bm kb 2.docx

7
Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu : Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz Deramanmembandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini. Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial. 1.0 Politik Masyarakat Melayu Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan. 1.1 Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi: ...“Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara.” ...

Upload: wida-wasli

Post on 23-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM KB 2.docx

Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu : Tamadun Melayu dan

Pembinaan Bangsa Malaysia (2000)

Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz

Deramanmembandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu

Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam

kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman

memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa

ini. Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan

Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih

mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini

dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

1.0 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun

perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik

juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses

politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal

berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

dan berkembang menjadi kerajaan.

1.1 Pemerintahan Beraja 

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman

Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya,

iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar

Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan

Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan

dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:

...“Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini

berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi

simbol maruah negara.” ...

1.2 Sistem Demokrasi 

Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem

demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat

setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah

pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja

atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan

Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang

berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang

Page 2: BM KB 2.docx

yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:

...“Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini,

manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang

diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal

kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara

yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.“ ...

2.0 Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber

yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang

pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa

Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka

pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah

muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa

besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan

sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat

perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. 

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi

pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga

bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.

Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada

halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

...“Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem

kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.”

...

2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian

Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini

berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang

kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan

lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan

bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.

...“Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan

ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.” ...

Page 3: BM KB 2.docx

3.0 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek

persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat

secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu

aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni,

kesenian, undang-undang, dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni yang diamalkan

...“Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,

kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif

yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai

yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.”...

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85.

Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.

Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam

kenyataan yang berbunyi:

...“Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu “Hujan emas di negeri orang,

hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” ....

3.2.0 Kesenian

Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan

makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata

A.Aziz yang berbunyi:

...“Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan

pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-

cita budaya kita.” ... (Halaman 87).

3.2.1 Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus

ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan

tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut

merupakan antara kenyataan yang dikemukakan A.Aziz:

...“Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak

(seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk

menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita.” ...

Page 4: BM KB 2.docx

...“Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya

dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang

emas, perak, kraf tangan).” ... (Halaman 6)

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu

pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada

mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai

oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi

bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah

bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara.

Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

...“Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan

tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu

diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok

sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.” ...

(Halaman 84)

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu

aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak

yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh

dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora

yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya

perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada

sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain

daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya.

Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul

pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:

...“Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari

berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi

yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi

nada lagu.” ... (Halaman 111)

3.2.4 Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh

nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan

Page 5: BM KB 2.docx

masyarakat Melayu pada waktu lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada

halaman 127 seperti yang berikut:

...“Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia

bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat,

gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat

seperti permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya.” ...

3.2.5 Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung

kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan

muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong.

Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:

...“Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di

kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan

dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.” ... (Halaman 106)

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan

...“Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-

undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan.”...

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang

warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau

norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah

peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau

didenda.

3.4.0 Bahasa

Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara

bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia

di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa

Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi

yang dijumpai di Sumatera Selatan.

3.4.1 Dialek

Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa

yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini

paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan

oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.

Page 6: BM KB 2.docx

Buktinya adalah berikut:

...“Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan

budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa

lain melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura,

Selatan Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan

mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di bahagian utara” ... (Halaman

10)

3.4.2 Tulisan

Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah

mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan

bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan berikut:

...“Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan

huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau

disempurnakan.” ... (Halaman 102)

Bibliografi

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.