bm t5 k2 set5.pdf

10
Set 5: Soalan 1 Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2) Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian dan kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga. Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi. Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing- masing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana, kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri. Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan. Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyah dan negara akan berada dalam keadaan kucar kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun Negara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana.

Upload: duongtuong

Post on 12-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5: Soalan 1Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian dan kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaannegara bangsa. Bagi sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga.

Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi.

Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana, kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri.

Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan. Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyahdan negara akan berada dalam keadaan kucar kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan RukunNegara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana.

Page 2: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5: Soalan 1Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Semangat diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama dan negaramerupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta,tetapi digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalammenghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan negaradan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Dewan Siswa, Januari 2009)

Page 3: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata, keamanan akan goyah .

[2 markah]

(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika perpaduan kaum tidak dipelihara

dengan baik.

[3 markah]

(iii) “Integrasi antara kaum perlu ditingkatkan”.Pada pendapat anda, bagaimanakah sekolah dapat memainkan peranan untukmerealisasikan hasrat tersebut?

[4 markah]

Page 4: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

2 (b) – Petikan Umum

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

INTAN SITI RAHIMAH : Sebenarnya, kita akan dapat cahaya mata.

PAK TUAN DOLAH : Apa? Betul?

INTAN SITI RAHIMAH : Betul.

PAK TUAN DOLAH : Dengar dan dengar betul-betul. Intan mesti jaga diri baik-baik, sebab anak ini anak penyambung baka. Apa-apa Intan mahu minta saja. Kita tambahkan orang gaji, supaya Intan lebih selesa. Kita tambahkan anjing lagi, supaya Intan dijaga dengan lebih ketat. Jangan pergi ke surau lagi.

INTAN SITI RAHIMAH : Jangan ke surau?

PAK TUAN DOLAH : Jangan terima sesiapa pun yang datang dari kampung. Jangan tengok muka--muka orang kampung. Pantang.

INTAN SITI RAHIMAH : Pantang?

PAK TUAN DOLAH : Dan, yang mustahak sekali, jangan makan ikan, ketam, udang dari sungai di kampung ini.

INTAN SITI RAHIMAH : Mengapa sampai begitu sekali?

PAK TUAN DOLAH : Jangan soal, dengar saja. Mesti makan benda-benda yang baik. Kita boleh order dari luar negara.

(Dipetik daripada drama ‘1400’ oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku)

Page 5: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

(i) Nyatakan perkara-perkara yang dipesan oleh Pak Tuan Dolah kepada Intan Siti Rahimah.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat mewujudkan keluarga yang bahagia? Kemukakan tiga saranan anda.

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain dalam keseluruhan drama tersebut.

[3 markah]

2 (c) - Petikan Prosa Klasik -Hikayat Langlang Buana

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sampai ke rumah peri itu, maka kata peri itu, “Di manakah tuanku beroleh bayan ini?” Maka tuan puteri tersenyum seraya katanya, adapun bayan ini dapat di pohon kemunting tadi beta tangkap,” Maka bayan itu pun terbanglah di ribanya tuan puteri itu seraya berpantun, demikianlah bunyinya:

Buah pauh buah rumbia,Santapan puteri dinihari;

Sungguhpun jauh di tanah manusia,Segeralah kami mendapatkan dia.

Setelah tuan puteri mendengar pantun itu maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, “Hai bayan, dari manakah engkau datang ini maka sampai ke mari ini?” Maka sahut bayan itu, “Ada pun datang patik ini dari Negeri Lela Gambar.” Maka kata tuan puteri, “Di manakah Negeri Lela Gambar itu?” Maka kata bayan itu, “Ya, tuanku tuan puteri, adapun Negeri Lela Gambar itu daerah matahari hidup.” Maka kata tuan puteri, “Besarkah negeri itu?” Maka kata bayan itu, “Besar tuanku Negeri Lela Gambar itu. Adalah baginda beranak seorang lelaki bernama Raja Indera Bumaya. Baginda itulah tuan patik serta baik budinya bahasanya lagi dengan bijaksana. Syahadan rupanya terlalu elok.” Maka kata dayang-dayang tuan puteri yang bernama Dang Sendaya seraya tertawa-tawa. Katanya, “Hai bayansungguhlah elok tuanmu itu?” Maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang Sendaya itu seraya berpantun,demikian bunyinya:

Gambar di dalam puan,Dang Jirat duduk menyuji;

Jika beta khabarkan tuan,Tuan nescaya ghairat dalam di hati.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Langlang Buana”dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 6: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah maksud sungguhlah elok tuanmu itu?

[2 markah]

(ii) Nyatakan tentang Negeri Lela Gambar seperti yang diberitahu oleh burung bayan.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri orang yang bijaksana?

[3 markah]

2 (d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mahsuri (Zurinah Hassan)

(i)Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulausetiamu menjadi lagunyanyian ombak pagirambut menjadi jalur hitamterapung di laut malamair matamu dingin embunjatuh di tujuh telagadendam tujuh keturunanmelengkung tujuh tanjungputihlah pulau inidisimbah darah suciMahsurisumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawikerana tanpamuLangkawi tidak sebegini.

(ii)Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang senimanpun kata orang Mahsuri pernah hiduptetapi bahasa seorang penceritamembuatnya lebih hidup daripada kehidupannyasastera yang mewarnai tanah airkerana tanpa MahsuriLangkawi tidak sebegini bererti.

Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air.

Antologi Harga Remaja

Page 7: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 2Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

(i) Jelaskan perkaitan Mahsuri dengan Pulau Langkawi.

[2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Pulau Langkawi pesat membangun?

[3 markah]

(iii) Berdasarkan sajak di atas , jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Page 8: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 3Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas.

(i) katakan

(ii) berkata-kata

(iii) mengata

(iv) sekata

(v) memperkatakan

(vi) perkataan

[6 markah]

(b) Kenal pasti jenis-jenis perintah di bawah ini.

Rafflesia ialah bunga yang paling besar di dunia. Garis pusatnya boleh sampai 90 sentimeter. Kebanyakan spesies bunga Rafflesia terdapat di Borneo, Semenanjung Malaysia, Filipina,Thailand dan Indonesia. Rafflesia adalah sejenis tumbuhan parasit. Rafflesia tumbuh dalam bentuk kelopak bunga tanpa akar, batang dan daun. Rafflesia sangat unik.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Punca dicemarkan udara dibahagikan kepada tiga ketegori utama, iaitu punca

bergerak, punca tetap dan punca pembakaran terbuka. Pelepasan asap daripada kenderaan

permotoran merupakan punca begerak yang utama. Bagi punca tetap pula, pelepasan asap

indastri ialah sumber utama. Pembakaran terbuka merupakan punca pencemaran yang

diakibatkan oleh pembakaran yang sengaja dan pembakar yang tidak sengaja.

Page 9: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 3Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kewujudan kamus yang berwawasan dijangka dapat membantu untuk mempercepatkan perkembangan bahasa kerana pembakuan leksikon dapat diusaha melalui penyusunan kamus.

(ii) Ada juga yang berpendapat bahawa kamus merupakan saluran yang terpenting untuk mengekodkan sesuatu.

(iii) Penagihan kamus merupakan suatu proses yang panjang atau suatu tradisi yang dibina sedikit untuk sedikit.

[6 markah]

(e) Bina ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya.

Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

[6 markah]

Page 10: BM T5 K2 SET5.pdf

Set 5 : Soalan 4Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2)

Disediakan oleh Unit Bahasa Melayu, JPN Perak

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah B.L. Kadir

(a) Huraikan dua persoalan tanggungjawab dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

(b) Kemukakan tiga peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT