bila sebenarnya tarikh lahir nabi s.a.w?

10
www.darulkautsar.net Halaman Utama m/s. 1 Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Upload: abu-muhammad

Post on 18-Jul-2015

384 views

Category:

Spiritual


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 1

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan

Nabi Muhammad s.a.w.

Page 2: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 2

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Halaman Utama

1. PENGENALAN UMUM 1

2. Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w 3

3. CADANGAN BACAAN LANJUT 8-9

Page 3: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 3

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

http://www.youtube.com/watch?list=PLA15E9030CC6C193C&v=hfSXEXgTrb

U

http://www.youtube.com/watch?v=SqEliHLzdgw

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari

kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ). Fakta ini perlu dikaji semula kerana didapati

bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal,

(sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat

yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. sedangkan di pihak lain pula pada

hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia

juga merupakan hari kewafatan Nabi s.a.w. Jadi dimanakah adanya kewajaran masyarakat

merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira

perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bid’ah).

Page 4: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 4

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi s.a.w berkemungkinan

besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi merek.a merupakan

angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang

mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut

Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun

masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti

mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal

hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam

riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan

hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang

berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin

Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik

pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468–475). Ibnu

Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul

Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus

bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu

Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa

An Nihayah, jilid 2, halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal

iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang

berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin

tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun

bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau

mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang

dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

Page 5: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 5

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku

gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w. ketika itu

berusia 63 tahun.

Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada

tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut

tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira

yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi s.a.w. walau bagaimanapun

begitu semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul

Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal

bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang

telah disebutkan di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al

Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar

Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176),

Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima

oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:

Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H

Dalam bulan Rabiul Awwal

Antara 1hb. Hingga 12hb.

Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)

Page 6: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 6

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari

Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih

Muslim, dll).

Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah 81

hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi,

j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh

diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:

- Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun

tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin

menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.

- Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari

(walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul

Awwal.

Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam

jadual berikut:

Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15

Page 7: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 7

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21

Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21

Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak

dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat

yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya

ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya,

tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin

Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah

dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain.

Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206,

“Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh

yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi s.a.w. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H

bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat

menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya

hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

Page 8: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 8

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

CADANGAN BACAAN LANJUT :

Pemurnian Sejarah Zaman Rasulullah

1. Adakah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan menulis

2. Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?

3. Bilakah Sayyidina Hassan Dilahirkan?

4. Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah

5. Kisah Isra Miraj Dari Rumah Ummu Hani ’

6. Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari

7. Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di antara Muhajirin dan Ansar)

8. Usia Sebenar Khadijah r.a. Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah

9. Anak Cucu Nabi s.a.w. Yang Dilupa dan Dipinggirkan

10. Umur Aisyah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah

11. Isu Yang Berlegar Di Sekitar Perkahwinan Zainab Binti Jahsy Dan Penjelasan Mengenainya

Pemurnian Sejarah Zaman Sahabat

1. Bukan ‘Aishah Pencetus Fitnah Perang Jamal

2. Hubungan Mesra Antara Mu’awiyah Dengan Ahlul Bait

3. Isu Kontroversi Marwan Bin Al-Hakam

4. Kepalsuan Cerita ‘Aisyah Disalak Anjing Hau’ab

5. Motif Tabbara Disebalik Hukuman Hudud Ke Atas Anak Khalifah Umar r.a.

6. Peristiwa Kewafatan Rasulullah Dan Keadaan Sahabat Di Saqidah Bani Sa’idah

7. Peristiwa Tahkim

8. Sandiwara Syiah Disebalik Perebutan Urainab Binti Ishaq Di Antara Sayyidina Husain Dan Yazid

9. Sayyidina Hassan Jaguh Seks ?

10. Sayyidina Mu’awiyyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya

11. Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala

Page 9: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 9

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

12. Tsalabah Ahli Badar Yang Teraniaya

13. Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

14. Kisah Sebenar Di Sebalik Cerita Sayyidatian Fatimah Dan Tuntutan Tanah Fada’

15. Jawapan Kepada Tohmahan Dan Pencemaran Terhadap Peribadi Sayyidina Hassan r.a

CADANGAN BACAAN LANJUT :

Pemurnian Sejarah Zaman Khilafah

1. Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat

Israiliyyat

1. Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi

2. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertawasul

3. Israiliyyat : Pengenalan Dan Kaedah Pengecaman

4. Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Umum

1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

2. Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam

3. Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq : Perosak Sejawarah Awal Islam

Pelbagai

Aqidah - Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya

- Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad

- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara

Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini

- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`

Page 10: Bila Sebenarnya Tarikh Lahir  Nabi s.a.w?

www.darulkautsar.net

Halaman Utama m/s. 10

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Syariat - Bid’ah oleh Prof Dr Yusuf Qardhawy

- Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)

Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama

- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat