bidang kerjaya.doc

14
BIDANG KERJAYA Memahami Jenis-Jenis Kerjaya Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama: 1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Bidang saintifik/perubatan 4. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang keusahawanan 8. Bidang perkhidmatan Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan: 1. Kewangan/Perniagaan (Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai) Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai bank Pemerosesan data Penganalisis data dan lain-lain 2. Penulisan dan Komunikasi (Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni ) Wartawan Editor Jurubahasa Penterjemah Penerbit rancangan radio/televisyen Pengacara radio/televisyen Penulis skrip Perunding komunikasi

Upload: rafiahali78

Post on 22-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIDANG KERJAYA.doc

BIDANG KERJAYA

Memahami Jenis-Jenis KerjayaSecara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah2. Bidang penulisan dan komunikasi3. Bidang saintifik/perubatan4. Bidang perkeranian dan pentadbiran5. Bidang seni reka dan kreatif6. Bidang teknikal7. Bidang keusahawanan8. Bidang perkhidmatanBidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)Pentadbiran dan pengurus bankPerancang dan pengurus kewanganPengurus dan agen insuransEksekutif jualan dan pemasaranPengurus pengiklananEksekutif akaunAkauntan/juruauditAktuariPegawai bankPemerosesan dataPenganalisis datadan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)WartawanEditorJurubahasaPenterjemahPenerbit rancangan radio/televisyenPengacara radio/televisyenPenulis skripPerunding komunikasidan lain-lain

3. Perubatan/Sains(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)Doktor haiwanJururawat

Page 2: BIDANG KERJAYA.doc

Pembantu makmal/pembantu perubatanJuru radiologiAhli farmasiJuru terapiSaintisAhli biologi/kimiaPakar nuklearAhli geologi/geofizikdan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)Pengurus perjawatanPegawai sumber manusiaPegawai tadbirPembantu undang-undangKeraniSetiausahadan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)PelukisPelukis grafik/batikPereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainyaPereka bentuk dalamanJurugambarJuru solekdan lain-lain

6. Teknikal(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)ArkitekPerancang Bandar dan WilayahJuruteknikJuruukurMekanikJurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)Pakar rundingDan lain-lain

7. Keusahawanan(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)Perniagaan runcitPerusahaan Kilang PemborongKontraktorPengusaha hotelPerusahaan bengkel

Page 3: BIDANG KERJAYA.doc

Perusahaan butikdan lain-lain

8. Perkhidmatan(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)pensyarah/guruPustakawanPegawai Perhubungan AwamPeguam/pendakwaraya/hakimPolis/askarPemandu pelancongKaunselorPramugari/pramugaraTukang masak profesionaldan lain-lain

Bidang-bidang lain:

SAINS AKTUARIPerkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:1. Meminati bidang ini.2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan      ekonomi.3. Mahir di bidang komputer4. Mempunyai kemahiran menganalisis..

ARKITEK

TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang

Page 4: BIDANG KERJAYA.doc

dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir.

SYARAT-SYARATSekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain. Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

BIOPERUBATAN

Page 5: BIDANG KERJAYA.doc

BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains

Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.

Page 6: BIDANG KERJAYA.doc

Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh

Page 7: BIDANG KERJAYA.doc

Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

DIETETIK

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains

Page 8: BIDANG KERJAYA.doc

Kementerian Pendidikan. Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi.Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.

KEDOKTORAN VETERINAR

Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.

Syarat Melanjutkan PengajianCara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.

Page 9: BIDANG KERJAYA.doc

JURUTERBANG

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.4. Boleh berkomunikasi dengan baik.5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.

Syarat Mengikuti Latihan Penerbanganuntuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.Tempat Mengikuti Latihan PenerbanganTerdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Page 10: BIDANG KERJAYA.doc

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

SAINS NUKLEAR

Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri.Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest