bidang tugas pemimpin

17
BUTIRAN TUGAS PESURUHJAYA DAERAH DAN PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA PESURUHJAYA DAERAH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA KAWASAN / NEGERI Fungsi Pesuruhjaya Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Daerah Pengaka di mana perlu, untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan, terutama :- 1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di- dalam daerah dalam bidang-bidang berikut :- a) Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan- kumpulan dan pengurusan peribadi. b) Perkembangan Pergerakan. c) Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan. d) Harta dan pentadbiran. e) Latihan Pemimpin. f) Pentadbiran kakitangan. g) Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap. 2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian didalam Pergerakan Pengakap. 3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka. 4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut. 5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan. 6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di- dalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan. 7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin- Pemimpin Masyarakat amnya. 8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan. 9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat didalam ‘Scouting for Boys’, POR dan Buku Panduan Pengakap. 10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR. terutamanya dengan :- - Tauliah-tauliah - Pangkat-pangkat terhormat. - Pendaftaran kumpulan. - Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa.

Upload: ina-carisma

Post on 16-Feb-2015

194 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Pemimpin

BUTIRAN TUGAS PESURUHJAYA DAERAH DAN PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA

PESURUHJAYA DAERAH

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA KAWASAN / NEGERI

Fungsi Pesuruhjaya Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada PesuruhjayaNegeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Daerah Pengaka dimana perlu, untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan,terutama :-1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di- dalamdaerah dalam bidang-bidang berikut :-a) Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan-kumpulan danpengurusan peribadi.b) Perkembangan Pergerakan.c) Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan.d) Harta dan pentadbiran.e) Latihan Pemimpin.f) Pentadbiran kakitangan.g) Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi mudaberpeluang mengambil bahagian didalam Pergerakan Pengakap.3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikanjawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka.4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut.5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan.6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di- dalamDaerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan.7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakatkhasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin-PemimpinMasyarakat amnya.8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yangdiutamakan.9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yangtercatat didalam ‘Scouting for Boys’, POR dan Buku Panduan Pengakap.10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR. terutamanya dengan :-- Tauliah-tauliah- Pangkat-pangkat terhormat.- Pendaftaran kumpulan.- Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa.- Pingat-pingat dan anugerah-anugerah.11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja ketikaperkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkaratersebut akan dilaporkan kepada Pesuruhjaya berkenaan.

Page 2: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (LATIHAN DEWASA) - PPD(LD)BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :Menasihat, memaju dan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan latihan, polisi-polisi dan latihan-latihan didalam daerah untuk membantu Pesuruhjaya Daerah dalam mencapai objektif-objektif Pengakap Daerah.

TUGAS-TUGAS :1. Menasihat kumpulan dan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan Daerah dalam semua hal-hallatihan.2. Menyokong secara aktif Pasukan Latihan.3. Menyimpan rekod latihan setiap Pemimpin di Daerahnya.4. Memproses dan meluluskan semua permohonan-permohonan untuk menghadiri kursus-kursus LatihanPemimpin.5. Menggalak dan membimbing Pemimpin-pemimpin atas permintaan dan keperluan bagimenyempurnakan Latihan manikayu Peringkat 5 serta mengawasi kemajuannya.6. Menasihat dan membantu daerah, Kumpulan dan Pemimpin-pemimpin Bahagian dalam persediaandan mengedalikan aktiviti-aktiviti latihan.7. Memastikan bahawa Peringkat 3 : Tugas latihan Perkhidmatan dan Teknikal disempurnakan olehsetiap Pemimpin. Kebanyakan latihan ini akan dijalankan oleh Pasukan Latihan Daerah.8. Melatih dan membantu tugasan pembimbing Latihan serta mengkaji semula tugasan dan perlantikanmereka.9. Mengenalpasti syarat-syarat latihan untuk Pemimpin-pemimpin dan pembantu-pembantu di Daerahdan menguruskan aktiviti-aktiviti latihan sebagaimana diperlukan.10. Sentiasa menghadiri dan menpengerusi Pasukan Latihan Daerah serta hadir di dalam mesyuaratmesyuaratPasukan Latihan Negeri.11. Mengambil bahagian sebagai ahli di dalam aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Sumber Daerah, denganmenyediakan input latihan pada temuduga dan kajian-kajian semula berkala.12. Memastikan bahawa dengan menyempurnakan latihan Peringkat 3, Pemimpin-pemimpin telahpunmenguasai pengetahuan dan kefahaman asas-asas berpengakap.13. Sentiasa berhubung dengan bahagian aktiviti-aktiviti individu dan mengekalkan pengetahuanpentadbiran yang terkini serta latihan di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

