biodata artis2 lama2

37
Saadiah Satya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Saadiah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 10 Ogos 1937. Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama- sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.

Upload: zirash

Post on 05-Jul-2015

4.590 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SaadiahSatya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960an. Saadiah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 10 Ogos 1937. Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan pelu

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata artis2 lama2

Saadiah

Satya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Saadiah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 10 Ogos 1937.

Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.

Filem terakhir lakonan beliau adalah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama

Page 2: Biodata artis2 lama2

Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.

Beliau telah berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah Ahmad Daud. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.

Filem1. Rachun Dunia 2. Juwita 3. Anjoran Nasib 4. Sedarah 5. Penarek Becha 6. Hang Tuah 7. Semerah Padi 8. Sarjan Hassan 9. Musang Berjanggut 10. Antara Dua Darjat 11. Dandan Setia 12. Nora Zain - Ejen Wanita 001 13. Melanchong Ke Tokyo 14. Indera Bangsawan 15. Anak Buloh Betong 16. Dupa Chendana 17. Sial Wanita 18. Ibulah Shorga 19. Ceritaku Ceritamu 20. Permintaan Terakhir 21. Matinya Seorang Patriot 22. Yatim Piatu

Filem arahan filem Ceritaku Ceritamu (1979)

Page 3: Biodata artis2 lama2

Anugerah dan Pencapaian Anugerah Seniwati Veteran di Festival Filem Malaysia

ke-12 pada tahun 1995.

Fakta Menarik Seniwati Melayu Pertama membawa watak ejen perisik

dalam Nora Zain - Ejen Wanita 001 yang menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1966. Sebelum itu beliau berpeluang menjalani penggambaran di Jepun dalam filem Melancong Ke Tokyo (1965).

Muncul sebagai Pengarah Filem Wanita Melayu Pertama melalui filem Ceritaku Ceritamu (1979).

Page 4: Biodata artis2 lama2

Neng Yatimah

Yatimah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata. Anak Neng Yatimah, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.

Kehidupan Awal

Dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura, Neng Yatimah memberitahu bahawa tentang cita-cita asal beliau adalah sebagai seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura, lantas cita-citanya dipendam begitu saja.

Yatimah kemudiannya rapat dengan penyanyi Jasni Ahmad, tetapi tidak begitu disenangi oleh bapanya. Semasa perperangan Jepun, Yatimah nyaris menjadi mangsa kekejaman Jepun tetapi telah diselamatkan oleh Jasni Ahmad. Peristiwa dan keberanian yang ditunjukkan oleh Jasni melembutkan hati bapa Yatimah dan membenarkan Yatimah mendirikan rumahtangga ketika berusia 14 tahun.

Page 5: Biodata artis2 lama2

Neng Yatimah mula terjun dalam bidang lakunan ketika berusia 19 tahun, dibabit dengan rasa kagumnya kepada lakonan primadona Siput Sarawak yang pada zamannya dianggap mempunyai pengaruh besar.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Pembabitan Yatimah Ahmad kedalam bidang seni berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu, Yatimah berkunjung ke Studio Malay Film Production untuk melihat Siput Sarawak berlakon. Kehadirannya disedari A. R. Tompel yang kemudian mempelawanya untuk berlakon. Selepas diizinkan suaminya, beliau menerima pelawaan menjalani uji bakat di depan pengarah L. Krishnan.

Mak Neng berjaya melepasi ujian itu lalu ditawarkan berlakon dalam filem Takdir Ilahi dengan memegang watak utama. Sebelum berlakon, beliau meluahkan perasaannya bahawa dirinya tidak secantik pelakon lain.

Jawapan pengarah L. Krishnan Cantik tak apa, tak cantik pun tak apa. Tapi manis mesti ada telah didengari oleh P. Ramlee dan digunakan sebagai dialog dalam salah satu filem arahannya. Walaupun nama sebenarnya adalah Yatimah Ahmad, nama itu tenggelam apabila seniman agung P. Ramlee memberikan nama Neng Yatimah kepadanya bagi menggantikan gelaran buntat sebelumnya.

Mogok

Dalam buku "P. Ramlee Erti Yang Sakti", diceritakan Neng Yatimah pada 29 Disember 1959 menerima notis untuk menamatkan perkhidmatannya dari Shaw's MFP Studio secara mengejut. Ini turut dialami oleh beberapa orang pelakon lain seperti S. Kadarisman, Musalmah dan S. Hassan Sahab. Oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah mengemukakan perkara ini kepada pihak PERSAMA dan hal itu berpanjangan sehingga berlaku mogok di studio itu pada

Page 6: Biodata artis2 lama2

tahun 1960. Sebagai Presiden Persatuan Artis Se-Malaya (PERSAMA), P. Ramlee meminta bantuan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj campur tangan, di mana almarhum Tunku menghantar wakilnya ke studio itu untuk berbincang dengan pengurusan studio itu dan P. Ramlee sendiri. Perbincangan itu berjaya dan semua artis yang dibuang kerja itu diambil semula.

Tidak lama selepas itu, Neng Yatimah berhenti sendiri dari Shaw's MFP Studio dan berhijrah ke Cathay Keris. Manakala Musalmah menyertai Studio Merdeka yang baru ditubuhkan di Kuala Lumpur, sebelum bersara terus dari dunia seni.

Filem Lakonan

Diantara filem lakonan Yatimah Ahmad adalah:-

Takdir Ilahi Nilam (1949) Patah Hati Ibu Gadis Peladang Siapa Salah Batu Belah Batu Bertangkup * Filem terakhir Neng di

Jalan Ampas Jiran Sekampung * Cathay Keris Lela Satria * Cathay Keris Laila Majnun * Cathay Keris Air Mata Duyung * Cathay Keris Seri Mersing * Cathay Keris Bapa Saya Masyarakat Pincang Seri Mersing Racun Dunia Mama Oh Mama * Filem terakhir lakonannya

Page 7: Biodata artis2 lama2

Pencapaian Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia

ke-13 (1997)

Sampingan Neng Yatimah pernah merakamkan rekod lagu Asmara

Terkenang (Pathe PTH 29) dangan menggunakan nama Neng Buntat.

Sebagai ahli SENIMAN Neng Yatimah juga menggunakan nama Buntat Binte Ahmad (ahli no. 1935).

Ramlah binti Mohamad Sulaiman

Page 8: Biodata artis2 lama2

Siput Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah bt Mohamad Sulaiman merupakan seorang seniwati filem Melayu. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak.

Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Cinta bersama Allahyarham S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.

Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Page 9: Biodata artis2 lama2

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film production dan Cathay-Keris dan antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah 'Hujan Panas', "Muda Mudi", Racun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung' dan 'Mangsa'. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk filem Keluarga 69 bersama P.Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 ketika berusia 78 tahun di block 9 Kempas Road singapura. dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan LIm chu kang Singapura.

Anugerah dan pencapaian Anugerah Artis Veteran di Festival Filem Malaysia ke-9

(FFM-9) pada tahun 1991.

Latifah Omar

Page 10: Biodata artis2 lama2

Latifah Omar merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwa, Lanchang Kuning dan Cucu Datuk Merah

Filem1. Merana - (1954) 2. Panggilan Pulau (1954) 3. Menyerah - (1955) 4. Serangan orang Minyak - (1958) 5. Selendang Delima - (1958) 6. Bawang Putih Bawang Merah - (1959) 7. Raden Mas - (1959 ) 8. Che Mamat Parang Tumpul - (1960) 9. Filem Hati Batu - (1973 ) 10. Filem Putus Sudah Kasih Sayang - (1971 ) 11. Filem Gurindam Jiwa - (1966 ) 12. Filem Naga Tasik Chini - (1966 ) 13. Filem Cinta Kasih Sayang - (1965 ) 14. Filem Ikan Emas - (1965 ) 15. Filem Kalung Kenangan - (1964 ) 16. Filem Wan Perkasa - (1964 )

Page 11: Biodata artis2 lama2

17. Filem Rumah Itu Dunia Aku - (1963 ) 18. Filem Cucu Datuk Merah - (1963 ) 19. Filem Chelorong Cheloreng - (1962 ) 20. Filem Laila Majnun (1962) - (1962 ) 21. Filem Lancang Kuning - (1962 ) 22. Filem Sumpitan Racun - (1961 ) 23. Filem Hang Jebat - (1961)

Rosnah Jasni

Page 12: Biodata artis2 lama2

Allahyarhamah Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah merupakan salah seorang pelakon filem Melayu yang terkenal. Roseyatimah dilahirkan pada 17 November 1943, (Roseyatimah adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee) dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.

Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsudin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Tok Dukun, Seri Mersing, Rumah Itu Duniaku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Cucu Datuk Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.

Page 13: Biodata artis2 lama2

Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 50-an lagi iaitu seniman Mustafa Maarof (kini Datuk), sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustafa Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Seri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Di Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.

Detik-Detik Akhir

Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.

Kematian

Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 akibat penyakit kanser ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.

Page 15: Biodata artis2 lama2

Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan atau lebih dikenali sebagai Noor Azizah merupakan seorang pelakon di Malaysia. Azizah lahir pada tahun 1947 di Perak.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Pada tahun 1965 bermulalah sejarah pembabitannya dalam dunia filem. Beliau menjadi pelakon pembantu dalam filem sulungnya iaitu Dayang Senandong arahan Jamil Sulong. Sebaik selesai filem itu, beliau ditawarkan pula filem Sri Andalas (1966) arahan S. Kadarisman. Kemudian, muncul dalam filem ketiga, A Go Go 67 (1967). Untuk filem ini beliau ‘dinaikkan pangkat’ apabila disenaraikan sebagai pelakon utama.Filem A Go Go 67 arahan Omar Rojik membariskan Ahmad Nesfu, Aziz Jaafar, Normah Zainal, S. Shamsuddin, Kuswadinata, Ali Fiji, M Rafee, Ibrahim Pendek dan Habsah Buang.Sejak itulah, beliau tidak menoleh ke belakang lagi terhadap dunia lakonan. Berderet filem dibintanginya.

Pada tahun 1969, Noor Azizah diberi penghormatan oleh P. Ramlee kerana diberikan dua watak dalam filem Enam Jahanam keluaran Studio Merdeka, Kuala Lumpur iaitu sebagai Masmera dan Mastika. Masmera ialah isteri kepada seorang peniaga dan pendekar terkenal bernama Tantari (P. Ramlee). Turur berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Yusof Latiff sebagai Damburi. Semasa di

Page 16: Biodata artis2 lama2

puncak kegemilangannya, Noor Azizah sering digandingkan dengan Ahmad Mahmud atau Ed Osmera selain P. Ramlee.

Ketika berada dalam zaman keemasannya itu, secara tiba-tiba beliau menyatakan hasrat menarik diri daripada dunia filem. Niatnya itu dibatalkan selepas dipujuk Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Almarhum) yang kemudian memilihnya berlakon dalam filem Raja Bersiong (1968). Bagi Noor Azizah, beliau berasa bertuah kerana Tunku sudi memilihnya untuk memegang watak penting bersama Sarimah, Zaiton, Rahmah Rahmat dan Normadiah.

Apabila studio Malay Film Production, Jalan Ampas Singapura ditutup pada lewat tahun 60-an, kerjaya seni Beliau seolah-olah terhenti kerana penghijrahan pelakon dan pengarah ke Kuala Lumpur. Beliau kemudian dilamar Omar Rojik untuk muncul dalam filem arahan pertamanya di Kuala Lumpur. Beliau yang masih menetap di Johor Bahru dipujuk oleh Jaafar Abdullah supaya menetap di Kuala Lumpur. Kebetulan, bapanya yang ketika itu pegawai polis ditukarkan ke Klang. Ini mencerahkan harapannya untuk meneruskan kerjaya seninya.

Menerusi Studio Merdeka di Hulu Klang, Noor Azizah muncul dalam banyak filem seperti Kembang Layu (1970) dan Durjana (1971).Selain Enam Jahanam, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Doctor Rushdi (1970) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Sebelum itu, Jins Shamsuddin menggandingkannya bersama P Ramlee dalam filem arahan pertamanya Di Belakang Tabir (1969).Filem lain yang pernah dibintanginya ialah Perintah Seri Paduka (1970), Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971), Sayang Anakku Sayang (1976), Cinta & Lagu (1976) dan Pendekar (1977).

Selain filem terbitan tempatan, beliau pernah membintangi filem Thailand bertajuk Vendetta, selain dua

Page 17: Biodata artis2 lama2

filem terbitan Indonesia iaitu Jangan Kau Tangisi dan Malim Kundang selain pernah muncul dalam siri TV Australia, Bailey's Birds.

Hinggalah pada era 80-an, Noor Azizah masih mewarnai dunia filem dan drama TV. Namun sejak sedekad lalu, namanya semakin sepi sehinggalah tampil semula sebagai artis undangan dalam filem Soal Hati arahan Othman Hafsham pada 2000.

Filem Lakonan Dayang Senandung (1966) Sri Andalas (1966) A Go Go 67 (1967) Raja Bersiong (1968) Di Belakang Tabir (1969) Enam Jahanam (1969) Kembang Layu (1970) Perintah Seri Paduka (1970) Doctor Rushdi (1970) Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) Jangan Tinggal Daku (1971) Durjana (1971) Si Tanggang (1975) - ditemukan dengan bintang filem

utama Indonesia, Ratno Timoer dan Rano Karno Sayang Anakku Sayang (1976) Cinta & Lagu (1976) Pendekar (1977) Soal Hati (2000)

Salmah Ahmad

Page 18: Biodata artis2 lama2

Salmah Binti Lagio atau lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Salmah Binti Lagio dilahirkan di Jalan Ibrahim, Johor Bahru.

Salmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru. Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.

Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1960, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.

Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Teja" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ibu Ayam, Anak Manja” dan lain-lain".

Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.

Filem lakonan Jula Juli Bintang Tiga (1959) Sumpahan Pontianak (1958) Dendam Pontianak Sumpah Pontianak Rasa Sayang Eh (1959).

Page 19: Biodata artis2 lama2

Pencapaian Artis Veteran dalam Festival Filem Malaysia yang ke-20

di Pulau Pinang pada 4 Ogos 2007.

Rosnani Jamil

Page 20: Biodata artis2 lama2

Datin Hjh Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Dilahirkan pada 20 Januari 1936, Rosnani Jamil dilahirkan di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Ketika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul buat kali pertamanya dalam filem Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952.

Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.

Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.

Perkahwinan

Page 21: Biodata artis2 lama2

Membina rumah tangga dengan Jamil Sulong, pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.

Filem lakonan Lembing Awang Pulang Ke Dayang Bicara Hati Cheritera Cinta Rosevilla Amok Azizah The Legend Sumpahan Mahsuri Antara Dua Hati Suara Kekasih Jasmin Kancha Permata Nasib Si Labu Labi Lubalang Daik Hang Jebat Sri Mersing Lela Manja (1960) Masyarakat Pincang Anakku Sazali Kasih Menumpang Air Mata Miskin Sedarah

Filem arahan

Mawar Merah

Page 22: Biodata artis2 lama2

Antara Dua Hati Memori Amelia Bicara Hati

Anugerah dan Pencapaian Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1984

menerusi filem Jasmin.

Maria Menado

Page 23: Biodata artis2 lama2

Datuk Maria Menado (nama asal beliau Liesbet Dotulong) dilahirkan pada 2 Februari 1932, merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1957 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan memeluk Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak", yang merupakan filem seram tempatan yang sulung, memberikannya kemasyhuran dalam dunia filem tempatan pada tahun 1957. Pada tahun itu, beliau digelarkan "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di dalam Asia Tenggara" oleh United Press International, sebuah pertubuhan berita.

