bbm 3411- nota ketrampilan

105
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Upload: jny-germayne-jimah

Post on 24-Jun-2015

368 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA

Dr. Hj. Mohd Sharifudin YusopJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Page 2: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

TRAMPIL• Terampil • Cekap• Mampu melakukan sesuatu dengan baik dan

cermat• Mahir berbahasa• Lisan • Tulisan • Berkomunikasi• Menerang• Memberitahu• Memujuk• Meyakinkan• Mempengaruhi• Bercerita

Page 3: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

PEMEROLEHAN BAHASA

• Proses yang berlaku dalam otak ketika memperolehi bahasa ibunda

• Mulai peringkat bayi melalui perlakuan dan kecekapan pancaindera; dengar dan tutur

• Meliputi peringkat– Fonologi

• Bunyi-bunyi rambang (membabel)• Fonem-fonem kasar (fitur ketara)• Fonem-fonem halus (fitur tak ketara)

– Semantik• Morfem bebas (kata-kata)• Kata konkrit dan kata abstrak• Morfem terikat• Cuba jaya

Page 4: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

PEMEROLEHAN BAHASA• Sintaksis

– Gabungan kata– Penafian, pertanyaan– Ayat pelbagai ragam

• Wacana– Gabungan idea– Kefahaman ekstrinsik– Kefahaman intrinsik– Penguasaan gaya bahasa– Kefahaman laras bahasa

Page 5: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori Behavioris– Pemerolehan sesuatu perlakuan melalui proses perulangan– Kemahiran berbahasa sama dengan kemahiran fizikal yang

lain

• J.B. Watson– kajian lakuan sedar dan lakuan bawah sedar– Bahasa mesti bersifat objektif

Page 6: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

• E.R. Guthrie– Kajian lakuan rangsangan dan tindak balas– Perulangan situasi menghasilkan perulangan bahasa

• B.F. Skinner– Konsep pengukuhan dalam perlakuan rangsangan dan

tindak balas– Lakuan automatis

• Berlaku jika ada rangsangan– Lakuan operan

• Berlaku dalam lingkungan/keadaan• Pembelajaran berlaku setelah beberapa perulangan

