bidayuh

17
BIDAYUH Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh. Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu: 1. Selakau/Lara (Daerah Lundu) 2. Jagoi/Singai ( Daerah Bau) 3. Biatah (Daerah Kecil Padawan) 4. Bukar/Sadong (Daerah Serian) Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme. BAHASA BIDAYUH Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk

Upload: kazu-oppa

Post on 26-Jul-2015

874 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIDAYUH

BIDAYUH

Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan

masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar

Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh

dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan

dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka

anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan

dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak,

terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat

pecahan etnik iaitu:

1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)

2. Jagoi/Singai ( Daerah Bau)

3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)

4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut

agama Islam dan animisme.

BAHASA BIDAYUH

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak.

Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang

dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung

dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu

sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh

dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan

padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".

Page 2: BIDAYUH

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum

wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau

separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan

manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning

dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup

kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan

kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya

mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek

dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti

biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki

masyarakat ini.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam

berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya

ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

Page 3: BIDAYUH

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian

luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkanperanan yang penting dalam setiap

upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikan semangat,

mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan

peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik

tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan

Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti

serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan

kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

Page 4: BIDAYUH

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan

"rira" (meriam kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini

untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul

dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.

RUMAH TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya

penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan

tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur

rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat

Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu,

manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat

daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Page 5: BIDAYUH

Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama,

awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa

sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi

milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya.

Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian

pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia

dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh

menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan

bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara

keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai

dan sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat

bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju

lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung

dan sebaginya.

Page 6: BIDAYUH

PESTA MASYARAKAT BIDAYUH

Diadakan oleh kaum Bidayuh selepas aktiviti tanaman, ‘beruma’ atau menuai padi

Upacara yang memuja semangat padi supaya hasil tuaian padi berikutnya bertambah.

Pesta Birumuh atau Rami Onu Gawai merupakan majlis perhimpunan masyarakat

Bidayuh bagi meraikan hasil tanaman dan tuaian padi. Pesta tersebut sering dirai oleh

masyarakat Bidayuh selepas menjalankan aktiviti tanaman dan ‘beruma’ atau menuai padi.

Pada malam Rabu , masyarakat Bidayuh meraikan Pesta Birumuh sempena sambutan

Hari Gawai. Dalam masyarakat Bidayuh, ‘umuh’ bererti padi dan ‘berumuh’ bererti pertanian

padi.

Pesta Birumuh adalah festival budaya untuk meraikan tradisi Bidayuh dalam

penanaman padi. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh beras mempunyai roh atau jiwa

yang harus dihormati. Beras tidak boleh di sia-sia dan pembaziran akan menyinggung

semangat padi dan boleh mempengaruhi hasil tuaian padi berikutnya. Padi juga merupakan

tanda kekayaan seseorang yang akan dijelaskan menerusi jumlah stok beras yang dimiliki.

Page 7: BIDAYUH

Pengenalan

Bagi masyarakat kaum Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang

mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan

bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana buruk. Berikut adalah

dipaparkan adat masyarakat Biadayuh tentang adat kelahiran secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa isteri mengandung, terdapat beberapa pantang larang dan adat yang perlu

diamalkan.Antaranya adalah seperti adat menawar perut, berpantang dan persiapan

menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang ite akan

diadakan untuk menggalakkan anak dalam kandungannya membesar dengan sempurna.

Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas

sahaja bidan tersebut membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu akan dibalut

dengan kain bertujuan untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan

mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling.

Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita

tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan

tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya hendaklah mengamalkan pantang larang

tersebut:-

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.

Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan

menjadi gila dan sukar untuk bersalin.

Si suami dilarang keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau ‘umot

sanja’ yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana risau akan

menjangkiti anak dalam kandungan itu dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan

Page 8: BIDAYUH

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak

yang bakal lahir menjadi sumbing.

Si suami dilarang memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang,

takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Si suami juga dilarang mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri

akan mengalami tumpah darah.

Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak

di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Sekiranya si suami menebang pokok pisang ketika isterinya mengandung ini akan

menyebabkan bayi yang akan lahir itu mati.

Selain itu juga,terdapat banyak lagi pantang larang yang harus diamalkan mengikut

kepercayaan Bidayuh.

Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan

bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi

memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu

mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras

dan satu botol hnb minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin

nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat

untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya.

Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk

membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke

dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat

jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk

dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan

mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak

tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini

diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas

Page 9: BIDAYUH

badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut

berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si

isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-

apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi

serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada

isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si

ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar

dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang

dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu

diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya.

Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk

memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama

dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan

menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan

sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada

minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi,

bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk

mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah

cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

Selepas Lahir

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.

Page 10: BIDAYUH

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan

akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran

anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan

kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah

yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun

dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya

tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu

dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga

bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang

mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak

perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan

digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya

perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah

dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di

dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian

digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga

supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas

upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari

tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik,

dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan

jatuh sakit.

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam

nipah sahaja.

Page 11: BIDAYUH

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah

dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan

dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama

digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si

ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan

juga hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata

umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk

mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah

berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu

bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru.

Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di

dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama

keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk

mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh

menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.

Perkahwinan

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan

menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan

monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu

perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada

keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga

melarang perkahwinan antara sepupu.

Page 12: BIDAYUH

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota

kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah

namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan

keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan

Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan

boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila

seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentua

inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga

mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atau swasta

supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang terlarang,

masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalam kumpulan

Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang

disukainya tanpa mengira asal kaum.

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti

Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan

ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu

merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Bertunang

Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil

yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis

pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besarr dan mewah terutama bagi

anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri

pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah

apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Page 13: BIDAYUH

Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun,

manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan

melantik orang perantaraan perempuan . Antara lain, perantara perempuan tersebut akan

menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan

di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan

tersebut.