Kehidupan awal

Dilahirkan di Tonsea, Minahasa, Manado, Sulawesi Utara, Maria dihantar ke Makassar (Ujung Padang) untuk tinggal dengan ibu bapa saudaranya apabila ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berumur tujuh tahun. Bagaimanapun, pertempuran antara pihak Belanda dengan pejuang-pejuang nasionalis memaksakan mereka berpindah ke Jakarta.

Sewaktu Maria berumur 17 tahun, kejelitaannya menyebabkan beliau menerima tawaran untuk menayangkan baju kebaya di Singapura, dan kemudiannya di Malaya. Diiringi oleh ibu bapa saudaranya, perjalanan

Page 24: Biodata artis2 lama2

pada 1950 membawa Maria ke Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang.

Sewaktu di Malaya dan Singapura, rusuhan Maria Hertogh berlaku. Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga beragama Islam dan diberikan nama "Natrah" telah dikahwinkan oleh ibu bapa angkatnya pada tahun 1950 sewaktu berumur 13. Mahkamah Agung membatalkan perkahwinan itu kerana Maria tidak cukup umur dan memutuskan bahawa Natrah dikembalikan kepada ibu kandungnya yang kemudian membawanya balik ke negeri Belanda. Keputusan kes ini mengakibatkan rusuhan perkauman di Singapura yang berlangsung selama dua hari. Maria mengikut kes ini dengan penuh minat dan juga memperoleh nama samaran "Maria". Kawan-kawannya kemudian menggelarkannya sebagai "Maria dari Menado" (tempat lahirnya) dan nama itu telah menjadi kekal.

Kerjaya filem

Selepas gambar-gambar Maria muncul di surat khabar dan majalah sebagai peragawati fesyen, kerjayanya sebagai pelakon filem bermula pada tahun 1951. Shaw Brothers menawarkan Maria peranan sebagai seniwati utama di samping P. Ramlee dalam filem "Penghidupan".

Bagaimanapun, adalah peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak" yang memberikan Maria kemasyhuran pada tahun 1957. "Pontianak" ialah filem seram Melayu yang pertama. Skrip untuk filem ini merupakan hasil kerjasama dengan bekas suaminya, A. Razak Sheikh Mohamed. Maria membekalkan cerita-cerita puntianak yang pernah didengarnya sewaktu di Indonesia dan mereka menjalinkan plot filem itu bersama-sama.

Page 25: Biodata artis2 lama2

Perubahannya daripada seorang wanita yang jelita menjadi seorang yang bongkok dan kemudian sebagai puntianak menelan masa berjam-jam untuk hiasan. Maria juga diperlu bersandar tanpa bergerak supaya penggambaran perubahan itu dapat dibuat sedikit demi sedikit. Berbeza dengan masa sekarang, tiadanya grafik komputer pada waktu itu untuk membuat pembetulan, dan kesemuanya perlu dibuat secara manual. Bagaimanapun, filem itu mencapai tahap yang cukup realistik sebagaimana yang dapat diperlihatkan daripada laporan tentang beberapa orang yang pengsan selepas menonton babak-babak yang mengejutkan. Tayangannya di pawagam Cathay berlangsung selama 12 hari. Ini adalah suatu pencapaian yang utama, khususnya kerana filem Melayu tidak pernah ditayangkan di pawagam Cathay. Maria kemudian melakon dalam dua susulan yang berikut iaitu Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958).

Sewaktu di puncak kemasyhuran , beliau diberi peranan sebagai watak jahat di samping Shammi Kaopor dalam filem Hindi yang bertajuk "Singapore". Filem tersebut menjalani penggambaran di Singapura dan Mumbai. Dalam jangka masa 12 tahun, Maria berlakon lebih 20 filem termasuk filem terbitan produksinya sendiri, Maria Menado Production (M. M Production) melalui filem Siti Zubaidah pada 1961. Beliau merupakan penerbit filem wanita Melayu yang pertama.

