bil 4/2010 - mara.gov.my pendidik/2010/04_ogos... · m/s 3 - 6 m/s 7 - 8 m/s 9 - 10 m/s 11 untuk...

12
PENASIHAT KETUA PENERBIT EDITOR REKA BENTUK GRAFIK EDARAN Md. Rahim bin Salim Anita binti Kudin Rosmaliza binti Hj. Hassim Aidarinah Nur binti Ibrahim Haliza binti Abd Hamid Hapipah binti Abd Wali Hairi Fitri bin Ahmad Mohd Irsad bin Jamaluddin Stress Dalam Kalangan Guru Perbezaan Individu Coretan Seorang Individu Perlukah Pngguna Email Beretika? Kisah Guru dan Murid M/s 1 - 2 M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009, sila layari laman Sumber Media Kreatif yang boleh dicapai melalui pautan pantas am di maranet Bacaan Pendidik diterbitkan 6 kali setahun oleh Bahagian Pembangunan Sumber (BPS). Sebarang sumbangan berita, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi majalah ini amatlah kami alu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada : Bahagian Pembangunan Sumber Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Tel : 03-26903644 Fax : 03-26910075 Emel : [email protected] SIDANG PENERBIT DAFTAR KANDUNGAN Bil 4/2010

Upload: lenguyet

Post on 15-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

PENASIHAT

KETUA PENERBIT

EDITOR

REKA BENTUK GRAFIK

EDARAN

Md. Rahim bin Salim

Anita binti Kudin Rosmaliza binti Hj. HassimAidarinah Nur binti Ibrahim

Haliza binti Abd Hamid

Hapipah binti Abd WaliHairi Fitri bin AhmadMohd Irsad bin Jamaluddin

Stress Dalam Kalangan Guru

Perbezaan Individu

Coretan Seorang Individu

Perlukah Pngguna Email Beretika?

Kisah Guru dan Murid

M/s 1 - 2

M/s 3 - 6

M/s 7 - 8

M/s 9 - 10

M/s 11

Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009, sila layari laman Sumber Media Kreatif yang boleh dicapai melalui pautan pantas am di maranet

Bacaan Pendidik diterbitkan 6 kali setahun oleh Bahagian Pembangunan Sumber (BPS). Sebarang sumbangan berita, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi majalah ini amatlah kami alu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada :

Bahagian Pembangunan SumberTingkat 4, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26903644 Fax : 03-26910075Emel : [email protected]

SIDANG

PENERBIT DAFTAR

KANDUNGAN

Bil 4/2010

Page 2: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.

Punca profesional

1. Persekitaran kerjaPersekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan k e t i d a k s e l e s a a n kepada guru. Ditambah dengan k e m u d a h a n sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan d a l a m negara.

2. PerubahanPerubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan

dalam kehidupan profesional dan p e r i b a d i n y a . Perubahan boleh m e n y e b a b k a n t e r g a n g g u n y a

sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.

2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3. Kewangan – Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah

Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu.

1

Page 3: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Sumber: http://kulanzsalleh.com/stress-di-kalangan-guru/Oleh: Kulanz

sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah – Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosionalApabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan m e m b e r i t a h u p e r a s a a n n y a itu. Akhirnya, h u b u n g a n mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosialApabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikalStress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. IntelekGuru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya,

guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan

disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik

guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin

dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah

laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

2

Page 4: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

• Sebagai guru kelas, kita sentiasa akan menemui murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

• Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian kepada guru kelas seperti kita.

• Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau kecerdasan, kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran serta keetnikan dan budaya.

Konsep Perbezaan Individu:Kamus Dewan : keadaan @ sifat yang tidak sama antara individu kelainan / ketidaksamaan antara individu.

S.A Alsagoff : ketidaksamaan @ ketidakserupaan dalam kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan daripada segi ciri-ciri yang telah dikenalpasti.

A. Majid (1997) : ciri-ciri pola tingkah laku / cara pemikiran yg membezakan individu daripada yang lain.

E.A. Meng : ketidaksamaan dalam kalangan individu samada daripada segi fizikal (tinggi, berat, warna rambut, kulit, mata) mental, sosial dan emosi.

T.C Yee (1989) : Ketidaksamaan beberapa aspek lahiriah dan rohaniah yg terdapat pada diri seseorg individu. Perbezaan ini adalah nyata tetapi diabaikan apabila membuat tindakan menyelesaikan masalah.

Mohd Salleh (1991) : ketidaksamaan yang terdapat pada diri seseorang dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal, perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tersebut adalah yang dapat dilihat dan ada yang tidak.

Howard Gardner (1983) dari Universiti Harvard : Buku beliau; Frame of Mind : The Theory of Multiple Intelligenece. mengemukakan ‘Teori Pelbagai Kecerdasan’, semua insan punyai aspek kecerdasan (kognitif) yang tertentu. Setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran

yang membolehkan individu itu selesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dgn kecerdasan lain. Ini menyokong kewujudan Perbezaan Individu melalui kajiannya ‘Projek Zero’. Gardner mendapati tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logikal-matematikal, ruang (spatial), muzik, tubuh-kinestatik, intrapersonal dan interpersonal (Gardner & Hatch, 1989). Gerald Grow (1977) menyatakan, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis (‘environment’ dan ‘nature’).

M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) ; Child Development jelaskan Perbezaan Individu dari aspek perkembangan. Setiap Kanak-kanak mempunyai pertumbuhannya tersendiri yang unik “sesetengah kanak-kanak kelihatan ‘lambat’ buat beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi pelajar yang cemerlang”.

W.W. Cook; Grouping and Promotion in the Elementary School jelaskan Perbezaan Individu dari segi pencapaian. Hampir semua kelas Darjah 6, akan terdapat sekurang-kurangnya seorang murid yang berkebolehan membaca setakat Darjah 2 & seorang lagi yg berkebolehan membaca sehingga Tingkatan Empat.

Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian kepada guru kelas seperti kita.

3

Page 5: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Ng Wai Kong (1983) menyatakan ;Perbezaan Individu merupakan perbezaan yang diukur dalam perlakuan-perlakuan, kemahiran-kemahiran & respon-respon

terhadap satu siri ujian ciri-ciri sahsiah. Setiap individu berbeza dari sudut penggunaan jumlah struktur yang mahu digunakan untuk memahami kesamaran medan pengalaman atau persepsi.

Ng Wai Kong (1983), Howard Gardner (1983), M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) dan W.W. Cook : Menjelaskan PI dapat dilihat dari dalam & luar diri individu itu sendiri. PI juga merupakan satu bidang yang luas dan memerlukan kajian yang mendalam untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang berkaitan dengan perbezaan

individu terutamanya pendekatan bagi menyelesaikan persoalan perbezaan individu yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Faktor Penyebab Perbezaan Individu:1. Baka2. Persekitaran

Baka:Baka : sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-moyang, keturunan seperti warna kulit, rambut, bentuk badan dan lain-lain.

Baka tentukan ciri-ciri fizikal (warna rambut, kulit, mata)

Ibu bapa cerdik – lahirkan anak cerdik.

Perangai kanak-kanak dipengaruhi

baka.Ibu bapa cepat hilang akal lahirkan anak yg kurang stabil emosi (pemarah).

Kembar seuri yg dipelihara secara berasingan menunjukkan kecerdasan & temperamen yg

diwarisi. Kajian Kecerdasan: Anak kembar, anak angkat dan salahsilah keluarga mendapati kecerdasan dan kebolehan seperti kefahaman, kelancaran berbahasa, kebolehan matematik, pentaakulan dan ingatan adalah diwarisi.

- Erlenmeyer-Kimling & Jarvik (1963) : lebih dekat pertalian persaudaraan lebih serupa kecerdasan yg dimiliki. Mereka dapati korelasi kecerdasan antara adik beradik - 0.49, kembar tak seiras dipelihara bersama – 0.53 dan kembar seiras dipelihara bersama – 0.87

Kajian Temperamen: Anak kembar, anak angkat mendapati manusia cenderung warisi sifat malu, memencilkan diri dan ceria, empati, sikap altruisme, pandai sesuai diri, asertif, dominan, yakin diri, akur dan muram (Daniels & Plomin, 1985; Goldsmith, 1983; Rushton, 1984; Vandenberg, 1968)

Persekitaran mempengaruhi aspek Perbezaan Individu seperti budaya, norma, keluarga, media massa yang bersifat sosial, kerohanian dan emosional.

