bimbingan dan kaunseling

21
EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7 1.0 Pengenalan Semenjak tahun 1980-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan reformasi Pendidikan yang menyeluruh, khususnya pada peringkat rendah dan menengah. Dalam perkembangan dunia pendidikan, proses ‘memanusiakan manusia’ telah diberi tumpuan utama melalui penyataan yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat negara dalam melahirkan individu yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memerlukan pemerhatian, pemantauan dan tindakan susulan secara teliti dan langsung kepada individu demi memupuk nilai-nilai yang diharapkan. Setiap individu memerlukan bimbingan yang betul dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Dalam usaha membentuk individu secara menyeluruh, justeru tu, peranan guru kaunseling menjadi tunggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah amat penting dalam era negara mengalami perubahan hasil dari kemajuan dan pembangunan negara yang pesat. Bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah dalam usaha untuk membantu murid menangani pelbagai masalah yang dihadapi. Jika dilihat pada masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat semakin penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran wawasan 2020 serta membantu murid mencapai kesejahteraan hidup. Pada masa kini, pelbagai permasalahan dan gejala sosial yang timbul dalam kalangan masyarakat khususnya remaja pada masa kini. Gejala sosial yang melanda negara kini di tahap yang membahayakan. Kewujudan pelbagai gejala pada masa kini adalah juga hasil pendidikan pada masa kini. Guru perlu memainkan peranan ke arah membentuk murid yang cemerlang. Kemunculan gejala-gejala negatif ini sebenarnya adalah cabaran kepada para pendidik itu sendiri. 1

Upload: yolandac04

Post on 20-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

1.0 Pengenalan

Semenjak tahun 1980-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan reformasi

Pendidikan yang menyeluruh, khususnya pada peringkat rendah dan menengah. Dalam

perkembangan dunia pendidikan, proses ‘memanusiakan manusia’ telah diberi tumpuan

utama melalui penyataan yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat

negara dalam melahirkan individu yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memerlukan pemerhatian,

pemantauan dan tindakan susulan secara teliti dan langsung kepada individu demi

memupuk nilai-nilai yang diharapkan. Setiap individu memerlukan bimbingan yang betul

dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Dalam usaha membentuk

individu secara menyeluruh, justeru tu, peranan guru kaunseling menjadi tunggak utama

dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah amat penting dalam era negara

mengalami perubahan hasil dari kemajuan dan pembangunan negara yang pesat.

Bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah dalam usaha untuk membantu murid

menangani pelbagai masalah yang dihadapi. Jika dilihat pada masa kini, perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling dilihat semakin penting bagi mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Negara dan menyahut cabaran wawasan 2020 serta membantu murid mencapai

kesejahteraan hidup. Pada masa kini, pelbagai permasalahan dan gejala sosial yang timbul

dalam kalangan masyarakat khususnya remaja pada masa kini. Gejala sosial yang melanda

negara kini di tahap yang membahayakan. Kewujudan pelbagai gejala pada masa kini

adalah juga hasil pendidikan pada masa kini. Guru perlu memainkan peranan ke arah

membentuk murid yang cemerlang. Kemunculan gejala-gejala negatif ini sebenarnya adalah

cabaran kepada para pendidik itu sendiri.

Oleh itu, sebagai usaha awal untuk menangani masalah ini ialah perkhidamatan bimbingan

dan kaunseling di peringkat sekolah telah diwujudkan. Keberkesanan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu mengatasi masalah sosial dalam

kalangan murid. Guru bimbingan dan kaunseling peru bijak menjalankan sesi kaunseling

bersama murid. Pelbagai jenis terapi yang boleh dilaksanakan bersama murid yag

menghadapi masalah tingkah laku dalam pembelajaran. Dalam tugasan EDU3073 ini,

penulis memilih dua jenis terapi yang sesuai untuk membantu murid bermasalah tingkah

laku dalam pembelajaran yang serius. Tugasan ini merangkumi pelaksanaan secara teliti

dan sistematik berhubung aplikasi terapi yang telah dipilih.

1

Page 2: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

1.1 Konsep Bimbingan dan Kaunseling

1.1.1 Bimbingan

Bimbingan bukanlah sesuatu aspek yang asing lagi dalam kehidupan seharian kita.

Bimbingan membawa maksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dari

aspek pendidikan pula tokoh mempunyai definisi mereka yang tersendiri. Menurut Mok Soon

Sang (2010) bimbingan dalam aspek pendidikan adalah meruju kepada pertolongan atas

bantuan yang diberikan dengan kaedah yang betul kepada murid berkenaan. Bimbingan

juga boleh dilihat sebagai satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila

masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari

aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya.demi kepentingan masyarakat

amnya, dan individu khasnya. Saporan Sipon (2008) menyatakan bahawa bimbingan

adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi

kesan kepada kehidupan mereka. Misalnya, memilih gaya hidup yang diingini. Perbezaan

ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu

individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai.

1.2 Kaunseling

Menurut Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui

satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada

perubahana klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat

keputusan. Mereka juga menjelaskan perubahan dalam kaunseling juga melibatkan

kebolehan berdaya tindak balas ke atas situasi semasa untuk memaksimakan peluang dan

meminimakan keadaan yang merosakkan. Secara ringkasnya, kaunseling perlu

menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan

kebolehan memahami dan mengurus emosi.

Malahan, menurut Patterson & Welfel (1994) berpendapat bahawa kaunseling

adalah satu proses interaktif yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antara

2

Penulisan Esei

Sebagai seorang guru bimbingan di sekolah, pilih dua jenis terapi yang sesuai untuk membantu

murid bermasalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius. Dapatkan seorang murid yang

bermasalah dan aplikasikan dua terapi tersebut bagi membantunya. Terangkan langkah-

langkah (prosedur) perlaksanaan secara teliti dan sistematik berhubung aplikasi (penggunaan)

terapi yang telah dipilih.

Page 3: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

kaunselor dengan klien yang menyumbang kepada perubahan dalam diri klien seperti

tingkah laku, mempercayai, keupayaan untuk berdaya tindak. Oleh itu, kaunseling perlu

menghasilkan tingkah laku klien yang bebas dan bertanggungjawab diikuti dengan

kebolehan memahami dan mengurus emosi yang negatif.

Choong Lean Keow (2010) mendefinisikan kaunseling merujuk kepada aplikasi

prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia serta strategi

intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan

pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling merupakan dua aspek yang berbeza dari

segi takrifnya. Bimbingan lebih kepada cara seseorang guru itu membantu murid-murid

dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau memberi ruang kepada murid-murid untuk

membuat pilihan yang lebih baik. Kaunseling pula adalah suatu proses sistematik yang

memerlukan kawasan kondusif dan teraputik bagi membincangkan perubahan dalam diri

klien sama ada dari segi tingkah laku dan sebagainya. Perubahan ini seharusnya mencakupi

pelbagai aspek dalam diri klien itu sendiri dan klien harus merasakan perubahan itu sebagai

suatu perubahan yang positif iaitu berubah kepada kebaikan.

2.0 Masalah Tingkah Laku Murid

Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan

dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara

sedar atau separa sedar. Menurut Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang

individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya seseorang

individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan

bertindak dengan lebih yakin. Masalah tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku

yang dianggap tidak normal. Di sekolah, tingkah laku bermasalah ini merujuk kepada

sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif terbahagi kepada tiga

iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

Tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid biasanya dipengaruhi oleh keadaan

persekitaran rumah seperti kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Suasana sekolah yang

kurang kondusif dan sistem pengajaran dan pembelajaran guru yang kurang

menyeronokkan menyebabkan murid berasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku

bermasalah. Hubungan baik antara guru dan murid turut mendorong kepada tingkah laku

yang ditunjukkan oleh murid. Oleh itu, sebagai seorang guru harus peka terhadap murid

yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah. Guru perlu bijak untuk merancang dan

3

Page 4: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

melaksanakan teknik untuk membantu murid yang bermasalah tingkah laku demi menjaga

iklim bilik darjah yang kondusif.

2.1 Mengenal Pasti Masalah Murid

Di dalam proses bimbingan dan kaunseling, mengumpulkan maklumat murid merupakan

langkah utama sebelum sesi kaunseling dimulakan. Kajian kes ini dijalankan di sebuah

sekolah di Bintangor. Penulis telah melaksanakan teknik pemerhatian dan menjalankan

temu bual bersama murid. Mail (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang

berusia 9 Tahun dan merupakan murid Tahun 3 di sebuah sekolah.

Murid yang saya pilih bernama Mail (bukan nama sebenar) sudah lama menghadapi

masalah emosi. Ini berikutan masalah keluarga yang dihadapinya sejak berusia 7 tahun lagi.

Mail merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik. Mail mempunyai tiga

orang abang dan dua orang kakak. Ibu dan bapanya sudah bercerai semenjak dia berusia 7

tahun lagi. Kini dia tinggal bersama ayahnya dan ibu tirinya. Hubungan Mail bersama ibu

tirinya renggang dan Mail lebih rapat dengan ayahnya. Hal ini kerana, sikap ayahnya yang

kerap berkahwin membuatkan Mail (bukan nama sebenar) tidak mendapat perhatian

sepenuhnya daripada ibunya. Dia tidak suka ke sekolah kerana beranggapan guru di

sekolah kurang memberikan tumpuan kepadanya di dalam kelas.

