39 amalan sunah rasullullah s.a.w

13

Upload: hafizol-abu-hassan

Post on 05-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

AWAL MUHARRAM merupakan kedatangan baru tahun islam, sesungguhnya ia terkandung 1001 hikmah dan sangat banyak hikmahnya, sebelum itu marilah kita ucapkan syukur kerana kita masih bernafas di muka bumi Allah ini. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita pastinya kita mempunyai seseorag untuk di jadikan contoh dan role model terbaik. Contoh terbaik dan teladan pastinya adalah Nabi Muhammad saw. Jadi Chefzol inginkan anda semua mengamalkan antara amalan sunah Rasullulah s.a.w kepada semua pembaca.Jadikan sebagai panduan dan jadikan ikutan kita,semoga kita semua diberikan ganjaran pahala insyallah. Tidak susah untuk mendapat pahala terpulang pada diri kita sama ada mahu atau tidak untuk mengamalkannya.Insyallah….39 amalan sunnah Rasullulah

TRANSCRIPT

Page 1: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W
Page 2: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Disediakan oleh: Hafizol Abu Hassan

39 PERKARA SUNAH YANG BOLEH DIJADIKAN

AMALAN KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum W.B.T….

AWAL MUHARRAM merupakan kedatangan baru tahun islam, sesungguhnya ia terkandung 1001 hikmah dan sangat banyak hikmahnya, sebelum itu marilah kita ucapkan syukur kerana kita masih bernafas di muka bumi Allah ini. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita pastinya kita mempunyai seseorag untuk di jadikan contoh dan role model terbaik. Contoh terbaik dan teladan pastinya adalah Nabi Muhammad saw. Jadi Chefzol inginkan anda semua mengamalkan antara amalan sunah Rasullulah s.a.w kepada semua pembaca.Jadikan sebagai panduan dan jadikan ikutan kita,semoga kita semua diberikan ganjaran pahala insyallah. Tidak susah untuk mendapat pahala terpulang pada diri kita sama ada mahu atau tidak untuk mengamalkannya.Insyallah….

39 amalan sunnah Rasullulah

1. MINUM TANGAN KANAN

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (HR Muslim no. 3763, adab makan & minum)

Page 3: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

2. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

Dari Abu Hurayrah," Berdiri sesaat di jalan Allah (jihad) adalah lebih baik dari melakukan qiyam Ramadhan pada malam lailatul Qadar di sisi hajar." HR Ibn Hibban dan al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani. Tambahan "walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yg tak ada asal usyulnya. Sunnah no 2 ini mengelirukan sebab kesemuanya sunnah, berjihad fi sabilillah, mencari malam Qadar dan juga tawaf di Kaabah. cuma yang lebih tinggi sunnahnya ialah berjihad dalam perang sabil.

3. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki

kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

4. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan

nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilatinya sebelum mencuci tangannya." HR Muslim, no. 3790

Kata Ibn Othaimeen, ulamak besar Unaizah KSA, sunnah makan 3 hari utk makanan

orang arab, spt roti dan korma kerana supaya tidak menampakkan gelojohatau rakus

dalam makan. Jika makanan itu memerlukan lima jari, spt nasi bagi sesetengah kaum,

maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (syarah Riadhus solihin, jld 7)

5. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk

rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

sahih adab al-Mufrad, no 1094

Page 4: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

“Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi

kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, yaitu: Sesiapa yang masuk

rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, siapa yang keluar

pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi

berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.”

6. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan

ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

Dari Anas ra

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan batas waktu kepada kami untuk memendekkan kumis, potong kuku, mencabut bulu ketiak, dan cukur bulu kemaluan, agar tidak kami biarkan lebih dari 40 hari.” (HR. Ahmad, Muslim, Nasa`i, Abu Daud, dan yang lainnya).

Nabi hanya sarankan bukan ancam dengan kisah Iblis.

Tambahan Iblis akan bersarang di situ adalah tambahan Muhyidin ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah komen, ia adalah batil, tiada asalnya.

7. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung

dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

8. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

9. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis

Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud dari jalur Ummu Salamah),

Gamis ni jubah arab tu la. Ia adalah sunnah al-jibliyah atau umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yg bersifat lokal, tabiat dan peribadi). maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis arab ni dia satu piece bukan dua piece yg dipakai oleh melayu, Maka sunnah berpakaian yg betul dalam isu ini

Page 5: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

ialah pakaian yang menutup aurat bukan gamis arab atau jubah arab. Tutup aurat itulah yg sunnahnya. Jenis gamis tu isu no 2

10. DOA DALAM SUJUD

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." HR Muslim, #744 (lidwa)

cara nak amalkan sunnah ini: 1. amalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi saw ketika sujud

2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yang terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.

3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1:235)

11. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga

makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

“Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas (HR Termidzi, Ibn Majah, Ahmad, dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 2265)

12. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

"Telah dijadikan aku menyukai bagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-

wangian. Dan dijadikan sebagai qurroatu a’yun (ketenangan hati) di dalam solat" HR

an-Nasa'iy, sahih menurut al-Albani.

13. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

Page 6: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci.’” HR Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnaouth dan dinilai hasan oleh al-Albani, sahih at-targheeb, no 597

Adapun dihindari dari syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqolani dalam al-Fath, 11:110.

14. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

"Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rome, maka dikatakan kepada baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah" (HR Al-Bukhari no 5875)

Maka kata syaikh bin Uthaimin rh, hukum pakai cincin adalah sunah jika ada keperluan spt rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. ( Ruj: http://ar.islamway.net/fatwa/9189 )

Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin.

15. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan

diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

“Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.” (HR. Muslim no. 1553)

16. PAKAI CELAK

Page 7: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

“Celak yang paling baik bagi kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Abu Daud no.3380 dan 3539, Ibnu Majah no. 3488, Ahmad no. 2109)

17. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali ganda dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

Shalat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh derajat daripada shalat sendirian.” (HR. Al-Bukhari no. 131 dan Muslim no. 650)

18. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

Bila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya karena sesungguhnya setan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)

19. MENYIMPAN JANGGUT

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

“Ada sepuluh macam fitroh, yaitu memendekkan kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ dengan air.” (HR. Muslim no. 627)

20. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

Dari Ibnu ‘Umar ra yang mengatakan,

Page 8: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

“Aku pernah menaiki rumah Hafshoh (umul mukminin) karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah saw buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (HR. Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 266).

21. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

"Pakailah pakaian-pakaian kalian yang berwarna putih, sesungguhnya itu merupakan

pakaian kalian yang terbaik, dan hendaknya kalian mengkafani mayat-mayat kalian

dengan kain putih" (HR Abu Dawud, Termizi, ibn Majah, Ahmad, al-Albani kata sahih

dalam Jilbab al-Mar'ah, ms 82)

22. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

23. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

“Qailulah-lah kalian, sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirahat siang.” (HR. Abu Nu’aim dalam Ath-Thibb), al-Albani, Ash-Shahihah no. 1637: isnadnya shahih); waktunya khilaf, ada kata sebelum zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.

24. PAKAIAN BERWARNA

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

Telah mengabarkan kepadanya, dan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash; Telah mengabarkan kepadanya, dia berkata; Rasulullah saw pernah melihat aku memakai dua potong pakaian yang dicelup ‘ushfur, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya ini

Page 9: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.” (HR. Muslim no. 2077)

25. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

al-Maa'un: 1-3 [“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.”]

26. HISAP AIR DALAM HIDUNG

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

Dari Abu Hurayra ra: (sabda Nabi saw): “Apabila seorang di antara kalian bangun

tidur, maka beristintsarlah tiga kali, karena sesungguhnya syaitan bermalam di ujung

(rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih) ( HR. Al-Bukhari (no. 3295) dan Muslim (no.

238))

27. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

"Rasulullah saw melarangku untuk memakai cincin di kedua jariku ini atau ini". Ali mengisyaratkan kepada jari tengah dan yang selanjutnya (yaitu jari telunjuk)." (HR Muslim no 2078)

adapun larangan itu dihukumkan makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh (syarah sahih Muslim lil-Nawawi, jld 14)

28. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

Page 10: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Dari Abdullah bin Abbas ra, dia berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran”. (HR Al Bukhari : 4571 dan Muslim : 763)

29. KONGSI MAKANAN

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.'- direkodkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, hadith hasan kata al-Albani

Namun sunnah juga makan berdua, yakni dengan isteri,tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa

30. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4 rakaat, dalil:

Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda:

"Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR Ahmad, Termidzi, disahihkan oleh al-Wad'iy katanya hasan (al-Sahih al-Musnad, dorar)

31. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari

lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

32. JANGAN MENCELA MAKANAN

Page 11: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

Dari ABu Hurairah, " Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan saja." Muttafaq alaih

33. APABILA BERTAMU

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

Dari Abdullah bin Busr, beliau berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu ’alaikum”. Hal itu dikarenakan rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang seperti daun pintu.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Abu Daud

34 JAWAB SALAM DALAM TANDAS

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.

Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Wad'iy, al-sahih al-Musnad

35. MAKANAN PANAS

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan disahihkan oleh syaikh Syuaib Al-Arnauth).

36. GILIRAN MINUM

Page 12: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

Dari Anas ra: Nabi saw pernah diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya dan bakinya diberikan kpd Arab Dusun dan bersabda, "passing ke kanan, kanan lagi." Muttafaq alaih

37. 3 AMAL

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. Muttafaq alaih, ini HR Bukhari, no 1845

Nota:

1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kepada sahabat, apakah ia untuk semua atau khusus kepada sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yang lain dia melakukan amal dgn pedang dan yang lain dgn businessnya. 2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana2 tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.

38. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur yang dibenci Allah.

sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya

39. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).

Fiqh:

Page 13: 39 AMALAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W

ia adalah solat sunat qabliyah subuh. Maksud lebih baik dari dunia dan seisinya adalah pahalanya amat besar, bukan maksud kalau solat dua rakaat ni seseorang akan lebih kaya dari Bill Gates atau TS Syed Mukhtar al-Bukhari dari segi kekayaan fizikal. Pahala solat ni akan diclaim di Akhirat nanti. Adapun dii dunia, selepas solat sunat subuh dan solat subuh, dia masih kena pergi opis mencari rezki macam biasa, kena trafik jm dsbnya. cukup bulan terima gaji. hakikat hadith ini iala pahalanya begitu besar kerana degree of difficulty atau tahap kesukarannya amat sukar dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam sejak dulu.

Disediakan oleh:

Hafizol Abu Hassan