bmk3033 ketrampilan membaca

Upload: nitotony73

Post on 02-Jun-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    1/15

    PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    TAJUK TUGASAN

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    NITO ANAK TONY D20112055167

    KUMPULAN PEMBELAJARAN: UPSI02

    NAMA TUTOR E-LEARNING:DR. DAHLIA BINTI JANAN

    TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2014

    PEMARKAHAN

    Analisis Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    2/15

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

    sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

    supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Dahlia binti

    Janan kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya

    untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    3/15

    Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1 Pengenalan 1

    2 Jawapan kepada soalan I hingga X 1

    3 Rumusan 10

    4 Rujukan 11

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    4/15

    Pengenalan

    Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Dua ditulis berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa

    Melayu KBSM dan Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tingkatan Dua KBSM. Fungsi buku ini

    sebagai bahan untuk kegunaan pelajar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), buku merujuk kepada helaian kertas berjilid yang

    berisi tulisan untuk dibaca atau ruangan-ruangan kosong untuk ditulis manakala teks bermaksud

    kata-kata asli oleh pengarang, petikan dari sesebuah kitab suci, kandungan buku yang utama atau

    tulisan yang dijadikan pokok syarahan dan lain-lain. Dent (1955) mendefinisikan buku teks ialah

    alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain. Gopinathan (1983) pula

    mendefinisikan buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun

    terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa

    kini.

    Jawapan kepada soalan:

    I. Adakah buku teks mencabar pelajar anda? Mengapa?

    Buku teks sebagai panduan dan rujukan khusus bagi para pendidik dan pelajar di sekolah.

    Buku ini hanya sebagai pembekal maklumat asas yang diperlukan oleh guru dan pelajar semasa

    proses pembelajaran dan pengajaran di kelas. Oleh itu, buku teks tidak mencabar pelajar saya

    kerana kandungan yang terdapat di dalam buku teks adalah tetap dan tidak akan berubah bagi

    tempoh yang agak panjang. Situasi ini tidak begitu selari dan setanding dengan perkembangan

    teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini. Apatah lagi dengan kemajuan teknologi

    media massa, penyiaran dan bidang sains yang amat ketara sekarang.

    Ini adalah kerana perkembangan maklumat yang amat cepat dan sering berubah

    disebabkan persaingan yang sengit termasuk bidang bahasa. Ramai pelajar tidak mengira sama

    ada mereka di peringkat sekolah rendah, menengah atau pengajian tinggi lebih peka dan minatuntuk mendapatkan pelbagai maklumat daripada kamus, komputer atau internet. Senario pada

    waktu ini juga telah menunjukkan bahawa ramai pelajar yang kurang berminat untuk belajar

    dengan menggunakan buku teks kerana sudah bosan dengan maklumat yang sama sahaja tanpa

    1

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    5/15

    ada penambahbaikan atau maklumat terkini. Oleh itu, ramai pelajar kita yang lebih berminat

    dengan mencari maklumat daripada telefon pintar atau komputer disebabkan kandungan

    maklumat yang lebih banyak dan menarik.

    II. Adakah buku teks sesuai dalam proses pengajaran dan pembalajaran? Mengapa?

    Penggunaan buku teks adalah relevan dan sesuai pada masa dahulu kerana pada waktu itu

    keadaan begitu jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan zaman moden sekarang. Pada

    zaman dahulu, kita hanya menggunakan alat bantu mengajar seperti buku teks, radio dan

    televisyen sahaja. Tumpuan dan pengetahuan pelajar hanya menggunakan buku teks ketika

    belajar di sekolah. Manakala guru pula hanya menggunakan radio dan televisyen sebagai alat

    untuk membantu mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dan

    pelajar hanya melihat dan merujuk kepada papan hitam sebagai perantara penyampai maklumat

    di antara mereka. Apatah lagi semua tulisan dan gambar di dalam buku teks adalah gambaran

    kaku, tidak berapa jelas dan kurang menarik kerana tidak berwarna-warni. Jadi, penggunaan

    buku teks tidak begitu sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada

    zaman moden yang serba canggih ini.

