bercerita bm 2

2
Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor harimau yang sangat sombong. Dia sentiasa percaya dirinya lebih hebat, dan lebih pandai daripada haiwan lain. Oleh kerana dia merasakan dirinya lebih hebat, Dia sering merendah-rendahkan haiwan-haiwan lain yang tinggal di hutan tersebut. Kerana kesombongannya itu, Sang Harimau tidak mempunyai kawan. Tidak ada haiwan pun yang mahu memberikan bantuan sekiranya dia memerlukan bantuan. Walaupun begitu, Sang Harimau tetap dengan keangkuhannya kerana dia tetap merasakan bahawa dialah yang terbaik.. Pada suatu hari, musim hujan pun tiba. Hujan turun mencurah-curah. Tidak banyak makanan di dalam hutan tersebut. Banyak haiwan yang mengalami kelaparan kerana tidak dapat keluar lebih jauh untuk mencari makanan. Harimau yang sombong itu duduk di bawah pokok dalam keadaan kelaparan. Sudah beberapa hari dia tidak makan secukupnya. Kebiasannya ada sahaja haiwan yang lalu di depan sarangnya untuk dimakan olehnya. Namun musim hujan telah menyebabkan semua haiwan duduk di dalam sarang masing-masing. Setelah beberapa ketika, Sang Harimau melihat seekor haiwan melintas di hadapan sarangnya. Oleh kerana kelaparan, Sang Harimau terus menerkam haiwan tersebut iaitu seekor kura- kura. Sang Kura-kura yang terkejut terus masuk ke dalam cangkerangnya. Sang Harimau berasa amat hairan melihat rupa haiwan tersebut. Dia tidak pernah berjumpa dengan kura-kura kerana kura-kura tinggal di dalam kolam. Dia cuba menggigit badan Sang Kura-kura namun giginya berasa sakit kerana badan kura-kura yang keras.

Upload: hazmanamini

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Bercerita BM 2

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor harimau yang sangat sombong. Dia

sentiasa percaya dirinya lebih hebat, dan lebih pandai daripada haiwan lain. Oleh

kerana dia merasakan dirinya lebih hebat, Dia sering merendah-rendahkan haiwan-

haiwan lain yang tinggal di hutan tersebut. Kerana kesombongannya itu, Sang

Harimau tidak mempunyai kawan. Tidak ada haiwan pun yang mahu memberikan

bantuan sekiranya dia memerlukan bantuan. Walaupun begitu, Sang Harimau tetap

dengan keangkuhannya kerana dia tetap merasakan bahawa dialah yang terbaik..

Pada suatu hari, musim hujan pun tiba. Hujan turun mencurah-curah. Tidak

banyak makanan di dalam hutan tersebut. Banyak haiwan yang mengalami

kelaparan kerana tidak dapat keluar lebih jauh untuk mencari makanan.

Harimau yang sombong itu duduk di bawah pokok dalam keadaan kelaparan.

Sudah beberapa hari dia tidak makan secukupnya. Kebiasannya ada sahaja haiwan

yang lalu di depan sarangnya untuk dimakan olehnya. Namun musim hujan telah

menyebabkan semua haiwan duduk di dalam sarang masing-masing.

Setelah beberapa ketika, Sang Harimau melihat seekor haiwan melintas di

hadapan sarangnya. Oleh kerana kelaparan, Sang Harimau terus menerkam haiwan

tersebut iaitu seekor kura-kura. Sang Kura-kura yang terkejut terus masuk ke dalam

cangkerangnya. Sang Harimau berasa amat hairan melihat rupa haiwan tersebut.

Dia tidak pernah berjumpa dengan kura-kura kerana kura-kura tinggal di dalam

kolam. Dia cuba menggigit badan Sang Kura-kura namun giginya berasa sakit

kerana badan kura-kura yang keras.

Sang Kura-kura tidak dapat lari kerana Sang Harimau telah mengangkat

badannya. Dia pun mencari akal untuk melepaskan diri daripada Sang Harimau. Dia

berkata kepada Sang Harimau. “Aku kasihan melihat kamu yang kelaparan. Tak

mengapalah, kamu boleh makan sedikit bahagian badan aku. Tapi badan aku ni

keras, kalau kamu nak juga, rendamkan aku dalam air, nanti lembutlah badan aku

ini.”

Sang Harimau yang sombong itu pun terus membawa Sang Kura-Kura ke

kolam yang berhampiran. Dia pun merendamkan Sang Kura-kura ke dalam air

kolam tersebut. Sebaik sahaja badannya masuk ke dalam air, Sang Kura-Kura

segera berenang pergi ke tengah kolam sambil mengucapkan selamat tinggal

Page 2: Bercerita BM 2

kepada Sang Harimau. Sang Harimau berasa amat menyesal dengan

kebodohannya. Sejak daripada itu, Sang Harimau menjadi insaf dan tidak

membangga-banggakan diri lagi.

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita ini ialah kita tidak boleh

bersikap sombong dan merendah-rendahkan orang lain kerana setiap orang

mempunyai kelebihan yang tersendiri.