ben cinta

80
1.0 PENGENALAN Sejak kecil, manusia telah diajar mengenai rasa cinta, baik cinta terhadap Tuhan, orang tua, sahabat handal, diri sendiri dan sebagainya. Namun seiring dengan perkembangan dan pertumbuhan manusia, baik lelaki mahupun perempuan mengaplikasikan cinta masing-masing dengan cara yang berbeza- beza. Filem yang kami pilih untuk dianalisis skripnya ialah filem Bencinta. Terlebih dahulu, maksud filem mengikut Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyung (1996,5) ialah sebagai “imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis dalam bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni, yang mempunyai pelbagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-panggung wayang dan televisyen”. Manakala menurut Asiah Sarji et al. (1996) lagi, filem adalah paparan cerita secara visual yang memerlukan hubungan antara pengkarya dan seniman yang terlibat dalam filem dengan penonton. Filem ini mempunyai dua perkataan yang berbeza iaitu ‘benci’ dan ‘cinta’. Benci bermaksud sebuah emosi yang sangat kuat dan 1

Upload: cik-ungu

Post on 19-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bencinta

TRANSCRIPT

Page 1: Ben Cinta

1.0 PENGENALAN

Sejak kecil, manusia telah diajar mengenai rasa cinta, baik cinta terhadap Tuhan, orang tua,

sahabat handal, diri sendiri dan sebagainya. Namun seiring dengan perkembangan dan

pertumbuhan manusia, baik lelaki mahupun perempuan mengaplikasikan cinta masing-

masing dengan cara yang berbeza-beza. Filem yang kami pilih untuk dianalisis skripnya ialah

filem Bencinta. Terlebih dahulu, maksud filem mengikut Asiah Sarji, Faridah Ibrahim &

Mazni Buyung (1996,5) ialah sebagai “imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak yang

mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis dalam bentuk dialog, visual dan bunyi,

yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai

kaedah teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni, yang mempunyai pelbagai kepentingan

dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-panggung wayang dan

televisyen”. Manakala menurut Asiah Sarji et al. (1996) lagi, filem adalah paparan cerita

secara visual yang memerlukan hubungan antara pengkarya dan seniman yang terlibat dalam

filem dengan penonton. Filem ini mempunyai dua perkataan yang berbeza iaitu ‘benci’ dan

‘cinta’. Benci bermaksud sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan

terhadap sesuatu benda mahupun perkara. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian

dimana setiap manusia pasti akan mempunyai perasaan ini. Namun perbezaannya ialah

kebencian mereka terhadap apa yang tidak mereka sukai. Sesetengah manusia berasa benci

ataupun tidak suka orang menindas mereka. Cinta pula dapat didefinisikan sebagai sebuah

tindakan atau kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain. Ia juga merupakan

pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti

perkataan, mengikuti, patuh, serta sanggup melakukan apa-apa yang diingini objek tersebut.

Cinta dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Antaranya cinta kepada Ilahi, cinta kepada kedua

ibu bapa, cinta kepada sahabat, cinta kepada pasangan dan sebagainya. Perasaan cinta

memang wujud dalam diri setiap insan di muka bumi ini. Namun, perbezaannya ialah cinta

1

Page 2: Ben Cinta

yang wujud dalam diri individu itu kadangkala tidak sama dengan individu lain. Menurut

Sternberg (dalam Sternberg & Barnes, 1988), cinta bukanlah suatu kesatuan tunggal,

melainkan gabungan dari pelbagai perasaan, hasrat, dan fikiran yang terjadi secara bersamaan

sehingga menghasilkan perasaan global yang dinamakan cinta.

2.0 KATEGORI FILEM

Terdapat tiga kategori filem yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem. Antaranya

ialah U, P 13 dan 18. Berikut adalah merupakan peneranagan bagi kategori filem tersebut:

1) U

Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem memaparkan

nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

2) P13

Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau

penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi

negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar

difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

3) 18

Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur

seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan

dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi

untuk memahaminya. Klasifikasi 18 dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut:

18SG- mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan

18SX- mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan

2

Page 3: Ben Cinta

18PA- menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik

18PL- mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks

Klasifikasi filem: P13

Genre: Romantik

Durasi: 1 jam 54 minit

Tarikh Tayangan: 26 September 2013

Terbitan: Metrowealth

Pengarah: Eyra Rahman

Penulis Skrip: Faten Syamimie

Pelakon: Farid Kamil, Nora Danish, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Fezrul Khan

3

Page 4: Ben Cinta

3.0 SINOPSIS FILEM

Filem ini mengisahkan tentang Fathia (Nora Danish) , seorang gadis cantik yang mempunyai

perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di

sebuah kafe milik sahabatnya Jane (Angeline Tan). Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal

(Farid Kamil) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan

cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani

kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan. Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara

menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih

berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula

bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta

antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia

berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan

untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal. Sepanjang persembunyian Fathia

dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah (Qi Razali) sahabat baiknya daripada

kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan

berjaya mengubah kekecewaan Fathia. Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang

tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?

4

Page 5: Ben Cinta

4.0 BIODATA PENGARAH FILEM

Pengarah filem Bencinta bernama Eyra Rahman. Beliau berumur 28 tahun. Walaupun masih

muda beliau mendapat kepercayaan daripada David Teo untuk mengarahkan empat buah

filem di bawah produksi MIG. Antara filem yang beliau pernah arahkan ialah Pengantin

Malam, Awak nak kahwin dengan saya?, Dua Kalimah dan Aku terima nikahnya. Beliau

telah mengarahkan filem selama tiga tahun bermula dari tahun 2012 hingga 2014.

5

Page 6: Ben Cinta

5.0 BIODATA PENULIS SKRIP

Nama penulis skrip filem Bencinta ini ialah Faten Syamimie Binti Abdul Aziz. Beliau

dilahirkan pada 12 Febuari 1988. Beliau berasasal daripada Kelantan Darul Naim. Beliau

mendapat Diploma in Creative Writing Major in Scriptwring di ASWARA. Beliau

merupakan ketua penilai skrip untuk syarikat MIG. Setiap skrip di bawah produksi MIG akan

dinilai oleh beliau sebelum diserahkan kepada penerbit filem David Teo.

Beliau telah menulis empat buah skrip untuk filem. Antara skrip filem yag beliau tulis ialah

Alamak toyol, 3 temujanji, Aku terima nikahnya dan yang terbaru Adnan sempit sawadikap.

Selain filem, beliau juga menulis skrip untuk drama televisyen. Antara skrip drama televisyen

yang beliau tulis ialah Ana Lulu (TV3), Impian raya Emelyn (TV3), Cinta buat Emelda

(TV3), Dendam pencinta (TV9), Diari platun (Astro), Jika itu takdirnya (TV3), dan sekarang

telah menjalankan penggembaraan drama Dendam semalam (TV3).

Menurut beliau, dia mendapat ilham menulis skrip melalui rasa. Walaupun beliau masih

bujang dan tiada pengalaman dalam perkahwinan, namun beliau berjaya menulis skrip ini

dengan bantuan pengarah filem ini. Selain itu, beliau juga turut serta berbincang dengan para

6

Page 7: Ben Cinta

pelakon dan juga pengarah mengenai watak yang akan dilakokan. Bagi babak cemas, beliau

mendapat ilham melalui filem Hindustan.

6.0 IDEOLOGI PENULIS

Menurut Sergent (1996) ideologi merupakan set kepercayaan, idea atau tingkah laku

individu, kumpulan ataupun komuniti. Ideologi penulis skrip filem Bencinta menjurus kea

rah kasih sayang. Hal ini demikian kerana beliau meupakan seorang yang lemah-lembut,

bersopan santun dan penyayang. Hal ini dapat dilihat apabila beliau banyak menghasilkan

skrip filem dan drama berunsur cinta.

7

Page 8: Ben Cinta

7.0 SEBAB PEMILIHAN FILEM

A. Jalan ceritanya mudah dan ringkas serta mudah difahami

Cerita ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami oleh para penonton.

Penonton yang menonton cerita ini tidak perlu memikir secara mendalam tentang setiap

situasi yang berlaku di dalam cerita ini. Selain itu, penonton boleh menonton filem ini dalam

keadaan santai.

B. Mengajar kita cara untuk berdikari dan keluar dari zon selesa. Andai kata kita

berhadapan masalah besar, maka kita harus mencari jalan penyelesaiannya sendiri.

Sekiranya kita berhadapan dengan masalah besar, kita harus mencari jalan penyelesaiannya.

Kita harus berdikari untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melalui filem ini, Fatia telah

membuat keputusan untuk mempelajari seni mempertahankan diri untuk mempertahankan

dirinya daripada dipukul oleh suaminya. Selain itu, Fatia berani untuk pergi bersua dengan

Faizal untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang sedang mereka alami.

C. Mengajar kita untuk melawan dan terus menentang agar menjadi lebih kuat dan

matang.

Ini dapat dilihat dalam watak Fatia yang terus menerus untuk melawan dan menentang Faizal

untuk mempertahankan dirinya daripada dipukul oleh Faizal. Bagi mempertahankan diri,

Fatia sanggup belajar seni mempertahankan diri daripada Aduka dan sanggup berkorban

untuk meninggalkan anaknya, Tiara bersama kawan baiknya, Liya. Tiara menjadi pembakar

semangat Fatia untuk terus bersemangat untuk lebih kuat dan matang menghadapi masalah

dengan Faizal.

D. Teknik rakaman yang cantik dan kemas

8

Page 9: Ben Cinta

Teknik garapan dan rakaman yang dibuat untuk filem ini amat kemas. Hasil dan kualitinya

memang patut dibanggakan ditambah pula dengan lokasi penggambarannya yang banyak

dibuat di Utara tanah air iaitu di Langkawi.

8.0 ANALISIS FILEM

8.1 Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia

Pepatah melayu “tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia” menunjukkan

bahawa wanita bukanlah seorang yang lemah. Hal ini dapat dilihat melalui watak Fatia dalam

filem Bencinta. Di dalam filem ini, Fatia telah memberanikan diri untuk melawan suaminya

demi mempertahankan diri dan anaknya,Tiara. Babak Fatia belajar seni mempertahankan diri

dengan Aduka dapat dilihat pada minit 1:19:27 hingga 1:24:46. Walaupun Fatia baru pertama

kali beliau belajar seni mempertahankan diri, namun beliau gigih belajar walau menghadapi

pelbagai rintangan.

8.2 Perasaan

Filem ini melibatkan banyak perasaan antaranya kasih, sayang, cinta dan benci. Perkataan

kasih, sayang dan cinta merupakan tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk

diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza.

Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami.

Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta

mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang membawa maksud “Dengan nama Allah

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi

kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah

tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih

sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi

9

Page 10: Ben Cinta

kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani. Dalam hubungan sesama manusia,

kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari

kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan

kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa

Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas

kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana

syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang merupakan perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam

hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap

mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin

menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika

anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri

sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan

yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin

dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang

berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan

dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan

inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan

untuk orang yang tersayang.

