bil 10/2013

4
AZ PERKARA PERKARA PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAM PERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAM PERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAM Percaya kepada Allah S.W.T. Beriman dengan Allah S.W.T. dengan cara belajar hingga mengetahui segala sifat-sifat yang berkaitan dengan Allah S.W.T. serta dalil kewujudan Allah S.W.T dan kebesaran- Nya. Percaya kepada malaikat. Beriman dengan malaikat termasuklah juga jin, iblis dan syaitan dengan pengakuan ba- hawa mereka berada di sebalik alam biasa yang zahir bersama kita. Kejadian semua makhluk ini berlainan dengan makhluk manusia. Percaya kepada kitab-kitab. Wajib beriman semua kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada rasul-rasulnya dengan tidak menafikan segala hukum suruhan dan larangannya walaupun satu huruf kerana perbuatan menafikan apa-apa yang terdapat di dalamnya akan menyebabkan rosak akidah. Percaya kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Percaya bahawa Allah S.W.T. mengutuskan beberapa orang rasul untuk menyampaikan berita gembira dan pengkhabaran yang menakutkan kepada manusia dan jin serta membangkitkan beberapa orang nabi. Percaya kepada hari akhirat. Segala yang berkaitan dengan hari akhirat iaitu seksa atau nikmat ketika berada di da- lam kubur, kebangkitan semula, hari pembalasan, perhimpunan di mahsyar, hari tim- bangan amalan baik dan buruk, minum air dari telaga Kausar, melalui titian sirot, bal- asan syurga dan balasan neraka. Percaya kepada Qadha’ dan Qadar. Percaya sesuatu benda yang terjadi baik ataupun buruk mengikut ketetapan Allah S.W.T sejak azali. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 10/2013 Gema Jumaat

Upload: buithuy

Post on 31-Dec-2016

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AZ

PERKARAPERKARAPERKARA---PERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAMPERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAMPERKARA YANG WAJIB DIIMANI OLEH SETIAP ORANG ISLAM

Percaya kepada Allah S.W.T.

Beriman dengan Allah S.W.T. dengan cara belajar hingga mengetahui segala sifat-sifat

yang berkaitan dengan Allah S.W.T. serta dalil kewujudan Allah S.W.T dan kebesaran-

Nya.

Percaya kepada malaikat.

Beriman dengan malaikat termasuklah juga jin, iblis dan syaitan dengan pengakuan ba-

hawa mereka berada di sebalik alam biasa yang zahir bersama kita. Kejadian semua

makhluk ini berlainan dengan makhluk manusia.

Percaya kepada kitab-kitab.

Wajib beriman semua kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada rasul-rasulnya

dengan tidak menafikan segala hukum suruhan dan larangannya walaupun satu huruf

kerana perbuatan menafikan apa-apa yang terdapat di dalamnya akan menyebabkan

rosak akidah.

Percaya kepada rasul-rasul dan nabi-nabi.

Percaya bahawa Allah S.W.T. mengutuskan beberapa orang rasul untuk menyampaikan

berita gembira dan pengkhabaran yang menakutkan kepada manusia dan jin serta

membangkitkan beberapa orang nabi.

Percaya kepada hari akhirat.

Segala yang berkaitan dengan hari akhirat iaitu seksa atau nikmat ketika berada di da-

lam kubur, kebangkitan semula, hari pembalasan, perhimpunan di mahsyar, hari tim-

bangan amalan baik dan buruk, minum air dari telaga Kausar, melalui titian sirot, bal-

asan syurga dan balasan neraka.

Percaya kepada Qadha’ dan Qadar.

Percaya sesuatu benda yang terjadi baik ataupun buruk mengikut ketetapan Allah S.W.T

sejak azali.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 10/2013

Gema Jumaat

m/s 2

HARAM MENGKHIANATI SESAMA ISLAMHARAM MENGKHIANATI SESAMA ISLAMHARAM MENGKHIANATI SESAMA ISLAM

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, “Seorang Muslim adalah saudara kepa-

da muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak

juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Is-

lam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan

kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya

sesama Islam.” (Riwayat at-Tirmizi)

Huraian Hadith:

Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.

Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang

Islam yang lain.

Haram menumpahkan darah sesama Islam sekiranya tidak dibenar oleh syara’.

Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Al-

lah SWT.

Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah

sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu

maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-

kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’, ‘ujub, takbur dan

cinta dunia.

HUKUM MEMBACA ISTIAZAH

جيمأ ) يط انالر الش عوذباهللمه (

HUKUM MEMBACA BASMALAH

حيم ) حمهالر ) بسمهللاالر

Sunat membaca Istiazah ketika hendak memulakan bacaan AlQuran

Di awal surah Wajib pada surah Al-Fatihah, sunat pada awal semua surah kecuali

surah At-Taubah

Di pertengahan surah Sunat

m/s 3

“TUNTUTAN TAUBAT DAN KEINSAFAN” Setiap umat Islam adalah dituntut supaya sentiasa melakukan taubat kepada Allah SWT. Taubat bermaksud kembali menyerahkan diri dan mentaati perintah Allah SWT yang Maha Pengam-pun lagi Maha Penyayang. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “taubat nasu-ha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasuk-kan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...”. - Surah al-Tahrim ayat 8. Empat syarat utama taubat: 1.Orang yang bertaubat mestilah menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap kesalahan yang telah dilakukannya. 2.Berhenti dengan serta merta daripada melakukan semula kesalahan tersebut. 3.Berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. 4.Sekiranya kesalahan tersebut dilakukan terhadap sesama manusia, maka hendaklah dia memohon maaf kepada orang tersebut. Tiga golongan yang Allah tidak menerima taubat mereka: 1. Orang yang sering mengulangi kesalahannya selepas bertaubat. 2. Orang yang bertaubat ketika sudah hampir dengan kematian dan apabila tanda-tanda besar hari

Kiamat telah muncul. 3. Orang yang mati dalam kekafiran.

Allah SWT sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada hambaNya yang melakukan ke-jahatan agar bertaubat daripada kesalahan yang dilakukannya. Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat selama mana kita menyedari kesalahan yang telah kita lakukan, lantas menginsafi dan segera bertaubat kepada Allah SWT. Beberapa perkara yang menjadi adab dalam bertaubat perlu diutamakan bagi memastikan kita benar-benar taubat nasuha, antaranya : 1. Berpakaian bersih dan memastikan tempat yang digunakan untuk bertaubat juga berada dalam

keadaan bersih. 2. Menimbulkan perasaan takut di dalam diri kita atas dosa-dosa yang telah dilakukan dan merasa

risau kalau-kalau dosa kita tidak diampunkan oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita juga perlu sentiasa berharap agar taubat kita diterima oleh Allah SWT.

3. Memilih waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa terutamanya pada sepertiga malam. Waktu ini adalah waktu yang amat baik untuk kita memohonkan keampunan kepada Allah SWT kerana suasana yang hening ketika ini mampu menimbulkan keinsafan dan penyesalan dalam diri kita.

4. Bersangka baik bahawa Allah menerima taubat kita. Kesimpulan khutbah ialah taubat merupakan satu tuntutan Allah SWT kepada hambaNya yang mesti disegerakan. Taubat juga bukanlah sekadar mengucapkan dengan lisan tetapi juga mes-tilah disertai dengan keinsafan dan kesedaran di dalam diri dan inilah yang dikatakan sebagai “Taubat Nasuha”. Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Sebaik-baik insan yang melakukan kesalahan adalah apabila mereka bertaubat dan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.

Menimbang Amalan

Bagaimanakah Allah SWT menimbang amalan kita se-dangkan dosa dan pahala itu tidak dapat dilihat dan tidak berjisim.

Ketika Allah SWT hendak menimbang semua amal per-

buatan manusia, terlebih dahulu Allah SWT menjadikan

segala amalan itu berjisim dan semua amal perbuatan

anak adam akan ditimbang di akhirat nanti dengan alat tim-

bangan yang mempunyai dua tadahan. Setiap satu tadahan

mampu memuatkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.

Semunya akan terbukti berat dan ringan timbangannya wa-

laupun diisi dengan hanya sebiji sawi dalam tadahan itu, ini

membuktikan Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa

atas apa yang Ia lakukan.

MUTIARA

HIKMAH

Yahya Al Barmaki telah berkata kepada anaknya: Tulislah perkara terbaik yang kamu dengari, hafazlah perkara terbaik yang kamu tulis dan sam-paikanlah perkara terbaik yang kamu hafaz.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis 2013-PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’

30 September 2013 - CE-

RAMAH BAHAYA SYIAH

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/3

6

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, pada hari Ju-maat, tanggal 13 Syawal 194H/21 Julai 810M. Nama lengkapnya ialah

Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fiy Al Bukhari, namun beliau lebih dikenal dengan nama

Bukhari. Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para

ahli hadis bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqih dan

hadits, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian ulama memberikannya julukan Amirul Mukminin fil Hadits (pemimpin kaum

mukmin dalam hal ilmu hadis).

Imam Bukhari dididik dalam keluarga ulama yang taat beraga-ma. Imam Bukhari suka meneliti ilmu hadis, pada usia 16 tahun beliau

sudah hafal dan menguasai buku-buku seperti “al-Mubarak” dan “al-Waki”. Imam Bukhari juga banyak mengarang kitab dan di antara

semua karyanya tersebut, kitab Al-Jami’ as-Shahih yang lebih dikenal

dengan nama Shahih Bukhari adalah yang paling masyhur. Beliau meninggal pada tanggal 31 Ogos 870 M (256 H) pada

malam Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimaka-mkan selepas solat Zohor pada Hari Raya Idul Fitri.