beruang hitam diperdaya musang

18
DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: NORANISA BT ARIF NORANISA BT ARIF 870422-01-5336 870422-01-5336 PPG PRA PPG PRA

Upload: kobri-umi

Post on 18-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

STUDENT WORK

TRANSCRIPT

  • DISEDIAKAN OLEH:NORANISA BT ARIF870422-01-5336PPG PRA

  • Pada suatu hari, salji telah turun denganlebat. Seluruh kawasan telah diliputi dengansalji dan cuaca pada hari itu sangat sejuk.Seekor beruang hitam sedang tidur danberehat sepanjang musim sejuk itu.

  • Oleh kerana terlalu lapar,beruang itu keluarmencari makanan.Ia pergi ke sebatangsungai untuk menangkap ikan tetapi airsungai telah beku.

  • Beruang hitam itu tidak dapat berbuat apaapa.Ia berjalan di sepanjang sungai yangtelah beku itu.Beruang hitam menghampiriseekor musang yang sedang memakanikan.

  • Beruang hitam menghampiri Sang Musanglalu bertanya, Hai Sang Musang! Dimanakah kamu mendapatkan ikan itu?Bukankah sungai telah menjadi beku?

  • Sang Musang mahu memperdayakanBeruang hitam itu. Aku memancing disungai dan mendapat ikan ini,kata SangMusang.

  • Beruang hitam tidak mempercayai kata-kataMusang.Beruang hitam bertanya lagi : Macam mana kamu boleh memancing ikandi sungai yang sudah beku?

  • Musang itu menjawab, Saya telahmenebuk sebuah lubang pada permukaanais ini dan memasukkan ekor saya kedalamnya.Kemudian,saya menunggu ikan-ikan menggigit ekor saya.Kamu harusmelakukan perkara yang sama jika kamumahu mendapatkan ikan seperti saya juga.

  • Beruang hitam itu pun melakukan perkarayang dinyatakan oleh musang.Ia menebuklubang dan memasukkan ekornya ke dalamlubang itu.Ia pun menunggu ikan menggigitekornya.

  • Semasa menunggu ikan menggigitekornya,beruang pun terfikir, Nasib baiksaya terjumpa musang hari ini.Kalau tidaksudah tentu saya akan mati kelaparan.

  • Beruang pun menggoyang-goyangkanekornya untuk menarik perhatian ikan.Tiba-tiba ,ia berasa ekornya menjadi semakinberat.

  • Beruang berasa gembira kerana iamenyangka ada ikan yang telah menggigitekornya.Tetapi beruang hendakmendapatkan lebih banyak ikan dan ia punmenunggu lebih lama supaya lebih banyakikan dapat menggigit ekornya.Sebenarnyaberuang itu tidak sedar bahawa ekornyasemakin membeku.

  • Beruang hitam tidak sedar perkara itudan cuba menggoyang-goyangkan ekornyadengan lebih kuat lagi.Semakin kuat iamengoyang ekornya,semakin beratrasanya. Ini mesti sudah banyak ikanmenggigit ekorku.kata beruang hitamdengan gembiranya.

  • Selepas itu,beruang hitam cuba menarikekornya dari sungai itu,tetapi ia tidakberjaya.Kali ini,beruang hitam itu cubamenarik dengan kuat tetapi masih tidakberjaya.Beruang hitam masih tidak berputusasa dan ia terus mencuba.

  • Setelah beberapa kali mencuba,beruanghitam masih belum berjaya menarik keluarekornya.Beruang hitam terus mencubaberulang-kali tanpa berputus asa.Iamengumpulkan segala tenaganya untukmenarik ekornya kembali.

  • Akhirnya ia berjaya.Seketikakemudian,beruang hitam berasa sakit padapunggungnya.Ia berasa terkejut apabilamendapati ekornya telah terputus.

  • Beruang hitam itu pulang dengan perasaanmenyesal,marah,kelaparan dan kesakitan.Sejak dari itulah kita melihat bahawa ekorberuang hitam pendek hingga sekarang.

  • Moral : Jangan mempercayai sesuatu tanpa usul periksa.