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila

menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai

seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan

anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga

kebahagiaan masa depan bersama. Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta

10

Page 11: Ben Cinta

membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab,

mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan

memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala

keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk

melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata

orang lain. Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga

memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup

bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta.

Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna.

Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud

istilah putus cinta.

Melalui tajuk filem ini sendiri iaitu Bencinta telah memberi gambaran yang filem ini banyak

menggunakan perasaan benci dan cinta. Contoh perasaan sayang dalam filem ini dapat dilihat

dalam watak Fatia yang sangat menyayangi anaknya, Tiara dan sanggup melakukan apa

sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Melalui filem ini juga, perasaan cinta antara Fatia dan

Faizal sangat menonjol sebagai cinta antara suami dan isteri dan babak ini dapat dilihat pada

durasi 00:16:32 sehingga 00:18:13. Selain daripada perasaan tersebut, filem ini juga banyak

membabitkan psikologi atau pemikiran penonton yang menonton filem ini. Filem ini berjaya

membuat penonton percaya bahawa watak Farid Kamil memang seorang yang kaki pukul dan

dayus walaupun pada hakikatnya Farid Kamil sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa filem ini

telah Berjaya menguasai pemikiran penonton.

11

Page 12: Ben Cinta

8.3 Pengorbanan seorang ibu

Dalam filem Bencinta watak ibu dapat dilihat menerusi lakonan Nora Danish yang

memegang watak sebagai Fatia. Hasil perkahwinan Fatia dan Faizal mereka dikurniakan

seorang anak perempuan yang bernama Tiara. Pengorbanan Fatia menjaga Tiara dpat dilihat

apabila Fatia membawa Tiara lari daripada Faizal untuk menyelamatkan diri dengan bantuan

Jane, Liya dan Amin. Babak tersebut dapat dilihat pada durasi yang ke 00:40:51 hingga

00:43:35.

Selain itu, pada babak 01:11:03 hinnga 01:14:46 dapat dilihat Fatia menyelamatkan dirinya

dan Tiara daripada Kamal serta Faizal. Pada babak tersebut Fatia sentiasa memastikan Tiara

ada disampingnya sewaktu Kamal mengejar beliau. Sewaktu Fatia memandu kereta, beliau

sempat memeriksa keadaan Tiara yang berada di tempat duduk belakang. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa dalam keadaan kecemasan sekali pun, seorang ibu sentiasa memastikan

keselamatan anaknya.

8.4 Penggunaan bahasa slanga

Berdasarkan filem Bencinta, karya Eyra Rahman, terdapat bahasa slanga yang digunakan

oleh pelakon. Harimurti Kridalaksana (1982:156) mengatakan bahasa slanga adalah bahasa

yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai

‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata

dan istilah yang mereka ungkapkan. Menurut Asmah Haji Omar pula dalam Ensiklopedia

Bahasa Melayu, slanga ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal

dan tidak boleh dikatakan sebagai halus. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa

slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu

kepada perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek,

pakwe, skema, jambu, sekodeng, member,sound dan sebagainya.

12

Page 13: Ben Cinta

Melalui filem ini, slanga yang dapat dilihat melalui perbualan Shah (Qi Razali) dengan Fatia

(Nora Danish) iaitu Semua ni gua yang punya tau. Gua punya. Lu faham. Faham ke dak?

Maksud bagi ayat ini ialah Semua ini Semua ini saya yang punya. Saya punya. Awak faham?

Faham ke tidak? Selain itu, slanga kedua yang terdapat dalam filem ini melalui perbualan

Kamal dan Faizal iaitu Cuba kau citer dengan aku, apa yang hebat sangat dengan kodok ni?

Dalam perbualan ini, bahasa slanga ialah kodok di mana ia ditujukan kepada Fatia ataupun

seseorang perempuan.

9.0 KRITIKAN NEGATIF FILEM

Terdapat beberapa kritikan negatif yang diperoleh di dalam filem Bencinta ini. Antaranya

ialah filem ini didapati telah meniru daripada filem luar negara atau filem Hollywood yang

bertajuk Enough. Filem yang bergenre perang tersebut telah diarahkan oleh Michael Apted

serta dilakonkan oleh Jennifer Lopez dan Billy Campbell. Setelah membandingkan antara

kedua-dua filem ini didapati filem Bencinta telah meniru sebanyak 90% jalan cerita daripada

filem Enough.

Sebagai contoh sinopsis filem Bencinta ini mengisahkan mengenai kehidupan seorang

pelayan iaitu Fathia yang berkahwin dengan Faizal iaitu seorang lelaki kaya. Kehidupan

mereka bahagia ditambah lagi dengan kehadiran dengan seorang cahaya mata iaitu Tiara.

Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga kehidupan Fathia mulai berubah dengan

perubahan sikap Faizal terhadapnya. Faizal sanggup memukulnya walaupun dalam perkara

yang kecil. Demi menyelamatkan diri, Fathia sanggup melarikan diri bersama dengan Tiara.

Walaupun begitu kehidupan Fathia tidak mengecapi kebahagiaan apabila dirinya diburu oleh

Faizal serta Kamal sewaktu berada di Langkawi. Walaupun begitu Fathia mula berani

menghadapi ancaman daripada Faizal apabila beliau belajar seni mempertahankan diri

13

Page 14: Ben Cinta

daripada Aduka. Selepas mempelajari seni mempertahankan tersebut, beliau mula

menghadapi ancaman daripada Faizal seterusnya hidup bahagia bersama Shah serta Tiara.

Walau bagaimanapun, terdapat persamaan sinopsis antara filem Bencinta dengan Enough ini.

Filem Enough ini mengisahkan mengenai seorang pelayan iaitu Slim yang berkahwin dengan

Mitch. Mereka berdua telah bertemu di restoran iaitu tempat kerja Slim. Kehidupan mereka

bahagia dengan kehadiran seorang anak perempuan. Setelah beberapa tahun berkahwin Slim

merasakan perubahan pada sikap Mitch apabila Mitch mula memukul serta menderanya.

Setelah menyedari perubahan sikap suaminya, Slim mula melarikan diri bersama dengan

anak gadisnya. Walaupun begitu, kehidupan Slim menjadi semakin sukar apabila dirinya

sentiasa diawasi oleh Mitch dan rakan-rakannya. Mereka sentiasa memburu Slim walau di

mana sahaja Slim berada. Pada plot akhir filem ini, Slim menemui kebahagiaan apabila

beliau berani menghadapi ancaman daripada Mitch dengan mempelajari seni

mempertahankan diri.

Berdasarkan kedua-dua sinopsis yang dinyatakan, terdapat persamaan jalan cerita yang

diperolehi. Secara keseluruhannya, filem Bencinta dan Enough mengisahkan perjalanan

kehidupan seorang wanita yang bangkit mempertahankan diri setelah menghadapi ancaman

daripada suami sendiri.

Kritikan kedua yang terdapat di dalam filem Bencinta ini ialah filem ini mengajar orang

perempuan atau wanita untuk menjadi kurang ajar kepada suami serta melawan suami. Dalam

ajaran Islam yang dianuti oleh kita, seorang isteri seharusnya mentaati suami sendiri. Malah

seorang isteri tidak seharusnya meninggikan suara terhadap suami apatah lagi melawan

semula apa yang telah dilakukan oleh suami. Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W, “Jika aku

hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri

supaya sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah S.W.T jadikan hak laki-laki ke

14

Page 15: Ben Cinta

atas wanita’-hadis riwayat Abu Daud. Berdasarkan petikan tersebut, ia jelas menunjukkan

bahawa seorang isteri yang baik ialah isteri yang berkata dengan suaminya dengan yang

lemah lembut serta penuh sopan santun. Selain itu isteri juga wajib mentaati suami sendiri

walaupun layanan suami tersebut amat teruk terhadap isteri. Perkara yang sama juga perlu

dilakukan oleh suami. Mereka bertanggungjawab memimpin isteri, memberi mereka petunjuk

dengan cara yang lemah lembut dan sederhana supaya dapat menjaga keharmonian rumah

tangga.

Berlainan dengan apa yang ditunjukkan di dalam filem ini. Fatia pernah meninggikan suara

terhadap Faizal malahan sanggup melawan suami apabila suami tersebut memukul dan

menderanya. Selain itu, Fatia juga sanggup tinggal bersama dengan Shah ketika berada di

Langkawi walaupun pada masa tersebut beliau masih lagi isteri Faizal yang sah. Fatia tidak

patut berbuat sedemikian kerana ia akan memalukan suami sendiri walaupun Faizal tidak

menganggapnya sebagai seorang isteri di sisi Islam. Perkara sedemikian tidak seharusnya

ditonton daripada filem Melayu seperti ini. Hal ini kerana ia akan memberikan pandangan

yang negatif terhadap individu yang kurang pegangan agama mengenai perkara sedemikian.

Dalam Dalam sebuah hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh

sesiapa supaya bersujud kepada orang, pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami

mereka”. Hal ini menunjukkan bahawa seorang isteri sepatutnya patuh arahan suami walau

apa-apa keadaan sekalipun. Selain itu dalam ajaran Islam, seorang isteri tidak boleh keluar

rumah tanpa keizinan suaminya apatah lagi tidur di rumah lelaki yang bukan muhrim

walaupun lelaki tersebut rakan sendiri.

Kritikan negatif yang ketiga ialah mengenai filem ini tidak menitikberatkan soal agama juga

undang-undang. Sebagai rakyat Malaysia, terdapat beberapa saluran yang dapat membantu

golongan wanita apabila mereka didera oleh suami atau pihak lain. Sebagai contoh, terdapat

kementerian yang membantu golongan wanita yang ditindas seperti Kementerian

15

Page 16: Ben Cinta

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau Women's Aid Organisation

(WAO).

Di Malaysia, terdapat Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106) yang

ditubuhkan dengan tujuan memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat

dengan kegiatan maksiat atau terdedah kepada bahaya moral. Selain itu, terdapat prinsip yang

menyatakan supaya golongan wanita harus dihormati serta diangkat hak serta martabatnya.

Perkara ini dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 Perlembagaan

Persekutuan menjelaskan bahawa : ” Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang

dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang“. Jelas sekali

Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan

yang sama rata tanpa membezakan antara agama, bangsa dan jantina seseorang. Jelas

menunjukkan bahawa wanita seharusnya mendapat perlindungan sewajarnya daripada mana-

mana pihak demi keselamatan dan perlindungan diri.

Selain itu, terdapat juga pertubuhan WAO. WAO merupakan Pertubuhan Pertolongan Wanita

iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita secara

khusus terhadap keganasan yang dihadapi oleh wanita. Ia diasaskan pada tahun 1982 dan

terus memainkan peranan utama dalam pergerakan hak wanita Malaysia bekerja dalam

bidang pendidikan awam, swasta, undang-undang dan sebagainya. Selain itu, WAO juga

ialah sebuah pertubuhan yang tidak mengutamakan keuntungan, sebaliknya pertubuhan ini

membantu wanita yang tiada tempat tinggal dan miskin yang terdapat di Malaysia.

