bm - tbhs f1- ayat komplemen

2
Ayat Komplemen Sebagaimana yang telah dinyatakan, ayat majmuk pancangan terdiri daripada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Ayat komplemen ialah bahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya: a)Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat H1N1 tidak berubah. b)Beliau menjelaskan bahawa cuti semua pegawai perubatan dibekukan. c) Amat tidak wajar untuk mereka menyalahkan orang lain. Bahagian yang bercetak miring dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat induk atau ayat utama. Terdapat sebilangan kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui, melaporkan, mengesahkan. Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... sebagaimana contoh berikut; a) Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai. b) Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara. Bahagian yang bercetak miring dalam ayat di atas ialah

Upload: whocynee

Post on 17-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BM - Tbhs f1- Ayat Komplemen

TRANSCRIPT

Page 1: BM - Tbhs f1- Ayat Komplemen

Ayat Komplemen

Sebagaimana yang telah dinyatakan, ayat majmuk pancangan terdiri daripada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Ayat komplemen ialah bahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya:

a) Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat H1N1 tidak berubah.

b) Beliau menjelaskan bahawa cuti semua pegawai perubatan dibekukan.c) Amat tidak wajar untuk mereka menyalahkan orang lain.

Bahagian yang bercetak miring dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat induk atau ayat utama. Terdapat sebilangan kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui, melaporkan, mengesahkan.

Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... sebagaimana contoh berikut;

a) Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai.b) Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara.

Bahagian yang bercetak miring dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja tak transitif seperti berpendapat dan beranggapan. Terdapat sebilangan kata kerja tak transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; bermaksud, berpendirian, berpandangan, berfahaman, bersetuju, berharap.

Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa ayat komplemen berfungsi sebagai objek dan pelengkap, berdasarkan kata kerja atau frasa kerja dalam ayat induk atau ayat utama.