Page 7: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

TEORI

PEMEROLEHAN BAHASATeori Biologis

• Potensi dan fungsi otak dalam pemerolehan bahasa

• Otak mempunyai saraf; mampu menerima, memproses dan menghasilkan bahasa

– N. Chomsky• Jentera penguasaan bahasa• Upaya semulajadi merumus dan membentuk

hukum nahu

Page 8: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1

– E.H. Lenneberg• Semua kanak-kanak sihat/normal mulai bertutur pada tahap

usia yang sama• Tidak terikat dengan persekitaran dan pengalaman

perlakuan bahasa

– J. Piaget• Kelahiran – 2 tahun

– Kebijaksanaan sensori motor• 2 – 7 tahun

– Praolahan• 7 – 12 tahun

– Olahan konkrit• 12 – dewasa

– Olahan formal

Page 9: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

DUA SUDUT PENELITIAN

PEMEROLEHAN BAHASA• Behavioris/empiris

– Perlakuan berulang-ulang– Stimulus dan respons– Gerak fizikal

• Biologis/mentalis– Kebolehan sedia ada– Naluri– Artikulator

Page 10: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA

• Membabel, mengagah– Bunyi tanpa makna– Sama bagi semua bayi

• Holofrasa– Ujaran kata-kata tidak lengkap

• Ucapan dua kata– Menggabung dua morfem

• Permulaan tatabahasa– Pengenalan elemen tatabahasa

• Tatabahasa dewasa– Ayat-ayat kompleks

• Kecekapan penuh– Menerbit dan memahami elemen sintaksis yang lebih kompleks

Page 11: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

• 3bln-angkat kepala

• 6bln-duduk dengan bantuan

• 9bln-duduk tanpa bantuan, merangkak, cuba berdiri, jatuh

• 1th-mulai berjalan apabila tangan dipegang, dapat berdiri

• 1th3bln-jalan huyung-hayang, merangkak naik tangga

• Mulai membabel

• Pembabelan semakin rancak

• Intonasi babel seperti bahasa

• Holofrasa muncul

• Pemanjangan kata, penyempitan

Page 12: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

• 1th6bln-dapat berjalan dengan baik, merangkak turun tangga dengan berundur

• 1th9bln-berjalan cepat dan cuba berlari

• 2th-berlari dengan baik, naik-turun tangga dengan satu kaki ke depan

• Pengucapan 2 holofrasa, berturutan dan cepat

• Mulai mengucapkan ayat 2 kata

• Mulai mengucapkan ayat 3 kata

Page 13: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

• 2th6bln-mulai naik basikal roda 3, dua kaki menolak

• 3th-dapat naik basikal roda 3, naik tangga berselang kaki

• 3th6bln-mulai belajar melompat

• 4th-turun tangga berselang kaki

• 5th-naik-turun tangga dengan berlari, melompat dengan baik

• Mulai mengucapkan ayat 4 kata, sistem vokal lengkap

• Tahu guna kata ganti diri, kata nama

• Konsonan dikuasai kecuali gugus konsonan

• Sintaksis baik tapi terhad

• Gugus konsonan tepat

Page 14: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

FAKTOR PERSEKITARAN PERTUTURAN

• Kedudukan sosioekonomi– Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis

permainan• Perhubungan dalam keluarga

– Sistem panggilan, saiz keluarga, hubungan• Kehidupan rumah tangga

– Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa

Page 15: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2

• Kawasan tempat tinggal– Bandar, pinggir bandar, kampung, setinggan

• Rakan sebaya– Jiran, sekolah

• Media massa– Elektronik, cetak

• Pendedahan dan rangsangan– Potensi bahasa digilap secara formal

Page 16: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

KOMUNIKASI• Proses menyampai dan menerima maklumat

antara dua pihak• Menggunakan bahasa sebagai medium

– Bahasa– Nonbahasa

• Membentuk idea– Proses dalam minda– Dipengaruhi rangsangan luaran dan dalaman– Mencerminkan nilai dan daya trampil

Page 17: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

• Mengubah idea kepada simbol– Memilih wahana penyampai; bahasa, simbol,

rajah• Menghantar mesej

– Memilih saluran, latar• Menerima mesej

– Menggunakan deria dengar, lihat• Memahami mesej

– Menggunakan kemahiran mentafsir• Mengambil tindakan

– Tindak balas sewajarnya

Page 18: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

BENTUK KOMUNIKASI• Lisan

– Perbualan tidak dirancang– Perbualan dirancang secara tidak formal– Perbualan melalui telefon– Mesyuarat, pengajaran, temu duga, pengucapan awam

• Komunikasi visual– Grafik; foto, sketsa, lukisan– Animasi; televisyen, video

• Komunikasi isyarat– Gestur; mimik muka– Postur; gerak tubuh– Bahasa isyarat

• Komunikasi bertulis– Memo– Surat pekeliling– Notis– Laporan

Page 19: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

KREDIBILITI KOMUNIKATOR• Kebolehpercayaan

– Berupaya meningkatkan keyakinan khalayak terhadap isu

• Kepakaran– Tahu apa yang diperkatakan berbanding

khalayak• Dinamik

– Bertenaga, aktif, berminat, menghayati• Tetap pendirian

– istiqamah

Page 20: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

• Mesra– Bersikap positif, senyum, lemah lembut, tidak

sombong, berbudi bahasa

• Jujur– Bercakap benar, tidak prejudis

• Ikhlas– Telus dan tulus, setimpal dengan imbuhan

• Empati dan sensitiviti– Ambil kira keselesaan dan kebajikan khalayak

• Personaliti– Daya tarikan – ketrampilan dan penampilan

Page 21: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

HALANGAN DALAM BERKOMUNIKASI

• Tiada maklum balas– Komunikasi satu hala– Gangguan saraf / deria penerima

• Salah faham / prasangka– Kesilapan memilih saluran– Penyampaian melalui saluran kedua

• Masalah semantik– Kesilapan mentafsir kod– Kekeliruan bahasa

Page 22: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3

• Keadaan persekitaran– Latar komunikasi

• Sikap peribadi yang negatif– Berkaitan nilai diri seseorang; taksub, negatif,

berat mulut• Tidak faham budaya orang lain

– Lain padang lain belalang– Rambut sama hitam, hati lain-lain

• Perbezaan status– Ilmu, ekonomi, sosial

Page 23: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

KEMAHIRAN MENDENGAR• Kemahiran berbahasa paling asas• Proses terawal sebelum komunikasi berlaku

PROSES MENDENGAR• Receiving

• Mendengar deretan bunyi bahasa

• Attending• Membuka minda untuk menerima kod

Page 24: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Understanding• Menggerakkan proses mental untuk membuat

tafsiran• Menyusun kata, ayat dan wacana

• Responding• Memberi maklum balas• Menyerlahkan daya trampil dan nilai

• Remembering• Merakam dalam minda segala proses dan kesan

komunikasi yang berlaku

Page 25: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

• Peringkat awal– Mengecam, mengajuk, memilih bunyi– Mendengar, mengecam makna perkataan– Melakukan sesuatu yang disuruh– Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

• Peringkat pertengahan– Mengecam dan mengingat fakta secara tepat– Mengenal informasi spesifik– Mengenal hubungan orang yang berinteraksi– Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap

Page 26: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Peringkat maju– Mengenal isi penting– Mengenal peranan dan hubungan orang

yang bercakap– Mentafsir– Mengikut aliran dalam perbualan– Mengenal fungsi intonasi, tekanan– Mentafsir tujuan penutur

Page 27: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA @msyM4

JENIS MENDENGAR• Informative listening

– Mendengar untuk memahami maklumat– Bergantung kepada tiga variabel

• Penguasaan kosa kata• Konsentrasi• Daya ingatan

• Relationship listening– Mendengar untuk menjalin hubungan– Melayan penutur– Memberi sokongan; tidak mengganggu– Empati; merasai/menghayati pertuturan orang lain

Page 28: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Appreciative listening– Mendengar untuk kepuasan diri– Corak persembahan– Persepsi– Pengalaman lalu

• Critical listening– Mendengar secara kritis– Komunikasi rasmi– Bergantung kepada 3 syarat (Aristotle~ The Rhetoric);

• Ethos– Kredibiliti pemidato; kepakaran, kebolehpercayaan

• Logos– Hujah berasaskan logik

• Pathos– Ketrampilan psikologikal; cara menagih perhatian

Page 29: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Discriminative listening– Mendengar dan mendiskriminasi– Kemampuan mendengar– Kesedaran struktur bunyi– Intergrasi tanda nonverbal

Page 30: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

PENDENGARAN BERKESAN• Understand the complexities of listening

– Perlukan respons yang aktif– Bukan sahaja tertumpu kepada bunyi bahasa

tetapi juga nonbahasa• Prepare to listen

– Mendengar untuk jangka masa yang berbeza– Kuasai kosa kata

• Sesuaikan diri dengan situasi– Tiada situasi mendengar yang serupa

Page 31: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Tumpu kepada idea utama– Jangan terpengaruh dengan lelucon

• Capitalized on the speed differential– Latih untuk tingkat konsentrasi– Hindari gangguan kosa kata tak relevan

• Organize material for learning– Sediakan nota supaya mampu memberi

respons yang spontan

Page 32: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

MENINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

• Establish eye contact with the speaker– Gerak mata boleh memberi tafsiran tersirat

berbanding yang tersurat• Take notes effectively

– Catat kata kunci– Peta minda

• Be a physically involved listener– Gerak badan– Gerak mata

Page 33: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4

• Hindari tingkah laku negatif– Hormati orang yang bercakap– Melihat jam, mengetuk pensil, baca surat khabar

• Exersice your listening muscles– Konsentrasi semasa mendengar– Biasakan mendengar penyampaian yang serius

• Follow the golden rule– Mendengar seperti mana anda mahu orang lain

mendengar anda

Page 34: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5

KEMAHIRAN BERTUTUR

• Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi

• Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input

• Kemahiran dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru; jarang dihasilkan secara semula jadi

Page 35: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5

• Dipengaruhi oleh– Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran– Ciri mental; kemahiran memahami,

menginterpretasi– Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak

cukup maklumat dan persediaan• Memberi respons dan menyampaikan maklumat

dengan berkesan

Page 36: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

ASPEK BERTUTUR• Sebutan

– mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat

• Tekanan– Melantang sebutan pada bahagian suku kata

perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat tertentu dalam wacana

• Mora– Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang

membezakan makna

Page 37: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

• Jeda– Persendian; berhenti sebentar antara perkataan,

frasa, klausa dan ayat• Intonasi

– Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat• Nada

– Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi

• Tatabahasa– Sistem yang digunakan untuk menggabungkan

huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi, morfologi dan sintaksis

Page 38: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

• Kelancaran– Lafazan perkataan dan ayat secara kemas

dan teratur• Kefasihan

– Ketepatan sebutan• Laras bahasa

– Penggunaan bahasa mengikut konteks

Page 39: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

JENIS BERTUTUR• Monolog

– Dalaman; tutur dan dengar sendiri– Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar

• Dialog– Membabitkan dua pihak

• Berbual• Bersembang• Berpidato

– Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap, mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu duga / temu bual, bercerita

Page 40: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

PERINGKAT BERTUTUR• Awal

– Mengajuk – Menyoal soalan mudah– Menjawab soalan mudah– Bertegur sapa

• Pertengahan– Mendeskripsi gambar– Mendeskripsi pengalaman– Bercerita– Memberi ucapan pendek– Perbualan mudah– Memberi arahan

