bincangkan gerakan anti jepun

Click here to load reader

Upload: wong-siew-ing

Post on 12-Jan-2016

107 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Bincangkan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak antara tahun 1942hingga 1945.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menimbulkan penentangan daripada pelbagai kaum yang sebahagian besarnya berpunca akibat kemerosotan ekonomi dan kekejaman tentera Jepun. Kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat semasa pendudukan Jepun yang mendorong kepada kemunculan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Penentangan yang paling ketara diketuai oleh pasukan gerila Melayu iaitu Force 136 yang ditubuhkan semasa Perang Dunia Kedua. Anggota Force 136 mendapat latihan selama beberapa bulan daripada tentera Berikat di _______________________. Anak-anak Melayu Melayu direkrut untuk menganggotai pasukan sukarelawan Melayu Force 136. Semua rekrut dibekalkan latihan seperti ________________, kawat, __________________, ___________________, sabotaj, membaca peta dan sebagainya. Semua latihan ketenteraan ini akan dijalankan di Bombay, Colombo, Calcutta dan Tricomalee. Tujuan latihan ketenteraan ini adalah persiapan untuk pelancaran _______________________ bagi _________________________________________. Force 136 kemudian berkembang sebagai sebuah badan sukarela untuk melancarkan _________________________________ semakin menuju ke arah kejayaan. Dalam kalangan orang Cina, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan dengan menggunakan perasaan _____________ untuk mendapat sokongan dan simpati daripada orang Cina supaya menentang tentera Jepun. Bagi tujuan itu, PKM telah menubuhkan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang dianggap sebagai gerakan yang mewakili semua kaum di Tanah Melayu. MPAJA mengadakan hubungan dengan tentera Berikat melalui Force 136 sebagai perantaraan yang berpusat di Ceylon dan India. Melalui hubungan ini, MPAJA berjaya memperoleh ______________________ serta mendapat ______________________, makanan dan ______________________. MPAJA yang dikuasai oleh PKM telah bekerjasama dengan pihak British dalam penentangan terhadap Jepun di Tanah Meayu. Taktik yang digunakan oleh MPAJA dalam usaha menghalau Jepun ialah ___________________. Antara sasaran utama MPAJA untuk melemahkan Jepun ialah ___________________________________ ____________________________________________. Walau bagaimanapun, MPAJA tidak berjaya menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Pasukan Askar Wataniah juga merupakan satu gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu. Askar Wataniah diketuai oleh sultan Pahang sebagai Kolonel Kehormat dan Yeop Mahiddin sebagai pegawai pemerintah. Pasukan Wataniah ditubuhkan dengan tugas membantu _____________________________________________________________________________________. Di Sabah, penentangan secara gerila terhadap Jepun dilakukan oleh semua kaum. Penentangan yang paling terkenal ialah _____________________________________ yang dilakukan oleh sekumpulan penduduk yang menggelar diri mereka sebagai ________________________. Kumpulan ini diketuai oleh ____________________________________ yang bekerjasama dengan pemimpin gerakan bawah tanah anti-Jepun di _________________ dan mengadakan hubungan dengan __________________________, pimpinan Imam Marajukinm. Manakala di Sarawak, gerakan menentang Jepun di Sarawak dianjurkan oleh orang Cina dan kaum bumiputera secara kecil-kecilan di kawasan ___________________________. Gerakan ini bertujuan membantu _______________________________________________. Pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah telah meninggalkan pelbagai kesan ke atas penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Mereka mengalami pelbagai kepahitan dan kesengsaraan hidup yang tidak pernah dialami sebelumnya akibat kemerosotan ekonomi dan kekejaman tentera Jepun. Oleh itu, timbul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk membela nasib penduduk tempatan yang tertindas akibat kekejaman tentera Jepun.

Bincangkan faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946. Setelah British kembali semula pada bulan September 1945, Tanah Melayu diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British (BMA). Sementara itu, kerajaan di Britain sedang merangka satu perlembagaan baharu untuk Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Namun akibat bantahan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Bantahan Malayan Union yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli. Langkah ini mengancam kedudukan politik orang Melayu apabila ___________________________________________________________. Ini kerana mereka yang dilahirkan atau menetap di Singapura juga boleh memohon. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil manakala ______________________________________________. Dasar terbuka British dilihat sebagai suatu ancaman kepada ________________ orang Melayu sebagai peribumi. Orang Melayu akan kehilangan _________________________________ dengan pelaksanaan Malayan Union. Orang Melayu juga bimbang akan ___________________________________ yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Orang Melayu membantah tindakan Harold MacMicheal juga merupakan salah satu faktor yang menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union. Cara Harold MacMicheal menggunakan _________________________ untuk menyingkirkan raja-raja yang tidak bersetuju dengan perjanjian Malayan Union dianggap sebagai _________________ dan tidak menghormati _______________________________________ orang Melayu terutama semasa berurusan dengan raja-raja. Harold MacMicheal juga tidak ada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu, tidak mengetahui adat resam dan bahasa Melayu serta mempunyai tingkah laku yang kasar. Rancangan Malayan Union yang diperkenalkan juga menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu yang hanya kekal sebagai ___________________________________ dengan kuasa baginda dibataskan kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu. Mereka hanya menjadi _______________________________________ tanpa sebarang kuasa. Mereka kehilangan kredibiliti dan kewibawaan sebagai ketua orang Melayu. Bagi orang Melayu, kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi mampu __________________________ ____________________________________________. Selain itu, kerajaan British yang melantik Gabenor Malayan Union sebagai _________________________________ telah menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam. Dari segi pentadbiran, Malayan Union mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat yang kuat. Penubuhan Malayan Union juga mengubah taraf dan kedudukan negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri di bawah perlindungan British kepada ______________________________. Selepas perubahan taraf dan kedudukan negeri Melayu, pentadbiran Tanah Melayu adalah terus kepada ________________________ di London yang menjadi pemutus _________________________________. Bantahan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union telah membawa kepada penubuhan UMNO sebagai sebuah landasan politik yang bersepadu untuk menyusun gerakan penentangan dengan cara yang lebih teratur. Penubuhan Malayan Union yang dijadualkan pada 1 April 1946 telah dipulaukan oleh orang Melayu. Akibat tindakan itu, British terpaksa berunding dengan raja-raja Melayu dan UMNO untuk menggubal perlembagaan baharu.

SEJARAH PENGGAL 34