Berdasarkan pemerhatian guru pada peringkat awal, Mail (bukan nama sebenar)

merupakan murid yang mempunyai masalah tingkah laku di dalam pembelajaran. Mail

(bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang mempunyai tingkah laku yang

disruptif. Murid ini kurang berupaya mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan diri

dengan setiap aktiviti, tidak berdaya mengikuti pelajaran sepenuhnya, serta tidak boleh

menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Dia lebih suka menggangu rakan-rakan

yang lain dan sering menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti menumbuk rakan,

meludah dan menampar murid yang lain yang cuba menganggunya. Dia lebih suka melukis

dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak pernah disiapkan. Walaupun pelbagai cara

telah dilakukan oleh guru, Mail (bukan nama sebenar) tetap tidak menyiapkan kerja sekolah

dan sering ponteng sekolah. Berikut merupakan masalah tingkah laku Mail.

Mengikut pandangan Carl Rogers, interaksi guru dengan murid tersebut yang kurang

memuaskan di dalam kelas disebabkan tiadanya pembinaan hubungan yang baik di dalam

kelas. Teori Carl Rogers berpegang kuat pada pandangannya tentang kebolehan klien untuk

bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang

menggalakkan. Jika dilihat kepada masalah yang dihadapi oleh Mail, dia lebih suka berada

4

Page 5: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

di rumah berbanding di sekolah. Perhatian yang kurang diberikan kepadanya menjadi satu

faktor yang menyebabkan Mail tdak berinteraksi dengan baik di sekolah.

Masalah tingkah laku ini mendorong penulis untuk mendekati dan memahami

masalah yang dihadapi oleh murid ini. Dia merupakan murid yang sukar di dekati oleh guru

kerana beranggapan dia akan di denda jika berjumpa dengan guru-guru di sekolah. Mail

(bukan nama sebenar) tidak pernah menjalankan sesi kaunseling secara individu bersama

kaunselor di sekolah.

3.0 Definisi Terapi

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud satu

perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek “ therapeuo”. Oleh itu,

terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Terapi merupakan kaedah-

kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut

kamus perubatan Morsby (2011), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas

pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan

kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat dedifiniikan

sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu

aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Menurut Mok Soon Sang (2010), terapi kanak-kanak adalah berlainan dengan

remaja dan orang dewasa. Ini adalah kerana kanak-kanak masih kurang matang serta

menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan

gangguan mental dan emosi yang abstrak. Terdapat beberapa jenis terapi yang digunakan

dalam intervensi kaunseling kanak-kanak. Antaranya ialah terapi bermain, terapi seni, terapi

bercerita, terapi muzik dan terapi biblio. Berdasarkan permasalahan yang di hadapi oleh

Murid A, penulis telah memilih dan melaksanakan dua jenis terapi untuk membimbing Murid

A ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dua terapi yang dipilih untuk membantu

murid yang bermasalah tingkah laku disruptif ini ialah terapi seni dan terapi bercerita.

3.1 Pengenalan Terapi Seni

Menurut American Art Theraphy Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan

mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk meambahbaik dan

menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi

seni ini berasaskan kepercayaan atas proses kreatif yang melibatkan ekspresi kendiri

secara artistik dapat menolong orang untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan

penghargaan kendiri, kesedaran kendiri serta persepsi dalaman Terapi seni ini adalah

5

Page 6: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensel dan

marker. Terapi seni ini merupakan sebauh terapi yang menggunakan lukisan untuk merawat

dan mendiagnosis klien yang menghadapi maalah kognitif, fizikal serta perkembangan

potensi.

Dalam erti kata lain, terapi seni ini mengintegrasikan bidang manusia, seni visual dan

proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi. Proses kreatif di dalam diri

individu memberi ruang untuk individu meluahkan aspek di dalam diri melalui imaginasi,

semulajadi dan spontan yang membawa kepada pencapaian personal dan transformasi.

3.1.1 Faktor pemilihan Terapi Seni

Terapi seni telah membangunkan banyak kaedah menilai personaliti individu melalui seni.

Salah satu kebaikan yang jelas di dalam terapi seni ini ialah kebolehan seseorang untuk

meluahkan perasaannya melalui pelbagai seni. Ini berdasarkan pada keyakinan bahawa

proses-proses kreatif seperti menggambar dan melukis boleh menyembuhkan dan

menguatkan kehidupan. Oleh itu, melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan

perasaan dan emosi mereka dengan lebih baik serta mudah.Melalui terapi seni ini, kanak-

kanak akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui

karya seni.

Menerusi kajian masalah pembelajaran ini, penulis menggunakan terapi seni untuk

membantu Mail (bukan nama sebenar) menangani masalah tingkah laku yang timbul dalam

dirinya. Penulis pernah melihat Mail (bukan nama sebenar) melukis di dalam kelas semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran. Mail (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid

yang suka menggangu rakan-rakan yang lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Mail (bukan nama sebenar) tidak menumpukan perhatian yang lama untuk satu-satu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Dia lebih gemar berjalan di dalam kelas, menggangu rakan

dan menconteng buku dengan lukisan-lukisan yang dihasilkan. Oleh itu, penulis memilih

terapi seni untuk mengenal pasti emosi dan perasaan klien.

3.1.2 Prosedur dan Aplikasi Terapi Seni Bagi Membantu Murid Yang

Bermasalah Tingkah Laku

Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-kanak akan diminta menggambarkan dan

mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui karya seni. Sebelum menjalankan terapi ini,

pengkaji telah membuat sesi pertemuan bersama Mail bagi mewujudkan keselesaan dan

membina hubungan yang baik antara pengkaji dan Mail (klien). Ini bagi menimbulkan

6

Page 7: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

keyakinan murid terhadap pengkaji. Kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan

sepanjang sesi bagi mewujudkan suasana yang teraputik antara pengkaji dan murid.

Semasa menjalani terapi ini, pengkaji perlu membuat persediaan seperti memilih

bahan seni yang asas. Berikut merupakan prosedur pelaksanaan terapi seni yang

dijalankan:

Terapi seni ini telah dilaksanakan dalam sebuah bilik khas dan pengkaji telah menyediakan

bahan media seni yang diperlukan untuk terapi ini. Antara bahan yang disediakan adalah

krayon, Pen marker, kertas, pernsel warna, gunting dan gam. Pengkaji telah meminta murid

melukis lukisan keluarga dan memberi murid ini masa selama 30 minit untuk menjalankan

aktiviti melukis. Setelah Mail (bukan nama sebenar) selesai melukis, pengkaji meminta Mail

menceritakan tentang lukisannya. Berikut merupakan gambar sepanjang sesi terapi

dilaksanakan sepanjang tempoh terapi dijalankan:

Gambar 1 di atas menunjukkan sesi terapi seni bersama Mail yang dijalankan oleh pengkaji.

Mail telah memilih menggunakan pensel warna untuk melukis gambar keluarga. Hasil

lukisan Mail adalah seperti berikut:

7

Gambar 1: Pelaksanaan Sesi Terapi Seni

Page 8: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

Merujuk kepada gambar 2 di atas, Mail telah melukis sebuah rumah dan dua oang manusia

yang tinggal di dalam rumah. Pengkaji telah membuat intepretasi hasil karya terapi yang

melibatkan beberapa perkara seperti :

Media seni pilihan Mail adalah pensel warna dan sekeping kertas lukisan bersaiz A4.

Mail kerap bercerita mengenai keluarganya terutama ayahnya. Mail seorang murid yang

memerlukan perhatian daripada orang sekeliling dan cuba menonjolkan dirinya. Intepretasi

lukisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan saiz lukisan dan juga penggunaan satu-satu

warna dalam lukisan. Intepretasi lukisan Mail adalah seperti di dalam jadual berikut:

8

Media seni pilihan kanak-kanak

Proses kreatif yang dilalui bagi menghasilkan karya seni yang berkenaan

Bentuk dan kandungan hasil mutakhir

Gambar 2: Lukisan keluarga yang dihasilkan

Warna kuning- Warna bumbung yang menunjukkan keyakinan diri.

Warna hijau yang menunjukkan harmoni

Warna biru menunjukkan keyakinan di dalam hidup

Warna merah yang menunjukkan emosi yang marah dan mempunyai keberanian

Dua orang manusia yang tinggal di dalam rumah.

Page 9: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

Bentuk/ warna lukisan Hasil Karya Intepretasi Lukisan

Saiz dan Kedudukan Bentuk rumah yang

sangat kecil dan terletak

pada sudut tepi lukisan

Serba kekurangan dan tidak

selamat

Warna Kuning

hijau

coklat

merah

biru

keyakinan diri yang tinggi

Harmoni/keharmoniaan murid

memahami kehidupan

Menunjukkan emosi klien

kedamaian di dalam hidup

Kandungan

manusiamenggambarkan ahli keluarga dan hubungan dlaam kekeluargaan.

Jadual 2: Hasil analisis lukisan Mail (bukan nama sebenar)

Munsell (1858), mengemukakan teori warna dengan standard warna untuk aspek

fizik dan psikologis. Warna memiliki peranan penting bagi manusia sebagai elemen estetika,

representasi dari alam dan sebagai alat komunikasi (fungsi representasi). Merujuk kepada

lukisan yang dihasilkan oleh Mail, pengkaji telah membuat intepretasi berdasarkan warna-

warna yang digunakan oleh Mail. Semasa melaksanakan intepretasi lukisan Mail, pengkaji

telah merekod secara terperinci setiap lukisan yang cuba digambarkan oleh Mail. Hasil dari

intepratasi ini, pengkaji dapat merumuskan Mail merupakan seorang murid yang mempunyai

keyakinan diri yang tinggi namun keyakinan diri ini di atasi dengan perkara-perkara lain. Mail

seorang murid yang lemah dalam pelajaran. Mail mempunyai masalah dalam membaca dan

mengenal huruf. Oleh itu, dia sering diejek oleh rakan-rakan yang lain kerana dia merupakan

murid yang lemah dalam pelajaran. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semasa di dalam

kelas Mail kurang menumpukan perhatian mungkin disebabkan rasa malu kerana sering

diejek lembab oleh rakan-rakan yang lain.

Selain itu, warna merah untuk melukis dinding melambangkan emosi marah dan

terganggu yang wujud dalam diri murid. Secara umum, warna merah melambangkan hasrat

intensitas dan keinginan besar untuk selalu maju, cinta dan bertenaga. Secara psikologis

warna merah meransang dan memberi tenaga pada tubuh. Warna merah ini melambangkan

emosi berani dan emosional. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual bersama Mail, dia

merupakan seorang murid yang cepat marah dan emosional jika di ganggu atau di marahi

oleh individu di sekeliling. Dia mudah bertindak jika diganggu oleh rakan-rakan. Namun

9

Page 10: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

begitu, warna biru yang ditonjolkan melalui lukisan Mail menggambarkan kedamaian dalam

dirinya.

Selain itu, Mail dilihat melukis dua orang manusia yang tinggal di dalam rumah

tersebut. Mail menjelaskan kepada pengkaji dua orang manusia yang dilukis olehnya ialah

ayah dan dirinya sendiri. Mail tinggal bersama ayahnya namun timbul konflik dimana

ayahnya kerap berkahwin menyebabkan Mail kurang perhatian daripada seorang ibu.

Pengkaji berpendapat, masalah tingkah laku yang ditunjukkan olehnya mungkin juga

disebabkan kurangnya perhatian daripada ibu dan bapanya. Kesimpulannya, Mail

memerlukan perhatian dan dorongan positif daripada ibu dan bapanya. Guru juga perlu bijak

untuk menangani sikap yang ditunjukkan oleh Mail. Terapi seni ini banyak memainkan

peranan dalam proses penilaian kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini.

Terapi seni ini membantu murid untuk menyampaikan perasaan dan emosi melalui lukisan.

3.2 Pengenalan Terapi Bercerita

Terapi bercerita merupakan suatu pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling

kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Melalui penceritaan yang

mengandungi nilai-nilai moral yang berkaitan ini dapat membantu kanak-kanak

menyelesaikan masalah seperti di dalam watak cerita yang digunakan.

Lee Keok Cheong (2012) menyatakan terapi bercerita ialah seni mempengaruhi

orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga

merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. Komunikasi ini digunakan

sebagai psikoterapi untuk mempengaruhi klien mengembangkan diri mereka dalam cara

yang dipersetujui antara ahi terapi dengan klien.

Terapi bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada kanak-kanak dimana guru

boleh mneroka dan cuba mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang

mempunyai masalah tingkah laku kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka

secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Guru perlu mencari sumber yang berkaitan

dalam masalah yang dihadapi atau pengalaman yang pernah dilalui oleh murid tersebut.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) menyatakan bahawa kanak-kanak boleh

menyerap pengajaran yang dipelajari daripada watak-watak dalam cerita tersebut tanpa

perlu bersikap defensif atau mempertahankan isu sendiri. Kanak-kanak akan menganggap

dan yakin bahawa kejayaan memang boleh dicapai secara realistik. Cerita yang hendak

diserap hendaklah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak dan cerita hendaklah

berakhir secara positif.

10

Page 11: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

Pelaksanaan Terapi bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat

perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Peringkat ini perlu dirancang

dengan baik dan teratur supaya jalan cerita tersusun semasa pelaksanaan terapi cerita ini

nanti. Kaunselor perlu bijak untuk menarik minat klien terapi supaya terapi ini berjaya

mencapai matlamat yang dikehendaki. Antara garis panduan dalam pelaksanaan terapi

bercerita adalah seperti berikut:

Garis panduan Penerangan pelaksanaan

1. Lembut dan sensitif Tidak terlalu ghairah dalam menyelesaikan

masalah. Guru boleh menggantikan watak

dengan binatang di dalam zoo.

2. Kreatif Pencerita perlu ceria dan bersemangat. Ini

bagi membantu klien melupakan seketika

masalah yang sedang dihadapi.

Penggunaan boneka atau gambar juga

dapat membantu menarik minat klien.

3.Positif Pengakhiran cerita perlu menggambarkan

kejayaan watak dalam menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Guru secara tidak

langsung meneroka perasaan klien sewaktu

penceritaan berlangsung.

4.Mengajak kanak-kanak untuk bercerita Minta klien cuba mencari jawapan daripada

cerita yang diceritakan. Guru perlu

membetulkan penyelesaian yang diberikan

jika rasa kurang bersesuaian.

Jadual 3 : Garis panduan terapi bercerita

Kesimpulannya, jadual 3 merupakan beberapa garis panduan dalam pelaksanaan

terapi bercerita. Garis panduan ini membantu dalam kejayaan sesebuah pelaksanaan terapi

bercerita bersama murid. Dengan terapi bercerita, murid dapat mengaitkan diri mereka

dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan

pendapat daripada guru atau kaunselor. Oleh itu, pengkaji telah memilih terapi bercerita

untuk dijadikan sebagai satu pendekatan terapi kepada Mail (klien) di mana pengkaji

meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah dengan bercerita.

11

Page 12: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

3.2.1 Prosedur dan Aplikasi Terapi Bercerita Bagi Membantu Murid Yang

Bermasalah Tingkah Laku

Pengkaji telah melaksanakan terapi bercerita secara individu bersama Mail yang merupakan

murid yang bermasalah tingkah laku. Pada peringkat awal, pengkaji menghadapi masalah

untuk mendekati murid ini. Namun, setelah menjalankan beberapa seni pertemuan bersama

Mail, dilihat murid ini sudah mula timbul rasa percaya terhadap pengkaji. Pengkaji banyak

memberikan tumpuan terhadap Mail semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji

juga telah beberapa kali berbual dan berinteraksi bersama murid ini dan rakan-rakan

semasa mereka turun untuk menghadiri aktiviti petang. Mail merupakan murid yang tinggal

di asrama dan ini memudahkan pengkaji untuk menjalankan beberapa sesi terapi bersama

murid. Berikut merupakan prosedur pelaksanaan terapi bercerita bersama Mail.

Pengkaji telah memilih cerita Arnab dan Kura-kura bagi mengaitkan jalan cerita ini

dengan masalah yang dihadapi oleh Mail. Pengkaji telah mengubah sedikit jalan cerita

Arnab dan Kura-kura bagi menarik minat Mail semasa menjalankan terapi bercerita. Faktor

pemilihan cerita ini kerana tahap bahasa yang rendah dan sesuai dengan umur murid.

Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan susulan untuk merancakkan cerita. Kisah

Arnah dan Kura-kura yang berlumba untuk menang dalam pertandingan lumba lari ini

bersesuaian untuk Mail yang turut mengahadapi masalah dalam pembelajaran. Motivasi

kendiri yang rendah menyebabkan Mail sering ketinggalan dalam pelajaran. Secara tidak

langsung, Mail akan mula hilang tumpuan kerana dia tidak dapat mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran guru di dalam kelas. Masalah lain timbul apabila kerja sekolah yang kerap

tidak dsiapkan menyebabkan Mail sering dihukum oleh guru. Hukuman yang dilaksanakan

sedikit sebanyak tidak meningglkan kesan kepadanya, dan menyebabkan Mail beranggapan

guru tidak suka kepadanya dan turun ke sekolah hanya sekadar untuk memenuhi kehendak

keluarganya.

Watak dalam kisah arnab dan kura-kura dikaitkan dengan Mail sebagai kura-kura.

Watak Sang Arnab yang sombong dan watak kura-kura yang tidak pernah berputus asa

menarik perhatian Mail. Di akhir cerita, pengkaji telah mengutarakan soalan kepada Mail

tentang watak yang digemari. Mail memilih watak kura-kura untuk melambangkan dirinya

yang sering diejek oleh rakan-rakan di dalam kelas. Namun begitu, pengkaji telah

mengaitkan watak kura-kura untuk dijadikan nilai dan pengajaran kepada Mail supaya

jangan pernah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk berubah untuk berjaya dalam

pelajaran. Mail memberikan alasan tidak menyukai watak arnab kerana sikap arnab yang

sombong. Pengkaji telah mengaitkan watak arnab ini dengan situasi Mail yang sering

bersikap samseng dan sombong di dalam kelas namun tidak pernah berusaha untuk berjaya

12

Page 13: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

dan mengubah tingkah laku negatif. Mail sedikit sebanyak sedar akan sikap negatif

merupakan alasan untuk murid lain tidak menyukainya dan sering mengejek.

