kaedah membaca

25
iSina Global Media (001611918-P)

Upload: abdjars

Post on 20-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Profil I-sina

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Membaca

iSina Global Media (001611918-P)

Page 2: Kaedah Membaca

ISINA GLOBAL MEDIA merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan dan latihan pendidikan. Ianya dibarisi oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang akademik yang berkongsi misi yang sama dalam arena pendidikan. Kualiti yang tinggi dan keberkesanan program pendidikan dalam sesebuah penerbitan dan modul latihan menjadi keutamaan bagi syarikat. Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan keberkesanan ke atas majoriti kanak-kanak, ISINA GLOBAL MEDIA telah mengusahakan satu inisiatif untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi kesukaran membaca dalam satu program yang dipanggil Program JOMBACA.

PENGENALAN

BIODATA SYARIKAT

PENGURUSAN

AKTIVITI

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Page 3: Kaedah Membaca

Nama Syarikat ISINA GLOBAL MEDIA

No Pendaftaran 001611918-P

Tahun Ditubuhkan APRIL, 2006

Jenis Perniagaan

• Penerbitan Modul Latihan Pendidikan • Penerbitan Buku • Pusat Latihan Pendidikan

Alamat

No 7-1A, Tingkat 1, Jalan GJ2, Tmn Gombak Jaya, Batu 6 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Telefon 03 – 4142 3917

Fax 03 – 4142 3934

Web www.i-sina.net

Email [email protected]

Nama Bank 1

Bank Islam (M) Berhad Taman Melawati 1211 30 100 25604

Nama Bank 2

Maybank Berhad Pasar Gombak 5142 2622 1966

Pengurus Besar Ahmad Latifi Abd Rahman 016 – 2112 474

Pengurus Program dan Akademi iSINA

Rahmalizah Ali 016 - 2112 470

MISI Memberi latihan pendidikan dan bimbingan agar lebih anak-anak buta huruf dan keciciran dalam pelajaran dapat dibantu agar mendapat peluang akademik yang lebih cerah.

VISI Menjadi satu organisasi ulung dan berinovasi yang mampu menyediakan perkhidmatan latihan pendidikan ke seluruh negara.

OBJEKTIF Membantu mengurangkan kadar buta huruf di kalangan anak-anak dari semua golongan masyarakat

BIODATA SYARIKAT

PENGENALAN

PENGURUSAN

AKTIVITI

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Page 4: Kaedah Membaca

Pihak pengurusan ISINA GLOBAL MEDIA merupakan barisan individu yang berpengalaman dan berdedikasi dalam mengutamakan kualiti dan keberkesanan dalam penerbitan buku dan modul latihan pendidikan. Di bawah pusat latihan AKADEMI iSINA, terdapat lebih daripada 20 tenaga pengajar yang terlatih serta berpengalaman dalam bidang latihan, terutama dalam usaha membantu membenteras “buta huruf” di kalangan pelajar sekolah.

AHMAD LATIFI ABDUL RAHMAN

(PENGURUS BESAR)

NOOR AZWA MANSUR (Pengurus Pentadbiran)

TENAGA PENGAJAR

Korsiah Abdul Nor Azizah Binti Yaakub Nurzawani Binti Abdul Aziz Ruzita Bt Mohd Salleh Ummi Nur Syuhadah Bt Mohamad Che Sakinah Bt Che Aziz Harisun Bt Othman Md Khiar Bin Ahmad Khairul Bakri Bin Mohd Ali Wan Safiah Binti Wan Daud Wan Mariah Binti Wan Daud Noor Atikah Bt Abd Rahman Shakiroh Shawakir bt Salleh Suhailey Bt Shamsudin Muhammad Faizal Naheed Azhari

NOR AZIAH BINTI MOHD HASSAN (Pengurus Hal Ehwal

Pelajar)

NOOR HAFIMI BT MOHAMED JOHARI (Pengurus Projek)

RAHMALIZAH ALI (PENGURUS PROGRAM & AKADEMI iSINA)

