bersukan dalam kalangan remaja web viewkegiatan bersukan adalah baik untuk diri seseorang, sama ada...

3
BERSUKAN DALAM KALANGAN REMAJA Tahukah anda bahawa memanah adalah sukan kedua tertua di dunia? Fakta ini menunjukkan bahawa kegiatan sukan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak bermulanya tamadun awal dunia. Dewasa ini, kita dapat saksikan sendiri terdapat banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadikan platform membina kerjaya. Misalnya, pelumba go-kart profesional, perenang profesional, pemain bola sepak profesional, ahli sukan angkat berat profesional dan banyak contoh lain yang tidak dapat diselitkan di sini. Namun, ibarat besi berani, hal ini yang ada kutub utara pasti ada kutub selatannya. Maksud di sini ialah walaupun ramai yang minat bersukan sehingga ada yang menjadikan sukan sebagai karier, masih terdapat segelintir pihak yang kontra dengan keadaan ini, terutamanya sesetengah golongan pemuda-pemudi hari ini. Mereka lebih rela menghabiskan masa terperuk di rumah atau melepak bersama kawan-kawan. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka terlepas semua kebaikan bersukan? Kegiatan bersukan adalah baik untuk diri seseorang, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Dengan kegiatan bersukan, seseorang remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik. Hal ini demikian kerana melalui bersukan, seseorang dapat meningkatkan kadar metabolismenya yang menurunkan tahap kalori lebihan badan. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan risiko seseorang remaja itu untuk menghidap penyakit-penyakit seperti jantung tersumbat, diabetes, obesiti, hipertensi dan strok apabila dewasa kelak. Selain itu, melalui kegiatan bersukan, seseorang remaja akan mengalami perubahan fisiologi badan yang positif seperti pembentukan badan yang menawan, pembesaran otot-otot tangan, kaki dan abdomen serta penebalan dinding jantung. Hal ini terjadi apabila tubuh badan menyesuaikan diri terhadap aktiviti sukan yang dijalankan. Sebagai contoh, seorang pelari pecut mempunyai otot-otot kaki yang kuat manakala seorang ahli sukan angkat berat memiliki kekuatan pada otot-otot tangan dan abdomen. Dengan perubahan-perubahan ini, seseorang remaja yang gemar bersukan akan memiliki stamina yang tinggi dan tidak mudah penat dalam melakukan rutin seharian. Tambahan pula, kegiatan bersukan menjadikan seseorang lebih bertenaga, cerdas dan kelihatan muda. Hal ini kerana kegiatan bersukan berupaya untuk mengurangkan stres yang timbul daripada masalah-masalah kehidupan. Kita sedia maklum bahawa stres mempercepat proses penuaan. Maka secara tidak langsung, seseorang yang sering bersukan adalah lebih bertenaga dan kelihatan lebih muda kerana mempunyai stres pada tahap minima.

Upload: buihanh

Post on 07-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bersukan dalam Kalangan Remaja

BERSUKAN DALAM KALANGAN REMAJA

Tahukah anda bahawa memanah adalah sukan kedua tertua di dunia? Fakta ini menunjukkan bahawa kegiatan sukan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak bermulanya tamadun awal dunia. Dewasa ini, kita dapat saksikan sendiri terdapat banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadikan platform membina kerjaya. Misalnya, pelumba go-kart profesional, perenang profesional, pemain bola sepak profesional, ahli sukan angkat berat profesional dan banyak contoh lain yang tidak dapat diselitkan di sini.

Namun, ibarat besi berani, hal ini yang ada kutub utara pasti ada kutub selatannya. Maksud di sini ialah walaupun ramai yang minat bersukan sehingga ada yang menjadikan sukan sebagai karier, masih terdapat segelintir pihak yang kontra dengan keadaan ini, terutamanya sesetengah golongan pemuda-pemudi hari ini. Mereka lebih rela menghabiskan masa terperuk di rumah atau melepak bersama kawan-kawan. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka terlepas semua kebaikan bersukan?

Kegiatan bersukan adalah baik untuk diri seseorang, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Dengan kegiatan bersukan, seseorang remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik. Hal ini demikian kerana melalui bersukan, seseorang dapat meningkatkan kadar metabolismenya yang menurunkan tahap kalori lebihan badan. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan risiko seseorang remaja itu untuk menghidap penyakit-penyakit seperti jantung tersumbat, diabetes, obesiti, hipertensi dan strok apabila dewasa kelak.

Selain itu, melalui kegiatan bersukan, seseorang remaja akan mengalami perubahan fisiologi badan yang positif seperti pembentukan badan yang menawan, pembesaran otot-otot tangan, kaki dan abdomen serta penebalan dinding jantung. Hal ini terjadi apabila tubuh badan menyesuaikan diri terhadap aktiviti sukan yang dijalankan. Sebagai contoh, seorang pelari pecut mempunyai otot-otot kaki yang kuat manakala seorang ahli sukan angkat berat memiliki kekuatan pada otot-otot tangan dan abdomen. Dengan perubahan-perubahan ini, seseorang remaja yang gemar bersukan akan memiliki stamina yang tinggi dan tidak mudah penat dalam melakukan rutin seharian. Tambahan pula, kegiatan bersukan menjadikan seseorang lebih bertenaga, cerdas dan kelihatan muda. Hal ini kerana kegiatan bersukan berupaya untuk mengurangkan stres yang timbul daripada masalah-masalah kehidupan. Kita sedia maklum bahawa stres mempercepat proses penuaan. Maka secara tidak langsung, seseorang yang sering bersukan adalah lebih bertenaga dan kelihatan lebih muda kerana mempunyai stres pada tahap minima.

Kata orang, sesaat itu boleh mengubah segala-segalanya. Pepatah pula menyebut, 'masa itu emas'. Kedua-dua mutiara kata tersebut membawa makna bahawa masa itu amat berharga, tidak ternilai dan tidak harus dibiarkan berlalu begitu sahaja. Oleh itu, pada waktu-waktu senggang, manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya melalui kegiatan bersukan. Secara umum, kegiatan bersukan pada masa lapang dinamakan aktiviti riadah. Contohnya, bermain ping pong, badminton, bola sepak, futsal, boling, berenang atau berbasikal. Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan-kawan atau keluarga pada setiap pagi, petang ataupun pada hujung-hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bersukan, seseorang remaja bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah seperti bergayut berjam-jam lamanya di telefon, melepak di pusat beli-belah atau kafe siber, dan berbual dalam talian (online chatting) sepanjang masa. Bukan itu sahaja, dia juga dapat menghindari masalah-masalah sosial seperti merokok, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan pergaulan bebas yang kian meruncing dalam kalangan remaja belakangan ini. Tuntasnya, kegiatan bersukan bukan sahaja dapat dijadikan aktiviti masa lapang serta hobi, malah sebagai salah satu cara menyokong usaha kerajaan memerangi masalah keruntuhan akhlak remaja hari ini.

Kegiatan bersukan juga penting bagi membangunkan potensi dalam diri remaja. Di sekolah-sekolah, terdapatnya kegiatan kokurikulum yang merupakan satu kemestian bagi para pelajar. Kegiatan kokurikulum dijalankan adalah untuk melengkapkan remaja dengan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dapat diajar dalam bilik darjah. Kegiatan ini menjadi medium yang sesuai bagi seseorang remaja untuk mengetahui kebolehan dan potensi diri khususnya dalam sukan dan permainan, secara tidak langsung mencungkil bakat baru. 'Belakang parang kalau diasah lagikan tajam', begitu juga sekiranya bakat tersebut telah dapat diasah ke peringkat lebih tinggi, nama remaja itu dan sekolahnya akan dapat diharumkan. Remaja tersebut bukan sahaja akan terserlah kemampuan dimilikinya, malah turut menjadi aset kebanggaan sekolah.

Seterusnya, kegiatan bersukan juga penting untuk menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang. Hal ini demikian kerana semua jenis sukan memerlukan pemain-pemainnya untuk berinteraksi antara satu sama lain yang boleh memupuk persefahaman dan menjalin ikatan silaturahim. Sebagai contoh, pemain tenis yang telah kalah berjabat tangan dan mengucap syabas kepada si pemenang. Hal ini dapat menaikkan semangat kesukanan antara mereka seterusnya merapatkan jurang perbezaan latar belakang dan akhir sekali memperkukuh perpaduan melalui pesefahaman, selaras dengan konsep 'Gagasan 1 Malaysia' yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-enam, Dato' Seri Najib Razak.

Namun begitu, kesemua kebaikan dan kepentingan kegiatan bersukan yang telah dinyatakan sebelum ini tidak membawa erti apa-apa ibarat satu bintik hitam sekiranya tiada yang meminati sukan dan permainan. Oleh itu, inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi, khususnya dari peringkat remaja. Terdapat beberapa cara efektif untuk menjayakan misi ini, antaranya ialah Kementerian Pelajaran harus mewajibkan setiap pelajar untuk terlibat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan, tahun 2011. Selain itu, kerajaan perlu meletakkan syarat kemasukan institut pengajian tinggi awam (IPTA) sekurang-kurangnya lima peratus untuk aktiviti sukan sahaja. Hal ini secara langsung akan serta merta membuka mata remaja untuk bergiat aktif dalam kegiatan bersukan agar dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kerajaan juga perlu menggalakkan sekolah-sekolah berdekatan untuk berkongsi prasarana sukan dengan pusat-pusat sukan. Sebagai contoh, sekolah menengah berkongsi kompleks badminton dengan IPTA terdekat.

Pihak sekolah pula berperanan untuk menarik minat pelajar supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan dan permainan di sekolah. Pihak sekolah hendaklah menganjurkan pertandingan acara sukan sebagai kegiatan tahunan sekolah untuk menarik para pelajar meminati sukan. Misalnya, Kejohanan Futsal Piala Sekolah, Kejohanan Badminton, Pertandingan Ping Pong Antara Kelas dan Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah. Pihak sekolah juga harus mewajibkan perjumpaan ahli sukan sebaik-baiknya seminggu sekali agar para pelajar terus terdorong untuk menyertai kegiatan bersukan. Pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap di sekolah untuk tujuan kegiatan bersukan seperti padang bola sepak dan dewan, selain memastikan peralatan sukan sentiasa cukup dan berada dalam keadaan sempurna. Seterusnya, ibu bapa turut bertanggungjawab dalam membentuk peribadi anak-anak yang gemar bersukan sejak dari peringkat rebung lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalak anak-anak mereka untuk menyertai kegiatan bersukan di sekolah. Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak-anak dengan membawa keluarga untuk melakukan aktiviti riadah pada hujung-hujung minggu agar anak-anak memandang kegiatan bersukan itu sebagai sebahagian daripada hidup.

Kesimpulannya, kegiatan bersukan adalah penting dalam membenntuk gaya hidup sihat dalam semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha-usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, 'genggam bara api biar sampai jadi arang'. Jadikanlah kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.