murid-murid digalakkan menggunakan Alat Bantu Dengar (ABD) mengikut kesesuaian murid tahap kehilangan pendengaran murid itu. Guru-guru di sekolah pendidikan khas kebanyakannya mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan pendidikan khas. Murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan Kurikulum dan buku-buku teks yang sama seperti murid-murid normal di sekolah biasa dengan hanya beberapa mata pelajaran dimodifikasikan supaya murid-murid ini dapat mengikuti pembelajaran dengan mudah. Mata pelajaran itu adalah BM, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan BIK. Susun atur kerusi dan meja bilik darjah pula berbentuk U-shape menyerupai bentuk ladam supaya murid-murid dapat melihat dan memahami kod-kod yang diisyaratkan guru. Apabila ingin berisyarat dengan murid-murid bermasalah pendengaran, seelok-eloknya para guru hendaklah berhadapan secara bersemuka dengan murid-murid ini. Murid-murid bermasalah pendengaran sangat gemar dan mudah tertarik dengan imej seperti kad-kad gambar, video dan sebagainya. Para guru hendaklah kreatif dalam menyampaikan isi pelajaran yang terkandung di dalam PdP supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian dan menarik minat mereka terhadap isi pembelajaran.2.3.3 Masalah EjaanMurid-murid bermasalah pendengaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang terdiri daripada lima komponen. Antara masalah yang sering kali dihadapi adalah masalah fonologi dan morfologi. Fonologi adalah masalah pada sebutan. Menurut Jakobson dan Halle (1956), murid-murid ini tidak dapat mendiskriminasikan bunyi apabila huruf /p/ diganti dengan /d/. Maka murid itu tidak dapat menyebut perkataan itu dengan jelas dan tepat. Sumber ini juga didapati dalam Safani (2006) di dalam modul Psikologi dan Perkembangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran.Morfologi merupakan peraturan yang melibatkan struktur, bentuk dan penggolongan kata. Morfem adalah unit kecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi tatabahasa dan perbezaan makna. Masalah inilah yang paling biasa terjadi kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Mereka sukar untuk menguasai komponen bahasa yang kedua ini walaupun hanya melibatkan penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Selain itu, mereka juga mempunyai perbendaharaan yang sangat terhad berbanding murid-murid normal yang sebaya. Jika dalam penulisan, penggunaan perkataan yang tidak tepat juga berlaku sehingga menjejaskan pencapaian akademik. Masalah ini berlaku bagi semua mata pelajaran walaupun mereka berada di tahap II. Pengkaji sangat menitikberatkan soal ejaan dan ingin memantapkan kemahiran penguasaan perbendaharaan kata murid-murid ini.2.3.4 Kamus Pop-Up BergambarKamus Pop-Up Bergambar melibatkan kombinasi antara gambar, ejaan perkataan dengan gambar berisyarat sebagai BBB dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Hal ini bertujuan meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas khususnya bagi murid bermasalah pendengaran Tahun 3. Kamus seperti ini adalah inovasi kepada kamus bahasa isyarat yang biasa pengkaji gunakan sebagai persediaan mengajar. Kamus ini juga melibatkan penggunaan bahan-bahan yang baru dalam menerapkan elemen seni di dalam pelajaran. Kamus Pop-Up bergambar ini menampilkan imej timbul dan seolah-olah benda yang konkrit dan jelas bagi murid-murid. Menurut Mok Soon Sang (2002), kepentingan bahan pembelajaran membolehkan murid menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang abstrak, membantu murid mengukuhkan ingatan dan membantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan BBB.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian 3.1.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas khususnya bagi bermasalah pendengaran Tahun 3 menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar. Penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar ini melibatkan kombinasi antara imej timbul, ejaan perkataan dengan gambar berisyarat sebagai bahan bantu pengajaran dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran.

3.1.2 Objektif KhususObjektif kajian tindakan ini adalah untuk mengenal pasti :i. Keberkesanan penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.ii. Murid dapat mengeja dengan ejaan jari kata nama khas yang betul menggunakan kamus bergambar.iii. Murid dapat mengeja dengan menulis perkataan kata nama khas yang terdapat dalam kamus bergambar berpandukan isyarat guru.

3.2 Persoalan Kajiani. Adakah penggunaan Kamus pop-up bergambar berkesan d dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia?ii. Adakah murid Tahun 3 dapat mengeja dengan ejaan jari kata nama khas yang betul menggunakan kamus bergambar?iii. Adakah murid Tahun 3 dapat mengeja dengan menulis perkataan kata nama khas yang terdapat dalam kamus bergambar berpandukan isyarat guru?

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Penulisan Kumpulan Sasaran Bagi memulakan kajian yang telah dirancang, pengkaji telah memilih kumpulan yang melibatkan murid-murid di sebuah sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Kuala Lumpur. Murid-murid yang pengkaji telah kenal pasti adalah seramai dua orang setelah dibuat analisis tinjauan awal. Murid-murid ini sedang meneruskan pelajaran pada Tahap 1 di sekolah tersebut. Mereka juga merupakan murid yang berumur sepuluh tahun dan tinggal bersama keluarga mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Murid A adalah murid lelaki berbangsa Cina yang mengalami kehilangan pendengaran tahap teruk iaitu 80dB pada telinga kanan dan 110dB iaitu tahap kehilangan tahap profound pada telinga kiri. Murid B hanya memakai ABD di sekolah dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Murid B dapat berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa isyarat. Murid B juga ialah murid lelaki, namun merupakan murid yang berbangsa Melayu. Murid B juga mengalami tahap kehilangan pendengaran yang agak teruk pada kedua-dua belah telinganya yang dikategorikan sebagai profound kerana tahap kehilangan pendengarannya adalah 90 dB pada telinga kanan dan 100 dB pada telinga kiri. Selain itu, Murid B juga merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah lemah daya intelektual pada tahap rendah. Kelas murid-murid A dan B merupakan kelas yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana baik sehingga sangat lemah. Kebanyakan murid-murid ini dapat berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan baik namun agak sukar memahami sesuatu tanpa penerangan atau arahan yang jelas. Murid A dan B agak lambat untuk memahami sesuatu isi pembelajaran atau perkataan baharu yang mereka pelajari. Mereka berdua memerlukan tumpuan yang lebih sewaktu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4Maklumat umum berkenaan murid-murid Tahun 3Murid- muridMurid AMurid B

JantinaLelaki Lelaki

BangsaCina Melayu

Umur 10 tahun10 tahun

Tahap Kehilangan PendengaranTelinga Kanan80 dB90 dB

Telinga Kiri 110 dB100 dB

Pencapaian AkademikC D

Penggunaan Alat Bantu DengarAdaAda

Medium KomunikasiBahasa isyarat & komunikasi seluruhBahasa isyarat & komunikasi seluruh

Masalah Lain Yang DihadapiTiada Lemah daya intelektual tahap rendah

5.0 Tindakan Yang DicadangkanBagi merancang proses kitaran intervensi pertama untuk pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih Model Kurt Lewin (1946). Dalam kitaran ini, mengkaji perlu melaksanakan proses merancang (plan), tindakan (act), pemerhatian (observe) dan refleksi (reflect).

5.1 Kitaran Kajian Kitaran 1

MerefleksiMembuat refleksi pembelajaran dan pengajaran lepas serta menganalisis Ujian Pencapaian I

MerancangMerancang tindakan intervensi dengan menggunakan kamus pop-up bergambarMemerhatiMengadakan pemerhatian dan Ujian Pencapaian I

Bertindak Melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah dengan menggunakan kamus pop-up bergambar

Rajah 4. Pergerakan Fasa Dalam Kitaran Pertama Model dalam rajah di atas digunakan dalam kajian ini ialah model Kurt Lewin (1946)

5.1.1 Perancangan

Pengkaji telah merangka perancangan untuk melaksanakan intervensi bagi kitaran pertama dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pelaksanaan perancangan ini akan dilakukan dalam tempoh seminggu dengan satu kali sesi PdP. Tempoh bagi satu PdP ialah selama 60 minit iaitu 2 waktu pengajaran. Pengkaji akan mengkaji murid-murid bermasalah pendengaran dari Tahun 3 yang mengalami masalah pendengaran teruk. Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan menjalankan ujian diagnostik bagi mengesan tahap kelemahan murid terhadap kemahiran penguasaan perbendaharaan perkataan bagi kata nama khas bertema Sekolah.