Dalam filem ini, Fatia seharusnya meminta bantuan daripada pihak yang berkaitan sekiranya

beliau didera oleh Faizal. Beliau tidak seharusnya mencari jalan penyelesaian sendiri dengan

melarikan diri daripada suami serta mempelajari seni mempertahankan diri. Sebaliknya jika

Fatia meminta bantuan daripada pihak yang berkaitan, kemungkinan besar pihak terbabit

16

Page 17: Ben Cinta

akan membantunya dengan memberikan khidmat kaunseling dan sebagainya bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau.

10.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, filem ini banyak memberikan pengajaran kepada penonton.

Pengajaran yang kita dapat lihat dalam filem ini ialah janganlah kita suka menindas kaum

yang lemah. Kita dapat lihat dalam filem ini dimana Faizal yang sering memukul, menampar

dan menyeksa Fatia disebabkan wujud pihak ketiga. Penindasan terhadap kaum wanita telah

tertera dengan jelas dalam kebanyakan babak dalam filem ini. Pengarah ini mengetengahkan

tema penindasan melalui filem ini supaya kita mengambil pedoman terhadap apa yang

berlaku. Hal ini kerana, pada masa kini terlalu banyak kes penindasan terhadap kaum wanita.

Pengajaran kedua yang terdapat dalam filem ini ialah janganlah kita mudah menyerah kalah.

Dalam filem ini watak Fatia yang tidak mudah menyerah kalah dan bangkit untuk berhadapan

dengan suaminya. Walaupun sering diseksa dan dipukul, namun Fatia cuba mempelajari seni

mempertahankan diri bagi mempertahankan haknya yang sering ditindas. Akhirnya, dia

berjaya mengatasi masalah yang dihadapi bersama suaminya berkat daripada semangatnya

yang berani untuk bangkit melawan musuh. Penerapan nilai positif dalam filem ini boleh

dilihat dengan jelas sekali. Hal ini dapat membantu pembaca mahupun penonton untuk

mencontohi nilai-nilai murni dalam filem ini dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, filem

ini wajar ditonton oleh supaya kita dapat mengambil iktibar yang berlaku dalam filem ini.

Yang baik kita jadikan pedoman, dan yang buruk dijadikan pengajaran.

17

Page 18: Ben Cinta

RUJUKAN

Al-Fatihah Md Rahim & Normaliza Abd Rahim. (2014). Kritikan sosial dalam filem Melayu zombi kampung pisang. Journal of Business and Social Development, 2(2), 62-73. Diakses pada Oktober 30, 2014, daripada http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/11/7.pdf

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu apa sudah jadi. Peranan media dalam pengembangan Bahasa Melayu (hlm. 24-25). PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Diakses pada Oktober 30, 2014

Nathesan, S. (2012, September 1). Kata slanga. Diakses pada Oktober 30, 2014, daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=898

Nazri Muslim & Ahmad Hidayat Buang. (t.t.). Islam dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 20. Diakses pada Oktober 30, 2014

Nor Asyikin. (2014, April 3). Slanga dalam bab 5 novel rooftop rant. Diakses pada Oktober 30, 2014, daripada https://asyikinrazak.wordpress.com/category/projek-1/1-0-pengenalan/

Rismawati Marasabessy. (1997). Perbedaan cinta berdasarkan teori segitiga cinta sterbnerg antara wanita dengan pria masa dewasa awal. Diakses pada Oktober 30, 2014 daripada http://www.gunadarma.ac.id/library/articles/graduate/psychology/2008/Artikel_10503160.pdf

Ustaz Asri Md Saman. (2012, Januari 27). Ciri-ciri isteri solehah. Diakses pada November 15, 2014, daripada http://ust-asrimdsaman.blogspot.com/2012/01/ciri-ciri-isteri-solehah.html

Ustaz Haji Abullah Haji Abdul Wahab. (1980). Empat puluh hadis pilihan. Wasiat dan ajaran yang baik kepada perempuan (hlm. 88-89). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

Page 19: Ben Cinta

LAMPIRAN

Poster filem Bencinta yang telah kami pilih dijadikan sebagai tugasan

Filem Enough yang dikatakan telah diciplak oleh Pengarah

19

Page 20: Ben Cinta

Berikut adalah temu bual yang dijalankan ke atas penulis skrip filem ini:

20

Page 21: Ben Cinta

Skrip Filem: Bencinta

21

Page 22: Ben Cinta

Di dapur restoran

Jane: Ok..ok..mari cepat. Yang lain macam mana? Dah siap ka belum?

Fatia: Ok spaghetti dah hantar. Chicken Marinade dah hantar. Fruit? Fruit dah hantar ke

belum ni Liya?

Liya: Dah dah kat depan..kat depan.

Fatia: Hah ok. Sekarang satu ja yang belum bos. Ni..kek ni belum siap..ee cepatlah mak yam.

Amin: Eee..bole tak jangan pressure i. Ok i tengah siapkan ni. Ok. Relax la..

Liya: Tu la..orang suruh buat dari semalam. Hari ni baru terhegeh-hegeh nak buat. Kelam-

kabut.

Amin: I cili mulut u nanti baru tauuuu.

Jane: Cepatlah! Eee dia ni selalu last minute. Cepatlaaa.

Amin: Hah..ok dah siap!

Fatia: Ha..ok

Jane: Hah..mari cepat-cepat. Sekarang semua dah siap. Mereka sudah lama tunggu.

Liya: Eh..jom-jom

Perkarangan restoran

Jane: Come. Let’s go..let’s go.

Fatia: Let’s to celebrate now.

Amin: Come..come.

Fatia: Yeay..birthday girl. Ok..one…two..three

Amin: Two..three (kira nombor bersama-sama Fatia)

(Beramai-ramai menyanyikan lagu happy birthday)

Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Sara..happy birthday to

you…Yeay….

(Sara meniup lilin kek dan memotong kek)

22

Page 23: Ben Cinta

Semua orang bertepuk tangan dalam keadaan yang riang gembira.

Amin: Ok..ok. I have surprise for u.

Fatia: Oo..ooo..surprise!!!

Amin: Ahh haaaa…

Semua orang bertepuk tangan.

Waktu malam di restoran.

Ketika Amin, Liya dan Fatia ingin pulang ke rumah masing-masing.

Amin: Hai si gadis..(menyanyi)

Liya dan Fatia: Hehe…(ketawa melihat gelagat Amin yang melucukan)

Fatia: Wow, banyaknya untung hari ni madam!

Jane: Hai..jangan jealous le..Ini semua kerana saya ada staf yang cukup bagus. Pandai

memasak, pandai melayan pelanggan. Mantap sekali!

Amin: Yes..you di did madam.

Jane: No! We are di did together.

Fatia, Liya dan Amin: Yeay..(sambil tepuk tagan)

Jane: Ok..thank you for today. Balik rehat awal and I see u all tomorrow.

Fatia: Ok. Madam pun jangan balik lambat tau.

Jane: Emm ok.

Fatia, Liya dan Amin: Bye…

Amin: (sambil menarik beberapa helaian duit) Pinjam…(tersenyum)

Jane: Eh..janganla…kena kira balik da…(tersenyum) Bye…..

Di ruang restoran

(Kamal mengetuk meja makan)

Kamal: Puihhh(meludah makanan di atas meja). Excuse me!! U come..(sambil menunjukkan

jari kepada Liya)

23

Page 24: Ben Cinta

Liya: Yes, sir. What can I help you?

Kamal: Chef kau mana?

Liya: Errr…..

Kamal: Dia bagi aku makan apa ni? Kau tolong panggil chef kau datang sini ya. Aku nak

cakap sikit dengan dia.

Jane: Ya encik. Ada apa yang boleh saya bantu?

Kamal: Kau chef ke?

Jane: Chef saya bercuti hari ini.

Kamal: Kalau chef kau cuti..sapa yang masak hah…(sambil menunding jari kearah makanan)

Mother..father..betul la..main-main dengan aku.

Jane: Encik kalau encik tak puas hati dengan masakan ni, kita boleh tukar ke lain..

Kamal: Puihhh…(lalu menyembur air yang diminum)

Amin: Sabar…

Kamal: Teh o ka air bateri ni?

Fatia: Encik cakap perlahan-lahan ya! Sebab ini restoran. Lagipun pasta ni saya yang masak.

Selama saya bekerja kat restoran ni tak ada seorang pun yang complain tentang

masakan saya kerana garam semua pelanggan yang letak mengikuti cita rasa masing-

masing. Jadi sekarang ni nak salahkan siapa? Hah!

Kamal: Habis kau nak cita kat aku yang masakan kau ni tak da masalah la..ermm

Fatia: Tak da!!

Amin: Madam! Dah tahu dah ni nak makan free la ni. Kan?? Memang nampak bergaya tapi

budi bahasa..tak ada! Huh…

Kamal: Hei… si harbok ni..kau kalau dah kena pijak dengan aku kat sini.kau jangan tanya

aku kenapa!! (melulu ke arah Amin)

Jane, Liya dan Fatia: Eh..eh…Encik

Kamal: Kau tahu tak dengan sapa kau bercakap ni? Hah (sambil menolak Amin)

24

Page 25: Ben Cinta

Amin: Eh..don’t touch me la…(terus berlari ke arah Liya)

Faizal: Eh.. Encik…

Amin: (telanggar kerusi lalu terjatuh) Oh mak kau!

Faizal: Saya rasa kita tak perlulah tinggikan suara kat sini. Kalau ya pun makanan encik tak

sedap..tak pa saya boleh tolong bayarkan.

Kamal: Eh..Kau ingat aku tak da duit ka? Ingat aku tak da duit ke hah!!(sambil membaling

wang ke muka Faizal) Aku banyak duit la!

Jane: Macam ni punya pelanggan pun ada. Terima kasih encik kerana menolong.(memandang

Faizal)

Faizal: Sama-sama

Fatia: Terima kasih.(tersenyum)

Amin: Hurmm..thank you tau sebab tolong I tadi.

Jane: Amin!! Hurmm maaf ya. Dia ni memang suka bergurau. Baik! Kemas semua!! Small

matter.

Fatia: Bos..(sambil menyerahkan duit yang diberi oleh pelanggan tadi)

Jane: Tak pa. simpan untuk buat derma.

Amin: Tak payah dok derma sangat la. Ni kita pi karaoke (sambil memegang wang tersebut)

Fatia: He..he..kelakar kan (ketawa kecil)

Fatia, Liya dan Amin: he…he..(ketawa riang)

Amin: Kau buat lawak la Tia. Mamat tadi handsomenya!!! Lelaki punyaan setiap kaum

wanita, termasuk Kak Min..

Liya: Dah la handsome, tinggi pulak tu, putihnya ya Allah…Kacak sungguh!! Ermm..Lepas

tu cuba kau erk..cuba kau bayangkan kalau dia kawin dengan aku..ermm sweetnya

(tersenyum)

Amin: Hei..langkah mayat mak dulu..tak boleh…

Fatia: Ada-ada je la korang ni.

