bismillah ar-rahman ar-rahim peshawar di peshawar.pdf · pdf file hafiz: maafkan saya,...

Click here to load reader

Post on 07-Feb-2021

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM PESHAWAR NIGHTS [dialog sunni – shia]

    Sultanul-Waizin Shirazi seorang ulama Iran yang terkenal telah melawat India pada tahun 1927 AD [1345 H], ketika itu beliau berusia 30 tahun. Beliau telah disambut dengan baik kemana sahaja beliau pergi. Manusia dapat manfaat dari ilmu beliau mengenai hadith, sejarah dan ulasan kitab suci al-Quran. Beliau telah dipelawa untuk berdialog pada 23hb Rejab 1345 H dengan mereka dari ahli sunnah di Peshawar, yang ketika itu di dalam jajahan India tetapi kini di Pakistan. Mereka berdialog selama 10 malam berturut-turut. Dua orang yang utama dipihak lain yang mengambil bahagian adalah ulama yang termashor dari Kabul, Hafiz Muhammad Rashid dan Sheikh Abdus-Salam. Empat orang pemberita telah merakamkan perbincangan itu dihadapan anggaran 200 orang hadirin [sunni – shia]. Surat khabar tempatan telah menyiarkannya pada keesokkan hari. Sultanul-Waizin Shirazi telah menyusun semula semua perbincangan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tersebut kedalam sebuah buku didalam bahasa Farsi, yang diterbitkan di Teheran dengan tajuk Shabhaye- Peshawar, atau Peshawar Nights. Berikut adalah terjemahan dari buku tersebut.

    SESSI 1 [Khamis malam, 23hb Rejab, 1345 H]

    Hafiz Muhammad Rashid, Sheikh Abdus-Salam, Seyyed Abdul-Hayy, dan ulama-ulama tempatan lain turut hadir sama. Dialog tersebut diadakan dihadapan khalayak ramai. Di dalam majalah dan surat-surat khabar, mereka mengelar penulis sebagai ‘Qibla-o-ka’ba’ tetapi disini saya mengelar beliau ‘Shirazi’ dan kepada Hafiz Muhammad Rashid sebagai ‘Hafiz.’ Hafiz: Kami merasa amat gembira kerana mendapat peluang ini pada membincangkan titik-titik asas perbezaan yang ada pada kita. Pertama sekali kita harus menentukan bagaimana kita hendak memulakannya. Shirazi: Saya bersedia untuk berbincang dengan syarat kita mengenepikan segala prasangka yang ada dan berbincang perkara-perkara tersebut dengan saksama, seperti saudara. Hafiz: Saya juga dibolehkan untuk membuat satu syarat, iaitu perbincangan ini hendaklah berasaskan dari ayat-ayat al-Quran yang suci. Shirazi: Syarat itu tidak boleh diterima, kerana al-Quran yang suci itu terlalu singkat dan umum yang mana pengertiannya yang mendalam harus dihuraikan melalui rujukan-rujukan dari lain fakta dan juga hadith. Hafiz: Benar, dan boleh diterima, tetapi adalah perlu bahawa rujukan yang dibuat dari hadith dan peristiwa hendaklah berasaskan pada bukti yang tidak boleh dipertikaikan. Kita hendaklah menjauhkan diri dari merujuk pada punca yang diragukan. Shirazi: Setuju, kerana orang seperti saya, yang merasa bangga untuk menyatakan keturunan saya dari nabi, adalah tidak wajar bagi saya untuk menyalahi contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh keturunan saya, nabi Islam. Baginda telah dikatakan di dalam al-Quran sebagai berikut: ‘Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia.’ [68:4]. Adalah tidak patut untuk bertindak menyalahi Nas al-Quran yang suci yang mengatakan: ‘Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan adakanlah perbincangan dengan mereka dengan cara yang terbaik…… [16:125]