Page 41: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

• Maju– Mendeskripsi hal abstrak– Bersyarah, berbahas, berbincang– Memberi penerangan– Mengkritik– Mendeklamasi puisi

Page 42: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

PRASYARAT PERTUTURAN• Kawalan intro

– Tatacara “menyampuk”• Alu-aluan• Minta laluan• Memastikan isu• Mengemukakan pandangan

• Kawalan postur– Tatacara memasuki majlis

• Kawalan gestur– Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan

hidung

Page 43: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

TATACARA BERTUTUR• Dalam perbualan

– Tahu apa yang dibualkan – Kenal siapa pelaku– Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang

sesuai, nada sederhana

• Dalam perbincangan – Tahu yang sedang dibincangkan – Siapa peserta – Latar perbincangan– Elakkan emosional– Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana

Page 44: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

• Dalam pengucapan awam – Tahu tajuk dan fakta – Kenali khalayak; kata sapaan– Jangka masa – Suasana/mood– Penggunaan alat bantu; nota, pembesar

suara, slaid & LCD, papan putih

Page 45: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

10 PRINSIP MENGATASI MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM

KHALAYAK

• Speaking in public is not inherently stressful

• You don’t have to be brilliant or perfect to succeed

• All you need is two or three main points

• You also need a purpose that is right for the task

Page 46: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6

• The best way to succeed is not to consider yourself a public speaker

• Humility and humor can go a long way

• When you speak in public, nothing bad can ever happen

• You don’t have to control the behaviour of your audience

• The more you prepare, the worse you will do

• Your audience truly wants you to succeed

Page 47: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7

BAHASA DALAM PERTUTURAN

• Fungsi asal bahasa– Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar

berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial

• Lisan– rasmi @ tak rasmi– Ulangan, hentian, ayat pendek

• Kolokial– Basahan– Tak rasmi– Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar

Page 48: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7

• Slanga– Kosa kata popular semasa– Kumpulan sosial & profesional– Tidak difahami di luar lingkungan

• Dialek– Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial– Kosa kata, tatabahasa, ungkapan

• Laras– Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana– Bentuk pertuturan, cara pertuturan

• Gaya– Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan– Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak– Boleh juga dalam tulisan

Page 49: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

RAGAM BAHASA PERTUTURAN

• Dialek – Bahasa + Geografi = Dialek– Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak

• Idiolek– Bahasa + Individu = Gaya Bahasa– Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan

• Sosiolek– Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa– Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana

• Wacana– Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa– Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan

Page 50: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Perbandingan– Perumpamaan/simile, metafora,

personifikasi, depersonifikasi, alegori, antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis, koreksio/antisipasi

• Perulangan– Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus,

epizeukis, tautotes, anafora, epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, anadiplosis

Page 51: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Pertautan– Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme,

eponim, epitet, antonomasia, erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme, elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton.

• Pertentangan– Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia,

paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis, paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi, apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme, sarkasme.

Page 52: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASAPERBANDINGAN

• Perumpamaan/simile– Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di

anggap sama– Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana,

penaka, serupa

• Metafora– Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa

menggunakan kata-kata kunci– Ali mata keranjang– Nani jinak-jinak merpati

• Personafikasi– Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia– Angin membelai rambutnya.– Mentari mencubit kulitku.

Page 53: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Depersonafikasi

– Mengandaikan manusia sebagai benda– Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya– Dia diam membatu.– Kalau aku menjadi bunga…

• Alegori– Metafora yang diperluaskan menjadi wacana– Cerita teladan– Anjing Dengan Bayang-bayang

• Antitesis– Dua kata yg mengandung makna bertentangan– Mereka menangisi kejayaanku.– Kecantikannya membawa celaka.

Page 54: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Tautologi/pleonasme

– Perbandingan yg membazir– Saya mencatat dengan tangan saya.– Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri.

• Perifrasis– Perbandingan berlebihan menyampaikan satu

maksud– Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari

bahtera ke pulau idaman – berumah tangga.• Prolepsis/antisipasi

– Penggunaan kata bersifat pra kejadian– Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan

Hari Raya.

Page 55: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Koreksio/epanortosis– Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan

serta-merta– Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah

lapan kali dia pindah– Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros

berbelanja.

Page 56: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASAPERULANGAN

• Aliterasi– Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat.– Dara damba daku datang dari danau dua duka.

• Asonansi– Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat.– Sudah tahu membisu pula.

• Antanaklasis– Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud– Dia selalu membawa buah tangan untuk buah

hatinya.

Page 57: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Kiasmus

– Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam satu ayat.

– Dia selalu menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah.

• Epizeukis– Perulangan kata berturutan– Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara

pintu taubat masih terbuka.• Tautotes

– Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu binaan ayat.

– Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku menjadi satu.

Page 58: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Anafora

– Perulangan kata pertama dalam ayat secara berturutan.

– Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar.

• Epifora/epistrofa– Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan.– Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi.

Senyummu juga puisi.• Simploke

– Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat secara berturutan.

– Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.

Page 59: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Mesodiplosis

– Perulangan kata tengah dalam ayat secara berturutan.

– Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat merindui pemimpin.

• Epanalepsis– Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam

ayat yang sama.– Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya.

• Anadiplosis– Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata

pertama dalam ayat yang berturutan.– Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita.

Cita-cita bangsa dan negara.

Page 60: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASAPERTAUTAN

• Metonimia– Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada

hubungan dengannya.– Dia baru membeli sebuah Kancil.– Saya selalunya makan dua pinggan.

• Sinekdoke– Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu

kenyataan.– Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00.– Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia

• Alusi– Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu.– Semasa Jepun kami makan ubi kayu.– Kita tidak mahu 13 Mei berulang.

Page 61: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Eufemisme

– Penghalusan kata– Dia telah kembali ke rahmatullah.– Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran.

• Eponim– Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang.– Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga.

• Epitet– Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya.– Singa betina tu akan balik sebentar lagi.– Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di

mahkamah.

Page 62: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Antonomasia– Penggunaan gelaran menggantikan nama.– Yang Berhormat harus turun padang.– Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu.

• Erotesis/pertanyaan retorik– Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya

untuk penegasan.– Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam

baqa?• Paralelisme

– Penggunaan ayat secara sejajar.– Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya

berperanan dalam pembangunan negara.

Page 63: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Elipsis– Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih

difahami keseluruhannya.– Jika awak tidak mahu mengaku…– Pemergian … amat dirasainya.

• Gradasi– Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa

yang berikutnya.– Kita harus mengakui,mengakui bahawa

tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara negara, negara yang kita cintai ini.

Page 64: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Asindeton– Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak

menggunakan kata hubung.– Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi

dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai kejayaan.

• Polisindeton– Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang

menggunakan kata hubung.– Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi

menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini serta meletakkannya di peta negara maju.

Page 65: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

PERTENTANGAN• Hiperbola

– Pernyataan yang berlebih-lebihan– Kemarahannya meluap-luap hingga hampir

mengamuk.– Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih.

• Litotes– Pernyataan dengan tujuan merendah diri.– Singgahlah di pondok saya nanti.– Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.

• Ironi– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat.– Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-

sungguh.

Page 66: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Oksimoron– Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama.– Perkara itu telah menjadi rahsia umum.– Dia resah di dalam diam.

• Paronomasia– Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi

berlainan makna.– Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa.– Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana

ibunya menyuruh mengukur kelapa.

Page 67: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Paralipsis

– Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain.– Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga.

(Dia hendak rujuk.)– Pilih buah yang masak sahaja.

• Silepsis/zeugma– Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan

dua perkara.– Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini.– Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat.

• Satira– Ironi dalam bentuk tulisan panjang.– Gurindam Emak Si Randang.– Anak Mat Lela Gila.

Page 68: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Inuendo

– Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu.– Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu.

• Antifrasis– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya.– Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya

terbukti paling korup).

• Paradoks– Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar.– Untuk menyintai kita harus membenci.– Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.

Page 69: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Klimaks– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan

peningkatan.– Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke

peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di peringkat antarabangsa.

• Antiklimaks– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan

penurunan.– Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun

sering diperkuda isterinya di rumah.

• Apostrof– Yang dilawan bicara tiada di latar.– Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.

Page 70: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA• Inversi/anastrof

– Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek.– Kepada merekalah kita menaruh harapan.– Ke pasar agaknya tuan rumah ini.

• Apofasis/preterisio– Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi

telah menyatakannya.– Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar

rumah.– Saya masih bujang tiga.

• Histeron proteron– Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang

logik.– Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya

menggunakan mesin taip.

Page 71: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

GAYA BAHASA

• Hipalase– Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan

tetapi digunakan dalam keadaan yang lain.– Dia berbaring di ranjang yang resah.– Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian.

• Sinisme– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih

keras dan jelas berbanding ironi.– Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja

ke kancah negatif.– Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat

dengannya.• Sarkasme

– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme.

– Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi.– Penipu besar itu sudah tiba.