25

Page 26: Ben Cinta

Liya: Laki tadi tu ok apa? Nak cam mana lagi?

Fatia: Ok memang ok. Tapi tu la aku tak memilih la. Jumpa lelaki yang boleh terima aku

seadanya pun dah cukup dah.

Amin: Yes. Dan disudahi dengan aku terima nikahnya. Hehe..Makan-makan. Sedap kan?

Di kaunter bayaran

Jane: Emm..manis betul! Tambah ais la!

Fatia: Bole-bole.

Liya: Fatia…Fatia. Fatia. I have something for you.(sambil memegang sekeping kertas)

Fatia: hurm (muka terkejut)

Liya: Note daripada lelaki semalam. (sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Fatia)

Fatia: Lelaki mana?

Jane: Wah..ada peminat.

Amin: (menyanyi) Diam-diam dah ada peminat.

Jane: Nak baca!

Amin dan Fatia: He..he

Jane: Hei..untuk cute chef. Siapa ya?

Amin: Cute chef? Cute chef I la. OMG!!!! Hehehe

Jane: Hei..jangan nak perasan la. Ini untuk chef yang pasta!

Fatia: Humm..(tersenyum)

Amin: Pasta you? Cute chef i..

Liya: So? Jangan nak perasan erk?

Amin: Em..tak pa lah…

Liya: Fatia….awak dah ada peminat.

Fatia: Hei..hehehe (tersenyum girang)

Liya: Suka? Suka?

26

Page 27: Ben Cinta

Liya dan Amin: hah……madam Tia senyum..hehehehe

Fatia: Eeehhh…

Jane: Huuuu…manisnya, Fatia. Tahan-tahan jangan senyum.

Amin: Haa..tahan-tahan…ehh senyumla balik…hehehe

Perjalanan pulang dari restoran

Amin, Fatia dan Liya menyayi lagu “rasa sayang” (rasa sayang hei..rasa sayang-sayang

hei..lihat nyonya jauh rasa sayang..sayang hei..)

Terjumpa Faizal di hadapan restoran

Amin: (sambung menyanyi) dengan orang handsome lagi. Oh My God. (sambil menyebur

minyk wangi di seluruh badan) pakai sport car lagi?

Liya dan Amin: Kitaorang balik dulu la ya. Bye Fatia. Kirim salam pak hansome!

Faizal: Hai.

Fatia: Hai.

Faizal: Boleh saya hantar awak balik?

Fatia: Macam mana awak tau saya balik time macam ni?

Faizal: Err..dari tadi saya tunggu awak kat sini.

Fatia: Arr..tak pa la erk! Terima kasih. Tapi saya boleh balik sendiri.

Faizal: Awak!

Fatia: Tak payah la buat muka kesian macam tu. Awak buat saya rasa serba salah la. Macam

ni awak naik ja kereta, awak pergi tak payah tunggu lagi dah. Sebab saya memang

baleh balik sendiri.

Faizal: Eh..saya akan terus tunggu sini la kalau tak dapat hantar awak balik!

Fatia: Masalahnya sekarang ni saya tak kan naik kereta dengan orang yang saya tak kenal.

Faizal: Ok. Kalau macam tu saya Faizal. Saya ingin sangat nak berkenalan dengan awak cik

Fatia. (sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)

Fatia: Cam mana awak tahu nama saya Fatia?

27

Page 28: Ben Cinta

Faizal: Kan tadi kawan awak sebut. Jadi, boleh saya hantar awak balik?

Fatia: Oh.tak nak.

Faizal: Kalau awak tak nak saya hantar awak balik, saya akan bunyikan hon ni sampai pagi..

(pin..pin..pin..)

Fatia: Eh,apa awak buat ni!

Faizal: Silalah naik.

Fatia: Tak nak!

Faizal: Betul awak tak nak ni? (menekan hon pin…pin..pin)

Fatia: Eh..Faizal..Faizal. Janganlah macam tu.

Faizal: Awak tahu nama saya? Jadi awak dah kenal saya lah. Silalah naik.

Fatia: Ermmm…(menggelengkan kepala)

Faizal membunyikan hon lagi.

Fatia: Ok..Ok..Ok. Tapi terus hantar saya balik.

Faizal: Saya akan hantar awak balik samapai depan rumah.

Faizal dan Fatia masuk ke dalam kereta.

Keesokkan hari di kaunter restoran

Fatia: Liya….meja nombor 321 kirim salam. Da peminat nampaknya? Peewitt.

Liya: (tersenyum)

Fatia: Aik, sapa punya bunga ni? Haa..ada kad. Mai saya baca!

Di restoran (malam)

Faizal: Awak tak percaya ke?

Fatia: Bukan tak percaya la awak. Tapi..awak tak rasa ke semua ni macam awal?

Faizal: Awak percaya tak pada cinta pandang pertama?

Fatia: Cinta pandang pertama! Terlalu fairy tale sangat la untuk saya.

Faizal: Tapi tak salah kan kalau kita hidup dalam fairy tale.

28

Page 29: Ben Cinta

Fatia: He..he..tapi realitinya tak macam tu.. Ok la Faizal saya tengah kerja ni.

Faizal: Ehh..awak take care ya.

Fatia: Take care. Bye.

Faizal: Bye.

Keesokkan hari di dapur restoran

Amin: Ermm..dah siap nanti bagi saya tau.

Fatia: Already. Liya..spaghetti number five is ready.

Liya: Thank you, Fatia.

Fatia: You’re welcome.

Jame: Fatia..

Fatia: Ya..

Jane: Fatia.. please Fatia. Fatia you need to go outside to settle this problem. Lelaki yang you

kenal buat hal kat depan. Tengok semua pelanggan dah lari dah.

Fatia: Kawan lelaki?

Jane: Iyea..

Fatia: You mean Faizal?

Jane: Yes..cepat!! Hurry up, come on.

Jane dan Fatia bergegas ke ruang makan pelanggan

Faizal: (sambil berdiri di atas kerusi) Mintak maaf..mintak maaf..mintak maaf pada semua

pengunjung pada hari ini. Saya tahu perkara ini agak drastik. Tapi kata orang masa tak

kan menunggu kita.

Fatia: Turun!

Faizal: Kita baru kenal. Tapi awak tak kan kenal saya walau seribu tahun awk kawan dengan

saya.

Fatia: Faizal!(sambil menarik tangan Faizal untuk turun) Faizal..saya…

29

Page 30: Ben Cinta

Faizal: Fatia..saya ikhlas.

Fatia: Tapi kita baru ja kenal.

Faizal: Bila awak dah jumpa seseorang yang betul dalam hidup awak, hati awak akan turut

merasakannya. You just know without any reason. Fatia..saya ikhlas nak kawin

dengan awak kerana Allah. Dia yang temukan kita. Saya percaya ini jalan yang

ditentukan oleh Dia. Ok! Memang apa yang saya buat ni tak masuk akal. Tapi bagi

saya ia sangat berbaloi. Fatia..saya cintakan awak!

Fatia: (tersenyum)

Semua orang yang berada di restoran menepuk tangan kegembiraan.

Amin: I love you Fatia. (menjerit)

Di rumah Fatia dan Faizal

Fatia: Abang..gambar ni nak sangkut kat mana erk?

Faizal: Sangkut la kat mana-mana..kat sini ka?

Fatia: Tu la abang. Rumah ni besar sangat. Tak tau nak letak kat mana dah. Kan kita tinggal

berdua ja.

Faizal: Hari ni kan kita berdua. Tak lama lagi kita ada anak-anak. Lagipun abang tak sabar

nak dapat anak, sayang. Kalau boleh abang nak anak cepat.

Fatia: Tia pun sama. Tia harap kita dapat zuriat yang baik.

Faizal: ermm..Tia..dalam rumah kita ni da satu undang-undang tau.

Fatia: Undnag-undang?

Faizal: Ok..ermm Tia boleh pergi mana saja dalam rumah ni yang Tia nak pergi. Tapi abang

mintak satu ja..Tia jangan masuk bilik office abang kat bawah tu. Sebab abang

memang tak suka sesiapa kacau office abang tu. Bole ya?

Fatia: Ermm..tengok la..tengok la..

Faizal: Promise la..

Fatia: Ok..I promise! I promise!

Faizal: Ok good girl. Come here. (lalu memeluk Fatia)

30

Page 31: Ben Cinta

Fatia: Ermm ada apa agaknya kat bilik tu?

Faizal: Ikan Jaws!

Fatia: Ha..ha..ha…tapi yang paling penting Tia happy sangat dengan abang.

Faizal: Itu yang penting.

Di restoran

Fatia: Liya, Jane, Amin..sebenarnya aku nak berterima kasih sangat kat korang sebab bantu

aku masa wedding hari tu. Kalau tak da korang, tak tahu apa akan jadi hari tu. Special

thank to Jane sebab bagi pinjam restoran ni. Thank you.

Jane: Sama-sama. Berapa kali nak ucap terima kasih ya! Dia ni buat saya rasa macam orang

luar la.

Liya: Tah..kita kan satu family.

Amin: Ermm..betul tu. Yang penting kau jangan lupakan kitaorang. Mentang-mentangla kau

dah dapat kawin dengan lelaki pilihan mak ni (sambil memegang dada) Hah..tak elok

berdosa nanti. Tapi aku mesti rindu kat kau nanti.

Jane: Hei..saya lgi sedih tau. Dulu ada tiga orang pekerja mantap, tinggal dua orang ja.

Fatia: Ala..janganla cakap macam tu.

Jane: Ya lah..duduk dulu. Ok.

Liya, Fatia dan Amin: Nak pergi mana?

Jane: Saya pergi buat air.

Liya dan Amin: Ehhh..tak pa..saya buat..saya buat.

Jane: Kenapa? Tak percaya saya boleh air dengan sedap ka?

Fatia: Liya??

Liya: Ya..

Fatia: Kenapa Syah tak datang masa wedding aku hari tu erk?

Liya: Eh..tak la bukan tak datang. Dia kan ke Langkawi kerja kapal. Aku tak bagi tau kau

erk?

31

Page 32: Ben Cinta

Fatia: Tak…

Liya: Ya ka?

Fatia: Amin..Liya..sebenarnya aku takut la nak mulakan hidup baru tanpa korang.

Amin: Ok..Tia..kau janganla cakap cam tu. Sekarang ni kau kena kuatkan diri kau dan buang

semua ketakutan yang ada pada diri kau. Dan yang paling penting sekali kau jangan

bergantung pada orang lain. Kau kena ingat dalam dunia ni semua orang akan pergi

jugak nanti.

Fatia: Alololo…(mencubit pipi Amin)

Amin: Ehh..dah sampai.

Jane: Eh..apa feeling-feeling ni?

Amin: Mana ada la..

Jane: Minum-minum dulu la.

