bm 2015_kertas 2

14
Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan belia untuk membantu pembangunan negara dan kekangan mewujudkan belia berkualiti. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Presiden Soekarno pernah mengungkapkan, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa belia yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap belia perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara. Peranan signifikan belia ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang penting untuk melahirkan belia yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, belia kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik. Belia juga perlu mengutamakan hal-hal yang penting dengan menepikan hal-hal yang mengalpakan,seperti terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Tegasnya, tanpa belia yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika belia kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Belia yang ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetetif, belia kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan belia di negara maju. Selain itu, belia juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Belia kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperkara lagi, belia juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, belia kita harus berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Belia juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Belia perlu menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Semua belia mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Namun, sejak akhir-akhir ini didedahkan ramai belia terlibat dalam salah laku sosial. Dikatakan juga belia yang tidak mempunyai pegangan hidup ini akan menjadi musuh negara menerusi aktiviti tidak sihat seperti merempit. Jika masalah yang dikaitkan dengan belia tidak dibendung, sudah pasti impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tidak akan menjadi kenyataan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Benarkah Belia Kita Semakin Melampau”, oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub, Dewan Masyarakat, November 2012)

Upload: azlina-bt-azmi

Post on 02-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Enjoy Reading

TRANSCRIPT

Page 1: BM 2015_Kertas 2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan belia untuk membantu pembangunan negara dan kekangan mewujudkan belia berkualiti. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Presiden Soekarno pernah mengungkapkan, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa belia yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap belia perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara. Peranan signifikan belia ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang penting untuk melahirkan belia yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, belia kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik.

Belia juga perlu mengutamakan hal-hal yang penting dengan menepikan hal-hal yang mengalpakan,seperti terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Tegasnya, tanpa belia yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika belia kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Belia yang ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetetif, belia kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan belia di negara maju.

Selain itu, belia juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Belia kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperkara lagi, belia juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, belia kita harus berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.

Belia juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Belia perlu menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Semua belia mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Namun, sejak akhir-akhir ini didedahkan ramai belia terlibat dalam salah laku sosial. Dikatakan juga belia yang tidak mempunyai pegangan hidup ini akan menjadi musuh negara menerusi aktiviti tidak sihat seperti merempit. Jika masalah yang dikaitkan dengan belia tidak dibendung, sudah pasti impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tidak akan menjadi kenyataan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Benarkah Belia Kita Semakin Melampau”, oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub, Dewan Masyarakat, November 2012)

Soalan 2: Pemahaman

[ 35 markah]

Soalan 2 (a) -- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata menjana kecemerlangan? [2 markah]

ii. Masalah yang melanda belia telah merencatkan pembangunan negara.Nyatakan permasalahan yang dihadapi oleh sesetengah belia. [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan terhadap belia yang gagal dalam usahmeraih kecemerlangan dalam bidang akademik? Kemukakan dua pendapat anda. [4 markah]

Page 2: BM 2015_Kertas 2

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Sumpah tidak begitu, Uj. Mengapa Um mesti melawan abang? Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. Um sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Biarpun muka dan mata Um merenung buah-buah catur yang berwarna hitam dan putih ini, tetapi Um tidak di situ. Fikiran Um melayang jauh. Um memikir bagaimana hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi.”

“Ibu? Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar saja bil yang disuakan nanti. Apa perlu Um memikir? Um bukan seorang doktor.” Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan disembunyikan terjengul juga. Derai bahang suaranya melibas telinga Um.

Uj tahu. Begitu juga Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang dalam dulang emas, kata Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi semua abang-abangnya yang lain. Um dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja yang tidak diajarkan kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga.

Dipetik daripada cerpen Pemain Caturoleh Zaharah Nawawi dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu? [3 markah]

iii. Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut peri, “Hai cucuku, jikalau ia hendak mengeluarkan sebuah negeri maka keluarlah dengan rakyatnya serta alat senjata dan beribu-ribu peri dan dewa-dewa!” Demikianlah kebesarannya hikmat itu seperti gemala rupanya dan ditaruhnya di atas kemuncak mahligainya itu.

Maka Inderaputera pun hairan mendengar kata peri itu. Maka ujar Inderaputera, “Hai nenekku, bagaimana gerangan tipu daya hamba akan dapat melihat tuan puteri itu?”

Maka sahut peri itu, “Wahai cucuku, jikalau cucuku hendak juga bertemu kepada Tuan Puteri Seri Gemala Ratna Nehran itu, pada tatkala ia mandi pada tasik ini dan cucuku duduk bersembunyi jangan kelihatan olehnya dan tatkala ia mandi itu maka ia menanggalkan bajunya, ditaruhnya ke bumi itu! Maka segeralah cucuku ambil bajunya itu sembunyikan baik-baik. Jika dipintanya janganlah diberikan dan tatkala itulah berjanjilah dengan dia.”

Maka kata Inderaputera, “Hai nenekku, berapa hari lagi tuan puteri itu datang ia ke mari?”

Maka disahut oleh peri itu, “Tiga hari lagi ia datang ke tasik ini mandi.”

Setelah sudah ia berkata-kata demikian maka ujar peri itu, “Hai cucuku, marilah cucuku ke rumahnya nenek!”

Maka sahut Inderaputera, “Baiklah, nenek.”

(Dipetik daripada prosa “Dua Geliga Hikmat”,dalam antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 3: BM 2015_Kertas 2

i. Berikan maksud seperti gemala rupanya . [2 markah]

ii. Kemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Inderaputera sekiranya baginda mahu bertemu dengan Tuan Puteri Seri Gemala Ratna Nehran. [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan oleh Inderaputera untuk menjadi raja yang sentiasa ditaati rakyatnya? [3 markah]

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Di bawah langit yang samaKita hirup udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala LumpurkuKita menghirup udaraDi bawah langit yang sama.

Aku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit iniKita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China SelatanLayari Lautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita-warga duniaDi bawah langit-NyaYang sama.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mulaKita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yangSama.

Lim Swee TinDalam Antologi Dirgahayu Bahasaku,Potret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006Citra Kurnia Enterprise

i. Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’. [2 markah]

ii. Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan? [4 markah]

Page 4: BM 2015_Kertas 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mengorak langkah

(ii) memupuk perpaduan

(iii) meniupkan semangat

(iv) menumpukan perhatian

(v) menyelesaikan masalah

(vi) memikul tanggungjawab

[6 markah]

(b) Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

(i) Hadiah itu untuk ibu saya atau untuk ayah saya.

(ii) Pemain skuasy negara itu sungguh handal dan tangkas.

(iii) Mahasiswa yang berketerampilan bukan sahaja mudah memperoleh pekerjaan

bahkan menjadi contoh kepada masyarakat.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

(ii) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati penyakitnya.

(iii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.

[6 markah]

Page 5: BM 2015_Kertas 2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

(i) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.

(ii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah kerana terlewat menghadiri temu janji.

(iii) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.

[6 markah]

(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya me ngesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.

Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kadir.

(a) Persoalan berperanan penting untuk menyokong tema dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam setiap novel.

[8 markah]

Page 6: BM 2015_Kertas 2

Skema set 1

Soalan 1: Rumusan

(a) Pendahuluan

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara yang kian pesat/supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain-2m

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara yang kian pesat dan masalah yang melanda belia.-2m

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara-1m

Petikan membincangkan peranan untuk membantu pembangunan negara-0m

(b) Isi Tersurat [Peranan belia terhadap negara.]

S1 Belia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik.

S2 Proaktif menimba ilmu dan segala pengetahuan.

S3 Mengutamakan hal-hal yang penting dengan menepikan hal-hal yang

mengalpakan.

S4 Memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan.

S5 Memiliki etika atau personaliti yang luhur.

S6 Kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang.

S7 Berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.

S8 Memainkan peranan untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan.

S9 Menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional.

S10 Mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana

pembangunan negara.

(c) Isi Tersirat [Kekangan mewujudkan belia yang berkualiti.]

T1 Belia lebih mengutamakan hal yang menyeronokkan sahaja.

T2 Belia kurang memberi fokus terhadap masa depan yang lebih bermakna.

T3 Belia mudah terpengaruh dengan gejala negatif di laman sosial.

T4 Beliau kekurangan ikon untuk dijadikan model.

(d) Penutup

Sebagai kesimpulannya/Sebagai konklusinya, belia perlulah mempunyai visi yang lebih jelas untuk membangunkan negara agar / supaya pembangunan negara akan lebih rancak.

Page 7: BM 2015_Kertas 2

Soalan 2 (a) -- Petikan Umum

(i) Rangkai kata “menjana kecemerlangan” bermaksud menghasilkan kejayaan terbaik.

[2 markah]

(ii) - terlibat dalam najis dadah.

-terlibat dalam salah laku sosial.

-belia yang tidak mempunyai pegangan hidup ini akan menjadi musuh negara menerusi aktiviti tidak sihat seperti merempit. [3 markah]

(iii) -Belia yang gagal meraih kecemerlangan dalam bidang akademik hendaklah dihalakan ke kursus yang berkaitan dengan kemahiran agar mereka dapat memasuki pasaran buruh.-2m

- kumpulan belia ini perlu diberi motivasi agar ada keinginan mengubah sikap untuk menjadi manusia yang lebih Berjaya [2markah]

[Pendapat yang sesuai diterima.]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen (Pemain Catur)

(i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain? [2 markah]

- Um ditatang dalam dulang emas

[1markah]

- Um dididik dengan sepenuh kudrat

[1markah]

- Um diajarkan semua ilmu termasuk ilmu bermain catur.

[1markah]

* jawapan yang sesuai boleh diterima

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?

- Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu [1markah]

- Sentiasa taat dan patuh kepada ibu

[1markah]

Page 8: BM 2015_Kertas 2

- Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu

[1markah]

- Mendoakan kesejahteraan ibu

[1markah]

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

Satu nilai daripada petikan

- Nilai keprihatinan seorang anak terhadap ibunya - Um prihatin terhadap penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya.

- Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya - Uj telah menggaji dua orang doktor untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh ibunya.

[2 markah]

Satu nilai daripada keseluruhan cerpen

- Nilai keberanian dalam menyahut cabaran - Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding dalam permainan catur.

- Nilai kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat - Um telah gigih berusaha dengan menelaah buku tentang permainan catur bagi mencapai hasratnya untuk menjadi pemain catur yang terkenal.

- Nilai kasih sayang sesama adik-beradik - Uj menyayangi adiknya Um.

[2 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

(i) maksud:

... bagai/seperti/laksana batu sakti bentuknya

[2 markah]

(ii) langkah-langkah:

... perlu bersembunyi

... mengambil baju Tuan Puteri dan menyembunyikan baju tersebut

... jangan memberikan baju kepada Tuan Puteri sebelum membuat apa-apa perjanjian

[3 markah]

Page 9: BM 2015_Kertas 2

(iii) cara:

... menjadi raja yang sentiasa mengasihi rakyat

... memberikan kehidupan yang sempurna kepada rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan

... menjadi raja yang bersikap adil kepada rakyatnya

[3 markah]

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional

Contoh Jawapan:

(i) Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’. [2 markah]

1 - memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan bermuafakat.

(ii) Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

2. kita menghirup udara yang sama;

- pokok-pokok di London dan Washington adalah sama;

- mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika;

- manusia sejagat berkongsi siang dan malam.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan.

[4 markah]

- sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan

ekonomi;

- pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan;

- kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri.

