bentang-esok

30
KONSEP DAN MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN ERAH NAZIRA BINTI ADAM NUR SYAZWANI BINTI IDRIS SITI NURAFIQAH BINTI AHMAD HUSSAIN NURUL AMIRAH BINTI KHARANI FARIZA EZLIN BINTI ZAMRI

Upload: nurul-amirah

Post on 24-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

model kajian tindakan

TRANSCRIPT

MODEL KAJIAN TINDAKAN

KONSEP DAN MODEL PENYELIDIKAN TINDAKANERAH NAZIRA BINTI ADAMNUR SYAZWANI BINTI IDRISSITI NURAFIQAH BINTI AHMAD HUSSAINNURUL AMIRAH BINTI KHARANIFARIZA EZLIN BINTI ZAMRIDEFINISI DAN KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKANSomekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

DEFINISI DAN KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKANMcNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnyaPenyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran.

DEFINISI DAN KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKANCIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN Memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka. Merupakan proses pembelajaran yang teratur. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri. Menggalakkan fikiran yang terbuka. Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi Dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

MODEL KAJIAN TINDAKANSTEPHEN KEMMISJOHN ELLIOTDAVE EBBUTTJACK WHITEHEADJEAN MC NIFFKURT LEWINMODEL STEPHEN KEMMISModel Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Masalah tidak diketahui. Kenapa ia berlaku

1. Tajuk kajian2. Latar belakang kajian3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen6. Refleksi

LINGKARAN 2

1. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih2. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan3. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan4. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki

MODEL JOHN ELLIOT (1991)John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

DefinisiIdea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.Ciri ciri John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih lengkap. Contoh model ini ialah:

Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

1. Tajuk kajian2. Latar belakang kajian3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan5. Perancangan Tindakan

Tindakan 1Tindakan 2Tindakan 3Tindakan 4

Huraian semua dapatan tindakan di atas, pelaksanaan dan kesannya.

6. Refleksi : Huraian kejayaan

Lebih tersusun, mudah difahami.Tajuk atau idea kajian tindakan lebih khusus dan disokong dengan fakta2 tinjauan. Kajian dijalankan mengikut prosuder umum membolehkan guru2 lain mematuhi prosuder itu & menguji kesahan kajian. Terdapt beberapa peringkat tindakan pada tahap pertama.Semua kejayaan atau kegagalan dinilai, ditafsir dan direkodkan.Hasil tahap 1 memberi idea baru & membaiki perancangan selanjutnya pada sebelum masuk pusingan ke-2. Sesuai utk guru2 pelatih dan guru permulaan. Kepentingan MODEL DAVE EBBUTT (1985)David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

Jack Whitehead Whitehead (1989) merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan skema penyelidikan :Skema Penyelidikan TindakanJack WhiteheadAmalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki?

Pendekatan P&P yang saya gunakan tidak mendapat respon yang menggalakkan

Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?

- Saya membuat refleksi untuk mengatasi masalah tersebut. Mungkin saya boleh gunakan pendekatan yang lebih bersesuaian seperti pembelajaran koperatif atau soal jawab.

- Saya sediakan bahan yang mampu ransang murid dan bahan-bahan tersebut bersesuaian dengan pendekatan yang ingin diguna.

Penilaian keberkesanan- Saya membuat penilaian terhadap respon murid-murid melalui pendekatan yang saya gunakan sama ada mendatangkan hasil positif/negatif

Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan- Saya sediakan perancangan baru dengan mengambil kira masalah yang timbul

KELEBIHAN, KEKURANGAN & ASPEK YANG MENARIK: MODEL PENYELIDIKAN OLEH JACK WHITEHEADKELEBIHANKEKURANGANASPEK YANG MENARIKGuru sendiri harus memainkan peranan utama dalam kajian tindakan

Tidak mendapat komen dan pandangan dari pihak luar

Menyediakan skema jawapan berbentuk ungkapan

Fokus kepada rasa ingin tahu berbentuk penyoalan seperti How do I improve? What I am doing? untuk memperoleh banyak maklumat berguna tentang masalah pendidikan yang dihadapi diri sendiri

Mengambil masa yang agak panjang kerana percuban demi percubaan perlu dilakukan.Dapat mempertingkatkan taraf sosial pendidikan dalam kehidupan manusia akan datangsambunganKELEBIHAN KEKURANGANASPEK YANG MENARIKMembantu guru lebih memahami diri sendiri dan perkembangan profesional dirinya

Terlalu bergantung kepada tahap komitmen guru

Masalah diselesaikan menggunakan proses penilaian kendiri Menghasilkan guru yang lebih berintegriti dan berkualiti.

Guru harus peka kepada setiap tingkah laku dan peristiwa yang berlaku kepada murid untuk mendapatkan maklumat.

Langkah yang mudah iaitu tidak menggunakan banyak langkah - langkah yang rumit.

Menghasilkan suasana PNP yang lebih menarik dan bermakna.

Guru dan murid akan saling berinteraksi dan berhubung komunikasi 2 hala

27Jean McniffMcNiff (1998) menganggap penyelidikan tindakan sebagai sesuatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalan. McNiff (1988) beliau mengemukakn pandangan beliau tentang lingkaran yang dikemukakan oleh Kemmis et al (1981,1988) dan Elliot (1981). Beliau berpendapat lingkaran yang disarankan mereka tidak dapat menjelaskan realiti kerana model tersebut hanya mampu menjelaskan satu masalah pada satu masa

Beliau berpendapat, model penyelidikan tindakan perlu berupaya menjelaskan beberapa masalah dalam satu masa dengan membenarkan lingkaran menghasilkan beberapa lingkaran (penyelidikan tindakan generatif)MODEL KURT LEWINDigunakan apabila masalah kajian telah diketahui.

1. Tajuk kajian

2. Latar belakang kajian

3. Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat

4. Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas

5. Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan

6. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan

7. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil