bm modul 13 sabk kdpm sm

40
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BERKUAT KUASA NOVEMBER 2007 MODUL 13/14 SOSIOLINGUISTIK KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH BAHASA MELAYU KDPM-KDC (SABK)

Upload: bunga-bougenvilla

Post on 28-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BERKUAT KUASA NOVEMBER 2007

MODUL 13/14 SOSIOLINGUISTIK

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIASEKOLAH MENENGAH

BAHASA MELAYU

KDPM-KDC (SABK)

Page 2: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Cetakan 2010 Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

2

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR- PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM-PROGRAM LATIHAN PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2007

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hakcipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3

Page 4: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

KANDUGAN Muka Surat

Kandungan 1Sinopsis 1Hasil Pembelajaran 1Difinisi 1Bahasa 7Laras Bahasa 14Gaya Bahasa 16Peribahasa 29Rumusan 32Rujukan 34Panel Penggubalan Modul 35

4

Page 5: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

UNIT13 SOSIOLINGUISTIK

Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui penggunaan variasi bahasa Melayu yang terdapat dalam masyarakat. Pelajar akan diperkenalkan dengan bidang Sosiolinguistik yang meliputi variasi bahasa Melayu, dialek, laras bahasa, gaya bahasa, ragam bahasa dan peribahasa. Pelajar juga akan mengetahui penggunaan bahasa Melayu yang banyak bergantung kepada situasi dan konteks penggunaannya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. mengetahui konsep sosiolinguistik dan variasi bahasa Melayu.

2. mengetahui perbezaan penggunaan laras bahasa lisan dan tulisan supaya dapat mengaplikasikan mengikut situasi.

3. menggunakan kepelbagaian ragam dan gaya bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

13.1 DEFINISI

Sosiolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji tentang hubungan bahasa dengan masyarakat. Bidang ini mengkaji penggunaan bahasa dengan perlakuan organisasi sosial. Menurut Peter Trudgill (1974), sosiolinguistik ialah cabang ilmu yang meninjau bahasa sebagai gejala sosial dan kbudayaan. Nik Safiah Karim (1988) juga menghuraikannya sebagai cabang lingustik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat dan bagaimana kedua-duanya saling mempengaruhi. Dengan yang demikian, jelaslah bahawa sosiolinguistik merupakan satu bidang yang memberi tumpuan kepada bahasa dalam kontekes sosial dan masyarakat. Lazimnya sosiolinguistik berhubung dengan masalah khas seperti minoriti linguistik, dwibahasa dan pembakuan bahasa. Tahukah

5

Page 6: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

anda bahawa bidang ini juga meliputi aspek komuniti bahasa dan dialek? Eloklah jika kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan komuniti bahasa dan dialek.

13.1.1Komuniti Bahasa

Hockertt (1958) memberi definisi komuniti bahasa merupakan seluruh set manusia yang berkomunikasi antara satu sama lain secara langsung atau tidak langsung melalui bahasa yang difahami bersama.

Menurut Lyons (1970) semua orang yang menggunakan sesuatu bahasa atau dialek yang sama merupakan anggota suatu komuniti bahasa.

Saville (1982) berpendapat bahawa komuniti bahasa tidak dapat disamakan dengan sekumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang sama kerana bukan faktor linguistik sahaja yang mempengaruhi penggolongan komuniti bahasa malah faktor politik, sejarah, identifikasi kumpulan pun mempengaruhinya.

Nik Safiah Karim (1992) pula menyebut bahawa komuniti bahasa sebagai kumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang sama, yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Manakala faktor saiz dan penyebaran geografi tidak penting.

Berdasarkan definisi di atas mari kita lihat ciri-ciri komuniti bahasa.

Persamaan pola komunikasi Persamaan kegunaan bahasa Persamaan tatabahasa Persamaan sikap dan tingkah laku bahasa Kekerapan interaksi antara penutur Kosa kata dan istilah yang dfahami bersama Bahasa utama sesuatu masyarakat

Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa komuniti bahasa ialah masyarakat yang menuturkan sesuatu bentuk bahasa atau dialek dengan menggunakan beberapa ciri tertentu yang menyeluruh dalam kumpulan itu.

6

Page 7: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

13.1.2 Dialek Daerah

Apabila anda mendengar perbualan teman-teman anda, dapatkah anda menentukan negeri asal mereka? Di Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri mempunyai dialek daerah yang tersendiri seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan dialek daerah ini.

a. Keadaan GeografiPada amnya semua negeri di Malaysia menggunakan satu bentuk bahasa Melayu yang seragam. Bentuk topografi seperti bukit, gunung, perairan dan sebagainya telah mempengaruhi kewujudan sesuatu dialek daerah di negeri-negeri berkenaan. Faktor ini juga dipengaruhi oleh ruang dan masa.

Ruang bermaksud jauhnya jarak antara sesuatu tempat. Contohnya bahasa Melayu di Melaka tidak sama dengan bahasa Melayu di Perak. Masa pula bermaksud berdasarkan jarak waktu wujudnya sesuatu dilek di sesuatu daerah itu. Contohnya bahasa Melayu abad kelima belas tidak sama dengan bahasa Melayu abad kedua puluh. Walaupun begitu ada satu sifat yang mengikatnya iaitu sifat saling memahami antara satu sama lain kerana berasal daripada satu bahasa yang sama.

b. Faktor PolitikFaktor politik telah membahagikan-bahagikan sesuatu bahasa itu kepada dialek. Walaupun pada asalnya adalah dari bahasa yang sama. Contohnya bahasa Melayu Singapura tidak dikatakan bahasa Melayu Indonesia kerana Singapura dan Indonesia adalah dua buah negara yang berasingan. Begitu juga keadaan di Malaysia dengan Brunei masing-masing menamakan bahasa negara mereka sebagai Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei walaupun kedua-dua bahasa itu ialah bahasa Melayu.

7

Page 8: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

c. Persekitaran PergaulanPersekitaran pergaulan boleh mempengaruhi sesuatu dialek daerah. Contohnya seseorang anak yang lahir di Kuala Lumpur akan bertutur dialek Pulau Pinang kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang. Hal ini diperkukuh lagi oleh pergaulan persekitarannya yang menuturkan dialek yang sama.

13.1.2Dialek Sosial

Setelah melihat penjelasan tentang dialek daerah, mari kita lihat pula dialek sosial.

Dialek sosial disebut juga sebagai laras bahasa (register) iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial:

a. Taraf Pendidikan

Orang yang berpendidikan tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza dengan orang yang berpendidikan rendah

b. Kedudukan Sosial

Pada amnya bahasa Melayu terbahagi kepada dua kelas sosial iaitu bahasa istana dan bahasa luar istana. Perbezaan wujud dari segi perbendaharaan kata. Sementara aspek morfologi, sintaksis dan fonologi tidak banyak perbezaan.

c. Cara Penyampaian

Sesuatu situasi akan membezakan laras bahasa yang digunakan. Misalnya bahasa yang digunakan semasa ucapan dan pidato berbeza daripada bahasa yang digunakan dalam perbualan suami isteri atau rakan sebaya.

d. Sikap Penutur

Peribadi seseorang dapat mempengaruhi cara pertuturan dan bentuk bahasa yang digunakannya. Seseorang yang angkuh dan kasar menggunakan bahasa yang berbeza dengan orang yang tenang dan sabar sifatnya.

e. Gangguan

8

Page 9: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Gangguan bahasa yang dimaksudkan ialah gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek daerah. Laras bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan laras bahasa yang dituturkan oleh orang India kerana pengaruh bahasa ibunda mereka. Begitu juga laras bahasa Melayu standard yang diucapkan oleh orang Perak berbeza dengan laras bahasa Melayu standard yang diucapkan oleh orang Johor. Dengan ini kita dapat mengesan dialek daerah yang dikuasai oleh mereka.

f. Latar Belakang Keluarga dan Tempat Tinggal

Latar belakang sosioekonomi dan kawasan tempat tinggal seseorang mempengaruhi cara pertuturannya. Misalnya pertuturan orang kaya berbeza dengan orang miskin dan pertuturan orang bandar berbeza dengan pertuturan orang yang tinggal di kampung.

g. Fungsi-fungsi Sosial Perlakuan Bahasa

Perlakuan-perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian daripada perlakuan sosial. Dalam tiap-tiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan hasil interaksi orang-orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat. Misalnya terdapat kelainan bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, memberi arahan, meminta dan sebagainya.

h. Hubungan Sosial dan Peribadi

Berbagai-bagai jenis perhubungan peribadi wujud daripada yang paling mesra seperti hubungan antara kaum keluarga hingga kepada yang formal seperti hubungan antara pekerja dan majikan. Hubungan yang tidak bersifat peribadi pula berbeza seperti penulis buku dengan pembaca buku. Hubungan yang seperti ini menghasilkan laras yang berbeza.

i. Bahan yang diperkatakan

Setiap bahan yang hendak diperkatakan menggunakan bahasa yang berlainan bergantung kepada isi yang hendak disampaikan. Aspek isi meliputi perkara-perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari sehinggalah kepada bidang-bidang khusus yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

j. Aspek Linguistik

9

Page 10: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Dialek sosial juga dipengaruhi oleh aspek-aspek linguistik seperti tatabahasa dan kosa kata. Walaupun begitu perbezaan antara laras-laras bahasa itu tidak terlalu jauh hingga boleh menimbulkan ketidakfahaman antara penutur-penuturnya.

Latihan13.1

a)Terangkan jenis-jenis dialek?b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan dan penggunaan dialek-dialek tersebut

Rumusan

Tajuk ini menjelaskan konsep sosiolinguistik yang meliputi aspek komuniti bahasa dan dialek serta faktor yang mempengaruhi kewujudan dan penggunaan sesuatu dialek.

Dialek boleh dirumuskan seperti carta yang berikut

Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek(berdasarkan daerah)

laras/dialek sosial/register (berdasarkan faktor sosial)

10

Page 11: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

13.2 BAHASA

Bahasa yang dituturkan oleh penduduk yang ramai biasanya akan memperlihatkan perbezaan yang jelas antara kumpulan-kumpulan penutur. Dalam bahasa, perbezaan ini dinamakan variasi bahasa. Variasi ini timbul kerana geografi, sejarah dan sosial.

13.2.1Bahasa Baku

Apabila bercakap tentang bahasa baku, rasanya banyak orang yang tidak memahami apakah maksudnya dan apakah pentingnya bahasa baku. Bahasa baku amat penting kepada sesebuah negara terutamanya negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa yang mempunyai berbagai-bagai dialek.

Cuba kita fahami pengertian bahasa baku berdasarkan pendapat sarjana-sarjana yang berikut.

Menurut Asmah (1975) bahasa standard atau baku ialah kelainan bahasa yang diterima oleh semua anggota dalam masyarakat bahasa yang berkenaan dan dijadikan norma atau mempunyai prestij serta digunakan dalam hubungan yang tidak bersahaja serta bahasa pengantar pelajaran.

Menurut Abd. Razak Abd. Karim (1994) merumuskan bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami proses standardisasi dan digunakan dalam pelbagai bidang yang bersifat akademik dan formal serta menjadi bahasa pengantar di sekolah.

Setelah anda melihat beberapa definisi di atas, tahukah anda maksud istilah baku? Sebenarnya kata baku berasal daripada bahasa Jawa yang membawa maksud sesuatu yang menjadi pokok/dasar dan sesuatu yang menjadi ukuran. Bahasa Melayu baku pula bermaksud bahasa Melayu yang seragam, bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi. (Nik Safiah (1989). Situasi rasmi yang dimaksudkan ialah situasi dalam bilik darjah, sewaktu memberi ucapan atau ceramah, mengendalikan mesyuarat, berdebat di parlimen, menyampaikan berita dan sebagainya.

11

Page 12: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

13.2.2Bahasa Kebangsaan

Setiap negara yang merdeka memerlukan sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selepas negara kita merdeka pada tahun 1957, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu diistiharkan sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152. Dengan ini jelaslah bahawa dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam perlembagaan Malaysia iaitu:

i. Perkara 152 Perlembagaan Malaysiaii. Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 (disemak 1971)iii. Pemberitahuan Undang-Undang No. 410 Tahun 1967

Pemilihan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan bagi memelihara kepentingan kebangsaan. Di samping itu keperluan bahasa kebangsaan juga bertujuan untuk menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Dengan pemilihan ini bangsa Malaysia dapat menunjukkan ketaatan kepada bahasa (language loyalty) dan rasa megah kerana bahasa sendiri menjadi bahasa utama negara.

Sudahkah bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa Kebangsaan di Malaysia? Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia dilakukan secara sistematis dan tegas hanya sejak tahun 1970. Saluran perlaksanaan yang paling penting dan berpengaruh adalah melalui sistem persekolahan. Sejak itu perkembangan bahasa Melayu semakin pesat dan mantap.

13.2.3Bahasa Rasmi

12

Page 13: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Setelah memahami maksud bahasa kebangsaan, mari kita lihat pengertian bahasa rasmi pula.

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sitem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan, kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

13.2.3Bahasa Pijin

Bahasa pijin merupakan bahasa yang bertindak sebagai bahasa hubungan (contact ) yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal atau natif. Bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujua-tujuan tertentu. Di Malaysia anda

13

Page 14: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika berjual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelarkan sebagai bahasa pasar atau bazaar language.

Lazimnya bahasa pijin timbul kerana

a. pertembungan kebudayaanMelalui penjajahan(pijin Hong Kong – Inggeris, pijin Macao – Portugis) Melalui perdagangan(di Malaysia – bahasa Baba dan Nyonya)

b. Pertembungan kelasGolongan atasan dan bawahan di India, yang berkelas dan berkasta.

c. PengembaraanDalam keadaan tidak stabil itu, bahasa pijin digunakan.

13.2.4Bahasa Kreol

Bahasa Kreol ialah bahasa pijin yang telah menjadi bahasa asal (native) sesuatu kelompok atau komuniti bahasa. Bahasa kreol ini dijadikan bahasa hubungan seharian dalam komuniti bahasa itu. Biasanya struktur ayat dan kosa kata bahasa kreol ini lebih kompleks daripada bahasa pijin. Bahasa Kreol akan digolongkan ke dalam bahasa yang mempunyai jumlah penggunaan kosa kata yang terbanyak atau dominan.

Pernahkah kamu mendengar perbualan kaum Baba dan Nyonya yang terdapat di negeri Melaka? Bahasa Baba dan Nyonya ini merupakan satu contoh bahasa kreol di negara kita. Bahasa itu wujud hasil daripada pertembungan budaya Melayu dan Cina. Bentuk pertuturan masyarakat Baba dan Nyonya berbeza daripada bahasa asal iaitu bahasa Melayu. Namun begitu bahasa Baba dan Nyonya ini dianggap bahasa Kreol Melayu kerana dasar kosa katanya lebih cenderung kepada kata-kata dalam bahasa Melayu.

13.2.5Bahasa Klokial

14

Page 15: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Sedarkah anda bahawa bahasa pertuturan harian anda yang mirip bahasa baku itu disebut bahasa klokial?

Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek daerah dan bahasa pasar.

Ciri-ciri bahasa bahasa klokial

a. Cara PenyampaianBahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

b. Mewujudkan KemesraanPenggunaan bahasa klokial di kalangan pengguna boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan penanda-penanda mesra. Antara penggunaan penanda mesra ini ialah penggunaan singkatan pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan dan dah.

c. Penggunaan DialekDalam bahasa klokial wujud penggunaan dialek apabila penutur dan pendengar datang dari tempat yang sama.

d. Penggunaan TatabahasaPenggunaan tatabahasa yang gramatis tidak begitu dipentingkan dalam bahasa klokial. Bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.

e. Percampuran KodDalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan

f. Bahan yang diperkatakan

15

Page 16: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Biasanya tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan serta mudah difahami. Keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.

13.2.6Bahasa Diglosia

Sesebuah komuniti yang mempunyai penguasaan pelbagai variasi bahasa akan mengunakan bahasa tersebut situasi-situasi tertentu. Penutur akan berkecenderungan menggunakan salah satu variasi bahasa itu mengikut konteks atau situasi. Setiap bahasa itu digunakan dalam kegunaan yang berbeza. Keadaan ini dipanggil Diglosia. Dalam Diglosia, terdapat satu bahasa yang lebih baku (standard) yang dipanggil variasi tinggi (H- Variety) yang digunakan oleh Kerajaan dan media. Yang lain dikenali sebagai variasi rendah (L-Variety ). Selalunya Diglosia wujud di kalangan penutur yang dwibahasa atau mempunyai kemahiran dalam pelbagai dialek. Kecenderungan untuk bertukar kod (code-swtching) akan berlaku dalam komuniti Diglosia, iaitu dari variasi rendah kepada variasi tinggi atau sebaliknya. Diglosia adalah satu penanda bagi membezakan gaya bahasa formal yang dianggap tinggi dengan gaya bahasa tidak formal yang dianggap rendah yang menghasilkan suatu jenis bidialektisme. Sebagai contoh, seseorang itu akan menggunakan dialek bahasa yang berbeza ketika berada di rumah bersama keuarga berbanding dengan di institusi pengajiannya.

13.2.7Dwibahasa

Dwibahasa wujud akibat pertembungan dua bahasa dan penutur kedua-dua bahasa itu berusaha mempelajari bahasa yang satu lagi. Terdapat dua jenis dwibahasa iaitu dwibahasa koordinat dan dwibahasa subordinat.

Dwibahasa koordinat merujuk keadaan penutur yang menguasai kedua-dua bahasa dengan agak baik, sama ada bahasa itu dipelajari sejak kecil atau diperoleh kemudian. Dwibahasa subordinat ialah keadaan seseorang itu boleh menguasai bahasa yang kedua tetapi tidak secekap penutur asli bahasa tersebut.

Seseorang yang dwibahasa tidak semestinya meguasai secara aktif dua bahasa. Proses menjadi dwibahasa dapat dikatakan sebagai proses menghilangkan keasingan yang dirasai oleh seseorang pelajar dalam kebudayaan bahasa yang dipelajarinya. Penguasaan bahasa penutur dwibahasa tidak statik sebaliknya akan mengalami perubahan bergantung pada masa dan tempat.

Faktor-faktor Wujudnya Dwibahasa

16

Page 17: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

a. Keperluan untuk berhubung dengan orang lainb. Penerimaan dalam masyarakat baruc. Dasar pendidikan negara

Latihan 13.2

1. Mengapakah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan apakah kesannya kepada perkembangan bahasa Melayu?

Rumusan

Pelajaran ini menjelaskan tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa baku dan bahasa rasmi. Di samping itu anda juga telah didedahkan dengan konsep dan kepentingan dwibahasa.

13.3 LARAS BAHASA

17

Page 18: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Laras bahasa merupakan perbezaan perlakuan seseorang. Ure dan Elis (1977) menganggap laras bahasa sebagai pencorakan bahasa yang kreapkali digunakan dalam sesuatu situasi komunikatif yang tertentu sementara Halliday (1968) mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasrkan fungsi. Pendapat ini disokong oleh Nik Safiah (1990) yang menyatakan laras ialah jenis-jenis bahasa yang dibeza-bezakan oleh faktor-faktor sosial. Laras juga bermaksud gaya atau cara penggunaaan sesuatu bahasa. Laras juga berubah-ubah mengikut situasi. Asmah (1987) menjelaskan bahawa laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras sesuatu wacana lebih memperlihatkan penggunaan pilihan kata atau istilah yang tertentu dan penggunaan struktur ayat atau ungkapan yang berlainan, khususnya untuk sesuatu disiplin ilmu yang tertentu. Semakin banyak laras yang digunakan oleh sesorang maka semakin berkesan seseorang itu berkomunikasi. Dalam kumunikasi bertulis pula hal ini akan membolehkan kita segera dapat menjangka apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Oleh itu laras bahasa wujud selari dengan situasi penggunaan bahasa

13.3.1Laras Bahasa

Tahukah anda bahasa situasi persekitaran mempengaruhi laras bahasa?

i. Lisan

a) Perhubungan sosial dan peribadi antara penutur mempengaruhi

laras bahasa yang digunakan dalam pertuturan.

Contoh :Hubungan akrab:

“Oi, marilah kita makan ! Ini sajalah yang ada.”

Tidak akrab:

“Tuan-tuan dipersilakan menjamu hidangan yang tidak sepertinya ini.”

18

Page 19: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

b) Cara penyampaian iaitu bentu perhubungan lisan dan tulisan juga memmperlihatkan laras bahasa.

Lisan:“Dia orang telah ambil barang itu.”

Tulisan:Mereka telah mengambil barang itu.

c) Bidang atau bahan yang diperkatakan juga membezakan laras bahasa yang digunakan. Contohnya laras sains berbeza dengan laras agama, laras seni dan sebagainya.

Apakah ciri-ciri yang membezakan pelbagai laras bidang ini?

i) Kosa kata / Istilah khususii) Tatabahasaiii) Gaya bahasa

ii.Tulisan

Laras lisan secara relatifnya merupakan media transisi yang tidak kekal sifatnya. Penulisan pula secara relatifnya adalah tetap dan melahirkan hasil yang bersifat kekal. Hal ini menjadi pemisah kepada peserta bahasa dalam hal masa dan ruang. Bezanya boleh jadi panjangnya dan mengandungi pelbagai fasa dan mungkin terjadi semakan-semakan sebelum sesuatu hasil yang terakhir itu dapat dikeluarkan. Oleh kerana hasilnya kekal dan tetap proses pemahaman mungkin memakan masa, berbeza-beza dan terganggu, dan melibatkan beberapa kali pembacaan atau ulang baca.

Latihan 5.31. Jelaskan pengertian laras bahasa dan huraikan antara laras lisan dengan laras tulisan

Rumusan

Isi kandungan laras tulisan lebih cenderung kepada kemampuan diri penyampai berbanding dengan laras lisan yang sering diselangi dengan bentuk hubungan dan perlakuan paralinguistik.

19

Page 20: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

13.4 GAYA BAHASA

Gaya bahasa mempunyai peranan yang besar dalam penghasilan karya yang efektif. Seringkali kita bertemu dengan karya-karya yang sukar difahami serta membosankan disebabkan penulisnya tidak menguasai gaya bahasa yang menarik.

13.4.1Gaya Bahasa

a. Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya bahasa?Menurut Keris Mas (1988) gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan. Nik Safiah (1988) menyatakan bahawa gaya bahasa bermaksud cara mengungkapkan bahasa, iaitu cara bertutur dan menulis. Lazimnya gaya bahasa meliputi aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan dalam situasi tertentu.

Gaya bahasa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penguasaan perbendaharaan kata, kepekaan terhadap nada-nada yang ada pada bahasa yang digunakan dan penguasaan dalam struktur serta keseimbangan ayat-ayat yang dihasilkan.

Sesebuah karya yang mengandungi banyak unsur bahasa perlambangan akan menghasilkan gaya yang berbunga-bunga. Bahkan sebuah laporan penyelidikan saintifik yang jelas, terus terang, penuh dengan fakta juga memiliki gaya bahasa yang tersendiri.

Walau apa pun gaya yang digunakan, hasilnya terpancar pada perkataan yang dipilih, ayat yang dibina, dan perenggan-perenggan yang dihasilkan. Kesemua ini ditentukan oleh susunan perkataan, tanda bacaan atau pada jenis ragam ayat yang digunakan.

b. Bahasa lisan dan tulisan (prosa dan puisi)

20

Page 21: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

(i) Gaya Lisangaya lisan ialah gaya bahasa yang digunakan untuk bercakap. Za’ba (1965) membahagikan gaya lisan itu kepada gaya cakap mulut, gaya yang digunakan oleh orang Melayu apabila bercakap dengan orang Melayu dan bahasa pasar, apabila orang Melayu bercakap dengan orang bukan Melayu seperti India dan Cina. Ciri-ciri utama cakap mulut ini ialah susunan ayatnya mudah, ayat-ayat ringkas, perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidal terdapat dalam bahasa tulisan.

Contoh:Gaya cakap mulut:

“Adik! Mama tak suka adik macam tu... tak baik lokek!”

“Ma, kata cikgu Along kan, orang lokek Tuhan tak suka.”

Bahasa pasar:

“Dulu bulan encik belum kasi, ini bulan juga belum. Sekarang bulan mahu habis, apa macam?”

(ii) Gaya Tulisan

Gaya bahasa tulisan ialah cara ialah cara bahasa yang digunakan dalam tulisan atau karangan. Penggunaan bahasa mempunyai jenis-jenis khusus untuk maksud tertentu, seperti menghuraikan ilmu pengetahuan, menulis berita, mengarang rencana dan menghasilkan penulisan bentuk kreatif. Menurut Nik Safiah Karim (1988), gaya tulisan memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang memetingkan unsur-unsur morfologi dan sintaksis.

Contoh bahasa tulisan:

1. Rencana:

Cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di mahkamah banyak menimbulkan reaksi sama ada yang pro atau kontra daripada pelbagai pihak. Sesetengah pihak berpendapat bahawa sudah tiba masanya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diketengahkan di peringkat yang lebih mencabar.

21

Page 22: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Pelita BahasaNovember 1993, hal. 12

2. Ilmiah:

Matahari ialah satu bola gas yang sangat panas. Gas-gasa itu terutamanya hidrogen (70%) dan helium (28%). Matahari mempunyai diameter 1 400 000 kilometer, iaitu 109 kali ganda diameter Bumi. Beratnya adalah 300 000 kali ganda daripada berat Bumi.

Sains KBSMLongman Malaysia 1994, hal. 203

3. Berita:BAGAN DATOH 22 Jan. – seorang ibu, Rahimah Mohd Nor, 72, mati hangus dijilat api sementara anak perempuannya, Noraini Kamaruddin 33, terselamat apabila rumah mereka dibakar oleh empat leleki bertopeng yang menceroboh masuk dan merompak dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang di Kampung Sungai Ular dekat sini kira-kira pukul 11 malam tadi.

Mingguan Malaysia,23 Jan. 1994

4. Surat:KOPERASI SERBA GUNA,WISMA KOOP,JALAN BUKIT,43100 KAJANG,SELANGOR.

Saad bin Jalaluddin,Kampung Jambu,Kajang, Selangor. 20 Jun 2000

Tuan/Puan

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa koperasi akan mengadakan mesyuarat agung kali ke-36 seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Julai 2003Masa : 9.00 pagiTempat : Dewan Seri Utama

Hotel Indah,

22

Page 23: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Kajang, Selangor.

2. Agenda messyuarat dilampirkan.

3. Kerjasama daripada tuan/puan adalah sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Murni Sepakat, Berkat Keringat”

Yang menjalankan tugas,

...................................................(JABBAR BIN MALIK)Setiausaha.

c. Bahasa kiasan

Menurut Za’ba bahasa kiasan merujuk kepada bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut atau tidak bandingan di antaranya.

Penggunaan bahasa kiasan merupakan ungkapan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang apabila menggunakannya. Mereka yang menggunakan bahasa kiasan sewaktu berbicara digolongkan sebagai orang yang berbudi bahasa.

d. Jenis-jenis bahasa kiasan

i. Kiasan asal ialah yang menyebut bandingan secara terang-terang. Kiasan ini menggunakan kata umpama, seperti, laksana dan sebagainya. Kiasan asal merupakan kiasan yang membandingkan dua benda atau perkara yang berlainan tetapi mempunyai sifat yang sama.

Contohnya:Matanya bersinar seperti bijntang timurHidungnya mancung bak seludang

23

Page 24: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

ii. Kiasan berpindah ialah bahasa kiasan yang tidak menyebut bandingan, sebaliknya memindahkan perkara yang dimaksudkan kepada bandingan sahaja. Oleh sebab itu didapati bahasa kiasan yang demikian lain perkataan lain ertinya.

Kiasan berpindah boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

Kiasan bersandarContohnya: mandi kerbau, hangat-hangat tahi ayam,

tidur-tidur ayam. Kiasan terus

Contohnya: ayam tambatan, puteri lilin, kutu embun, lebai pulut, serkap jarang

Kiasan berangkapContohnya: sebab pulut santan binasa,

sebab mulut badan binasa,

tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata

Kiasan berbungaContohnya: selimut kemalasan

telah reput ditelan zamanberselaput oleh hutang

Kiasan pemanisContohnya: buang air besar

Orang baruorang rumah

Kiasan melompatContohnya: mata pena lebih tajam daripada mata

pedangDari buaian hingga ke liang lahad

Kiasan melaratContohnya: mengarang bunga

Membusut jantanmembuta

24

Page 25: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Menurut Za’ba kebanyakan bahasa kiasan ini telah diterima menjadi simpulan bahasa

13.4.2Ragam Bahasa

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan tindakan seseorang, bagaimanakah cara anda menyampaikan hasrat itu? Tahukah anda terdapat pelbagai ragam bahasa yang boleh anda gunakan untuk menyampaikan sesuatu hasrat dalam pelbagai situasi.

a. Definisi

Penggunaaan sesutau bahasa itu dilahirkan mengikut konteks dan bersesuaian pula dengan orang yang terlibat dalam interaksi tersebut. Hal ini bermakna sesuatu perbincangan bukan sahaja diinterpretasi menurut apa yang tersurat bahkan juga yang tersirat. Jadi apabila hendak menyindir seseorang kita tidak menyatakan maksud secara terus dengan harapan orang yang mendengar dapat menangkap maksud yang dihajati. Di samping bahasa yang digunakan, nada atau intonasi suara, turun naik suara, dan pengulangan kata-kata tertentu juga memainkan peranan penting. Unsur-unsur ini hadir kerana bahasa mempunyai banyak ragam, dan neka ragam inilah yang membezakan pertuturan seseorang manusia dengan seseorang yang lain.

b. Jenis-jenis ragam bahasa adalah seperti berikut:

i. Bahasa PembenarPembenar ialah mengiyakan atau mengesahkan sesusatu keterangan atau kenyataan. Ini bermakna kata pembenar ialah kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul. Ayat-ayat yang boleh dibina berdasarkan kata-kata tersebut adalah berbetuk ayat penyata. Kata pembenar juga biasa digunakan untuk menjawab atau mengesahkan sesuatu kenyataan dalam ayat tanya tertutup. Ini kerana ayat tanya tertutup hanya memerlukan jawapan sama ada ya, betul atau benar. Kata pembenar juga kadang kala digunakan dalam ayat seruan.

Contoh:

25

Page 26: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

“Ya, itulah yang saya mahu.”“Benar, dialah yang mengambil buku saya!”“Betul, orangnya memang bijak.”

ii. Bahasa Nafi

Menafi sesuatu bererti menolak, menidakkan, tidak mengakui dan menyangkal. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai penafian ialah seperti tidak, bukan, belum tentu, tidak mungkin, belum diketahui dan sebagainya. ]Contohnya :“Bukan senang hidup di rantau orang.”“Banyak duit belum tentu hidup bahagia.”“Bukan kepalang besar api itu.”

iii. Bahasa Tempelak

Tempelak ialah ragam bahasa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan yang sudah-sudah oleh orang tertentu. Biasanya kecaman yang diberikan itu berpunca daripada sikap seseorang yang tidak mahu mendengar nasihat. Za’ba menyifatkan bahasa tempelak sebagai hendak memulangkan paku buah keras atau membalikkan cakap kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awal-awalnya lagi.

Tempelakan ini timbul disebabkan sikap sesetengah orang yang pada mulanya tidak kuas ahendak bertenkar. Biasanya orang itu akan bersikap mertendah diri dan semacam menyimpan sesuatu perasaan dalam diri sendiri. Perasaan ini dipendam apabila melihatkan sikap orang itu bengis, dan bersemangat dalam mencetuskan sesuatu. Apabila sesuatu yang tidak diingini terjadi dengan pantas perasaan yang tersimpan lama dalam sanubarinya itu akan dikeluarkan kepada orang yang terbabit. Lazimnya orang

26

Page 27: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

yang ditempelak itu tidak akan berkata apa-apa seolah-olah mengaku akan kesalahannya.

Contoh:“ Waktu kau mewah dulu, kau tidak beringat untuk menyimpan duit. Sekarang apa dah jadi? Duit simpanan tidak ada, apa yang hendak kau makan?”

iv. Bahasa Sindiran

Sindiran ialah perkataan yang digunakan untuk mengatai, mengeji, mengejek dan mencela seseorang tetapi tidak dengan cara terus terang. Bahasa yang digunakan tidak disebut secara tepat, hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara terus terang. Orang yang disindir itu akan terasa sekiranya ia faham maksud sindiran tersebut.

Masyarakat Melayu menggunakan bahasa sindiran untuk menyatakan sesuatu yang terbuku di hati dan mel;epaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu yang tidak menyenangkan. Semua itu dilakukan secara tidak terus terang dengan tujuan tidak mahu melukakan hati orang lain secara langsung. Dengan menggunakan susunan kata yang teratur dan bahasa yang beragam, sindiran dapat memainkan peranan dalam menyedarkan orang yang disindir itu.

Contohnya :“Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.” “Hidup ini biarlah memberi manfaat, janganlah asyik nak membenbankan orang sahaja.”

Puas sudah menanam keladi,Nanas juga ditanam orang;

Puas saya menanam budi,Emas juga dipandang orang.

v. Bahasa MenggiatZa’ba mendefinisikan bahasa menggiat sebagai ragam bahasa yang tidak tepat, seakan-akan sindiran juga tetapi tidak berkias. Maksud kata-kata yang diucapkan itu sekadar mengusik, kadang-kadang dengan tujuan bersenda-senda sahaja, dan kadang-kadang bersungguh-sungguh betul

27

Page 28: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

sehingga boleh menerbitkan perasaan malu orang yang kena giat itu. Contoh :“Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak jadi pensyarah konon!”“Wah, ada hati juga orang tua ini.”

vi. Bahasa Mengejek

Bahasa mengejek ialah bahasa yang digunakan untuk berkata kepada seseorang atau kumpulan orang dengan menggunakan perkataan yang tepat. Gaya bahasa yang digunakan menunjukkan keburukannya, serta mempermain-mainkannya dengan tujuan menampakkan kebodohan orang itu, atau mensia-siakan hasratnya supaya ditertawakan oleh orang lain. Biasanya orang yang ditujukan kata-kata itu akan berasa marah atau sakit hati kepada orang yang mengejeknya.

Contoh :“Cakap sahaja hendak tolong orang miskin, tetapi yang dapat bantuan, pinjaman, malahan biasiswa dan dihantar belajar keluar negeri ialah anakj-anak orang berada.”

vii. Bahasa Terbalik

Bahasa terbalik ialah ungkapan yang berlawanan daripada maksudnya tetapi orang masih dapat difahami. Dalam bahasa terbalik, ekspresi kemarahan, kekecewaan dan sindiran terungkap dalam bentuk peribahasa atau dalam perkataan dan ayat yang sedap didengar. Bahasa yang digunakan tidak menyinggung perasaan orang yang ditujukan kata-kata tersebut kerana mengandungi maksud yang berbentu nasihat, peringatan dan perngertian di sebaliknya.

Contoh :“Ha, buat apa kamu balik? Elok tidur sahaja di padang itu. Jangan balik-balik lagi ke rumah.”“Apa kena kamu ni? Sampai benjol dahi. Tak lain daripada jatuh dari atas pokok la ni. Ha, panjatlah pokok tinggi itu lagi.”

28

Page 29: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

viii. Bahasa Herdik

Bahasa herdik ialah ragam bahasa yang digunakan untuk memaki hamun atau untuk menengking seseorang terutamanya orang yang tidak disukai. Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi dan keras. Perasaan marah yang dimaksudkan digambarkan melalui perkataan yang dituturkan selain gambaran melalui perbuatan, mimik muka dan tingkah laku yang ditujukan kepada seseorang kerana perbuatan dan perilaku yang kurang disenangi.

Za’ba (1965) mengatakan bahawa bahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak juga tetapi tujuannya untuk menyatakan kesalahan pada masa itu bukannya pada masa silam.

Bahasa herdik merupakan kecaman atau gambaran rasa marah dengan tidak berselindung atau secara terbuka kerana orang yang dilawan bercakap itu melakukan sesuatu kesalahan. Bahasa ini dilafazkan seakan-akan mengejek dan berharap orang yang mendengarnya faham akan maksudnya.

Contoh :“Lebih baik awak keluar dari rumah ini. Sudahlah tiada kerja, melalak pula tu. Memekak sahaja...”

“Kalau tidak mahu belajar, lebih baik berhenti sahaja daripada menghabiskan duit kerajaan ...”

ix. Bahasa Melampau/kasar

Ragam bahasa melampau ialh bahasa yang digunakan oleh seseorang secara berlebih-lebihan. Contohnya kalau kita memarahi seseorang, tidak cukup dengan hanya kita mengherdik, menyindir atau menempelak, tetapi juga memaki hamun atau mengada-adakan sesuatu semata-mata untuk menjatuhkan maruah atau memalukan orang itu. Tindakan yang berlebih-lebihan itu disebut sebagai melampau.

Contoh :“Dia tu dahlah badan macam gajah, otak macam lembu, pemalas pula tu.”

“Sudahlah rupanya hodoh, perangai pula macam setan.”

29

Page 30: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

x. Bahasa Ingkar

Bahasa ingkar didefinisikan sebagai bahasa yang disusun secara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan yang meminta dijawab oleh pendengar. Pertanyaan itu seolah-olah mengejek kerana hendak menguatkan benarnya jawapan yang sudah diketahui atau yang maksudnya sudah tentu.

Contoh:“Hendak membiarkan pihak kilang itu nmencemarkan alam sekitar? Sampai bilakah kirta hendak melihat kampung halaman kita dicemari?”