Pengkaji akan menjalankan pengajaran bertema Sekolah bertajuk Muafakat Membawa Berkat yang digunakan oleh pengkaji. Bagi kitaran pertama pengkaji akan menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar sebagai BBB yang utama dalam PdP yang akan dijalankan. Cara penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar adalah murid-murid perlu menghafal struktur ejaan dan mengisyaratkan dengan betul kata nama khas daripada Kamus Pop-Up Bergambar. Murid-murid perlu memadankan kad perkataan dan kad gambar tanpa menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar. Murid juga perlu menyusun huruf dengan betul berdasarkan hafalan daripada kamus tersebut.

Penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar ini adalah berdasarkan penggunaan deria visual yang diharapkan dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahirannya. Berdasarkan pengalaman pengkaji, murid-murid bermasalah pendengaran mudah tertarik dengan pembelajaran yang melibatkan imej dan aktiviti yang melibatkan bahan. Kamus Pop-Up Bergambar ini adalah suatu bahan pembelajaran yang membolehkan murid menghubungkaitkan pengalaman kehidupan seharian dengan pengalaman yang diperoleh melalui gambar atau imej yang dilihatnya. Secara automatik, kemahiran berfikir murid juga turut dipertingkatkan dan berkembang. Selain itu, Kamus Pop-Up Bergambar juga dapat membantu murid mengukuhkan ingatan dan membantu murid menyelesaikan secara sendiri dengan menggunakan BBB.

Kumpulan sasaran adalah murid-murid bermasalah pendengaran Tahun 3 iaitu seramai dua orang. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan kepada murid-murid, didapati murid-murid ini mengalami masalah dalam kemahiran ejaan. Buktinya, ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh pengkaji menggunakan pengajaran bertema Sekolah iaitu bertajuk Muafakat Membawa Berkat. Hasil ujian yang telah dijalankan mendapati murid-murid mendapat gred markah C dalam ujian yang melibatkan kemahiran ejaan. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan intervensi terhadap murid-murid menggunakan tema dan tajuk yang sama.

Pengkaji telah merancang terlebih dahulu pengajaran berasaskan visual dan mengambil keputusan untuk menjalankan kajian menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar sebagai bahan utama semasa menjalankan intervensi. Bahan bantu belajar yang digunakan ini melibatkan kombinasi antara imej timbul dan ejaan perkataan dengan gambar berisyarat. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan bahan bantuan lain iaitu kad huruf untuk aktiviti ejaan.

Bagi membantu proses PdP berjalan dengan lancar, kaedah peneguhan berbentuk ganjaran akan digunakan iaitu dengan menggunakan pelekat bintang yang akan ditampal di dalam Buku Koleksi Bintang apabila murid yang menunjukkan sesuatu tingkah laku yang diingini. Buku Koleksi Bintang menjadi bahan yang membantu guru dalam menentukan murid yang paling cemerlang dalam tingkah lakunya. Ganjaran ini juga diberikan kepada murid bertujuan untuk menarik minat murid dan berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

5.1.2 Tindakan

Tindakan yang akan diambil oleh pengkaji adalah pengkaji akan menjalankan sesi PdP dengan dua kali sesi selama 60 minit bertujuan membantu murid menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar dalam mengeja perkataan bagi meningkatkan penguasaan kata nama khas.

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) supaya segala perancangan berjalan dengan lancar menggunakan kaedah yang telah dikaji. Menurut Mok Soon Sang (2002), persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran. Dengan persediaan yang rapi, guru boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancar dan berkesan serta mengelakkan mengekalkan kawalan kelas yang optimum. RPH yang disediakan juga dapat membantu guru untuk membuat jangkaan mengenai masalah, kekuatan dan kelemahan sesuatu PdP. Aktiviti PdP yang dirancang oleh pengkaji adalah seperti berikut :

Jadual 4Ringkasan Rancangan Pengajaran Harian

Set Induksi- Diberikan kepingan-kepingan kertas puzzle.- Murid perlu menampal dan mencantumkan kepingan puzzle dengan betul dan jelas. Soal jawab mengenai gambar.

Langkah 1 (Padanan Gambar) Murid mengisyaratkan perkataan dan mengeja dengan bimbingan guru berdasarkan Kamus Pop-Up Bergambar. Murid diminta memadankan kad perkataan dengan kad gambar.

Langkah 2 (Kamus Bergambar) Murid menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar masing-masing untuk menghafal ejaan.

Penutup(Kuiz Ejaan) Guru akan memilih kad gambar secara rawak dan menunjukkan kepada murid. Murid akan menyusun kad-kad huruf menjadi satu perkataan dengan betul. Murid yang dapat menyusun dengan cepat dan betul akan mendapat ganjaran pelekat bintang.