Amin: Wah..sedapnya…

Tempat letak kereta

Fatia: Buat macam besar sikit..hahaha

Faizal: He..he..itu lawak

Tiba-tiba ada seorang lelaki terlanggar Fatia

Faizal: Hei bro..

Lelaki: Yes?

Faizal: Minta maaf dengan wife aku sekarang.

Fatia: Tak palah abang. Dia tak sengaja tu.

Faizal: Tak..abang tak puas hati. Minta maaf sekarang!

Lelaki: Kan tadi aku dah angkat tangan. Kau tak nampak ka?

Faizal: Kau ni tak reti nak berbudi bahasa ka? Kau dah langgar orang, kau tak reti minta maaf

ka?

32

Page 33: Ben Cinta

Lelaki: Ok..ok..sekarang aku minta maaf.

Fatia: Eh..abang. dia dah minta maaf kan? Dah la..

Dapur

Fatia:Ahhh….abang-abang guess what?

Faizal: What?

Fatia: I’m pregnant. Are you happy?

Faizal: Yes I am. Menari?

Mereka menari gembira.

Dalam bilik tidur

Fatia: Tak habis-habis lagi ka? (melihat gelagat Faizal bermain dengan mainan bayi)

Faizal: Cute kan? Cute lagu ni kan?

Fatia: Yup

Faizal: Kelengkapan untuk anak kita rasanya dah cukup. Ermmm..jadi Tia tak perlu risau lagi

ok!

Fatia: Abang..semuanya dah cukup ni. Ni tengok ni banyak sangat barang baby yang abang

beli. Dalam almari tu penuh dengan baju-baju dia dah.

Faizal: Tia..sayang..yang penting sekarang ni..Tia kena jaga kesihatan Tia..Tia kena jaga

pemakanan Tia..supaya baby dalam perut Tia ni dapat dilahirkan dengan sihat dan

sempurna. Itu lebih penting.

Fatia: Ok.

Di ruang tamu

Faizal: Hei..sayang kenapa buat kerja-kerja ni? Tak mau..tak mau

Fatia: Tak pa..boleh buat lagi la..(memegang batang mop)

Faizal: Tak payah. Nanti terberanak kat sini sapa yang susah?

Fatia: Ala…

33

Page 34: Ben Cinta

Faizal: Jom..nah minum. So sekarang ni bagitau saya mana nak mop?

Fatia: Haaa..tepi tu pulak..hi..hi..

Dalam bilik tidur

Faizal: Eh..kenapa ni?

Fatia: Sakit tulang belakang. Tak selesa la..(sambil menepuk-nepuk tulang belakangnya)

Di hospital

Faizal: (sambil mendukung bayi) Hello..hai princess

Fatia: Bang..nak tengok Tiara

Faizal: Alolo..anak papa..

5 tahun kemudian

Di dapur

Fatia: Tiara…Tiara..mari breakfast Tiara

Tiara: Mama..mama aunty Liya datang(sambil menarik tangan Liya)

Liya: Hello..hai morning

Fatia: Hai…(lalu bersalam tangan) Aik sapa bagi Tiara patung tu?

Liya: Sapa bagi?

Tiara: Aunty Liya bagi.

Liya dan Fatia: (ketawa)

Fatia: Dah cakap thank you belum?

Tiara: Thank you.

Liya: Welcome.

Fatia: Good girl. Makan..makan sayang.

Liya: Tia…

Fatia: Sayang..sayang makan breakfast kat sini erk. Mama nak cakap dengan aunty Liya kat

depan ya.

34

Page 35: Ben Cinta

Tiara: Ok…

Di ruang tamu

Liya: Tia..aku tengok kau ni macam ada masalah ja? Termenung sana..termenung sini.

Fatia: Aku macam ni ja la..Liya

Liya: Faizal masih tak balik rumah lagi kan? Tak kan kau tak dia pergi mana suma?

Fatia: Aku tak berani nak Tanya.

Liya: Tia..kau tak bole buat perangai macam ni tau. Sampai bila? Kau dah pendam benda ni

dah lama sangat tau tak?

Fatia: Tah la Liya..mungkin betul jugak apa yang dia cakap..yang dia banyak sangat kerja kat

office. Kadang-kadang tak boleh nak balik. Kadang-kadang sampai lewat malam.

Mungkin betul juga apa yang aku rasa…yang dia ada perempuan lain.

Imbas kembali

Faizal: Aik? Tia tak tidur lagi?

Fatia: Tak! Tia tunggu abang.

Faizal: Why anything special today?

Fatia: Sejak kebelakangan ni abang selalu balik lewat? Abang..kalau abang ada apa-apa

masalah abang kena bagitahu Tia. Abang jangan buat Tia macam ni!

Faizal: Tiara ada kat mana?

Fatia: Tiara dia tidur dalam bilik dia la.

Faizal: Haiii..abang penat la Tia.

Fatia: Abang…Tia tahu abang penat. Tia bukan nak bebankan abang lagi. Tapi abang sedar

tak yang abang dah berubah sejak kebelakangan ni. Tiap malam bila Tia tunggu abang

balik..abang tak pun tanya Tia ok ke tidak? Keadaan rumah macam mana? Kadang-

kadang bila Tia masak abang langsung tak mau makan. Apa masalah abang

sebenarnya?

Faizal: Tia..cukupla membebel malam-malam macam ni. Abang balik ni penat. Abang balik

nak tidur.

35

Page 36: Ben Cinta

Fatia: Abang…abang tak boleh terus macam ni. Abang kena cakap dengan Tia. Abang ingat

Tia ni apa? Cakap dengan Tia boleh tak?

Di ruang tamu (realiti)

Liya: Macam mana Faizal boleh berubah sampai macam tu sekali erk? Macam ni la Tia aku

rasa dah sampai masanya untuk kau buat sesuatu. Kau tak terus macam ni tau. Sebab

Fatia yang aku kenal bukan macam ni tau. Fatia kau dengar tak? Hahh!!

Di dapur

Tiara : Papa nak sup.

Faizal: Ok. Nah. Nah makan. (sambil mencedok makanan ke dalam pinggan). Nah, mama

cubit sikit. Kenapa diam je?

Fatia: Tak de pape. (sambil memandang kearah muka Faizal)

Faizal: Ehh sayang, makan smpai habis.

Fatia: Abang, bila kita nak pegi holiday? Hurm..Dah lama sangat tak pegi holiday.

Faizal: Abang busy. Tia tahu kan abang busy. Tak perlu cakap nak holiday depan anak ehh…

Hai sayang..Tambah lagi.

Sambil menyusun pinggan, tiba-tiba telefon berbunyi…

Fatia: Hmmm..(lalu mengangkat panggilan tersebut)

Ros: Hello sayang. Sayang. You kat mana ni sayang. Kenapa tak pick up phone ni..I

dah lama tunggu you ni sayang…Sayang you kat mana ni? Hello sayang.

Fatia: Siapa ni?

Ros: I Ros. Girlfriend Faizal. You ni sapa nak tanya-tanya ni?

Fatia: Saya Fatia. Isteri Faizal.

Ros: Ohh..Ohh sorry.

Fatia: Tunggu!

Ros: Ada apa lagi?

Fatia: Dah berapa lama?

36

Page 37: Ben Cinta

Ros: Sorry! You ni kenapa nak tau lebih-lebih? This none of your business okay! I rasa

you tak perlu nak tau lebih-lebih pasal I dengan dia.

Fatia: Dah berapa lama awak dengan dia?

Ros: Ok! kalau you nak tahu sangat, I dengan dia dah 6 bulan. Puas hati you!

(Fatia mematikan panggilan sambil menangis teresak-esak)

Di bilik tidur

Faizal: Pandai dia. Nah papa selimutkan. Gudnight!

Tiara :Gudnight papa.

Faizal: Good girl. (sambil menuju ke dapur)

Di dapur

Faizal: Erm..Abang ada meeting, maybe balik lewat sikit kot.

Fatia: Ros call. Dia kata dah lama dah tunggu abang.

Faizal: Tia, abang….

Fatia: Kenapa selama ni abang tipu Tia aaa? Apa kurangnya Tia? Apa lagi tak cukup ea

abang? Apa lagi yang tak cukup?

Faizal: Tak de ape yang kurang pada Tia.

Fatia: Jadi apa silap Tia!

Faizal: Abang laki dan abang mampu, Tia. Ros tu tak bermakna apa dalam hidup abang. Tia

dengan Tiara lebih penting untuk abang.

Fatia: Apa merepek ni, abang? Apa abang merepek ni. Tia tak faham apa abang merepek ni!

Faizal: Ok macam ni. Tia tak perlu masuk campur pasal Ros. Dan Tia tak perlu pikir pun

pasal Ros. Ros tu Cuma pompuan murahan yang teman abang kat luar. Itu aje.

Fatia: Pompuan murahan? pompuan murahan? Perempuan murahan ape yang abang simpan

kat luar selama 6 bulan ha? Laki jenis apa! (sambil menolak Faizal)

Faizal: Heyy..(sambil mencekik Fatia). Aku pantang kalau pompuan jerit kat aku kau faham

tak? Tadi kau dengar kan aku cakap ape? Dalam hati aku cuma ada kau sorang je. Kau

37

Page 38: Ben Cinta

dengar kan tadi! (lalu menampar Fatia berulang kali). Tadi kau dengar kan? Tak

semestinya aku kena abdikan diri aku pada kau sorang saja kau faham tak? Kau Cuma

perlu jadi isteri yang baik, dan ibu yang baik. Itu saje. Yang lain aku akan uruskan.

Oleh kerana kau dah tahu pasal Ros, bagus! Jadi aku tak perlu lagi tipu kau kalau aku

nak keluar dengan Ros. Dan satu lagi, kau tak perlu Tanya aku pasal Ros. Kau faham?

Tia…Abang masih lagi cuba menjaga hati dan perasaan Tia. I love you so much

(sambil mencium dahi Tia dan berlalu pergi).

Tia menangis teresak-esak akibat dicekik dan ditengking suaminya

Di restoran

Jane: Ya, awak nampak lesu dan tak gembira. Faizal buat hal lagi ke?

Liya : Tia, kau ok tak ni?

Amin : Tia.

Tia menunjukkan bekas dicekik pada lehernya

Amin : Oh my god!

Jane: Apa dia dah buat? Dia dah gila ke apa? Awak kena buat report la.

Amin: Betul! Saya sokong cakap madam. Tia, Faizal ni memang dah melampau! Ni kes dera

tau tak?

Tia: Tak boleh.

Liya: Hah? Tak boleh? Tak boleh kenapa? Dah teruk macam ni pun tak boleh lagi?

Tia: Macam mana aku nak buat report? Faizal tu suami aku. Ayah kepada Tiara. Apa yang

aku boleh buat? Faizal ada duit, dia ada kuasa. Macam-macam dia boleh buat. Yang

penting sekarang ni aku nak lindungi Tiara. Aku akan jaga Tiara. Sekurang-kurangnya

Faizal takkan apa-apakan Tiara.

Di rumah

Faizal: Eww..Ha ha ha…Okay kita dah balik. Mama mana ni? Tia!

Tiara: Mama.

Faizal: Tia!

38

Page 39: Ben Cinta

Tiara: Mama.

Faizal: Sayang, sayang tunggu sini sekejap tau. Papa pergi cari mama ea..

lalu bergerak mencari Fatia

Faizal: Fatia!

Fatia: Abang.

Faizal: Ehh..Kau buat apa kat sini?

Fatia: Tak buat apa-apa bang. (sambil ditampar oleh Faizal)

Faizal: Ehh sini. Aku ni aku pantang betul la orang tak ikut arahan aku. Kau tu isteri aku.

Seorang isteri yang baik harus taat pada perintah suami. Kau bodoh? Kau tak tahu

perintah Tuhan ahhh? (sambil terus menampar Fatia)

Tiara: Mama, papa. Buat apa tu?

Faizal: Hai, Tiara. Hai kenapa tak duduk kat atas. Tunggu papa kat atas ha sayang.

Fatia: Jum sayang. (sambil membawa Tiara pergi dari situ)

Fatia meluahkan perasaan kepaada sahabatnya diiringi lagu medley. Fatia melihat Faizal

mabuk dan bersama Ros di kelab. Fatia terus mengenangkan nasibnya yang sering dipukul

oleh suaminya.

Di dalam bilik

Fatia: (sambil berdoa) Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosaku, kau

berkatilah perjalanan hidupku ini, kau berilah petunjuk kepada diriku, sesungguhnya

aku sesat mencari jalanmu ya Allah. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa suamiku,

kau tempatkanlah suamiku setinggi-tinggi darjat disisimu ya Allah, amin.

Fatia cuba keluar dari rumah

Di dalam kereta

Jane: Haih..saya Cuma risaukan kalau Faizal ni masih berjaga. Habis Fatia.

Liya: Tak tak tak tak. Ni confirm Faizal dah tidur dah. Sebab rumah tu cam gelap je. Amin

apa- apa kau standby ok.

Amin: Ok.

39

Page 40: Ben Cinta

Fatia segera mengambil Tiara dan terus melarikan diri

Fatia: Shhhh……shhhhhh

Amin: Huishhh…ehhh dah pukul berapa lamanya Fatia ni.

Liya: Sabar la.

Jane: Itulah, hati saya rasa tak sedap betul macam ada sesuatu tak kena aje. Heh, apa kata

kita turun ajelah.

Liya: Jap jap. Sabar sabar sabar k. Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau Fatia tak keluar juga, baru

kita masuk ea.

Amin: Betul tu.

Liya: Sabar la kejap.

Jane: Hmmmm..

Di rumah

Fatia segera membuka tombol pintu. Tiba-tiba Faizal muncul dibelakangnya

Faizal: Kau diam. Letak sini. Haaa..Ni dah melampau sangat.

Fatia: Abang.

Faizal: (menampar Fatia sehingga tersungkur ke lantai)

Jane: Hahhh?? Hei itu suara Fatia kan? Mari mari mari cepat cepat turun turun turun.

Liya: Jum jum jum cepat. (mereka bertiga segera keluar dari kereta)

Faizal terus memukul dan menendang Fatia

Faizal: Sini. Kau nak larikan anak dari aku ya? Kau ni tak pernah ada hati dan perasaan

langsung. Kau tak kesian kat aku ke? Dan kau tak tau ke dunia kau ni dalam

genggaman aku!

Amin, Liya dan Madam Jane terus melulu masuk rumah tersebut

Amin: Faizal!

Jane: Faizal!

40

Page 41: Ben Cinta

Liya: Faizal!

Jane: Awak gila ke? Fatia kan isteri awak.

Faizal: Aku boleh buat apa saja kat isteri aku. Korang semua ni sapa? Apa kena mengena

korang dengan dia?

Liya: Silap besar Fatia kawin dengan kau.

Faizal: Hah? Silap besar dia kawin dengan….Ha ha haa….Silap besar dia kawin dengan aku?

Kau cuba tengok rumah aku ni! Betapa besarnya rumah aku. Kau cuba tengok. Berapa

biji kereta aku ada kat luar tu? Dia takkan dapat semua ni kalau dia tetap bekerja

dekat cafe bodoh kau tu.

Amin: Hei hei hei!!

Faizal: Kau nak lawan dengan aku ye budak? Hahhh

Amin: Don’t touch k.

Faizal: Kau nak lawan dengan aku! Betul kau nak lawan dengan aku?

Amin: Jum.

Faizal: Kau bagi anak aku.

Amin: Jangan dekat.

Tiara: Papa papa buat apa ni?

Faizal: Tiara, papa tak buat apa sayang. Sini kat papa.

Amin: Bawak Tiara keluar. Babe.

Faizal: Fatia…datang sini sayang. Jangan lari sayang…Fatia!!!

(mereka terus melarikan diri)

Fatia: Tiara…

Jane: Masuk masuk masuk..

Di dalam kereta

Jane: Cepat cepat cepat.

41

Page 42: Ben Cinta

Fatia: Cepat…

Liya: Tia..dah la tu..Sekarang ni kita kena pikirkan something.

Fatia: Kenapalah hidup aku sampai macam ni sekali?

Amin: Tia…apa kau cakap ni..sekarang ni kau kan dah selamat. Betul tak madam?

Jane: Haihh…baik kita fikir kat mana mereka nak tinggal malam ni.

Amin: Betul.

Jane: Hehh..mereka tak boleh tinggal dengan kita. Pasal Faizal tahu rumah kita.

Amin: Kat mana nak tinggal?

Jane: Haaaa…saya tau kat mana mereka boleh duduk. Mari bergerak dari sini dulu.

(lalu mereka beredar dari tempat tersebut)

Di hotel

Fatia: Meh duk sini. Kita sikat rambut Tiara. Hekk…Kita sikat rambut dia cantik-cantik ok.

Tiara: Mama kita kena tidur sini ke mama? Papa tak de.

Fatia: Malam ni kita tidur sini ok. Mulai pada hari ni, Mama dan Tiara je. Papa tak de.

(sambil mencium kepala Tiara). Sayanggg dia..

Telefon Fatia berdering..

Fatia: Jap. (lalu mengangkat telefon tersebut)

Fatia: Hello..

Faizal: Berani kau jawab panggilan aku..Kau ingat kau boleh lari daripada aku? Hekk hekk

hekk..Kau ingat aku tak tau kau kat mana sekarang? Kau baru check in kan? Sampai

lubang cacing aku akan cari kau. Baru sekejap kau takde, dah terasa rindu kat dalam

hati ni. (Fatia mematikan panggilan telefon).

Fatia: Tiara..Malam ni kita tak jadi tidur sini ok. Kita tidur tempat lain. Sini tak best. Ok.

(Fatia segera meninggalkan hotel tersebut). Ok..Tiara pegang mama kuat-kuat ok.

Di perkarangan hotel

Faizal: Fatia!! (Fatia terus melarikan diri daripada Faizal).

42

Page 43: Ben Cinta

Fatia: Teksi..teksi..Pergi pergi pergi bang!

Di stesen bas

Fatia: Aku tak percaya semua ni. Semenjak benda ni akaun semua kena beku. Kad kredit aku

semua pun dibatalkan. Kenapa aku tak nampak semua ni ha..Selama 5 tahun aku

bersama dengan Faizal, 5 tahun…

Amin: Ya..Ya..Ya…kau janganlah sedih. Kalau kau sedih, kitorang pun sedih jugak. Yang

penting untuk Tiara, kau kena kuatkan semangat kau. Emmm…

Liya: Tia, kau ambik ni.

Fatia: Apa ni Liya?

Liya: Aku ngan Amin nak bagi lebih pun kitorang bukannya berduit sangat. Jane pun ada

bagi lebih sikit tu. Cukupla nak tampung hidup kau sebulan dua bulan sebelum kau dapat

keje ke ape ye.

Fatia: Terima kasih Liya.

Liya: Humm..

Fatia: Terima kasih Amin.

Amin: Sama.

Fatia: Aku bersyukur sangat sebab aku ada korang.

Liya: Jangan mengada ok. Kita semua ada untuk kau. Kau je yang kene kuat. Ok!

Amin: Emmmhh lagi satu. (sambil mengeluarkan secebis kertas). Nah. Naik bas terus pegi ke

Perlis. Sampai kat Perlis nanti, ada jeti terus pergi Langkawi. Tapi kau nak buat apa

pergi sana? Betul ke kau nak pergi ni..

Fatia: Aku nak jumpa kawan aku.

Liya: Kau dapat contact dia ke?

Fatia: Aku tau dia ada dekat sana.

Di jeti

43

Page 44: Ben Cinta

Fatia: Tiara, Tiara suka naik feri tak?

Tiara: Suka!

Fatia: Sekarang ni mama nak bawa Tiara naik feri. Emm…senyum sikit. Aaaaa…(lalu

mencium pipi Tiara). Tiara, nanti kalau diorang tanya nama Tiara siapa, Tiara jangan

cakap nama Tiara Tiara tau. Tau! Ok..Kita betulkan rambut Tiara dulu.

Shah: Fatia, dah lama sampai?

Fatia: Baru je.

Shah: Hello, siapa nama ni?

Fatia: Salam..salam uncle..salam.

Shah: Haa…siapa nama ni?

Tiara: Nora Danish.

Shah: Haaa…Jum kita beli tiket.

Fatia: Jum..jum Tiara.

Di atas feri

Fatia: Lama tak jumpa awak. Macam mana keadaan awak kat sini?

Shah: Saya ok, Tia.

Fatia: Ok.

Shah: Laut ni telah memisahkan saya dengan banyak benda, Tia. Tenang rasanya hidup kat

sini. Haippp…apa ni..(sambil berkata kepada Tiara)

Tiara: Dah 5 tahun awak menjauhkan diri. Saya rindukan persahabatan kita. Ermmm..

Shah: Tapi saya rasa ada tujuan lain kenapa awak ke sini sebenarnya. Yang tu kenapa? Tak

sangka Faizal macam tu.

Fatia: Selagi dunia belum kiamat Shah, macam-macam orang wujud, Shah.

Shah: Tapi kan, saya lega awak cari saya, Tia. Maknanya awak tak lupakan saya lagi.

Fatia: Shah, dari rumah anak yatim, awak dengan Liya je yang saya ada, Shah.

44

Page 45: Ben Cinta

Shah: Tapi awak rasa Faizal takkan cari awak dekat sini ke?

Fatia: Mungkin tak.

Shah: Tia, saya nak awak faham satu benda je. Selagi saya masih hidup, saya akan pastikan

awak selamat. Tu janji saya pada awak. Hei…ni Langkawi la..Semua ni gua yang

punya tau. Gua punya. Lu faham. Faham ke dak?

Fatia: Terima kasih, Shah.

(mereka menuju ke rumah Shah)

Di rumah Shah

Shah: Ni la rumah saya, Tia. Untuk sementara waktu ni, awak boleh la tinggal kat sini. Tu je

yang saya mampu tolong buat masa ni.

Fatia: Shah…Ni pun dah cukup bagus dah Shah. Terima kasih.

Shah: Tiara, Jum kita tengok kat dalam nak? Jum.

Fatia: Jum.

Shah: Kat sini, Tiara boleh main-main. (sambil menunjukkan ke arah rumahnya). Boleh main

ball. Ha, dekat depan sana tu.

Fatia: Okeh..Jum..Kita buka kasut. Cantikkan ni Tiara.

Shah: Ha ha..

Fatia: Okey..come. Tiara duduk dekat atas ni.

Tiara: Mama..ni rumah baru kite ke Mama?

Fatia: Sayang suka tak tempat ni?

Tiara: Suka.

Fatia: Ok…(lalu mencium dahi Tiara)..Hmmm..Saya akan mulakan hidup baru kat sini.

Shah: Saya ada sini untuk awak, Tia. (menuju ka arah Tiara)..Tiara, nak tengok kapal tak?

Kat sana..Hahh..Tu kat sana..Nampak? Tu jauh tu..

Fatia: Nak tengok tak tu? Jum. Waahhh..

Shah: Tu ha kat sana..

45

Page 46: Ben Cinta

Fatia: Wow..

Shah: Ha..nampak?

Tiara: wow…

Shah: Nampak tak?

Tiara: Nampak.

(lagu)

Shah: so, ape plan awak?

Fatia: plan saya? saya akan cari kerja dekat sini dan mulakan hidup baru di Langkawi...ok

tak?

Shah: ok..Faizal macam mana?

Fatia: Faizal? saya akan bawa hal ni ke mahkamah.

Shah: tapi kalau awak fight Tia, awak kena fikir hak penjagaan Tiara mungkin dapat kat

dia sebab dia ayah dan dia lebih berkemampuan.

Fatia : Memang dia mampu, tapi saya akan fight.. saya takkan biarkan Tiara hidup dengan

ayah yang panas baran macam tu Shah. Saya takkan biarkan Tiara lalui apa yang saya

lalui selama ni. Kalau saya perlu tentang satu dunia untuk dapatkan Tiara, Shah, saya

buat. Sebab saya ni ibu dia Shah. Serahkan Tiara pada Faizal adalah perkara terakhir

yang saya akan buat dalam hidup saya. Saya takka sia-siakan peluang yang ada. Kalau

sampai menggadai nyawa pun, saya sanggup Shah. Saya sanggup.

Shah : Tapi saya yang tak sanggup kehilangan awak lagi, Tia. Tia, sebenarnya saya tak

pernah lari dari awak selama ni. Saya lari dari perasaan saya sendiri. Bila tengok awak

dan Faizal bahagia, saya tahu awak tak dijadikan uantuk saya. Tapi sekarang awak

dah kembali, dan saya harap kali ni awak kembali untuk saya. (senyum).

Fatia: Shah, saya masih isteri Faizal yang sah. 5 tahun Shah. Bukan mudah untuk saya

lupakan semuanya. Tapi kenapa awak sanggup biarkan hati awak menunggu saya

begitu lama Shah?

Shah: Sebab dalam cinta semuanya boleh Tia. Apabila kita mencintai seseorang, kita

benarkan mereka ada dalam hati kita. Sakit sangat apabila kehilangannya macam

46

Page 47: Ben Cinta

hilang separuh dari nyawa kita sendiri. Nak buat macam mana kan, inilah namanya

kehidupan. Kita terima aje lah kehidupan hakikat Dia.

Atas bangku

Fatia: ok. Kim salam semua Liya..bye.

Tiara: Mama, Tiara rindukan papa.

Fatia: okey.(mendail nombor telefon Faizal)

Faizal: hello?

(Fatia memberikan telefon bimbit kepada Tiara untuk bercakap dengan Faizal)

Tiara: hello papa.

Faizal: Tiara..Tiara sihat?

Tiara: sihat.. papa sihat?

Faizal: papa okey..Tiara, papa rindu sangat kat Tiara ni.

Tiara: Tiara pun rindu kat papa.. papa jangan pecah mama lagi ok.

Faizal: okey sayang.. sayang kat mana ni?

Fatia: hei, engkau tak perlu tau kitorang kat mana.

Faizal: hei perempuan, kau jangan ingat aku tak boleh cari…..

(Fatia mematikan talian)

Faizal: jahanam punya perempuan.. huh!!

Tiara: ama, Tiara rindukan papa.

(Fatia menangis)

Fatia: papa dah tak perlukan mama sayang.

Tepi jeti

Kamal : Tia semua ada kat Langkawi sekarang ni.

Faizal: aku nak kau ajar perempuan tu cukup-cukup. Tapi kau jangan apa-apakan anak aku,

bini aku cukup.

47

Page 48: Ben Cinta

Kamal: kalau macam tu baik aku ambik anak kau je. Kan? Kan? kau lupakan jela perempuan

tu, come on la, kata haruan tasik ada bulu takda sisik. Kalau setakat kodok macam

gitu bersepahlah kat sini. Kau nak kau ambik tapi kau celup je, you and me relax.

Kau nak heran ape?

Faizal: dia bini aku.

Kamal: bini? (ketawa). Dari dulu lagi aku dah cakap dengan engkau, aku tak suka kau

kahwin dengan dia. Kau tengok eh. ni level kau, ni dia. Dia bukan standard engkau.

Aku ni member kau terpaksa tolong kau dapatkan dia tau. Kalau kau bukan member

aku, pergi mati la aku nak tolong. Cuba kau citer dengan aku, apa yang hebat sangat

dengan kodok ni? baik ke dia punya gelek?

Faizal: aku tak pedulilah apa yang kau nak cakap. Aku nak kau dapatkan anak aku, dan kau

cari perempuan tu sampai dapat. (berjalan pergi)

Kamal: (menghisap rokok sambil menjeling Faizal)

Di Pulau Langkawi

Fatia, Tiara dan Shah bersiar-siar

(Lagu)

Tepi pantai

Fatia: sayang

Tiara: ermm?

Fatia: nah, makan. (menyuapkan biskut kepada Tiara). Erm, sedapkan?

Tiara: (sambil menguyah makanan). Mama, Tiara nak pergi main sana. (berjalan pergi untuk

bermain)

Fatia: jangan main jauh-jauh Tiara.

Shah: hurm.

Tiara : ok mama.

(Fezrul memerhatikan mereka dari jauh)

Fatia: (seperti risaukan sesuatu)

48

Page 49: Ben Cinta

Shah: awak ok tak?

Fatia: saya ok.

(Fezrul beredar daripada memerhatikan mereka)

Shah: sebab kita tak tau Faizal datang cari awak dekat sini ke tak.

Fatia: insyaAllah, saya dengan Tiara okey.

Shah: tapi kalau ada ape-ape sekali pun, awak terus call saya. Erm? (mengangguk kepala)

Taman permainan

Tiara bermain di taman

Fezrul menghampiri Tiara, dengan membawa makanan.

Fezrul: hello…

Tepi pantai

Fatia: awak pergi tak lama kan?

Shah: (geleng kepala)

Fatia: jangan risau eh

Shah: Tia…ini bukan soal risau ataupun apa..Saya sayangkan Tiara dan saya sayang awak

Taman permainan

Kamal: haii..(melambai tangan kepada Tiara)

Tiara: haii

Kamal: comelnya. Anak siapa ni? (mengusap pipi Tiara). Siapa nama?

Tiara : Nora Danish

Kamal : wow!! so sweet. Nah, (menghulurkan makanan kepada Tiara). Suka tak?

Tepi pantai

Fatia: awak, saya betul-betul rasa bersalah sangat dengan awak. Saya tau awak ikhlas, saya

tau . Tapi Faizal…

49

Page 50: Ben Cinta

Shah: Tia, awak jangan rasa terkurung dengan perasaan saya. Pasal Faizal, awak jangan

anggap Faizal tu satu kesilapan. Dah lah, jom. Lambat pulak.

Fatia: ok! Tiara!!! Tiara!!!

Shah: Tiara!!!

Fatia dan Shah: Tiara!!! (bergegas mencari Tiara). Tiara!!!

Fatia dan Shah terjumpa Tiara sedang bermain jauh dari tempat mereka duduk

Fatia: Tiara!!!

Shah: Tiara!!!

Fatia: Tiara!! Tiara pergi mana ha? Penat mama cari.. Kan mama cakap jangan jauh-jauh

daripada mama? Kenapa degil sangat cakap mama ni? Penat mama cari Tiara tau tak?

Kalau tak jumpa macam mana? Heyy (menoleh keliling kawasan)

Shah: Tiara? Tiara, siapa bagi ni?

Tiara: uncle tadi.

Fatia: uncle mana? uncle mana yang bagi Tiara benda ni? Haa?? Kan mama dah cakap, tak

boleh berbual dengan orang yang tak kenal. Tak boleh. Tak boleh berbual dengan

orang tak kenal tau tak? Tahu ke tak tahu?

Shah: takde ape-ape la. (menggosok kepala Tiara). Orang-orang kat sini je tu

Fatia: hurm. Jom

Shah: dah jom, jom

Fatia: Tiara jangan pergi lagi tau.

Di jeti

Shah: bye Tiara, nanti uncle jumpa lagi eh. Jaga mama baik-baik tau (mencium dahi Tiara).

Saya pergi dulu, awak jaga diri baik-baik. Hurm, dan Tiara sekali. Tia, awak jangan

menyesal dengan apa yang awak dah buat. Awak kat sini sekarang. Dan segalanya

dalam tangan awak Tia. Awak boleh mengubah semula hari-hari yang akan datang. Itu

hak awak. Hurm? (angguk kepala) Jom Tiara, jom (mencapai tangan Tiara). Tiara

50

Page 51: Ben Cinta

jangan noti-noti dengan mama tau. Jom. Nanti jangan rindu uncle ok..Uncle promise

balik cepat..

Bilik tidur (malam)

Fatia mengemas barang-barang keperluan Tiara

Dapur (Waktu pagi)

Faizal : hai?? (tersenyum memandang Fathia)

Fatia: (terkejut dan ingin berlari)

Faizal: kau nak kemana haa? Bodoh (menampar pipi Fathia). Hey, kau tau kan aku akan cari

kau sampai ke lubang cacing. Kau tau kan?

Fatia: (berusaha menyelamatkan diri)

Tiara: papa?

Faizal: Tiara? (berjalan mendapatkan Tiara). Tiara, mari sini datang kat papa. Mai la sayang.

Mai la sayang, datang peluk papa Tiara. Jangan la macam ni

Fatia: (mendapatkan serbuk lada dan membaling ke arah Faizal). Yahh (berlari

menyelamatkan diri bersama dengan Tiara). Cepat Tiara cepat!!

Faizal: arghhh (menutup mata)

Fatia menyelamatkan diri bersama Tiara dengan memandu kereta

Fatia: masuk sayang. Pegang kuat-kuat

Kamal mendapatkan Fatia di luar kereta

Imbas kembali

Kamal : teh o ke air bateri ni? haa?

Dalam kereta

Kamal berusaha memecahkan tingkap kereta dengan menggunakan tangan

Fatia: binatang! (memecut kereta)

Faizal: Fatia!! Kamal, kejar lah!!

51

Page 52: Ben Cinta

Kamal mengejar Fatia

Di dalam kereta

Fatia memandu kereta dengan keadaan yang kurang stabil. Kamal mengejar Fatia daripada

belakang

Kamal: I see you.

Fatia menyedari sedang diekori oleh Kamal dan berusaha melarikan diri daripada beliau.

Dalam kereta Wira

Fatia: Tiara, Tiara okey. Pegang kuat-kuat okey. Tiara pegang kuat-kuat.

Di tengah pekan.

Kamal dapat mengekori Fatia. Tetapi kereta beliau dihalang oleh sebuah kereta yang lain.

Bunyi hon kereta.

Kamal: tepi la!!!

Kereta Kamal dihalang oleh pembawa buah-buahan

Kamal: Cepat la!! Cepat la!! Cepat la!!! Haihhh..Tak guna punya perempuan…Kau memain

dengan aku eh.

Di jeti

Fatia berlari-lari menuju ke kaunter tiket bersama Tiara dan membeli dua kepinf tiket feri.

Kamal mencari- cari Fatia di jeti.

Fatia: kak bagi dua tiket kak.. Terima kasih.

Fatia dan Tiara berusaha menyelamatkan diri daripada Kamal di jeti. Kamal dapat mengekori

Fatia daripada belakang.

Kamal: kurang ajar!!

Kamal mengejar Fatia daripada belakang

Fatia berjaya masuk ke dalam feri.

Fatia: abang, bang jangan bagi dia masuk bang. Dia orang jahat bang..Jangan bagi dia

masuk!

52

Page 53: Ben Cinta

Pekerja di jeti menghalang Kamal

Pekerja di jeti: Abang! Bang!

Kamal: tepi la! Orang nak lalu la!

Fatia berlari masuk ke dalam feri.

Pekerja di jeti menolak titi yang menghubungkan jeti dengan feri.

Dalam feri.

Fatia berlari menuju ke atas feri sambil mendukung Tiara. Fatia mendail nombor telefon

Liya.

Fatia: hello Liya. Aku tunggu kat stesen bas eh. Aku mintak tolong kau dengan Amin.

Fatia duduk mendapatkan Tiara dan memeluk Tiara

Fatia: Tiara, ok! Ok! its okey sayang. Shhhhh (menangis)

Stesen bas

Amin: babe, betul ke dia suruh tunggu kat sini ni?

Liya: (angguk kepala). Ye, dia suruh kita tunggu kat sini tadi.

Fatia berlari mendapatkan mereka.

Amin:hurmm, ni lah. (menunjuk ke arah Fatia)

Liya memeluk Fatia.

Liya: Tia.. kau ok?

Fatia: Liya, Amin, aku mintak tolong korang. Tolong jagakan Tiara.

Amin: haa??? eh, eh. Kau nak pergi mana pulak ni?

Fatia: aku kena bersiap sedia.

Lia: apa maksud kau ni Fatia?

Fatia: (menangis) Aku tak boleh lari lagi dah. Faizal akan tetap cari aku. Selagi aku tak

berhadapan dengan dia, selagi tu aku akan lari. Dan untuk itu aku nak kau tolong

jagakan Tiara.

53

Page 54: Ben Cinta

Tiara memeluk kaki Fatia

Tiara: mama, jangan tinggalkan Tiara.

Fatia: sayang, mama tak tinggalkan Tiara pun. Mama sayang sangat dengan Tiara, hurm?

Tiara: Tiara pun sayang kat mama.

Fatia: Tiara dengar cakap aunty Liya eh? Tiara good girl okey?

Fatia memeluk Tiara. Liya menarik Tiara daripada Fatia.

Tiara: tak nak..mama.

Amin: ermm.. Kalau itulah keputusan kau, nah alamat yang kau minta Tia. (menghulurkan

kertas kepada Fatia).Ini yang paling terbaik aku dapat Tia (menangis). Kau jaga diri

elok-elok tau.

Fatia: kau jaga diri eh Liya. Jaga diri Amin.

Amin: ermm.. Kau pun.

Fatia: sayang, good girl okey.

Di tapak latihan.

Aduka: kau rasa kau mampu ke dalam masa yang sesingkat ini.

Fatia: terus terang saya cakap memang saya tak mampu. Tapi awak kena tau yang saya

takkan berhenti berusaha walau apa jadi sekali pun.

Aduka: jiwa kau kena kental..Kau kena buang semua perasaan yang menganggu akal fikiran

kau..Aku takkan kesiankan kau. Tak kira sama ada kau perempuan atau kau lemah.

Fatia: jangan kesiankan saya. Saya dah bersedia untuk segalanya.

Tepi pantai. Fatia dilatih oleh Aduka.

Tapak latihan mempertahankan diri

Aduka: Lagi!

Fatia: Arghhhh….!

54

Page 55: Ben Cinta

Aduka: Terus! Terus!

Fatia: Argh…! Err….!

Aduka: Lagi…! Lagi..!

Fatia: Argh! (berlawan)

Aduka: Bangun! Kenapa kau nak mempertahankan diri?

Fatia: Untuk melindungi diri.

Aduka: Jadi kau kena lebih peka dengan semua keadaan. Jangan selalu bermimpi! Tumpukan

perhatian. Bergerak dengan rasa. Konsentrasi. Kau rasa kau boleh menang?

Fatia: Tak mustahil! Dan aku tak kan berhenti menyerang!

Aduka: Dia lebih tinggi! Dia besar! Lebih kuat!

Fatia: Tapi aku lebih fokus!

Imbas kembali

Faizal: Bodoh!

Tapak latihan mempertahankan diri

Fatia: Ahhhhhhh…..! Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini dengan segala kemungkinan nanti.

Aku cuma inginkan kebahagiaan diriku dan juga anakku. Ya Allah Ya Tuhanku, aku

sedar aku cuma seorang wanita yang lemah. Aku memohon kekuatan dan keredhaan

dari-Mu, Ya Allah.

Kediaman Faizal

Imbas kembali

Tiara: Mama, jom la teman Tiara makan.

Faizal: Sayangku, kat mana letak tie abang?

Perbualan melalui telefon bersama Liya

Fatia: Liya?

Liya: Ye….

55

Page 56: Ben Cinta

Fatia: Aku nak kau dengar sini baik-baik.

Liya: Apa dia?

Fatia: Faizal akan balik jam 8.00 malam, dan tepat pukul 10.00 malam aku nak kau telefon

polis. OK?

Liya: Tia, kau pasti ke ni??

Fatia: Aku pasti, Liya. Aku tak ada pilihan lain. Liya? Kalau apa-apa jadi dekat aku malam

ni, aku nak kau tolong jaga Tiara untuk aku, OK? Kau janji dengan aku, OK Liya??

Liya: Tia, jangan cakap macam ni boleh tak? Tiara perlukan kau. Dia perlukan ibu dia. Kau

kena balik.

Fatia: Kau doa untuk aku, Lia.

Di bilik Faizal

Fatia: Apa ni???

Imbas kembali

Kamal: Kau ingat aku tak de duit ke?? Ingat aku tak de duit ke?? Aku banyak duit la..!

Di bilik Faizal

Fatia: Faizal?? Faizal!

Faizal: (bersiul)

Fatia: Cari apa??

Faizal: Fatia.

Fatia: Kenapa? Takut?

Faizal: Huh?? Aku, takut? Aku nak takut buat apa, rumah aku. Kau tu yang patut rasa takut.

Kau jangan jadi pengecut, Fatia. Wow!

Fatia: Pengecut?? Kau ke aku yang pengecut? Atau sebenarnya kau takut dengan bayang-

bayang kau, Faizal?

56

Page 57: Ben Cinta

Faizal: Ya. Aku memang takut dengan baying-bayang aku sendiri, Fatia. Mana anak aku,

Tiara? Eahhh..! Wow! Heh, pantas! Ho! Kau betul-betul nak lawan aku macam

jantan, eh?

Fatia: Kau kejar aku sampai ke lubang cacing, eh? Hmm? Nak tunjuk apa? Kau hebat? Pukul

aku? Pukul perempuan?

Faizal: Dah memang jadi hobi aku sekarang ni memukul perempuan. Kau jangan nak cabar

aku sangat, Fatia.

Fatia: Memang aku cabar kau sekarang, Faizal! Kau suka pukul aku kan? Hmmm?? Pukul

la! Kau tunggu apa lagi?! Pukul!

Faizal: Ergh….! Ha..

Fatia: Kau yang jadi aku macam ni, Faizal! Puas hati kau sekarang?

Faizal: Mari! Bangun! Kau nak main dengan aku, eh? Eh?

Fatia: Ergh….! Ahhh…!

Faizal: Sayangku Fatia, bangun.

Fatia: Eyahhh….!

Imbas kembali

Aduka: Tumpukan perhatian. Konsentrasi.

Pergelutan antara Fatia dan Faizal.

Faizal: Ergh…!

Fatia: Hgrrr….!

Faizal: Oh….!

Fatia: Arghh……!

Imbas kembali

Faizal: Saya cintakan awak. Dalam hati aku cuma ada kau sorang saje! Kau dengar kan tadi?!

Seorang isteri yang baik harus taat pada perintah suami. Kau bodoh? Kau tak tahu

perintah Tuhan? Hah?? Bodoh!

57

Page 58: Ben Cinta

Tiara: Hehehehe..

Selepas pergelutan antara Faizal dan Fatia

Fatia: Maafkan, Tia. Halalkan segala minum dan makan yang abang pernah beri pada Tia

selama ini.

Faizal: Abang lepaskan Tia. Maafkan abang.

Satu tahun kemudian.

Shah: Siapa tangkap kena geletek. Ha…..! Mana dia? Ha…ha…mana? Ha…dapat pun..

Tiara: (menjerit seronok)

Shah: Ha…nakal-nakal macam ni, bawak pergi jumpa mama dia ja senang. Tengok dia ni,

mama. Ha..mama, jom la main lari-lari sekali.

Fatia: Macam mana nak lari? Cuba tengok perut saya ni, ha..

Shah: Dah tu kalau mengandung, dah tak boleh lari ke?

Tiara: Tak boleh, papa. Kan dalam perut mama ni ada baby.

Fatia: Ha..!

Shah: Kalau ada baby, maknanya Tiara nak jadi?

Fatia: Kakak……

Tiara: Kakak..

Fatia: Waktu yang kini menjawab cerita cinta. Semuanya berlalu dan pergi dari sangkarnya.

Kesalahan itu tak dapat mengusir pergi kebenaran. Pantasnya hukuman itu menyiksa

diri ini. Cinta, bila ada keabadian dihatimu maka abadikanlah cinta ini buat dirinya

bersama waktu yang terus berjalan menyaksikan ketulusan cinta yang sebenar.

~TAMAT~

58