biodata sasterawan negara

25
Biodata sasterawan negara Dato' Haji Shahnon bin Ahmad Dato' Usman Awang Abdul Samad bin Muhammad Said

Upload: hidayah-kamaludin

Post on 11-Aug-2015

317 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

biodata sasterawan negara

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata Sasterawan Negara

Biodata sasterawan negara

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad

Dato' Usman Awang

Abdul Samad bin Muhammad Said

i S. Othman Kelantan)

Page 2: Biodata Sasterawan Negara

Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan

1. Kamaluddin Muhamad adalah Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Tawalih School, Sumatera; Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera; dan Pitman College, Singapura.

Pernah berkhidmat di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu. Beliau pernah juga berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sehinggalah bersara pada tahun 1977.

Keris Mas dalam berkarya telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen pertamanya berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar di majalah Suluh Malaya (1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan (1968).

Antara novel penghasilan Keris Mas ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985).

Keris Mas atau Kamaludin Muhamad meninggal dunia pada 9 Mac 1992.

2.Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.[1]

Page 3: Biodata Sasterawan Negara

Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.[2]

[sunting] Karya

Anjing-anjing, 1964Debu merah, 1965Rentong ,1965Terdedah (1965)Ranjau Sepanjang Jalan ,1966Protes, 1967Perdana, 1969Srengenge (1973)Sampah, 1974Menteri, 1976Kemelut, 1977Selasai sudah, 1977Seluang menolak Baung, 1978Penglibatan dalam puisi, 1978Gubahan novel, 1979Kesusasteraan dan etika Islam, 1981Al-syiqaq, 1985Tok Guru, 1988Sutan Baginda (1989)Ummi dan Abang Syeikhul, 1992Pongang sastera: gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak, 1995Shit@Pukimak (April 1999)Maha Maha (1999)Nurul Anak Papaku (1999)Muntah (Jun 2000)Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

Rujukan : http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm

3.Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang

Page 4: Biodata Sasterawan Negara

prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Kehidupan awal dan kerjaya

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa.

Page 5: Biodata Sasterawan Negara

Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

[sunting] Sumbangan

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik

Page 6: Biodata Sasterawan Negara

menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

[sunting] Penulisan

Page 7: Biodata Sasterawan Negara

Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah:

Bunga Popi Gadis Kecil Ke Makam Bonda Kekasih Kurang Ajar Pak Utih Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

Matinya Seorang Pahlawan Tamu Bukit Kenny Serunai Malam Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)

Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

[sunting] Sifat

Page 8: Biodata Sasterawan Negara

Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.

Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

4.Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir

Salina Langit Petang Sungai Mengalir Lesu Hujan Pagi Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri . Adik Datang Cinta Fansuri

[sunting] Penglibatan memperjuangkan bahasa

Page 9: Biodata Sasterawan Negara

Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.

Untuk mendapat kuasa, pemimpin UMNO menggunakan bahasa Melayu. Tetapi setelah berkuasa mereka membuang bahasa Melayu. Penonton hendaklah jerit 'Gunakan Bahasa Inggeris' jika mereka masih berbahasa Melayu. Orang Melayu bolehlah undi sesiapa sahaja kecuali UMNO. Hanya PAS atau Keadilan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. [1]

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

5.Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Andi Mohalan Andi Beang[1] atau lebih dikenali sebagai Arena Wati (lahir 30 Julai 1925, meninggal dunia 25 Januari 2009) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1988. Nama pena lainnya ialah Duta Muda dan Patria.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Baru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988.

Page 10: Biodata Sasterawan Negara

Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imiginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa

Keluarga

Isterinya Halimah Sulong dan enam orang anak, Rahmahwati, Hiryati, Ilhamuddin, Ratna Siti Akbari, Hasanudin dan Kamaluddin Rostov.

[sunting] Karya

Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura. Selepas itu beliau terus menulis termasuk:

Lingkaran (1962) Sandera (1971) Bunga Dari Kuburan (1987) Kuntum Tulip Biru (1987) Sakura Mengorak Kelopak (1987) Panrita (1993). Sukma Angin (1999) Cakra Waruga (KN) Sebuah Trilogi Tiga Genre(KN) Sebuah Trilogi Tiga Genre(KT) Trilogi Busa - Busa Hati Trilogi Busa - Busa Sukma Trilogi Busa - Busa Kalbu Trilogi Armageddon : Mandala (2004) Trilogi Armageddon : Menorah Trilogi Armageddon : Pentagon Warna Sukma Usia Muda

Lain-lain karyanya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).

Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

Page 11: Biodata Sasterawan Negara

Kebanyakan karya beliau mempunyai tema permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas yang digarap dari pengalaman merantau dari pulau ke pulau di Nusantara.

Novel Sandera menjadi teks kajian Sastera SPM sekitar tahun 1980-an. Trilogi Bara-Baraya yang disiapkan ketika dirawat di HUKM berkisar mengenai

perjuangan Melayu Nusantara. Rakannya A. Samad Said menyifatkan Arena Wati sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam arena sastera.

[sunting] Pencapaian

SEA Write Award (1985) Anugerah Sasterawan Negara (1987). Sukma Angin (1999) memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99. "Anugerah Penulisan Asia Tenggara 1985" (SEA Write Award) daripada Paduka

Raja Thai Pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA)

2003.

[sunting] Meninggal dunia

Jenazah Arena Wati dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau dirawat di Hospital HUKM Bandar Tun Razak sejak 20 September 2008 kerana barah paru-paru.