    Perubahan ini berlaku amat ketara sekali jika kita perhatikan di mana ramai pelajar yang

    langsung tidak membuka atau membaca buku teks, membawa buku teks dan kehilangan buku

    teks. Hal ini adalah disebabkan kurangnya lagi minat dan tumpuan pelajar terhadap buku teks

    kerana mereka lebih berminat kepada telefon bimbit, komputer dan internet. Ini kerana maklumat

    yang terdapat di dalam telefon pintar, komputer riba dan paparan televisyen yang bergerak atau

    hidup, berwarna-warni dan sistem bunyi yang jelas telah menarik lebih ramai tumpuan dan minat

    pelajar. Perbandingan ini amat jelas sekali berdasarkan pemerhatian saya terhadap pelajar di

    sekolah ini termasuklah pelajar di sekolah lain. Perkara ini adalah kenyataan yang perlu kita

    hadapi sekarang kerana kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang meliputi bidang

    pendidikan telah jauh sekali berubah. Ramai pelajar kita yang melibatkan diri secara aktif dalamproses pengajaran dan pembalajaran apabila guru menggunakan teknologi terkini semasa

    mengajar seperti menayangkan sesuatu dengan menggunakan komputer, televisyen dan

    projektor.

    2

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    6/15

    III. Adakah buku teks digunakan sebagai bahan utama atau sekunder dalam kelas anda?

    Mengapa?

    Buku teks masih digunakan sebagai bahan utama di dalam kelas saya untuk menjalankan

    proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana buku teks adalah sebagai panduan am kepada

    semua warga pendidik dan menjadi rujukan khusus untuk para pelajar. Buku teks umpama

    pedoman dan pangkal penggerak ilmu pengetahuan bagi guru dan pelajar. Melalui buku inilah

    kita memperolehi asas sesuatu maklumat sehingga ia berkembang dan bercapah menjadi

    maklumat yang lebih luas dan mendalam. Tanpa buku teks, kita mungkin kehilangan arah atau

    tersasar daripada kehendak dan tujuan yang ingin dicapai oleh kerajaan dan kementerian kita.

    Namun demikian, bahan bantu mengajar yang lain juga digunapakai sebagai pelengkap kepada

    buku teks supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan dan lebih

    bermakna.

    Sebab-sebab yang mempengaruhi penggunaan buku teks sebagai bahan utama saya untuk

    menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan oleh tiga perkara. Pertama

    ialah kedudukan sekolah saya yang terletak di kawasan luar bandar menyebabkan kesukaran

    untuk mendapatkan atau menyediakan bahan bantu mengajar dengan cepat dan mudah bagi

    memudahkan proses pengajaran. Kedudukan sekolah yang jauh dari bandar menyukarkan saya

    untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan lebih menarik. Kedua ialah

    kemudahan yang terdapat di sekolah saya yang agak lama dan tidak mencukupi telah

    menyebabkan saya tidak ada pilihan lain selain daripada menggunakan buku teks sebagai

    rujukan utama dalam kelas. Kebanyakan aktiviti adalah lebih berpandukan kepada aktiviti dalam

    buku teks sahaja. Ketiga ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar kategori kawasan luar bandar yang

    agak miskin menyebabkan saya sukar untuk memaksa pelajar membeli buku rujukan, buku

    latihan atau buku aktiviti tambahan. Taraf hidup mereka yang agak miskin menyebabkan saya

    tidak ada pilihan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan utama dalam kelas.

    IV. Adakah kandungan buku teks komprehensif dan mencakupi apa yang diperlukan?

    Mengapa?

    Kandungan buku teks sememangnya telah diperakui oleh Kementerian Pelajaran

    3

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    7/15

    Malaysia dan disediakan oleh para pendidik yang amat berpengalaman dalam bidang bahasa.

    Selain itu, sukacita dimaklumkan bahawa buku teks yang diperakukan oleh Kementerian

    Pendidikan tidak boleh dibandingkan dengan buku rujukan yang terdapat di pasaran (Abdul

    Rafie Mahat, 2002). Namun demikian, sewaktu menyediakan dan memperakui kandungan buku

    tersebut; senario, pengetahuan dan pengalaman semasa adalah jauh berbeza dengan persekitaran

    serta perubahan mendadak yang cepat mempengaruhi perkembangan bahasa. Maksud saya,

    dalam tempoh sepuluh tahun atau lebih, buku teks yang sama masih digunakan dengan

    kandungan yang sama sedangkan perkembangan dalam bidang bahasa sering berlaku pada setiap

    masa terutama yang berkaitan istilah sains, teknologi dan komunikasi sejagat. Tarikan yang lebih

    kuat daripada pengaruh persekitaran yang lebih menarik dan berkaitan generasi mereka

    menyebabkan kurangnya minat terhadap buku teks.