    PERTALIAN DENGAN NABI YANG SUCI Hafiz: Maafkan saya, kamu mengatakan bahawa keturunan kamu dari nabi Allah. Ini telah diketahui umum, tetapi bolehkah kamu terangkan kepada saya salasilah kamu supaya saya tahu yang pertalian kekeluargaan kamu itu sampai kepada Rasul. Shirazi: Tali kekeluargaan saya sampai kepada nabi melalui Imam Musa Kazim, ianya seperti berikut: Muhammad, anak kepada Ali Akbar [Ashraful-Waizin], anak kepada Ismail Mujtahid al-Waiz, anak kepada Ibrahim, anak kepada Salih, anak kepada Abi Ali Muhammad, anak kepada Ali [dikenali sebagai Mardan], anak kepada Abil-Qassim Muhammad Taqi, anak kepada Maqbulud-din Husain, anak kepada Abi Ali Hasan, anak kepada Muhammad bin Fathullah, anak kepada Ishaq, anak kepada Hashim, anak kepada Abi Muhammad, anak kepada Ibrahim, anak kepada Abil-Fityan, anak kepada Abdullah, anak kepada Hasan, anak kepada Ahmad [Abu Tayyib], anak kepada Abi Ali Hasan, anak kepada Abu Jafar Muhammad al-Hairi [Nazil-e-Kirman], anak kepada Ibrahim Az-Zarir [dikenali sebagai Mujab], anak kepada Amir Muhammad al-Abid, anak kepada Imam Musa Kazim, anak kepada Imam Jafar Sadiq, anak kepada Imam Muhammad Baqir, anak kepada Imam Ali Zain-ul-Abidin, anak kepada Imam Husain, anak kepada Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib.

  • 2

    Hafiz: Pertalian ini hanya sampai kepada Amirul Mukminin, Ali [ra], sedangkan kamu kata ia berakhir kepada nabi. Yang nyata dengan salasilah ini, kamu boleh katakan diri kamu diantara kerabat-kerabat nabi dan bukannya keturunan terus dari Baginda. Keturunan adalah sesuatu yang mempunyai pertalian terus dengan nabi. Shirazi: Pertalian keturunan kami sampai kepada nabi melalui Bibi Fatima Zahra, ibu kepada Imam Husain. Saya tidak faham mengapa kamu menitik beratkan sangat pada persoalan ini. Hafiz: Saya fikir saya sudah tersalah faham. Pada pandangan saya bahawa keturunan diakui dari pihak lelaki sahaja. Saya sebutkan dari petikan arab: ‘Anak-anak lelaki, cucu, dan anak-anak perempuan adalah dari saya, tetapi anak dari anak-anak perempuan saya, bukan dari saya.’ Jika kamu boleh buktikan sebaliknya, silakanlah. Shirazi: Terdapat bukti yang kuat dari al-Quran dan Hadith yang sahih untuk menunjukan tuntutan

