bincangkan matlamat dan strategi perjuangan gerakan islah di tanah melayu dari tahun 1906 hingga...

Click here to load reader

Upload: wong-siew-ing

Post on 15-Dec-2015

168 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

Gerakan nasionalisme yang terawal digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari Timur Tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Apabila kembali ke Tanah Melayu mereka memulakan satu usaha yang dikenali sebagai Gerakan Islah yang menyeru agar masyarakat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu berasaskan al-Quran dan hadis. Golongan ini lebih dikenali sebagai Kaum Muda. Golongan ini bermatlamat memajukan bangsa Melayu berasaskan perjuangan agama Islam. Matlamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu berasaskan _________________________________, iaitu berpandukan kepada _______________________. Mereka ingin membebaskan kaum Melayu daripada ________________________ yang dilarang dalam agama Islam. Semua amalan ini telah menghalang kemajuan orang Melayu. Pengalaman ajaran Islam yang sebenarnya merupakan jalan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.Kaum Muda juga menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih luas. Pendidikan dalam kalangan kaum wanita juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan moden seperti bahasa Inggeris, sains dan matematik juga dititikberatkan. Contohnya, Kaum Muda menubuhkan ________________ yang menggunakan sukatan pelajaran moden. Antara mata pelajaran yang diajarkan seperti ___________________________________________. Contoh madrasah yang ditubuhkan seperti _________________________ di Melaka (1917), Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah di Pulau Pinang (1907) dan ___________________ _________________ di Kota Bahru, Kelantan (1917). Dalam aspek politik, Kaum Muda bersikap _____________________ dan enggan bekerjasama. Kaum Muda ____________________________ kerana gagal ________________________________ dan seterusnya _____________________________________. Kaum Muda berhasrat membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.Kaum Muda juga mengamalkan dasar birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Golongan elit diminta melakukan sesuatu seperti _______________________________________________________ dan pembangunan ekonomi Melayu. Kaum Muda turut menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam _________________________________________________________________________________. Strategi perjuangan Kaum Muda terbahagi kepada beberapa cara antaranya melalui akhbar dan majalah. Pada bulan Julai 1906, Kaum Muda telah menerbitkan Al-Imam di Singapura bagi menyebarkan idea mereka. Majalah Al-Imam sering menyiarkan ______________________________ orang Melayu bagi menyedarkan mereka yang lalai. Majalah Al-Imam juga sering mengingatkan orang Melayu agar tidak mengikut ajaran ulama kampung atau guru agama secara membuta tuli. Mereka seharusnya menggunakan akal fikiran yang waras demi kemajuan orang Melayu.Perkara yang ditekankan oleh Al-Imam dalam bidang pendidikan ialah tidak menentang ilmu pengetahuan dan kemajuan Barat selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pembaharuan dalam sistem pendidikan Islam yang lebih menekankan rukun dan hukum sebenar. Memperkenalkan mata pelajaran baharu di sekolah agama seperti mata pelajaran ______________________________. Pelajar Melayu digalakkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selain Al-Imam, terdapat juga akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan Kaum Muda seperti Neraca diterbitkan di Singapura, Al-Ikhwan, Saudara dan Idaran Zaman di Pulau Pinang.Perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan yang hebat daripada Kaum Tua yang merupakan golongan ulama konservatif. Kaum Tua menentang pembaharuan yang dibawa oleh Kaum Muda dan menuduh Kaum Muda sebagai __________________. Kaum Tua sebenarnya bimbang jika idea pembaharuan diterima, kedudukan mereka sebagai _____________________ dalam masyarakat Melayu akan tergugat. Oleh itu, Kaum Tua telah menerbitkan majalah mereka seperti _______________________ untuk menentang idea Kaum Muda. Golongan Kaum Tua ini mendapat sokongan daripada _______________________ yang menyebabkan Kaum Muda meletakkan jawatan di Jabatan Agama Islam di negeri-negeri Melayu dan kembali menetap di Negeri-negeri Selat. Namun, idea Kaum Muda masih kurang sambutan ketika itu kerana mendapat tentangan yang hebat daripada Kaum Tua yang masih berpengaruh dalam kalangan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu pada ketika itu masih belum sedar bahawa mereka sudah ketinggalan dalam bidang ekonomi dan sosial berbanding dengan kaum bukan Melayu.Walaupun gerakan Kaum Muda gagal menyedarkan orang Melayu secara keseluruhannya, tetapi idea-idea reformis Islam Kaum Muda telah berjaya menyedarkan nasionalisme orang Melayu terutama di Negeri-negeri Selat.

Bincangkan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai parti politik aliran kiri serta faktor kegagalannya membentuk satu pergerakan nasionalis massa di Tanah Melayu.

Kesatuan Melayu Muda(KMM) merupakan sebuah pertubuhan politik yang diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaakob serta beberapa orang tokoh nasionalis yang lain. KMM merupakan persatuan berbentuk separa politik di Tanah Melayu. Tujuan penubuhannya adalah untuk menggabungkan semua orang Melayu bagi mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu.KMM merupakan pertubuhan __________________ yang pertama di Tanah Melayu yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British. KMM menyebarkan cita-cita perjuangannya melalui akhbar __________________ di samping menubuhkan cawangan di beberapa buah negeri. Menjelang tahun 1940, terdapat beberapa buah cawangan KMM di ________________________________ _______________. Namun, pergerakan KMM sering ______________________. Pemimpin utama KMM, ______________________ menggunakan akhbar rasmi KMM untuk _____________________________ dan ________________________. Selain itu, kegiatan KMM juga disalurkan melalui ________________ yang dibuat oleh Ibrahim Yaakob. Perjuangan KMM dipengaruhi oleh pergerakan politik yang berlku di luar Tanah Melayu seperti perjuangan _________________________ pimpinan Soekarno, perjuangan dan ketetapan ________________ di Indonesia dan Gerakan Parti Komunis Indonesia pimpinan _________________. Antara perjuangan KMM ialah mencapai ________________________ secara serentak dengan Indonesia dalam __________________________. KMM juga berhasrat mewujudkan _________________________________ di seluruh Semenanjung, meningkatkan _____________________ orang Melayu serta menghakis ______________________ dalam kalangan orang-orang Melayu. Pada tahun 1941, Ibrahim Haji Yaakob dan pemimpin KMM yang lain ditahan kerana dituduh __________________________. Semasa pendudukan Jepun, pemimpin KMM yang ditahan, dibebaskan dan dibenarkan bergiat dalam politik. Pihak Jepun mengadakan kawalan ketat terhadap semua alat sebaran am, termasuk pertubuhan politik. Pada bulan Jun 1942, KMM dibubarkan kerana dianggap boleh menjadi _______________________________________________. Secara keseluruhannya, KMM gagal membentuk satu pergerakan nasionalis massa dan gagal mendapat sokongan meluas. Ini kerana fahaman politi k KMM dan konsep penyatuan Indonesia terlalu _________________ dan tidak dapat diterima oleh rakyat tempatan. Selain itu, golongan birokrat Melayu yang masih menguasai pemikiran umum tidak memberi __________________ kepada perjuangan KMM. ____________________________ KMM yang terbatas juga menjadi halangan untuknya meluaskan kegiatan di seluruh Tanah Melayu.Walaupun KMM gagal melahirkan satu pergerakan nasionalis yang bercorak massa, tetapi kemunculannya telah menimbulkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

SEJARAH PENGGAL 33