Page 3: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PROGRAM MUDA-REMAJA) - PPD(PMR)BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN UNTUK MENJALANKAN FUNGSI :

1. Mengetahui kehendak generasi muda (Kanak-Kanak / Muda-Remaja ) dan mempelajari aspirasi /keperluan mereka.2. Kemahiran-kemahiran kreatif.3. Kemahiran-kemahiran untuk mendorong, menyelaras dan mengurus.4. Bekerja dengan harmoni dalam membuat keputusan.5. Latar belakang berpengakap yang teguh, berpengalaman dalam latihan dan Program PembangunanBelia.6. Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam semua sesi latihan belia.

TUGAS-TUGAS :

Tugas seseorang Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program Muda-Remaja) meliputi :-1. Perancangan dan penyelarasan di peringkat daerah dalam semua aspek Program Muda-Remajadalam Pertubuhan Daerah.2. Mewujudkan kesedaran pemimpin-pemimpin daerah, mengenai Program Muda-Remaja dankepentingannya.3. Bekerjasama dengan Penolong Pesuruhjaya Daerah dalam Latihan Pemimpin bagi memastikanJawatankuasa Latihan memenuhi keperluan-keperluan Program Muda-Remaja.4. Sentiasa mengamati dan memajukan semua bahagia Program Muda-Remaja.5. Memastikan program disampaikan kepada tahap kualiti yang memuaskan di setiap unit tempatanDaerah.6. Kepimpinan perjumpaan Jawatankuasa Program Daerah (perjumpaan-perjumpaan dengan BahagianCawangan Penolong Pesuruhjaya Daerah atau wakil-wakil mereka) dan bertanggungjawab untuklatihan serta kemajuan ahli-ahlinya.7. Meneguhkan perpaduan melalui Program Muda-Remaja dengan kerjasama yang padu denganPesuruhjaya-pesuruhjaya Program Daerah yang lain.8. Menjadi ahli yang aktif dalam Jawatankuasa Penerbitan Daerah.9. Mewujudkan perhubungan berterusan dengan semua Penolong Pesuruhjaya Daerah dalam ProgramMuda-Remaja.10. Melaporkan semua program Muda-Remaja kepada Jawatankuasa Eksekutif Daerah.

Page 4: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KANAK-KANAK)-PPD(PKK)BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk membuat promosi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Pengakap Kanak-Kanak(PKK) di dalamDaerah.1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PKK, danberwaspada dengan pengambilan, pelantikan Pemimpin-pemimpin PKK dan kekuatan Pemimpin dalamKumpulan-kumpulan.1.3 Untuk mengawasi program-program dan aktiviti-aktiviti PKK dan mengekalkan PKK dalampergerakannya.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PKK.2.2 Memperkembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk aktiviti-aktiviti PKK dalamDaerah.2.3 Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan peranan PKK, yang membenarkan pertukaran idea yangterbuka dll,Majlis-majlis :- Majlis Kawasan / Negeri PKK.- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PKK.2.4 Dalam mengabungkan dengan Majlis Daerah PKK membina Program Tahunan Daerah, pastikan iamenyediakan aktiviti-aktiviti yang secukupnya untuk mempromosikan kemahiran-kemahiran serta latihanoleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin belia. Pastikan juga acara-acara program mempunyai penglibatanyang maksima dari setiap Pek dalam Daerah.2.5 Atas inisiatif sendiri, adakan lawatan perjumpaan Kumpulan dan Bahagian serta aktiviti-aktiviti yangmana manasabah, dengan tujuan mengadakan hubungan yang erat, membina keinsafan yang mendalampada Daerah serta aktiviti-aktivitinya, dan mendorongkan komunikasi, dan memastikan sokongan Daerahkepada Kumpulan-kumpulan.2.6 Pastikan perkembangan diantara bahagian aktiviti-aktiviti pada peringkat Kumpulan dan Daerah,terutamanya di antara PKK dan PM.2.7 Sediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PKK kepada surat berita Daerah / Negeri, danmenggalakkan Pemimpin-pemimpin PKK untuk berhubung dengan media tempatan (melalui perwakilan PRDaerah jika ia dilantik), pada aktiviti-aktiviti PKK.2.8 Pastikan yang piawaian dikekalkan pada tahap yang mungkin paling tinggi, terutamanya aktiviti-aktivitiyang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.2.9 Galakkan penubuhan dan pengekalan Majlis Kumpulan Enam Sekawan.2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, mengawasi Latihan Progresif pemimpinpemimpindewasa, dan secara aktif memajukan latihan pra-waren, dan penamatan manikayu.2.11 Membantu, sepertimana dikehendaki, dengan latihan pemimpin-pemimpin dewasa.2.12 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, sekadar perlu, melalui perwakilan beruniform, terhadapperkara-perkara berkaitan dengan pengambilan dan pemilihan pemimpin-pemimpin PKK dan penolongpemimpin PKK.2.13 Menyertai dalam anggaran Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.2.14 Menasihat Pesuruhjaya Daerah berkaitan semua perkara berhubung PKK.

3. KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIa) Berminat dan mampu untuk memotivasikan orang lain.b) Komitmen yang kuat terhadap aktiviti-aktiviti PKK.c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.d) Berkemampuan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan dan cadangan- cadangan.3.2 KELAYAKANa) Pemegang Manikayu PKK, dan bersedia untuk menjalani dan menyempurnakan Manikayu Pesuruhjaya.b) Memenuhi kelayakan untuk perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah (PKK) sebagaimanadibuat dalam POR.

Page 5: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP MUDA) - PPD (PM)BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk menaikkan dan menyelaras aktiviti-aktiviti Pengakap Muda (PM) di dalam Daerah.1.2 Untuk memberi sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PM dan berhati-hatiterhadap pengambilan, pemilihan pemimpin-pemimpin PM serta kekuatan-kekuatan Pemimpin dalamkumpulan-kumpulan.1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PM serta pengekalan PM dalam pergerakan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PM.2.2 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk aktiviti-aktiviti PM dalam Daerahdaerah.2.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan peranan PM, yang membenarkan penukaran ideasecara terbuka dan lain-lain,Majlis-majlis :- Majlis Pemimpin / Negeri PM- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PM2.4 Berhubung dengan Pesuruhjaya, Pengerusi Program Daerah PM dalam memajukan program tahunanDaerah, serta menyediakan aktiviti-aktiviti yang cukup untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran danlatihan ahli-ahli dan Pemimpin-pemimpin.2.5 Pastikan aktiviti-aktiviti yang diprogramkan mempunyai penglibatan yang maksima dari setiap kumpulandalam Daerah.2.6 Atas daya usaha sendiri melawat kumpulan dan mesyuarat-mesyuarat kumpulan serta aktiviti-aktivitisemungkin yang boleh, dengan tujuan merapatkan hubungan dan mengembangkan kesedaran yang kukuhterhadap Daerah serta aktiviti-aktivitinya, dan memastikan Daerah memberi sokongan kepada kumpulankumpulan.2.7 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti Pengakap pada tahap Kumpulan, Daerah dan Negeri, terutamaantara Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.2.8 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Pengakap kepada surat siaran Daerah / Negeri /Negara, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin Pengakap berhubung dengan media tempatan (melaluipewakilan-pewakilan PR Dearah, jika dilantik ) terhadap aktiviti-aktiviti Pengakap.2.9 Pastikan taraf di kekalkan pada tahap yang tertinggi terutama aktiviti-aktiviti yang ada kaitan denganaktiviti-aktiviti luar.2.10 Galakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Patrol Kumpulan.2.11 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus keseluruhan Latihan ProgresifPemimpin-pemimpin Dewasa, dan secara aktif memajukan latihan pra-tauliah, dan menyempurnakanmanikayu.2.12 Membantu, sebagaimana dikehendaki, dengan latihan Pemimpin-pemimpin Dewasa.2.13 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, seperti yang diperlakukan, melalui perwakilan yangberseragam, atas perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan dan pemilihan Pemimpin-pemimpinPengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap.2.14 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.

3. KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIa) Bersemangat dan berkebolehan memotivasi termasuk mengubah sikap Muda-Remaja.b) Komitmen yang kuat dan mempunyai tanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dan Muda-Remaja pada semua tahap danbahagian.d) Mempunyai ilmu kepengakapan dan sanggup berkhidmat dengan sukarela kepada masyarakat terutamasekali Muda-Remaja.e) Berminat terhadap aktiviti Pengakap.f) Mempunyai rasa kepuasan hati terhadap kerja.

3.2 KELAYAKANa) Memegang manikayu bahagian Pengakap Muda dan bersedia untuk menjalankan serata menamatkanmanikayu Pesuruhjaya dalam tempoh 12 bulan.b) Mempunyai kelayakan yang boleh dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah sebagaimanaterkandung dalam POR.

Page 6: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP REMAJA) - PPD (PR)BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk membantu Pesuruhjaya Daerah atas perkara-perkara berkaitan dengan unit Pengakap Remaja(PR).1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PR.1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PR dan pengekalan PR dalam pergerakan, dankekuatan Pemimpin dalam kumpulan-kumpulan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Menggalakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Daerah PR.2.2 Memastikan bahawa taraf dan latihan dikekalkan pada tahap yang tertinggi, terutamanya aktiviti-aktivitiyang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi.2.3 Sebagai Pengerusi Majlis Daerah PR secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkaraberkaitan dengan aktiviti-aktiviti.2.4 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang, untuk aktiviti-aktiviti PR dengan Daerah.2.5 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah / Negeri berkaitan dengan peranan PR,majlis-majlis :-- Majlis Negeri PR.- Majlis Pesuruhjaya Daerah.2.6 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti Daerah, Kumpulan dan Unitsemungkin boleh dengan hasrat dapat berhubung, mengembangkan kesedaran terhadap Daerah danaktiviti-aktiviti, menggalakkan komunikasi dan memastikan sokongan Daerah kepada kumpulan-kumpulan.2.7 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PR kepada surat berita Daerah / Negeri, danmenggalakkan Pemimpin-pemimpin PR untuk berhubung dengan media tempatan dalam aktiviti-aktiviti PR.2.8 Membantu sebagaimana dikehendaki dengan latihan Pemimpin Dewasa.2.9 Menjadi ahli Jawatankuasa Sumber Pengakap Daerah.2.10 Mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan belanjawan Daerah dankeperluan-keperluan pengurusan.

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIa) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.b) Komitmen yang kuat kepada aktiviti-aktiviti PR.c) Kebolehan berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.d) Dapat bekerja secara harmoni dengan Pemimpin-pemimpin.

3.2 KELAYAKAN

a) Pemegang manikayu PM atau PR dan bersedia untuk menjalankan serta menyempurnakan manikayuPesuruhjaya dalam masa dua belas (12) bulan.b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Pemimpin PR Daerah, sebagaimana terkandung dalam POR.c) Pemimpin yang benar-benar berminat sahaja.

Page 7: Bidang Tugas Pemimpin

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KELANA) - PPD (PK) BERTANGGUNGJAWABKEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

INGATAN : Perlantikan untuk jawatan ini hanya patut dibuat dalam Daerah yang terdapat tiga atau lebihKrew Kelana.

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk mempromosikan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah.1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Krew Kelana Daerah.1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti Kelana, berhubung dengan Daerah dan/atauMajlis Kelana Negeri, dan pengekalan Kelana dalam pergerakan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Kelana.2.2 Berhubung dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, pastikan bahawa kemajuan dan pengekalantaraf Kelana dalam Daerah ditubuh dan dijaga.2.3 Mengembang objektif jangka pendek dan panjang, berhubung dengan Krew Kelana dalam Daerah,untuk semua aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah.2.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah dan Negeri berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Kelana.2.5 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti Daerah dan Krew, sertamelawat mesyuarat-mesyuarat dan Krew apabila dijemput.2.6 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti antara bahagian pada tahap Krew dan Daerah, terutama antaraPengakap Remaja dan Kelana.2.7 Galakkan secara aktif Kelana yang sesuai, untuk menamatkan latihan Kelana mereka, unutk menjadiPemimpin Dewasa dalam pergerakan.2.8 Pastikan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Kelana disediakan kepada surat berita Negeri / Negara,galakkan Krew Kelana untuk berhubung dengan media tempatan, dalam aktiviti-aktiviti Kelana.2.9 Pastikan bahawa taraf dikekalkan pada tahap yang tertinggi, terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitandengan aktiviti-aktiviti luar.2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus keseluruhan Latihan Progresifuntuk Penasihat-penasihat Kelana dan Pemimpin-pemimpin Krew, dan secara aktif mempromosikan latihanPra-waran, dan penamatan Manikayu.2.11 Membantu dalam pengambilan Penasihat-penasihat Kelana.2.12 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah keperluan-keperluan pengurusan.2.13 Menasihat Pesuruhjaya Daerah atas semua perkara-perkara berkaitan dengan Kelana.

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIa) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.b) Komitmen yang kuat kepada falsafah dan aktiviti-aktiviti Kelana.c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.d) Kebolehan untuk bekerja secara harmoni dengan semua Pemimpin-pemimpin.e) Kebolehan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan-laporan dan cadangan-cadangan.3.2 KELAYAKANa) Pemegang Manikayu Kelana, dan bersedia untuk menjalani serta menyempurnakan ManikayuPesuruhjaya.b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Penasihat Kelana Daerah sebagaimana terkandung dalam POR.c) Sesuai kepada apa-apa kehendak oleh Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri.

Page 8: Bidang Tugas Pemimpin

BUTIRAN TUGAS UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN UNIT

PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAKBERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

1. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

1.1PROGRAM PENGAKAP KANAK-KANAK

ı a) Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakan.ı b) Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek.ı c) Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawabmereka.ı d) Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan.ı e) Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak(PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran-kemahiranbersesuaian kepada Skim Anugerah.ı f) Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap)mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain.ı g) Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi.ı h) Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuaidalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program.ı i) Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar-pengajar PKK mempunyai danmelaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan dirimereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan.ı j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalamPKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan merekadalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan.ı k) Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian-bahagian Pengakap dan menggalakkankemajuan individu melalui semua bahagian.ı l) Memperkembangkan persefahaman dan pengetahuan dalam semua bahagian.ı m) Menyokong semua Daerah / Negeri mengendalikan aktiviti-aktiviti.

1.2PERJUMPAAN-PERJUMPAAN

Sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan berikut :-ı a) Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Pek termasuk Majlis Pek.ı b) Perjumpaan-perjumpaan Rancangan Program Pek.ı c) Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.ı d) Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.ı e) Perjumpaan-perjumpaan rancangan lain seperti untuk rancangan Kumpulan / Daerah / Negeri.

1.3PENGURUSAN

ı a) Pastikan bahawa rekod yang cukup dan betul disimpan berkaitan dengan Keahlian Pek (butiranperibadi dan kemajuan Skim Anugerah), kewangan dan kelengkapan.ı b) Pastikan butiran Keahlian Belia dimajukan kepada bahagian Pengakap.ı c) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program,kemajuan Skim Anugerah dankeahlian Pek.ı d) Pastikan pengurusan yang betul tentang aktiviti-aktiviti Pek termasuk penyimpanan borang-borangpermohonan berkaitan dengan polisi pertubuhan, dan memperolehi kebenaran yang berkaitan untukaktiviti-aktiviti dan perkhemahan.ı e) Pastikan pengendalian kelengkapan Pek.

2. KELAYAKAN-KELAYAKAN :

2.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIı Dapat menunjukan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh peribadi dan galakan.2.2 KELAYAKANı a) Umur tidak kurang dari 20 tahun.ı b) Memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam POR.ı c) Pengetahuan dalam "Pengakap untuk Kanak-Kanak", POR dan Buku Program PKK.ı d) Bersedia untuk menyempurnakan Manikayu PKK.INGATAN : Pek campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorang

Page 9: Bidang Tugas Pemimpin

Pemimpin wanita.

PEMIMPIN PENGAKAP MUDABERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Bertanggungjawab untuk semua aktiviti-aktiviti dalam bahagian Pengakap Muda (PM).1.2 Untuk menggalakkan, melalui contoh, program dan aktiviti-aktiviti untuk memajukan PM, dan KemajuanPM ke dalam peralihan Unit Pengakap Remaja.