6.Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara, iaitu pada tahun 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

Biodata

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge,

Page 12: Biodata Sasterawan Negara

England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjaya

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malahpernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Kesusasteraan Melayu

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, ]]Rusia]], ]]Sepanyol]], Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Karya

Profesor Dr Muhammad telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya termasuklah 11 buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.[1]

Poetika Sastera Melayu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Page 13: Biodata Sasterawan Negara

Sasterawan Negara Malaysia Noordin Hassan dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.

7.Noordin Hassan memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah kekalahan Jepun, beliau melanjutkan pelajaran di Penang Free School. Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Semasa di Kirkby, beliau mendalami Kesusasteraan Inggeris dan Barat, terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Moliere. Pada tahun 1962, beliau melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa dan Sastera Inggeris. Pada akhir tahun 1976, beliau mengikuti kursus Drama dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle.

[sunting] Karya

Penglibatan Noordin Hassan dalam bidang kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama dan teater. Sepanjang penglibatannya dalam dunia drama mulai 1953, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buat drama dan kareografi tarian. Noordin Hassan terkenal dengan gelaran ‘Datuk Drama dan Cikgu Drama’.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Noordin Hassan ini adalah seperti mengetengahkan konsep teater fitrah serta sering bereksperimen dengan bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu.

Antara karya Noordin Hassan yang ternama ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah. Teater-teater Noordin Hassan ini banyak dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan mempunyai beberapa kumpulan drama yang dibukukan seperti buku Kumpulan Drama Bukan Lalang Ditiup Angin 1972 yang memuatkan dramanya Tiang Seri Tegak Berlima dan Pintu. Sebuah lagi kumpulan dramanya dinamakan Anak Tanjung : Children of This Land (1999). Drama-drama beliau telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

[sunting] Anugerah

Antara anugerah yang pernah digondol Noordin Hassan ialah Hadiah Sastera 1972 dengan drama Bukan Lalang ditiup Angin, bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1979, Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1987 dan 'Anugerah Sasterawan Negara’ pada tahun 1993 manakala pada tahun 1994, Noordin Hassan dianugerahkan Pingat Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang yang membolehkan beliau bergelar Datuk Noordin Hassan

Page 14: Biodata Sasterawan Negara

8.Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.

Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.

Karya-karya

Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum, di antaranya:

[sunting] Novel1. Dia...Kekasihku. Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941.2. Kasih Isteri. Johor Baru, The Annies Printing Works, 1941.3. Amin Pemuda Desa. Pulau Pinang: Angkatan Baru, 1947.4. Berenang di Lautan Madu. Singapura: Geliga Limited, 1957.5. Kalau Tidak Kerana Tuan. Singapura: Geliga Limited, 1957.6. Jangnlah Jangan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.7. Si Bulat Pemuda Desa. Diterbitkan Terang Bulan, 1964.8. Terjebak. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.9. Peristiwa. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.10. Rantau Selamat. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.11. Interlok. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1971.12. Intan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1973.13. Noni. Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1976.14. Buih di Atas Air. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,

1980.15. Masuk ke Dalam Cahaya. Kuala Terengganu: 1983.16. Imam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1995.17. Cerpen: Hadiah (bersama A. Bakar Hamid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1973.18. Jejak Langkah (bersama Imail Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1975.19. Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Universiti

Malaya, 1977.20. Kota ke Kota. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.21. Sebuah Impian (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1979.22. Tinta Pena (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1981.23. Bunga Gunung (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.,

1982.24. Sebuah Pekan Bersama Semporna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1982.25. Menunggu Ratu Adil (antologi bersama). Kuala Lumpur: Abadi Sdn.Bhd., 1984.26. Dongeng Merdeka (antologi bersama). Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1985.27. Dari Kota Cahaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1997.

Page 15: Biodata Sasterawan Negara

[sunting] Drama Di Atas Pentas (antologi bersama). Kuala Lumpur: Tra-tra Publishing & Trading

Sdn.Bhd., 1984.

[sunting] Esei/Kritik Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1980.

[sunting] Autobiografi Sebuah Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

[sunting] Biografi1. P. Ramlee Seniman Agung. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd., 1973.2. Pendeta Za’ba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1982.

[sunting] Terjemahan1. Orang Tua dengan Laut (karya Ernest Hemingway). Kuala Lumpur: Oxford

University Press, 1961.2. Bumi Bertuah (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1962.3. Mutiara (karya Johan Steinbeck). Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1962.4. Angin Timur Angin Barat (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara,

1964.5. Lorong Midaq (karya Naguib Mahfouz). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1984.

[sunting] Buku-buku umum1. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press,

1965.2. Kamus Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.3. Balabatu dan Lain-lain, Kata Sembunyi. Singapura: Harmy Press, 1959.4. Bunga Bahasa. Singapura: Malay Publishing House Ltd., 1961.5. Pertemuan Sasterawan Nusantara V (bersama Mohd. Shahri Hussin). Bandar Seri

Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.6. Canai Budi (kumpulan peribahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka,1997.

9.Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan serupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan

Page 16: Biodata Sasterawan Negara

Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah:

Angin Timur Laut (1969); Juara (1976); Wajah Seorang Wanita (1990); dan Nagogho Astana (1997).

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:

guru (1952-1979); tutor Bahasa Melayu USM (1980-1983); pensyarah di UKM (1983-1996);

dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

[sunting] Biodata

S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

Page 17: Biodata Sasterawan Negara

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.

Page 18: Biodata Sasterawan Negara

10. Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya.

Biodata

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.

[sunting] Dunia penulisan

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

[sunting] Pencapaian

Page 19: Biodata Sasterawan Negara

1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)2. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)3. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan

GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.