Page 72: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8

• Pidato/ucapan/syarahan– Bercakap secara sehala– Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu

tajuk/isu/perkara– Tempoh waktu tertentu– Mempengaruhi khalayak

• Persediaan– Memahami tajuk– Menganalisis khalayak/majlis – Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan

dan kesesuaiannya– Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian

masa– Memastikan tempat dan kemudahan logistik

Page 73: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8

STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN UCAPAN

• Pembuka kata– Ucapan salam, penyataan syukur– Hirarki sistem panggilan– Makluman pengenalan majlis

• Membina minat– menarik perhatian, provokasi, petikan, data

• Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan– Berdasarkan tema/kehendak majlis– Menyesuaikan tajuk dengan khalayak

Page 74: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8

• Mengemukakan idea– Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian

fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan tepat, rumusan

• Penutup; rumusan, pantun, maaf

KECEKAPAN BERBAHASA– Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa– Kelancaran – susunan idea, kawalan

pernafasan– Kefasihan – sebutan, intonasi– Gestur dan postur

Page 75: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9

KETRAMPILAN MEMBACA • Memindahkan tulisan kepada suara• Memahami maklumat bertulis

JENIS MEMBACA• Mekanis

– Membunyikan dengan lantang huruf-huruf yang disusun menjadi kata

– Untuk didengar dan dinilai– Latihan melafaz bunyi huruf– Latihan intonasi, jeda, mora, tanda baca

• Mentalis– Membaca secara senyap untuk memahami isi dan

maklumat– Membaca secara pantas– Untuk diri sendiri

Page 76: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9

GANGGUAN MEMBACA• Tunanetra• Tunakerna • Tunawicara• Tunaaksara• Gangguan artikulator

– Sumbing– Rongak– Sengau– Ketebalan/kelembutan lidah

Page 77: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9

Bacaan Intensif• Aktiviti membaca secara giat untuk memperkembang

kebolehan meneliti, melafaz, memahami dan mentafsir bahan yang dibaca

• Mengenal penggunaan bentuk kata, susunan ayat, laras bahasa

• Menghayati unsur-unsur estetika; gaya bahasa, intonasi, kefasihan

• Membaca secara senyap @ lantang dan pantas• Memahami, mentafsir, menilai dan mengulas bahan

yang dibaca• Di bawah pengawasan guru kelas, fasilitator,

jurulatih vokal• Dilaksanakan pada peringkat awal menguasai

kemahiran membaca

Page 78: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9

Bacaan Ekstensif• Aktiviti membaca sebagai minat, hiburan; menikmati

isi bacaan• Di luar pengawasan• Bahan bacaan umum dan pelbagai• Sudah mencapai kemahiran membaca yang tinggi;

– memahami diksi, bentuk ayat, gaya bahasa, laras bahasa, perkataan pinjaman, istilah

• Memperkaya pengetahuan bahasa• Mempertingkat kemahiran dan ketrampilan

berbahasa• Mendalami ilmu bersifat khusus• Menguasai pengetahuan am• Membina daya kreativiti, daya fikir

Page 79: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

KETRAMPILAN MENULIS• Kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna,

menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis, mengarang ayat menjadi wacana yang berwibawa

• Bermula sebagai kemahiran bersifat mekanis– menyusun huruf, kata dan ayat

• Berkembang menjadi kemahiran mentalis– menyusun idea menjadi wacana

• Bahasa diujarkan oleh pena dan bukan artikulator• Mencapai khalayak yang tidak terbatas• Melangkau ruang dan batas waktu, tempat, sosiobudaya

