biodata penulis (khadijah hashim)

4
BIODATA PENULIS Nama sebenar penulis novel “Alun Hidup” ialah Khadijah binti Hashim yang lahir pada 20 April tahun 1942 di Batu Pahat Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi seorang guru agama. Selepas itu beliau berkhidmat di Utusan Melayu kerana minatnya terhadap kerjaya wartawan kemudiannya berpindah ke Berita Harian. Jumlah penulis wanita amat sedikit bilangannya dan penulis- penulis wanita amat mudah diingati. Antaranya Zurinah Hassan, Adibah Amin, Fatimah Busu, Salmah Mohsintermasuk juga Khadijah Hashim. Khadijah Hashim merupakan salah seorang penulis daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan berbagai bentuk sastera kreatif. Beliau juga pernah mencipta beberapa buah drama radio sebelum menceburi bidang penulisan cerpen dan novel. Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel dan telah menghasilkan 19 novel. Novel Badai Semalam merupakan novel sulungnya yang terbit pada tahun 1968, diikuti oleh Jalan Ke Kubur pada tahun 1969, Pelangi Pagi (1971) dan Di Tengah Kabus (1980). Sejak 1968, Khadijah Berjaya menerbitkan novel demi novel

Upload: encik-iori

Post on 22-Nov-2015

480 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

biodata ringkas mengenai sasterawan wanita Khadijah Hashim yang merupakan penulis novel

TRANSCRIPT

BIODATA PENULISNama sebenar penulis novel Alun Hidup ialah Khadijah binti Hashim yang lahir pada 20 April tahun 1942 di Batu Pahat Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi seorang guru agama. Selepas itu beliau berkhidmat di Utusan Melayu kerana minatnya terhadap kerjaya wartawan kemudiannya berpindah ke Berita Harian.Jumlah penulis wanita amat sedikit bilangannya dan penulis-penulis wanita amat mudah diingati. Antaranya Zurinah Hassan, Adibah Amin, Fatimah Busu, Salmah Mohsintermasuk juga Khadijah Hashim. Khadijah Hashim merupakan salah seorang penulis daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan berbagai bentuk sastera kreatif. Beliau juga pernah mencipta beberapa buah drama radio sebelum menceburi bidang penulisan cerpen dan novel.Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel dan telah menghasilkan 19 novel. Novel Badai Semalam merupakan novel sulungnya yang terbit pada tahun 1968, diikuti oleh Jalan Ke Kubur pada tahun 1969, Pelangi Pagi (1971) dan Di Tengah Kabus (1980). Sejak 1968, Khadijah Berjaya menerbitkan novel demi novel termasuk novel yang dikaji dalam tugasan ini iaitu novel Alun Hidup.Sebagai penulis cerpen pula, Khadijah lebih menekankan persoalan mengeani keluarga. Khadijah memperlihatkan sikapnya terhadap keharmonian dan kedamaian hidup di desa dan membenci kekalutan hidup. Dalam kebanyakkan cerpen Khadijah, meskipun menggambarkan susasana biasa tentang keluarga, namun masih terasa tujuan penulis yang menghendakkan pembacanya berfikiran jauh dan dalam terhadap amanat yang cuba disampaikan. Di sinilah terlihatnya keistimewaan Khadijah Hashim dalam bercerita. Kelihatan sederhana tetapi penuh bermakna.Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya iaitu novel Badai Semalam (1968) yang digunakan sebagai buku teks di Singapore dan Malaysia. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, Storms of Yesterday, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 danbahasa Sepanyol, "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. Badai Semalam diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21 dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia (Malaysian Literature Series).Novel Merpati Putih Terbang Lagi memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel Exiled telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Novel Langkah Pertamanya telah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Mobil-MABOPA pada tahun 1995. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, Siri Lagenda, Siri Aura dan Fauna dan Siri Teladan dari Rimba telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).Dari sumbangan yang diberikan oleh penulis waniy=ta yang pemalu ini, kita melihat bahawa beliau mempunyai potensi besar untuk memberikan karya yang lebih baik dan indah dari apa yang pernah diberikan. Khadijah Hashi merupakan tokoh yang agung dalam bidang penulisan dan juga sebagai seorang penulis wanita yang matang.