4

Page 6: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

- Farber (1981) : kajian ke atas kembar seiras, mendapati beberapa trait yang serupa dalam kalangan kembar itu seperti ekspresi emosi, pola kerisauan, cara bercakap dan ketawa serta persamaan pergerakan.

Kajian Sukan --Jon Entine : Taboo: Why Black Athletes Dominate Sports and Why We’re Afraid To Talk About It ; Kajian semasa sains membuktikan bahawa biologi dan keturunan ada kaitannya dengan kecemerlangan sukan. Bangsa dan geografi berkait dengan penguasaan dalam bidang sukan tertentu.

Semua peserta yang memasuki acara akhir 100m lelaki dalam 5 sukan Olimpik adalah pelari kulit hitam berketurunan Afrika Barat.Kajian menunjukkan daripada 500 larian 100m terpantas yang direkodkan, 498 daripadanya dipegang oleh pelari kulit hitam berketurunan Afrika Barat.

Pengarah Pusat Genom Manusia Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Dr. Zil Falil Alwi : penyakit bawaan genetik iaitu penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) ini diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa. Jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, risiko mendapat anak berpenyakit SMA ialah 25 % bagi setiap kelahiran.

Jika hanya seorang menjadi

pembawa, anak yang dilahirkan sihat dan normal, tetapi kemungkinan menjadi pembawa SMA.

2. Persekitaran:Persekitaran mempengaruhi aspek Perbezaan Individu seperti budaya, norma, keluarga, media massa yang bersifat soaial, kerohanian dan emosional. Faktor seperti amalan jagaan anak, kesihatan dan permakanan, status SES dan kualiti sekolah.

Contoh : Anak AngkatKajian mendapati IQ anak angkat adalah sama dengan IQ keluarga angkat mereka.Baumrind (1980) : 3 gaya pemeliharaan (autoritarian, permisif (membiarkan), autoritatif) ibu bapa menyebab Perbezaan Individu.

Jenis-jenis Perbezaan Individu:- Murid yang kita ajar boleh berbeza daripada aspek-aspek yang berikut:

(a) Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina, rupa, saiz badan, dan lain-lain.(b) Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir, untuk membuat penaakulan,dan lain-lain.(c) Sosial: Sesetengah murid suka bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri.

(d) Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi, sensitif, riang, murung dan lain-lain.(e) Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza. Kesan-kesan Perbezaan Individu:Perbezaan individu telah membawa beberapa kesan sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang lain, sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat mereka

mengingat maklumat, bagaimana mereka rela menghubungkait pelbagai idea, dan bagaimana kreatifnya mereka dalam mengaplikasi perkara-perkara yang telah diajar kepada mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995).

Guru Perlu:- Kesedaran / kefahaman tentang masalah perbezaan indivivu.- Mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi P&P.- Peka pada faktor penyebab PI / beri perhatian serius pada perbezaan individu.- Terima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza.- Berpengetahuan khas tentang perbezaan individu.- Sedari faktor perbezaan individu, kerana setiap pelajar adalah berbeza.

Persekitaran mempengaruhi aspek Perbezaan Individu seperti budaya, norma, keluarga, media massa yang bersifat soaial, kerohanian dan emosional.

5

Page 7: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

-

Mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut.- Mengetahui tahap kebolehan setiap MM dan sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap (G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson: Terjemahan Noran Fauziah, 1994 )- Memahami & buat persediaan cara untuk menghadapi & menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan & kemampuan individu. (Mohd Salleh, 1991).

Guru juga perlu guna kaedah /strategi yg berbeza:- G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson; menyatakan sebahagian besar drp tugas guru adalah bekerja dgn kumpulan & tdk dgn murid secara individu.

- Robert Gayne : The Conditions of Learning mempercayai setiap jenis pembelajaran perlu keadaan & kaedah yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.

- Kamaruddin Hj. Hussin (1990), kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid & guru.

- Glasser (1971) : penggunaan sudut pembelajaran di kalangan

MM yang mempunyai perbezaan individu dapat beri keselesaan & meningkatkan minat mereka untuk belajar.

- Rancangan Dalton (1920) : Murid bebas sediakan tugasannya & guru sebagai pembimbing murid

sahaja.