1.3 Untuk membantu dan membimbing dalam latihan Pen. Pemimpin PM.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 PROGRAM TRUP ‘TROOP’ı a) Menetapkan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh dan galakan peribadi.ı b) Menubuh dan mengekalkan pelaksaan sistem berpatrol dalam Trup.ı c) Menggalakkan, mengarah dan membantu Ketua2 Patrol dalam tanggungjawab mereka.ı d) Memastikan Majlis Trup berfungsi secara efektif.ı e) Mengadakan atau menyiapkan untuk arahan, bantuan dan peperiksaan PM dalam kemahirankemahiransesuai kepada Program Trup dan Patrolnya. Terutamanya dalam topik kemahiran bersesuaiandengan Skim Latihan PM.ı f) Dalam kerjasama dengan Ketua2 Patrol untuk merancang, menganjur dan mengadakan Program Truptermasuk perjumpaan-perjumpaan Trup pada hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti PerkhemahanTrup dan Patrol, mengembara dan lawatan.ı g) Memastikan penyeliaaan dan peyertaan dewasa dalam perkhemahan Patrol dan aktiviti Patrol adalahmencukupi.ı h) Mengeratkan hubungan yang ramah dengan ibubapa dengan penglibatan yang sesuai dalam aktivitiaktivitiTrup dan menerangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program yangdijalankan.ı i) Memastikan Pen. Pemimpin PM mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalampelbagai aspek program Trup dan melibatkan mereka sebagai ahli yang penting di Pasukan Kepimpinan.ı j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani PMdengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuanmereka dalam Skim Latihan PM, dan menceburi dalam peluang-peluang kepimpinan.ı k) Memupuk kerjasama yang bertaraf tinggi dengan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Remaja danmenggalak kemajuan individu melalui bahagian ini.1.2 PERJUMPAAN-PERJUMPAANMenghadiri dan melibatkan secara aktif dalam perjumpaan-perjumpaan berikut :-ı a) Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Trup dan patrol termasuk Majlis Trup.ı b) Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.ı c) Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.ı d) Perjumpaan-perjumpaan tergempar seperti untuk merancang program atau aktiviti-aktiviti.1.3 PENGURUSANı a) Mengemaskini rekod dengan tepat dan lengkap untuk disimpan termasuk yang berkaitan dengankeahlian Trup ( butiran peribadi dan kemajuan Skim Latihan PM ), kewangan dan kelengkapan.ı b) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, kemajuan Skim Latihan PM dankeahlian Patrol.ı c) Memastikan pengurusan yang betul bagi aktiviti-aktiviti Patrol termasuk pengisian borang-borangyang sesuai mengikut polisi pertubuhan, serta memperolehi kebenaran tertentu untuk aktiviti-aktiviti danperkhemahan.ı d) Memastikan kelengkapan Trup dan Patrol dikekalkan.ı e) Menyelaraskan hubungan antara bahagian-bahagian dengan Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak,Pemimpin Pengakap Remaja dan Pemimpin Kumpulan.

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :

2.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIı a) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.ı b) Kebolehan mengekalkan tahap tingkahlaku yang tinggi menerusi contoh dan penampilan peribadi.2.2 KELAYAKANı a) Umur tidak kurang dari 20 tahun.ı b) Memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh POR.ı c) Mempunyai pengetahuan asas dalam "Pengakap untuk kanak-kanak", POR dan buku programLatihan PM.INGATAN : Unit campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorang

Page 10: Bidang Tugas Pemimpin

Pemimpin wanita.