    Jadi, buku teks kurang komprehensif dan tidak mencakupi kesemua maklumat yang

    lengkap untuk disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana buku

    teks tidak memberi gambaran yang jelas dan lebih realistik berbanding dengan penggunaan

    tayangan atau paparan melalui komputer atau internet yang terus menunjukkan gambaran yang

    lebih hidup dan menarik perhatian pelajar. Begitu juga tentang keterangan maklumat atau

    kandungan dalam buku teks tidak mencakupi segala maklumat yang lebih lengkap, terkini dan

    berdasarkan contoh-contoh semasa yang lebih berkaitan dengan para pelajar kita pada masa kini.

    Mungkin inilah salah satu punca para pelajar kita kurang berminat dengan pelajaran apabila kita

    lebih banyak menggunakan buku teks daripada menayangkan maklumat sebenar seperti video

    cara orang berpidato, berucap, berpantun dan sebagainya. Mungkin juga sesetengah pihak

    menganggap bahawa buku teks sebagai ketinggalan zaman kerana perubahan yang berlaku

    dalam bidang bahasa kita.

    V Adakah buku teks sumber yang baik untuk guru-guru? Mengapa?

    Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengingat para pendidik mestimengajar dengan berpandukan buku teks di sekolah. Peraturan ini telah mewajibkan guru supaya

    mereka tidak lari atau terpesong daripada ajaran dan panduan seperti yang terdapat di dalam

    buku teks. Sekiranya ingkar, guru-guru boleh didenda atau dijatuhkan hukuman daripada

    4

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    8/15

    kementerian. Malah, buku teks telah ditulis oleh guru-guru yang berpengalaman, disemak oleh

    pakar-pakar bahasa dan diperakui oleh pihak kementerian sendiri. Secara tradisinya pula, buku

    teks memang sejak dari zaman dahulu kala lagi telah menjadi panduan asas sama ada bagi guru

    mahupun para pelajar.

    Jadi, buku teks menjadi sumber yang baik untuk guru-guru sebagai panduan bagi

    melaksanakan tugas mereka seharian di sekolah. Tanpa berasaskan buku teks, guru-guru boleh

    dianggap terpesong atau mungkin menyebabkan ajaran sesat kerana tidak ada hala tujunya untuk

    kepentingan pendidikan atau lebih tepat sekali berteraskan subjek tertentu. Melalui buku inilah,

    guru-guru mendapat idea dan ilham untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Melalui buku ini juga, para pelajar kita mendapat maklumat yang sebenarnya tanpa ada tokok

    tambah yang mampu mengelirukan pemikiran pelajar. Seumpama undang-undang negara yang

    mengawal ketenteraman masyarakat kita. Begitu juga dengan buku teks yang memandu dan

    membantu guru demi untuk mencapai hasrat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

    Negara.

    VI Adakah buku teks menggalakkan stail pembelajaran yang pelbagai? Mengapa?

    Buku teks mengandungi beberapa unit yang melibatkan pelbagai kegiatan pengajaran dan

    pembelajaran yang dibentuk berdasarkan sesuatu tema. Dalam setiap unit pula dimuatkan

    objektif pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan di bawah setiap tajuk. Oleh itu, para

    pelajar dan guru mengetahui objektif yang hendak dicapai oleh pelajar dalam sesuatu unit. Bagi

    memudahkan para pelajar memahami sesuatu konsep, maka buku ini juga menyediakan nota.

    Jadi, para pelajar akan lebih mudah menggunakan buku teks ini. Pelbagai latihan juga dimuatkan

    di dalam buku teks bagi memenuhi kehendak hasil pembelajaran yang harus dikuasai oleh para

    pelajar dalam bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Latihan ini disediakan

    berdasarkan aras yang ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Pelabagai latihan bagi

    kemahiran generik turut dimuatkan dalam buku ini. Kemahiran ini meliputi kemahiran berfikir,kemahiran cara belajar, kemahiran kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, patriotisme,

    kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta nilai murni.

    Adanya teks utama di dalam buku teks yang dipersembahkan dalam pelbagai format

    5

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    9/15

    seperti dialog, rencana, surat rasmi, surat tidak rasmi, ucapan, syarahan, cerpen, fiksyen, berita

    dan laporan lawatan. Isi kandungan bahan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sejarah,

    geografi, sastera, sukan, kebudayaan, pelancongan, ekonomi, sains dan teknologi, teknologi

    maklumat dan telekomunikasi serta astronomi. Maka, pelajar yang belajar bahasa dengan

    menggunakan buku teks akan memperolehi ilmu pengetahuan yang luas. Selain itu, pengajaran

    sistem bahasa iaitu tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan dan sebutan serta intonasi juga

    dimuatkan di dalam buku teks (Shamsul Yusri bin Mohd Yusop dan Asiah binti Abdul Rahman,

    2003).

    VII Apakah bahagian / seksyen dalam buku teks yang anda dapati sangat / kurang membantu

    dalam pengajaran anda? Mengapa?

    Bahagian yang pertama ialah bahagian interpersonal dalam buku teks kurang membantu

    dalam pengajaran saya. Bahagian ini lebih menumpukan kepada hubungan antara pelajar atau

    lebih kepada aktiviti berkumpulan. Hal ini menyebabkan suasana kelas boleh menjadi bising

    apabila pelajar masing-masing berebut untuk bercakap atau menyatakan pendapat mereka

    tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Malah, terdapat segelintir pelajar lain pula yang suka

    berdiam diri, tidak yakin dan hanya menyokong idea rakan sekelas. Jadi, bahagian ini kurang

    memberi ruang yang adil dan sama rata bagi pelajar yang lemah dan tidak yakin dengan diri

    sendiri. Bahagian ini biasanya akan dimonopoli oleh pelajar yang aktif dan cerdas serta

    mempunyai pengalaman berkaitan sesuatu perkara yang diperkatakan dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Sepatutnya, kita sebagai pendidik perlu juga mengimbangkan keperluan

    interpersonal dengan intrapersonal bagi melahirkan individu yang seimbang dan harmonis

    berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Bak kata pepatah kenalilah diri sendiri sebelum

    mengenali orang lain akan melengkapkan lagi persepsi, keyakinan dan kemajuan pelajar.

    Bahagian kedua yang kurang membantu dalam pengajaran saya ialah bahagian maklumat

    dalam buku teks ini. Bahagian ini memang mengandungi maklumat yang asas atau padadasarnya sahaja yang belum memadai bagi saya menerangkan dan menjelaskan dengan lebih

    terperinci dan mendalam kepada para pelajar. Ini kerana kandungan maklumat tersebut hanya

    terbatas atau terhad kepada apa yang ada di dalam buku teks sahaja. Oleh itu, situasi ini

    6

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    10/15

    menimbulkan masalah apabila pelajar menyoal perkara atau maklumat yang ada kaitan atau

    maklumat tambahan untuk memastikan maklumat yang tepat sekali. Kadang-kala saya berada

    dalam situasi kurang pasti untuk memastikan sesuatu maklumat itu adalah sahih dan berkaitan

    dengan maklumat seperti yang terdapat di dalam buku teks. Oleh sebab itu, maklumat yang

    terkandung di dalam buku teks perlu kerap dikemaskini supaya lebih lengkap dan tepat.

    VIII Adakah anda membuat sebarang perubahan kepada kandungan / aktiviti di dalam

    buku teks ketika anda mengajar?

    Saya tidak pernah membuat sebarang perubahan kepada kandungan di dalam buku teks

    ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang dilakukan adalah

    dianggap melanggar arahan kementerian yang telah mengarahkan para pendidik supaya tidak

    mengubah apa-apa kandungan di dalam buku teks. Oleh itu, setiap sesi pengajaran dan

    pembelajaran yang saya laksanakan adalah berpandukan kandungan buku teks. Ini bertujuan

    untuk mematuhi arahan dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian agar

    guru tidak mengubah kandungan di dalam buku teks.

    Namun begitu, saya terpaksa mengubah beberapa bahagian aktiviti yang dianggap tidak

    sesuai disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pertama ialah kesesuaian aktiviti dari segi tahap

    kecerdasan pelajar untuk melaksanakan dan menjayakan sesuatu aktiviti tersebut. Ini kerana

    terdapat aktiviti yang tidak mampu untuk dilaksanakan oleh kumpulan pelajar terutama mereka

    yang agak lemah. Jadi, aktiviti tersebut terpaksa diubahsuai bagi memudahkan mereka

    menguasai dan memahami isi kandungannya. Kedua ialah kemudahan yang ada dan boleh

    digunakan pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini kerana kemudahan

    seperti pusat sumber, pusat akses dan bilik komputer yang terhad menyukarkan guru dan pelajar

    untuk menjayakan aktiviti pengajaran supaya lebih berkesan dan lancar. Jadi, terpaksalah sesuatu

    aktiviti dijalankan secara ala kadar sahaja kerana kekurangan untuk membuat tayangan video

    atau paparan skrin yang lebih menarik dan berkesan. Ketiga pula ialah kesediaan pelajar untukmelibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang akan dikelolakan di kelas. Hal ini adalah

    disebabkan pengaruh suasana kelas, keadaan cuaca atau pengaruh persekitaran dan pengetahuan

    sedia ada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan. Oleh itu, sesuatu aktiviti terpaksa diubah