Maria sendiri memegang watak utama sebagai Siti Zubaidah. Penglibatannya sebagai produser bukan sahaja membanggakan malah beliau telah memainkan peranan sebagai penerbit dan pelakon sekali gus yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh seorang penerbit.

Tiga filem lain yang diterbitkan oleh syarikatnya ialah Darahku, Bunga Tanjung dan Pontianak Kembali.

Page 26: Biodata artis2 lama2

Perkahwinan dengan Sultan Pahang

Untuk perayaan-perayaan yang istimewa, Maria serta seniwati yang lain akan dijemput ke istana Pahang untuk mempersembahkan pertunjukan, khususnya sewaktu hari keputeraan Sultan. Pada salah satu daripada lawatan ini, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin melamarnya. Selepas pertimbangan yang mendalam, Maria berkahwin pada tahun 1963 sewaktu berumur 30. Perkahwinan itu bukan sahaja menamatkan kerjaya filemnya tetapi juga menyebabkan filem-filemnya tidak boleh lagi ditayangkan di pawagam atau televisyen. Majlis Diraja Istana Pahang memerintah bahawa oleh sebab Maria merupakan permaisuri Sultan, tayangan filem-filemnya tidak dibenarkan di dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, filemnya turut tidak ditayangkan di seluruh negara. Dengan itu, Ho Ah Loke, pemilik Cathay Keris tersangkut dengan filem-filem Maria. Oleh sebab filem-filem itu amat memakan ruang hawa dingin di dalam rumah Ho, dia kemudian terpaksa membuangnya kerana filem-filem itu telah menjadi suatu sumber pergaduhan dengan isterinya.

Selepas kemangkatan Sultan Pahang, Maria berpindah dari Pekan ke Kuala Lumpur. Sewaktu itu, beliau memohon kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang kini yang mengetuai Majlis Diraja Istana Pahang, supaya filem-filemnya dibenarkan ditayangkan semula. Baginda memberikan kebenaran, akan tetapi pada waktu itu, filem-filem yang dilakonnya telah dibuang ke dalam sebuah lombong yang tidak digunakan lagi. Tidaklah diketahui mengapa Ho tidak berjumpa Maria atau muzium-muzium negeri untuk menyumbangkan filem-filem itu. Kehilangan filem-filem tersebut merupakan suatu kerugian yang amat besar, kerugian yang tidak ternilai untuk sejarah filem Malaysia.

Page 27: Biodata artis2 lama2

Kini, Maria berhasrat untuk menerbit dan mengarah versi baru filem "Pontianak" sebagai gantian supaya dapat meninggalkan tanda pencapaiannya — kali ini dalam filem berwarna.

Senarai filem

Filem-filem yang dilakonkan oleh Maria adalah seperti berikut:

Terbitan Malay Film Production

Penghidupan (Arahan L. Krishnan,1951)

Terbitan Cathay-Keris

Selendang Delima Pontianak Dendam Pontianak Matahari Penghidupan Raja Bersiong Selendang Delima Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Tun Fatimah

Terbitan Maria Menado Production

Siti Zubaidah Darahku Bunga Tanjung Pontianak Kembali

Mariam Baharum

Page 28: Biodata artis2 lama2

Mariam Baharum (1935–Ogos 2010) atau 'Mariam Tahi Lalat' merupakan seniwati filem Melayu tahun 1950-an khususnya di Studio Malay Films Production, Jalan Ampas, Singapura.

Keluarga

Anaknya penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim. Kakaknya primadona filem Melayu, Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup" Bat Latiff. Pelakon Fauziah Ahmad Daud adalah anak saudaranya.

Beliau berkahwin dua kali dan mempunyai enam anak termasuk Bat Latif.

Filem

Beliau pernah berlakon bersama seniman agung P. Ramlee dalam filem "Anjuran Nasib" arahan BS Rajhans pada 1952. Hasilnya beliau memenangi gelaran 'Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua' oleh Filem Raya Magazine pada 1953. Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu 2009.

Page 29: Biodata artis2 lama2

Filem lakonan beliau ialah "Aloha" (1950), "Dewi Murni" (1950), "Kembar" (1950), "Aladdin" (1952), "Kipas Hikmat" (1955), "Abu Hassan Penchuri" (1955) dan "Antara Dua Darjat" (1960). Beliau seangkatan dengan Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Meninggal dunia

Pada 7 Ogos 2010, jam 5.50 pagi Mariam meninggal dunia di kondominiumnya di Yishun, Singapura. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

Hashimah Yon

Page 30: Biodata artis2 lama2

Hashimah Binti Mohd Leon atau lebih dikenali sebagai Hashimah Yon merupakan seorang pelakon dan penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura.

Beliau adalah anak kepada seniwati Habsah Buang. Beliau dilahirkan di Lorong Engku Aman,Daerah Geylang Serai Singapura pada 10 September 1940.

Antara filem lakonannya ialah Pancha Delima, Anakku Sazali dan Nujum Pak Belalang.

Lagu-lagu Lagu Membawa Berita

Filem lakonan1. Filem Black Widow - (1994 Pelakon utama) 2. Filem Seniman Bujang Lapok - (1961 Pelakon

tambahan) 3. Filem Sri Tanjung - (1961 Pelakon utama) 4. Filem Megat Terawis - (1960 Pelakon utama) 5. Filem Nujum Pak Belalang - (1959 Pelakon utama) 6. Filem Gergasi - (1958 Pelakon utama) 7. Filem Pancha Delima - (1957 Pelakon utama) 8. Filem Kaseh Sayang - (1957 Pelakon utama)

Page 31: Biodata artis2 lama2

9. Filem Anakku Sazali - (1956 Pelakon utama) 10. Filem Penarik Beca - (1955 Pelakon tambahan) 11. Filem Sumpah Wanita 12. Filem Anak Pontianak 13. Filem Manusia

dalam tahun awal 1998 beliau pernah tinggal di blk 12 Kempas Road (Singapura) dan berjiran dengan Siput Sarawak yg tinggal di blk 9 sehingga nafas terakhirnya,dan Hashimah Yon berpindah kerana Estate Kempas Road akan dirobohkan dalam lewat tahun 2000.

Anugerah Menerima pencalonan kategori Pelakon Wanita

Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 12 menerusi filem Black Widow Wajah Ayu. Hashimah merupakan calon tertua yang pernah dicalonkan untuk kategori tersebut hingga kini.

Zaiton Abdullah

Page 32: Biodata artis2 lama2

Zaiton Abdullah (lebih dikenali sebagai Zaiton), adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau adalah heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Roseyatimah dan Sarimah.

Filem Hang Tuah (1955) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.

Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.

Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem Kacha Permata dan Aksi Kucing pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu Raja Bersiong pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis

Page 33: Biodata artis2 lama2

veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.

Filem Raja Bersiong (1968) Aksi Kuching(1966) Kacha Permata (1966) Budi Dan Dosa (1963) Gerhana (1962) Ibu Mertuaku (1962) Seniman Bujang Lapok (1961) Ali Baba Bujang Lapok (1960) Lela Manja (1960) Batu Belah Batu Bertangkup (1959) Bujang Lapok (1957) Anakku Sazali (1956) Hang Tuah (1955) Kipas Hikmat (1955) Abu Hassan Penchuri (1955) Jubah Hitam (1955)

Album

Album EP TRC1066 rakaman Zaiton Abdullah bersama penyanyi S. Jibeng

Page 34: Biodata artis2 lama2

Zaiton Abdullah pernah merakamkan piring hitam bersama penyanyi S. Jibeng dengan judul EP TRC1066. Antara lagu yang terkandung di dalamnya adalah:-

S. Jibeng & Zaiton Abdullah - Janji Palsu Zaiton Abdullah - Azam dan Azab-ku S. Jibengs - Che Ainon Janda Muda S. Jibeng- Mengapa-lah Hidup-ku

Mahyon Ismail

Page 35: Biodata artis2 lama2

Mahyon Ismail atau 'Mayayun Ismail' merupakan seniwati veteran di Malaysia. Beliau merupakan isteri pelakon Hussein Abu Hassan. Anaknya juga pelakon iaitu Faizal Hussein.Dilla Hussein merupakan penulis skrip dan drama. Fairuz Hussein merupakan penyanyi R&B.