Page 80: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

PERSIAPAN MENULIS• Fizikal

– Sihat tubuh badan• Mental

– Mood/angin• Rasional, emosional, tekanan

• Intelek– Rujukan maklumat– Peta minda

• Organisasi teks• Perancangan masa

• Perkakasan– Komputer, mesin taip, buku nota/kertas kajang, pen/pensil, perakam

audio• Seting

– Di mana-mana sahaja• Nota/rakaman lintasan idea

– Dalaman• Ruang khusus/bilik

Page 81: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

PRA PENULISAN• Latar belakang penulis

– Minat– Bakat– Tujuan

• Memberitahu, mendidik, memujuk, menghibur, tuntutan ilmu, wang, pengiktirafan

– Ilmu bidang– Ilmu asas, Ilmu bantu

• Genre– Kreatif

• Cerpen, Novel, Drama, Puisi– Nonkreatif

• Kritikan, Berita, Rencana, Buku, Laporan, Tesis, Iklan

Page 82: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

• Sasaran khalayak– Am

• Penulisan berita, rencana– Khusus

• Ahli/peminat/usia/SES–Sastera, akademik, perniagaan,

hiburan, sukan, agama, politik, sains, buku teks

Page 83: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

SEMASA MENULIS• Buat catatan rangka teks

– Kenyataan tesis (Isu yang ingin ditonjolkan)– Tujuan menulis– Isi-isi utama

• Konsentrasi wacana– Kecondongan

• Sesuai dengan kehendak penerbit dan selera pembaca• Nada

– Neutral• Tulisan memberitahu/menjelaskan

– Positif• Penggunaan diksi yang menyenangkan pembaca

– Negatif• Penggunaan diksi yang menggusarkan pembaca

Page 84: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

• Pendirian– Pegangan disampaikan secara konsisten

dan meyakinkan• Bahan

– Isi utama– Isi sampingan– Huraian & Contoh

• Gaya persembahan– Bercerita, bersyarah

Page 85: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

PASCAPENULISAN• Penyuntingan

– Isi• Tersusun• Tambahan• Tujuan dicapai• Diksi sesuai• Tertakluk kepada Akta Hasutan• Baiki mesej• Permudahkan persembahan

• Teknikal– Format penulisan

• Judul, pendulu, tubuh, penutup, rujukan– Ejaan, tanda baca, ayat, perenggan

Page 86: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10

• Atur huruf– Saiz dan jenis fon

• Pembacaan pruf– Susun atur halaman– Hiasan

• Pencetakan

Page 87: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11

PENDEKATAN PENULISAN

• Pendedahan– Memindah idea penulis secara berkesan

kepada pembaca; memberitahu, menyatakan

– Penulis mesti pakar/berpengalaman– Khalayak tidak tahu dan perlukan

penjelasan– Subjek baru dan tidak kontroversi

Page 88: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11

• Penerangan– Memindahkan pengamatan dan pemerhatian

kepada khalayak; imej, sensasi– Subjek telah diketahui oleh khalayak tetapi

perlukan gambaran yang lebih luas– Memasukkan butiran faktual; gambar, imej,

dan fakta-fakta tepat– Dikembangkan dengan butiran impresionistik;

melalui gambaran secara lisan

Page 89: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11

• Penceritaan– Penyampaian idea yang tertumpu kepada

peristiwa dan watak; cerpen, novel, autobiografi, sejarah, diari

– Disampaikan mengikut turutan plot; pengenalan > peruncingan > klimaks > peleraian

– Penggunaan sudut pandangan; orang pertama, orang kedua, orang ketiga/serba tahu

– Memasukkan permainan emosi

Page 90: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12

• Pemujukan– Penulisan yang berusaha mengubah

pemikiran, kepercayaan, perlakuan, pendirian khalayak

– Mengambil kira pendirian, sikap, nilai, pengetahuan, sensitiviti khalayak

– Pemujukan rasional – menggunakan fakta, logik, bersifat objektif; rencana

– Pemujukan emosional – menggunakan emosi; iklan

Page 91: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12

• Penghujahan– Menyampaikan idea bersifat provokatif/ kontradik

dan mempertahankannya dengan bukti, data, contoh demi penjelasan dan penerangan

– Bermula dengan satu idea utama/tesis/ kenyataan/dakwaan yang dikembangkan dengan bukti khusus

– Bermula dengan idea yang lain/ bercanggah/tidak selari dengan pandangan pihak lain

– Berusaha meyakinkan khalayak atau pihak yang dilawan berhujah; secara rasional, jelas, waras dan logik

Page 92: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13

BAHASA DALAM PENULISAN~Penulisan Formal~

• Diksi/ejaan baku– Kata umum, istilah, kata pinjaman, makna denotatif/tersurat

• Nahu gramatis– Penggunaan imbuhan, pola ayat dasar

• Ayat kompleks/majmuk– Huraian, hujahan, analitikal

• Kesinambungan wacana– Organisasi perenggan, bab, subbab, penanda wacana,

objektif, rasional• Gaya bahasa

– Terhad• Khalayak massa

– Cth: teks ucapan, surat rasmi, teks pengacara, laporan berita, minit mesyuarat, rencana, tesis, disertasi, kertas kerja

Page 93: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13

~Penulisan Tidak formal~• Diksi bebas

– Kolokial, slanga, ringkas, peralihan kod, dialek• Tidak perlu gramatis

– Difahami walaupun salah guna imbuhan – ada persefahaman antara pelaku bahasa

• Ayat selapis– Ayat ringkas – ada persefahaman antara pelaku bahasa

• Kesinambungan wacana– Tiada kawalan, boleh emosional – ada persefahaman antara

pelaku bahasa• Gaya bahasa

– Pelbagai kelompok dan jenis• Khalayak eksklusif

– Cth: surat peribadi, diari, iklan, sms, karya kreatif, notis

Page 94: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

KEMAHIRAN MENAFSIR

“Kenapa berbahasa?”>keperluan biologis>tuntutan sosial>perkongsian budaya>mendapat maklumat>meningkat ilmu>meningkat pengetahuan>menjadi bijaksana>mengaplikasi>manfaat individu @ kelompok

Page 95: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

Apa yang perlu difahami?• Wacana

– Perlu kenal pasti topik, pelaku, motif, prinsip.• Jenis bahasa

– Dialek geografi, dialek sosial, dialek temporal• Latar penggunaan bahasa

– Formal, tidak formal, kolokial, istana.• Diksi

– Denotasi, konotasi, istilah, kata pinjaman, slanga.• Gaya bahasa

– Perulangan, pertautan, perbandingan, pertentangan.

Page 96: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

Kuasa nonverbal• Memberi makna kepada bahasa• Mempengaruhi tafsiran• Gestur dan postur• Grafik dan gambar• Susun atur huruf dan saiz• Media perantara• Emosi• Daya intelek• Daya fikir

Page 97: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

~Contoh Teks Pengacara~

MAJLIS PERASMIANSEMINAR MELAYU MAHAWANGSA

ANJURANFAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

DENGAN KERJASAMAGABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)

18 – 19 JULAI 2006

1. (KETIBAAN KETUA MENTERI MELAKA, NYANYIAN NEGARAKU DAN PUTRA GEMILANG)

• (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan KM, menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang)

• Bismillahirrahmanirrahim.• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.• Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri

Melaka, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

Page 98: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

• Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor, HEP dan Alumni, Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib Canselor, UPM.

• Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj. Rosli Talif, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

• Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hj. Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA),

• Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, Penyelaras Unit Dokumentasi Warisan Melayu dan Peribumi, FBMK, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar.

• Tetamu-tetamu kehormat, timbalan-timbalan dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ketua-ketua jabatan, para sarjana dan pembentang kertas kerja, para peserta seminar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Sirih berlipat bersama pinang,Pinang berasal Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Page 99: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

• Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Seminar Melayu Mahawangsa anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

• Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Seminar yang bertemakan Rekayasa Citra Melayu Sebagai Mahawangsa ini menjadi lebih bermakna lagi.

• Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pembentang kertas kerja, serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini.

Tetak buluh panjangnya tujuh,Buat menjolok sarang penyengat;

Angkat tangan jari sepuluh,Doa dipohon supaya berkat.

Page 100: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

• Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Dr. Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa. Dipersilakan.(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

• Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi Jumingan atas bacaan doa itu tadi.

2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI)Dayung sampan dulu-duluan,

Singgah berlabuh di Tanjung Jati;Ucapan sebagai alu-aluan,

Mari tuan sama-sama amati.• Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah

Halimah Hassan, selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah Hassan atas ucapan itu tadi.

Page 101: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

3. (UCAPAN TNC)• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian,

Kapal berlabuh di Kuala Rengit,Semat jerami di Sungai Muar,

Tuan umpama bulan di langit;Dapat kami menumpang sinar.

• Seterusnya kita ikuti pula ucapan sambutan Timbalan Naib Canselor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

• (UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DAN APABILA SELESAI)

• Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas ucapan itu.

Page 102: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

4. (UCAPAN PERASMIAN KM MELAKA)• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian,

Dari Melaka pergi ke Serdang,Singgah sebentar di Bukit Serindit;

Tuan umpama bintang gemilang,Titipkan amanat barang sedikit.

• Kita tiba ke puncak acara. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN KETUA MENTERI, PUKULAN GONG DAN APABILA SELESAI)

5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)• Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat

Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

Page 103: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

Air laut tenang-tenangan,Tanam selasih tepi perigi;

Cenderamata tanda kenangan,Terima kasih sekalung budi.

• Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

• (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai)• Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia,

Profesor Madya Dr. Azali Muhamad kerana sudi menyampaikan cenderamata.

• Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Rosli Talif untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Azali Muhamad.

• (Penyampaian cenderamata)

Page 104: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

6. (PENUTUP)• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan para hadirin sekalian.

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,Ibarat berenang dah sampai di tebing,Ibarat terbang dah hinggap di dahan,Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

• Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini.

• Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

• Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

Page 105: BBM 3411- NOTA KETRAMPILAN

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14

Akhir kata,

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam peti;

Yang baik itu ketentuan Allah,Yang cela itu kelemahan diri.

7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS)

• Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah Halimah Hassan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor untuk menyaksikan pameran Melayu Mahawangsa di Bangunan Sanggar Bahasa dan Komunikasi. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis turut mempersilakan tetamu-tetamu kehormat dan seluruh para hadirin untuk menyaksikan pameran di ruang berkenaan. Dipersilakan.

• Msy/fbmk/180706