- Rancangan Winnetka (1919); pula tidak terdapat

kegagalan kerana kanak-kanak diukur mengikut kebolehan masing-masing & bukannya mengikut pencapaian murid-murid yg lain (Crow, 1980).

Menangani Perbezaan Individu: Apa Yang Guru Perlu Lakukan?

1. Mendapatkan Maklumat Latar Belakang murid-murid:Ketahui latar belakang, kekuatan & kelemahan, minat, matlamat, asperasi & sikap murid-murid dan dapatkan maklumatmelalui : kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat & pengalaman, mentadbirujian psikologi & diagnostik (sikap, nilai kerja, minat kerjaya).

2. Mengunakan ABM/BBM:Modul : memudahkan pembelajaran arah kendiri, menarik minat murid, tumpuan pelajar meningkat, jimat masa dan beri tumpuan kepada murid-murid yg perlukan tumpuan.

3. Pusat Pembelajaran:Pusat pembelajaran untuk murid belajar sendiri seperti Pusat Akses Kendiri dalam pembelajaran BI di sekolah.

4. Kepelbagaian Kurikulum Sekolah:Pelbagai kurikulum / kokurikulum untuk penuhi PI. Mata pelajaran elektif beri peluang mengurus minat khususdalam pelbagai disiplin / memilih kursus.

5. Tugasan yang Berbeza untuk Pelajar:Beri aktiviti berlainan untuk kumpulan @ murid yg berbeza. Adakan aktiviti pemulihan / pengayaan

Aktiviti berbeza kesukaran.Kesimpulan:- Manusia dilahirkan dgn kecenderungan masing-masing menyebabkan Perbezaan Individu.- PI dipengaruhi oleh berlainan latar belakang keluarga dan budaya:-

Aspek fizikal PI dikatakan diwarisi daripada ibu bapa, datuk, nenek-moyang.

Aspek sosial, rohani dan emosi PI dipengaruhi oleh persekitaranKontroversi baka / persekitaran telah lama wujud.Ahli psikologi yg berpegang kepada pandangan baka percaya bahawa gen menentukan tahap perkembangan sebenar.Kesimpulan:

Ahli psikologi yang menyokong persekitaran menekankan bahawa persekitaran sebenarnya meningkatkan atau menghalang perkembangan sesuatu ciri atau tingkah laku tertentu.Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa interaksi kedua-duanya mempengaruhi PI.

Bagaimana guru mengendalikan masalah pelajarnya bergantung kepada pandangannya terhadap kontroversi baka / persekitaran.Pelbagai strategi telah dibincangkan untuk menolong guru menangani masalah PI dalam kalangan murid-murid, termasuk strategi seperti guna pelbagai jenis ABM dan pusat pembelajaran dan tugasan berlainan.

Pelbagai pendekatan telah dicadangkan seperti mengubahsuai arahan kumpulan dan pbj masteri.

Sumber: internetOleh: amaljayaGambar: carian internet

6

Page 8: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Di pedalaman, setiap sekolah mempunyai masalah yang lebih kurang sama. Ada sekolah yang tak ada makmal komputer dan ada sekolah yang tak ada padang permainan. Ada juga sekolah yang tak ada kantin ( murid makan free sebab dapat RMT ). Oleh sebab tu, cikgu terpaksa la balik ke rumah pada waktu rehat untuk memasak makanan mereka sendiri.

Ada juga sekolah yang tak cukup kuarters guru dan guru terpaksa bersesak-sesak dalam satu rumah. Kalau tinggal di kawasan seperti kaum Melanau di Sarawak ‘ok’ lah kerana mereka tinggal di rumah seperti orang Melayu dan kadang kadang ada rumah yang boleh di sewakan.

Tapi kalau mengajar di kawasan kaum Iban? Memang susah, lagipun rumah panjang dengan sekolah jauh sangat.Selain itu, masalah paling utama kebanyakan sekolah di pedalaman ialah tak ada

kemudahan air bersih. Terpaksalah menadah air hujan untuk kegunaan harian. Pilihan lain ialah mandi di sungai.

Elektrik pulak, ada sekolah menggunakan generator dan ada sekolah yang mendapat perkhidmatan eletrik syarikat SESCO. SESCO ni macam TNB kalau

kat semenanjung. Tapi ada tempat tertentu selalu ‘black out’ gara-gara kelemahan SESCO ni.