“Adakah kita hendak membiarkan keadaan ini berlarutan? Tidak! Tidak! Kita tidak mahu keadaan ini berlarutan.”

xi. Bahasa Naik

Menurut Za’ba(1965) bahasa naik ialah satu ragam bahasa yang bertujuan membawa emosi pembaca secara beransur-ansur dari persoalan yang kendur kepada persoalan yang lebih tegang. Dengan menggunakan bahasa naik seseorang penutur atau penulis tidak terus mengungkapkan tujuan yang sebenar. Perbicaraan akan dimulai dengan persoalan yang berkaitan, namun persoalan tersebut tidak sampai mengganggu emosi pendengar atau pembaca. Perbicaraan awal merupakan gambaran kepada persoalan yang seterusnya dan sedikit demi sedikit akan menjelaskan maksud sebenar.

Contoh:“Sudahlah sekolah kerajaan sediakan, gaji guru-guru pun kerajaan yang membayarnya, buku-buku sekolah pun kerajaan yang sediakan, bukan itu sahaja, baju dan kasut pun kerajaan yang sediakan.”

30

Page 31: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

xii. Bahasa Turun

Bahasa turun ialah bahasa yang menggambarkan satu permulaan yang penuh ketegangan atau klimaks, dan kemudiannya mulai turun sedikit demi sediki dan akhirnya kembali kepada keadaan yang normal. Pada hari ini bahsa turun masih digunakan bukan sahaja sebagai alat hiburan, sindiran dan komunikasi lisan, tetapi juga digunakan meluas dalam bidang penulisan kreatif.

Contoh:Malang benar nasibnya, mula-mula rumahnya dilanda banjir, barang-barang yang ada dicuri orang pula, kemudian orang gajinya pula melarikan diri, akhir sekali kucing kesayangannya dilanggar kereta.

xiii. Bahasa Besar

Bahasa besar atau melampau berlaku apabila sengaja memperbesar-besar keterangan tentang sesuatu perkara, kebolehan atau fizikal seseorang. Ragam bahasa begini banyak terdapat dalam hikayat-hikayat Melayu lama seperti cerita-cerita penglipur lara. Contohnya ketika mengisahkan perwatakan seseorang puteri, pengisahannya amat menakjubkan seperti pipinya pauh dilayang dan bibirnya delima merkah. Gaya bahasa ini digunakan untuk menunjukkan seorang gadis kayangan yang tidak terperi cantiknya. Dalam situasi masa kini ragam bahasa besar banyak digunakan dalam laras bahasa iklan yang bertujuan untuk menunjukkan kehebatan dan ketinggian mutu barangan dan perkhidmatan yang hendak ditawarkan kepada pengguna.

Contohnya :

Ratap tangisnya boleh meruntuhkan langitKeranamu dinda lautan api pun sanggup kurenang

31

Page 32: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

xiv. Bahasa Kecil

Bahasa kecil ialah lawan bahasa besar. Bahasa kecil merupakan bahasa yang mensifatkan satu perkara itu kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri. Dalam masyarakat Melayu bahasa kecil banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Keadaan ini bersesuaian dengan sifat masyarakat Melayu yang lemah-lembut dan berbudi tinggi. Orang Melayu biasanya tidak suka meninggikan diri dan berpegang pada tuntutan agama Islam yang menggalakkan umatnya sentiasa merendah diri dan tidak takbur.

Penggunaan bahasa kecil ini menggambarkan bagaimana anggota dalam masyarakat Melayu menjaga hubungan sesama sendiri apabila berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini dapat menggambarkan keharmonian anggota masyarakat dan penghormatan dalam sesebuat komuniti.

Contoh :Terimalah hadiah yang tidak seberapa iniJemputlah minum, air bujang sahaja.

Latihan 13.4a) Jelaskan perbezaan antara ragam bahasa tempelak, sindiran, menggiat dan mengejek. b) Jelaskan situasi penggunaan ragam bahasa herdik dan bahasa kasar.

RumusanPelajaran ini menjelaskan tentang gaya bahasa dan jenis-jenis ragam bahasa dalam aspek lisan dan tulisan.

32

Page 33: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

13.5 PERIBAHASA

13.5.1Definisi

Peribahasa ialah satu susunan bahasa yang indah dan menarik dituturkan oleh orang Melayu terutama sejak beberapa lama dahulu.. Tahukah anda bahawa peribahasa adalah salah satu cabang sastera lisan? Pada pendapat anda bagaimanakah peribahasa lahir dalam masyarakat Melayu? Sebenarnya peribahasa lahir daripada rasa dan pengalaman hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Peribahasa juga menggambarkan perwatakan sesuatu masyarakat itu. Segala kegembiraan, , kedukaan, kesengsaraan, kesusahan, kejayaan dan kegagalan mereka digambarkan dalam rangkai kata yang ringkas, padat, indah dan mempunyai makna yang mendalam. Peribahasa mengandungi nasihat dan menjadi teladan, pengajaran dan perbandingan kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Peribahasa juga dikatakan berasal dari pertuturan cerdik pandai hasil renungan mereka terhadap sesuatu kejadian. Ungkapan yang keluiar dari mulut mereka diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan maksud sesuatu keadaan.

13.5.2 Jenis (simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, lidah pendeta, tamsil dan ibarat)

Simpulan Bahasa PE

RIB

AH

AS

A

Perbilangan

Perumpamaan Lidah Pendeta

Pepatah Tamsil

Bidalan Ibarat

Rajah 2

33

Page 34: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Mari kita teliti rajah di atas. Untuk mengetahui perbezaan setiap jenis peribahasa di atas kita akan melihat definisi dan contoh-contoh setiap satu jenis peribahasa tersebut.

a. Simpulan bahasa

Simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menunjukkan sesuatu maksud yang berlainan daripada erti yang sebenar. Kamus Dewan mentakrifkan simpulan bahasa adalah rangkaian perkataan yang mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Contoh:Ringan tulang, nyawa-nyawa ikan telinga kualiTangkai jering tangkai jering kaki bangku

b. Perumpamaan

Perumpamaan ialah perkataan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuiatu yang lain dengan menggunakan perkataan seperti, umpama laksana, macam dan bagai.

Contoh:Seperti bangau kasihkan kerbauUmpama cincin dengan permataLaksana bulan dipagar bintangMacam lipas kudungBagai anjing dengan bayang-bayang

c. Pepatah

Menurut Za’ba (1965), pepatah ialah perkataan yang pendek-pendek dan terkerat-kerat susunannya, ungkapan bahasa yang padat dan ringkas. Kata-kata tersebut memberikan pengajaran dan nasihat. Ada juga orang menyamakan pepatah dengan bidalan dan perumpamaan. Walaupun begitu Za’ba menyatakan ada perbezaan. Pepatah lebih memberatkan tentang sifat ringkasnya, bijak perkataannya dan benar pengajarannya. Contoh:

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur-uraiTak lekang dek panas , tak lapuk dek hujanBagaimana acuan begitulah kuihnya

34

Page 35: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

d. Bidalan

Bidalan ialah kalimat-kalimat singkat yang mengandungi sesuatu pengertian yang membayangkan sindiran dan kiasan daripada hasil ciptaan masyarakat Melayu. Bidalan menjadi sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran.

Contoh: Biar lambat asalkan selamatBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

e. Perbilangan

Perbilangan ialah ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya masyarakat yang mengamalkan adat perpatih terutamanya di Negeri Sembilan. Dalam adat perpatih peribahasa ini disebut sebagai perbilangan kerana cara menyebutkan puisi itu seolah-olah seperti membilang. Perbilangan merupakan peraturan atau perundangan hidup pemakainya atau masyarakatnya.

Contoh:Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Alam nan beraja,Luak nan berpenghulu,Suku nan berlembaga,Anak buah dengan buapak.

f. Lidah Pendita

Lidah Pendita dicirikan oleh ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan. Maknanya mudah difahami, tetapi jika direnungi maknanya lebih luas lagi. Menurut Za’ba (1965) Lidah Pendita tidak terkenal dan terpakai oleh orang ramai. Lazimnya Lidah Pendita dipetik daripada buku dan sastera atau daripada percakapan orang yang bijak-bijak.

35

Page 36: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Contoh:Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.

(Hussein Onn, Seribu Satu Malam)

Jangan mencuaikan waktu kerana ia tidak menunggu.Tangan yang mengayun buaian, boleh menggegarkan dunia.

g. Tamsil

Tamsil ialah misalan yang dalamnya terkandung pengajaran tentang sesuatu perkara. Dalam kesusasteraan tamsil juga bermaksud misalan yang berkias, pepatah, bidalan atau perumpamaan dan ibarat yang memberikan teladan, pengajaran dan sebagainya.Pendek kata tamsil merupakan sejenis kiasan yang membuat perbandingan dengan terang sama ada dalam bentuk yang ringkas atau panjang. Biasanya tamsil mengandungi pengajaran dan teladan yang dapat menjadi panduan pada pendengar atau pembacanya.

Contoh:Jangan ikut resmi ayam,Bertelur sebiji riuh sekampung.

Bawa resmi padi, makiin berisi makin merunduk. h. Ibarat

Ibarat mempunyai makna berlapis dan sering digunakan untuk menyindir. Biasanya perkataan ibarat itu sendiri digunakan sama ada pada awal atau pun pada tengah ungkapannya.

Contoh:Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.Ibarat pungguk rindukan bulan

Latihan 13.51. Bezakan simpulan bahasa dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan.

Rumusan

36

Page 37: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Pelajaran ini menerangkan makna peribahasa dan jenis-jenis peribahasa dengan contoh-contohnya. Peribahasa merupakan pancaran masyarakat Melayu lama tentang falsafah dan pemikiran mereka.

Tutorial

1. Huraikan kesan pengaruh variasi bahasa terhadap penggunaan bahasa Melayu baku.

2. Laras bahasa merupakan unsur bahasa dan bukannya unsur makna. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?

3. Pada pandangan anda mengapakah peribahasa amat kurang digunakan dalam komunikasi masyarakat ini?

Bacaan Asas

1. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997). Pengajian Melayu 3 Komunikasi Bahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt.

3. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt, (1999). Bahasa KebangsaanPetaling Jaya: Longman

37

Page 38: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

Rujukan

1. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

2. Abdul Hamid Mahmood, (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Media Printex (M) Sdn. Bhd.

3. Abd. Hamid Mahmood, (1982). Ciri-ciri Dialek kelantan yang Mempengaruhi Bahasa Malaysia Standard (Bahagian 1) Jurnal Dewan Bahasa Mei 1982. DBP Kuala Lumpur.

4. Ajid Che Kob, (1982). Beberapa masalah Asas Dalam kajianb Dialek Geografi : Satu Tinjauan Berdasarkan Kajian Luar di Pasir Mas, Kelantan. Jurnal Dewan Bahasa April 1982, DBP, Kuala Lumpur.

5. Alias bin Mohd. Yatim, (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kulim: Penerbitan Sarli

6. Asraf (Penyunting), (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

7. Baker Colin, (1996). Foundation of Bilingual Education and Bilingualisme.Australia: Multilingual Matters Ltd.

8. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1999). Bahasa Kebangsaan (A) Untuk Warganegara Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

9. Lado Robert, (1980). Mengajar Bahasa – Suatu Pendekatan Saintifik.Kuala Lumpur: DBP.

10. Maktab Perguruan Ilmu Khas, (1998). Tempawan. Kuala Lumpur: Maktab Perguruan Ilmu Khas.

38

Page 39: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

11. Siti Hawa Salleh (1982). Unsur-unsur Dialek dalam Beberapa Naskhah Histografi Melayu. Jurnal Dewan Bahasa Oktober 1982. DBP. Kuala Lumpur

12. Za’ba, (1965). Imu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: DBP.

PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan

1. PENASIHATHj Abu Bakar b. OsmanKetua JabatanIPG Kampus Tuanku BainunBukit Mertajam Pulau Pinang

M.A Sastera Melayu USMB.Ed. Linguistik USMSijil Perguruan

2. PENGERUSIMohd zamri b. Mohd AkhirIPG Kampus Tuanku BainunBukit Mertajam Pulau Pinang

M.ED Sastera Melayu( UPSI)B.Ed Sastera melayu (UPSI)Diploma Pendidikan (IPG Kampus B.Melayu)Sijil Perguruan( IPSI)

3. AHLI 1

Ahmad Fazil bin Zainal AbidinIPG Kampus Tuanku BainunBukit Mertajam Pulau Pinang

AHLI 2Othman bin AhamadIPG Kampus Tuanku BainunBukit Mertajam Pulau Pinang

AHLI 3DR. Azhar bin Mohd AliIPG Kampus Tuanku BainunBukit Mertajam Pulau Pinang

MA Bahasa Melayu (UPM)B.Ed PBMBP(UPM)Sijil Perguruan

M.Ed. Pentadbiran dan Pengurusan PendidikanB.Ed Pendidikan Sastera (USM)Sijil Guru

Phd. Sastera (USM)M.Ed Kesusasteraan (USM)B.Ed Kesusasteraan (USM)

39

Page 40: Bm Modul 13 Sabk Kdpm Sm

40