PEMIMPIN PENGAKAP REMAJABERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :1.1 Bertanggungjawab untuk semua aktiviti-aktiviti dalam Unit Pengakap Remaja (PR).1.2 Untuk meningkatkan aktiviti, pertumbuhan PR dan kemajuan PR dalam Pengakapan.1.3 Untuk membantu dalam Latihan Pen. Pemimpin PR.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :2.1 PROGRAM UNITı a) Mengekalkan tingkahlaku pada tahap yang tinggi menerusi contoh dan penampilan imej peribadi.ı b) Menubuh, menggalakkan dan mengekalkan fungsi Majlis Kumpulan.ı c) Menggalakkan, mengarah dan membantu Majlis Kumpulan dalam menjalankan tanggungjawabmereka.ı d) Memastikan Majlis Kumpulan berfungsi secara efektif.ı e) Membantu Majlis Kumpulan dalam melaksanakan ujian Lencana Tertinggi PR.ı f) Mengendali dan mengadakan program unit seperti yang dirancangkan dalam Majlis Kumpulan.ı g) Memastikan penyeliaan keselamatan yang sesuai sesuatu aktiviti.ı h) Membentuk hubungan yang ramah dengan ibubapa, serta libatkan mereka dalam mana-mana aktivitiyang sesuai dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan serta tujuan program dijalankan.ı i) Memastikan Pen. Pemimpin PR dapat memikul tanggungjawab sebagai ahli penting dalam PasukanKepimpinan.ı j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kemajuan peribadi PR dengan menggalakkanpenglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti mencabar.ı k) Memastikan kerjasama pada tahap yang tinggi dengan Unit Pengakap Muda dan Krew Kelana.ı l) Untuk mempromosi Pengakapan dalam komuniti secara aktif.2.2 PERJUMPAAN-PERJUMPAAN / AKTIVITI-AKTIVITIı a) Menghadiri perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Unit PR termasuk Majlis Kumpulan.ı b) Menghadiri perjumpaan Majlis PR Daerah.ı c) Menghadiri perjumpaan-perjumpaan tergempar yang ada kaitan dengan takwim Daerah dan Negeri2.3 PENTADBIRANı a) Memastikan rekod yang lengkap, tepat dan disimpan termasuk butiran keahlian unit, kemajuanlencana, kewangan dan kelengkapan.ı b) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, keahlian unit dan kemajuan dalamSkim Latihan PR.ı c) Memastikan pentadbiran aktiviti-aktiviti unit betul termasuk pendaftaran keahlian, borang-borangmengikut polisi pertubuhan, aktiviti-aktiviti unit dan memperolehi kebenaran yang perlu (contohnya daripadaJabatan-jabatan Kerajaan) dan kelulusan perkhemahan.ı d) Memastikan kelengkapan unit dikekalkan.2.4 KELAYAKAN-KELAYAKANı a)KUALITI-KUALITI PERBADIi) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.ii) Kebolehan mengekalkan tahap tingkahlaku yang tinggi menerusi contoh dan penampilan peribadi.ı b) KELAYAKANi) Umur tidak kurang dari 20 tahun.ii) Memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh POR.iii)Mempunyai pengetahuan asas dalam "Pengakap untuk kanak-kanak", POR dan buku program LatihanPM.INGATAN : Unit campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorangPemimpin wanita.

Page 11: Bidang Tugas Pemimpin

PENASIHAT PENGAKAP KELANABERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / KREW KELANA(Dalam Kumpulan Krew)PESURUHJAYA DAERAH / KREW KELANA(Dalam Krew Daerah)

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :1.1 Untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti Kelana pada tahap Kumpulan.1.2 Untuk menggalakkan peningkatan Pengakap Remaja Kepada Pengakap Kelana (PK).1.3 Untuk menggalakkan kemajuan setiap individu Kelana dalam Krew.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :2.1 Menasihat dan membantu Krew seperti dikehendaki dalam rancangan organisasinya danmengendalikan aktiviti-aktiviti Krew.2.2 Seperti yang dikehendaki, menasihat Kelana dalam kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikutProgram Krew dan Skim Anugerah, dan / atau mengenalpasti pengajar / penasihat yang berkelayakan.2.3 Menggalakkan dan menasihat Kelana dalam kemajuan mereka dalam Skim Anugerah.2.4 Pastikan kerjasama yang tinggi tahapnya dengan bahagian lain, terutamanya bahagian PengakapRemaja, dan galakan Pengakap Remaja untuk meningkat kepada PK, dan Kelana sesuai kepada perananPemimpin Dewasa.2.5 Dengan contoh peribadi tetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya.2.6 Menghadiri semua perjumpaan-perjumpaan Krew dan Daerah dan / atau Majlis Kelana Negeri sepertidikehendaki.2.7 Gambarkan keseluruhan dan menasihat Krew tentang keperluan-keperluan pentadbiran yang betul

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADIı a) Kebolehan menetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya melalui contoh dan galakan peribadi.ı b) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.ı c) Mempunyai Komitmen yang kuat kepada falsafah dan aktiviti-aktiviti Kelana.3.2 KELAYAKANı a) Umur tidak kurang dari 24 tahun.ı b) Sesuai untuk mana-mana keperluan tambahan yang ditetapkan oleh Krew.ı c) Mempunyai pengetahuan asas tentang Pengakap untuk Muda-remaja, ‘ROVERING TO SUCCESS’,Buku Panduan Kelana dan lain-lain penerbitan berkaitan Kelana.ı d) Bersedia untuk menyempurnakan Manikayu Pengakap Kelana.