Bagi set induksi yang akan dijalankan, pengkaji akan menggunakan kepingan puzzle yang mudah bertujuan menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap aktiviti dan isi pembelajaran pada hari tersebut. Murid akan menampal kepingan puzzle pada kad manila yang sudah dipotong mengikut saiz. Murid-murid perlu mengisyaratkan gambar yang sudah siap bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap gambar tersebut.

Pada langkah 1, pengkaji akan memperkenalkan 10 kata nama khas dengan menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar. Murid akan berisyarat dan mengeja dengan bimbingan guru. Aktiviti memadankan kad perkataan dengan kad gambar akan dijalankan dan murid yang dipilih akan memadankan dengan betul di papan tulis.

Setelah aktiviti ejaan selesai, pengkaji akan memulakan aktiviti pada langkah 2. Murid-murid akan menggunakan Kamus Pop-Up Bergambar masing-masing untuk menghafal kata nama khas. Murid akan diberi masa untuk menghafal kata nama khas yang ditunjukkan.

Pada aktiviti penutup pula, murid diberi kad-kad huruf untuk aktiviti kuiz ejaan. Pengkaji akan mencabut kad secara rawak manakala murid akan menyusun kad huruf dengan kadar segera. Murid yang paling pantas dan betul menyusun kad huruf akan diberi ganjaran pelekat bintang. Pelekat tersebut boleh dilekatkan pada Buku Koleksi Bintang.

Apabila selesai PdP ini, pengkaji akan mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengeja kata nama khas dengan menggunakan Ujian Pencapaian I. Ujian ini akan dianalisis bagi mengetahui tahap kelemahan murid.

5.1.3 Pemerhatian

Semasa intervensi dijalankan, pengkaji akan menyediakan borang senarai semak pemerhatian bagi melihat tingkah laku murid semasa PdP dan peningkatan murid terhadap penguasaan kata nama am dalam aktiviti ejaan. Kriteria yang diperhatikan semasa pemerhatian adalah melihat sama ada murid berminat dengan PdP atau tidak, tingkah laku seperti menumpukan perhatian kepada pembelajaran atau mengganggu rakan serta berkeyakinan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti semasa PdP berlangsung. Pada akhir kitaran pertama, pengkaji akan melihat ujian pencapaian yang dijawab murid untuk melihat peningkatan penguasaan kata nama am selepas intervensi dilaksanakan. Semasa kajian dilaksanakan pengkaji, PPM akan membantu dengan menanda borang senarai semak tingkah laku murid.Sebagai contoh pemerhatian yang akan dijalankan pengkaji, semasa aktiviti langkah 1 dijalankan, pengkaji akan memerhatikan sama ada murid menumpukan perhatian semasa tayangan slaid gambar kata nama am atau berlaku tingkah laku yang sebaliknya.

5.1.4 Refleksi

Melalui kajian yang akan dilaksanakan pengkaji, penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar sangat diyakini pengkaji akan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan penguasaan kata nama khas bagi murid bermasalah pendengaran. Pengkaji juga yakin bahawa penggunaan Kamus Pop-Up Bergambar dalam kajian ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian ini.

Pengkaji yakin bahawa kekuatan bagi kajian yang dilaksanakan ini adalah penggunaan BBB yang digunakan akan menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian dalam PdP. Selain itu, kekuatan Kamus Pop-Up Bergambar ini adalah ia melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan sentuhan. Secara tidak langsung, psikomotor halus murid dapat digilap kerana murid-murid bermasalah pendengaran agak lemah dari aspek ini.

Setelah pengkaji, melaksanakan refleksi kendiri, didapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kitaran pertama ini. Intervensi yang pertama didapati pengkaji terlalu berpusatkan kepada PdP sahaja sehinggakan murid hanya perlu fokus kepada aktiviti-aktiviti PdP yang dijalankan. Apabila selesai pelaksanaan intervensi kitaran pertama, pengkaji akan menilai hasil pemerhatian berdasarkan kajian yang dilaksanakan. Seandainya, pencapaian murid masih lemah tidak seperti yang diingini dan juga jika hasil ujian pencapaian tiada peningkatan maka dicadangkan supaya proses intervensi diteruskan dengan kitaran kedua dengan menggunakan Ms. Power Point.