PROF EMERITUS DATUK DR NIK SAFIAH KARIM

(Penasihat Program iSIna)

PENGURUSAN

PENGENALAN

BIODATA SYARIKAT

AKTIVITI

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Page 5: Kaedah Membaca

ISINA GLOBAL MEDIA menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah, terutama yang lemah dan menghadapi masalah buta huruf serta keciciran dalam bidang akademik di sekolah. ISINA GLOBAL MEDIA juga telah menubuhkan TABUNG “JOMBACA” yang membiayai pembelajaran dan latihan untuk pelajar-pelajar dari kalangan keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Berikut adalah beberapa aktiviti utama iSINA GLOBAL MEDIA.

• Kelas Pemulihan Membaca dan Menulis BM

• Kelas Membaca dan Klinik Bahasa Inggeris

• Kelas Klinik Matematik

•Kelas Fardhu Ain dan Membaca al-Quran.

AKADEMI iSINA

• Program Pemulihan Membaca dan Menulis jangka pendek (20 hari ) untuk pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

• Program Pemulihan Membaca dan Menulis Intensif jangka pendek (30 - 32 hari) untuk murid-murid sekolah dari umur 7 tahun.

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

• Program Pemulihan Membaca dan Menulis Intensif jangka pendek (32 hari) untuk anak-anak ASNAF dari umur 7 tahun .

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

• Kursus separuh hari untuk melatih guru-guru tadika/pra-sekolah dan ibubapa tentang bagaimana hendak mengajar anak-anak kecil membaca menggunakan teknik iSINA.

LATIHAN iSINA UNTUK GURU DAN IBUBAPA

•Pelbagai buku dan modul latihan untuk murid-murid telah diterbitkan sendiri oleh ISINA GLOBAL MEDIA yang kebanyakannya digunakan di dalam kesemua program di atas.

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

AKTIVITI

PENGENALAN

PENGURUSAN

BIODATA SYARIKAT

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Page 6: Kaedah Membaca

AKADEMI iSINA ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai sebuah pusat latihan amal yang bertujuan membantu kanak-kanak meng-uasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan berkesan. Seawal umur 4 tahun, kebanyakan

pelajar Akademi iSina, telah berjaya menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Kelas-kelas pemulihan juga diadakan untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis serta murid-murid yang menghadapi masalah keciciran dalam pembelajaran di sekolah. Kesemua MODUL LATIHAN yang digunakan dimiliki sepenuhnya oleh ISINA GLOBAL MEDIA.

KELAS MEMBACA DAN MENULIS

BAHASA MALAYSIA

• Kelas Membaca untuk anak-anak seawal umur 4 tahun.

• Kelas Pemulihan membaca dan menulis untuk murid sekolah dari umur 7 tahun hingga ke dewasa.

•Kelas Asas Penulisan Bahasa Malaysia

KELAS MEMBACA DAN KLINIK BAHASA

INGGERIS

• Kelas Membaca untuk kanak-kanak seawal umur 5 tahun.

• Kelas Klinik Bahasa Inggeris “ Grammar and Vocabulary” untuk murid-murid yang keciciran dalam subjek Bahasa Inggeris

KELAS KLINIK MATEMATIK

• Kelas Klinik Matematik memfokus kepada kefahaman dan latihtubi dalam membentuk kemahiran asas matematik. Kelas ini adalah untuk murid-murid yang keciciran dan sangat lemah.

KELAS FARDHU AIN DAN AL-QURAN

•Kelas diadakan secara percuma untuk anak-anak 9 hingga 16 tahun dari keluarga miskin di kawasan Gombak bagi membentuk akidah dan akhlak mulia yang dapat membendung mereka dari gejala tidak sihat.

AKADEMI iSINA

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAILAND)

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

Kelas Pemulihan membaca dan menulis, serta kelas-kelas klinik Bahasa Inggeris dan Matematik di AKADEMI iSINA, diberikan

secara PERCUMA untuk murid-murid sekolah dari keluarga miskin dan kurang berkemampuan yang merangkumi 75%.

daripada kesemua pelajar yang belajar di Akademi iSina.

AKTIVITI

Page 7: Kaedah Membaca

AKADEMI ISINA bertempat di No 7-1A, Jalan GJ2, Taman Gombak Jaya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Sejak tahun 2006, Akademi i-Sina telah berkembang dan kini mempunyai ruang belajar yang luas untuk murid-murid dengan kepadatan maksima 100 orang pada satu masa. Fasiliti di Akademi iSINA merangkumi: • 1 bilik Seminar yang boleh memuatkan 40

orang, dengan kelengkapan kerusi, meja , penghawa dingin serta alat pemancar LCD.

• 1 bilik Kelas Pemulihan Membaca dan Menulis yang boleh memuatkan 15 orang.

• 1 bilik Kelas Membaca Bahasa Inggeris yang boleh memuatkan 15 orang.

• Ruang luas untuk program fardhu ain dan membaca al-Quran yang boleh memuatkan 30 orang.

• Satu bilik pentadbiran dan pejabat.

AKADEMI iSINA

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

LATIHAN ISINA UNTUK GURU & IBUBAPA

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

AKTIVITI

Sehingga kini, AKADEMI ISINA telah membantu lebih seribu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran

membaca dan menulis dengan lebih baik.

Page 8: Kaedah Membaca

ISINA GLOBAL MEDIA menjalankan program dengan kerjasama pihak sekolah dan penajaan pihak luar untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah menengah dan rendah untuk mengatasi kesukaran membaca dan menulis mereka, sekaligus mengurangkan peratus buta huruf di sekolah-sekolah tersebut. Biasanya, program-program di sekolah dijalankan secara intensif selama 32 hari untuk sekolah rendah dan 20 hari untuk sekolah menengah dengan kejayaan yang melebihi 80%. Antara sekolah rendah yang pernah terlibat dalam program JOMBACA iSINA: SK Setapak Indah SK Taman Melati SK Gombak 1 & 2 SK Gombak Utara SK Sg Tua Baharu SK Klang Gate SK Tmn Melati SK Seri Perak

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

• Dijalankan selama 20 hari pada Jun dan Julai 2011

• Seramai 60 murid peralihan, tingkatan 1 hingga 5 di mana 70% terdiri daripada pelajar berbangsa Cina.

• 53 pelajar (88%) berjaya menguasai kemahiran membaca.

• Program ditaja oleh ISINA GLOBAL MEDIA dan PIBG sekolah.

JOMBACA

SEK MENENGAH KEBANGSAAN

RAWANG

• Dijalankan selama 6 bulan dari tahun 2011 dan 2012

• Seramai 105 pelajar dari tingkatan 1 hingga 4, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu.

• 88 pelajar ( 84%) berjaya menguasai kemahiran membaca.

•Program ditaja sepenuhnya oleh BANK ISLAM (M) BERHAD

JOMBACA

SEK MENENGAH K. GOMBAK SETIA

AKTIVITI

LATIHAN ISINA UNTUK GURU & IBUBAPA

Page 9: Kaedah Membaca

PROGRAM JOMBACA SMK RAWANG

PROGRAM JOMBACA SK GOMBAK 2

Page 10: Kaedah Membaca

Program Kem Cuti Sekolah telah dijalankan sejak tahun 2006. Ianya berlangsung sepanjang cuti sekolah pada setiap hujung tahun (November hingga akhir Disember). Program ini mensasarkan murid-murid di sekitar kawasan Gombak/Setapak, Kuala Lumpur. Komuniti dari penempatan-penempatan kos rendah seperti flat bandaraya (PPR dan PPRT) dan kampung-kampung setinggan dan orang asli menjadi tumpuan program. Murid-murid buta huruf dari kalangan keluarga miskin di dalam komuniti ini diambil untuk menyertai program secara PERCUMA. Kebanyakan program ditaja oleh individu-individu dan syarikat-syarikat swasta. Biasanya program berlangsung selama 32 hari, 2 jam sehari, dan murid diberikan makan dan disediakan pengangkutan secara percuma.

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

AKTIVITI

KEM 2006

• Program percubaan yang hanya mempunyai 20 orang peserta antara umur 6 hingga 12 tahun.

• berlangsung di Akademi iSina

• 18 berjaya membaca.

•Kejayaan = 90%

KEM 2007

•Program yang melibatkan penajaan anak-anak miskin yang pertama diadakan.

•Sasaran komuniti: PPR Gombak Setia.

•berlangsung di Akademi iSina

• 59 peserta dan 54 berjaya membaca.

• Kejayaan = 91.5%

KEM 2008

•Sasaran komuniti diperluaskan ke Kg Kerdas dan Changkat, Jalan Gombak.

• berlangsung di Kompleks Anjung Rahmat

• 76 peserta dan 69 berjaya membaca.

• Kejayaan = 90.8%

KEM 2009

•Sasaran komuniti diperluaskan ke Kg Org Asli Batu 12 Jln Gombak, Klang Gate, Wangsa Maju dan Sentul.

• berlangsung di Akademi iSina.

• 186 peserta dan 170 berjaya membaca.

• Kejayaan = 91.4%

Pada waktu cuti sekolah hujung tahun 2010 dan 2011, iSINA GLOBAL MEDIA tidak menjalankan kem JOMBACA ini besar-besaran kerana terlibat dalam program Literasi

Zakat Selangor di Sungai Besar (2010) dan di Bukit Beruntung (2011).

LATIHAN ISINA UNTUK GURU & IBUBAPA

Page 11: Kaedah Membaca

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2007

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2008

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2009

Page 12: Kaedah Membaca

Majlis penutup telah dimeriahkan dengan kehadiran salah satu daripada penaja Program Kem Membaca,

iaitu Pertubuhan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)

MAJLIS PENUTUP, PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2009

Page 13: Kaedah Membaca

PROGRAM JOMBACA KEM SUTI SEKOLAH – PANTAI DALAM 2013

Dengan kerjasama sebuah NGO, iaitu, ADRF Malaysia, Program JOMBaca telah diadakan di Dewan Orang Ramai, PPR Sri Pantai, Pantai Dalam. Program yang telah mendapat sumbangan dari penyumbang individu dan Kumpulan Syarikat OUG ini telah diadakan selama 30 hari bermula 25 November 2013 hingga 28 Disember 2013. Buat pertama kali Program JOMBaca dilaksanakan di kawasan perumahan peserta-peserta itu sendiri, maka kehadiran adalah tidak begitu memuaskan. Buat pertama kalinya juga, ramai anak-anak dari golongan berbangsa India (36%) menyertai program.

•25 Nov – 28 Dis 2013

•Peserta 72 orang

• 62 orang berjaya

•Kejayaan 86.11%

•Kehadiran 75.49 %

Penerima anugerah kehadiran penuh.

Page 14: Kaedah Membaca

iSINA GLOBAL MEDIA, dibawah naungan NGO, GLOBAL PEACE MISSION, telah menjalankan Program Literasi 2011 di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor. Dengan perlantikan sebagai konsultan Program Literasi yang bertujuan mengurangkan kadar buta huruf di kalangan ASNAF Selangor, iSina Global Media telah menjalankan 8 buah program di 7 buah daerah di Selangor bermula akhir tahun 2010 dan sepanjang tahun 2011. Berikut adalah butiran ringkas program-program yang telah dijalankan mengikut daerah-daerah serta kejayaan yang telah dikecapi bagi setiap program.

