biodata dan sejarah ringkas nabi muhammad s.a.w

5
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( م ل س ه و ي عل هل ى ال ل صد م ح م ى ب ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin ( ن مي الأ) yang bermaksud 'yang terpuji'.

Upload: abd-rahman-ibrahim

Post on 08-Feb-2016

56 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Nabi Muhammad

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata Dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.a.W

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (األمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

Page 2: Biodata Dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.a.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid2. Saudah Binti Zam’ah3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)7. Zainab Binti Jahsy8. Maimunah Binti Harith9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Page 3: Biodata Dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.a.W

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

USIA 6 TAHUN* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Page 4: Biodata Dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.a.W

USIA 53 TAHUN* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Cerita singkat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad dilahirkan dikota Makkah, bulan Rabi’ul Awal. Ketika ibunya mengandung, ayahnya Abdullah pergi keluar kota dan kemudian meninggal di kota Thoif. Ayahnya seorang pedagang dan betapa sedih hati ibunya, saking sedihnya sampai beliau sakit, dan ketika melahirkan Nabi Muhammad waktu itu terkenal dengan tahun gajah, karena pasukan gajah yang menyerang kota Mekah dengan tujuan meruntuhkan Kaabah.

Nabi Muhammad kemudian lahir dan dalam hal ini beliau bergelar anak yatim,iaitu anak yang tidak punya bapa. Lalu karena kesedihannya yang terlalu dalam sehingga ibunya Aminah tidak memiliki susu untuk diminumkan pada anaknya, sehingga beliau mencari dan didapatlah seorang wanita yang wajahnya terlihat ikhlas bernama halimatusadiah itu kemudian berhasil menjadi seorang ibu susu Nabi Muhammad dan betapa ternyata keberkatan melimpahi keluarga mereka, sehingga akhirnya, susu berlimpah dan Nabi Muhammad dapat minum dengan sangat kenyangnya. Bahkan rumput yang selama ini kering menjadi rimbun dan unta halimatusadiah pun menjadi gemuk.

Pada saat Muhammad berusia enam tahun, ibunya Aminah binti Wahab mengajaknya ke Yatsrib (sekarang Madinah) untuk mengunjungi keluarganya serta mengunjungi makam ayahnya. Namun dalam perjalanan pulang, ibunya jatuh sakit. Setelah beberapa hari, Aminah meninggal dunia di Abwa' yang terletak tidak jauh dari Yatsrib, dan dikuburkan di sana. Setelah ibunya meninggal, Muhammad dijaga oleh datuknya, 'Abd ul-Muthalib. Setelah datuknya meninggal, ia dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.