Filem

Antara filem lakonan beliau ialah :

1. 2002 : Cinta 200 Ela - (Pelakon Tambahan) 2. 2000 : Syukur 21 - (Pelakon Pembantu) 3. 1986 : Pagar-Pagar Cinta - (Pelakon Pembantu) 4. 1986 : Gila-Gila Remaja - (Pelakon Pembantu) 5. 1979 : Tiada Esok Bagimu - (Pelakon Pembantu) 6. 1975 : Bunga Padi Berdaun Lalang - (Pelakon Utama) 7. 1966 : Nasib Do Re Mi - (Pelakon Pembantu)

Meninggal dunia

Pada 21 Mei 2011,beliau meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri selepas sesak nafas. Usinya 69 tahun.[1]

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak.

Kasmah Binti Abdullah

Page 36: Biodata artis2 lama2

Kasmah Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty (lahir 1932 - meninggal 1 Jun 2007) merupakan salah seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an. Kasma Booty dilahirkan di Kisaran, Medan, Indonesia berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma Booty telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P.Ramlee dalam filem Bakti, filem Sejoli, filem Juwita dan filem Damaq.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon teater tradisional bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia, waktu itu Malaya, dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.

Kasma memulakan kerjaya lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup iaitu seawal umur 14 tahun. Filem pertama yang dibintanginya ialah filem Chempaka (1947), diikuti filem Pisau Berachun, Nur Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P. Ramlee.

Page 37: Biodata artis2 lama2

Pada tahun 1952 pula, beliau berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga berlarutan ke mahkamah. Namun, demi mempertahankan prinsip dan maruah beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum Dan Tangis.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau, Selindang Merah, Ratapan Ibu (L. Krishnan), Siti Payong, Tangkap Basah, Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P Ramlee (P Ramlee).

Di zaman kegemilangannya juga beliau pernah mendapat jolokan sebagai Elizabeth Taylor Malaya dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya. Tidak hanya memiliki rupa paras yang jelita, beliau mempunyai segala aura dan karisma yang diperlukan sebagai seorang Primadona Melayu pada zaman meledaknya filem Melayu klasik di Jalan Ampas, Singapura satu ketika dulu. Tidak hairanlah mengapa beliau turut dihormati seniman dan seniwati seperjuangannya pada zaman itu, tidak terkecuali Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee sendiri.

Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992. Di usia tuanya, beliau banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang.

Page 38: Biodata artis2 lama2

Perkahwinan

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan dengan Jacob Booty dan dikurniakan lima orang anak. Nama kelima-lima anak beliau diambil bersempena dengan judul filem yang pernah dilakonkannya.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 1 Jun 2007, jam 2 pagi di Hospital Ampang ketika berusia 75 tahun selepas sekian lama menghidap komplikasi paru-paru berair. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Selangor pada hari yang sama.

Filem

Antara filem lakonan beliau ialah :-

1. Ragam P. Ramlee (1964) - segment Damaq 2. Sejoli (1951) 3. Mahsuri (1958) .... Mahsuri 4. Pisau Berachun (1948) 5. Chempaka (1947)

Anugerah dan Pencapaian Anugerah Merak Kayangan bagi Pelakon Wanita

Veteran di Festival Filem Malaysia ke-7 (1987) di Melaka.

Anugerah Khas Juri di Pesta Filem Asia Pasifik ke-35 di Kuching pada 1990.