Line telefon memang susah nak dapat di kawasan pedalaman. Ada sekolah yang gurunya terpaksa naik ke atas bukit untuk menelefon . Kalau bernasib

Pemandangan biasa sekolah pedalaman bersama tong air Antena handphone rekacipta oleh orang kampung untuk menarik line.

7

Page 9: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

baik ada tempat atau sekolah yang dapat, tapi kena letak handphone kat dinding.Ada juga sekolah tertentu line telefon menggunakan antena yang di reka sendiri oleh penduduk tempatan.

Untuk perkhidmatan internet tak ada masalah kerana sekarang ni setiap sekolah ada perkhidmatan ‘School Net’ kecuali ‘school netnya rosak dan tak dibaiki.

Sumber: http://duniacikgu.wordpress.comOleh: yusriwahabGambar: http://duniacikgu.wordpress.com

Tiang antena handphone

Pengangkutan utama di kawasan pedalaman ke bandar

8

Masalah dalam aspek mengajar pula macam macam. Ada murid yang tak ada buku tulis kerana tempat tinggal mereka tak ada kedai runcit. Nak keluar ke bandar amat jauh dan memakan masa yang lama dan modal yang banyak. Nak marah pun kadang kadang tak sampai hati. Nak meminta murid membawa barang untuk tujuan pembelajaran memang lah susah.Contohnya nak meminta mereka membawa akuarium mini untuk kemahiran hidup memang susah kerana jarak ke bandar bukannya dekat. Memakan masa berjam-jam sehingga ada yang memakan masa 8 jam untuk ke bandar.

Sumber: nashwuzhere.blogspot.com

Page 10: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Dunia tanpa sempadan nyata memberikan impak yang tidak kurang hebat kepada teknologi komunikasi maklumat (IT). Perhubungan

antara manusia semakin mudah, cepat dan murah dengan pelbagai pilihan komunikasi termasuk di alam maya.

Salah satu aplikasi IT yang sering menjadi pilihan untuk berkomunikasi dan menghantar maklumat ialah dengan menggunakan mel elektronik atau e-mail. Mengapa ia istimewa? Penghantaran maklumat melalui akaun e-mail pengirim kepada akaun e-mail penerima dapat dihantar dengan cepat selagi mana adanya akses internet walau sejauh mana pun jarak di antara kedua-duanya. Banyak pengendali laman web yang menyediakan perkhidmatan e-mail secara percuma dan ruang storan yang berpatutan.

Dikira dari segi kos dan kecekapan, sesuatu dokumen yang ingin dilampirkan dapat dihantar melalui e-mail tanpa kos serta dapat diterima dengan pantas melalui capaian internet,

berbanding penghantaran dokumen dengan menggunakan pos dan telegram yang lebih memerlukan kos penghantaran serta tempoh masa tertentu. Namun teknologi e-mail ini juga banyak terdedah kepada sesuatu yang buruk apabila disalah gunakan dengan niat yang buruk. Kita acap kali mendengar individu-individu yang diaibkan melalui penyebaran gambar palsu berunsur fitnah dan memalukan melalui e-mail. Begitulah bahananya andai sesuatu teknologi itu digunakan tanpa kewarasan iman dan takwa. Maka sudah pastilah kita perlu menggariskan etika penggunaan e-mail bagi mengelakkan ia disalahgunakan untuk tujuan yang salah. Ia bagi mengelakkan sesuatu yang disebarkan melalui e-mail kelak menimbulkan salah faham dan tidak mustahil menimbulkan konflik yang membimbangkan.

Etika Kerahsiaan

Etika kerahsiaan harus menjadi tonggak bagi etika pengendalian e-mail. Adalah menjadi kesalahan dari segi etika andainya seseorang itu membuka e-mail individu yang lain tanpa kebenarannya. Kandungan e-mail adalah sesuatu yang sulit dan

rahsia dan tidak wajar untuk dikongsi bersama dengan yang

lain tanpa izin dan pengetahuan pemiliknya. Penerima e-mail sepatutnya harus memastikan kebenaran (authenticity) dan kebolehpercayaan e-mail yang diterima sebelum mempercayai isi kandungannya. Anda perlu mengetahui apakah niat si penghantarnya, adakah dengan niat gurauan atau benar-benar mempunyai tujuan tertentu.