    7

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    11/15

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    12/15

    akan menambah tiga bahagian ke dalam buku teks. Pertama ialah kemahiran sosial kerana

    kemahiran ini amat penting berdasarkan situasi dan gejala yang sering berlaku telah melibatkan

    ramai golongan pelajar kita di sekolah. Gejala yang dimaksudkan ialah masalah ponteng sekolah,

    merokok, berpasangan dan sebagainya telah banyak melibatkan para pelajar yang di bawah

    umur. Hal ini berlaku kerana kelemahan kemahiran sosial pelajar kita yang mudah terpengaruh

    dan tidak pandai menilai baik buruk sesuatu tindakan yang mereka lakukan. Oleh itu, dengan

    adanya penerapan kemahiran sosial dalam buku teks akan dapat membantu pelajar untuk belajar

    cara bergaul yang beradab dan menilai sesuatu perkara yang perlu dan baik semasa pergaulan.

    Hasil kajian yang dilakukan oleh Halliday ( 1975), seorang pakar linguistik Amerika Syarikat

    dan Vygotsky (1978), seorang ahli psikologi Russia, telah menjadi asas bagi konsep yang

    menegaskan bahawa kanak-kanak belajar dengan secara bersosialisasi dengan rakan sebaya dan

    orang dewasa dan pembelajaran bahasa berlaku secara holistik menerusi proses sosialisasi

    tersebut (Mahzan Arshad, 2003).

    Bahagian kedua ialah satu bahagian untuk penerapan nilai-nilai murni terhadap para

    pelajar kita. Seperti kata pepatah Budi bahasa budaya kita dan Bahasa melambangkan bangsa

    telah semakin pudar diamalkan oleh generasi muda sekarang. Walaupun terdapat beberapa mata

    pelajaran lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, dan Pendidikan

    Agama diajar di sekolah. Namun, kesannya yang dapat kita perhatikan pada dunia hari ini masih

    kurang berkesan kerana kita sendiri sentiasa mendengar berita, melihat televisyen dan membaca

    suratkhabar bahawa setiap hari ada sahaja kes yang melibatkan pelajar kita yang tidak

    mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Manakala bahagian ketiga ialah kandungan buku teks tersebut boleh dipindahkan ke

    dalam bentuk cakera keras(CD/DVD) atau pen-drive berbanding dengan penggunaan sebuah

    buku teks. Ini kerana kita mampu menjimatkan kos pencetakan buku teks, bentuk yang lebih

    selamat dan tahan lama, dan mengurangkan beban pelajar mengangkut beg yang berat untuk

    dibawa ke sekolah pada setiap hari. Kaedah ini dapat membawa banyak faedah kepada guru danpelajar kerana dengan cara ini kita juga mampu mengaplikasi kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi terutama pada zaman moden ini. Begitu juga apabila pihak kementerian hendak

    membuat perubahan atau penambahbaikan kandungan buku teks, pihak tersebut tidak perlu

    9

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    13/15

    melibatkan kos, masa dan tenaga yang banyak dengan menggunakan kaedah ini.

    Rumusan

    Penggunaan buku teks ini diharapkan mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar

    dalam menguasai bahasa Melayu. Di samping itu, penyediaan buku teks ini juga boleh

    membantu para pelajar untuk memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Oleh itu, para pelajar dan

    guru perlu memanfaatkan kandungan buku teks ini sebaik-baik mungkin untuk mencapai

    kejayaan dalam peperiksaan. Harapan agar buku teks ini dapat melahirkan generasi muda yang

    seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta produktif dan

    bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air. Selain itu, penyediaan buku teks ini

    adalah bagi memudahkan guru melaksanakan dan menjayakan proses penagajaran dan

    pembelajaran di sekolah. (2998 patah perkataan)

    10

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    14/15

    Rujukan

    Ismail Zain (2002).Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publications

    & Distributor Sdn. Bhd.

    Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Dua.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan

    Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Mahzan Arshad (2003).Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu.Kuala

    Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.Kuala Lumpur:

    Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur:

    Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).Pembelajaran Akses Kendiri.Kuala Lumpur: Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala

    Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    11

  • 8/10/2019 BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA

    15/15

    Shamsul Yusri bin Mohd Yusop, Asiah binti Abdul Rahman (2003).Bahasa Melayu Tingkatan

    2.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tierney, R.J. & Readance, J.E. (2000).Reading Strategies & Practices: A Compedium. America:

    Allyn Bacon Pearson Education Company.

    Zainal Abidin Abdul Wahid (2001).Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    12