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

SG BESAR, SABAK BERNAM

• Disember 2010

• Program perintis

• Peserta 42 orang

• 30 orang berjaya

• Kejayaan 71%

• Kehadiran 71%

SELAYANG, GOMBAK

•21 April – 4 Jun 2011

•Peserta 70 orang

• 62 orang berjaya

•Kejayaan 88.6%

•Kehadiran 92%

BANTING, KUALA LANGAT

• 28 April – 11 Jun 2011

• Peserta 48 orang

• 43 orang berjaya

•Kejayaan 90%

• Kehadiran 88%

KELANG

•20 Jun – 30 Julai 2011

•Peserta 68 orang

• 60 orang berjaya

• Kejayaan 88%

• Kehadiran 89%

CHERAS, HULU LANGAT

•22 Jun – 31 Julai

• Peserta 76 orang

• 70 orang berjaya

• Kejayaan 92%

• Kehadiran 95%

SUNGAI BESAR 2, SABAK BERNAM

•29 Sep – Nov 5

• Peserta 69 orang

• 62 orang berjaya

• Kejayaan 90%

• Kehadiran 78%

TG KARANG, KUALA SELANGOR

•5 Okt – 12 Nov

• Peserta 80 orang

• 69 orang berjaya

• Kejayaan 93%

• Kehadiran 76%

BKT BERUNTUNG, HULU SELANGOR

•10 Nov – 17 Dis

• Peserta 85 orang

• 76 orang berjaya

• Kejayaan 89%

• Kehadiran 90%

AKTIVITI

LATIHAN ISINA UNTUK GURU & IBUBAPA

Page 15: Kaedah Membaca

SELAYANG, GOMBAK

BANTING , KUALA LANGAT

Page 16: Kaedah Membaca

KELANG

CHERAS, HULU LANGAT

Page 17: Kaedah Membaca

SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM

TG KARANG, KUALA SELANGOR

Page 18: Kaedah Membaca

Pada tahun 2012, Program JOMBaca telah dijalankan di 2 kawasan di dalam daerah Petaling. Daerah mempunyai kepadatan penduduk miskin bandar yang tinggi. 2 buah kawasan yang dipilih adalah seperti berikut: 1) PUCHONG

2) KOTA DAMANSARA

10 Sep – 13 Okt Peserta = 64 orang 58 orang berjaya. Kejayaan = 90.63% Kehadiran = 90.74%

3 Sep – 6 Okt Peserta = 58 orang 52 orang berjaya. Kejayaan = 89.66% Kehadiran = 89.89%

BUKIT BERUNTUNG, HULU SELANGOR

Page 19: Kaedah Membaca

iSINA GLOBAL MEDIA juga menyediakan latihan untuk para guru dan ibubapa tentang cara menggunakan teknik i-Sina semasa mengajar anak-anak membaca. Kursus yang memakan masa lebih kurang 8 jam itu memberi penjelasan bagaimana memberi kefahaman kepada anak-anak ketika mengajar dia membaca menggunakan i-Sina. Buku rujukan utama dalam latihan ini adalah buku “ i-Sina : Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif”. Sehingga kini, iSINA GLOBAL MEDIA masih menawarkan latihan kepada ibubapa dan Guru yang berminat.

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM JOMBACA RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAILAND)

PENERBITAN BUKU DAN MODUL LATIHAN

LATIHAN ISINA UNTUK

GURU & IBUBAPA

AKTIVITI

Pada tahun 2007, iSINA GLOBAL MEDIA telah memberikan latihan kepada 256 guru-guru Tabika

Perpaduan Wilayah Persekutuan

Page 20: Kaedah Membaca

iSINA GLOBAL MEDIA telah menerbitkan pelbagai buku dan modul latihan yang kesemuanya digunakan dalam program-program yang dijalankan samada di dalam mahupun di luar Akademi ISINA.

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM JOMBACA

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAILAND)

PENERBITAN BUKU DAN

MODUL LATIHAN

AKTIVITI

LATIHAN ISINA UNTUK GURU & IBUBAPA

MODUL LATIHAN KLINIK BAHASA INGGERIS

MODUL LATIHAN KLINIK MATEMATIK

Terdapat 15 buku latihan untuk melatih murid-murid yang sangat lemah dan keciciran dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Tujuan modul ini ialah agar murid dapat menguasai “Grammar dan Vocabulary” serta menulis karangan pendek tahap sekolah rendah (UPSR).

