berita harian _ seksa jadi cikgu

Upload: anysah-lavender

Post on 09-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tekanan emosi

TRANSCRIPT

  • 9/29/2014 Berita Harian | Seksa jadi cikgu

    http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/ 1/2

    MUKADEPAN

    CetakEmelKawan

    Seksa jadi cikgu2010/04/01 - 02:40:19 AM Oleh Khairul Azran Hussin

    TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan PerguruanKebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama

    Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

    KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yangkini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hinggamengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

    Jawatankuasa itu yang dipengerusikanKetua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawaipelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenalpasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selaintugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwalmurid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

    NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabitdengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti padaSabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

    Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajartidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat, katanya padasidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTPdi bangunan Parlimen, semalam.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti puncamasalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya. Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kitacontohi, katanya.

    Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran danpembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukankerani.

    Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspekkokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakansokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

    NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkanjaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikanyang terbaik kepada guru dan rakyat, katanya.

  • 9/29/2014 Berita Harian | Seksa jadi cikgu

    http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/ 2/2