belenggu jenayah siber

Upload: mimi-liyana-aqilah

Post on 15-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jenayah Siber

TRANSCRIPT

  • Belenggu jenayah siber

    Oleh NURUL HALIFAH HAMIRUDDIN

    Apabila isu jenayah siber semakin melarat, ibu bapa berasa bimbang dengan anak-anak yang setiap masa

    menggunakan Internet untuk mencari kenalan dan maklumat berkaitan sesuatu perkara. Malah menganggap

    Internet menjadi antara bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran.

    Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, tidak mengetahui sebab dan dengan siapa anak-anak mereka

    berkawan di laman sosial dan berasa hairan kerana sentiasa menggunakan Internet pada setiap masa, malah

    menghabiskan masa berjam-jam sehingga melupakan masa rehat dan tidak mengulang kaji pelajaran.

    Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupunorang dewasa ke kancah yang membimbangkan, sehingga membuatkan ibu bapa memantau pergerakan dan

    penggunaan Internet anak-anak supaya tiada perkara negatif berlaku.

    Anggaran kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahunmudah terdedah dengan gejala negatif siber ini malah 94 peratus pengguna Internet di Malaysia adalah

    remaja.

    Bayangkan setiap individu di Malaysia ini mempunyai akaun Facebook sendiri, dengan itu banyak jaringan

    perhubungan yang meluas ini di seluruh dunia terbentuk.

    Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang lain walaupun baru mengenali rakan yangmenambah mereka di laman sosial. Sehinggakan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama

    penuh dan kisah peribadi. Mereka ini tidak memikirkan kesan baik dan buruk berbuat demikian.

    Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah

    sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk

    menerima mereka sebagai kenalan baru.

    Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih

    dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet

    juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan

    membacanya.

    Jenayah siber yang kerap kali mendapat aduan daripada pihak berkuasa seperti judi siber, pengintipan, skim

    cepat kaya, kecurian maklumat, penyebaran virus, penggodam dan menyalin perisian secara tidak sah.

    Ada juga yang mendedahkan maklumat diri seperti alamat rumah dan butir akaun bank, maklumat peribadi

    seperti ini seharusnya tidak dikongsikan dengan rakan di laman sosial tidak kira rakan yang kita kenal ataupun

    tidak. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

  • Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem komputer sendiri. Kita tidak boleh

    meminta atau mengharapkan bentuk lain untuk melindungi kita daripada ancaman jenayah siber ini.

    Namun, setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian

    komputer itu. Misalnya melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up

    blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain.

    Ibu bapa yang paling rapat dengan anak-anak haruslah memantau anak supaya kepelbagaian kemudahan itu

    dapat digunakan dengan sebaiknya, bukannya terjerat dengan keruntuhan akhlak akibat penggunaan laman

    sosial.

    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad