berasaskan pengetahuan dan pengalaman anda jelaskan bagaimana penilaian membaca berasaskan penilaian...

9
Berasaskan pengetahuan dan pengalaman anda jelaskan bagaimana penilaian membaca berasaskan Penilaian Berasaskan Sekolah dijalankan 1.0Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah). a. Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif): Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau

Upload: noor-najihah

Post on 24-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Berasaskan pengetahuan dan pengalaman anda jelaskan bagaimana penilaian membaca berasaskan Penilaian Berasaskan Sekolah dijalankan1.0 Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012.

PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah).

a. Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif):

Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

b. Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)

Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.

Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:

Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan; Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.

Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran kebangsaan iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialahlembaran kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumahdan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilityandacquired ability) semulajadimurid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Setelah pelaksanan pentaksiran berasaskan sekolah ini, masih terdapat sebilangan pihak yang kurang memahami perbezaan antara pentaksiran sedia ada dengan pentaksiran berasakan sekolah ini. Terdapat perbezaan yang sangat besar dimana PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspekJERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiransedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademikmelalui peperiksaan.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan StandardPrestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaranserta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan prosesmendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataanstandard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian sepertiyang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorangmurid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajarandengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) muriddalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untukmelaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Iniakan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan keranaguru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan Boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikanpembelajaran murid Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran danperkembangan murid Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

TAHAPPAJSKPSPP

Prasekolah20%80%-

Tahun 1 Tahun 330%70%-

Tahun 4 Tahun 620%50%30%

Tahun 7 - Tahun 920%30%50%

Tahun 10 Tahun 1210%10%10%

Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK) Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

2.0 Aktiviti Membaca Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid.Murid yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses berfikir dan penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).

Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi artikel, majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku, pertandingan bercerita, aktiviti drama atau persembahan boneka. Dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif seperti lakonan, bercerita, forum, debat, sketsa dan pembentangan sewajarnya disuburkan semula di sekolah-sekolah.

Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk membaca. Contoh aktiviti membaca yang boleh dianjurkan ialah:

Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas. Membaca secara korus di hadapan kelas. Membaca secara individu di hadapan kelas. Membaca dalam kumpulan. Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah

Berikut merupakan antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan di dalam pentaksiran berasaskan sekolah di dalam aktivti kemahiran membaca :

Kelas : 2 MawarKemahiran : MembacaStandard :Band 1 (Tahu)Pernyataan Standard : Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Antara tindakan yang boleh diambil guru sebelum pelaksanaan aktiviti membaca ini adalah :

Guru menyediakan RPH Menyediakan Alat Bantu Mengajar Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas diadakan.

Setelah menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembalajaran berlangsung, maka bahan-bahan tersebut bolehlah digunakan di dalam proses pengajaran. Berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh guru semasa pengajaran berlangsung CERITA ARNAB DENGAN BUAYA1) Memberi masa kepada murid untuk membaca teks Arnab Dengan Buaya2) Guru dan murid akan bersoal jawab.3) Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.4) Guru mendengar tuturan murid di dalam kelas.

Selepas melaksanakan kesemua aktiviti tersebut guru perlulah melakukan aktiviti seterusnya iaitu :

1) Guru akan membuat penilaian dengan teliti.2) Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah3) Markah penilaian murid akan direkodkan oleh guru.

3.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.