Sebagai contoh sekiranya anda menerima gambar anda yang telah disunting dalam keadaan yang kurang menyenangkan, anda harus menyiasat tujuan penghantar mengirimkannya kepada anda, sama ada bertujuan untuk bergurau atau dengan niat penghinaan?

Selain itu, kita harus bijak untuk menghormati permintaan individu yang lain. Contohnya, sekiranya pengirim e-mail tersebut meminta anda untuk menyimpan e-mail tersebut,

9

Kandungan e-mail adalah sesuatu yang sulit dan rahsia dan tidak wajar untuk dikongsi bersama dengan yang lain tanpa izin dan pengetahuan pemiliknya.

Page 11: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

10

adalah menjadi kesalahan dari segi etika seandainya e-mail tersebut dipanjangkan untuk makluman orang lain. Kita harus jujur dan amanah dalam menyimpan perkara-perkara sulit dan rahsia.

Etika dalam memanjangkan (forward) e-mail

Dalam memanjangkan e-mail atau menyebarkannya kepada rakan dan sesiapa sahaja, kita harus menyelidiki siapakah penerimanya dan adakah bahan tersebut sesuai untuk tatapan umum. Adakah e-mail yang disebarkan tersebut mempunyai unsur hasutan atau mungkin menimbulkan rasa kurang senang penerima walaupun ia dihantar dengan niat bergurau.

Selain itu, pengguna e-mail tidak sepatutnya memanjangkan e-mail berantai atau yang tidak

berfaedah. Wujud sesetengah e-mail yang berbunyi begini: ”Sila sebarkan e-mail ini kepada 10 orang penerima yang lain. Seandainya anda menghantarnya anda akan menjadi jutawan, tetapi jika mengabaikannya, hidup anda akan ditimpa musibah.” E-mail seperti ini sepatutnya tidak dilayan dan seharusnya dibuang dari peti simpanan akaun anda kerana ia akan menimbulkan keraguan kepada penerima. Bagi tujuan pengesanan, penghantar e-mail sepatutnya meletakkan namanya di hujung emel yang dihantar. Ia akan membolehkan penerima maklumat membuat rujukan bagi mengenalpasti kesahihan sesuatu berita.

Format penulisan e-mail

Penulisan e-mail juga sepatutnya berasaskan

kepada format yang mudah, jelas dan tidak menimbulkan keraguan kepada penerima.

Antaranya ialah penulis e-mail tidak boleh menggunakan kata-kata kesat yang boleh menimbulkan kemarahan penerima. Gunakan ayat dan perkataan standard yang mudah difahami. Andainya anda menggunakan loghat negeri tertentu, pastikan penerima memahami maksud tulisan tersebut. Ini bagi mengelakkan salah faham berlaku hanya kerana penggunaan istilah yang lain pemahamannya mengikut daerah yang berlainan.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang boleh dibicarakan sebagai etika penggunaan e-mail. Ada kalanya teknologi yang sepatutnya memudahkan boleh menimbulkan salah faham yang membahayakan andainya tidak digunakan dengan berhemah.

Seandainya anda menghantarnya anda akan menjadi jutawan, tetapi jika mengabaikannya, hidup anda akan ditimpa musibah.”

Sumber: internetGambar: internet

Page 12: Bil 4/2010 - mara.gov.my Pendidik/2010/04_ogos... · M/s 3 - 6 M/s 7 - 8 M/s 9 - 10 M/s 11 Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2009,

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah,

ada seorang pelajar lelaki

bernama Akmal bertanya pada seorang cikgu bernama Norhaidi yang sedang mengajar. Ketika itu, Cikgu Norhaidi sedang menyentuh mengenai kasih dan

sayang secara am.

Dialog antara Akmal dan Cikgu Norhaidi tersebut berbunyi begini :

Akmal : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang

terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu Norhaidi : Oh, kamu nak tahu ke?. Emmm…baiklah, sekarang

kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je OK…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Akmal : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu Norhaidi : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.Akmal : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu Norhaidi : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Akmal : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu Norhaidi : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Moral :Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang anda terima pada hari ini, kerana jika anda meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia.

Sumber: http://cikguhaidi.wordpress.com

11