    saya. Hafiz: Sila nyatakan supaya kami boleh faham. Shirazi: Sedang kamu bercakap tadi saya teringat perbincangan diantara Harun ar-Rashid, Khalifa Abbasiya, dengan Imam kami Musa Kazim pada tajuk ini. Imam memberikan jawapan yang meyakinkan kepada khalifa, sehingga baginda sendiri menerimanya. Hafiz: Saya hendak mendengar mengenai perbincangan itu. Shirazi: Abu Jafar Muhammad bin Ali, bergelar Sheikh Saduq, di dalam kurun keempat Hijrah, di dalam bukunya ‘Uyun-e-Akbar’ [Punca Utama untuk Riza], dan Abu Mansur bin Ali Tabarsi di dalam bukunya ‘Ehtijaj’ [Supports] telah memberikan dengan terperinci mengenai perbualan yang terjadi diantara Harun ar-Rashid dengan Imam Musa Jafar di istana khalifa. Khalifa bertanya kepada Imam: ‘Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa kamu dari keturunan nabil? Nabi Muhammad tidak mempunyai keturunan. Telah diperakui bahawa keturunan adalah dari pihak lelaki dan bukan dari pihak perempuan. Kamu tergolong dari pihak generasi anak perempuannya.’ Imam membacakan ayat 84- 85 dari surah VI [Al-An’aam] dari al-Quran yang suci: ‘Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Yaqub, kedua- duanya Kami beri petunjuk, dan Nuh yang Kami berikan petunjuk sebelumnya, dan dari keturunannya Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusof dan Musa dan Harun; dan begitulah kami balaskan bagi mereka-mereka yang membuat kebaikkan. Dan Zakaria dan Yahya dan Isa dan Elias; semuanya orang yang solih.’ [6:84-85] Imam tanya kepada khalifa: ‘Siapakah bapa Isa?’ Harun menjawab bahawa Isa tidak mempunyai bapa. Imam berkata: ‘Tidak ada sesiapa, dan bahkan Allah memasukkan Isa didalam keturunan para nabi melalui Mariam. Begitulah juga, Dia telah menjumlahkan kami didalam keturunan nabi melalui keturunan Bibi Fatimah.’ Lebih-lebih lagi, Imam Fakhrud-Din Razi didalam bukunya Tafsir-e-Kabir [Great Commentary], Bk IV, P 124, masalah V, mengatakan mengenai ayat ini, bahawa ayat ini membuktikan yang Hasan dan Husain adalah keturunan dari nabi Islam. Oleh kerana di dalam ayat ini Tuhan telah mengesahkan Isa adalah keturunan Ibrahim, dan Isa tidak mempunyai bapa, hubungan ini adalah dari pihak sebelah ibu. Di dalam keadaan yang sama, Hasan dan Husain adalah yang sebenarnya dari keturunan nabi. Imam Musa Kazim bertanya kepada Harun jika dia memerlukan kepada bukti yang lain. Khalifa suruh Imam untuk meneruskan. Imam membaca ayat 60 dari surah lll, Al-e-Imran dari al-Quran yang suci: ‘Tetapi jika sesiapa membantah dengan kamu di dalam perkara ini setelah sampai kepada kamu pengetahuan maka katakanlah: Marilah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu dan perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita bersungguh-sungguh berdoa dan meminta kutukan Allah kepada mereka yang dusta.’ Imam menyambung, dengan berkata bahawa tiada siapa pernah berkata bahawa pada peristiwa itu, Mubahila dengan Kristian Najran, yang nabi membawa sesiapa saja, melainkan Ali bin Abi Talib, Fatima, Hasan dan Husain. Ini bermakna bahawa ‘diri’ [anfusana] bererti Ali bin Abi Talib. ‘Perempuan’ [nisa’ana] bererti Fatima, dan anak-anak [abna’ana] bererti Hasan dan Husain yang mana Allah telah tunjukan sebagai anak-anak nabi sendiri. Setelah mendengar hujah-hujah ini, Harun mengatakan: ‘Tahniah, wahai Abul-Hasan.’ Dengan nyata hujah ini telah membuktikan bahawa Hasan dan Husain adalah anak-anak nabi dan bahawa ‘Sa’dat Fatima’ keturunan Bibi Fatima adalah keturunan nabi yang suci.

    TAMBAHAN BUKTI UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA KETURUNAN BIBI FATIMAH ADALAH KETURUNAN NABI YANG SUCI

    Ibn Abil-Hadid Mutazali, seorang ulama yang terkenal, didalam bukunya Sharh-I-Nahjul-Balagha [Commentary on the Peak of Eloquence] tulisan Amirul Mukminin Ali, dan Abu Bakr Razi didalam komentarnya, telah menyatakan ayat-ayat yang sama, berhujah bahawa Hasan dan Husain adalah dari pihak ibunya, anak-anak

  • 3

    kepada nabi, dengan cara yang sama, sebagaimana Allah di dalam al-Quran yang suci telah memasukkan Isa di dalam keturunan Ibrahim dari sebelah pihak ibunya, Mariam. Muhammad bin Yusof Ganji Shafii, didalam bukunya ‘Kifayatut-Talib, dan Ibn Hajar Makki pada muka surat 74 dan 93 dari ‘Sawaiq Muhariqa dari Tabari dan Jabir bin Abdullah Ansari, dan Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dari Ibn Abbas – semua menyatakan bahawa nabi berkata: ‘Allah menjadi keturunan setiap nabi dari gen