t5-asas grafik_final.docx

21
EDU3105 T5-ASAS GRAFIK TAJUK 5 ASAS GRAFIK SINOPSIS Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik penghasilan yang digunakan. HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Menerangkan konsep grafik. ii. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran. iii. Menyatakan prinsip grafik yang berkesan. iv. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran. v. Menyatakan peralatan penghasilan grafik. 1

Upload: nazri-hussein

Post on 14-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

TAJUK 5 ASAS GRAFIK

SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu

pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu

bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan

rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik

penghasilan yang digunakan.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan

dapat:

i. Menerangkan konsep grafik.

ii. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran.

iii. Menyatakan prinsip grafik yang berkesan.

iv. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang

menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam

penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

v. Menyatakan peralatan penghasilan grafik.

1

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

KERANGKA TAJUK

Asas Grafik

Reka bentuk visual

Konsep dan peranan

Kontras Elemen

Pola/Corak

Susunatur

Visual

Seimbang

Mudah

Kehampiran

Penegasan

Perulangan

Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran

Peralatan penghasilan grafik

Prinsip grafik

Lisan

Daya Tarikan

2

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

Fikirkan

Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi

pengajaran-pembelajaran anda?

“Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan

bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan

berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka

bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan

mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik

ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,

lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu

media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada

aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui

satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan

gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran

dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru

mempraktikkan prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat

menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif

pengajaran, dan bersistematik.

Fikirkan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan grafik yang menarik?

5.1 Prinsip Grafik

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen

grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus

dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat

membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

3

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah,

kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

5.1.1 Kontras (Contrast)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar

perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan

perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna

dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan

garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada

cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka

bentuk.

5.1.2 Seimbang (Alignment)

Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan

yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada

prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan

tidak formal atau sebaliknya.

Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian

visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu

Rajah 5.1 : Kontras

4

Rajah 5.2 : Seimbang

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan

atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi

bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

a. formal b. tidak formal

5.1.3 Mudah (Simplicity)

Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan

kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan

mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu

visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan

perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang

hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

 

Rajah 5.3: Prinsip Mudah

5

Rajah 5.4 : Penyatuan

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

5.1.4 Kehampiran (Proximity)

Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya

berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen

yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak

disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk

mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan

menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

a. anak panah b. bentuk c. tekstur

5.1.5 Penegasan (Emphasis)

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus

utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat

menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

a. bentuk b. warna c. perspektif

Rajah 5.5 : Penegasan

Surat berkuatkuasa

mulai

September

6

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

5.1.6 Pengulangan (Repetition)

Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada

tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan,

gariskasar, bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan

ruang dan sebagainya.

Rajah 5.6 : Pengulangan

Latihan

Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang

digunakan dan mengapa ia digunakan.

7

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

5.2 Reka Bentuk Visual

Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan

susunatur.

5.2.1 Elemen

Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk

rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:

i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan

memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik

tersebut.

iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam

elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

Elemen lisan

Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan

perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan

dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan

visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi

pertimbangan dari aspek-aspek berikut:

 i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan

konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman

memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica

sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.

 ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan

menarik.

iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan

huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.

iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna

huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang

hendak disampaikan.

v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah

berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu

8

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu

jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.

vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris

yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu

jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

 

Elemen Daya Tarikan

Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D

atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan

objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi

oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:

 i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di

antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan

kemas dan terancang.

Rajah 5.7 : Ruang

 ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk

mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen

tertentu.

9

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan

iii. Permukaan – digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang

dibuat di atasnya.

Rajah 5.9 : Jenis Tekstur

iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.

Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi

10

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi

v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan

visual.

Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma

panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna

panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan,

menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat.

Maka warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan

perayaan dan kemeriahan.

 

Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan

hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan

tumbuh-tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan

ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula

menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

 

11

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.12 : Skema Warna

Latihan:

Dapatkan maklumat dari internet untuk menambahkan fahaman anda

tentang warna. Gunakan frasa seperti skema warna atau colour

schemes untuk tujuan tersebut

5.2.2 Pola/Corak

Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.

Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan

perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

Rajah 5.13 : Pola/Corak

12

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

5.2.3 Susunatur

Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk

menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara

elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu

dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat

diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule

of Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual

dengan menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu,

perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut

ditunjukkan pada Rajah 5.14.

Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu

idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan

peralatan dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan

dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang

digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej,

pencetak dan pemplot. Di samping itu, peralatan lain seperti kamera digital juga

merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan

aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau

perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk

13

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak

ruang.

a. Pengimbas imej

b. Kamera digital

Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

RUMUSAN

Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk

visual. Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan

pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik

yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

14

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

AmaliDengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan

bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster

atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam

matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai

prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik.

15

EDU3105 T5-ASAS GRAFIK

BIBLIOGRAFI

Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi

ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan

pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan

pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:

Prentice Hall.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan

Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Shah Alam: Oxford Fajar.

Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities

to learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.

Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and

media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.

16