Terdapat 24 buku latihan untuk melatih murid-murid yang sangat lemah dan keciciran dalam matapelajaran Matematik. Tujuan modul ini ialah agar murid dapat menguasai kemahiran asas mengira dan menyelesaikan masalah matematik tahap rendah (UPSR).

MODUL LATIHAN MEMBACA iSINA

i-Sina : Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif memuatkan sebuah program lengkap untuk mengajar kanak-kanak dari umur 4 tahun ke atas untuk mula mengenal huruf dan mula membaca dalam Bahasa Malaysia. Modul ini juga mempu- nyai 4 buku latihan menulis.

MODUL LATIHAN PEMULIHAN MEMBACA

PROGRAM PEMULIHAN i-SINA. Adalah satu program lengkap yang boleh membantu murid dan pelajar sekolah untuk mengatasi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Terdapat 4 set modul latihan penulisan untuk mengatasi keciciran dalam penulisan Bahasa Melayu iaitu:

MODUL 1: Bina perkataan (11 buku) MODUL 2 : Ayat mudah ( 13 buku) MODUL 3 : Asas B.Malaysia ( 12 buku) MODUL 4: Kefahaman (10 buku)

MODUL MEMBACA B INGGERIS

Early Reading in English adalah satu program lengkap yang boleh membantu mu- rid dan pelajar sekolah untuk menguasai ke- mahiran membaca da- lam Bahasa Inggeris. Modul membaca Bahasa Inggeris juga mempunyai 4 set buku latihan.

Page 21: Kaedah Membaca

ISINA GLOBAL MEDIA sentiasa berhadapan dengan golongan masyarakat yang kurang berkemampuan semasa menjalankan program-program JOMBACA dan aktiviti-aktiviti membantu mengurangkan kadar buta huruf. Oleh kerana itu, sejak tahun 2007, iSINA GLOBAL MEDIA telahpun membuat inisiatif untuk menjalankan program-program bersifat kemasyarakatan demi membantu golongan yang miskin dan kurang berkemampuan.

Berikut adalah beberapa inisiatif program kemasyarakatan yang telah dijalankan:

• Pengumpulan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai supaya dapat diagihkan kepada yang memerlukan terutama pakaian kanak-kanak semasa menjelang hari raya aidil fitri.

SUMBANGAN MAKANAN & PAKAIAN TERPAKAI

• Lawatan ke rumah-rumah fakir miskin yang terdiri daripada keluarga anak-anak yang menyertai program JOMBACA. Lawatan disertai individu-individu yang sentiasa memberi sokongan kepada program JOMBACA dan ingin meninjau sendiri keadaan keluarga fakir miskin dan melihat sendiri keberkesanan Program JOMBACA ( menggunakan i-SINA).

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN JOMBACA

• Program untuk menaikkan semangat dan keyakinan diri anak-anak yang menyertai JOMBACA agar tidak malu dan berasa rendah diri untuk tampil di khalayak ramai.

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

• Program Belajar Membaca i-Sina untuk anak-anak fakir miskin dan anak-anak yatim di Tak Bai, Selatan Thailand.

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN

THAILAND)

PROGRAM KEMASYARAKATAN

PENGENALAN

PENGURUSAN

BIODATA SYARIKAT

AKTIVITI

Page 22: Kaedah Membaca

Sejak tahun 2007, ISINA GLOBAL MEDIA telah memulakan usaha mengumpul dan mengagihkan pakaian terpakai kepada golongan fakir miskin. Pada mulanya, aktiviti pengagihan hanya dijalankan menjelang hari raya aidil fitri. Namun, memandangkan sumbangan orang ramai semakin banyak, ISINA GLOBAL MEDIA mengambil inisiatif untuk membuat pengagihan pakaian terpakai ini dengan lebih kerap. Pengagihan dilakukan kepada keluarga-keluarga miskin dari program JOMBACA dan golongan ASNAF dari program tajaan Lembaga Zakat Selangor. Ada juga lawatan yang dibuat ke kampung-kampung orang asli dan fakir miskin untuk proses pengagihan. Sumbangan makanan seperti beras, minyak, gula dan tepung juga turut diberikan.

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN JOMBACA

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN TERPAKAI

PROGRAM KEMASYARAKATAN

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAI)

KAMPUNG ORANG ASLI SUMBANGAN BISKUT RAYA DARI MAYBANK

PROGRAM BERSAMA MYCORP DAN GPM

Page 23: Kaedah Membaca

Pada 19 November 2011, ISINA GLOBAL MEDIA telah membuat satu inisiatif untuk membawa beberapa orang sukarelawan program JOMBACA untuk melawat program JOMBACA yang dilakukan di luar kawasan bandar. Kawasan yang dilawati adalah Tanjung Karang daerah Kuala Selangor. Kunjungan telah dibuat ke beberapa rumah fakir miskin di sekitar Tanjung Karang dengan memberikan sumbangan wang dan makanan. Pada sebelah malam, kumpulan sukarelawan juga telah mengunjungi tempat JOMBACA untuk memerhatikan program yang berlangsung. Peserta-peserta JOMBACA juga turut dihiburkan dengan persembahan bercerita dan nasyid oleh seorang sukarelawan pada hujung program.

SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN TERPAKAI

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN JOMBACA

PROGRAM KEMASYARAKATAN

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAI)

Page 24: Kaedah Membaca

Pada Oktober 2010, satu Pertandingan Drama Pementasan telah dijalankan oleh ISINA GLOBAL MEDIA dengan kerjasama GLOBAL PEACE MISSION. Pementasan tersebut telah melibatkan 40 orang kanak-kanak yang kebanyakannya juga merupakan bekas peserta JOMBACA yang dahulunya mempunyai kesukaran dalam menguasai skil membaca dan menulis. 4 drama telah dipentaskan oleh 4 kumpulan kanak-kanak dengan dilatih secara sukarela oleh sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa. Usaha ini adalah untuk memberi semangat dan keyakinan diri kepada kanak-kanak yang dahulunya tidak mahir membaca.

SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN TERPAKAI

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN JOMBACA

PERTANDINGAN DRAMA

JOMBACA

PROGRAM KEMASYARAKATAN

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAI)

Kanak-kanak dan fasilitator masing-masing sedang dalam sesi latihan 2 hari sebelum pementasan bermula.

Page 25: Kaedah Membaca

iSINA GLOBAL MEDIA dengan kerjasama GLOBAL PEACE MISSION, telah menjalankan Program Jombaca khusus untuk Pusat Kebajikan dan Anak-anak Yatim Tak Bai atau AYATA. AYATA terletak di daerah Naratiwat, Selatan Thailand yang bersempadan dengan Negeri Kelantan, Malaysia. Terdapat tiga daerah besar di Selatan Thailand di mana majoriti masyarakatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, iaitu daerah Narathiwat, Pathani dan Yala. Terdapat ramai anak-anak yatim di daerah-daerah ini di mana penduduknya ditindas dan tidak mendapat pembelaan sepenuhnya. Anak-anak Melayu Islam di Selatan Thailand berdepan dengan situasi yang agak sugul di mana mereka tidak mendapat pendedahan yang cukup untuk belajar membaca tulisan rumi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang boleh memberi mereka peluang pendidikan lepas sekolah yang lebih besar. Maka, ISINA GLOBAL MEDIA telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak yatim di daerah Narathiwat di bawah AYATA, dengan memberikan latihan guru dan membekalkan modul-modul latihan iSINA secara PERCUMA. Program JOMBACA di AYATA telah dimulakan sejak bulan Januari 2012 sehingga sekarang, dikendalikan oleh guru-guru terlatih (dilatih oleh ISINA pada tahun 2011) dan kini telah berjaya menunjukkan hasil yang positif. ISINA GLOBAL MEDIA juga telah memberi latihan percuma pada 21 Januari 2012 kepada lebih kurang 30 orang guru tadika di seluruh daerah Narathiwat.

SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN TERPAKAI

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN JOMBACA

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN THAILAND)

PROGRAM KEMASYARAKATAN