bhg c

1
SHAH ALAM,6 Mei – Sekolah Kebangsaan Seksyen 9(SKS9) telah berjaya mengalahkan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik (SKBA) dalam pertandingan akhir pantun peringkat daerah pada pagi ini. Pertandingan diadakan di Dewan Besar SKS9. Kemenangan itu berkat kesungguhan guru yang mengajar mereka di luar waktu persekolahan. Pemantun SKS9 terdiri daripada Nadia Ahmad,Zambri Yusuf,dan Lim Ah Lek. Mereka telah dibimbing oleh Cikgu Helmi bin Manaf. Nadia Ahmad telah diumumkan sebagai pemantun terbaik. Mengulas tentang kejayaan itu , Nadia melahirkan rasa gembira. Sejak awal pertandingan, pemantun SKBA telah menunjukkan kehebatannya dalam menyediakan pantun-pantun yang bernas dan yakin akan kebolehan diri sendiri. “Saya puji akan sikap pemantun dari sekolah kita. Mereka bersungguh-sungguh ketika menyediakan pantun yang bermutu. Malah, mereka saling membantu sesama ahli pasukan,” kata Cikgu Helmi. Hasil kemenangan itu, pasukan SKS9 telah berjaya membawa pulang wang tunai RM250.00, piala pusingan dan hamper. Hasil perbincangan ahli kumpulan ,mereka bersetuju untuk menyerahkan wang tersebut kepada pusat sumber sekolah agar pusat sumber dapat menambah buku rujukan. Sebagai ketua pasukan, Nadia Ahmad mahu ahli pasukannya terus berusaha lebih semangat tanpa mengenal putus asa untuk mewakili daerah dalam pertandingan yang sama di peringkat negeri.

Upload: ahmadzaharah

Post on 12-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SHAH ALAM,6 Mei Sekolah Kebangsaan Seksyen 9(SKS9) telah berjaya mengalahkan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik (SKBA) dalam pertandingan akhir pantun peringkat daerah pada pagi ini

SHAH ALAM,6 Mei Sekolah Kebangsaan Seksyen 9(SKS9) telah berjaya mengalahkan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik (SKBA) dalam pertandingan akhir pantun peringkat daerah pada pagi ini. Pertandingan diadakan di Dewan Besar SKS9. Kemenangan itu berkat kesungguhan guru yang mengajar mereka di luar waktu persekolahan.

Pemantun SKS9 terdiri daripada Nadia Ahmad,Zambri Yusuf,dan Lim Ah Lek. Mereka telah dibimbing oleh Cikgu Helmi bin Manaf. Nadia Ahmad telah diumumkan sebagai pemantun terbaik. Mengulas tentang kejayaan itu , Nadia melahirkan rasa gembira. Sejak awal pertandingan, pemantun SKBA telah menunjukkan kehebatannya dalam menyediakan pantun-pantun yang bernas dan yakin akan kebolehan diri sendiri.

Saya puji akan sikap pemantun dari sekolah kita. Mereka bersungguh-sungguh ketika menyediakan pantun yang bermutu. Malah, mereka saling membantu sesama ahli pasukan, kata Cikgu Helmi.

Hasil kemenangan itu, pasukan SKS9 telah berjaya membawa pulang wang tunai RM250.00, piala pusingan dan hamper. Hasil perbincangan ahli kumpulan ,mereka bersetuju untuk menyerahkan wang tersebut kepada pusat sumber sekolah agar pusat sumber dapat menambah buku rujukan.

Sebagai ketua pasukan, Nadia Ahmad mahu ahli pasukannya terus berusaha lebih semangat tanpa mengenal putus asa untuk mewakili daerah dalam pertandingan yang sama di peringkat negeri.