Kesimpulannya, terapi bercerita ini sesuai digunakan untuk membantu murid menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Pengkaji memberi bimbingan dan nasihat semasa proses

penyampaian supaya Mail dpaat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan

diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, Mail juga dapat meluahkan perasaan dan idea

dengan cara yang baik tanpa perlu bergaduh jika berhadapan dengan masalah. Melalui

terapi bercerita ini, Mail dapat mengaitkan dirinya dalam cerita tersebut.

4.0 Penutup

Bimbingan dan Kaunseling adalah bidang ilmu yang membantu seseorang individu

untuk berubah dan membantu dari segi masalah yang dihadapi. Bimbingan dan kaunseling

memainkan peranan penting untuk membantu murid-murid di sekolah untuk membantu

murid menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh mereka. Kaunseling merupakan

satu proses pembelajaran kearah mencapai kesempurnaan kendiri. Bagi mencapai tujuan

itu kaunselor perlu menggunakan beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan

klien. Walaubagaimanapun, semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan

klien untuk melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

Guru biasa juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menolong murid membuat

penyesuaian peribadi sosial, emosi dan perkembangan akhlak murid itu sendiri. Di sekolah,

tanpa di sedari banyak murid-murid yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan

terhadap permasalahan yang dihadapi. Tidak semua murid berani untuk berjumpa dengan

kaunselor bagi berkongsi masalah atau kekeliruan terhadap sesuatu. Oleh itu, guru-guru

perlu peka dengan keadaan murid mereka bagi membantu murid memahami masalah dan

mecari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pelbagai intervensi

kaunseling yang boleh digunakan untuk membantu murid yang mengalami masalah tingkah

laku di sekolah. Oleh itu, guru dan kaunselor sekolah perlu bekerjasama dalam menggals

tanggungjawab ini. Guru biasa perlu bijak menggunakan ilmu bimbingan dan kaunseling

mereka untuk membantu murid-murid yang bertingkah laku negatif di sekolah.

13

Page 14: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

6.0 Refleksi

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa bersyukur kerana dapat menyiapkan

tugasan projek EDU3073 ini dengan jayanya. Tugasan projek ini merupakan tugasan yang

banyak membantu meningkatkan pengetahuan saya terhadap skop subjek Bimbingan dan

Kaunseling ini. Dalam tugasan EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling ini banyak memberi

peluang kepada saya untuk melalui sendiri pengalaman melaksanakan sesi kaunseling

bersama murid. Ini banyak memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan

dan kemahiran sebagai pendidik dan seterusnya bijak membuat keputusan dalam bilik

darjah. Dalam tugasan projek kali ini, memerlukan saya memilih dua jenis terapi yang sesuai

untuk membantu murid bermasalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius. Selain itu,

penulis dihendaki memilih seorang murid yang bermasalah untuk mengaplikasikan dua

terapi dipilih untuk membantu murid tersebut. Penulis juga hendaklah menerangkan

langkah-langkah (prosedur) perlaksanaan secara teliti dan sistematik berhubung aplikasi

(penggunaan) terapi yang telah dipilih. Manakala, tugasan seterusnya penulisan refleksi iaitu

membuat refleksi keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam lingkungan 500 patah

perkataan.

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya telah membuat satu perbincangan mengenai

soalan tugasan ini. Pada peringkat awal, saya mendapat penjelasan awal daripada

pensyarah tentang tugasan. Saya mula mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan

dengan tugasan dan telah menyiapkan satu draf sebagai panduan kepada tugasan ini. Saya

telah mendapat pengetahuan tentang serba sedikit mengenai tajuk yang berkaitan dengan

Bimbingan dan Kaunseling melalui kuliah dan perbincangan. Sepanjang melaksanakan

tugasan ini, beberapa kelebihan yang saya perolehi melalui tugasan projek ini. Saya lebih

memahami tentang ilmu bimbingan dan kaunseling melalui bacaan daripada buku dan

internet. Saya berpeluang untuk mendalami dan melalui sendiri pelaksanaan sesebuah sesi

bimbingan dan kaunseling. Setiap sesi mempunyai prosedur dan teknik untuk melaksanakan

sesebuah terapi bersama murid (klien). Banyak ilmu baharu yang saya perolehi terutamanya

cara melaksanakan terapi bermain dan terapi bercerita. Tugas menjadi seorang kaunselor

pada pandangan saya bukannya mudah. Dalam tugasan ini, saya memilih salah seorang

murid Tahun 3 di sebuah sekolah di Bintangor menjadi klien saya. Faktor pemilihan murid

ini, saya tertarik untuk mendalami dan meneroka tentang murid yang dikatakan sering

menimbulkan masalah di sekolah. Saya merupakan salah seorang guru yang mengajar

murid ini. Cabaran untuk saya apabila murid ini sering melawan dan ingkar akan arahan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, saya mencabar diri

untuk membantu murid ini dan murid ini dipilih untuk saya menjalankan sesi kaunseling

bersamanya. Setelah selesai sesi kaunseling bersama murid ini, saya mula sedar tugas

14

Page 15: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

untuk membimbing seseorang murid yang bermaslaah tingkah laku bukan mudah

terutamanya bagi bakal guru seperti saya. Bimbingan dan Kaunseling perlu dilaksanakan

secara berperingkat dari semasa ke semasa. Banyak perkara baharu yang saya pelajari

sepanjang melaksanakan terapi bersama murid ini. Murid ini sudah menunjukkan perubahan

yang positif di dalam kelas selepas beberapa sesi kaunseling bersama. Berdasarkan

pemerhatian saya, murid ini tidak pernah diberi kaunseling oleh kaunselor kerana peranan

kaunselor di sekolah yang kurang diberikan pendedahan kepada murid-murid.

Selain itu, saya belajar perkara baharu dimana saya telah membuat beberapa

rujukan tentang cara untuk mendekati murid yang bermasalah tingkah laku ini. Saya

memerlukan satu tempoh yang lama untuk mendekati murid ini kerana murid ini tidak suka

di dekati. Sepanjang tempoh sesi terapi, sedikit sebanyak saya telah membantu murid yang

bermasalah tingkah laku dengan menggunakan terapi yang telah dipilih untuk membantu

murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung, tugasan ini

membawa saya untuk meneroka ilmu Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih dalam lagi.

Setelah selesai melaksanakan tugasan ini saya memahami dengan lebih jelas

tentang ilmu bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang bakal guru, saya menyedari

bahawa saya perlu menguasai dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk digunakan

di sekolah kelak. Tugasan ini memberi impak yang besar kepada saya tugasan ini telah

mendedahkan saya kepada kepentingan seseorang guru biasa mempunyai ilmu bimbingan

dan kaunseling. Guru biasa perlu bekerjasama bersama dengan kaunselor untuk membantu

murid-murid yang bermasalah tingkah laku ini. Selain itu, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling ini sangat penting di sekolah untuk membantu murid membentuk peribadi dan

sikap kendiri yang positif dalam diri murid.

Kefahaman tentang tajuk ini memudahkan saya untuk lebih memahami dengan jelas

tentang kajian makna dalam semantik. Teori segitiga semiotik yang dipelopori oleh Odgen

dan Richard membuka minda saya untuk melihat perhubungan dari satu rajah segi tiga.

Proses daripada fikiran kepada penyebutan dan seterusnya pendengaran kepada

pengaanggapan inilah yang menggambarkan makna. Satu kelebihan kepada saya semasa

menjalankan tugasan ini ialah saya mempelajari temtamg skema tatacara pembentukan

istilah. Ini merupakan ilmu baru kepada saya yang akan membantu saya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelas.

15

Page 16: Bimbingan Dan Kaunseling

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PISMP BM SEM 7

Sepanjang menyiapknan tugasan ini, kelemahan yang saya dapati ialah kekangan

masa kerana dalam masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan projek yang lain.

Namun masalah ini dapat diatasi dengan saya membahagikan masa untuk menyiapkan

tugasan ini dan antara cara yang saya lakukan ialah banyak menjalankan kolaborasi

bersama rakan bagi mengumpul maklumat yang diperlukan. Saya tidak menghadapi

masalah untuk mendapatkan rujukan buku kerana sumber rujukan mencukupi dan hasil dari

kolaborasi bersama rakan saya dapat menyiapkan tugasan ini. Kesukaran yang dihadapi

apabila saya perlu membuat analisis artikel. Masalah timbul apabila pada peringkat awal

saya menghadapi masalah dalam menjalankan terapi bersama murid kerana kekangan

masa. Saya juga keliru tentang pemilihan terapi yang sesuai untuk mrid yang dipilih. Namun

atas bantuan rakan-rakan dan membuat rujukan daripada buku, saya telah memahami

kehendak soalan dan memilih terapi seni dan terapi bercerita untuk membantu murid

menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Kesimpulannya, saya merasakan tugasan ini memberi satu penambahan ilmu

kepada saya dalam saya menguasai tajuk ini. Saya berharap segala ilmu Bimbingan dan

Kaunseling ini dapat saya aplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah kelak. Tugasan ini mampu memotivasikan saya untuk terus belajar dan menguasai

setiap tajuk dalam subjek ini. Saya telah belajar banyak perkara sepanjang melaksanakan

tugasan ini. Saya berharap segala ilmu dan pengalaman melaksanakan terapi bersama

murid dapat menjadi kegunaan saya pada masa akan datang bagi membantu murid-murid

yang memerlukan seseorang memberi bimbingan dan kaunseling kepada mereka untuk

menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

16