PANDUAN PENSKORAN NOVEL

(15 markah)

4(a)

Page 10: BM 2015_Kertas 2

(i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap

(iii) Beri 1 markah untuk 1 keistimewaan

(iv) Beri 1 markah untuk huraian

(v) Keistimewaan tanpa huraian maksimum 2 markah

(vi) Huraian tanpa keistimewaan beri 0 markah

(vii) Markah isi maksimum 4 markah

(viii) Markah bahasa maksimum 3 markah

(ix) Markah bahasa diberi secara ‘impression’m

Baik = 3 markah

Sederhana = 2 markah

Lemah = 1 markah

(x) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(xi) Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 7 markah]

4(b)

(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap

(iii) Beri 1 markah untuk 1 teknik saspens

(iv) Beri 2 markah untuk huraian setiap teknik saspen

(v) Huraian secara umum beri 1 markah

(vi) Huraian tanpa teknik saspens beri 0 markah

(vii) Markah isi maksimum 6 markah

(viii) Markah bahasa maksimum 2 markah

(ix) Markah bahasa diberi secara ‘ impression’

Baik = 2 markah

Lemah = 1 markah

(x) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(xi) Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 8 markah]

SKEMA NOVEL SET 1

Soalan 4 (a)

Novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!)

Page 11: BM 2015_Kertas 2

• Persoalan ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Jeffri yang diuji dengan takdir isterinya koma dan anak kembar siamnya telah meninggal dunia. Jeffri meneruskan kehidupannya dengan tabah dan tidak menitiskan air mata ketika berdepan dengan cabaran tersebut.

• Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Oleh sebab terlalu sayang akan suaminya, Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi walaupun sedar komplikasi yang bakal dihadapinya. Dia sanggup berkorban nyawa demi membahagiakan suaminya Jeffri yang inginkan zuriat lagi. Intan Maliana tidak mahu menggugurkan kandungannya walaupun dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan kawannya, Suzie. Selepas melahirkan anak kembar siamnya, Intan Maliana koma manakala anaknya pula meninggal dunia.

Novel Konserto Terakhir

• Persoalan masyarakat yang mementingkan pangkat dan darjat. Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi seorang budak kampung yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi. Datin Salmah tidak suka Hayati berkawan rapat dengan Hilmi kerana merasakan kedudukan mereka tidak setaraf. Azizah pula yang pada mulanya terpikat dengan Hilmi berasa tawar hati apabila mengetahui Hilmi hanya seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.

• Persoalan pegangan agama yang rapuh dalam masyarakat bandar. Persoalan ini dapat dilihat dalam kehidupan keluarga Datuk Johari yang tidak solat. Namun, sejak kedatangan Hilmi, Hayati mula berubah dengan mengerjakan solat dan mengaji Al-Quran. Hayati juga mula berubah sikap dengan lebih banyak mendalami ilmu agama.

Soalan 4 (b)

Pelajar wajib menjawab satu persamaan perwatakan dan satu perbezaan perwatakan

daripada kedua-dua novel.

Persamaan

Gigih berusaha

• Hilmi belajar muzik dengan En Bakar dengan bersungguh-sungguh dengan setiap petang berulang-alik ke rumah En Bakar bagi menambah ilmu berkenaan alat muzik.

• Julia gigih belajar untuk menghadapi SPM walaupun berhadapan dengan masalah mamanya yang koma..kegigihannya membuahkan hasil apabila Berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Penyayang

• Hilmi sayang akan Hayati, anaknya dan isterinya Azizah.

• Julia sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya serta pembantu rumahnya Makcik Noraini.

Perbezaan

• Hilmi seorang yang miskin dan bersekolah setakat darjah empat sekolah melayu

• Julia seorang pelajar yang bijak dan aktif di sekolah hingga pernah mendapat gelaran pelajar yang outstanding dan menyambung pelajaran hingga ke university.

• Hilmi seorang yang tabah biarpun sering dihina dan dicemuh oleh Datin Salmah.

• Julia seorang yang sensetif dan sering bosan dengan gelagat mama dan papanya.Julia juga merupakan gadis yang belum matang.