5.2 Cara Pengumpulan Data / Penganalisisan Data5.2.1 UjianBeberapa jenis ujian akan ditadbir oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai peningkatan pencapaian murid menggunakan intervensi yang dirancang pengkaji. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menilai keberkesanan bahan yang digunakan semasa intervensi dilaksanakan iaitu Kamus Pop-Up Bergambar dan pelekat bintang.

Ujian pertama yang akan dijalankan pengkaji adalah ujian Pra bagi mengesan kelemahan murid dalam mengeja seterusnya menjalankan intervensi bagi membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan kata nama khas dengan menggunakan Kamus Pop- Up Bergambar. Apabila selesai intervensi pertama, Ujian Pencapaian I akan dijalankan pengkaji bagi mengetahui pencapaian murid setelah melaksanakan intervensi.

Ujian yang dijalankan pengkaji adalah mengikut tema KSSR Tahun 3 iaitu bertema Sekolah bertajuk Muafakat Membawa Berkat. Melalui hasil ujian yang dijalankan, pengkaji akan membuat perbandingan antara ujian Pra, ujian Pencapaian I serta ujian Pasca. Perbandingan dilakukan untuk mengetahui tahap pencapaian murid terhadap intervensi yang dilaksanakan, dan mencapai objektif yang ditetapkan.

5.2.2 PemerhatianPengkaji menggunakan kaedah pemerhatian ke atas murid-murid dalam kajian ini semasa PdP dijalankan dalam kitaran pertama dan kitaran kedua. Pemerhatian dijalankan untuk memerhati tingkah laku murid semasa kajian dilaksanakan dan peningkatan penguasaan kata nama khas. Pengkaji menyediakan borang senarai semak pemerhatian dan PPM kelas akan membantu pengkaji menandakan borang.

Borang senarai semak pemerhatian adalah dalam aspek PdP berkaitan dengan ejaan murid sama ada berlaku pengguguran, penambahan atau ejaan perkataan yang tiada langsung berkaitan dengan tajuk yang diajar.

5.2.3 Analisis DokumenSemasa pengkaji menjalankan kajian menggunakan intervensi yang dirancang, pengkaji juga menyediakan kuiz yang ringkas pada penutup kitaran pertama. Tujuan melakukan analisis dokumen agar pengkaji dapat melihat peningkatan penguasaan kata nama khas dari semasa ke semasa. Selain itu, pengkaji juga dapat mengesan kelemahan dan kesalahan ejaan murid.

5.3 Cara Menganalisis DataMelalui instrumen data tersebut menunjukkan bahawa pengkaji akan menggunakan tiga cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil data tersebut perlu dikaji oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan tiga aspek kaedah yang diguna pakai oleh pengkaji iaitu pemerhatian, ujian dan analisis dokumen.

5.3.1 Pemerhatian Bagi menganalisis data menggunakan kaedah pemerhatian, pengkaji telah menggunakan borang senarai semak pemerhatian untuk mengesan tingkah laku yang sering dilakukan murid A dan murid B semasa sesi intervensi dan semasa menjawab ujian. Pengkaji akan membuat perbandingan berdasarkan senarai semak terhadap tingkah laku murid-murid semasa menjawab soalan ujian merujuk kepada skala Likert. Dapatan daripada pemerhatian pengkaji ini akan dapat menyokong maklumat yang diperoleh.

5.3.2 Ujian Bagi menganalisis data melalui ujian-ujian yang dilaksanakan oleh pengkaji seperti ujian Pra, ujian Pencapaian I serta ujian Pasca, pengkaji perlu membuat perbandingan antara ujian-ujian tersebut supaya peningkatan murid dapat dilihat. Data yang akan dikumpul pengkaji akan dianalisis berdasarkan skema pemarkahan analitik. Skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam PdP melalui peratusan (%) (Pasukan Penyelidik, 2013). Berikut merupakan pecahan skor pemarkahan analitik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini.Jadual 5Skor Pemarkahan AnalitikGredPeratusan Markah(%)Tahap Keberkesanan

A80-100Cemerlang

B60-79Sederhana

C40-59Memuaskan

D0-39Gagal

Sumber : Pasukan Penyelidik, 2013

Oleh itu, setiap ujian yang dilaksanakan akan diberi mengikut pemarkahan menggunakan peratusan dan menilai tahap pencapaian murid melalui skor pemarkahan analitik oleh pengkaji. Pengkaji akan membanding pencapaian murid dengan murid lain dalam bentuk carta selepas membuat analisis data.

5.3.3 Analisis Dokumen Data bagi analisis dokumen akan disimpulkan secara naratif di dalam penulisan pengkaji. Setiap maklumat yang diperoleh akan dimuatkan dalam beberapa bentuk perenggan umum dan khusus bagi menunjukkan maklumat-maklumat penting supaya dapat membantu mendapat maklumat yang benar. Tujuannya untuk mendapat triangulasi maklumat yang dikumpul dan juga membantu pengkaji menyediakan perancangan sesi intervensi yang sesuai bagi murid-murid. Dapatan daripada lembaran kerja dan ujian lepas juga akan membantu pengkaji dalam penyediaan kaedah dan strategi untuk membantu Murid A, B dan C supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan

Jadual 6Carta Gantt Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti2015

Feb MacAp Mei JunJulOgosSepOkt

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal

2. Menulis kertas cadangan kajian

3. Merancang tindakan

4. Melaksanakan tindakan

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Refleksi Kajian

8. Menulis laporan kajian

9. Pembentangan dapatan kajian

10.Menulis artikel prosiding

11.Menjilid laporan kajian

5.4.2 Kos KajianBahagian ini akan menerangkan kos yang akan digunakan oleh pengkaji semasa kajian ini dilaksanakan.

Jadual 7Kos AnggaranBahanKuantitiHarga Jumlah (RM)

Gam Kadbod 12RM 2.00 X 1RM 2.00 X 2RM 2.00RM 4.00

Kad manila8RM 1.00 X 8RM 8.00

Kertas A4 putih1 RimRM 8.00 X 1RM 8.00

Kertas A3 putih1 pekRM 5.00 X 1RM 5.00

Kertas A4 warna2RM 4.00 X 2RM 8.00

Pelekat bintang1RM 3.00 X 1RM 3.00

Dakwat pencetak (hitam dan warna)2RM60.00 X 2RM120.00

Hadiah2RM10.00 X 2RM 20.00

JUMLAHRM178.00

6.0 PenutupKajian ini perlu dibuat kerana murid selalu cuai dalam penggunaan huruf besar. Murid seringkali tidak menggunakan huruf besar pada kata nama khas. Sehubungan dengan itu, perlu satu kaedah yang sesuai bagi menangani masalah tersebut. Dalam kajian ini, kaedah pembelajaran menggunakan kamus pop-up bergambar akan digunakan bagi mengatasi serta meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dan penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

Rujukan

Abdullah bin Yusoff dan Che Rabiaah binti Mohamed. (2004). Penguasaan bahasa melayu dalam kalangan murid pekak : Suatu sorotan dari perspektif linguistik. Jurnal Bahasa. 4:4, hlm. 639-680.Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. (1993). Teachers investigate their work. An introduction to the methods of action research. London: Routledge.Ang, H. B. (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publication.Asmah, H. O. (1986). Bahasa dan alam pemikiran melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bee H. & Boyd D. (2012). The developing child. Harvard: Pearson Education.Cresswell, J.W. (2005). Educational research : Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merrill Prentice Hall.Hasnah Udin. (1988). Bimbingan kanak-kanak luar biasa. Kuala Lumpur: DBP.Hasuria Che Omar, Haslina Haroon dan Aniswal Abd. Ghani. (2009). Kelestarian bidang penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.Jakobson R. & Halle.M. (1956). Fundamental of language. The Hague: Mouton.K. A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa : Panduan bagi ibu bapa membesarkan anak istimewa. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.Kartini, A.B., Ahamad, S.Y., Rosli, S. & Badrul, H.A.O. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan : Untuk pismp dan dpli. Ipoh: Institut Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh.Mok Soon Sang. (2001). Psikologi pendidikan untuk diploma perguruan semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2002). Psikologi pendidikan untuk kursus diploma perguruan semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.Moog, J.S. & Geers, A.E. (1979). Grammatical Analysis of Elicited Language Simple Sentence Level. St. Louis: Central Institute for the Deaf.Robert Mills Gagne & Marcy Perkins Drisscoll. (1988). Essentials of learning for instruction (2nd Ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.Safani Bari. (2006). Psikologi perkembangan kanak-kanak masalah pendengaran. Seri Kembangan: Meteor Doc.Safani bin Bari. (2006). HBSH 1103 Psikologi dan perkembangan kanak-kanak masalah pendengaran. Selangor: Open University Malaysia.

LAMPIRAN

20