bhg 1, 2, 3, dan 4

15
Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3 Modul Literasi Asas 3 disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran asas literasi dalam Bahasa Malaysia sekolah rendah. Modul ini juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid yang kurang berupaya menguasai asas literasi dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam modul ini dilaksanakan dengan mengambil kira kemampuan murid asas tiga, supaya aktiviti dapat dilaksanakan secara berkesan, aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai. Modul Literasi Asas 3 ini memberi fokus kepada pelbagai deria berdasarkan pendekatan VAK iaitu penglihatan (Visual), pendengaran (Auditori) dan pergerakan (Kinestetik). Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini memberi penekanan kepada peningkatan pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran, kinestetik dan sentuhan melalui koordinasi otak, mata dan tangan. Walau bagaimanapun, penekanan kepada penguasaan kemahiran menyebut, membaca dan menulis serta aktiviti latih tubi masih diutamakan bagi membolehkan murid menguasai asas literasi bahasa. 2 PENGENALAN

Upload: fiona-dan-lanz

Post on 05-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

linous

TRANSCRIPT

Page 1: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

Modul Literasi Asas 3 disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk

membantu guru mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran asas literasi dalam

Bahasa Malaysia sekolah rendah. Modul ini juga mencadangkan pelbagai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang

kepada murid yang kurang berupaya menguasai asas literasi dengan menggunakan

kaedah yang lebih berkesan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disarankan

dalam modul ini dilaksanakan dengan mengambil kira kemampuan murid asas tiga,

supaya aktiviti dapat dilaksanakan secara berkesan, aktif dan menyeronokkan

dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

Modul Literasi Asas 3 ini memberi fokus kepada pelbagai deria berdasarkan

pendekatan VAK iaitu penglihatan (Visual), pendengaran (Auditori) dan pergerakan

(Kinestetik). Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini memberi penekanan

kepada peningkatan pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran, kinestetik dan

sentuhan melalui koordinasi otak, mata dan tangan. Walau bagaimanapun,

penekanan kepada penguasaan kemahiran menyebut, membaca dan menulis serta

aktiviti latih tubi masih diutamakan bagi membolehkan murid menguasai asas literasi

bahasa.

Modul ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian 1; Program Literasi

Secara Umum dan Literasi Asas 3. Bahagian 2; Senarai Kemahiran Asas 3.

Bahagian 3; Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dan Bahagian 4; Modul

Pengajaran Literasi Asas 3.

Modul ini juga mencadangkan beberapa konsep, pendekatan serta teknik

yang boleh di gunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru

digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi untuk mengubah suai aktiviti tersebut

2

PENGENALAN

Page 2: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

supaya bersesuaian dengan tahap kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

1.0 DEFINISI LITERASI

Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan

memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan

menggunakan kata hubung `dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan

tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti

Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa

Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun

mengikuti program LINUS.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM LITERASI

Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan murid berupaya:

i. Membaca, mencerakin, membina dan menulis perkataan daripada

suku kata terbuka dan suku kata tertutup;

ii. Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal

berganding;

iii. Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan

konsonan bergabung;

3

BAHAGIAN 1

APAKAH PROGRAM LITERASI?

Page 3: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

iv. Membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan

akhiran; serta

v. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk

dengan menggunakan kata hubung yang mudah seperti ‘dan’, ‘tetapi’,

dan ‘kerana’.

4.0 OBJEKTIF LITERASI ASAS 3

Pada akhir Program Literasi Asas 3 murid berupaya:

i. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang

mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;

ii. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang

mengandungi diftong dan vokal berganding;

iii. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang

mengandungi digraf, konsonan bergabung;

iv. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang

mengandungi diftong, dan vokal berganding yang mengandungi dua

atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;

v. menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan

awalan dan berimbuhan akhiran yang mengandungi dua atau tiga suku

kata terbuka dan suku kata tertutup;

vi. menyebut, membaca, membina dan menulis ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan kata hubung `dan’, `tetapi’, dan `kerana’; serta

vii. menyebut, membaca, membina dan menulis ayat berdasarkan bahan

rangsangan.

5.0 FOKUS LITERASI ASAS 3

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Program LINUS, murid berupaya

memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan

menguasai kemahiran asas bahasa Malaysia serta berkomunikasi secara baik

4

Page 4: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran di dalam kelas arus

perdana.

Sehubungan dengan itu, pendekatan VAK dan kesepaduan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dalam Modul Literasi Asas 3.

5.1 Pendekatan VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan (Visual), pendengaran

(Auditori), dan pergerakan (Kinestetik). Dalam kaedah ini murid melihat,

mendengar, menyebut dan melakukan tindak balas berikut:

melihat huruf (visual)

mendengar sebutan guru (auditori)

menyebut huruf (auditori)

melakukan pergerakan fizikal dan sentuhan (kinestetik)

5.2 Kesepaduan Pengajaran dan Pembelajaran Literasi

Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa unsur berikut

disepadukan:

i. Ansur maju

Ansur maju menekankan perkembangan pembelajaran murid

iaitu daripada yang mudah kepada sukar, daripada yang konkrit

kepada abstrak, daripada pengetahuan sedia ada kepada

pengetahuan baharu dan daripada perkara yang dekat kepada

yang jauh.

ii. Didik hibur

Didik hibur merupakan elemen keseronokan yang dapat

memotivasikan murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan mestilah yang dapat

memberikan cabaran kepada murid, menimbulkan rasa ingin

tahu, membenarkan murid menguasai apa yang dilakukannya,

menggalakkan daya imaginasi murid, mewujudkan situasi

pertandingan tanpa disedari, menggalakkan kerjasama sasama

5

Page 5: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

murid dan menghargai keupayaan murid. Antara aktivit yang

boleh dijalankan adalah seperti permainan bahasa, kuiz,

nyanyian serta penggunaan bahan yang menarik.

iii. Pengabungjalinan antara kemahiran

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua

kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan

dengan kemahiran menulis atau kemahiran membaca

digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.

iv. Pengulangan

Aktiviti dan kemahiran menyebut, membaca dan menulis perlu

diulang-ulang untuk membolehkan murid mudah mengingatinya.

v. Pengajaran secara berkumpulan dan individu

Pengajaran dilaksanakan secara bimbingan individu (individual

coaching) atau kumpulan kecil.

vi. Pengayaan dan pemulihan

Aktiviti pengayaan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran

yang sudah dikuasai manakala aktiviti pemulihan dilaksanakan

kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut.

vii. Pengajaran berasaskan keupayaan individu

Pengajaran berasaskan keupayaan individu dilaksanakan

setelah mengambil kira kelemahan dan kekuatan pada diri

murid.

viii.Latih tubi

Latih tubi kemahiran dilaksanakan untuk menambah baik

penguasaan murid.

6

Page 6: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

Kemahiran Asas 3 adalah seperti yang berikut:

1.0 Perkataan Suku Kata Terbuka

1.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.

1.2 Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka.

1.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan

suku kata terbuka.

1.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata

terbuka.

2.0 Perkataan Suku Kata Tertutup

2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

2.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata

tertutup.

2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan

suku kata tertutup.

2.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku

kata tertutup.

3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding

3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

7

BAHAGIAN 2

APAKAH KEMAHIRAN ASAS 3?

Page 7: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

4.0 Perkataan Digraf dan Konsonan Bergabung

4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

4.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

4.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

4.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

5.0 Perkataan Berimbuhan Awalan dan Berimbuhan Akhiran

5.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan

dan berimbuhan akhiran.

5.2 Membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan

akhiran.

5.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan

berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.

5.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan

berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.

6.0 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.

6.1 Membaca dan memahami ayat tunggal.

6.2 Membina dan menulis ayat tunggal.

6.3 Membaca dan memahami ayat majmuk.

6.4 Membina dan menulis ayat majmuk.

6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.

6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

8

Page 8: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

1.0 PENDEKATAN VAK

Kaedah Penggunaan Pelbagai Deria (VAK) digunakan sebagai rangsangan

terhadap pelbagai deria murid. Oleh itu, Modul Asas Literasi Asas 3

menggunakan pendekatan berikut:

1.1 Penglihatan (visual)

Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang bergerak

atau suku kata yang berwarna-warni yang disokong oleh bunyi sebutan

menggunakan bahan teknologi komunikasi maklumat (TMK). Contoh-

contoh aktiviti penglihatan ialah:

memerhati

melihat

menggambarkan

melukis

menulis

membuat kolaj

1.2 Pendengaran (auditori)

Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakan mulut guru. Murid

menyebut perkataan tersebut. Contoh-contoh aktiviti pendengaran

ialah:

mendengar rakaman

mendengar sebutan

menyebut semula

mengecam bunyi

mengambil imlak

9

BAHAGIAN 3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 9: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

1.3 Pergerakan (kinestetik)

Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid belajar sambil bermain,

belajar sambil menyanyi serta bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh

aktiviti pergerakan ialah:

main peranan (lakonan)

permainan

aktiviti luar bilik darjah

mereka cipta

simulasi

nyanyian dan gerakan

2.0 TEKNIK

Teknik pengajaran merupakan suatu cara yang digunakan untuk

menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa

digunakan ialah:

2.1 Main peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah

atau peristiwa yang dianggap penting.

2.2 Permainan bahasa

Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa

melalui teknik permainan seperti teka silang kata dan sahibba.

2.3 Latih tubi

Latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau

kecekapan yang dipelajari.

10

Page 10: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

2.4 Bercerita

Bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa melalui

kawalan nada suara, mimik muka serta berbantukan alatan yang bersesuaian.

2.5 Kuiz bahasa

Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan

pemahaman murid tentang sistem bahasa melalui pertandingan.

2.5 Sumbang saran

Sumbang saran merupakan percambahan fikiran yang memerlukan

setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea.

2.6 Soal jawab

Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab

soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.

2.7 Simulasi

Simulasi ialah melakonkan satu situasi yang hampir menyerupai

keadaan sebenar secara berkumpulan atau secara individu.

3.0 KEPELBAGAIAN SUMBER BAHAN

Kreativiti guru mengggunakan penggunaan pusat sumber sekolah dan

komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Program

Literasi. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus

dan internet boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

11

Page 11: Bhg 1, 2, 3, dan 4

Modul Pengajaran Literasi Program LINUS Asas 3

Modul Literasi Asas 3 dihasilkan untuk membimbing guru menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran (p&p) menggunakan pendekatan VAK. Modul ini

dibahagikan kepada 6 unit berdasarkan senarai kemahiran literasi asas 3. Untuk

memudahkan guru, setiap unit mengandungi objektif, kemahiran dan strategi

pengajaran dan pembelajaran. Setiap p&p akan dinyatakan pendekatan VAK

manakah yang diberikan fokus iaitu sama ada visual, auditori ataupun kinestetik.

Selain itu, ikon berikut turut disertakan agar guru sentiasa dapat memberikan fokus kepada pendekatan VAK dalam p&p literasi asas 3.

12

BAHAGIAN 4

MODUL LITERASI ASAS 3

kinestetikkinestetik

auditoriauditori

visualvisual